Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN KEPAYAN


Tel/Faks : 088-221490
Peti Surat 395, E-mel :info@skkepayan.net
88858 Tanjung Aru, Web : www.skkepayan.net
KOTA KINABALU, SABAH.
Rujukan Kami : XBA4014/100-8/1/03/( )
Tarikh : 24 March 2022
Kepada :

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Aras 2, Wisma Pendidikan, Jalan Punat Tanah,
88450 Kota Kinabalu. SABAH

Melalui;
Guru Besar,
SK Kepayan,
Kota Kinabalu.

Tuan,

MAKLUMAN PERSETUJUAN PIBG UNTUK MEMBIAYAI SEPENUHNYA PEMBINAAN SURAU SK KEPAYAN


MENGGUNAKAN DANA WAQAF SURAU SK KEPAYAN.
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK tertinggi PIBG SK Kepayan Bil.4/2021 pada 19 Disember
2021 telah bersetuju sebulat suara untuk meneruskan rancangan membina Surau baru SK Kepayan dengan
menggunakan dana Waqaf Surau SK Kepayan yang dikelolakan oleh PIBG. Pihak kami tidak bercadang memohon
peruntukan daripada kerajaan kerana sumber kewangan telah mencukupi.

03 Bersamaan surat ini disertakan penyata akaun Waqaf Surau Sk Kepayan yang dikelolakan oleh PIBG
Nombor akaun 10016010101467 (Bank Islam ) untuk rujukan pihak tuan dalam mempertimbangkan kelulusan
pembinaan Surau SK Kepayan.

04 Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan saya dahului dengan berbanyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………
( ROZMAN ABD LATIP )
Yang DiPertua PIBG,
SK.Kepayan 2022/2023
sk. - Fail

You might also like