Isi Kandungan KK 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

011228-12-0142

PERANAN SUBJEK SEJARAH DALAM MEMUPUK SEMANGAT


PATRIOTIK DALAM KALANGAN PELAJAR YANG
MENGAMBIL MATA PELAJARAN SEJARAH DI KOLEJ
TINGKATAN ENAM ,KOTA KINABALU,SABAH

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti peranan subjek sejarah dalam memupuk
semangat patriotik dalam kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah dan
mengkaji cabaran-cabaran pembelajaran sejarah dalam memupuk semangat patriotik
dalam kalangan pelajar di Kolej Tingkatan Enam,Kota Kinabalu,Sabah.Hasil kajian ini
menunjukkan terdapat pelbagai peranan dan juga cabaran yang mampu memupuk
semangat patriotik dalam kalangan pelajar.Kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji
ialah soal selidik,temubual dan pemerhatian.Pengkaji telah memilih 30 responden yang
terdiri daripada pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah untuk membantu
menyelesaikan kajian.Dapatan kajian juga dilakukan melalui pengedaran borang soal
selidik.Kesimpulannya,melalui kajian ini,terbukti bahawa subjek sejarah mampu
memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran
sejarah di Kolej Tingkatan Enam,Kota Kinabalu,Sabah.

i
011228-12-0142

SENARAI KANDUNGAN

No Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 1-4

2.0 Objektif Kajian 5

3.0 Lokasi Kajian 6-7

4.0 Metodologi Kajian 8-13

5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 14-24

6.0 Rumusan 25-26

7.0 Rujukan 27

8.0 Lampiran 28-30

ii
011228-12-0142

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Pentadbir
Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu Sabah khususnya kepada Pengetua Kolej
Vasuthevan A/L S. Palanivulu telah memberi sokongan dan mempercayai serta
memberi kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada Puan Nur Fadhilah Emik Abdullah selaku guru mata pelajaran
Pengajian Am.Beliau telah banyak meluangkan masa untuk mendidik serta turut
berusaha sedaya upaya memastikan saya memperolehi kecermelangan dalam
melaksanakan kerja kursus ini.Seterusnya,saya berterima kasih kerana sering memberi
sokongan,menasihati dan menegur sebarang kesilapan yang telah saya lakukan
sepanjang penghasilan kerja kursus ini .

Penghargaan ini juga diucapkan kepada rakan-rakan kerana telah membantu saya
dan memberi tunjuk ajar terhadap kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang kajian
ini dilakukan dan juga berterima kasih atas sokongan yang diberikan untuk sentiasa
peka menyelesaikan kerja kursus yang telah diberikan dengan sebaik mungkin .

Disampng itu,penghargaan kepada Pihak Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu


kerana telah menetapkan tarikh penghantaran kerja kursus dengan sempurna dan sering
mengingatkan pelajar bahawa pentingnya menyelesaikan kerja kursus ini akan
mempengaruhi markah keseluruhan untuk keputusan akhir Sijil Tinggi Perperiksaan
Malaysia (STPM).

Tidak dilupakan juga penghargaan untuk ibubapa yang telah memberi sokongan
dan sentiasa memberikan kerjasama untuk menyelesaikan kerja kursus ini dan
memberikan kebenaran untuk melakukan kerja kursus ini.

iii
011228-12-0142

Penghargaan juga kepada responden yang terdiri daripada pelajar Kolej Tingkatan
Enam Kota Kinabalu yang mengambil mata pelajaran sejarah kerana telah memberikan
kerjasama dan dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi borang soal selidik dan
melakukan temubual untuk memenuhi objektif kajian yang telah ditetapkan sebelum
melaksanakan kajian.

Akhir kata dari saya,sekali lagi saya berterima kasih atas sokongan dan tunjuk ajar
yang telah diberikan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kerja
kursus ini dan sanggup meluangkan masa untuk membimbing saya menjayakan kerja
kursus ini dengan sebaik mungkin tanpa sebarang kesalahan diakhir penghantaran kerja
kursus dilakukan.Tanpa sokongan dari pelbagai pihak kerja kursus ini tidak akan dapat
dilakukan dengan sebaik mungkin.

iv

You might also like