Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

2.1.3.1.

1 Simen

Simen bertindak sebagai bahan pengikat dalam bancuhan konkrit. Simen yang


hendak di gunakan mestilah halus, tidak berbuku-buku atau berketul. Simen yang telah
bertukar menjadi berbuku-buku atau berketul-ketul menunjukkan simen tersebut terdedah
pada cuaca dan telah menyerap lembapan. Jika digunakan akan mempengaruhi kekuatan
konkrit. Sekiranya buku-buku tersebut boleh di hancurkan dengan tangan, ianya masih
boleh di gunakan.

Ketahanan konkrit terhadap kerosakan dan kecacatan adalah bergantung kepada


pengunaan kualiti bahan, kualiti pekerja dalam mencapur bahan binaan, campuran nisbah
yang mencukupi, penuagan, pemadatan dan pengawetan konkrit itu sendiri (Zakaria, 2010).
Maksudnya kerosakan pada struktur konkrit boleh terjadi disebabkan pengunaan simen
yang telah keras akibat terdedah dengan lembapan tidak boleh digunakan lagi kerana
semasa proses pembacuhan partikel simen tersebut tidak akan sebati dengan bancuhan
konkrit dan ikatan antara konkrit tidak kuat.

2.1.3.1.2 Batu baur (Aggregat)

Dalam konkrit, batu baur atau aggregat merupakan bahan yang dicampur dengan
simen dan air untuk menghasilkan konkrit. Tujuan utama menggunakan aggregat ialah untuk
mengurangkan kecutan, meningkatkan kelasakan dan ekonomi. Smith & Collis (1993) ada
menyatakan aggregat merangkumi 60-80% daripada isipadu konkrit. Jenis aggregat dan
isipadunya akan mempengaruhi sifat konkrit. Aggregat yang digunakan mempunyai ciri-ciri
tertentu yang mempengaruhi kebolehkerjaan, kekuatan dan kelasakan konkrit. Sifat fizikal,
dan sifat kimia aggregat mempengaruhi kualiti konkrit yang dihasilkan. Memandangkan
pengaruhnya, aggregat yang hendak digunakan untuk konkrit seharusnya mempunyai sifat
yang baik. Di antara syarat-syaratnya untuk aggregat untuk menghasilkan konkrit yang
berkualiti adalah seperti berikut

a) Tidak mengandungi bahan organik yang mempengaruhi kekuatan konkrit.


b) Kekuatan dan kelasakan konkrit.
c) Bebas daripada habuk dan tanah liat serta benda asing yang boleh mengurangkan
kekuatan ikatan konkrit.
d) Tektur permukaan mestilah kasar.
e) Bentuk yang tidak sekata.

Dalam kerja konkrit agregat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu aggregat kasar dan
agregat halus. Aggregat kasar ialah aggregat yang saiznya melebihi 5mm dan biasanya
dipanggil sebagai batu sahaja. Manakala saiz aggregat halus ialah kurang daripada 5mm
dan biasanya dipanggil pasir. Batu baur yang hendak digunakan mestilah dipilih daripada
yang baik grednya iaitu yang terdiri daripada campuran berbagai-bagai saiz supaya
lompangan di antara butir-butir batu baur adalah minimum. Taburan saiz batu baur boleh
didapati melalui ujian penggredan. Menurut Mohamad Shukri (2011) penggredan penting
bagi menentukan taraf kerja serta untuk menentukan taburan saiz batu baur supaya
bandingan dapat dibuat bagi memastikan ianya berada di dalam had-had yang ditetapkan
bagi mencapai kekuatan yang dikehendaki

You might also like