En Yeow Kek Ong

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

MELAKA
TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS : Transkripsi Temu bual
KURSUS SEJARAH LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN (SJH 3043)
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN
2015

TEMU BUAL SEJARAH LISAN


MENGENAI SEJARAH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
BERSAMA ENCIK YEOW KEK ONG
PADA 22 MAC 2016

10
TEMU BUAL SEJARAH LISAN

BERSAMA ENCIK YEOW KEK ONG

MENGENAI SEJARAH IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

Berikut adalah wawancara sejarah lisan antara saya, Nur Khalida binti Bolhi, pelajar
PISMP Ambilan Jun 2015 (Sejarah) bersama dengan Encik Yeow Kek Ong, pensyarah
kanan yang masih berkhidmat di IPG Kampus Perempuan Melayu. Wawancara ini
berlangsung pada 22 Mac 2011 di Muzium Pendidikan Guru, IPG Kampus Perempuan
Melayu, Melaka.

11
TRANSKRIPSI WAWANCARA ENCIK YEOW KEK ONG BERSAMA PEWAWANCARA
NUR KHALIDA BINTI BOLHI (SAYA):

SAYA : Selamat petang, Encik. Adakah Encik telah bersedia untuk ditemubual?

YKO : Ya, sudah tentu.

SAYA : Bolehkah Encik menceritakan serba sedikit tentang latar belakang? Misalnya,
umur, tempat tinggal, sejarah pendidikan dan pencapaian akademik.

YKO : Saya dilahirkan di Kampung Melaka Pindah, lebih kurang 15 batu daripada sini
(IPGKPM) pada tahun 1957 (1 November 1957). Dibesarkan di kampung, mak
menoreh getah. Saya anak yang bongsulah. Jadi, saya belajar di Sekolah Inggeris
Alor Gajah. It is an English School pada 1964. Then, sambung belajar di Secondary
English School sampai ke MCE iaitu Malaysian Certificate of Education. Lepas tu,
dapat Gred 1, sambung belajar dekat Malacca High School untuk Tingkatan 6, Sains.

SAYA : Malacca High School memang boy’s school ?

YKO : Malacca High School memang semua boy’s school, tetapi untuk Tingkatan 6, ia
bercampur, ada perempuan, ada lelaki. Jadi apabila sudah dapat kelulusan High
School Certificate, pada tahun 1977 saya ditawarkan ke Universiti Pertanian
Malaysia. Ketika itu saya sebenarnya ditawarkan mata pelajaran Kursus Sains
Pertanian, tapi saya rasa saya lebih berminat untuk menjadi cikgu. Jadi, saya opt out,
saya tukar kepada Bachelor Pendidikan tetapi masih juga dalam Sains Pertanian.
Jadi, apabila saya keluar daripada UPM pada 1981, terus dapat penempatan
mengajar, di Sekolah Menengah Karak. Hasrat nak sambung belajar, tapi tidak ada
peluang. Susah, memang susah pada ketika itu, kita keluar untuk belajar. Keperluan
guru itu memang sangat, sangat terdesak. Jadi, susah untuk kementerian lepaskan
guru belajar. Tapi, saya berjaya sambung belajar dengan duit sendirilah apabila saya
balik ke Melaka, pada tahun 1992, saya balik. Jadi 97 baru saya mula belajar balik.
Then, dengan duit sendiri, pergi belajar part-time di UPM, pada masa itu dikenali
sebagai Universiti Putra Malaysia.

SAYA : Bila Encik mula mendirikan rumah tangga?

12
YKO : Saya sebenarnya, selepas saya habis belajar pada tahun 1981, 82 saya sudah
berkahwin dan saya dengan isteri, kami berpindah ke Karak, Bentong, Pahang.
Bersama-sama di situ selama 5 tahun.

SAYA : Pada tahun berapa tuan memulakan perkhidmatan di institusi ini?

YKO : Saya balik daripada Karak, sebenarnya saya ditempatkan di Gemencheh, Negeri
Sembilan, tapi waktu yang sama, saya dapat tawaran untuk pergi ke Maktab
Perguruan Temenggong Ibrahim. Jadi, saya berpindah ke Johor Bahru. Jadi, di situ
saya sebagai pensyarah. Pensyarah muda memang sangat mencabarlah sebabnya
ada antara pelajar saya adalah guru-guru lepasan sijil. Mereka buat kursus satu
tahun dan mereka sebenarnya lebih berpengalaman daripada saya. Tapi, saya
terpaksa mengajar mereka juga ya..Jadi antaranya ialah macam Cikgu Md.Isa. Dia
bekas pelajar saya di MPTI. 5 tahun di sana saya lebih khusus kepada Sains
Pertanian, bidang mata pelajaran lebih kepada Kemahiran Hidup, Pengurusan
Ladang, Pengurusan Teknikal, Akaun dan sebagainya. Jadi, saya minta balik ke sini
pada tahun 1992.

SAYA : Waktu itu masih bergelar MPPM kah?

YKO : Waktu saya balik ke sini, memang masih dikenali sebagai MPPM. Memang boleh
dikatakan pada ketika itu MPPM boleh dikatakan sebagai sangat sedihlah. Pasal,
kalau dibandingkan dengan MPTI, MPTI ada bangunan yang tinggi-tinggi, kampus
yang cantik, memang MPPM ini nampak daif dan, baru nampak mulanya
perkembanganlah sekarang. Bila saya balik, kita masuk melalui Lorong Tun Fatimah.
Lorong Tun Fatimah ini ialah di depan sekolah ini, Sekolah Tun Fatimah, Sekolah
Tinggi Perempuan ni. Sekeliling maktab ini sebenarnya adalah dipagari dengan
papan zink dan juga jaring. Antara papan zink dan jaring itu banyak tumbuhan, pokok
liar dan sebagainya. Kalau daripada luar, kita tidak akan tahu apa yangn berlaku
disebelah dalam. Itulah masalahnya. Tapi, daripada dalam kita akan dapat lihat
papan zink itu kemas dan cantik sahaja kerana dilindungi tumbuh-tumbuhan. Ramai
orang tidak tahu apa yang ada di dalamnya, seperti kampus yang agak besar. Ketika
itu..hmm. ketika saya balik, jika kita bayangkan, sempadan kita ialah daripada sini
sampai ke kafe kan? Kafe itu diluar kawasan, Anjung Hikmah di luar kawasan
maktab. Jadi kawasan maktab hanya sampai tangki air sahaja. Sempadan kita ialah,
di hadapan kafe, disitu ada perigi dahulu, itu perigi zaman Jepun sebenarnya.

SAYA : Perigi di hadapan koperasi itu?

13
YKO : Ya, perigi yang ada tembok tu. Tembok itu ialah tembok asal daripada dahulu lagi.
Itu tembok bersejarah. Kawasan yang kita ada sekarang, yang ada Anjung Budiman,
Anjung Makmur, Anjung Hikmah, sebenarnya itu adalah kawasan kuarters, rumah
pengarah di situ, kuarters-kurters staf, semua di situ. Anjung Hikmah adalah
sebenarnya bangunan yang hanya dibina pada tahun 1994, kalau tak silap saya.
Sempadan pembangunan kita sampai ke situ. Apabila saya balik, ada dua bangunan
yang sedang disiapkan iaitu Anjung Tadbir yang dikenali sebagai Anjung Cendekia
sekarang.Tak siap-siap kerana kontraktor lari. Surau kita pun belum siap. Asrama
Dang Anum semua ni, semua sudah ada lah, gimnasium sudah ada. Surau yang
lama ada dihadapan kita ini, sekarang, sepatutnya.

SAYA : Kosongkah tapak surau di belakang kita ini dahulu?

YKO : Sebenarnya, tapak surau itu dahulunya dibina bilik darjah papan, rupanya macam
bengkel sekarang. Sebenarnya, ada 3 atau 4 buah blok itu, dimana ia digunakan
sebagai bilik kuliah. Apabila sudah dapat peruntukan untuk bina surau, jadi,
robohkanlah. Pada tahun 1994, apabila Anjung Tadbir siap, blok pentadbiran yang
dahulunya dikenali sebagi Anjung Makmur, semuanya berpindah ke sana. Anjung
Makmur itu bukan Anjung Makmur sekarang, Anjung Makmur itu dahulu ialah
kawasan pentadbiran. Pada 1994, kita dapat peruntukan, kita dapat tanah di
belakang itu, kita dapat Anjung Hikmah, padang tenis, padang bola tampar. Tetapi
sekarang, kedua-dua padang itu dilupuskan, dirobohkan juga kerana ada
pembangunan RMK-9. Apabila saya balik ke sini, saya dapati pagar zink itu memang
tidak selesa lah, ada yang sudah berkarat, sudah bocor dan sebagainya. Jadi, tiap-
tiap tahun kita minta peruntukan untuk tambah, kadang-kadang dapat RM10 000,
RM20 000, kita buat pagar. Pembinaan pagar bermula di asrama kerana kita dapati
keselamatan pelajar penting. Apabila kita tambah sampai ke sini, pintu belakang ini
(sambil menunjuk kearah belakang). Pada tahun 2006 itu saya pegawai
pembangunan, kita dapat peruntukan lebih kurang RM900 000 untuk pembinaan
pagar seluruh maktab. Bermakna, ketika itu, kawasan kita sudah bertambah besar.
Bayangkan daripada pintu sini, sampai ke Anjung Cendekia, kita sambung terus
sampai ke tangki, yang belakang itu, asrama sekarang, dibelakangnya ada parit
besar dan ada kawasan lapang. Kawasan lapang itu dahulu, kita wujudkan satu kem
iaitu Kem Tun Fatimah. Pada ketika itu, banyak pokok dan sebagainya. Kita buat
sebagai pusat perkhemahan untuk Kokurikulum. Daripada kem sana, sampai ke
belakang Anjung Hikmah, sampai ke pintu masuk yang baru, sampai ke kafe.

14
SAYA : Bukankah di belakang asrama itu, saya lihat ada pintu pagar. Dahulu, pelajar
memang boleh keluar masukkah melalui pintu pagar itu?

YKO : Sebenarnya, yang itu, saya tidak berapa pasti, pasal, dahulu itu tanah orang
kampung, jadi, mereka ada laluan di situ. Pintu itu tidak ditutup kerana kadang-
kadang masa pembangunan itu, lori keluar masuk melalui laluan di situ.

SAYA : Apakah pandangan dan pendapat tuan tentang sistem pengurusan dan
pentadbiran di institusi ini sepanjang perkhidmatan tuan disini?

YKO : Dari segi pengurusan, ianya bergantung kepada latar belakang individu, latar
belakang dan pengalamannya. Semasa saya datang, saya bernasib baik kerana
bertemu dengan Hjh.Hamidah Baba. Hamidah Baba ini seorang yang sangat aktif,
berbadan kecil dan senang dibawa berunding. Kalau kita ada idea, kita jumpa dia,
dia akan sokong. Apabila saya balik ke sini pada tahun 1992, saya dapati bahawa
kawasan ini kurang tumbuhan, kurang pokok, dan apa yang peliknya ialah apabila
kita buat gotong-royong ianya tak dijalankan dalam kawasan maktab, tetapi di
kampung sebelah. Saya rasa hairanlah. Kenapa kita tidak menjaga tempat kita?
Kenapa kita jaga tempat orang lain? Jadi, saya jumpa Tn.Hj.Kadir. Sebelum Pn
Hjh.Hamidah, beliau menjalankan tugas sebagai pengetua. Saya kata, “ Tuan Haji,
bidang saya ialah bidang sains landskap dan pertanian, saya memang berminatlah.
Bagaimana kalau tuan bagi saya peluang untuk buat bahagian ini?”.Dia setujulah.
Pada akhir tahun 1992, ada peruntukan. Jadi saya usahakan peruntukan itu. Dalam
Anjung Ilmu sebenarnya ada satu air terjun. Itu saya cukup sayang.Kita membinanya
untuk mewujudkan suasana yang nyaman, tetapi tidak dapat merasa lama kerana
tidak ada orang untuk menjaganya. Akhirnya, pada masa Pn.Norhayati, dirobohkan,
dipecahkan. Saya cukup merasa sedih kerana tidak dirujuk. Kita hanya tahu nak
maintain, sebenarnya itu tidak ada masalah. Pada tahun 93, saya buat satu gotong-
royong besar-besaran. Saya dapat bantuan daripada MBMB. MBMB bantu dengan
alat, peralatan, orang, bahan tanaman. Pada masa itu kita mula menghijaukan
kampus. Sejak itu, pada setiap tahun kita maintain, kita tambah pokok. Seorang
pensyarah yang saya rasa amat berminat dalam bidang ini ialah Tn.Hj. Ismail Baki.
Beliau amat berminat dalam kerja menanam pokok. Kita buat gotong-royong untuk
mengubah wajah gersang kepada hijau. Banyak tanah kita disini ialah tanah merah,
tanah laterit, tidak subur, susah pokok nak naik. Di padang ini sebenarnya ada tiga
empat batang pokok angsana yang sangat besar. Banyak kali ia nak ditebang, saya
pertahankan, saya minta dicantaskan, dikemas, dibela. Ianya mampu bertahan
sampai RMK-9. Pada RMK-9, masa saya dengan Pn.Soriah, saya masih bertahan.

15
Apabila Pn.Norhayati ambil alih sebagai Pengarah, saya perlu menyerahkan tugas
saya kepada KUKP, masa itu Hj. Zaki. Saya tidak lagi terlibat dalam pembangunan.
Saya merasa sedih kerana semasa perancangan saya terlibat, masa pelaksanaan
tidak. Banyak perkara yang saya tidak puas hati, kerana kita mesti memantau. Kita
mesti membela apa yang kita rasa kita perlu pertahankan. Apabila dibiarkan semua
kepada kontraktor inilah jadinya. Untuk memudahkan kerja mereka, mereka buang
sahaja apa yang dirasakan tidak perlu tanpa merujuk kepada kita. Ini yang saya
sangat sedihlah kerana pokok itu sangat, sangat besar. Diameternya lebih daripada
tujuh lapan kaki (sambil mendepakan tangan).Sayang, redup. Bila kita lihat gambar-
gambar lama, kita boleh nampak pokok. Kita sebenarnya ada banyak pokok, tapi
sayang ditebang.

SAYA : Siapa yang mengambil alih selepas Pn.Norhayati?

YKO : Selepas Pn Norhayati sebenarnya Pn Tumerah. Pn Norhayati agak lama disini.


Semasa perancangan RMK-9, dia tidak ada, Pn Soriah. Selepas itu, waktu
pelaksanaan, Pn Norhayati yang menjadi pengarah di sini. Apabila dia bersara awal,
Pn Tumerah datang.Ya..masing-masing ada stail sendiri. Kita kena tahu dia, satu.
Kemudian kita perlu tahu apa visi dia, apa yang dia nak sebenarnya. Daripada
situlah, macam kita saling menyokonglah.

SAYA : Okey. Baiklah. Rasanya bolehlah kita pergi kepada soalan yang seterusnya.
Selama tuan menjalankan tugas di institusi ini, apakah jawatan-jawatan yang
pernah disandang, sejak awal perkhidmatan sehingga sekarang?

YKO : Saya sebenarnya, dari segi akademik, saya pernah menyandang jawatan sebagai
Ketua Unit Kemahiran Hidup, Ketua Jabatan. Apabila menjadi Pensyarah Kanan,
kami akan diberi banyak tanggungjawablah, memimpin jawatankuasa-jawatankuasa.
Bagi saya, saya rasa, saya terlibat dengan begitu banyak bidang. Pernah menjadi
auditor, penggubal kurikulum, sebagai ahli panel peperiksaan. Dari segi akademik,
memang tidak boleh larilah. Tapi, ada tugas-tugas tambahan seperti pegawai
pembangunan, pegawai 5K, jadi penyelaras untuk EKSA sekarang, jadi, itu hanya
tugas dalam pentadbiran. Dalam permainan pun saya dulu memang menjadi
jurulatih. Bagi saya, banyak-banyak tugas dan jawatan yang saya pegang, saya
berbangga menjadi jurulatih bola tampar kerana ramai orang tidak percaya, guru
pelatih sendiri pun tidak percaya bahawa mereka boleh berjaya. Pada waktu itu
mereka bermain sampai ke peringkat kebangsaan. Pada tahun 1999, saya bawa
mereka pergi ke Samarahan. Di situ, kita bertanding di peringkat kebangsaan,
setelah menjuarainya di zon selatan. Di Zon Selatan, bila bercakap tentang bola

16
tampar, dipegang oleh MPTI. Apabila balik ke sini, saya bawa pasukan kita. Kita
boleh menjuarai zon dan mewakili zon. Pada saat itu, buat kali pertamanya, bola
tampar kita sampai ke peringkat naib johan. Kita kalah kepada Kota Bharu. Tahun
yang seterusnya kita dapat johan zon , kemudian dapat tempat ketiga di Pulau
Pinang, Bukit Mertajam. Saya rasa dari sinilah saya dapat meyakinkan pelajar kita
bahawa kalau kita sanggup bekerja keras, kalau kita sanggup berlatih, kita boleh
berjaya. Pasal, mereka selalu beritahu saya, bila mereka lihat pasukan lain, tinggi-
tinggi. Kedua, pelajar Cina, bila lihat pelajar Cina mereka akan rasa rendah diri. Saya
kata tidak perlu. Sebab menurut saya, suatu kemahiran dan kejayaan itu tidak
mengikut bangsa.U follow me, I said. I bring u success. Sekarang mereka masih
contact dengan saya. Saya rasa saya berjaya mengubah pemikiran mereka.
Membina keyakinan diri mereka. Itulah ya, kalau kita minat. Kalu kita pergi mana-
mana, tanya, adakah bekas pelajar MPPM di sini? Kita dapat lihat, mereka lain,
mereka berbeza.

SAYA : Sepanjang menjalankan tugas disini, apakah cabaran yang paling memberi
kesan kepada tuan?

YKO : Saya rasa semasa menjadi pegawai pembangunan, memang sukar. Kita mohon
kertas kerja, kalau ada duit, adalah, kalau tidak ada tu, memang tidak ada. Nasib
baik, saya ketika itu dengan ketua kerani kita yang sangat tegaslah. Daripada
bantuan itulah kita dapat membangun sedikit-sedikit sehingga RMK-9. Jadi, kita perlu
tabahlah. Never give up. Then, sebagai Ketua Jabatan pula saya dapati ada
beberapa pensyarah atau kakitangan yang 'luar biasa' kerana mungkin mereka tidak
dapat mengikut sistem terutamanya apabila ISO diperkenalkan. ISO bermula pada
tahun 2002. Sebenarnya, pada zaman Hjh.Zaiton kita sudah mewujudkan suatu
modul ISO untuk peperiksaan yang telah kita hasilkan selama 9 bulan. Apabila BPG
tahu kita ada modul, Penang pun ada, mereka pun nak adakan.Jadi semuanya
disatukan dan dilaksanakan di semua kampus dibawah BPG. Sebagai ketua, kita
perlu tahu, banyak maklumat yang perlu kita belajar tentang orang bawah kita.
Banyak orang tidak sukakan ISO kerana bagi mereka ianya banyak menambah
kerja. Namun bagi saya, ini adalah sistem yang kita perlu belajar kerana ia akan
memudahkan urusan kita. Ini merupakan satu cabaranlah kerana mereka telah
berada dalam zon selesa. Bagi saya, sebagai seorang ketua, kita tidak boleh marah,
mesti cuba memahami. Saya pernah ada seorang staf yang sedemikian. Saya tanya
dia, “ Cikgu nak buat atau tak nak buat atau cikgu tak tahu nak buat?” Jadi saya
jawablah untuk dia, “Kalau cikgu tak tahu buat, saya boleh ajau. Kalau cikgu tak nak
buat, saya boleh buat.”Jadi, mungkin saya rasa dia terkilan, atau saya menghina dia

17
tau. Pada suatu hari, dia datang ke bengkel, dia duduk sebelah saya. Dia kata, “
Cikgu menghina sayakah? Adakah saya tidak tahu buat kerja ini?”“Bukan.”Saya kata
bukan.“ Niat saya memang baik, saya nak bantu. Sebab, kalau cikgu tak nak buat,
saya kena jawab. Kalau cikgu tak tahu buat, saya boleh bantu”. Jadi, apabila saya
sudah menjelaskan semua itu, beliau..seorang yang lebih tua daripada saya, boleh
menangis tau di depan saya. Aaa..jadi saya rasa, itu memang cabaranlah..cabaran
untuk menguruskan manusia, menguruskan staf, bukan satu. Selepas selesai satu,
ada lagi, ada lagi. Jadi itulah cabaran sebagai ketua. Mana tahu, kamu jadi ketua
suatu hari nanti, memang benda seperti ini tidak akan lari.

SAYA : Aaa..jadi, bagaimana pula dengan pelajar?

YKO : Bagi saya dengan guru pelatih memang tidak ada masalah. Bezanya ialah saya
disini, di Maktab Perempuan Melayu, saya pernah mengajar di MPTI, saya pernah
mengajar lelaki dan perempuan, dan kebanyakan pelajar saya di MPTI adalah lelaki
ya. Jadi, saya memang rasa ada bezanya, kerana lelaki..kalau dia malas, dia
memang malas, dan dia berani pula menunjukkan yang dia malas. You buat apalah,
dia sanggup terima. Bagi saya, guru pelatih di sini saya rasa, memang tidak ada
masalah sangat. Kerana bagi saya, apa orang kata..mungkin..mungkin, pelajar
perempuan ini tahu apa yang dia nak ya..Mereka nak sama-sama maju, sama-sama
berjaya. Saya boleh katakan ya, Cikgu Puan Mastura, bekas pelajar saya, Dr.Noriani
pelajar saya, mereka ialah pelajar-pelajar cemerlang. Kerana apa? Kerana mereka
tahu. Kerana kami melatih, kami boleh lepaskan tanggungjawab, kita boleh
perhatikan daripada jauh, mudah. Apabila saya melatih bola tampar, bukannya
senang. Melatih sehingga tahap di mana saya tidak perlu turun. Dan, saya dapati
pasukan itu boleh menjalankan tanggungjawabnya sendiri. Jadi, saya hanya
menguruskan pertandingan, perlawanan dan kita..kadang-kadang kita berlawan
dengan lelaki. Saya kata “Jangan bermain macam orang perempuan”. Itulah..bila kita
lawan dengan staf lelaki kita boleh menang. Ya..Bayangkan eh…guru pelatih
perempuan menang berlawan dengan staf lelaki, kerana saya nak mereka pandai
melompat, merejam, mengumpan bola..bukan hanya ding dong ding dong main bola
pandai sambut sahaja. Servis pun buat servis tenis, bukan servis bawah tangan
sahaja. Saya rasa guru pelatih di sini memang tidak bermasalah, kalau yang
bermasalah, itu memang masalah terpencil. Dan kalau ada masalah, itu masalah
dengan keluarga dan sebagainya. Saya pernah, pernah satu kali mentee saya
sendiri pernah merasa terlalu kecewa dengan ibu dia menaruh harapan terlalu tinggi,
jadi saya terpaksa tau, kerana dia menghadapi satu krisis. Orang balik kampung, dia
tak nak balik kampung. Saya Tanya ,“You nak buat apa?”. Lalu dia kata, “Jika saya

18
balik kampung, saya lagi stres.Jadi saya minta nombor telefon. Saya telefon ibu dia.
Saya kata, “Puan, anak you sudah baik, dia dah cuba sedaya upaya. Dia opsyen
Matematik, memang sangat susah. Tapi dia sudah mencuba sedaya upaya dia. Puan
boleh letak harapan, tapi jangan terlalu tinggi. Asalkan anak kita dapat sempurnakan
kursus, itu sudah memadai.Jadi, masa konvokesyen, seronok konvesyen, pasal kita
buat disini. Jadi, pelajar datang, ibu bapa datang. Dia..dia..Dia kata, “Mak, mak, mak,
you mesti jumpa I punya mentor. Jadi dulu kita, kita mentor-mentee dulu tersangat
rapat. We are very very close. There’s a lot of story. Kalau nak cerita, memang tak
habis nak cerita. (Sambil ketawa)

SAYA : Okey, bagaimana tuan boleh melibatkan diri dengan muzium pula?

YKO : Itulah saya kata..daripada menjadi Ketua Jabatan, jadi pengurus…aa..jadi


setiausaha kepada Jawatankuasa Muzium. Selepas itu, jadi Pengerusi Muzium.
Jadi..pengarah ini, dia, dia punya ekspektasi itu lebih tinggi. Dia nak namakan saya
kurator. Saya kata, bukan. Bukan, saya bukan kurator. Saya hanya orang yang
berminat dalam menguruskan muzium.Jadi, letakkan saya sebagai Pengurus
Muzium. Itulah kerana terlibat. Kerana Pn.Norhayati suruh saya buat kertas kerja.
Jadi, saya terpaksa tanggung, tanggungjawab inilah, untuk membina muzium sampai
sekarang. Kerana, sebelum pembinaan ini siap, saya memang dekat enam bulan
saya duduk dalam muzium untuk buat penulisan. Nak buat papan cerita dia, nak cari
maklumat dan sebagainya. Saya terperap di sini, saya duduk disini selama enam
bulan, saya buat sorang-sorang, saya ambil gambar, baca buku dan sebagainya.
Tapi, saya rasa..aa.. kalau pada ketika itu, saya ada pelajar macam kamu, mungkin
kerja saya akan lebih mudah ataupun ada pensyarah yang betul-betul sanggup,
berminat, saya rasa memang lebih mantap lagi. Saya rasa kecewalah. Suatu ketika
dulu, 2010, saya masa itu ialah, pada ketika itu saya masih Setiausaha
Jawatankuasa Muzium. Saya punya kerja belum selesai, di mana pembinaan sudah
siap, pengisian dia belum siap. Jadi, saya masih meneruskan, meneruskan secara
bersendirian kerana bahan terlalu banyak. Usaha saya itu, tidak tahulah, mungkin ia
nampak terlalu lambat. It’s slow. It is a slow thing. Jadi, saya diketepikan. Saya
diketepikan, saya tidak ada dalam Jawatankuasa Muzium, tidak terlibat dengan
muzium. Tapi, saya tidak merasa kecewa, saya rasa, kalau memang tidak perlu, tak
apalah. Saya sudah usahakan, saya dengan niat yang baik, sampai ke tahap ini,
kalau orang nak ambil alih, biarlah. Jadi, saya ambil fail dan sebagainya, saya
serahkan kepada pengarah. Pengarah tidak pernah mengatakan saya ini dipecat,
tidak pernah memberita kenapa dan sebagainya. Pengarah tak nak berjumpa saya.
Saya pun tidak tahu kenapa, sampai ke hari ini, saya tidak tahu kenapa. Jadi, saya

19
pun tak marah. Saya kata, “Tidak mengapalah puan. Saya sudah tahu hasrat
puan .Ini dia dan saya tinggalkan. Pada 2010, 11, 12, 13, saya tidak terlibat dengan
muzium. Tapi, pada tahun 2014, saya dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa
Muzium dengan 7, 8 orang ajk.

SAYA : Sepanjang tempoh itu, siapa yang menguruskan muzium?

YKO : Itu diuruskan oleh bekas..Ketua Jabatan ketika itu. Jadi Ketua Jabatan, dia pun
tidak boleh buat sebenarnya, kerana sebagai seorang Ketua Jabatan, you mesti ada
orang-orang you yang boleh membantu. Jadi, mereka dapat sempurnakanlah.Tapi,
saya ada merasa sedikit terkilanlah kerana banyak perkara-perkara yang tidak
sepatutnya berlaku seperti kesilapan-kesilapan yang terpapar di galeri. Saya terkilan
kerana sya rasa tidak sepatutnya berlakulah kerana kita lihat, benda macam ini, tidak
boleh terkejar-kejar. Kalau tak pun, mesti ada sokongan. Well, I think, I did what I
have to do lah. I pun tidak marah sebenarnya, but, since, itu yang sudah berlaku,
biarkanlah ia berlaku. Jadi, itu saya jadikan sebagai satu kenanganlah. Mungkin
disebabkan niat yang baik, saya dapat sokongan dan bantuan. Pada tahun 2014,
ketika saya sudah mengambil alih Jawatankuasa Muzium ini, saya dapat satu itu,
apa itu..motivasi ya..daripada Cikgu Zul. I said, “ Cikgu Zul, why don’t u take the
museum? Pasal I, I tak diterima. Tapi Cikgu Zul kata, dia panggil saya sifu, dia kata,
“Maaflah, you sudah buat begitu banyak, jadi, kalau saya ambil alih, saya tidak akan
ada rasa kepunyaan tau. Sifu, you sudah mulakan, eloklah kalau you yang
sempurnakan”. Jadi daripada situ, saya kata, “Baiklah Zul, I take over again”. Dan
kebetulan pula, ini empat orang (sambil menunjukkan gambar) pelajar daripada
UITM yang datang berpraktikum selama tiga bulan. Itulah sebabnya. Dengan
bantuan mereka, dengan bantuan kamu semua dulu, (guru pelatih Major Sejarah),
saya dapat sempurnakan. Saya kata wajib. Saya kata, “Zuraidah, nak tak nak, tahun
ini juga kita kena rasmikan, tahun 2014”.Kita jemput Rektor untuk rasmikan, Rektor
tidak dapat datang. Sebenarnya yang datang itu ialah wakil kepada Rektor,
Pn.Roshidah yang sebenarnya bekas classmate saya di UPM. Jadi saya rasa,
setakat ini, saya tidak berpuas hati lagi kerana saya dapati bahawa, ada peluang
untuk perkembangan bilik-bilik di belakang. Setakat ini, dengan Pn. Norasliza Alias,
saya rasa saya sudah berjaya kemaskan semua bilik sudah. Bilik belakang, semua
sudah dikemaskan. Hanya saya sekarang, saya tengah cuba mengemukakan satu
projek yang besar sebenarnya. Dimana, kertas kerja sudah siap, saya sudah hantar
kepada Pengarah, Pengarah tak kata setuju atau tidak setuju, tak tahu apa nak
dikomen, tapi memang saya sudah ada kertas kerja itu. Vision, visi saya ialah saya
nak orang sumbang kepada perkembangan muzium ini dengan menyumbang

20
kepada perkembangan setiap bilik secara individu, kumpulan atau institusi. Jadi,
mungkin dengan cara itu, kita mungkin akan dapat dana bangunkan dengan sendiri.
Kalau tidak, saya masih akan terus berusaha tanpa wang. (Sambil ketawa). Jadi,
siapa yang ambil alih daripada saya, saya rasa akan terasa cabaran dialah. Memang
mencabar untuk memelihara tempat ini. Saya dapati saya banyak membuat surat,
saya memohon telefon tak dapat, saya mohon untuk baiki lampu masih tak siap-siap
sejak daripada tahun lepas (2015), mohon perabot untuk dipindahkan ke sini masih
tidak dipindahkan. Tapi saya usaha, ada sebahagian saya sudah dapatlah.
Kemudian saya mohon untuk seorang PO yang tetap, saya sudah dapat. Jadi
Pn.Norasliza ini, itulah saya kata, dengan niat yang baik, mesti akan ada orang yang
datang membantu. Jadi, saya rasa jika saya dapat sumbangan untuk semua bilik ini,
yang saya anggarkan ada 43 buah bilik, saya boleh dapatkan satu bilik RM1000,
saya boleh maintain dan upgrade tempat ini sebelum saya pencen. Ini hasrat saya
(sambil ketawa).

SAYA : Bagaimanakah pandangan tuan, mengenai kedudukan institusi ini, setelah


berjaya mengekalkan legasi ini selama 80 tahun?

YKO : Saya rasa ya, kita tidak, orang kata apa..itu pandangan sayalah, institusi kita ini
unik, very very unique. Kerana saya pernah didatangi oleh seorang pelajar daripada
Australia, dia menetap di England selama satu bulan, dia datang ke Singapura terus
ke sini, dia datang jumpa saya semata-mata nak mengetahui sejarah tentang IPPM.
Namanya, Anna Doukakis, dia pernah berhubung dengan saya, dan dia sekarang
tengah bekerja di Tasmania, Australia.

SAYA : Macam mana dia boleh tahu tentang maktab ini?

YKO : Saya pun tidak tahu. Dia yang datang cari saya. Jadi, saya bagi dia bahan, dan dia
pun ada berkongsi bahan tentang sejarah maktab kita kerana dia mengkaji tentang
pendidikan Melayu dahulu, dia buat PhD. Saya rasa kita di sini, orang-orang kita di
sini, warga kita, pelajar kita dan sebagainya, kalau ada rasa sayang tu, rasa sayang
itu, dia akan menghargai sejarah kita, dan bagi saya sejarah kita, kalau kita lihat dari
dulu lagi, sejarah kita banyak kejayaan, kerana saya sudah banyak membaca.
Bingkisan , hasil karya pelajar kita. Sebenarnya, kejayaan kita memang terlalu
banyak. Dan, Perempuan Melayu ini adalah yang tersangat-sangat unik, inilah legasi.
Kejayaan perempuan Melayu. Dari dulu, orang duduk di kampung, tidak ada
pendidikan. Dan, kalau kita bandingkan dengan perempuan Melayu sekarang, jauh
bezanya. Keranadengan pendidikanlah, kita telah menukar kepada wajah kemajuan
kepada bangsa dan negara. Saya rasa kalau kita nak buat satu kajian, memang

21
baguslah. Kalau kita nak tahu legasi kita ialah impak kepada orang Melayu, bangsa
Melayu, perempuan Melayu kepada pembangunan negara. Actually, there’s a lot of
contribution. Masalahnya sekarang ialah, mana pelajar kita? Mana guru-guru kita?
Apakah kejayaan kita? Dimanakah dokumentasinya? Sayang..kita ada ramai tokoh.
Jadi hasil kita, itulah sebenarnya. Membawa, patutlah menjadi satu legasi kepada
maktab kita.Yes, impak kepada 80 lebih tahun. Bayangkan, sudah berapa generasi.
Dan, apabila saya terima pelawat-pelawat daripada bekas-bekas pelajar kita, kita
dapati anak-anak dia bawa dia dengan kereta-kereta besar, sudah mampu. Mungkin
sebagai eksekutif dan sebagainya. Bukan orang-orang biasa. Anak cucu mereka
sudah berjaya. Dia membawa perubahan kepada keluarga dia dan masyarakat. Jadi
impak dia, kita patut kajilah .Inilah peranan kamulah, sebagai guru Sejarah dan guru
pelatih di IPPM ini. Ini tanggungjwab kamu. Gunakan muzium ini dengan baik. Ada
banyak lagi benda-benda yang belum diselongkar. Ada banyak gambar-gambar lama
lagi. Apa cerita dia? Banyak..saya tidak larat. Banyak dokumen-dokumen itu, saya
simpan dengan baik, supaya generasi nanti boleh buat kajian dan boleh buat
penulisan. Pasal, dengan cari ini, kita boleh sebarluaskan nama kita. Kita boleh
sebarluaskan apa yang kita ada, maklumat yang kita ada untuk perkongsian.

SAYA : Boleh tak tuan kongsikan beberapa aktiviti yang telah berjaya diadakan dan
mampu memberi impak kepada warga IPGKPM, terutamanya siswi pendidik?

YKO : Saya rasa kita di sini, di sini kita banyak melaksanakan aktiviti daripada dalam bilik
darjah, luar bilik darjah, dengan masyarakat..memang tidak ada hal. Tapi, menurut
pengalaman saya lah ya, saya dapati bahawa, saya pernah menjadi jurulatih satu
program Latihan Membina Semangat yang kita laksanakan untuk guru pelatih. Saya
rasa itu memberi impak yang sangat tinggi kerana, kita berjaya, berjaya mengubah
ya, personaliti pelajar, pandangan pelajar, supaya lebih berani, lebih ni. Ketika itu,
program itu memang dijalankan dengan agak rancak, tapi, oleh kerana kos, dan
kemalangan-kemalangan, program itu ditiadakanlah. Memang, memang impak dia
bagus, tapi mungkin mereka melihat dari segi keselamatan dan sebagainya kerana
banyak melibatkan aktiviti di luar. Di air, di gunung, dimana-mana, camping dan
sebagainya .Itu memang impak yang sangat tinggi lah. Dan saya sangat sedih
jugalah kerana dulu, ada Pestarama, ada KAGUM. Jadi seolah-olah kan, aktiviti
kokurikulum seperti ini di peringkat kebangsaan sudah mula mencair dan
menghilang. Jadi, kita tidak ada peluang untuk berinteraksi dengan orang lain
dengan aktiviti luar bilik darjah. Dulu kita memang ada banyak pertandingan
peringkat kebangsaan yang memberi pengalaman kepada pelajar kita. Daripada unit
beruniform, permainan, sukan, perbahasan dan semuanya peringkat kebangsaan.

22
Sekarang, semuanya macam sudah senyap, sudah hilang. Tidak ada aktiviti. Itu
sebabnya kita sentiasa melatih pelajar dengan pelbagai aktiviti. Di padang kan, kalau
petang-petang macam ini, memang dah penuh. Tidak ada orang duduk di asrama.

SAYA : Mungkinkah disebabkan perbezaan jadual waktu?

YKO : Itulah saya rasa, inilah masalahnya..mungkin perubahan kurikulum, kehendak


kurikulum yang lebih akademik, jadi kita dapati jadual waktulah kan. Dahulu,kita
adakan kuliah sebelah pagi, tapi yang lain-lain, semuanya akan dilaksanakan pada
sebelah petang. Kurikulum dan sebagainya semuanya di sebelah petang. Jadi,
mungkin suasana itu berbeza.

SAYA: Selain itu, pada pandangan tuan, apakah peranan guru pelatih, terutamanya
guru pelatih major Sejarah terhadap muzium?

YKO : Itulah..pada pandangan saya, sebagai guru pelatih major Sejarah ini, pertama
sekali dia mestilah meminati sejarah. Dia mesti tahu bahawa sejarah ini ada banyak
cerita, banyak dia punya makna dia tau, apa-apa yang berlaku ni kan. Jadi seorang
pelajar sejarah ni, dia mesti sayang barang lama, dokumen lama, apa-apa yang
berlaku itu semuanya akan menjadi sejarah. Jadi bermakna, apa-apa yang berlaku
sekarang ini, harus di..apa itu..dihargailah. Kita haruslah mengkaji, mengapa. Itulah
sejarah. Jadi sebagai pelajar ini, kita mestilah ada pandangan yang berbeza
daripada orang lain. You have to..you kena mengkaji, banyak menyoal. “Why this
things happen? Kenapa benda ini berlaku? Kalau tidak begini, ianya akan berlaku
macam mana?” Jadi, satu lagi you all kena belajar macam mana hendak berkongsi,
macam mana hendak berhubung dengan orang luar, berkaitan dengan apa yang kita
ada, apa yang orang ada, kita boleh bertukar-tukar maklumat dan cerita. Dan itulah
yang akan lebih memperkayakan lagilah ya. Tidak boleh duduk bersendirian
sahaja.Kalau kita ada sumber, kita perlulah duduk dan baca.

SAYA : Bagaimana pula dengan guru pelatih yang tidak berminat dengan sejarah?

YKO : Jadi, itulah. Kalau macam saya, saya tidak berminat dengan sejarah sebenarnya,
saya orang sains, dan lebih daripada itu saya bidang teknikal. Tetapi, apabila saya
mula membaca cerita-cerita lama, saya cuba mengaitkan dengan masa-masa
lampau dengan apa yang ada pada hari ini. Jadi, kita akan dapati, ada pro dan
kontra dalam sesuatu era, dalam membuat sesuatu perkara. Di situ kita mula berfikir,
dan mula mengembangkan idea. Jadi, kita, apabila kita mula berfikir balik, kita akan
rasa, “Kenapa rasa macam dulu lebih baik?” Tapi, tidak semestinya. Mungkin ada

23
kontranya. Macam saya, pada zaman saya mula mengajar, saya rasa dulu tidak
bagus, kerana saya menghadapi banyak kekangan. Kalau sekarang saya jadi guru,
saya akan merasakan saya ada terlalu banyak bahan, saya ada banyak teknologi.
Itulah apa yang saya banding. Dan, apabila saya bandingkan sekarang dengan dulu,
saya dapati, dulu banyak perkara yang berjalan dengan perlahan, kurang stress.
Sekarang, semua nak cepat, nak cepat, nak banyak, nak impak, itu yang menjadi
stress. Jadi everything is going in contra. Apabila kita fikir balik, dulu dan sekarang,
itulah kehidupan. Kita hanya perlu menyesuaikan kehidupan kita. Jadi, sebenarnya,
sejarah ini dapat membantu kita memikir, dapat membantu kita menghargai apa yang
sudah berlalu tapi kita boleh gunakan dan merancang untuk masa depan. Jangan
fikirkan ia tidak penting.

SAYA : Apakah hasrat dan harapan tuan kepada IPGKPM terutamanya dalam
meletakkan nama IPGKPM setanding dengan IPG lain?

YKO : Saya rasa..aa..kalau kita lihat sekarang, kita dapati bahawa kita ada kampus induk
dan kampus satelit. Jadi, agaknya kenapa kampus kita adalah kampus satelit?
Mungkin adalah disebabkan kampus kita merupakan satu institusi yang unik, hanya
terhad kepada perempuan Melayu. Jadi, kalau kita nak menjadi kampus yang induk,
kita mesti membuka kepada orang ramai dan berkembang. Jadi, itulah situasi kita
sekarang. Jadi, saya nampak tugas kita akan beralih, menjadi institusi latihan untuk
kursus dalaman untuk guru-guru terlatih. Jadi apa-apapun kita dapati, satu ketika
nanti apabila tidak ada pengambilan pelajar asas bermakna dengan sendirinya
institusi ini akan hilang kerana kita tidak ada pelajar kita sendiri. Ini mungkin satu
perkara yang boleh dikatakan amat menyedihkanlah kerana dengan sendirinya kita
punya peranan akan hilang. Dan mungkin dalam tempoh 2, 3 tahun setelah kamu
semua bergraduat, di mana lagi pelajar kita? Pelajar latihan kumpulan asas. Bagi
saya macam mana kita nak kekalkan legasi kita? Hanya boleh kita dokumenkan dan
simpan di muzium kita. Jadi, pada masa akan datang, selagi kita tidak fikirkan
macam mana nak kekalkan pengambilan pelajar dan menambahkan bilangan pelajar
sesuai dengan kemudahan yang kita ada di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, saya
rasa memang mendukacitakanlah. So, I just don’t know what to say. It is sad you
know. We shouldn’t do this to any institution that is so historically significant. Pasal
kita boleh dikatakan, one of the oldest after MPSI.Kita adalah yang paling tua, jadi
kenapa kita diletakkan dalam keadaan yang sedemikian? Itu yang saya rasa kecewa.
It’s very sad. Don’t you think so? It shouldn’t end. It wouldn’t end la, but it will
transform, transform into something else. But, it will not be like what it has been.

24
That’s why I tahu kenapa alumni mati-mati nak kekalkan identiti maktab ini. Saya
dapat merasa.

SAYA : Tapi, semangat itu tidak ada dalam kalangan guru pelatih yang sekarang.
Macam perbezaan, rasa milik itu..

YKO : Sudah tentu, kerana values, you punya nilai, you punya keperluan ialah berbeza
kalau berbanding dengan pelajar-pelajar dahulu. Because I think, we are more
academic, that’s why. Those days, we do, we do, play and work. It’s different.Time
changes.

SAYA: Jadi, apa kata-kata terakhir Encik, sebagai sesuatu yang perlu dikenang dan
disimpan untuk generasi akan datang?

YKO : I believe, you know, kalau kita belajar di sini, kita bekerja di sini, kita mesti
menghargai masa, peluang dan pengalaman kita. Semua yang berlaku sebenarnya
adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Jadi, kita tidak seharusnya
meninggalkan ianya begitu sahaja .Ianya patut menjadi suatu yang boleh disimpan,
dikekalkan sebagai warisan institusi ini kerana kita adalah sebahagian daripadanya.
Warisan kita sebenarnya patut kita pelihara dan kekalkan selagi kita ada hayat.
(sambil ketawa)

SAYA : Baiklah Encik, sebelum saya mengakhiri temubual kita pada hari ini, saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasihlah kepada Encik kerana sudi
meluangkan masa bersama saya untuk berkongsi pengalaman dan pandangan.

YKO : Okey. Sama-sama.

25

You might also like