Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Teks Pengerusi Majlis Karnival Bahasa Melayu SJKC dan SJKT Daerah Kerian 2022.

Bertongkat si buta di atas pematang,

Berenang si kelah di hujung muara;

Pemanis kata selamat datang,

Salam berjumpa pembuka bicara.

Daun layu di tengah gurun,

Nampak jalur pohon cemara;

Tradisi Melayu turun temurun,

Pantun ditutur pembuka bicara.

Selamat datang dan salam bersua,

Yang Berusaha …………………………………………., Tuan PPD Kerian

Yang Berusaha En.M.Murugesu

Pengerusi Induk Karnival Bahasa Melayu Daerah Kerian ,

Yang Berusaha………………………………………………………,

Yang Berusaha………………………………………………………,

Yang Berusaha………………………………………………………,

Yang dihormati Barisan guru besar sekolah –sekolah daerah Kerian , Guru-guru Penolong Kanan, guru-
guru pengiring ,peserta-peserta dan murid-murid yang di hormati sekalian.

Selamat datang ke Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah, peringkat Daerah Kerian 2022.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kepada tuhan yang maha berkuasa kerana dengan
limpah kurnianya kita dapat sama-sama berhimpun di sini bagi memeriah karnival ini. Semoga dengan
adanya aktiviti seperti ini akan meningkatkan dan memartabatkan lagi bahasa Melayu, bahasa ibunda
Malaysia kita.

Kita teruskan kelangsungan majlis kita dengan Nyanyian lagu NegaraKu dan Lagu Negeri Perak. Hadirin
diminta berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.

***********************************************************************************

Majlis akan diceriakan dengan satu persembahan Tarian daripada ___________________________

Dipersilakan.

Warga dewan yang dihormati,

Tak molek, jika alu tiada lesungnya

Tak berguna, jika dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis, jika tiada yang berbicara

Majlis membuka tirai dengan menjemput yang Berusaha En.M.Murugesu, Pengerusi Induk Karnival
Bahasa Melayu SJKC Dan SJKT Daerah Kerian tahun 2022 untuk menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En.M.Murugesu.

***********************************************************************************

Majlis akan dimeriahkan dengan satu Persembahan Slaid yang akan memaparkan perjalanan Karnival
Bahasa Melayu tahun ini. Marilah kita sama-sama saksikan.

Satu perjalanan yang indah buat keluarga pendidikan Kerian telah kita saksikan. Syabas dan tahniah
kepada ________________ yang menyumbang tenaga dalam penghasilan slaid itu tadi.
Para hadirin yang dihormati sekalian,

Yang awal kita dahulukan,

Yang dahulu kita alu-alukan,

Ucapan perasmian kita nantikan,

Pelengkap majlis yang kita adakan.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha …………………………………………………………. untuk


menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Penutupan Karnival Bahasa Melayu SJKC dan
SJKT Peringkat Daerah Kerian 2022. Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ______________________ . Amanat yang tuan
sampaikan akan kami turuti.

************************************************************************************

Majlis akan diceriakan lagi dengan satu persembahan Tarian daripada ___________________________

Dipersilakan.

Kita teruskan kelangsungan majlis kita dengan penyampaian sijil penghargaan kepada barisan panel
hakim.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha ___________________ untuk

mengiringi Yang Berbahagia …………………………………………………………….

Tuan pegawai PPD Kerian untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada barisan panel hakim.

Seterusnya penyampaian sijil penghargaan barisan panel hakim.

Dipersilakan …………………………………………………………….
dari SK……………………………………………………………………. (x4)

***********************************************************************************

Warga dewan yang dimuliakan,

Sejajar meranti di tanah rendah,

Mencelah berangan tegak merendang

Keputusan dinanti di tangan sudah,

Adat pertandingan ada pemenang .

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui peserta manakah yang menjuarai ,
Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu, pertandingan Teater Solo dan pertandingan syarahan
peringkat Daerah Kerian Tahun ini.

Bagi pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu

#Tempat ketiga dijemput………………………………….

dari sekolah………………………………………………

#Naib johan dipersilakan ……………………………........

dari sekolah………………………………………………
#Dan johan pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu dijuarai

oleh…………………………………………..dari

sekolah………………………………………………..

************************************************************************************

Bagi pertandingan Teater Solo

#Tempat ketiga dijemput………………………………….

dari sekolah………………………………………………

#Naib johan dipersilakan ……………………………........

dari sekolah………………………………………………

#Dan johan pertandingan Teater Solo disandang

oleh…………………………………………..dari

sekolah………………………………………………..
*********************************************************************************

Seterusnya di jemput pemenang pertandingan Syarahan Piala Perpaduan 2022

-Tempat ketiga dijemput………………………………….

Dari sekolah………………………………………………

-Naib johan dipersilakan ……………………………........

dari sekolah………………………………………………

-Dan johan pertandingan syarahan Piala Perpaduan tahun ini telah dirangkul

oleh…………………………………………………,,,,dari

sekolah………………………………………………..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia…………………………………………kerana sudi


menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.

Tahniah kepada sekolah yang berjaya,dan syabas kepada peserta. Manakala kepada yang tidak bernasib
baik, kecewa bukan penawar segala. Jadikanlah kegagalan sebagai pembakar semangat untuk mencuba
pada masa akan datang..
Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, terimalah dua rangkap pantun dari saya;

Gugur menguning buah kuini

Menghijau pohon subur berbaja;

Majlis kita berakhir di sini,

Salah dan silap lupakan saja.

Mudik ke Serada berperahu payang,

Sambil menantang bunga setanggi;

Kalau ada usia nan panjang,

Karnival mendatang bertemu lagi.

Sebarang kelemahan harap dimaafi

Segala kerjasama sangat dihargai

Terima kasih daun keladi

Kenangan nan indah simpanlah di hati

Ampun maaf andainya terkasar bahasa, terkhalif bicara dan kurang manis bermadah pujangga
sepanjang karnival ini berlangsung.

Sekian, Terima kasih.

You might also like