Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LATAR BELAKANG PENGGUNAAN SUMBER TENAGA DI MALAYSIA

Kisah seekor gajah milik Long Jaafar bernama Si Larut yang hilang dan kemudian
ditemui bersama palitan lumpur dan bijih timah di kaki gajah tersebut adalah catatan
yang menarik dikaitkan dengan aktiviti perlombongan di Malaysia.

Peristiwa ini dikisahkan berlaku sekitar tahun 1848 yang kemudiannya membentuk
sebahagian besar bandar-bandar di sebelah utara negeri Perak seperti Larut,
Kamunting, Taiping dan Bukit Gantang. Asal usul nama daerah Larut turut dikaitkan
bersempena nama gajah tersebut.
Berdasarkan rekod, aktiviti perlombongan dan perdagangan emas dari negeri
Kelantan dan Pahang telah dinyatakan dalam rekod lama China sejak abad ke-13
lagi.
Berdasarkan rekod penemuan bekas-bekas lombong dan peralatan yang digunakan,
terdapat kemungkinan aktiviti ini telah berlaku lebih awal iaitu sejak abad ke-6 atau 7
lagi. Tanah Melayu juga pernah digelar Suvarnabhumi (bumi emas) oleh pedagang-
pedagang dari India.
Gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas) turut dinyatakan di dalam lakaran
peta oleh ahli geografi Yunani bernama Ptolemy pada akhir abad ke-13.
Kegemilangan sejarah kesultanan Melayu di kepulauan Nusantara ini sebahagian
besarnya turut terbentuk hasil daripada aktiviti perlombongan.
Kisah kedatangan pedagang-pedangan dari China, India, Portugis, Belanda, British
dan penaklukan Jepun sedikit sebanyak boleh dihubungkait dengan kemakmuran
sumber mineral negara.
Namun demikian, Sejak kemerosotan perlombongan bijih timah, industri mineral
negara sukar berkembang maju seperti dahulu. Puncanya, kurang pelaburan dalam
penerokaan sumber mineral baharu.

Kesan faktor luaran seperti pertukaran penggunaan tanah, perkembangan kawasan


perbandaran dan kepesatan pembangunan sektor lain, terutama perkilangan dan
perkhidmatan juga menyebabkan industri mineral kini dianggap tidak lagi menarik.

Tanpa pengeluaran sumber mineral, sektor seperti pembinaan, pengilangan, elektrik


dan elektronik, telekomunikasi, logistik dan lain-lain turut sukar meneruskan aktiviti
masing-masing.

Oleh itu, selain bergantung kepada bahan mentah mineral diimport, wajar ia
diperoleh daripada sumber tempatan yang memang tersedia, tetapi tidak diterokai
sewajarnya.
• SUMBER TENAGA MALAYSIA KINI

Lebih 90% tenaga elektrik yang dihasilkan di Malaysia dijana daripada sumber arang batu
dan gas. Tenaga elektrik yang dijana oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan penjana tenaga
bebas (IPP) meliputi keseluruhan kapasiti sebanyak 21,059.5 MW yang membekalkan tenaga
elektrik kepada industri, pusat-pusat komersil, pejabat-pejabat dan kawasan perumahan
yang meliputi kira-kira 8 juta pelanggan di negara ini

• Dalam memenuhi keperluan lebih 8.5 juta pelanggan di semenanjung Malaysia, 113,946
GWJ tenaga elektrik dijana pada tahun 2014. Seiring peningkatan pertumbuhan ekonomi
negara, kami menjangka permintaan bekalan elektrik meningkat sejajar dengan industri
yang kian berkembang dan keperluan perniagaan di seluruh negara.

You might also like