Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

TEKS PENGERUSI MAJLIS KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK ALAI KALI KE-44 TAHUN 2020

AGENDA TEKS QUE /


CATATAN
PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan EN. MUHAMAD IQBAL BIN ISMAIL,
KETIBAAN PENOLONG PPD MELAKA TENGAH, UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID.

Diiringi oleh PN RUSZIAH BINTI YAHAYA


PENOLONG PPD MELAKA TENGAH, UNIT PERANCANGAN.

Bersama YDP PIBG SK ALAI EN RAMLI BIN ISMAIL

EN. SABRI BIN ABU SAMAH Guru Besar Sekolah Kebangsaan Alai,

Para Pentadbir dan ajk-ajk PIBG

Ke Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali ke-44.


UCAPAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
PEMBUKAAN salam sejahtera,
Salam MELAKA BERWIBAWA,
“PINTAR, HIJAU, BERSIH”

SALAM JPM, PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK NEGARA


SEJAHTERA.

SALAM PPD MELAKA TENGAH, “ABOVE AND BEYONE OTHERS”

SALAM SK ALAI, BERINTEGRITI, BERSIH, BERWAWASAN, PEMACU INSAN


TERBILANG.

Yang Berbahagia ,
EN. MUHAMAD IQBAL BIN ISMAIL,
PENOLONG PPD MELAKA TENGAH, UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID.

Yang dihormati,
PN RUSZIAH BINTI YAHAYA
PENOLONG PPD MELAKA TENGAH, UNIT PERANCANGAN.

YDP PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI, EN RAMLI BIN ISMAIL

Yang Berusaha,
EN. SABRI BIN ABU SAMAH, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Alai

Barisan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Alai,

Ahli-ahli Jawatan Kuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Alai,


Guru-guru,
Para ibu bapa
Dan seterusnya anak-anak didik yang dikasihi sekalian.
UCAPAN ALU- Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan
ALUAN kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke kejohanan sukan tahunan Sekolah
Kebangsaan Alai kali ke 44. Semoga dengan kehadiran hadirin sekalian akan
dapat menyuntik semangat kesukanan kepada atlet –atlet muda yang akan
beraksi dalam acara pada hari ini. Untuk makluman hadirin dan hadirat
sekalian, pada tahun ini sekolah kebangsaan Alai telah memilih tema Hidupan
Laut untuk kejohanan sukan tahunan pada kali ke-44 ini.

PERBARISAN Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah bersama-sama
kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil
bahagian.

Dengan itu, majlis menjemput ,


EN. MUHAMAD IQBAL BIN ISMAIL, diiringi PN RUSZIAH BINTI YAHAYA
Bersama YDP PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAI, EN RAMLI BIN ISMAIL
Dan Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Alai untuk menerima tabik hormat.
Dipersilakan.

**MUZIK LINTAS HORMAT DIMAINKAN**

Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang


diketuai oleh adik Muhammad Isyraq Amirruddin bin Abdul Fatah. Adik isyraq
merupakan atlet renang yang mewakili Sek Keb Alai, dan telah banyak
memecahkan rekod di peringkat negeri.

Diikuti oleh adik Nur aqilah bt Mohd Azam yang merupakan ketua bagi
kontinjen Kejohanan Sukan Tahunan SK Alai kali ke-44.

Untuk makluman semua, Adik nuraqilah adalah seorang murid yang sangat
aktif di dalam bidang kokurikulum. Banyak acara yang telah disertai dan
dimenangi oleh beliau. Antaranya adalah,
-Johan kawasan Ayer Keroh, Bola Baling MSS
-Johan kebangsaan Bola Baling sempena Bulan Sukan Negara
-Pingat Perak Lontar Peluru Kejohanan Sirkit Olahraga Pembangunan Negeri
Melaka
-Tempat ke 3 peringkat negeri Kejohanan Bola Baling MSS Negeri Melaka.

Menyusul dibelakang ialah perarakan masuk kontinjen dari Kelas Pendidikan


Khas Pembelajaran KPKP SK Alai
Diketuai oleh adik Muhammad Syah Fikri Bin Abu Jasah
- Lihatlah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, anak anak istimewa ini
boleh melakukan apa saja walaupun mereka murid berkeperluan khas.
Sila berikan tepukan yang gemuruh buat anak anak istimewa ini.
Seterusnya ialah kontinjen dari murid-murid PraSekolah Kebangsaan Alai
yang diketuai oleh adik Aina Nasuha Binti Mohd Zamri

Seterusnya adalah Kontijen dari rumah BENDAHARA (Biru)


Kontinjen Rumah Bendahara adalah rumah sukan yang telah berjaya
merangkul juara keseluruhan selama _______ tahun berturut-turut.

Ketua Kontinjen: M. Khalish Firdaus Bin M.Fariz


Pembawa Bendera: M.KHalis bin M.Hairul Nizal
Pembawa Sepanduk: Siti Nursyahirah Bt M.Syaifulhasry
Tema Hidupan Lautan: Starfish
Moto/Slogan: Biru Mara, Biru Juara

Kontinjen seterusnya yang sedang berarak masuk ialah kontinjen dari rumah
TEMENGGUNG (Kuning)

Ketua Kontinjen: Abudul Khalid b Samsudin


Pembawa Bendera: M.Zulhasni b. Zamry
Pembawa Sepanduk: Sufinaz Nasuha b M.Sufian
Tema Hidupan Laut: Baby Shark
Moto/Slogan: Berani, Berdisiplin, Berjaya

Kini menyusul pula kontinjen dari Rumah SYAHBANDAR (Merah)

Ketua Kontinjen: Aminullah b M.Yunus


Pembawa Bendera: M.Rayyan b. M.Rafi
Pembawa Sepanduk: Inas Firzanah bt Azmi
Tema Hidupan Laut: Octopus
Moto/Slogan: Membara Mengejar Juara

Dan mengakhiri lintas hormat pada hari ini ialah Kontinjen dari Rumah
LAKSAMANA (Hijau)

Ketua Kontinjen: M.Muhaimin Azhar b. Abd Rahim


Pembawa Bendera: Iqram Haqimie b. Ahmad Johari
Pembawa Sepanduk: Norshahira Damia bt. Hasdyzaudin
Tema Hidupan Laut: Turtle
Moto/Slogan: Biar berpeluh, Jangan Mengeluh..Hijau Pasti Boleh

Terima kasih diucapkan kepada tetamu Kehormat ,


atas kesudian menerima tabik hormat sebentar tadi.

**MUZIK DITAMATKAN**

NYANYIAN LAGU Hadiri yang dihormati sekalian, sebentar lagi kita akan sama-sama berdiri
dan menyanyikan lagu Negaraku.
**LAGU**

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


BACAAN IKRAR Seterusnya dipersilakan pembawa bendera kontijen setiap rumah sukan maju
ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan
diketuai oleh adik Nur Aqilah.

*IKRAR*

Majlis merakam terima kasih atas lafaz ikrar itu tadi.

BACAAN DOA Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita
sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Khairulizwan bin Rosjihan
Dipersilakan

**DOA**

Amin Amin Ya Rabbal Alamin


Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Khairulizwan bin Rosjihan.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar
serta diberkati oleh Allah SWT.

UCAPAN GURU Sudilah tuan jalan berlapan,


BESAR Jalan berlapan di malam yang kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Dengan maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Sabri
Bin Abu Samah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Alai untuk memberi ucapan
alu-aluan sempena Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali ke 44.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**UCAPAN**

Terima kasih diucapkan kepada Tuan guru besar atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Jangan tertawan alpa duniawi,


UCAPAN Yang hanya indah serupa mimpi,
PERASMIAN Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Para tetamu yang dihormati sekalian, majlis dengan ini mempersilakan pula
EN. MUHAMAD IQBAL BIN ISMAIL untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Alai
Kali ke-44.

Majlis dengan dengan segala hormatnya mempersilakan.

**UCAPAN PERASMIAN**

***MUZIK NAIK BENDERA**


Marilah kita sama sama menyaksikan upacara menaikkan bendera kejohanan
sebagai tanda bermulanya kejohanan sukan tahunan SK Alai kali ke -44.

Terima kasih diucapkan kepada EN. MUHAMAD IQBAL BIN ISMAIL atas
ucapan perasmian sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Seterusnya, bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-
sama menyaksikan persembahan silat daripada Pasukan Silat Sekolah
Kebangsaan Alai.

Dipersilakan…

**MUZIK SILAT**

Majlis merakam terima kasih kepada Pasukan Silat Sekolah Kebangsaan Alai.
Untuk makluman semua, pasukan silat ini dibimbing oleh EN KHAIRI HAZWAN
BIN ZOLKIFLI.

Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontijen yang
KONTINJEN mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.
MENINGGALKAN
PADANG **MUZIK**

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian kejohanan sukan


Tahunan Sekolah Kebangsaan Alai kali ke 44.
Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil
bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


HADIAH ACARA Majlis kita akan diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah bagi
PADANG acara-acara padang.
(LONTAR
PELURU) Kita mulakan dengan acara lontar peluru Lelaki dan Perempuan
CENDERAHATI tahun 4,5 dan 6.
DAN Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan EN. MUHAMAD
JAMUAN VIP IQBAL BIN ISMAIL diiringi oleh En. SABRI BIN ABU SAMAH
GURU BESAR SK ALAI untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

*PENYAMPAIAN HADIAH*

Terima kasih diucapkan kepada EN. MUHAMAD IQBAL BIN ISMAIL atas
penyampaian itu tadi.

Seterusnya dipersilakan pula EN SABRI BIN ABU SAMAH Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Alai untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda ucapan
terima kasih daripada pihak sekolah kepada kepada EN. MUHAMAD IQBAL
BIN ISMAIL . dipersilakan

*PENYAMPAIAN CENDERAHATI*
Majilis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Guru Besar
atas penyampaian itu tadi

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi acara LOMPAT JAUH,
Maka dengan itu majlis menjemput PN RUSZIAH BINTI YAHAYA, PENOLONG
PPD MELAKA TENGAH, UNIT PERANCANGAN diiringi oleh Pn Zaidah binti
Latip Guru penolong Kanan Sk Alai. Dipersilakan

- Penyampaian

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Rusziah atas penyampaian
itu tadi.

Penyampaian seterusnya merupakan penyampaian hadiah bagi acara LOMPAT


TINGGI lelaki dan perempuan.
Dengan itu majlis menjemput En. Ramli b Ismail, YDP PIBG SK Alai dengan
diiringi En. Sallahuddin bin Salleh GPK Kokurikulum SK Alai.. dipersilakan.

- Penyampaian hadiah
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Ramli atas penyampaian
itu tadi.

LAWATAN KE KHEMAH
Seterusnya majlis ingin menjemput tetamu tetamu kehormat diiringi tuan guru
besar bersama sama barisan pentadbir untuk membuat lawatan ke Khemah-
khemah sukan dan sekaligus mengadili setiap khemah tersebut bagi kategori
Hiasan Khemah Rumah Sukan Terbaik. Dipersilakan.

JAMUAN
Majlis menjemput tetamu kehormat ke ASTAKA
Untuk menikmati jamuan.

ACARA LARIAN Para hadirin sekalian sebentar sahaja lagi akan dimulakan acara kejohanan
25M KPKP sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Alai kali ke 44.

Acara pertama pada hari ini ialah acara larian 25 meter lari pecut Kelas
Pendidikan Khas Pembelajaran.

PENYAMPAIAN * ACARA SUKANEKA PRASEKOLAH*


HADIAH Selesai sudah acara sukaneka sebentar tadi. Majlis dengan ini menjemput
SUKANEKA PRA ________________________________________________________
SEKOLAH untuk meyampaikan hadiah sukaneka kepada para pemenang.
Diumumkan pemenang bagi
Tempat ke 4: Rumah ____________________
Tempat ke 3: Rumah ________________________
Tempat ke 2: Rumah ________________________
Tempat Pertama: Rumah ______________________

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Majlis seterusnya menjemput:
_______________________________________________
Untuk menyampaian hadiah bagi acara:
______________________________________________________________

Diumumkan pemenang bagi


Tempat ke 4: Rumah ____________________
Tempat ke 3: Rumah ________________________
Tempat ke 2: Rumah ________________________
Tempat Pertama: Rumah ______________________

Terima kasih diucapkan kepada _____________________________________


di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Acara yang bakal berlangsung seterusnya ialah acara ke________________ iaitu


__________________________ bagi murid-murid Tahun _____________.

**ACARA**

Selesai sudah acara sukaneka sebentar tadi. Majlis dengan ini menjemput
________________________________________________________
untuk meyampaikan hadiah sukaneka kepada para pemenang.
Diumumkan pemenang bagi
Tempat ke 4: Rumah ____________________
Tempat ke 3: Rumah ________________________
Tempat ke 2: Rumah ________________________
Tempat Pertama: Rumah ______________________

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

SUKANEKA IBU Kini tibalah acara yang ditunggu-tunggu yang ditunggu oleh ibu bapa, guru-
BAPA DAN GURU guru dan hadirin semua.
Acara yang akan berlangsung sebentar lagi ialah acara sukaneka ibu bapa
dan guru.

* ACARA SUKANEKA IBUBAPA & GURU*

PENYAMPAIAN Selesai sudah acara sukaneka sebentar tadi.


HADIAH Majlis dengan ini menjemput ____________________________________ diiringi oleh
_______________________________________________ untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.

Diumumkan pemenang bagi

Acara _________________________
Acara _________________________
Tempat ke 4:
Tempat ke 3:
Tempat ke 2:
Tempat Pertama:

Terima kasih diucapkan kepada ________________ di atas kesudian


menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Tahniah kepada para pemenang.


TARIK TALI Acara kemuncak yang akan akan berlangsung sebentar lagi ialah acara tarik
tali murid lelaki tahap 2.

*ACARA TARIK TALI*

Selesai sudah acara Tarik tali itu tadi, maka berakhirlah acara sukan
tahunan SK Alai ke 44 bagi tahun 2020.

Majlis dengan ini menjemput ____________________________________ diiringi oleh


_______________________________________________ untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.

Diumumkan pemenang bagi acara:


_________________________________________________

Tempat ke 4: Rumah ____________________


Tempat ke 3: Rumah ________________________
Tempat ke 2: Rumah ________________________
Tempat Pertama: Rumah ______________________

Terima kasih diucapkan kepada ____________________ di atas kesudian


menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Kini majlis kita kian sampai ke penghujungnya,


Sebentar lagi akan diumumkan siapakan gerangan Olahragawan dan
Olahragawati sekolah bagi Tahun 2020.

Dipersilakan ______________________________ untuk menyampaikan anugerah


tersebut.

Penerima Anugerah Olahragawan Kejohanan disandang oleh adik:


__________________________________________________
Dari rumah ________________________
Penerima Anugerah Olahragawati pula disandang oleh adik:
__________________________________________________
Dari rumah ______________________________________

Kini tibalah saat yang dinanti-nanti oleh semua hadirin sekalian.

*MUZIK DRAM*….

Diumumkan …
Tempat ke 4
Dengan pungutan mata sebanyak : _________________mata
Disandang oleh Rumah ___________________________

Tempat ketiga jatuh kepada rumah ________________________


Dengan pungutan mata sebanyak _____________________________ mata.

Majlis Dengan ini mengumumkan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan


Tahun SK Alai Kali ke 44 Bagi Tahun 2020 diungguli oleh rumah
__________________________________ dengan pungutan mata tertinggi sebanyak
_____________________________ mata, Tahniah diucapkan kepada rumah
__________________________________

Maka dengan ini secara automatik Rumah _____________________________


Menyandang Naib Johan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Alai
kali ke 44 dengan pungutan mata sebanyak ____________________________mata.

Terima kasih diucapkan kepada _____________________________ diatas kesudian


menyempurnakan acara penyampaian hadiah itu tadi.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Alang-alang kita dah bergembira ni.. kami ingin memaklumkan 1 pengumuman


gembira juga… bahawa esok COTi sempena kejohanan sukan kita pada petang
ni… hip hip horayyyy…

ACARA TURUN BENDERA


Sekarang diminta para hadirin dan murid murid sekalian untuk bangun dan
berdiri bagi menyaksikan bersama sama acara menurunkan bendera sebagai
tanda berakhirnya Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Keb Alai kali ke 44 bagi
tahun 2020

Seterusnya, majlis menjemput Tuan guru besar En Sabri B Abu Samah untuk
menerima bendera kejohanan Sukan Sk Alai. dipersilakan

PENUTUP Demikianlah berakhirnya Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Alai


bagi tahun ini.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan Tahunan
Sekolah Kebangsaan Alai Kali ke 44 pada tahun ini.

Kami juga memohon maaf jika ada salah atau tersilap kata
sepanjang mengendalikan acara sukan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik
itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu dari kami.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kita pohonkan.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikumwarahmatullahi


wabarakatuh dan terima kasih.

SENARAI PENYAMPAI HADIAH

1. EN. MUHAMAD IQBAL BIN ISMAIL, PENOLONG PPD MELAKA TENGAH, UNIT PEMBANGUNAN
BAKAT MURID
2. PN RUSZIAH BINTI YAHAYA, PENOLONG PPD MELAKA TENGAH, UNIT PERANCANGAN
3. EN RAMLI BIN ISMAIL, YDP PIBG SK ALAI
4. _____________________________________ NYDP PIBG SK ALAI
5. EN.SABRI BIN ABU SAMAH, GURU BESAR
6. EN. SALAHHUDIN BIN SALLEH, GPK KOKU
7. PN. ZAIDAH BINTI LATIP, GPK 1
8. PN. LISA BIN MOHAMAD, GPK HEM
9. PN. NORIZAH BT HJ ABU,GPK KELAS PEND. KHAS PEMBELAJARAN KPKP
10. PN. HASZIAN BT HASSAN, AJK PIBG
11. PN. MASZURA BT MOHAMAD, AJK PIBG
12. PN. SITI NORIDAH BT MOHD SHAH, AJK PIBG
13. EN.ABD MUTALIB BIN MOHD NOOR, AJK PIBG
14. EN.ABD MALEK BIN ADAM, AJK PIBG
15. EN. ABD HALIM BIN ABU SAMAH, AJK PIBG

You might also like