Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Prinsip-prinsip Asas BBSM

Terdapat 7 Prinsip Asas pergerakan iaitu;


1. Kemanusiaan,
2. Kesaksamaan,
3. Keberkecualian,
4. Kebebasan,
5. Khidmat Sukarela,
6. Ketunggalan
7. Kesejagatan.
Setiap prinsip dihuraikan seperti berikut:
KEMANUSIAAN
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk
memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan
pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana
jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta
hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan,
kerjasama, dan kedamaian yang berkekalan dalam kalangan manusia.
KESAKSAMAAN
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam
kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi
keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.
KEBERKECUALIAN
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, persatuan tidak
menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang
bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.
KEBEBASAN
Walaupun berupa badan sokongan, kepada pihak yang berkuasa awam, dan tertakluk
kepada undang-undang negara, persatuan tetap menjaga autonominya supaya ia boleh
bertindak mengikut prinsip pergerakan.
KHIDMAT SUKARELA
Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan untuk mencari
untung
KETUNGGALAN
Hanya ada satu persatuan palang merah atau bulan sabit merah dalam sesebuah
negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi
seluruh negara.
KESEJAGATAN
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia
di mana semua persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling
membantu di antara satu sama lain.
Kuiz. Bulatkan jawapan yang betul.
1. Prinsip pertubuhan asas Bulan Sabit Merah Malaysia ialah seperti berikut
kecuali:
a. Kemanusiaan
b. Kesaksamaan
c. Kebebasan
d. Keharmonian

2. Berapakah jumlah prinsip asas dalam Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)?

a. 6
b. 7
c. 1
d. 2

3. Apakah yang dimaksudkan "khidmat sukarela" dalam prinsip asas Bulan Sabit
Merah Malaysia?

a. Berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan


untuk mencari untung
b. Tidak membezakan pangkat, rupa atau harta
c. Untuk terus mendapatkan kepercayaan orang ramai
d. Untuk saling hormat-menghormati

4. Apakah tujuan asas "kesaksamaan" dalam prinsip asas Bulan Sabit Merah
Malaysia?

a. Berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan


untuk mencari untung
b. Meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada
kes-kes kecemasan yang paling serius
c. Untuk terus mendapatkan kepercayaan orang ramai
d. Untuk memastikan Persatuan ini terbuka kepada semua pihak.

5. "Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak


menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai
pertikaian yang bercorak plitik, perkauman, agama dan ideologi."

Berdasarkan penyataan di atas, prinsip asas BSMM manakah yang


dimaksudkan?

a. KESEJAGATAN
b. KEBERKECUALIAAN
c. KHIDMAT SUKARELA
d. KEBEBASAN

You might also like