Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PEMBANGUNAN MASYARAKAT III VRS 031

PENGENALAN

Kemunculan komputer yang berbagai-bagai jenis dan pelbagai jenama di pasaran telah memberi kemudahan kepada semua pihak terutama dalam kecekapan pengurusan pentadbiran negara. Dengan penggunaan internet sebagai alat komunikasi terkini sebagai sumber penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Disebabkan tiada pihak yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta lama web telah dibangunkan dengan bermacam-macam maklumat, idea, propaganda dan juga pronografi telah disebarkan melalui internet.

Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dari seluruh dunia. Teknologi internet amat mudah untuk seseorang mengeksploitasikan maklumat dan pelbagai jenis perkhidmatan yang disediakan. Salah satu penyalahgunaan teknologi internet pada masa kini ialah jenayah siber daripada golongan remaja.

Kajian yang dijalankan oleh Mohd. Dahlan A. Malek, PhD dan Ida Shafinaz Mohamed Kamil, MA dari Universiti Malaysia Sabah, iaitu Jenayah Dan Masalah Sosial Di Kalangan Remaja: Cabaran Dan Realiti Dunia Siber mendapati terdapat hubungan signifikan di antara penggunaan internet dengan jenayah yang berlaku pada masa ini. Sebagai contoh di Malaysia perjudian, pornografi, pengiklanan seks adalah jenayah tetapi bukan jenayah di negara lain. Justeru itu, kami telah membuat analisis ke atas kajian kes tersebut.

1) Bakar Baihaki (202966) (202916)

Azman Shah Bin Ismail Wang (202923) 1 2) Ashlin Masuri Bt Abu 3) Haryani Binti Salleh Hiu Kee Sing

(202954) 4)

PEMBANGUNAN MASYARAKAT III VRS 031

Objektif Analisis Kajian

Bagi mencapai matlamat analisis kajian, beberapa objektif telah ditetapkan.

Antara-

antara objektif tersebut ialah memahami sifat dan mengenalpasti punca sebenar jenayah siber yang berlaku pada golongan remaja di Malaysia. Analisis keberkesanan langkah-langkah yang diambil bagi menangani jenayah dan masalah sosial para remaja. Selain itu, mewujudkan masyarakat yang sihat demi masa depan remaja supaya dapat melahirkan satu masyarakat yang sihat dan tidak terlibat dalam jenayah dan masalah sosial. . Akhir sekali mengurangkan jenayah dan masalah sosial dalam negara terutamanya yang terlibat dalam jenayah-jenayah siber.

Definisi

Jenayah adalah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah itu dinamakan penjenayah manakal internet pula adalah sistem global dari seluruh jaringan komputer yang saling terhubung menggunakan Standart Internet, Protokol Suite (TCP/IP) untuk melayan pengguna internet di seluruh dunia. Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya sekali. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan oleh penjenayah siber dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. 1) Bakar Baihaki (202966) (202916) 3) (202954) 4) Hiu Kee Sing Haryani Binti Salleh Jenayah siber meliputi kecurian, penipuan, peras ugut, dan segala yang melibatkan pelanggaran undang-undang. Azman Shah Bin Ismail Wang (202923) 2 2) Ashlin Masuri Bt Abu

PEMBANGUNAN MASYARAKAT III VRS 031

Analisi Responden

Hasil kajian mendapati responden mempunyai tahap yang tinggi dalam konteks masalah jenayah siber yang melanda golongan remaja. Dalam kajian ini kami mendapati beberapa punca yang menyebabkan remaja-remaja terlibat dalam masalah gejala sosial siber. Dalam faktor-faktor yang dikemukakan didapati responden mempunyai tahap pemahaman yang sederhana. . Faktor-faktor masalah sosial remaja yang berpunca daripada kemajuan teknologi siber, persekitaran, kendiri remaja dan didikan keluarga berada dalam tahap yang sederhana.

Isu-isu terkini dimana penjenayah beralih ke dunia siber untuk mempengaruhi remaja kita melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. jenayah mereka. pengedar dadah. Penjenyah-penjenayah ini menyalahgunakan laman web ini bagi mempengaruhi remaja untuk turut serta di dalam kegiatan Kebanyakan remaja hanya menyedari bahawa mereka menjadi mangsa jenayah siber apabila mereka tertipu dan diseludup ke negara luar sebagai pelacur dan

Punca-Punca Remaja Terlibat Dalam Masalah Gejala Sosial Siber

1) Bakar Baihaki (202966) (202916)

Azman Shah Bin Ismail Wang (202923) 3 2) Ashlin Masuri Bt Abu 3) Haryani Binti Salleh Hiu Kee Sing

(202954) 4)

PEMBANGUNAN MASYARAKAT III VRS 031


Setiap perkara yang berlaku dalam dunia ini mempunyai sebab dan akibatnya tersendiri. Tidak adil rasanya kita menyalahkan remaja tanpa mengetahui apakah punca-punca kenapa perkara ini berlaku di kalangan remaja. Di sini terdapat beberapa punca-punca remaja terllibat dalam gejala sosial yang tidak sihat seperti pronografi, perjudian, laman sosial, pengiklanan seks dan sebagainya.

Walaupun kita melihat bahawa media massa banyak memberi maklumat yang berguna kepada kita tetapi kita tidak dapat menafikan bahawa media massa juga berperanan dalam menyumbang kepada masalah gejala sosial yang melibatkan remaja pada masa kini. Kalau dahulu kita susah hendak melihat atau mendapat VCD lucah tetapi kini dalam internet remaja boleh muat turun video tersebut. Inilah harga yang perlu kita bayar untuk kemajuan teknologi terkini, kalau tidak dikawal ianya boleh merosakkan remaja kita pada kini. Peralatan media seperti parabola yang membolehkan pelbagai siaran daripada luar negara dapat ditonton tanpa kawalan mudah diperolehi di pasaran dan ianya menjadi salah satu punca masalah remaja menjadi liar dan terikut-ikut dengan aksi-aksi ganas dan seks yang dipaparkan melalui siaran tersebut.

Keluarga juga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah seseorang individu. Masalah dalam keluarga akan menyebabkan remaja rasa tertekan dan mereka pasti akan mencari ketenangan seperti melayari internet. Remaja yang terlibat dalam gejala sosial siber juga kebanyakannya berpunca daripada keluarga yang tidak stabil dan bermasalah, selalu berlaku pertengkaran dalam rumah, pergaduhan antara ibu bapa serta sentiasa berada di dalam kongkongan keluarga. Apabila keadaan ini berlaku dalam keluarga, remaja akan menjadi keliru dan perasaan inigin memberontak akan semakin kuat dalam diri mereka, dan apabila perasaan tersebut tidak dikawal lagi maka remaja akan menterjemahkan dalam bentuk perbuatan sama ada perbuatan seperti menjadi liar dan perasaan ingin mencuba.

1) Bakar Baihaki (202966) (202916)

Azman Shah Bin Ismail Wang (202923) 4 2) Ashlin Masuri Bt Abu 3) Haryani Binti Salleh Hiu Kee Sing

(202954) 4)

PEMBANGUNAN MASYARAKAT III VRS 031


Remaja pada masa kini ingin mencari kawan yang dikatakan glamour dan popular agar mereka menonjol supaya dikenali oleh orang lain. Kawan juga boleh mempengaruhi personaliti seseorang remaja, walaupun kita lihat dari luaran bahawa remaja tersebut seorang yang baik tetapi dia akan mudah terpengaruh oleh rakan sebayanya dan pasti akan terjerumus juga. Sebab itulah kita selalu mendengar mencari kawan atau teman, carilah teman yang boleh membawa kita ke jalan kebaikan bukannya ke jalan kehancuran. Antara contoh, remaja melihat adegan seks dalam internet atau dalam VCD keinginan untuk mencuba akan timbul dan akan melakukan perbuatan tersebut dengan rakan sebaya mereka tanpa memikirkan kesannya kepada diri mereka. Remaja perempuan yang mendapati diri mereka telah mengandung akan mengambil jalan pintas dengan menggugurkan kandungan mereka.

Didikan agama amat penting kepada manusia, kerana iman adalah benteng terakhir yang dapat menghalang manusia daripada melakukan perkara yang tidak baik. Kita sedia maklum bahawa semua agama mengajar umatnya berkelakuan baik dan kerana kurangnya didikan agama manusia akan mudah terpesong dan akan menurut hawa nafsu. Masyarakat kita sekarang atau dikatakan moden jauh berbeza dengan masyarakat pada zaman dahulu iaitu zaman ibu bapa, nenek moyang kita. Memang sedih kalau kita lihat sikap masyarakat kita pada masa kini. Sepatutunya bila dikatakan masyarakat ia merupakan satu rumpun, satu keluarga dan satu ikatan yang kuat antara satu sama lain. Masyarakat takut untuk menegur anak jiran atau kenalan mereka jika mereka terserempak atau ternampak mereka melakukan sesuatu perkara yang salah kerana beranggapan bahawa mereka tidak mahu digelar busy body iaitu suka menjaga tepi kain orang dan cukuplah mereka menjaga hal masing-masing.

Dengan pembangunan negara yang semakin berkembang maju, merasakan diri mereka tidak disayangi dan dikasihi. memberontak

remaja sekarang

kurang mendapat perhatian dan bimbingan daripada ibu bapa mereka sehingga mereka Hal ini akan menyebabkan perasaan menjadi semakin kuat dalam diri anak-anak tersebut dan ia akan mudah 1) Bakar Baihaki (202966) (202916) 3) (202954) 4) Hiu Kee Sing Haryani Binti Salleh Azman Shah Bin Ismail Wang (202923) 5 2) Ashlin Masuri Bt Abu

PEMBANGUNAN MASYARAKAT III VRS 031


menjurus kepada perkara yang tidak baik. Ibu bapa beranggapan bahawa dengan hanya

memberi wang atau menyediakan kemudahan yang mewah seperti telefon bimbit dan komputer riba kepada anak-anak maka tanggungjawab sebagai ibu bapa telah dilaksanakan dengan jayanya. Tanggapan demikian adalah punca segala masalah yang dihadapi oleh para remaja pada masa kini yang kurang mendapat kasih saying daripada ibu bapa. Ibu bapa harus mengetahui bahawa kemewahan yang dicurahkan kepada anak-anak tidak akan dapat menjamin kehidupan anak-anak mereka serta tidak akan dapat membentuk akhlak yang baik dengan hanya menyediakan kemewahan semata-mata. Kemewahan bukanlah kunci bagi segala-galanya dan bukan kayu pengukur kebahagian dalam keluarga.

Kesan-Kesan Masalah Gejala Sosial Siber

Remaja merupakan aset terpenting untuk negara kita. Mereka merupakan pelapis dan peneraju pada masa hadapan yang akan meneruskan kelangsungan pentadbiran negara. Jika remaja kita asyik terlibat dalam gejala yang tidak sihat ianya akan merugikan negara. Di samping itu, kerajaan akan mengalami kerugian dalam bentuk wang ringgit ataupun harta benda hasil daripada gejala jenayah di kalangan remaja Malaysia pada masa kini. Ianya juga dapat menyebabkan kemerosotan ekonomi dari segi sektor pelancongan kerana pelancong-pelancong asing akan keberatan untuk memasuki negara kita akibat daripada anasir-anasir jenayah sosial.

Masyarakat akan turut mengalami kesan-kesan daripada gejala sosial ini dimana persekitaran kehidupan masyarakat yang tidak sihat disebabkan aktiviti-aktiviti remaja yang tidak bermoral semakin berleluasa. Situasi ini akan mempengaruhi semakin banyak remaja-remaja terlibat di dalam gejala sosial sekiranya tidak dibendung dengan kadar segera oleh semua pihak yang bertanggungjawab.

1) Bakar Baihaki (202966) (202916)

Azman Shah Bin Ismail Wang (202923) 6 2) Ashlin Masuri Bt Abu 3) Haryani Binti Salleh Hiu Kee Sing

(202954) 4)

PEMBANGUNAN MASYARAKAT III VRS 031


Ibu bapa yang tidak berjaya mendidik anak-anak mereka turut menyumbang kepada peningkatan masalah ini. Didikan agama yang kurang diberi perhatian oleh ibu bapa telah menyebabkan anak-anak mereka terjerumus di dalam masalah sosial remaja masa kini. Oleh itu, ahli keluarga yang lain akan merasa malu hendak berhadapan dengan masyarakat sekeliling.

Dapatan Penyelesaian Kajian


Berdasarkan statistik rawatan pemulihan gejala sosial di Rumah Kebajikan PERKID bagi remaja perempuan, jumlah anak bina PERKID yang telah dan sedang menjalani rawatan pemulihan akhlak dari Januari 2004 hingga Mac 2008 adalah seramai 201 orang. Antara gejala sosial yang ditemui dalam tempoh tersebut adalah terlanjur dengan teman lelaki sebanyak 78%, menjadi mangsa rogol, lari dari rumah, terlibat dengan dadah dan masalah akhlak sebanyak 6%. Manakala di Rumah Sahabat PERKID bagi remaja lelaki, sebanyak 77 orang telah dan sedang menjalani rawatan di rumah tersebut dari Julai 2006 hingga Mac 2008 yang terlibat dengan gejala dadah, gam, syabu sebanyak 54 %, masalah mental dan masalah akhlak sebanyak 35 %.

Tanggungjawab mendidik dan menjauhkan golongan remaja dan kanak-kanak daripada terjerumus dengan kegiatan jenayah dan masalah sosial menjadi tanggungjawab semua pihak. Langkah melalui kempen dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan dan guru-guru yang mendidik dengan memberi perhatian di dalam soal tatatertib. 1) Bakar Baihaki (202966) (202916) 3) (202954) 4) Hiu Kee Sing Haryani Binti Salleh Azman Shah Bin Ismail Wang (202923) 7 2) Ashlin Masuri Bt Abu

PEMBANGUNAN MASYARAKAT III VRS 031

Menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka sepenuhnya dengan memahami dan mengetahui aktiviti anak-anak ketika melayari internet dan peka melihat perubahan kepada sikap anak mereka sekiranya mereka menunjukkan perubahan yang negatif. Melengkapkan komputer rumah dengan perisian yang boleh memantau aktiviti anak-anak dapat menghalang mereka daripada memasuki ruangan yang dilarang. Ibu bapa seterusnya harus menasihatkan anak-anak mereka berdasarkan laman web yang dilayari di internet dan melalui langkah ini dapat memastikan proses mendidik anak-anak berterusan. Didikan agama perlu turut diberi perhatian oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka bagi memastikan mereka memahami batas-batas pergaulan dan perlakuan yang dibenarkan di dalam agama agar mereka dapat menjauhi segala larangan agama dan tidak terlibat di dalam gejala sosial ini.

Kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menangani masalah sosial remaja dengan mengetatkan undang-undang dan peraturan-peraturan ke atas pengusaha kedai kafe siber. Dengan kawalan yang ketat seperti pemasangan kamera tertutup bagi memerhati segala perlakuan remaja-remaja yang memasuki premis tersebut sudah pasti dapat membanteras masalah penyalahgunaan internet oleh remaja. Langkah ini dapat memastikan kemudahan internet digunakan untuk tujuan pembelanjaran oleh remaja-remaja tersebut. Bagi membendung gejala jenayah ini berleluasa, kerajaan telah memperkenalkan akta seperti Akta Pelindungan Pengguna 1998, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Pencegahan Pemerdagangan Manusia 2008. Kerajaan perlu sentiasa peka dengan segala permasalahan yang berlaku di dalam negara serta masyarakat bagi memastikan undang-undang dan akta-akta yang sedia ada sentiasa relevan dan perlu dikemaskini jika perlu.

Media massa memainkan peranan yang penting di dalam menangani masalah sosial remaja dengan menyebarkan maklumat mengenai kesan-kesan masalah sosial, tindakan pihak berkuasa serta undang-undang yang diambil ke atas pelaku atau pesalah jenayah terutama 1) Bakar Baihaki (202966) (202916) 3) (202954) 4) Hiu Kee Sing Haryani Binti Salleh Azman Shah Bin Ismail Wang (202923) 8 2) Ashlin Masuri Bt Abu

PEMBANGUNAN MASYARAKAT III VRS 031


remaja masa kini yang semakin serius. Dengan langkah yang diambil oleh media massa akan dapat menyedarkan remaja-remaja bahawa kelakuan jenayah yang dilakukan terutama melalui internet akan dikenakan tindakan dan masalah ini dapat di atasi dengan lebih berkesan.

Selain daripada kerajaan yang memainkan peranan dengan mengadakan kempenkempen kesedaran, pihak berkuasa seperti polis mesti turut memainkan peranan yang utama. Pihak polis mesti kerap mengadakan operasi dan rondaan-rondaan di tempat-tempat rekreasi, tempat hiburan seperti karaoke dan tempat-tempat penginapan serta rumah-rumah urut. Gabungan kerjasama antara pihak berkuasa polis dan Jabatan Agama Islam dalam mencegah gejala-gejala maksiat akan dapat mengekang kes-kes maksiat dan jenayah di kalangan remaja. Kawalan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) ke atas jualan barang-barang di dalam pasaran negara dengan mengawasi bahan-bahan lucah atau yang berbentuk negatif agar tidak lepas di pasaran yang akan mengundang perhatian remaja. Badan-badan penguatkuasa

yang lain mesti turut memainkan peranan dengan memberikan kerjasama sepenuhnya ke atas usaha membasmi gejala sosial remaja.

Analisis Kekuatan Dan Kelemahan Kajian Responden

Responden mengkaji dan memahami secara mendalam punca-punca permasalahan yang berlaku. Beliau juga telah mengemukakan pendekatan-pendekatan dalam penyelesaian 1) Bakar Baihaki (202966) (202916) 3) (202954) 4) Hiu Kee Sing Haryani Binti Salleh Azman Shah Bin Ismail Wang (202923) 9 2) Ashlin Masuri Bt Abu

PEMBANGUNAN MASYARAKAT III VRS 031


masalah tetapi masih lemah menguraikan langkah-langkah pendekatan yang perlu diambil dengan lebih terperinci. Kajian responden juga menumpu kepada undang-undang yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan dalam mengekang permasalahan daripada berlaku secara serius. Selain itu, responden juga telah merealisasikan perancangan kerajaan yang telah dibuat bagi mengatasi masalah ini.

Kelemahan yang dapat dianalisi daripada kajian responden dimana responden lebih banyak menumpukan kepada punca masalah pihak lain tetapi kurang memberi perhatian kepada isu-isu remaja itu sendiri. Responden harus mengemukakan cara-cara bagaimana mengatasi masalah yang dihadapi oleh remaja dengan memberikan dorongan dan nasihat serta bimbingan kepada remaja tersebut. .

Kesimpulan

Segala permasalahan yang berlaku memerlukan penglibatan semua pihak yang telah diutarakan oleh responden. Langkah-langkah yang perlu diambil oleh semua pihak hendaklah lebih pro aktif bagi memperlihatkan kesungguhan semua pihak di dalam mengatasi masalah ini. Dengan ini, segala permasalahan sosial dapat di atasi lebih awal daripada terus menjadi wabak kepada negara. 1) Bakar Baihaki (202966) (202916) 3) (202954) 4) Hiu Kee Sing Haryani Binti Salleh Azman Shah Bin Ismail Wang (202923) 10 2) Ashlin Masuri Bt Abu

PEMBANGUNAN MASYARAKAT III VRS 031

Harapan bangsa dan negara menjelang Wawasan 2020 akan tercapai melalui peningkatan kesedaran moral yang tinggi di kalangan masyarakat sejajar dengan pembangunan negara yang semakin maju. Kerjasama semua pihak dapat menjamin kemakmuran dan kestabilan ekonomi negara dan menjadikan negara sebagai tempat tinggal yang aman, selesa dan selamat serta menjadi contoh kepada negara-negara luar.

Rujukan

1.

http://www.perkid.net/v3/?p=308

1) Bakar Baihaki (202966) (202916)

Azman Shah Bin Ismail Wang (202923) 11 2) Ashlin Masuri Bt Abu 3) Haryani Binti Salleh Hiu Kee Sing

(202954) 4)

PEMBANGUNAN MASYARAKAT III VRS 031


2. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20101017224825/Article/index_html

3.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia& sec=Rencana&pg=re_08.htm

1) Bakar Baihaki (202966) (202916)

Azman Shah Bin Ismail Wang (202923) 12 2) Ashlin Masuri Bt Abu 3) Haryani Binti Salleh Hiu Kee Sing

(202954) 4)

You might also like