Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

FASA 1 : MENGANALISIS MASALAH

1.1Pernyataan Masalah

Pada setiap tahun, SMK Tinggi Batu Pahat telah diamanahkan oleh Pengerusi Pejabat
Penarangan Batu Pahat untuk mengelolakan pertandingan-pertandingan yang melibatkan
bulan Patriotik. Oleh hal yang demikian, Pengetua SMK Tinggi Batu Pahat, Encik Yazid
bin Zawawi telah mengamanahkan Panitia sejarah untuk mengendalikan pertandingan
tersebut. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah pertandingan Melukis Poster,
Pertandingan melukis Pelitup muka, pertandingan mereka cipta topeng merdeka,
pertandingan merekacipta poster digital dan sebagainya. Pertandingan ini terbuka kepada
semua pelajar sekolah menengah tingkatan 1-5 di Daerah Batu Pahat.

Bagi memudahkan perjalanan pertandingan, setiap peserta perlu mengisi borang


pertandingan secara manual yang telah diedarkan kepada sekolah-sekolah. Maklumat
peserta dikutip dan disimpan dalam satu fail khas. Walaupun begitu, kadangkala berlaku
juga kehilangan maklumat peserta akibat kecuaian dan pengurusan yang kurang cekap. Hal
ini akan menyebabkan kesukaran mendapatkan semula maklumat yang hilang.

Semasa pertandingan berjalan, setiap peserta akan dinilai oleh beberapa orang hakim
yang telah ditetapkan. Hakim-hakim ini akan menilai setiap aspek dan memberikan markah
berdasarkan kriteria pemarkahan dan kepakaran yang mereka miliki. Markah-markah ini
akan dikira secara manual oleh pihak penguruasan untuk menentukan pemenang. Oleh hal
yang demikian, pihak pengurusan memerlukan kira-kira 30 minit untuk mengumumkan
keputusan pertandingan.

Melihat kepada situasi ini, memang tidak dinafikan bahawa sistem sedia ada yang
digunakan dalam pengurusan pertandingan ini ialah sistem manual. Oleh itu, tidak
hairanlah sekiranya masalah kehilangan dan keciciran maklumat kerap berlaku. Proses
pengumpulan dan mengiraan skor yang dilaksanakan secara manual ini juga kadangkala
tidak tepat dan mengundang rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

1
Bagi mengatasi masalah ini, saya akan membangunkan sebuah sistem pengurusan
pertandingan berasaskan web. Sistem ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah
kehilangan dan keciciran maklumat, malah dapat membuat proses pengiraan dan penentuan
keputusan dengan cepat dan tepat.

1.2Objektif

Objektif sistem pengurusan pertandingan ini ialah dapat :

i. Merekod maklumat peserta yang memasuki pertandingan


ii. Merekod maklumat hakim yang memberikan markah dalam pertandingan
iii. Memaparkan keputusan pertandingan dengan cepat dan tepat

1.3Skop

Skop sistem pengurusan pertandingan ini ialah :

i. Sistem ini hanya boleh merekod maklumat peserta, maklumat hakim,merekod


markah dan memaparkan keputusan pertandingan bagi tahun semasa sahaja.

1.4Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi pengguna sistem ini ialah :


i. Pihak pengelola pertandingan (Admin)
ii. Peserta
iii. Hakim

1.5Menilai Sistem Sedia Ada

Sistem sedia ada merupakan sistem manual yang merekod segala urusan secara bertulis,
maka sistem lama tidak melibatkan sebarang kos penyelenggaraan yang tinggi, namun
sistem lama tidak releven untuk diteruskan kerana pelbagai masalah dan bersifat tidak
kompetetif dengan perkembangan teknologi kini. Sistem lama juga tidak bersifat komersial
kerana semuanya secara manual dan bersifat tidak mesra pelanggan.

2
Sistem baharu yang bakal dibangunkan ini bertujuan untuk memudahkan pengurusan
pertandingan, disamping dapat mengumpul data peserta dan keputusan pertandingan
dengan lebih tersusun, efisien dan berintegriti. Sistem baharu ini iaitu sistem pengurusan
pertandingan berasaskan web dinamakan sebagai “Sis??????”

1.6Tempoh Projek

Projek yang dibangunkan ini bagi fasa 1 dan 2 mengikut jadual perancangan yang berikut :

(Rujuk Lampiran)

3
FASA 2 : MEREKA BENTUK PENYELESAIAN

2.1 Algoritma

Buat sendiri guna draw.oi online… atau mana2 apps yang lain

Cth :

2.2 Gambarajah Hubungan Entiti (ERD)

Buat ERD based on penormalan (3NF)

4
2.3 Penormalan

Berikut ialah data yang diperoleh daripada rekod sedia ada

2.3.1 Justifikasi kebergantungan fungsi

i. Kebergantungan penuh
Attribut aaa bergantung pada dua kunci primer bbb dan ccc

ii. Kebergantungan fungsi separa


Attribut ddd bergantung pada satu kunci primer ggg

iii. Kebergantungan fungsi transitif


Attribut hhh (bukan kunci primer) bergantung kepada jjj (bukan kunci primer)

2.3.2 Penerangan Penormalan Sehingga 3NF

i. 1NF
Lajur dalam keadaan atomik
Kenal pasti kunci primer/nama lajur unik

ii. 2 NF
Telah berada dalam keadaan 1 NF
Semua jadual mempunyai kebergantungan fungsi penuh sahaja

5
iii. 3 NF
Telah berada dalam keadaan 2 NF
Tiada kebergantungan fungsi separa DAN transitif

2.3.3 Skema Hubungan

i. 1NF
KeputusanPert (nokp_peserta<kp>, nama, kodSek, namaSek,
kodPertandingan <kp>, pertandingan, tarikh, idhakim,namahakim,markah)

ii. 2 NF
Peserta (nokp_peserta<kp>, nama, kodSek, namaSek)
Pertandingan (kodPertandingan <kp>, pertandingan, tarikh)
KeputusanPert (nokp_peserta<kp><ka>, kodPertandingan <kp><ka>,
idhakim, namahakim, markah)

iii. 3 NF
Peserta (nokp_peserta<kp>, nama, kodSek<ka>)
Sekolah (kodSek<kp>, namaSek)
Pertandingan (kodPertandingan <kp>, pertandingan, tarikh)
KeputusanPert (nokp_peserta <kp><ka>, kodPertandingan <kp><ka>,
idhakim<ka>, markah)
Hakim (idhakim<kp>, namahakim)

6
2.4 Antara Muka Input/Output (Sila Lukis guna mana2 apps)

2.4.1 Reka bentuk antara muka menu (switchboard)

2.4.2 Reka bentuk borang

7
2.4.3 Reka bentuk laporan

You might also like