Karangan Jenis Ucapan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KARANGAN JENIS UCAPAN :

1.      Ucapan lazim disampaikan dalam majlis perasmian, majlis perpisahan, majlis keraian, perayaan
tertentu dan sebagainya.
2.      Antara ucapan yang boleh disampaikan termasuklah :
a)      Ucapan dalam majlis perpisahan
b)      Ucapan dalam majlis meraikan seseorang.
c)      Ucapan dalam majlis perasmian
3.      Bahasa yang digunakan dalam ucapan haruslah mudah difahami, padat, tegas, berkesan dan juga
mudah difahami.
4.      Kiasan, jenaka, pantun atau peribahasa yang sesuai boleh diselitkan dalam ucapan. Walau
bagaimanapun ,janganlah berlebih-lebihan sehingga menjejaskan isi ucapan yang disampaikan.

Format karangan ucapan :


a)      Pendahuluan : Merupakan pembuka kata berupa ucapan selamat dan kata alu-aluan sebagai tanda
hormat.

b)      Isi : Merupakan tujuan ucapan disampaikan.

c)      Kata-kata penghadapan : Digunakan apabila hendak memulakan sesuatu isi ucapan. Antara kata-kata
penghadapan yang boleh digunakan termasuklah ‘hadirin yang dimuliakan’, ‘hadirin sekalian’, dan
juga ‘tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati’.

d)     Penutup : Merupakan kata-kata yang diberikan bagi menandakan bahawa ucapan akan ditamatkan.
Antara kata-kata yang boleh digunakan termasuklah ‘akhir kata’ dan ‘mengakhiri ucapan saya’.
Ucapan hendaklah diakhiri dengan ucapan ‘sekian’, terima kasih’.

You might also like