Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR

2.1 PERSAMAAN LINEAR DALAM SATU PEMBOLEH UBAH


1. Bentukkan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah bagi setiap pernyataan yang berikut.

Pernyataan Persamaan linear


a) Apabila 9 ditambahkan kepada 5x,
jumlahnya ialah 28.

b) Zamri mempunyai x biji guli. Anuar


mempunyai 15 biji guli. Jumlah guli
mereka ialah 60 biji.

c) Umur David ialah n tahun. Umur Kumar


ialah 17 tahun. Kumar adalah 2 tahun
lebih tua daripada David.

d) Bulatkan persamaan linear yang sesuai


untuk persamaan linear berikut. 5–a=2

“Satu nombor ditolak dengan 5, bakinya a–2=5


adalah 2”.
a–5=2

2. Huraikan pernyataan bagi persamaan linear berikut:

Persamaan linear Pernyataan

x +16=26 , diberi bahawa x ialah suatu


nombor.

5 x=40 , diberi x ialah bilangan cermin bagi


sebuah tingkap

x
=6 , diberi bahawa x ialah bilangan pen yang
5
dibahagi sama rata antara guru.

3. Selesaikan persamaan linear yang berikut.

a) n+2=3(4−n) b) 3 ( x+ 2 )=5 x 3(n−1)


c) =n−4
2

1
tc_fatimah2020@kvs
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR

4. Rajah menunjukkan dua akuarium yang mempunyai jumlah ikan yang sama.

Berdasarkan rajah di atas,


(a) Bentukkan satu persamaan linear, (b) Cari nilai w.

5. a) Dua kali hasil tambah y dan 3 adalah sama dengan −2. Cari nilai y.

b) Panjang sebuah segi empat tepat adalah tiga kali lebarnya. Cari panjangnya jika perimeter segi
empat tepat itu ialah 32 cm.

2.2 PERSAMAAN LINEAR DALAM DUA PEMBOLEH UBAH


1. Aminah menjual nasi kuning dan mi goreng pada setiap pagi. Pada suatu pagi, dia telah menjual 145
bungkus. Tulis satu persamaan linear dalam dua pemboleh ubah bagi situasi ini.

2
tc_fatimah2020@kvs
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR

2. Diberi 3 y +2 z =40 . Cari nilai

a) y apabila z=5 . b) z apabila y=4 .

3. Bentukkan persamaan linear dalam dua pemboleh ubah bagi setiap pernyataan yang berikut.

Pernyataan Persamaan linear

a) Lydia berumur x tahun dan Sarah berumur y tahun.


Jumlah umur Lydia dan satu per empat Sarah ialah
30 tahun.

b)

Perimeter segi tiga dalam rajah di atas ialah 32 cm.

4. Tulis tiga penyelesaian yang mungkin bagi persamaan 4 x+3 y =12.

2.3 PERSAMAAN LINEAR SERENTAK


1. Sebuah sekolah membelanjakan RM152 untuk membeli 100 buah buku rampaian. x buah buku itu
berharga RM1.20 sebuah dan y buah buku itu berharga RM2.00 sebuah.

(i) Berdasarkan situasi di atas, tulis dua persamaan linear dalam dua pemboleh ubah.

(ii) Cari nilai x dan nilai y.

3
tc_fatimah2020@kvs
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR

2. Daud dan Jerry berkongsi 30 biji durian. Daud mendapat 6 biji durian lebih daripada Jerry. Cari
bilangan durian yang diperoleh Daud dan Jerry.

3. Jumlah jisim Fatin dan Hanim ialah 68 kg. Fatin adalah 6 kg lebih ringan daripada Hanim. Cari jisim
setiap orang.

4. 3 buah buku dan 2 batang pen berharga RM135 manakala 2 buah buku dan 3 batang pen berharga
RM140. Hitung harga bagi setiap barang itu.

4
tc_fatimah2020@kvs
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR

5.
Rajah di sebelah menunjukkan sebuah segi tiga. Diberi bahawa x melebihi
y sebanyak 18° . Cari nilai x dan y.

6. Dalam satu pesta buku, Sarah membelanjakan RM162 untuk membeli 42 buah buku, x buah buku itu
berharga RM3 sebuah dan y buku itu berharga RM4.50 sebuah.
a) Berdasarkan situasi di atas, tulis dua persamaan linear dalam dua pemboleh ubah.

b) Cari nilai x dan nilai y.

5
tc_fatimah2020@kvs

You might also like