Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR

   Untukmencapai objektif kemahiran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan


dapat mengeluarkan bahasa dengan tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi
perhubungan di sekolah dan masyarakat, kemahiran bertutur perlu dipelajari
berperingkat-peringkat. Peringkat kemahiran bertutur terbahagi kepada tiga iaitu
peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat maju.
   Pada peringkat awal penguasaan kemahiran bertutur, murid perlu menguasai
sejumlah sembilan kemahiran iaitu, melafazkan pengucapan
abertatasusila.  Sebagai contoh, murid memberikan respons yang sesuai
terhadap soalan yang dikemukakan  dengan mengemukakan jawapan yang
sesuai dalam sesi temu bual. Selain itu, murid juga perlu menguasai
kemahiran mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar, menyoal untuk
mendapatkan maklumat,serta membuat teguran atau kenyataan tentang
sesuatu situasi.
    Dalam peringkat ini juga, murid perlu menguasai kemahiran mengemukakan
soalan-soalan mudah berdasarkan situasi, bertindak terhadap soalan-soalan
mudah, dan memberi arahan. Untuk kemahiran memberi arahan, murid
menyatakan arahan atau pesanan dengan sebutan yang betul dan jelas.
Cadangan aktiviti yang sesuai ialah murid melaksanakan arahan berdasarkan
kad arahan yang dipilih contohnya kemaskan bilik darjah . Contoh  ayat
arahannya ialah “Tolong kemaskan bilik darjah sekarang.”
     Kemahiran-kemahiran lain yang juga perlu dikuasai oleh murid dalam
peringkat ini adalah kemahiran membina ayat-ayat tentang diri sendiri, rakan,
ibu bapa dan sebagainya, serta membina ayat-ayat berdasarkan gambar
ransangan. Untuk kemahiran membina ayat-ayat berdasarkan gambar
ransangan, murid-murid boleh mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah
berdasarkan bahan rangsangan menggunakan lingkaran soalan. Contoh
rangsangan yang boleh digunakan ialah gambar seekor harimau dan contoh
soalan yang boleh dibina dan dikemukakan ialah “ Apakah makanan haiwan
ini?” dan “ Bagaimanakah cara untuk mengekalkan spesisi ini?”
     Seterusnya  pada  peringkat pertengahan pula, murid-murid perlu menguasai
sejumlah sepuluh kemahiran yang terdiri daripada melakukan deskripsi tentang
sesuatu objek dan gambar. Kemudian guru akan bercerita berdasarkan satu siri
gambar atau gambar-gambar bersiri kepada murid-murid
tersebut, mendeskripsikan pengalaman atau sesuatu peristiwa serta memberi
satu  siri arahan untuk melakukan sesuatu. Bagi  kemahiran mendeskripsikan
pengalaman atau sesuatu peristiwa, murid-murid boleh bertukar-tukar pendapat
berdasarkan sesuatu isi. Cadangan aktiviti yang murid boleh lakukan adalah
bercerita tentang pengalaman masing-masing  contohnya pengalaman
sambutan hari kebangsaaan di sekolah, pengalaman menonton televisyen dan
sebagainya.
      Pelajar juga perlu menguasai kemahiran  membuat ucapan pendek dan
ringkas serta mengambil bahagian dalam aktiviti perbualan yang mudah.
Kemudian, pelajar yang lain akan memberi komen secara
mudah serta membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara
mudah  terhadap sesebuah aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Bagi
kemahiran menyoal dan menjawab soalan berkaitan peribadi seseorang ,
suasana persekolahan, persekitaran, suasana di rumah dan sebagainya, murid
boleh bersoal jawab tentang perkara yang menarik berdasarkan sesuatu topik
contoh berkaitan dengan sukan sekolah.
    Akhirnya, pada peringkat maju pula, terdapat sejumlah dua belas kemahiran
yang perlu dikuasai oleh murid-murid iaitu, mendeskripsi sesuatu peristiwa ,
objek, permainan, proses dan sebagainya; bercerita dengan menggunakan alat
pandang atau tanpa menggunakannya; serta mengambil bahagian dalam
perbincangan, perbualan atau dialog. Untuk kemahiran mengambil bahagian
dalam perbincangan, perbualan atau dialog, murid boleh memberikan pendapat
tentang tajuk yang dibincangkan secara bertatasusila.  Cadangan aktiviti yang
sesuai dilakukan adalah berbincang dalam kumpulan kecil tentang topik yang
diberikan,
   Kemahiran-kemahiran lain dalam peringkat ini yang perlu dikuasai oleh murid
adalah bertanya untuk mendapatkan maklumat,menghuraikan
proses,kejadian,prosedur dan peraturan, memberitahu arah atau hala sesuatu
tempat, memberi ceramah atau syarahan serta mengambil bahagian dalam
perbahasan,diskusi,forum,perbincangan, seminar dan sebagainya. Murid juga
perlu mengambil bahagian dalam drama atau lakonan,mendeklamasi puisi,
menyampaikan komen,laporan atau ulasan, serta mengkritik
cerpen,pendapat,puisi,novel dan sebagainya
Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pertuturan
iaitu :-
a) Faktor Kecerdasan: Ini bermaksud kecerdasan otak yang dihubungkan
dengan kemampuan menghasilkan bahasa.
b) Faktor Kesihatan: Ini bermaksud jika seseorang kanak- kanak itu mendapat
sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu.
Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk
berfikir dan bercakap.
c) Faktor Fizikal: Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal
manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi
berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.
d) Faktor Alam Sekeliling: Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan
keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.
e) Faktor Jantina: Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-
kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Ini
disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang
berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada
kanak-kanak lelaki.
F) Faktor Dwibahasa: Kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih
baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa.
2.2 Faktor yang Mempengaruhi kemahiran bertutur

            Seseorang tidak dapat bertutur dengan baik dan lancar adalah


disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor tersebut telah mempengaruhi
kemahiran bertutur seseorang.

Rajah 4 Faktor Mempengaruhi Kemahiran Bertutur

Berdasarkan Rajah 4 di atas, terdapat enam faktor yang mempengaruhi


kemahiran bertutur iaitu faktor fizikal, faktor jantina, faktor kecerdasan, faktor
alam sekeliling, faktor dwibahasa dan faktor kesihatan.

Faktor fizikal merupakan kerosakan organ vokal yang menyebabkan


masalah sengau dan sebagainya. Faktor jantina ialah menurut kajian
perempuan lebih dahulu bercakao berbanding lelaki kerana urat saraf pertuturan
mereka berkembang lebih cepat. Selain itu, faktor kecerdasan ialah individu
yang mempunyai kecerdasan yang tinggi mampu menyampaikan buah fikiran
dengan jelas. Faktor kesihatan pula ialah jika seseorang itu sakit berlanjutan
sejak kecil maka dia tidak ada kekuatan untuk berfikir. Faktor dwibahasa pula
ialah kanak dwibahasa lebih lemah bertutur berbanding kanak ekabahasa
kerana mereka mengalami gangguan bahasa ibundanya. Akhirnya, faktor alam
sekeliling ialah latar belakang keluarga akan menyebabkan perhubungan antara
ahli keluarga. Contohnya, keluarga yang sering bergaduh akan menyebabkan
anaknya tidak mahu bercakap

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR

 PERINGKAT AWAL
a) Melafazkan pengucapan bertatasusila.
b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat .
d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu.
f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
g) Memberi arahan.
h) Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.
i) Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar.

 PERINGKAT PERTENGAHAN
a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.
b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri.
c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi
seseorang, masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya.
f) Membaca iklan dan peraturan-peraturan.
g) Memberi ucapan pendek dan mudah.
h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
i) Memberi komen secara mudah.
j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

 PERINGKAT MAJU
a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan,
proses dan sebagainya.
b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya.
c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.
d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
g) Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan).
h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan,
seminar dan lain-lain.
i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.
j) Mendeklamasi puisi.
k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.
l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

You might also like