Contoh Metodologi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

000000-01-0000

(Contoh metodologi bukan untuk ditiru sepenuhnya tetapi sebagai


panduan cara menulis bab ini. Tidak semua bahagian digunakan iaitu
berdasarkan skop kajian sendiri. Ada maklumat yang sengaja dibuat salah
di dalam petikan di bawah ini)
7.0 METODOLOGI KAJIAN

7.1 Pendahuluan

Menurut Sabitah Marican (2009), dan Ahmah Munawar Ismail dan Mohd Nor
Shahizan Ali (2014) (JANGAN GUNA NAMA SAMA INI) metodologi merupakan satu
kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu
mengikut disiplin yang teratur. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Oleh
itu, pengkaji sedaya upayanya cuba memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam
penghasilan kertas kajian ini.

Oleh itu, dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan reka bentuk kajian,
sampel kajian, balasan kajian, instrumen kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab
persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukankan lebih awal. Selain itu, metodologi
kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data
sah dan dipercayai.

7.2 Reka bentuk dan Instrumen Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Kajian tinjauan merupakan
satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran
dan analisis data. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan
untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti
ciri-ciri amalan pengurusan kewangan dalam kalangan penduduk di Taman Desa Harmoni,
Johor Bahru, Johor.

Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpulkan data menerusi konsep yang
berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini,
instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah menggunakan soal selidik, borang
temu bual, kaedah pemerhatian dan kaedah rujukan.

Kaedah Instrumen kajian

Kuantitatif Borang soal selidik


000000-01-0000

Kualitatif Borang temu bual, pemerhatian, rujukan

7.3 Kaedah Soal Selidik

Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian utama yang


merangkumi beberapa item berdasarkan objektif kajian. Kajian ini menggunakan
persampelan bertujuan (jenis persampelan bergantung kepada siapa responden anda) dan
seramai 40 orang responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini, iaitu terdiri
daripada penduduk-penduduk Taman Desa Harmoni, Johor Bahru, Johor. Pemilihan
responden - responden adalah berdasarkan kesanggupan dan kelapangan mereka untuk
menjawab borang soal selidik yang disediakan.

Bagi kaedah kuantitatif kajian ini iaitu borang soal selidik, responden kajian terdiri
daripada 40 orang penduduk di Taman Desa Harmoni, Johor Bahru, Johor. Daripada jumlah
keseluruhan penduduk, sebanyak 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan dari kawasan
Taman Desa Harmoni akan diambil sebagai responden. Responden terbatas kepada penduduk
yang mendiami berhampiran kawasan Taman Desa Harmoni dan mereka mengisi borang soal
selidik yang diedarkan kepada 40 orang responden secara bertujuan untuk memperoleh data
yang lebih tepat.

Soal selidik yang disediakan oleh pengkaji terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A ini bertujuan untuk mendapatkan
maklumat lengkap tentang latar belakang responden seperti jantina, umur, ras, tahap
pendidikan, kategori pekerjaan, pendapatan bulanan dan lain-lain. Dalam Bahagian A,
responden dikehendaki menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan demografi
responden.

Bahagian B pula terdiri daripada 8 soalan yang cuba merungkai dan seterusnya
menjawab objektif pertama kajian ini. Soalan terbahagi kepada 8 item yang rangkumi
keseluruhan objektif pertama kajian ini iaitu mengenal pasti sumber pendapatan penduduk di
Taman Desa Harmoni, Johor Bahru, Johor. Bahagian B terdiri daripada soalan-soalan yang
berkaitan dengan sumber pendapatan penduduk di Taman Desa Harmoni, Johor Bahru, Johor.
000000-01-0000

Bahagian C pula mengkaji corak perbelanjaan sumber pendapatan penduduk di


Taman Desa Harmoni, Johor Bahru, Johor. Bahagian C menggunakan Item Pangkatan
(Rank-Ordering Item) iaitu item yang meminta responden untuk menyusun satu senarai
pilihan mengikut susunan keutamaan dengan nombor 1 sebagai item pilihan ‘paling utama’
dan nombor 8 sebagai ‘item pilihan terakhir’ dalam penentuan corak perbelanjaan responden.
Data jenis kuantitatif adalah sesuai bagi penyelidikan yang menggunakan instrumen soal
selidik dan ujian untuk mendapatkan maklumat kajian (Mohamad Najib, 1999). Sekiranya
kamu menggunakan Skala Likert, maka huraian Item Pangkatan di atas adalah tidak sesuai.
Perlu buat huraian mengenai pilihan yang disediakan untuk menjawab berdasarkan Skala
Likert. Sedikit contoh diberikan di bawah ini.

Kaedah statistik deskriptif dalam penganalisan data berbentuk item Skala Likert 4
mata digunakan untuk Bahagian C. Terdapat 10 soalan/item yang disediakan dan pada setiap
bahagian hujung soalan/ item tersebut responden perlu membulatkan salah satu daripada
empat nombor yang disediakan. Nombor 1 membawa maksud “Sangat Tidak Setuju”,
nombor 2 ialah “Tidak Setuju”, nombor 3 ialah “Setuju” dan yang terakhir iaitu nombor 4
bermaksud “Sangat Setuju” dengan pernyataan tersebut.

(Boleh masukkan jadual skala Likert di sini sebagai pengukuhan penerangan )

Dalam penganalisaan yang dilakukan, penggiraan manual diguna pakai dan data-data
dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratus sahaja. Data-data yang telah dianalisis
itu seterusnya dipersembahkan dalm bentuk graf dan carta. Cikgu da pesan berulang kali tapi
saya tak dengar dan tak baca apa cikgu tulis , hanya nak copy paste sahaja. Jelas saya nak
meniru bulat-bulat tetapi inginkan gred yang baik. Adakah ini satu ironi ??

7.4 Kaedah Temu Bual

Kaedah kualitatif yang digunakan melibatkan tiga orang informan yang dipilih untuk
ditemu bual berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Mereka akan ditemu bual
berdasarkan soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji. Menurut Denzin (2001), temu bual
haruslah lebih daripada hanya digunakan sebagai alat pengumpulan maklumat, ia perlulah
bersifat reflektif dan dapat mencerminkan kehidupan dan keadaan yang sebenar mengenai
000000-01-0000
suatu fenomena. Dalam kajian ini, kaedah temu bual yang digunakan adalah temu bual
berstruktur iaitu temu bual dijalankan secara formal, dirancang dan dilaksanakan mengikut
satu senarai soalan yang perlu dijawab oleh informan.

Seramai 3 orang informan yang tinggal di zon sumber pendapatan penduduk di Taman
Desa Harmoni, Johor Bahru, Johor telah dipilih untuk ditemu bual. Tujuan utama temu bual
ini diadakan untuk memperoleh maklumat terperinci mengenai sumber-sumber pendapatan
dan corak perbelanjaan dalam kalangan penduduk di sumber pendapatan penduduk di Taman
Desa Harmoni, Johor Bahru, Johor. Seterusnya, pengkaji juga akan meminta pendapat dan
pandangan informan mengenai beberapa isu semasa yang berkaitan dengan tajuk kajian ini.

(Boleh masukkan gambar temu bual bersama informan di sini – nama informan
dirahsiakan dan hanya ditulis sebagai “Informan A”.)

Foto 1 : Temu bual bersama Informan A di Pejabat Syarikat ABC Desa


Harmoni Johor Bahru.

XXXXX Gambar XXXXXX

(Sumber : Kerja lapangan)

Foto 2 : ( sama seperti di atas)

Borang temu bual yang disediakan terdiri daripada 5 soalan yang bertujuan
untuk ............................. (kembangkan)

7.5 Kaedah Pemerhatian

(Huraikan kaedah pemerhatian anda – perkara-perkara diperhati, masa, tarikh,


kekerapan dan sebagainya)

Pemerhatian haruslah lebih daripada hanya digunakan sebagai alat pengumpulan


maklumat, ia perlulah bersifat relektif dan dapat juga mencerminkan kehidupan dan keadaan
sebenar mengenai satu fenomena. Dalam kajian ini, kaeadah pemerhatian yang digunakan
000000-01-0000
adalah pengkaji akan memerhati kawasan Flat Rosmerah untuk mendapatkan maklumat
tentang pemasalahan pencemaran yang berlaku di situ dengan berstruktur iaitu pemerhatian
dijalankan secara formal, dirancang dan dilaksanakan mengikut satu senarai soalan yang
perlu diisi oleh pengkaji.

Kaedah pemerhatian ini adalah satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
membuat penyelidikan tentang pencemaran persekitaran di kawasan Flat Rosmerah, Taman
Johor Jaya, Johor Bahru. Pemerhatian ini juga merupakan satu alternatif untuk
mengumpulkan semua maklumat daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada
40 orang responden tetapi hanya pengkaji akan membuat pemerhatian berdasarkan daripada
soalan-soalan yang telah ditujukan pada responden. Kaedah pemerhatian ini didapati dari
tempat kajian pengkaji memerhatikan kawasan tersebut iaitu di flat rosmerah Taman Johor
Jaya, Johor Bahru.

7.6 Kaedah Rujukan

Kajian yang kukuh tidak lengkap tanpa membuat kajian perpustakaan yang
menyeluruh. Maka, bagi melengkapkan kajian ini, pengkaji telah membuat rujukan dengan
menggunakan buku-buku di perpustakaan dan kajian secara carian dalam talian (online) .
Kajian di perpustakaan sekolah membantu pengkaji mendapatkan beberapa rujukan asas
seperti penggunaan Kamus Dewan, majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan
rujukan asas lain yang berkaitan. Manakala, pencurian bahan-bahan ilmiah yang lebih
mendalam tentang tajuk pengkaji telah dibuat secara dalam talian. Carian bahan ilmiah dalam
talian khususnya rujukan ilmiah terbitan universiti-universiti tempatan seperti artikel kajian,
jernal, tesis dan sebagainya telah memudahkan lagi penyiapan kerja kursus ini dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan.

Selain itu, pengkaji telah menyertai “Program Rujukan Ilmiah” atau Lawatan
Akademik anjuran Pusat Tingkatan 6 SMK. Taman Johor Jaya 1 pada 20 – 22 Februari 2019.
Lawatan akademik ini telah mengunjungi Perpustakaan Sultan Abdul Samad di Universiti
Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor pada 20 Februari 2019. Semasa di perpustakaan
tersebut, saya telah didedahkan kepada pelbagai jenis bahan rujukan seperti tesis, jernal dan
sebagainya. (Tambah lagi penerangan mengenai cari mencari bahan menggunakan Sistem
OPAC. ............................ ....................... ....................................... dsb )
000000-01-0000
(Masukkan gambar di UPM di sini – 2 gambar mencukupi)

Foto 8 : Pelajar-pelajar yang menyertai Program Rujukan Ilmiah di UPM Serdang

(Sumber : Kerja lapangan)

7.7 Rumusan

Metodologi yang telah digunakan diharapkan dapat meningkatkan kebolehpercayaan


dan kesahan dapatan kajian ini. Sehubungan itu, pengkaji akan menurut amalan tatacara
kajian yang terbaik dengan menepati prosedur penggubalan borang soal selidik, kutipan data
dan seterusnya penganalisaan data dalam menyiapkan kajian ini. (Jangan tiru bhg rumusan ini
ya sb saja diletakkan)

You might also like