Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/350036590

MEMPERBETULKAN TANGGAPAN NEGATIF DALAM KALANGAN PELAJAR


BIOLOGI

Article · March 2021

CITATIONS READS

0 208

5 authors, including:

Munirah Jaafar
Ministry of Education, Malaysia
2 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

KIT PEMBELAJARAN View project

All content following this page was uploaded by Munirah Jaafar on 13 March 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


MEMPERBETULKAN TANGGAPAN NEGATIF DALAM KALANGAN PELAJAR
BIOLOGI
Oleh Pn. Munirah Binti Jaafar @ Mustapha

Guru Cemerlang Biologi

Ini adalah antara reaksi pelajar-pelajar aliran Sains apabila ditanya pendapat mereka tentang
belajar Biologi:

Saya tidak tahu di mana nak mula?

Anda harus melihat keseluruhan topik yang ada. Kemudian, buatlah satu senarai semak yang
mengandungi topik dan subtopik. Dari sini, anda akan dapat mengesan tajuk –tajuk yang masih
belum dapat dikuasai bermula dari tingkatan empat. Mula dari sekarang! Jangan berlengah dan
memberikan pelbagai alasan kerana masa dan kesempatan yang ada tidak akan menunggu anda.
Topik-topik yang sudah dibaca, harus ditanda sebagai selesai diulangkaji.

Banyaknya nak kena baca, dan masanya pula


singkat…..potpet..potpet…
Hal ini berpunca daripada sikap anda yang menganggap Biologi mudah! Anda memandang
enteng dan tidak mengulangkaji apa yang dipelajari. Masa kian berlalu dan hanya sedar apabila
guru anda memberitahu tarikh peperiksaan sudahpun hampir. Nescaya, pada waktu itu anda
akan mula menggelabah dan memarahi diri kerana cuai serta leka. Saranan cikgu ialah, anda
harus berhenti mengeluh dan merintih! Untuk mengelakkan situasi sebegini terjadi berulangkali,
perkara utama yang harus anda lakukan ialah, tumbuhkan dan semaikan rasa senang terhadap
Biologi. Anggapkan buku Biologi sebagai bahan bacaan yang menyenangkan, seperti anda selalu
menyelak helaian novel-novel Ain Maisarah atau pun Harry Potter. Bawalah selalu buku Biologi
walau ke mana anda pergi. Sekiranya ada masa luang, dapatlah anda membacanya. Mungkin
anda boleh menghias atau membalut buku anda dengan pembalut yang anda gemari atau sukai.
Kemudian, anda WAJIB menggunakan kaedah BIO-DIAGRAM yang selalu cikgu uar-uarkan iaitu
permudahkan nota anda dalam suatu gambarajah yang lengkap dan berlabel sebagaimana
berikut:

Bayangkan, apabila anda mempraktikkan kaedah ini, anda sudahpun mendapat beberapa
kebaikan iaitu, anda dapat mengingati dan melukis rajah, melabel struktur-struktur penting,
membiasakan diri dengan ejaan dan istilah sains yang betul serta mengingati proses mengikut
urutan. Kemudahan internet yang ada sekarang juga menyebabkan sebilangan anda mempunyai
Facebook. Alangkah baik sekiranya anda gunakan kemudahan internet itu untuk melayari laman
Youtube untuk melihat dengan jelas simulasi atau paparan sebenar proses-proses Biologi. Serta,
jangan lupa juga untuk melayari blog-blog Guru Cemerlang Biologi yang lain kerana terdapat
banyak informasi Biologi yang menyeronokkan. Salah satu blog yang wajib anda layari mestilah
ITSBIO@BLOGSPOT.

Susahnya tajuk ini, saya tak faham langsung!

Apabila anda sudah menyenangi Biologi, menyenangi guru yang mengajar Biologi, maka sudah
tentu secara automatiknya anda akan terdorong untuk mendalami Biologi. Apabila anda
menemukan sesuatu yang sukar dalam proses ulangkaji atau mendengar rakan-rakan menyebut
sesuatu yang agak asing pada pendengaran anda, maka segeralah anda merujuk kepada rakan-
rakan yang lebih arif atau bertemu sahaja dengan guru. Jangan biarkan perkara ini berlarutan
kerana ditakuti motivasi anda untuk belajar Biologi akan menurun. Masalah dan kesusahan
adalah untuk dihadapi bukan untuk ditangisi.

Saya baca, saya faham, tapi saya tak ingat


langsung!
Setiap topik dalam Biologi adalah berkaitan antara satu sama lain. Adalah penting untuk anda
memahami dan mendalaminya secara menghubungkaitkan topik-topik berkaitan. Sebagai
contoh, untuk memahami topik pembiakan dan pertumbuhan, anda harus kukuh asas
pembahagian sel terlebih dahulu. Apabila anda membaca, terutamanya yang melibatkan urutan
proses atau istilah-istilah sains, anda harus melakukan hafalan berulangkali. Kemudian, berusaha
untuk menulisnya secara berulangkali sehingga anda dapat mengingati secara keseluruhan
dengan jayanya. Membina formula sendiri juga amatlah dialu-alukan seperti:

Contoh Monosakarida – Ma Suka Laksa iaitu Maltosa, Sukrosa dan Laktosa

Kesimpulannya, untuk mengatasi masalah lupa, anda harus ada inisiatif sendiri untuk melakukan
pembacaan. Pembacaan yang aktif iaitu yang melibatkan kesemua deria anda akan mengelakkan
rasa bosan apabila membaca. Menurut Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood dan Haji Muhammad
Zakaria (2009) di dalam buku Rahsia Minda Hebat, terdapat beberapa petua untuk meningkatkan
ingatan iaitu

 Tanamkan kemahuan yang kuat daripada hati.


 Fokus-beri tumpuan fikiran.
 Lazimkan diri dengan rutin kegiatan menghafal al-Quran.
 Tanamkan dalam diri bahawa menghafal itu berfaedah kepada diri sendiri.
 Timbulkan minat yang tinggi terhadap sesuatu perkara
 Berehat sebentar selepas membaca atau menghafal
 Tiada gangguan persekitaran terutama gangguan perkara yang disukai nafsu
 Ulang bacaan atau hafalan
 Latih-tubi
 Jangan mendengar semata-mata tanpa diulangi menyebutnya sehingga menjadi sebati
dengan lidah dan seterusnya darah daging.
 Fakta yang dihafal itu benar-benar difahami
Saya faham bila cikgu mengajar tapi bila keluar dari
kelas sahaja, saya rasa pemahaman saya
menurun..agak-agaknya saya faham kot…

Baca terlebih dahulu sebelum kelas bermula. Ini akan membantu pemahaman anda sewaktu guru
menerangkannya. Fokus kepada apa yang disampaikan oleh guru. Libatkan secara aktif dalam
perbincangan di kelas. Guru hanyalah sebagai pemudahcara sahaja. Menjadi tugas anda sebagai
pelajar untuk mengukuhkan pemahaman yang sedia ada. Anda seringkali meluahkan kepada
guru supaya melakukan ulangkaji topik-topik yang lepas dalam bilik darjah. Mungkin anda terlupa
bahawa tugas mengulangkaji adalah tugas anda tanpa menunggu guru yang melakukannya.
Terlalu banyak yang harus guru anda tekankan dan berapalah sangat yang boleh dilakukan oleh
insan yang bernama GURU ini dalam waktu pengajaran yang begitu singkat! Jadi, sebagai aktiviti
pengukuhan untuk membantu supaya ilmu itu bertahan lama, selalulah melakukan aktiviti
menjawab soalan berkaitan topik tersebut sebaik sahaja kelas berakhir. Praktiskan teknik-teknik
menjawab yang diajarkan oleh guru. Lebih-lebih lagi, sekarang kita berdepan dengan
transformasi bentuk soalan yang menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Selain itu,
perbincangan mengenai sesuatu topik dengan rakan-rakan adalah amat perlu untuk
memantapkan ingatan dan memahairkan ilmu pengetahuan. Sama-samalah berganding bahu
membantu rakan-rakan untuk mengembangkan ilmu yang anda ketahui, sebagaimana kata syair;

“Sesiapa yang memperoleh ilmu pengetahuan dan mengulangkajinya, akan baiklah


kehidupan dunia dan akhiratnya. Ilmu itu kekal dengan mengulangkaji kerana hidupnya ilmu itu
dengan usaha mengulangkaji”
Saya dah baca, dah hafal, dah ulangkaji tetapi markah
saya masih rendah, saya tak pandai, saya malu

Untuk cemerlang Biologi, anda juga harus tahu strategi belajar. Biologi mempunyai tiga kertas
iaitu Kertas 1 soalan objektif, kertas 2 soalan struktur dan esei manakala Kertas 3 soalan
struktur dan penyediaan eksperimen. Anda seharusnya meluangkan masa menjawab kertas 1
tiga kali dalam seminggu. Lakukannya berulangkali walaupun pada soalan yang sama. Mungkin
kali pertama anda menjawab, anda akan mengambil masa yang agak lama kerana terpaksa
merujuk kepada buku. Catatkan segala maklumat yang anda perolehi pada soalan. Kali kedua,
anda hanya rujuk buku pada bahagian soalan yang anda lupa atau keliru. Dan percayalah, kali
ketiga, anda sudah boleh menamatkan aktiviti menjawab lebih pantas dari kebiasaannya.
Kertas 2 pula memerlukan pemahaman anda terhadap kehendak soalan. Baca berulangkali
soalan dan pecahkannya kepada empat komponen seperti berikut:

1. Ransangan: informasi atau pemberitahuan yang spesifik

Rajah, graf, pernyataan dan sebagainya..

2. Arahan

Lukiskan, terangkan, bandingkan, bezakan, nyatakan maksud, bincangkan dan


sebagainya…..

3. Tugasan

Fahamkan tugasan yang diberi

4. Markah

Menunjukkan berapa point yang harus anda tulis


Contoh:

Seorang pelajar menjalankan satu eksperimen dengan menggunakan enzim X. Dia


menggantikan lipid dengan maltosa sebagai substrat. Pada akhir eksperimen, dia
mendapati tindak balas tidak berlaku.

Berdasarkan hipotesis mangga dan kunci, terangkan pernyataan di atas.

(4 Markah)

Ransangan : ialah pernyataan iaitu

Seorang pelajar menjalankan satu eksperimen dengan menggunakan enzim X. Dia


menggantikan lipid dengan maltosa sebagai substrat. Pada akhir eksperimen, dia
mendapati tindak balas tidak berlaku.

Arahan : Terangkan

Tugasan : berdasarkan hipotesis mangga dan kunci, terangkan pernyataan di atas

Markah : 4 markah

Begitu juga dengan kertas 3 yang berbentuk teknikal, jadikan latihan menjawab kertas 3 sebagai
suatu disiplin. Penekanan yang lebih harus diberikan kepada teknik-teknik menjawab dan ini
hanya boleh diperolehi apabila anda membiasakan diri menjawab soalan dan guru menyemak
jawapan anda.

Asal baca Biologi je saya rasa mengantuk….

Saya rela baca novel dari baca Biologi…..

Tapi, saya suka baca Biologi atas katil saya..senang


nak tidur

Wah! Banyak pula alasan yang anda berikan apabila disoal oleh guru kenapa markah anda tidak
seperti yang diharapkan.
Apabila anda ingin cemerlang, anda harus BERKORBAN segala kesenangan, keegoan dan
kenikmatan. Sebagai contoh, anda senang sekali membaca buku atas katil empuk anda. Anda
sendiri pun tahu, anda hanya membaca untuk 20 minit yang pertama sahaja dan kemudian anda
akan mula tertidur. Apa kata, mulakan dari sekarang, korbankan seketika kesenangan anda,
bangun dan belajarlah di meja. Pastikan semua alat tulis dan buku rujukan sudah ada di sisi.
Pengudaraan yang baik dan pencahayaan yang cukup dapat mengelakkan anda mengantuk.
Begitu juga anda begitu ego mengatakan anda akan mengantuk apabila membaca buku Biologi.
Mengapa? Kerana anda hanya sekadar membaca, anda harus melibatkan kesemua deria anda
dan jadikan pembacaan anda aktif seperti mencatat nota-nota penting, melukis rajah, membuat
peta minda dan menjawab soalan. Membaca novel sememangnya suatu kenikmatan yang tidak
terhingga bagi mereka yang meminatinya. Namun, harus diingatkan bahawa anda perlu
berkorban kenikmatan tersebut demi kenikmatan kejayaan yang lebih besar. Novel yang ada di
pasaran sekarang ini kebanyakannya mengutarakan kisah percintaan yang hampir sama. Anda
terbuai-buai perasaan mengikut perjalanan cerita yang hanya direka oleh penulis untuk
melariskan jualan. Apa kata jika anda simpankan sahaja novel tersebut sebagai stok simpanan
untuk dibaca usai SPM tamat. Resepi orang yang berjaya ialah, mereka sanggup berkorban demi
kejayaan yang lebih gemilang di kemudian hari. Nikmat anda membaca novel, menonton
televisyen, tidur berjam-jam lamanya hanyalah nikmat sementara yang harus dikorbankan
supaya anda dapat menikmati kemanisan yang lebih berganda-ganda nanti. Lihatlah cabaran
yang harus dilalui oleh seorang pelajar sebelum beroleh kejayaan dan kecemerlangan:

 Terpaksa menghadapi matapelajaran-matapelajaran yang tidak disukai


 Pada masa orang lain, adik-adik di rumah bersenang-senang menonton tv, dia terpaksa
membuat latihan dan kerja rumah
 Dia kena bangun awal tiap-tiap hari kerana ada program kelas tambahan dan sebagainya
sedangkan rakan-rakan yang lain masih enak dibuai mimpi
 Dia sebenarnya bersaing dengan rakan-rakan sebaya dari seluruh Malaysia
 Pada waktu cuti penggal atau pertengahan tahun sekalipun, dia bertungkus-lumus
menyiapkan tugasan sekolah atau Golden Holiday (Golden lah sangat!) sedangkan rakan-
rakan yang malas ada yang tidak menghiraukan tugasan tersebut dan riang bergembira
bercuti bersama keluarga
 Dia mungkin disindir atau dipulaukan oleh rakan-rakan kerana terlalu komited dengan
pelajaran dan selalu berjumpa guru
 Dia mungkin dileteri oleh guru atau ibu bapa setiap hari kerana mereka mahu dia berjaya
 Dia mungkin rasa stress, gangguan fikiran, penat, putus asa kerana beban sekolah yang
bertimbun-timbun
Kesimpulannya;

Tips belajar Biologi di atas akan bermanfaat sekiranya kita melaksanakannya dengan
kesungguhan hati disertai niat dan motivasi tinggi, penuh konsentrasi, dilakukan secara teratur
dan harus sering diulang. Jika cara – cara di atas kita laksanakan sebaik – baiknya , maka kita akan
tercengang melihat hasilnya. Selamat mencuba dan semoga berhasil.

View publication stats

You might also like