Ambil Milik

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

AMBIL MILIK {TAKING POSSESSION} DAN

MILIKAN FORMAL/RASMI {FORMAL POSSESSION}


(PENGELUARAN DAN PENYERAHAN BORANG K)

Mengikut seksyen 18 Akta Pengambilan Tanah 1960, Pentadbir Tanah boleh mengambil
milik tanah dalam tiga keadaan. ‘Ambil Milik’ bermaksud tanah yang pada asalnya
kepunyaan tuanpunya tanah, diambil oleh Pentadbir Tanah dan tidak lagi menjadi hak
tuanpunya asal.

TIGA keadaan tersebut adalah seperti berikut:

i. Selepas bayaran pampasan dibuat kepada tuanpunya tanah. Ini adalah amalan
biasa proses pengambilan tanah;

ii. Pada atau selepas Borang H disampaikan kepada penduduk tanah seperti
dinyatakan dibawah seksyen 18(a) walaupun tuanpunya belum mendapat bayaran
pampasan;

iii. Apabila Perakuan Kedesakan Borang I dikeluarkan seperti dinyatakan dibawah


seksyen 18(b) sama ada perintah telah dibuat ataupun belum.

Mengikut seksyen 22(1) pula, Pentadbir Tanah boleh ambil milik secara rasmi (Milikan
formal/Formal Possession) dengan menyerahkan Borang K (Notis Bahawa Tanah Telah
Diambil Milik) kepada :

i. penduduk tanah dan jika tidak dijumpai, Borang K hendaklah ditampal;

ii. tuanpunya tanah berdaftar, jika ia bukan penduduk; dan

iii. pihak berkuasa pendaftaran


Kali ini kita akan membicarakan ‘ambil milik’ melalui pengeluaran Perakuan
Kedesakan Borang I.

Menurut seksyen 19 Akta pengambilan Tanah 1960, jika pemohon berkehendakan tanah
untuk melaksanakan projek dengan kadar segera, Pengarah Negeri (Pengarah Tanah dan
Galian Negeri) boleh pada atau selepas tamat tempoh lima belas hari dari
penyempurnaan notis awam Borang E mengikut seksyen 52 (bukan penyerahan Borang E
kepada orang berkepentingan mengikut seksyen 53) mengeluarkan Perakuan Kedesakan
Borang I kepada Pentadbir Tanah mengarahkan Pentadbir Tanah mengeluar dan
menyerahkan Borang K. Ini bermakna pada atau selepas lima belas hari notis awam
Borang E disempurnakan, Pentadbir Tanah akan menyerahkan Borang K kepada
penduduk tanah, tuan punya tanah berdaftar, pemohon dan kepada pihak berkuasa
pendaftaran (untuk tujuan catitan ke dalam Dokumen Hakmilik Daftar Komputer seperti
yang dikehendaki oleh seksyen 23) walaupun siasatan dan perintah belum dilaksanakan.

Apabila Borang K telah diserahkan, agensi pemohon boleh memasuki tanah pada atau
selepas tarikh Borang K diserah DAN apabila catatan telah dibuat di dalam Dokumen
Hakmilik Daftar Komputer, mengikut seksyen 66 Akta Pengambilan Tanah 1960, tanah
tersebut telah menjadi TANAH KERAJAAN dan bebas daripada bebanan.

Pengambilan melalui pengeluaran Perakuan Kedesakan Borang I hanya boleh dibuat jika
memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Pemohon menyatakan di dalam permohonan pengambilan sebelum ini bahawa


pengambilan hendak diproses melalui pengeluaran Perakuan Kedesakan Borang I

ii. Mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri

iii. Permohonan pengambilan hanya untuk maksud awam di bawah seksyen 3(1)(a)
dan kemudahan awam dibawah seksyen 3(1)(b) sahaja.
KESAN PENGAMBILAN TANAH MELALUI PENGELUARAN PERAKUAN KEDESAKAN
BORANG I

i. Tidak Boleh Membuat Penarikan Balik Dari Pengambilan

Selepas Borang K diserahkan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 22, pemohon
tidak boleh meminta Pentadbir Tanah menarik balik dari pengambilan (tak jadi ambil)
walaupun berlaku perubahan jajaran umpamanya atau projek tidak dapat dijalankan
ataupun tiada peruntukan. Ini dinyatakan dibawah seksyen 35(1) Akta Pengambilan Tanah
‘Pihak Berkuasa Negeri adalah bebas untuk menarik balik daripada pengambilan mana-
mana tanah yang masih belum diambil milik’

ii. Caj Bayaran Lewat

Seksyen 32(1) Akta Pengambilan Tanah menyatakan ‘ Apabila amaun sesuatu pampasan
yang diawardkan dibawah akta ini berkenaan dengan mana-mana tanah tidak dibayar
atau didepositkan pada atau sebelum genap masa, Pentadbir Tanah hendaklah
membayar amaun yang diawardkan itu serta caj bayaran lewat dengan kadar lapan
peratus setahun mulai dari genap masa hingga masa pampasan itu dibayar atau
didepositkan’

Seksyen 32(1C) pula menyatakan genap masa ertinya tarikh semasa tanah itu diambil
milik

Berdasarkan kenyataan di atas, oleh kerana tanah tersebut di AMBIL MILIK terlebih
dahulu (awal) sebelum pampasan dibayar, PEMOHON AKAN DIKENAKAN CAJ BAYARAN
LEWAT 8% DIKIRA MULAI DARI TARIKH PENYERAHAN BORANG K SEHINGGA BAYARAN
PAMPASAN DIBUAT.

BAHARUDDIN BIN MD.YUSUF


PENYELARAS PROGRAM PERUNDANGAN TANAH
INSTUN

You might also like