Tugasan Berkumpulan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SOALAN 1

a. Isu utama
- Adakah kaedah penerimaan yang dibuat poleh Afia melalui surat berdaftar boleh
digunkan?
b. Akta yg berkaitan
- Dalam Seksyen 4(2) Akta Kontrak 1950, apabila komunikasi penerimaan telah
dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman dan komunikasi penerimaan itu
telah sampai pada pengetahuan pencadang maka pencadang telah terikat
dengan kontrak walaupun pencadang tidak mengetahui tentang penerimaan
tersebut
- Pengecualian kaedah penerimaan iaitu penerimaan tidak perlu dikomunikasikan
kepada pembuat tawaran
c. Rujukan kes
- Ignatius Lwn Bell (1913) :
- Mahkamah memutuskan bahawa apabila surat atau telegram penerimaan telah
dihantar oleh penerima maka pembuat tawaran akan terikat oleh penerimaan
tersebut walaupun surat atau telegram itu terlewat tiba atau hilang dalam
perjalanan.
d. Aplikasi dan rumusan
- Penerimaan cadangan yang telah dibuat oleh Afia melalui kaedah pos telah
mengikat Najdah untuk berkontrak. Selain itu, penerimaan melalui kaedah pos
juga boleh digunakan. Oleh itu, tanpa berkomunikasi, kontrak juga boleh wujud.
e. Kesimpulan
- Kontrak antara Afia dan Najdah telah wujud sebelum Najdah menjualkan
rumahnya kepada Sabrina
SOALAN 2

A. Isu utama
- Adakah Izzad boleh menuntut ganjaran daripada Amirul setelah mengetahui
tawaran tersebut keesokan harinya?
B. Akta yg berkaitan
- Dalam Seksyen 4(1) AK 1950 menyatakan bahawa kuomunikasi tawaran adalah
lengkap apabila tawaran itu sampai kepada pengetahuan pihak kepada siapa
cadangan itu dibuat. Prinsip ini menekankan bahawa seseorang itu tidak noleh
menerima sesuatu tawaran sekiranya beliau tidak mengetahui tentang tawaran
tersebut. Setiap cadangan hendaklah dikomunikasikan, iaitu dibawa ke
pengetahuan penerima atau pihak yang sepatutnya menerima cadangan.
C. Rujukan kes
- Taylor Lwn Laird
- Taylor telah meletak jawatan sebagai nakhoda kapal kepunyaan Laird semasa
dalam pelayaran. Dia kemudiannya telah membantu untuk terus mengemudikan
kapal itu pulang dan menuntut bayaran bagi kerjanya itu.
- KM: Taylor telah gagal mengkomunikasi tawarannya untuk memberi khidmatnya
mengemudikan kapal itu pulang dan Laird pula tidak diberi peluang sama ada
untuk meneriima ,atau menolak tawaran Taylor itu, dengan itu tiada kontrak yang
sah wujud.
D. Aplikasi dan rumusan
- Ganjaran yang dibuat oleh Amirul terbuka untuk sesiapa sahaja yang Berjaya
menemukan kucing parsinya. Izzad, jiran sebelah rumahnya menjumpai kucing
Amirul. Akan tetapi Izzad tidak mengetahui tentang ganjaran tersebut. Jadi,
Amirul boleh membatalkan tawaran kerana Izzad tidak memenuhi syarat untuk
menerima ganjaran.
E. Kesimpulan
- Izzad tidak dapat menuntut ganjaran kerana Izzad berniat menbantu Amirul yang
kehilangan kucinggnya. Jadi, Amirul tidak terikat dengan apa-apa perjanjian
dengan Izzad kerana Izzad mengetahui tentang ganjaran pada keesokan
harinya. Izzad tidak memenuhi syarat-syarat untuk menerima ganjaran tersebut.
SOALAN 3

a. Isu utama
- Adakah remaja dibawah umur layak untuk terikat dengan kontrak?
b. Akta yg berkaitan
- Dalam Seksyen 11 AK1950, seseorang yang layak membuat kontrak mestilah
seorang yang dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang kelayakan untuk
berkontrak. Mengikut Akta Umur Dewasa 1971 seseorang dikatakan sebagai
dewasa apabila mencapai umur 18 tahun. Oleh itu, untuk memasuki kontrak
seseorang itu perlu berusia 18 tahun ke atas.
c. Rujukan kes
- Kerajaan Malaysia Lwn Gurcharan Singh (1971)
- Plaintif, seorang kanak-kanak melaksanakan pindahmilik tanah atas nama
defendan, pindahmilik itu bersaksi dan kemudiannya didaftarkan. Plaintif melalui
warisnya memohon kepada mahkamah untuk mengenepikan pindahmilik
tersebut dan relif yang timbul. Mahkamah memutuskan bahawa transaksi
tersebut adalah batal dan mengarahkan agar harta tersebut dikembalikan kepada
plaintif.
d. Aplikasi dan rumusan
- Dariza seorang yang remaja yang berusia 15 tahun yang telah memindah milik
sebidang tanahnya kepada Aisy bernilai RM57,000 kontrak ini tidak sah kerana
Dariza merupakan seorang remaja yang berusia 15 tahun menurut akta kontrak
seksyen 11 orang yang layak untuk memasuki kontrak adalah dewasa iaitu 18
tahun keatas.
e. Kesimpulan
- Tidak wujud kerana Dariza remaja yang berusia bawah umur
SOALAN 4

a) Isu semasa
- Adakah Ali telah membuat penerimaan sewaktu meletakkan mesin pengisar di
atas kaunter pembayaran ?
- Adakah tawaran tempoh masa yang dibuat oleh Abu masih terbuka ?
- Adakah bapa Aminah boleh membayar harga basikal tersebut ?
-
b) Akta yang berkaitan
- Menurut seksyen 2(a) AK 1950 Apabila seseorang menyatakan kesediaannya
kepada seorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri dri melakukan
sesuatu, dengan bermaksud untuk memperolehi persetujuan orang itu untuk
berbuat seseorang itu, maka boleh dikatakan bahawa orang itu membuat
cadangan. Pameran barang di kedai layan diri merupakan perlawanan kepada
orang ramai Ali mengambil barang tersebut untuk membuat tawaran akan tetapi
pihak pasaraya itu berhak menerima mahupun menolak tawaran yang dibuat
oleh pembeli.
- Sesuatu tawaran tidak akan terbuka selamanya penerimaan hendaklah dibuat
dalam tempoh jangka masa yang munasabah. Abu membuka tawaran itu hanya
satu bulan sahaja akan tetapi Lim menyabut tawaran itu selepas dua bulan
seperti yang dinyatakan di Seksyen 6(b) AK 1950 yang menyatakan bahawa
luputnya tempoh yang telah ditetapkan untuk dalam cadangan itu yang mengenai
penerimaannya ataupun bila waktu tidak ditetapkan, dengan ini luputnya tempoh
tawaran yang munasabah, tanpa komunikasi penerimaan itu.
- Kontrak antara Aminah dan Ani adalah sah seperti yang dinyatakan di Seksyen
2(d) AK 1950 yang menyatakan apabila orang kepada sesiapa sahaja tawaran itu
dibuat yang menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah
dikatakan bahawa tawaran itu diterima walaubagaimanapun, dia bukanlah pihak
yang berkontrak. Kerana sesiapa sahaja boleh memberi balasan walaupun ianya
tidak terlibat dalam kontrak.
c) Rujukan kes
- VENKATA CHINNAYA LWN VERIKATARA MA’YA
- Seorang kakak bersetuju untuk memberi bayaran anuiti berjumlah RM657 kepada
adik-adik lelakinya yang tidak memberikan apa-apa balasan kepada janji kakak
mereka itu. Pada hari yang sama, ibu mereka telah memberikan kepada si kakak
beberapa bidang tanah dan menyatakan bahawa kakak mestilah membayar anuiti
tersebut. Kakak tersebut kemudiannya telah didakwa oleh adik-adiknya kerana dia
gagal membayar
- KM: Kakak tersebut mesti menunaikan janjinya walaupun balasan datang daripada
ibu mereka dan bukan daripada adik-adiknya.

- RAMSTAGE VICTORIA HOTEL CO LTD LWN MONTEFIORE

- Pada 8/6/1864, defenden telah memohon untuk membeli saham milik syarikat plaintif
dan dia telah membayar deposit. Defendan tidak mendapat apa-apa berita selepas
iitu sehinggalah pada tarikh 23/11/1864 apabila dia diberitahu bahawa saham-saham
tersebut telah diperuntukkan kepadanya dan diminta membayar baki harganya.

- KM: tidak wujud kontrak di antara mereka kerana jangka masa antara Jun dan
November adalah terlalu lama untuk urusniaga saham. Oleh itu, penerimaan yang
tidak dibuat dalam jangka masa yang munasabah telah menjadikan cadangan
tersebut batal.

- PHARMACEUTICAL SICIETY LWN BOOTS CASH CHEMIST OF GREAT


BRITAIN(SOUTHERN) LTD

Pameran barang-barang adalah satu perlawanan sahaja yang mempelawa orang


ramai membuat tawaran untuk membelinya. Mana- mana pelanggan yang berminat
membelinya akan membuat cadangan di kaunter pembayaran itulah wujudnya
cadangan yang boleh diterima atau ditolak oleh juruwang.

d) Aplikasi dan rumusan


- Pameran di kedai layan diri bukanlah tawaran undang-undang yang
memperuntukkan pameran barang di kedai layan diri bukanlah tawaran, Ali hanya
boleh membuat perlawanan tawaran kepada penjaga kaunter. Penjaga kaunter
berhak untuk membuat tawaran. Selain itu, Abu telah memberikan masa selama
sebulan kepada Lim untuk membuat penerimaan. Sungguhpun begitu, tawaran yang
dibuat oleh Abu kepada Lim telah luput waktunya. Sebagaimanapun yang
diperuntukkan oleh Seksyen 6(b) AK 1950 Seterusnya, kontrak antara Aminah dan
Ali adalah sah kerana balasan telah diberikan oleh bapa Aminah sebagai wakil
kepada Aminah. Hal ini berketepatan dengan Seksyen 2(D) AK 1950 iaitu sesiapa
sahaja boleh beri balasan walaupun dia bukanlah pihak kontrak.

e) Kesimpulan
- Ali tidak boleh memaksa penjaga kaunter untuk membuat tawaran agar menjual
mesin pengisar tersebut kepadanya. Satu tawaran tidak akan terbuka selamanya,
penerimaan hendaklah dibuat dalam jangka masa yang munasabah. Selain daripada
itu, tempoh waktu telah luput yang ditetapkan oleh Abu. Dengan luputnya waktu yang
telah ditetapkan dalam cadangan itu mengenai penerimaannya, atau dengan
luputnya waktu yang munasabah tanpa komunikasi penerimaan itu. Disamping itu,
Kontrak tersebut adalah sah kerana balasan boleh diberi oleh bapa Aminah. Menurut
kehendak pembuat janji., apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah
membuat penjanjian adalah disebut balasan untuk janji itu.
SOALAN 5

a) Isu utama
- Adakah Ah boon telah melanggar syarat tersirat hak milik mengenai barang-barang?

b) Akta yang berkaitan


- Syarat tersirat mengenai hak milik. Semua syarat tersirat mengenai hak milik wujud
dalam Seksyen 14(1)(a). Syarat tersirat mengenai hak milik dalam kontrak jualan
ialah penjual berhak menjual barang yang disenaraikan dalam kontrak dan penjual
akan mempunyai hak menjual barang itu pada masa hak milik barang itu berpindah
kepada pembeli.

c) Aplikasi dan rumusan


- Syarat merupakan satu stipulasi utama kontrak. Jika satu pihak melanggar syarat
dalam kontrak jualan barang-barang, maka pihak yang tidak bersalah berhak untuk
menolak kontrak berkenaan. Dalam kes ini, kiah berhak menolak kontrak ini kerana
mesin jahit yang hendak dijual tersebut bukan hak milik penjual iaitu Ah Boon tetapi
masih mejadi hak milik ibu Ah Boon. Syarat tersirat dalam perjanjian untuk menjual.
Penjual akan mempunyai hak milik yang sah terhadap barangan pada masa barang
itu akan berpindah kepada pembeli. Sekiranya penjual itu tidak mempunyai hak milik
ke atas barangan yang dijualnya, dia dianggap telah melanggar syarat tersirat seperti
yang diperuntukkan di bawah seksyen 14(a) AJB 1957

d) Kesimpulan
- Ah boon didapati bersalah kerana telah melanggar syarat tersirat mengenai hak milik
jualan barang-baran menyebabkan kiah berhak menolak kontrak tersebut.
a) Isu utama
- Adakah aida telah melanggar waranti tersirat mengenai barang-barang?

b) Akta yang berkaitan


- Seksyen 14 (1)(b) AJB 1957. Waranti tersirat biasanya melibatkan perkara
sampingan kepada tujuan utama kontrak. Sekiranya syarat atau waranti tersirat tidak
diperuntukkan oleh perjanjian , maka syarat dan waranti tersirat yang diperuntukkan
oleh Akta Jualan Barang- barang 1957 akan terpakai. Terdapat dua waranti tersirat
iaitu berkenaan dengan milikan aman dan bebas daripada bebanan.

c) Aplikasi dan kesimpulan


- Milikan aman/bebas dari gangguan. Pembeli berhak membeli barang yang dibelinya
itu dan menikmatinya dengan aman, terpelihara daripada gangguan oleh pihak lain
terutamanya yang diperuntukkan oleh Seksyen 14. Hal ini bermakna pembeli berhak
menggunakan barang secara aman tanpa gangguan daripada penjual, ejen, wakil
atau pihak ketiga. Sekiranya perkara ini dilanggari, maka ini adalah pelanggaran
waranti dan pembeli boleh menuntut ganti rugi. Dalam kes ini Aida berhak menuntut
sebarang ganti rugi daripada Peah kerana telah menggunakan motosikalnya tanpa
pengetahuan dan telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada motosikal
tersebut.

d) Kesimpulan
- Aida telah didapati bersalah kerana telah melanggar syarat waranti tersirat
menyebabkan pembeli tidak menikmati barangannya dengan aman. Dalam suatu
kontrak jualan, melainkan hal keadaan kontrak adalah bertujuan menunjukkan niat
yang berlainan, terdapat suatu waranti tersirat bahawa pembeli hendaklah
mempunyai dan menikmati milikan aman barang-barang itu. Pelanggaran waranti
hanya memberi hak kepada pihak yang terkilan untuk menuntut ganti tetapi tiada hak
untuk menolak barang-barang / menganggap kontrak sebagai ditamatkan.
a) Isu utama
- Adakah Ah Seng telah melanggar syarat tersirat mengenai barang-barang?

b) Akta yang berkaitan


- Seksyen 16(1) AJB 1957. Syarat tersirat mengenai kualiti dan kelayakan. Menurut
kaedah common law, seseorang pembeli itu perlu berhati-hati menjaga
kepentingannya sendiri apabila membeli barang. Jika dia gagal berbuat demikian,
akibatnya dia akan menanggung rugi dan dia tidak boleh membuat tuntutan terhadap
orang lain. Prinsip ini dikenali sebagai “caveat emptor”. Keadaan di bawah common
law ini diulangi dalam Seksyen 16 dalam Akta Jualan Barang-barang 1957. Pembeli
mestilah telah memberitahu kepada penjual sama ada secara nyata/ tersirat,
mengenai maksud /tujuan dia mengkehendaki sesuatu barangan itu hanya
mempunyai satu kegunaan, maka terdapat pemberitahuan tersirat mengenai tujuan
barang itu dibeli

c) Aplikasi dan kesimpulan


- Sekiranya sesuatu barangan yang dijual itu tidak bersesuaian dengan kehendak
pembeli atau tidak bermutu, pembeli tiada hak untuk mendakwa pihak penjual atas
pelanggaran syarat kerana syarat sedemikian tidak wujud tetapi ada pengecualian
kepada prinsip caveat emptor. Dalam kes ini Ah Seng telah mencadangkan mesin
yang salah kepada Juju kerana mesin tersebut hanya menhancurkan bahan yang
lembut dan bukan ketulan ais dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Juju pula perlu
berjaga-jaga periksa / pasti barang yang dibelinya tidak ada kecacatan dan menepati
citarasanya. Jika barangan yang dijual tak bermutu dan tak sesuai, pembeli tiada hak
untuk mendakwa penjual.

d) Kesimpulan
- Ah Seng telah didapati bersalah kerana telah melanggar syarat tersirat mengenai
jualan barang-barang dengan mencadangkan mesin yang salah.

You might also like