Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

LAPORAN AKTIVITI PERJASA

SESI 2020/2021
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

1. PENGENALAN

Laporan Aktiviti Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) ini


disediakan untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang bulan
Januari 2020 hingga Mac 2021.

2. EXCO PERJASA SESI 2020/2021

Berikut adalah senarai barisan Exco PERJASA bagi Sesi 2020/2021 yang telah
dilantik pada Mesyuarat Agung Kali Ke-24 pada 12 Disember 2019 dan juga lantikan
tambahan bermula Mac 2020.

Semua Exco adalah bertanggungjawab untuk membantu menjalankan tugas-tugas


Persatuan sepanjang tempoh lantikan.

Presiden : YBhg. Datuk Mohd Danial bin Ma’alip


Timbalan Presiden : Encik Razale bin Ibrahim
Setiausaha : Puan Suhaili binti Abdullah
Bendahari : Puan Rini Yudesia binti Naswir
Ahli Jawatankuasa : i. Ts. Puan Wan Amishah binti Wan Mahmud
ii. Encik Mohamad Firdaus bin Mohamed Khairi
iii. Puan Dorahasra binti Ramli
iv. Ts. Encik Syamsul Iskandar bin Shamsuddin
v. Encik Ahmad Nur Misuari bin Yahya
vi. Encik Muzamir bin Mokhtar
vii. Encik Farid Iqbal bin Ibrahim
viii. Encim Wan Nazirul Hafeez bin Wan Safie
ix. Encik Mohd Fairuz bin Mohd Yusof
x. Puan Lindamaswana binti Masbahon
xi. Encik Nor Irfhan bin Nor Azman
Pemeriksa Kira-Kira : i. Ts. Puan Mazwin Muhamad Yusof
ii. Ts. Encik Mohd Naim Mohd Ibrahim

2
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

3. AKTIVITI PERJASA SESI 2020/2021

3.1. Kunjungan Hormat Exco PERJASA Sesi 2020/2021 kepada Ketua


Pengarah MAMPU

Pada 2 Mac 2020, PERJASA yang diketuai oleh Presiden sendiri bersama-sama
dengan beberapa Exco telah membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Seri
Dr. Mazlan bin Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU di pejabat beliau di Kompleks Setia
Perdana, Putrajaya. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah barisan
Pengurusan Atasan MAMPU dan beberapa orang pegawai MAMPU.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan perkembangan persatuan dan


memperkenalkan barisan Exco PERJASA bagi Sesi 2020/2021. YBhg. Datuk
Presiden juga memaklumkan kesudian PERJASA dalam berperanan menjalinkan
hubungan harmoni antara kumpulan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) dengan
MAMPU sebagai Ketua Perkhidmatan. PERJASA juga mengharapkan tunjuk ajar
dalam melaksanakan perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada perkhidmatan
dan persatuan.

Dalam pertemuan tersebut, MAMPU sebagai Ketua Perkhidmatan telah


membentangkan perkara-perkara yang telah dilaksanakan oleh MAMPU setelah
menjadi Ketua Perkhidmatan Skim Teknologi Maklumat. Ia merangkumi penerangan
berkaitan fungsi yang dilaksanakan iaitu:

i. Fungsi Perancangan Keperluan Sumber Manusia, Pengurusan Perjawatan dan


Penambahbaikan Skim Perkhidmatan – berkaitan urusan pertukaran,
penempatan semula dan penambahbaikan urusan perkhidmatan.
ii. Fungsi Pengendalian Urusan Personel dan Perkhidmatan – berkaitan urusan
pemangkuan, kenaikan pangkat dan time-based.
iii. Fungsi Perancangan dan Pelaksanaan Pelan Latihan – berkaitan program
kompetensi.
iv. Fungsi Perancangan dan Pelaksanaan Program Kemajuan Kerjaya PTM –
antaranya adalah mewujudkan pegawai laluan pakar (SME).

3
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

3.2. Mesyuarat Penyelarasan Perhubungan Persatuan dan Kesatuan Bilangan


1/2020

PERJASA telah menghantar dua (2) orang wakil ke Mesyuarat Penyelarasan


Perhubungan Persatuan dan Kesatuan Bilangan 1/2020 yang telah diadakan pada 10
Mac 2020.

3.3. Mesyuarat EXCO Jawatankuasa PERJASA


i. Beberapa siri mesyuarat telah dilaksanakan sepanjang penggal ini. Kesan dari
pandemik dan di dalam penyesuaian norma baharu, majoriti mesyuarat
dilaksanakan secara virtual.
ii. Mesyuarat yang di antara lain untuk membincangkan strategi, kertas
permohonan, perancangan webinar, persediaan dan agihan tugas untuk Fiesta
PERJASA tahun 2021 telah dilaksanakan ialah seperti berikut:
a. Mesyuarat Bil 1/2020 – 10 Jan 2020
b. Mesyuarat Bil 2/2020 – 14 Feb 2020
c. Mesyuarat Bil 3/ 2020 – 6 Mac 2020
d. Mesyuarat Bil 4/2020 – 4 April 2020 – VC
e. Mesyuarat Bil 5/2020 - 26 April 2020 – VC
f. Mesyuarat Bil 6/2020 - 28 Jun 2020 – VC
g. Mesyuarat Bil 7/2020 - 04 Okt 2020 – VC
h. Mesyuarat Bil 1/2021 – 31 Jan 2021 – VC
i. Mesyuarat Bil 2/2021 – 20 Feb 2021 – VC
j. Mesyuarat Bil 3/2021 – 30 Mac 2021 – VC

4
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

3.4. Webinar PERJASA

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah membataskan pelaksanaan aktiviti-


aktiviti PERJASA yang telah dirancang sepanjang tahun 2020.

Perubahan kepada kaedah penyampaian perkhidmatan melalui norma baharu,


memerlukan tindakan penyesuaian dengan menerapkan pelbagai elemen digital dan
automasi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas. Proses kerja
di persekitaran baharu ini turut memberi kesan kepada perubahan teknologi
terutamanya ICT yang berkait rapat dengan pendigitalan. Keadaan ini memberi
cabaran baru kepada ahli-ahli PERJASA yang bertanggungjawab memberi
perkhidmatan ICT di agensi untuk mempertingkatkan kemahiran ICT masing-masing.

Walaupun pelbagai cabaran perlu dilalui dan memerlukan tanggungjawab yang lebih
besar, PERJASA akan terus memberikan sumbangan bagi memastikan kebajikan
persatuan dan ahli-ahlinya terpelihara

Melalui teknologi pendigitalan, PERJASA tetap melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti


forum secara webinar, pertandingan secara dalam talian serta kolaborasi aktiviti
bersama beberapa pihak luar.

Antara webinar yang telah dilaksanakan oleh PERJASA adalah:

i. Webinar: Sesi Pre-Review Penggunaan dan Pelaksanaan Analytics


Dashboard & Artificial Intelligence (AI) menggunakan Platform Amazon
Web Service (AWS)
Webinar pertama anjuran PERJASA yang telah diadakan pada 14 April 2020
ini telah mencatatkan lebih daripada 100 penyertaan.
Video dan slaid pembentangan daripada webinar ini turut dikongsikan di
Facebook (FB) PERJASA.

5
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

ii. Webinar: Subversion (SVN) Server on Windows


Webinar ini telah diadakan pada 21 April 2020.

iii. Webinar: MySejahtera - Apps Walk Through & Behind The Scene
Sesi perkongsian oleh Ts. Puan Wan Amishah binti Wan Mahmud yang
merupakan salah seorang Exco PERJASA telah diadakan pada 22 April 2020.
Beliau telah berkongsi mengenai di sebalik tabir pembangunan Aplikasi
MySejahtera.

6
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

iv. Webinar: Membangunkan Data Visualisation Menggunakan Elastic


Kibana
Webinar ini telah diadakan pada 23 April 2020.

v. Webinar: GitLab Pengurusan Repositori Kod Sumber

7
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

Encik Mohd Rizal Kadis, PTM dari JAKIM telah berbesar hari untuk berkongsi
penggunaan GitLab dalam pembangunan sistem aplikasi. Webinar yang
diadakan pada 4 Mei 2020 ini telah menarik lebih daripada 70 penyertaan.

vi. Webinar: Meningkatkan Ketersediaan Perkhidmatan Kerajaan Melalui ICT


Webinar ini telah diadakan pada 12 Mei 2020.

vii. Sesi Webinar oleh SME ICT (Pengurusan Projek)


Webinar bertajuk Pelaksanaan Projek ICT Sektor Awam - Cabaran dan Faktor
Kejayaan Kritikal telah disampaikan oleh Encik Subramani a/l Nagaiah dari
MAMPU pada 13 Mei 2020.

8
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

viii. Sesi Webinar oleh SME ICT (Enterprise Architecture - EA).


Webinar bertajuk Ekosistem Perkhidmatan Digital dalam Konsep Whole-of-
Government dan End-to-End telah diadakan pada 18 Mei 2020 dan
disampaikan YBrs. Dr Siti Istianah binti Mahdzur.

ix. Webinar Forum: Program Cross Fertilization


Webinar ini telah diadakan pada 3 Jun 2020.

9
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

x. Webinar : Penggunaan Sumber Terbuka Dalam Rangkaian


Webinar ini telah diadakan pada 24 Disember 2020.

xi. Webinar : Blockchain Sharing


Webinar ini telah diadakan pada 2 Disember 2020.

10
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

xii. Bootcamp Rangkaian


Webinar ini telah diadakan pada 27-28 Oktober 2020.

11
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

xiii. Webinar : Networking Troubleshooting with Wireshark Module


Webinar ini telah diadakan pada 7 Oktober 2020.

xiv. Webinar : Kerangka Kualiti Perkhidmatan Perkongsian Infrastruktur ICT berasaskan


ITIL
Webinar ini telah diadakan pada 8 Oktober 2020.

12
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

xv. Webinar : SDN Preface dan Hands-on


Webinar ini telah diadakan pada 7 Oktober 2020.

xvi. Bootcamp Keselamatan Maklumat : Mobile Application Penetration


Testing
Bootcamp ini telah diadakan pada 22-24 September 2020.

13
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

xvii. Webinar: Perkongsian JITSI sebagai Norma Komunikasi di Era Pandemik


Webinar ini telah diadakan pada 8 Februari 2020.

xviii. Webinar: Analisa Kaedah Serangan Siber Menggunakan Honeypot


Webinar ini telah diadakan pada 16 Februari 2021.

14
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

xix. Webinar: Fitness Talk


Webinar ini telah diadakan pada 19 Februari 2021.

3.5. Cabaran Reka Bentuk Pengujian Perisian Sektor Awam (CeKAP) 2020

Pertandingan Cabaran Reka Bentuk Pengujian Perisian (CeKaP) 2020 telah


dianjurkan bermula 1 November 2020. Bagi membantu peserta CeKAP, PERJASA
15
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

turut menyediakan beberapa sesi bersama mentor sebagai platform perkongsian ilmu
dan tips. Sesi pembentangan daripada peserta CeKAP telah diadakan pada 25
Februari 2021. Manakala, pemenang CeKAP akan diumumkan sempena Fiesta
PERJASA 2021 pada 5 April 2021.

3.6. Aktiviti Kebajikan

16
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

Pada tahun 2020, PERJASA melalui Biro Kebajikan telah melancarkan tiga (3) tabung
sumbangan kepada ahli/bekas ahli PERJASA.

i. Tabung Sumbangan untuk Almarhum Syed Mohd Gawi


Kutipan sumbangan dibuka pada 16 hingga 19 Julai 2020 dan serahan kepada
wakil keluarga telah dilakukan pada 22 Julai 2020.

ii. Tabung Sumbangan untuk Mendiang Ganison Soorinarayanan


Kutipan sumbangan telah dibuka pada 24 Julai hingga 29 Julai 2020.

iii. Tabung Sumbangan untuk Cik Faizah binti Kasmani


Tabung sumbangan ini diwujudkan untuk meringankan beban beliau yang akan
menjalani Deep Brain Simulation (DBS) surgery setelah disahkan menghidapi
penyakit Parkinson Disease (PD).
Tabung sumbangan ini telah dibuka bermula 23 November hingga 6 Disember
2020. Serahan telah dilakukan kepada wakil Cik Faizah pada 11 Disember
2020 oleh YBhg. Datuk Presiden sendiri.

17
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

iv. Tabung COVID-19 PERJASA


PERJASA juga telah melancarkan Tabung COVID-19 PERJASA pada 14 Mei
2020. Tabung ini diwujudkan bagi mengumpul sumbangan untuk membantu
keluarga ahli PERJASA yang terkesan dengan wabak COVID-19. Permohonan
dan sumbangan bagi tabung ini telah dibuka pada 15 hingga 18 Mei 2020.

3.7. Aktiviti Sukan dan Rekreasi

Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan


Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
yang mula dilaksanakan pada 16 Mac 2020, 4 Mei 2020 dan 10 Jun 2020 telah
merubah landskap pendekatan kerja dalam perkhidmatan awam. Norma baharu ini
telah menggariskan cara kerja yang lebih terhad dan terbatas mengikut Standard
Operating Procedures (S.O.P) bagi mengekang penularan Covid-19.

Antara norma baharu sepanjang tempoh pelaksanaan kawalan pergerakan ialah


Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Work From Home (WFH).

Penerapan norma baharu ini telah mengubah pelaksanaan operasi kerja seharian
bagi memastikan perkhidmatan awam terus dapat menyediakan perkhidmatan yang
berkesan dan memberikan output terbaik.

Biro Sukan dan Rekreasi PERJASA telah mengambil kesempatan dalam pelaksanaan
BDR/WFH ini dengan menganjurkan Pertandingan Foto BDR/WFH PERJASA.

18
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

Pertandingan dengan tagline “Jom abadikan kenangan anda BDR/WFH sepanjang


tempoh PKP” ini dibuka kepada semua ahli PERJASA melalui FB PERJASA.

Pertandingan yang berlangsung dari 4 hingga 22 Jun 2020 telah menarik penyertaan
beberapa ahli PERJASA yang berkongsi foto-foto kenangan mereka bekerja semasa
tempoh PKP dengan caption kreatif bertemakan BDR/WFH. Hadiah menarik bagi tiga
(3) pemenang utama telah disediakan oleh PERJASA.

3.8. Aktiviti Promosi dan komunikasi

i. Hosting Webmail PERJASA disediakan bagi tujuan komunikasi e-mel rasmi


PERJASA bagi tempoh 3 tahun iaitu mulai 24 April 2020 hingga 23 April 2023.
E-mel baharu PERJASA telah dicipta pada 7 Mei 2020.

ii. Portal PERJASA telah dilaksanakan refurbish pada April 2020 dan kini
mencatatkan page view sebanyak 18,000.

iii. Penggunaan FB PERJASA sebagai medium penyampaian pemakluman serta


aktiviti PERJASA dengan 184 post sejak Januari 2020.

19
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

iv. Pewujudan Youtube Channel Rasmi PERJASA yang mula beroperasi sejak
Mei 2020 dan sebanyak 40 video telah dimuat naik.

v. Promosi dilaksanakan semasa sesi Webinar dan di FB PERJASA


merangkumi:
• Promosi pembayaran yuran keahlian/tahunan PERJASA;
• Promosi pendaftaran/semakan keahlian PERJASA secara dalam talian;
• Promosi Youtube Channel Rasmi PERJASA;
• Promosi sumbangan IDEA Aktiviti PERJASA di Portal PERJASA; dan
• Promosi Poster Perayaan dan Ucapan Tahniah.

20
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

21
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

22
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

23
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

24
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

vi. Impak daripada promosi yang aktif tersebut adalah:


• Pertambahan keahlian baru PERJASA iaitu seramai 46 orang dari Januari
2020 hingga Mac 2021;
• Pertambahan ahli PERJASA membayar yuran tahunan. Kutipan yuran dari
Januari 2020 hingga Mac 2021 adalah sebanyak RM10,145.22;
• Peningkatan subscriber Youtube Channel Rasmi PERJASA yang kini
mempunyai 340 subscriber;
• Peningkatan capaian harian ke Portal PERJASA sehingga mencecah lebih
100 pengunjung unik; dan
• Ahli PERJASA lebih mengenali Exco PERJASA.

25
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

26
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

27
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

28
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

3.9. Kolaborasi Strategik


i. PERJASA telah berkolaborasi dengan pemilik sistem ecert.my yang
merupakan penjawat awam gred F bagi menjana sijil yang tulen secara digital
bagi beberapa aktiviti yang dijalankan oleh PERJASA.
ii. Sehingga ke hari ini, sejumlah 13 aktiviti anjuran PERJASA telah dijalankan
dan 64 sijil telah berjaya dijana dan dianugerahkan kepada pegawai yang
terlibat dengan aktiviti.
iii. Majoriti sijil diberikan kepada penceramah webinar dan juga perserta aktiviti
lain seperti CeKAP.
iv. Sistem Pengurusan Sijil #1 di Malaysia yang menyelesaikan masalah
penjanaan, pengesahan, agihan dan semakan sijil. Proses penyediaan dan

29
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

pengesahan sijil dengan pantas dan sistematik tanpa menggunakan kaedah


Manual atau MailMerge.
v. Pihak PERJASA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik sistem
ecert.my atas peluang yang diberikan untuk menggunakan sistem tanpa
mengenakan caj ke atas PERJASA.

3.10. Pengurusan Kewangan

i. PERJASA telah mula memperkenalkan kaedah alternatif bagi sebarang


transaksi pembayaran ke akaun PERJASA. Kaedah alternatif tersebut adalah
meggunakan kemudahan Touch ‘n’ Go eWallet yang mula digunakan pada
bulan Ogos 2020.

30
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

ii. PERJASA juga telah membuat pendaftaran perkhidmatan internet banking iaitu
CIMB Biz Channel untuk memudahkan capaian ke akaun persatuan dan dapat
melaksanakan transaksi bank secara dalam talian yang semestinya lebih
mudah dan efisien.

31
Laporan Aktiviti PERJASA Sesi 2020-2021 -----------------------------------------------------------------------------

Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA)


1 April 2021

32

You might also like