Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

BMMB3013 2021052340041

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TAWAU, SABAH

PEPERIKSAAN TERBUKA (OBT) OKTOBER 2021

PROGRAM
PISMP
(Programme)

AMBILAN
JUN 2021
(Intake)

SEM
SEMESTER 1
(Sem)

ANGKAGILIRAN
2021052340041
(Index Number)

No Kad Pengenalan
020404-12-0462
(Identity Card No.)

Kod Kursus
BMMB3013
(Course Code)

Nama Kursus
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
(Course Name)

Tarikh Peperiksaan
13 OKTOBER 2021
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON


1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words
menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.
2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi
peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.
3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.
4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.
BMMB3013 2021052340041
BMMB3013 2021052340041
Bahagian A (Soalan 1)

Dalam suatu bahasa terdapat satu konsep yang sememangnya


dipersetujui oleh ahli-ahli bahasa iaitu bunyi. Dalam bidang kajian ilmu bahasa
melibatkan banyak prinsip, konsep dan unsur-unsur linguistik sama seperti kajian
linguistik yang lain. Abdullah bin Hassan (2007) menyatakan bahawa bidang kajian
bunyi bahasa boleh dibahagikan kepada dua iaitu fonetik iaitu kajian tentang
penyebutan bunyi yang dilafazkan oleh manusia dan fonologi iaitu kajian tentang
sistem bunyi-bunyi dalam bahasa. Seterusnya, dalam kajian fonetik dan fonologi ini
terdapat beberapa fonem seperti fonem konsonan, fonem vokal dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, terdapat 18 fonem konsonan yang terdiri daripada beberapa
jenis fonem iaitu /b/, /c/, /d/, /g/, /h/, /j/, /k/, /l/, /m/, /n/, /p/, /q/, /s/, /t/, /w/, /y/, /ny/
dan /ng/. Terdapat pula tujuh jenis fonem konsonan iaitu letupan, letusan, geseran,
getaran, sengauan, sisian dan separuh vokal.

Bagi membunyikan bunyi-bunyi konsonan yang ada dalam bahasa


Melayu, penggunaan alat artikulasi dengan baik adalah sangat penting. Terdapat
dua fonem dalam konsonan letupan iaitu /p/ dan /b/. Bagi membunyikan konsonan
/p/ contohnya pada perkataan ‘palu’, kedua-dua bibir perlu dirapatkan bagi membuat
sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga mulut seterusnya lelangit lembut akan
dinaikkan ke belakang iaitu ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara
dari paru-paru ke rongga hidung kemudian setelah pita suara direnggangkan, udara
dari paru-paru akan keluar ke rongga mulut tanpa berlaku getaran pada pita suara.
Bagi menghasilkan bunyi letupan dua bibir tidak bersuara /p/, sekatan pada dua bibir
dilepaskan dengan serta-merta. Bagi konsonan /b/ pada perkataan ‘batik’ pula sama
dengan cara membunyikan /p/ namun pita suara perlu dirapatkan dan digetarkan
agar udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut kemudian terhasillah letupan
bibir bersuara /b/.

Seterusnya letusan lelangit keras tidak bersuara /c/ dan konsonan letusan
lelangit keras bersuara /j/. Bagi membunyikan konsonan /c/ pada perkataan ‘cara’,
bahagian hadapan lidah perlu dirapatkan ke lelangit keras untuk menyekat arus
udara manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang iaitu ke
dinding rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung

1
BMMB3013 2021052340041
barulah pita suara direnggangkan. Setelah itu, arus udara dari paru-paru akan
melalui rongga mulut tanpa berlakunya getaran pada pita suara dan udara yang
tersekat pada bahagian hadapan lidah dilepaskan secara perlahan-lahan untuk
menghasilkan bunyi letusan lelangit keras tidak bersuara /c/. Cara membunyikan
konsonan /j/ pada perkataan ‘jalan’ juga sama seperti membunyikan konsonan /c/
tapi arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan
pita suara maka terhasillah letusan lelangit keras bersuara /j/.

Seterusnya, cara untuk membunyikan bunyi konsonan geseran gusi tidak


bersuara /s/ seperti dalam perkataan ‘silap’, ‘satu’ atau ‘sihat’ adalah dengan
bahagian hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk menyempitkan arus udara.
Kemudian lelangit lembut dan anak tekak pula akan dinaikkan ke belakang rongga
tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Setelah
merenggangkan pita suara, arus udara dari paru-paru akan melalui rongga mulut
tanpa ada berlakunya getaran pada pita suara dan duara yang keluar melalui
sempitan hadapan lidah dan gusi itulah yang akan menghasilkan bunyi konsonan
geseran gusi tidak bersuara /s/. Bagi membunyikan konsonan getaran /r/ pula hujung
lidah perlu dikenakan pada bahagian gusi dan lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke rongga tekak untuk menyekat arus udara paru-paru ke rongga hidung.
Berbeza dengan geseran yang perlu merenggangkan pita suara, untuk
membunyikan konsonan getaran pita suara perlu dirapatkan kemudian arus udara
yang keluar dari paru-paru akan melalui rongga tekak dan menyebabkan getaran pita
suara berlaku serta getaran pada hujung lidah yang disebabkan oleh arus udara
yang melalui rongga mulut. Antara contoh perkataan adalah seperti ‘rapat’, ‘rugi’, dan
‘rimas’.

Di samping itu, bagi konsonan sengauan pula terbahagi kepada dua iaitu
konsonan sengauan dua bibir bersuara /m/ dan konsonan sengauan gusi bersuara
/n/. Bagi membunyikan konsonan /m/ seperti dalam perkataan ‘murah’, bibir atas dan
bawah perlu dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara manakala lelangit
lembut dan anak tekak hendaklah diturunkan bagi memberi laluan kepada arus
udara dari paru-paru ke rongga hidung. Setelah itu arus udara dari paru-paru masuk
ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung, barulah pita suara dirapatkan untuk
menghasilkan getaran dan melepaskan arus udara perlahan-lahan, maka terhasillah

2
BMMB3013 2021052340041
bunyi konsonan sengauan dua bibir bersuara /m/. Bagi konsonan sengauan gusi
bersuara /n/ seperti dalam perkataan ‘naga’ pula, hujung lidah perlu dinaikkan pada
gusi untuk menyekat arus udara manakala lelangit lembut dan anak tekak pula
diturunkan bagi memberi laluan untuk arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
Seterusnya, arus udara dari paru-paru yang melalui rongga mulut dan terus ke
rongga hidung dilepaskan secara perlahan-lahan. Dengan itu, bunyi konsonan
sengauan gusi bersuara /n/ akan dihasilkan.

Konsonan seterusnya adalah konsonan separuh vokal yang mana


penghasilan bunyi bagi konsonan ini adalah perlu menyamakan kedudukan lidah dan
ruang udara dalam mulut seperti ketika hendak membunyikan fonem vokal namun
ujaran yang dilakukan hanya separuh sahaja. Terdapat dua konsonan separuh vokal
iaitu konsonan separuh vokal dua bibir bersuara /w/ dan konsonan separuh vokal
lelangit keras bersuara /y/. Bagi membunyikan konsonan /w/, bibir dan belakang
lidah berada dalam keadaan yang sama seperti ketika hendak membunyikan vokal
/u/ namun kemudiannya akan berlaku geluncuran. Manakala bagi konsonan /y/ pula
kedudukan lidah pada awalnya adalah sama seperti ketika hendak membunyikan
vokal /i/ namun kemudiannya bergerak kepada kedudukan vokal yang lain.

Secara rumusannya, bunyi konsonan merupakan antara bunyi bahasa


yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia begitu juga dengan bunyi vokal. Semua
bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara manakala bunyi konsonan pula ada
yang bersuara dan ada juga yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan bunyi tidak
bersuara dalam bunyi konsonan adalah berkait rapat dengan keadaan pita suara
yang mana sekiranya pita suara berada dalam keadaan yang tertutup rapat semasa
udara keluar melaluinya maka akan berlaku getaran pada pita suara dan bunyi
bersuara akan terhasil. Sebaliknya jika pita suara berada dalam keadaan yang
direnggangkan atau terbuka semasa udara melaluinya, maka getaran tidak berlaku
pada pita suara dan ia akan menghasilkan bunyi tidak bersuara.

3
BMMB3013 2021052340041
Bahagian A (Soalan 2)

4
BMMB3013 2021052340041
Bahagian B (Soalan 2)

Prosodi mempunyai definisi yang luas dan ia turut bergantung kepada


cara ia berperanan dalam suatu bahasa. Dalam bidang linguistik, prosodi
menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan bentuk bunyi bahasa yang
dapat didengar di telinga iaitu yang tidak dapat dijelaskan melalui simbol tulisan.
Bukan itu sahaja, prosodi turut melihat perubahan kepada panjang suku kata suatu
perkataan, kelantangan nada dan beberapa aspek yang berkaitan dengan bunyi
ujaran yang dilafazkan oleh seseorang. Dalam tulisan, prosodi ditunjukkan melalui
tanda baca seperti tanda noktaj, koma, noktah bertindih, tanda seru, tanda soal dan
sebagainya. Dalam bahasa lisan pula biasanya individu menggunakan bunyi-bunyi
tertentu pada suatu kata, frasa, klausa dan ayat untuk mendapatkan perhatian
mendengar daripada orang lain.

Lazimnya, ciri-ciri prosodi bagi sesuatu unit ujaran seperti suku kata, kata,
frasa dan klausa dipanggil ciri-ciri suprasegmental. Jadi dapat dirumuskan bahawa
ciri-ciri prosodi adalah sama dengan ciri-ciri suprasegmental. Antara ciri tersebut
ialah tekanan yang merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang
daripada kata yang lain, Dalam konteks ini, tujuan penekanan dalam pengujaran ayat
adalah untuk menyampaikan sesuatu makna seperti rasa marah, terkejut atau turut
menjadi desakan kepada pendengar. Tekanan juga merupakan suatu cara untuk
menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberi penekanan pada tempat-
tempat tertentu terutamanya pada mana-mana suku kata dengan tujuan untuk
menandakan sama ada keras atau lembut suatu pengucapan yang disampaikan itu.
Tambahan pula, tekanan ini adalah bertujuan untuk menyedapkan lagi percakapan
dan pengucapan seseorang atau bacaan mereka seperti dalam pendeklamasian
sajak dan pengucapan dialog.

Ciri prosodi yang kedua ialah intonasi yang merupakan keadaan turun
naik bunyi atau rendah tinggi suara semasa bercakap. Ia juga disebut sebagai variasi
nada ketika bertutur. Dalam bahasa Melayu, intonasi mempunyai peranan untuk
menentukan jenis ayat yang dituturkan atau diujarkan. Sebagai contoh, ayat penyata
dan intonasi yang digunakan oleh penyampai berita yang mana mereka lazimnya
menggunakan intonasi yang menurun pada bahagian akhir ayat manakala ayat

5
BMMB3013 2021052340041
tanya pula menggunakan intonasi yang meninggi pada akhir ayat. Seterusnya nada
yang mempunyai beberapa tingkat. Misalnya, ayat penyata yang biasanya dimulakan
dengan nada dua iaitu bagi menunjukkan terdapat permulaan ujaran kemudian ia
akan menaik sekiranya terdapat penggunaan tekanan dan boleh menurun semula
hingga nada dua atau ke nada satu. Sehubungan dengan itu, terdapat juga nada
yang tidak fonemik dalam bahasa Melayu iaitu nada yang tidak mempunyai sifat-sifat
bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.

Seterusnya, ciri prosodi yang ketiga iaitu tempo yang merujuk kepada
kadar cepat atau lambat sesuatu percakapan yang diujarkan dan biasanya
mempunyai tujuan atau sebab-sebab tertentu. Misalnya, sekiranya seseorang
berhadapan dengan situasi yang mengkehendakinya untuk melafazkan ujaran
dengan tempo tertentu seperti seorang pengulas sukan. Dalam konteks ini, seorang
pengulas sukan perlu mengujarkan ayat dengan tempo yang laju kerana perlu
mengulas selari dengan keadaan yang sedang berlaku di padang atau gelanggan
sukan pada masa tersebut. Selain itu, rima yang terhasil daripada penggunaan pola
tekanan, tempo dan nada yang biasanya terdapat dalam bidang puisi dan muzik.
Sebagai contoh apabila sesuatu ujaran atau ayat itu dilafazkan secara berulang-
ulang dengan menggunakan pola yang sama dan biasanya dalam pantun, sajak dan
syair.

Di samping itu, prosodi juga mempunyai ciri mora iaitu panjang pendek
ujaran yang merujuk kepada kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsep mora
adalah sama seperti yang dipelajari dalam bidang agama Islam atau bahasa Arab
iaitu ‘harakat’. Mora menggunakan simbol [:] yang membawa maksud satu mora, [::]
iaitu dua mora dan [.] bermaksud separuh mora. Penggunaan mora dalam bahasa
Melayu adalah kurang dan tidak membezakan makna sebagaimana penggunaannya
dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Akhir sekali, jeda dalam prosodi yang juga
disebut sebagai persendian. Unsur jeda ini biasanya digunakan untuk memisahkan
elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Manakala jeda
dalam ujaran pula merujuk kepada hentian sebentar yang dilakukan oleh individu
yang melafazkan sesuatu ujaran. Lambang yang digunakan untuk menandakan jeda
ialah [#] dan jeda sekiranya digunakan akan membawa makna yang berbeza kepada
ujaran yang tidak menggunakan jeda.

You might also like