Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Fonetik dan fonologi merupakan satu bidang kajian terhadap bunyi fizikal percakapan

manusia iaitu terhadap sifat fizikal bunyi dan melibatkan proses penghasilan fisiologi. Proses
penerimaan auditori dan persepsi neuro fizikal (saraf) berlaku. Fonetik rumit dan sangat
teknikal.

Fonetik merupakan suatu kajian terhadap bunyi bahasa yang berlaku dalam pertuturan
seharian manusia kecuali batuk, berdengkur dan berdehem. Selain itu, fonetik mengkaji sifat-
sifat semulajadi dan bagaimana bunyi bahasa tersebut dihasilkan. Unsur setiap bunyi dikaji
serta melalui proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori dan persepsi neurofizikal. Kajian
fonetik secara mudahnya ialah kajian mengenai cara tubuh manusia berkerja semasa
mengeluarkan bunyi bahasa. Fonetik dipecahkan kepada tiga cabang iaitu fonetik artikulasi,
fonetik akustik dan fonetik auditori.

m
er as
Manakala fonologi merupakan kajian mengenai sistem bunyi bahasa. Berbeza dengan

co
fonetik, fonologi mengkaji mengenai pola bunyi bahasa iaitu fungsi bunyi dalam sesuatu bahasa

eH w
dan sebutan seperti bunyi vokal,konsonan dan diftong. Sebagaimana pendapat Frank Parker

o.
rs e
(1994) mengenai fonologi iaitu rumus yang menentukan aspek sebutan. Tambahan lagi, bidang
ou urc
fonologi terbahagi kepada dua bidang iaitu fonemik dan fonetik. Fonemik ialah bidang yang
mengkaji fungsi atau struktur bunyi bahasa.
o

Artikulasi ialah alat pertuturan yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi
aC s
vi y re

bahasa. Alat-alat artikulasi terdiri daripada bibir, lidah, rahang, gigi, gusi, lelangit, rongga, anak
tekak dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua iaitu artikulator dan daerah artikulasi.
Seterusnya, artikulator ialah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti
ed d

lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut.
ar stu

Manakala, daerah artikulasi tidak bergerak tetapi boleh disentuh dan didekati. Bahagian
alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut iaitu gigi atas, gusi dan lelangit yang tidak boleh
is

digerak-gerakkan dan hanya dapat disentuh atau didekati semasa proses pengeluaran bunyi-
Th

bunyi bahasa. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat
sebutan dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama akan menghasilkan bunyi bahasa yang berbeza
apabila menyentuh daerah artikulasi yang berbeza.
sh

1
This study source was downloaded by 100000808513436 from CourseHero.com on 07-17-2021 03:28:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/58275543/Fonetik-fonologi-T1docx/
Cara pengeluaran bunyi yang berkesan menggunakan alat artikulasi lidah. Lidah ialah
alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilan bunyi bahasa. Selain itu,
bahagian depan lidah, tengah lidah dan belakang lidah berperanan dalam penghasilan bunyi-
bunyi vokal iaitu vokal hadapan, tengah dan belakang. Contohnya, apabila bunyi huruf vokal [a]
dibunyikan, maka bahagian depan lidah akan diturunkan serendah-rendahnya. Hujung lidah
merupakan bahagian paling berperanan dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut
untuk membuat penyekatan udara. Hal ini membolehkan lidah dapat membuat deskripsi
pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya pembahagian-pembahagian ini. Oleh itu,
keadaan lidah yang tidak sempurna akan menyebabkan berlakunya pelat. Hal ini kerana lidah
seseorang yang pelat gagal membentuk getaran kepada udara. Lidah yang sempurna pula
mampu menghasilkan bunyi yang berkesan iaitu jelas dan mudah difahami apa yang
disampaikan oleh penyampai kepada pendengar mengenai perkara yang ditutur. Jadi dengan

m
er as
adanya lidah, penghasilan bunyi akan lebih berkesan.

co
eH w
Seterusnya ialah bunyi huruf [r] tidak dapat disebut dengan baik kerana getaran bunyi

o.
yang tidak baik. Hal ini kerana lidah seseorang itu pendek serta tidak bergetar. Manakala,
rs e
kedudukan bibir yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir boleh dibundar dan
ou urc
dihamparkan. Bibir yang sempurna akan menghasilkan bunyi vokal sempurna. Contohnya,
dalam penghasilan bunyi huruf konsonan [p], bibir dirapatkan bagi menghasilkan letupan. Selain
o

itu, bibir akan dibundarkan bagi menghasilkan bunyi huruf konsonan [u] dan [o]. Sekiranya
aC s
vi y re

seseorang itu tidak mempunyai bibir yang sempurna iaitu tidak boleh hampar, bundar dan
dirapatkan maka gagal keluar bunyi dengan baik. Manakala Selain itu, daerah artikulasi
iaitu rongga hidung mampu mengeluarkan bunyi dengan jelas, berkesan dan tepat. Namun
ed d

begitu sekiranya rongga hidung bermasalah. Contohnya, hidung tersumbat. Maka, penyebutan
ar stu

konsonan dan sengauan sangat sukar. Keadaan paru-paru juga mempengaruhi pengeluaran
yang berkesan kerana bunyi yang keluar bermula dari paru-paru. Paru-paru yang sihat tidak
is

akan menghadapi masalah untuk mengeluarkan bunyi, perkataan atau ayat.


Th
sh

2
This study source was downloaded by 100000808513436 from CourseHero.com on 07-17-2021 03:28:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/58275543/Fonetik-fonologi-T1docx/
Seseorang guru bahasa Melayu yang berpengetahuan mengenai fonem dapat
menggunakan ilmunya dalam pengajarannya dengan membantu murid untuk bertutur
menggunakan sebutan baku. Hal ini kerana penggunaan sebutan baku adalah penting untuk
memastikan murid dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan betul. Melalui kaedah
fonetik, guru dapat mengajar murid mengenai cara untuk menyebut sesuatu perkataan dengan
menggunakan kaedah sebutan baku yang berasaskan sebutan fonemik dan sistem ejaan yang
memerlukan murid mengetahui tentang cara membunyikan setiap huruf kepada murid dengan
betul. Contohnya, guru memberitahu murid bagaimana cara membunyikan sesuatu huruf
dengan betul dan tepat. Pada akhir pembelajaran, murid dapat mengurangkan penggunaan
bahasa dialek tempatan ketika berkomunikasi.

Di samping itu, guru bahasa dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

m
di dalam kelas dengan lebih efektif. Hal ini kerana penguasaan terhadap ilmu fonetik akan

er as
membantu guru untuk mengetahui cara menyebut setiap perkataan berdasarkan sistem

co
eH w
sebutan baku. Seterusnya, guru bahasa dapat mengaplikasikan sebutan baku dalam konteks

o.
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana penggunaan sebutan baku dalam
rs e
menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan dapat membantu murid dalam memahami sesuatu
ou urc
perkara yang cuba disampaikan. Sekiranya guru tersebut menggunakan pelbagai bahasa,
maka murid tidak faham apa yang cuba disampaikan..
o
aC s

Penguasaan terhadap bidang fonetik turut membantu guru bahasa Melayu bertutur
vi y re

dengan baik, bukan sahaja guru bahkan untuk murid. Hal ini kerana penggunaan unsur-unsur
suprasegmental seperti tekanan, intonasi, rima dan jeda turut berlaku semasa berkomunikasi
ed d

dan membantu sesorang individu itu dalam menyampaikan sesuatu mesej. Pengawalan kelas
ar stu

yang baik sangat memerlukan komunikasi yang baik. Ilmu sedia ada guru bahasa Melayu akan
membantu memudahkan murid menerima maklumat yang ingin disampaikan dengan jelas.
Kebaikan kepada murid pula ialah apabila murid melibatkan diri dalam aktiviti yang
is

memerlukan kemahiran bertutur yang tinggi seperti debat, pidato, sajak dan sebagainya yang
Th

menekankan aspek pertuturan. Aktiviti sebegitu memerlukan murid untuk menguasai aspek
suprasegmental. Selain itu, guru dapat mengajar murid tentang cara berkomunikasi dengan
berkesan.
sh

3
This study source was downloaded by 100000808513436 from CourseHero.com on 07-17-2021 03:28:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/58275543/Fonetik-fonologi-T1docx/
Selain itu, guru bahasa Melayu juga dapat mengajar murid khususnya murid prasekolah
dalam menguasai kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah fonetik. Kaedah ini
dapat membantu murid prasekolah membunyikan huruf, suku kata dan menggabungkan bunyi
bahasa menjadi perkataan. Pengajaran ini bermula daripada pengenalan huruf vokal, konsonan
diikuti bentuk suku kata dan perkataan. Contohnya, guru meminta murid menyebut huruf
konsonan dan vokal, kemudian menghasilkan sebuah perkataan yang mudah. Hasilnya, murid
dapat memahami kaedah dengan cepat untuk membunyikan huruf dengan betul.

Seterusnya, ilmu fonetik yang diperoleh oleh guru dapat digunakan untuk pembelajaran
puisi. Dimana guru dapat menegur dan membetulkan kesalahan murid mengenai cara yang
tepat dan betul untuk mendeklamasikan puisi. Contohnya, pengetahuan guru mengenai
intonasi, jeda dan nada dapat membantu guru mengajar murid mendeklamasi sajak dengan

m
betul. Semasa murid bersajak, guru membetulkan kesalahan dan menunjukkan cara sebenar

er as
bersajak. Implikasinya, murid dapat mendeklamasikan sajak dengan baik daripada aspek

co
eH w
sebutan, intonasi, jeda dan nada dengan baik.

o.
rs e
Akhir sekali, masalah sebutan terutamanya murid yang berbangsa Cina dan India juga
ou urc
dapat diatasi sekiranya guru bahasa tersebut menguasai ilmu fonetik. Hal ini kerana
kebanyakan murid bahasa kedua menghadapi masalah untuk membunyikan fonem-fonem
o

segmental yang terdapat dalam kedua bahasa tersebut disebakan oleh fonem-fonem bahasa
aC s

kedua tidak terdapat dalam bahasa ibunda mereka. Murid seperti ini kebiasaanya
vi y re

menggantikan fonem segmental yang terdapat dalam bahasa kedua dengan bunyi yang paling
hampir dengan bahasa ibunda mereka. Contohnya, pelajar Cina yang mempelajari bahasa
ed d

Melayu menghadapi masalah untuk menyebut beberapa fonem segmental dalam bahasa
ar stu

Melayu seperti perkataan lori [r] yang digantikan dengan [l]. Maka, peranan guru dapat
membantu murid tersebut membunyikan fonem bahasa kedua dengan betul dengan mengajar
murid tersebut tentang cara untuk menggerakkan alat artikulasi mereka dengan betul
is

terutamanya lidah melalui latihan. Dengan ini, murid tersebut akan semakin mahir dan
Th

menguasai cara untuk membunyikan fonem dalam bahasa kedua dengan betul dan tepat.
sh

(1200 p.p)

4
This study source was downloaded by 100000808513436 from CourseHero.com on 07-17-2021 03:28:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/58275543/Fonetik-fonologi-T1docx/
RUJUKAN

Faridah, N. & Maridah, A. (2013), Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu. Puchong : Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006), Fonetik dan Fonologi, Batu Caves : PTS
Proffesional

Siti, H, A, A, (2008). Bahasa Melayu 1. Shah Alam : Oxford Fajar.

m
er as
co
eH w
o.
rs e
ou urc
o
aC s
vi y re
ed d
ar stu
is
Th
sh

5
This study source was downloaded by 100000808513436 from CourseHero.com on 07-17-2021 03:28:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/58275543/Fonetik-fonologi-T1docx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like