Nota Sambungan RB Mekanikel

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

2.2.

4 MENGANALISIS KESESUAIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEBINA


GAJET

* Analisis dilakukan untuk mengenalpasti kesesuaian komponen pada lakaran akhir.


* Pelbagai aspek dinilai untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan menarik perhatian
pembeli.

ANALISIS KESESUAIAN KOMPONEN


Kedudukan
Reka Bentuk Jenis Bahan Yang
Pemasangan Kemasan
Komponen Diguna
Komponen
• Menarik
• Melindungi
• Menepati citarasa • Kedudukan kelemahan
• Bahan yang
pelanggan pemasangan komponen seperti
diguna sesuai
• Nilai mempengaruhi berkarat.
• Berfungsi seperti
kebolehpasaran jenis-jenis pautan • Contoh:
yang diharapkan.
tinggi. yang diguna. Cat sembur, cat
minyak, lekar,
stiker.

1) Reka Bentuk Komponen 2) Jenis Bahan


KRITERIA PENILAIAN
3) Kedudukan Pemasangan 4) Kemasan

2.2.6 MEMBINA GAJET MEKANIKEL BERFUNGSI


* Melibatkan proses pembinaan model atau produk
* Proses pembinaan sama untuk setiap produk
* Perubahan akan berlaku mengikut kesesuaian pembinaan.
* CONTOH CARTA ALIR PEMBINAAN GAJET LAMPU BASIKAL

MULA

Sesi Brief Bersama Pelanggan

Kaji Selidik

Lakaran Awal

Lakaran Idea
TIDAK
SESI KRITIK
YA
Lakaran Akhir

Lukisan Kerja

Penyediaan Komponen Pembinaan

Proses Penghasilan Komponen


(Pemesinan, Tuangan, Pembentukan, Acuan,
Sambungan)

Pemasangan Komponen
TIDAK
PENGUJIAN

Kemasan Akhir

SELESAI
Gajet Boleh Digunakan

Proses Pembinaan Gajet Lampu Basikal


✓ Pembinaan produk berlainan juga melalui proses pembinaan yang sama.
✓ Proses pembinaan gajet meliputi beberapa peringkat iaitu:

1) Membuat Lakaran Ceraian Sistem dan Komponen


o Penting untuk memberi penjelasan terperinci tentang komponen yang akan dibina dan
cara komponen tersebut digabung hingga menjadi satu sistem lengkap dan berfungsi.

2) Menyediakan Komponen-Komponen Pembinaan


o Mengambil kira kesesuaian pada fungsi serta proses pembinaan.

3) Penghasilan Komponen
o Dihasilkan melalui proses PEMESINAN, PEMBENTUKAN, TUANGAN atau kaedah
lain yang sesuai.
o Bahan-bahan mentah binaan pelbagai saiz atau rupa DIUBAH, DIBENTUK dan
DIACUANKAN kepada bentuk yang sesuai dan ada fungsi tesendiri.

4) Pemasangan Komponen
o Komponen dipasang hingga menjadi model lengkap/ produk.
o Setiap komponen berfungsi dan saling berpaut satu sama lain membentuk satu sistem
yang dapat menyelesaikan tugas.
5) Pengujian
o Pengujian dilakukan untuk menguji aspek KEFUNGSIAN dan KETAHANAN.
o DUA UJIAN yang biasa dilakukan ialah UJIAN MAKMAL dan UJIAN PARAMETER.
o Ujian dilakukan hingga mencapai tahap upaya produk/ model yang maksimum dan
memenuhi spesifikasi.
o Terdapat juga UJIAN SIMULASI menggunakan teknologi terkini.
o Selepas lulus ujian yang ditetapkan, produk boleh dihasilkan besar-besaran dan sedia
untuk dipasarkan.

6) Kemasan
o Penting untuk menutup kelemahan rupa permukaan produk seperti:
1. Berkarat
2. Permukaan tidak rata
3. Bahagian-bahagian yang tajam
4. Permukaan berbahaya
o Kemasan juga memberi nilai estetika supaya produk lebih cantic dan menarik
perhatian pembeli.

2.2.7 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KEPADA SISTEM TERSEBUT


* Perlu jika sistem yang diguna pada produk mengalami kegagalan dari segi fungsi atau reka
bentuk.
* Kegagalan boleh menyebabkan produk tidak dapat berfungsi dengan baik.
* Keadaan demikian jga boleh mendatangkan bahaya dan pengguna terdedah kepada risiko
kemalangan.

A) RUPA BENTUK o Penting untuk menarik dan menawan hati pembeli.


o Diutamakan agar produk yang dibina lebih istimewa
berbanding gajet lain yang sedia ada.
o Contohnya, rupa bentuk futuristik mengikut trend terkini.

B) BAHAN o Bahan yang diguna mesti bersesuaian dengan tugas atau


fungsi komponen.
o BAHAN SINTETIK banyak kelebihan bagi menggantikan
bahan tradisional.
o Contohnya: Penggunaan BAHAN PLASTIK berbanding
BAHAN LOGAM.
o Penemuan bahan lebih maju seperti GENTIAN KARBON
(lebih tahan dari logam dan sangat ringan

C) FUNGSI o Produk yang dapat laksanakan tugas sesuai dengan tujuan


produk itu dibina.
o Contoh: Pen berfungsi untuk menulis dan menggaris
dengan lancar.

D) KEMASAN o Berfungsi:
1. Menambah daya tarikan produk
2. Menutup kelemahan bahan yang diguna
o Contoh: produk yang dibina daripada logam lebih mudah
berkarat. Dengan KEMASAN CAT permukaan logam dapat
dilindungi dan terhindar dari karat.

You might also like