Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN DAERAH SANDAKAN

Ruj.Tuan :
Ruj.Kami : MGKK(K)01/22
Tarikh : 13 Julai 2022
Kepada:

Yang Berkenaan,
Kolej, Universiti Swasta

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA PERINGKAT


DAERAH SANDAKAN TAHUN 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Sandakan dengan
kerjasama Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Sandakan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
akan mengadakan KARNIVAL EKSPLORASI PENDIDIKAN DAN KERJAYA kepada semua
pelajar tingkatan 5 dan 6 sekolah-sekolah menengah Daerah Sandakan. Sehubungan itu, pihak kami
sangat berbesar hati untuk menjemput pihak tuan/puan untuk menyertai Karnival Pendidikan dan Kerjaya
ini pada ketetapan berikut :

Tarikh : 6 Ogos 2022 (Sabtu)


Masa : 8.30 pg – 4 ptg
Tempat : MRSM Sandakan
Bayaran : RM 300

3. Kami menggunakan kaedah pembayaran secara TUNAI dan dibayar kepada pihak MGKK
Sandakan semasa program berlangsung.

4. Peserta hanya perlu mengisi borang penyertaan dan diserahkan kepada penganjur sekurang-
kurangnya 2 minggu sebelum program berlangsung.

5. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pn. Ainol Mardziah Tumin (010-6528969) secara
WhatsApp atau telefon. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan menjayakan program ini amatlah dialu-
alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“SEPAKAT SABAH HEBAT”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AINOL MARDZIAH BINTI TUMIN)


Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Daerah Sandakan
BORANG MAKLUM BALAS

NAMA INSTITUSI

ALAMAT

PEGAWAI
PERHUBUNGAN

NO. TELEFON

CATATAN

BAYARAN A TUNAI

BOLEH HUBUNGI Pn. Ainol Mardziah Tumin (010-6528969)

**Lengkapkan borang ini dan hantar melalui aplikasi whatsapp.

You might also like