Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL MALAYSIA ANTARA SEKOLAH-

SEKOLAH RENDAH DAERAH KLANG 2018

1.0 SYARAT-SYARAT

1.1 PENYERTAAN
a) Terbuka kepada Sekolah-sekolah Rendah di Daerah Klang, Selangor.
b) Satu sekolah hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
c) Penyertaan bagi setiap kategori adalah dihadkan sebanyak 10 buah sekolah
terawal sahaja.
d) Ahli kumpulan penari yang mengambil bahagian hendaklah terdiri dari pelajar-
pelajar sekolah tersebut. Guru pengiring hanya dibenarkan berada di bawah
pentas sahaja.
e) Setiap kumpulan hendaklah terdiri dari minimum 10 orang dan maksimum 16
orang penari.
f) Kumpulan boleh dibentuk samada kesemua lelaki, kesemua perempuan
ataupun campuran lelaki dan perempuan.
g) Segala perbelanjaan, makan dan minum bagi para peserta di sepanjang
pertandingan adalah di bawah tanggungan pihak sekolah masing-masing.
Pihak penganjur juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang
kemalangan / kecederaan atau kerugian yang ditempuh oleh pihak sekolah di
sepanjang pertandingan berlangsung.
h) Penyertaan adalah percuma.

1.2 KONSEP TARIAN


a) Setiap kumpulan penari dikehendaki mempersembahkan 2 buah tarian :-
i) 1 Tarian Tradisional, samada Zapin, Joget, Inang atau Asli, dan
ii) 1 Tarian Rakyat / Etnik.
b) Kedua-dua persembahan tersebut wajib disertai oleh peserta yang sama.
c) Jangka masa bagi setiap persembahan tidak melebihi 8 minit.

1.3 MUZIK IRINGAN


a) Para peserta boleh menggunapakai lagu lama atau baru untuk muzik iringan,
dengan syarat lagu-lagu tersebut mestilah mengekalkan rentak asal tarian
yang ditarikan.
b) Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan
minus-one sahaja. Dibenarkan lagu-lagu dengan nyanyian maupun
intrumental.
c) Alat muzik iringan tidak dibenarkan sama sekali.

1.4 PAKAIAN
Pakaian para peserta hendaklah bersesuaian, kemas dan sopan.
-1-
2.0 PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN

2.1 Pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang akan dilantik oleh pihak
penganjur.

2.2 Keputusan dari panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan
dilayan.

2.3 Pemarkahan adalah berdasarkan :-


a) Koreografi atau keaslian tari : 35 markah
b) Koordinasi muzik dan gerakan : 10 markah
c) Pecahan tari dan pola lantai : 15 markah
d) Kesantunan : 20 markah
e) Busana dan tatarias : 20 markah
Jumlah : 100 markah

3.0 HADIAH

Johan - RM1,500.00 + Piala Iringan + Sijil Penghargaan


Naib Johan - RM1,000.00 + Piala Iringan + Sijil Penghargaan
Ketiga - RM800.00 + Piala Iringan + Sijil Penghargaan
Saguhati (ke 4 – ke 10) - RM250.00 + Sijil Penyertaan

4.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Borang penyertaan hendaklah sampai ke tangan urusetia pada atau sebelum


14 Disember 2018 (Jumaat), jam 5.00 petang, di alamat seperti berikut :-
Jabatan Kemasyarakatan,
Tingkat 1,
Majlis Perbandaran Klang,
Bangunan Sultan Alam Shah,
Jalan Perbandaran,
41675 Klang Bandar Diraja,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel.: 03-3375 5555 Samb. 1013 (Cik Nalini), 1015 (En. Mazlah)
Faks : 03-3373 0875

* Nota : Hanya 10 kumpulan yang terawal yang akan diterima penyertaan.

-2-

You might also like