3.0 Kepentingan Hukum Kanun Melaka Sebagai Pedoman Ketika Pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

3.

0 Kepentingan Hukum Kanun Melaka sebagai pedoman ketika


pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Hukum Kanun Melaka adalah himpunan adat Melayu dan undang-undang


islam yang disusun secara teratur ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1489M-
1511M). Hukum Kanun Melaka sangat penting untuk dijadikan pedoman dan
kepentingannya adalah seperti di bawah.

3.1 Sumber rujukan syariat

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), Melaka


merupakan pusat Melayu sebelum kedatangan orang Barat. Oleh itu,
sebelum kedatangan Barat, Melaka adalah merupakan Kerajaan Islam
pertama di Nusantara yang melaksanakan undang-undang syariat secara
tersusun. Hukum Kanun Melaka sangat penting sebagai sumber rujukan
syariat.

Kitab-kitab fiqh bahasa Arab telah mula masuk dibawa oleh para
ulama dan pendakwah, banyak kitab fiqh yang menjadi sumber rujukan
syariat dalam mentadbir negeri Melaka pada ketika itu, antara kitab yang
mula tersebar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah Talkhis al-
Minhaj atau lebih dikenali sebagai Minhaj at-Talibin seperti Gambar 1 di
bawah, merupakan karya Imam Nawawi seorang ulama bermazhab Syafie.
(Fauzi, Anisah & Anwar, 2018)
Gambar 1: Minhaj at-Talibin
Sumber: SifatuSafwa

Kitab ini merupakan kitab yang banyak menjadi rujukan dalam


menyususn atur sistem Hukum Kanun Melaka. Di dalam Hukum Kanun
Melaka banyak menjelaskan tentang hukum-hukum hudud dan hukum-
hukum lain yang melibatkan syariat-syariat islam. Jelaslah bahawa
kewujudan sistem perundangan islam yang mula berkembang ketika
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka sangat penting kerana menjadi
rujukan kepada negeri-negeri Melayu ketika itu dan sehingga ke hari ini.

3.2 Sumber rujukan dalam menentukan sesuatu hukuman

Selain daripada menjadi sumber rujukan syariat bagi sebuah


kerajaan, kepentingan Hukum Kanun Melaka juga dijadikan sumber rujukan
dalam menentukan sesuatu hukuman bagi jenis kesalahan tertentu. Semasa
pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, dengan adanya Hukum
Kanun Melaka dapat membantu mengatasi masalah jenayah di dalam negeri.
Hal ini, setiap jenayah akan dikenakan hukuman berdasarkan kesalahan yang
dilakukan si penjenayah.
Gambar 2: Isi kandungan Hukum Kanun Melaka
Sumber:Pamela Marquez

Berdasarkan Gambar 2 di atas, menjelaskan tentang isi kandungan


yang terdapat di dalam Hukum Kanun Melaka, di mana undang-undang
tersebut adalah mengandungi setiap hukuman kesalahan dan menerangkan
serba sedikit undang-undang di dalam Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Sebagai contoh, Fasal 11.1 iaitu hukuman bagi kesalahan mencuri seperti
hasil tanaman, perahu dan binatang, di mana seseorang yang mencuri harus
dihukum bunuh, tetapi jika ramai yang akan dihukum pencuri yang mencuri
sahaja yang harus dipotong tangannya. (Fatimah, 2022)

Oleh itu, wujudnya Hukum Kanun Melaka dapat mengatasi


perilaku jenayah dengan baik dan adil. Justeru, setiap hukuman yang dicipta
berlandaskan syariat islam dan ianya penting dalam menjadi rujukan bagi
menentukan sesuatu kesalahan di masa akan datang.

3.2 Panduan dalam menjalankan pemerintahan

Semasa pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sistem


pentadbiran sangat teratur dan sistematik dengan adanya kewujudan Hukum
Kanun Melaka, di mana keselamatan dan keamanan negara serta
kesejahteraan rakyat terjamin daripada segala marabahaya. Struktur
pemerintahan yang teratur iaitu wujudnya pembahagian tugas-tugas
melancarkan pentadbiran Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada ketika
itu.
Rajah 1: Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka

Menurut Fadli (2018), undang-undang berada di bawah kekuasaan


Sultan, di mana Sultan yang berhak memutuskan semua hukum bunuh
kerana Sultan merupakan kehakiman tertinggi. Jelaslah bahawa, ketika
pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka jawatan Bendahara yang
dikenali sebagai Perdana Menteri, hanya mengurus hal ehwal di dalam
negara dan menjadi ketua hakim dalam mengurus semua pembicaraan di
Mahkamah Melaka, apabila melibatkan hukum bunuh hanya Sultan yang
berkuasa menentukannya.

Oleh itu, setiap struktur pemerintahan memiliki tugas masing-


masing dalam membantu Sultan mentadbir Kerajaan Melaka. Di samping
adanya Hukum Kanun Melaka dapat melancarkan pentadbiran dan
memudahkan urusan setiap pembesar pada ketika itu. Maka tidak hairanlah
kedaulatan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menjadi
inspirasi bagi negeri-negeri lain. Oleh itu, Hukum Kanun Melaka dapatlah
menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan sebuah kerajaan.
3.4 Mempertahankan sistem sosial

Kepentingan Hukum Kanun Melaka juga dapat dilihat dari aspek


mempertahankan sistem sosial. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
mengubal undang-undang agar rakyat dan golongan bangsawan hidup dalam
keadaan rukun, saling berkasih sayang dan hormat menghormati, di mana
ianya untuk menjaga kesejahteraan penduduk negeri Melaka.

Selain itu, undang-undang ini dilaksanakan untuk menjaga


kepentingan hak masing-masing agar terpelihara. Sebagai contoh, Fasal 1.1
larangan rakyat memakai pakaian berwarna kuning. Hal ini, memberi
keistimewaan kepada golongan kerabat diraja untuk membezakan pakaian
mereka dari rakyat, oleh itu rakyat tidak dibenarkan untuk menggunakan
kain berwarna kuning. (Fatimah, 2022)

Rakyat dilarang menggunakan barang-barang yang dikhaskan untuk


Raja melainkan rakyat dianugerahkan oleh Raja. Tambahan pula, kedudukan
hamba terpelihara sebagaimana termaktub di dalam Hukum Kanun Melaka
menjelaskan tentang undang-undang hamba seperti Fasal 44.2, 44.3, 44.6
dan banyak lagi, justeru golongan hamba diberi hak. Hal ini, bagi menjamin
keselamatan mereka kerana golongan hamba juga adalah manusia.

Gambar 3: Antara keterangan Fasal Hukum kanun Melaka


Sumber: Fatimah Ismail

Oleh itu, bagi memastikan perbezaan di antara golongan Raja dan


rakyat maka diadakan pelbagai peraturan bagi membezakan status
pemerintah dan rakyat. Kewujudan Hukum Kanun Melaka adalah bagi
mengukuhkan lagi sistem institusi beraja di Melaka dan mempertahankan
sistem sosial secara adil. Jelaslah bahawa kedaulatan Kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka pada masa dahulu dalam mempertahankan kepentingan
sistem sosial telah menjadikan sistem beraja kekal sehingga kini.

You might also like