Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

DEMOKRASI &

PILIHAN RAYA
SISTEM PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
▪ Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen di samping mengekalkan sistem Raja Berperlembagaan
▪ Di peringkat negeri pula, Sultan atau Yang di-Pertua Negeri merupakan Pemerintah Berperlembagaan bagi
negeri-negeri berkenaan.

▪ Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang

memperoleh majoriti kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan
Persekutuan atau Negeri.

▪ Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon yang
memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

▪ Mengikut Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab untuk mengadakan pilihan raya untuk Dewan Rakyat
dan Dewan Undangan Negeri terletak pada Suruhanjaya Pilihan Raya.
SURUHANJAYA PILIHAN
RAYA
KEANGGOTAAN (PERKARA 114 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN)

i. Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang ahli.
ii. Anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Seri Paduka Baginad Yang di-Pertuan Agong selepas
berunding dengan Majlis Raja-Raja
iii. Seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya memegang jawatan sehingga berumur 66 tahun. Apabila hilang
kelayakan, pada bila-bila masa beliau mesti meletakkan jawatannya melalui surat yang ditujukan kepada Yang
di-Pertuan Agong.
iv. Tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas syor tribunal yang ditubuhkan
v. Yang di-Pertuan Agong boleh memecat jawatan mana-mana anggota Suruhanjaya Pilihan Raya jika anggota
tersebut:
o Seorang bankrap yang belum lepas; atau
o Melibatkan diri dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya; atau
o Ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
vi. Saraan di bawah peruntukan Parlimen dan dipertanggungjawabkan pada Kumpulan Wang Disatukan
vii. Parlimen juga membuat peruntukan bagi terma jawatan
ANGGOTA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
FUNGSI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

01 02
Membuat kajian dan Menjalankan urusan
persempadanan semula bahagian
pendaftaran pemilih dan
Pilihan Raya Parlimen dan Negeri
tidak kurang 8 tahun dari tarikh semakan daftar pemilih
persempadanan semula yang
terdahulu 03
Menjalankan pilihan raya umum
untuk Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri, dan menjalankan
pilihan raya kecil sekiranya berlaku
kekosongan
PERSEMPADANAN SEMULA BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA

i. Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan bahagian-bahagian pilihan raya
parlimen dan negeri
ii. Syor awal persempadanan bahagian pilihan raya hendaklah dimaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan
Perdana Menteri dikehendaki menyiarkan dalam warta.
iii. Urusan Kajian Semula Persempadanan merupakan suatu kajian dan semakan untuk melihat semula kesesuaian
sempadan-sempadan Bahagian Pilihan Raya sedia ada bagi memudahkan urusan pentadbiran pilihan raya dan
pendaftaran pemilih di masa akan datang.
iv. Urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya boleh dimulakan berdasarkan keadaan
seperti berikut:
o Tidak kurang daripada tempoh lat 8 tahun daripada tarikh siap urusan Kajian Semula Persempadanan
sebelumnya; atau
o Terdapat pindaan terhadap undang-undang iaitu apabila Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh
Negeri dipinda, sama ada untuk menambah/mengurangkan bilangan kerusi dewan atau pewujudan wilayah
baharu contohnya pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/persempadanan
ELEMEN PENTING PILIHAN RAYA

Bahagian
Pilihan Pemilih
Raya

Proses
Calon Pilihan
Raya
SYARAT PENDAFTARAN PEMILIH

Berumur tidak kurang daripada


Warganegara 21 tahun (sebelum ini) / 18 tahun
Malaysia (sekarang) pada tarikh
kelayakan

Seorang penduduk di
mana-mana bahagian Tidak hilang
pilihan raya di Malaysia kelayakan
JENIS PEMILIH

Pengundi Biasa Pengundi Tidak Hadir


Pengundi Tidak Hadir adalah golongan pemilih yang
Pengundi biasa adalah dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan
pemilih berdaftar yang Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota
perlu hadir untuk mengundi tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam
di pusat-pusat mengundi yang bertugas di luar negara dan pasangan yang
semasa pilihan raya. menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa
yang menuntut di luar negara dan pasangan yang
menetap bersamanya.
HILANG KELAYAKAN PEMILIH

❑ Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani
hukuman penjara; atau
❑ Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara
untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan;
atau
❑ Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
❑ Telah memperoleh kewarganegaraan asing
KELAYAKAN CALON

Berumur tidak kurang


Warganegara daripada 21 tahun Tinggal di negeri
Malaysia dan (sebelum ini) / 18 tahun di mana dia akan
bermaustatin di (sekarang) pada hari bertanding
negara ini penamaan calon
HILANG KELAYAKAN SEBAGAI CALON
DEPOSIT CALON PILIHAN RAYA

❑ Jumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Dewan Undangan
Negeri
❑ Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah
undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian
pilihan raya berkenaan
PETISYEN PILIHAN RAYA

❑ Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat
atas sebab ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya
❑ Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21
hari selepas tarikh keputusan pilihan raya diwartakan
❑ Keputusan Mahkamah Tinggi Pilihan Raya boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan
PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA

❑ Perbelanjaan pilihan raya tidak boleh melebihi RM200,000 bagi Dewan Rakyat, dan
RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri
❑ Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri di
dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya diwartakan
TEMPOH PILIHAN RAYA

❑ Pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri seperti yang
ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali
jika dewan dibubarkan lebih awal.
❑ Pilihan Raya Umum diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran
❑ Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan,
sama ada disebabkan kematian, perletakan jawatan atau seseorang ahli Dewan
Rakyat itu hilang kelayakan
❑ Tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
PROSES PILIHAN RAYA

❑ Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ
pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya
❑ Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari
penamaan calon dan hari mengundi.
RUMUSAN PROSES PILIHAN RAYA
Peringkat Huraian
• Apabila berlaku pembubaran Parlimen
atau Dewan Undangan Negeri atau
terdapat kekosongan di luar jangka, SPR
akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa
untuk menjalankan pilihan raya kepada
Pegawai Pengurus.
1 Pengeluaran writ • Pada masa yang sama, satu notis pilihan
raya akan diwartakan dan ditampal di
tempat yang mudah untuk semakan orang
ramai
• Notis tersebut akan mengandungi tarikh
penamaan dan tarikh pengundian yang
akan dijalankan
WRIT NOTIS
RUMUSAN PROSES PILIHAN RAYA
Peringkat Huraian
• Pegawai Pengurus akan menerima
borang-borang penamaan dari calon,
pencadang atau penyokong atau ketiga-tiga
sekali
• Selain dari penyerahan borang perlu juga
menyertakan deposit pilihan raya dan Borang
Akuan Berkanun. Borang-borang ini perlu
2 Penamaan Calon
dimatikan setem di Pejabat Duti Setem.
• Kertas-kertas penamaan yang diterima akan
dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00
pagi untuk diteliti dan dibuat bantahan oleh
mereka yang layak iaitu calon dan pemilih
yang terdaftar di kawasan berkenaan.
• Apabila selesai urusan tersebut, Pegawai
Pengurus akan mengisytiharkan calon-calon
yang layak bertanding
KERTAS PENAMAAN BORANG AKUAN
CALON BERKANUN

http://boranginfolegalpru.blogspot.com/2013/03/borang-berkaitan-proses-pru.html
RUMUSAN PROSES PILIHAN RAYA
Peringkat Huraian
• Untuk tujuan kempen, calon-calon
dikehendaki membayar deposit bahan
kempen sebanyak RM5,000 bagi pilhan raya
Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya
3 Kempen Pilihan Dewan Undangan Negeri
• Begitu juga pemasangan poster ia perlu
Raya
membayar sejumlah wang kepada pihak
berkuasa tempatan
• Bagi membolehkan calon mengadakan
ceramah terbuka, mereka perlu mendapat
kelulusan dari pihak polis
RUMUSAN PROSES PILIHAN RAYA
Peringkat Huraian
• Pemilih-pemilih yang Namanya ada di dalam
daftar pemilih akan keluar mengundi di
4 Pengundian pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan
• Bagi pengundi-pengundi tidak hadir atau
kalangan layak mengundi secara pos, mereka
boleh mengundi lebih awal dari hari mengundi
yang ditetapkan
Penjumlahan rasmi • Ketua Tempat Mengundi akan membuat
5 undi dan pengiraan kertas undi
pengumuman • Beliau akan menjumlahkan keseluruhan
keputusan untuk menentukan pemenangnya.
RUMUSAN PROSES PILIHAN RAYA
Peringkat Huraian
• Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian
pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon
yang mendapat undi majoriti dan
mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih
6 Keputusan Pilihan bagi bahagian pilihan raya berkenaan.
Raya
Nota:

• Keputusannya tidak boleh dipertikaikan


• Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati
dengan keputusan pilihan raya boleh
mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya
melalui petisyen pilihan raya
PROSES PERSEMPADANAN KAWASAN PILIHAN RAYA
▪ Persempadanan semula harus diadakan tidak kurang daripada 8 tahun sejak

persempadanan semula yang terakhir

▪ Perlaksanaan proses persempadanan semula akan bermula apabila SPR menerbitkan

dalam warta kerajaan dan surat khabar tempatan di mana peta yang dicadangkan akan
dipaparkan di setiap kawasan pilihan raya yang akan terkesan oleh proses
persempadanan semula.

▪ Sebelum itu, SPR juga akan memaklumkan kepada Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan
Dewan Rakyat tentang niat mereka untuk memulakan proses tersebut.
PROSES PERSEMPADANAN KAWASAN PILIHAN RAYA
▪ Pihak yang boleh membantah cadangan yang dikemukakan ialah:
o Kerajaan Negeri
oPihak Berkuasa Tempatan
oKumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 100 orang pengundi di Kawasan pilihan raya yang
terkesan dan dalam daftar pemilh semasa

▪ Bantahan boleh dibuat sebulan daripada Tarikh penerbitan SPR dalam Warta Kerajaan dan surat khabar
▪ Dewan Rakyat meluluskan persempadanan semula dengan memerlukan majoriti mudah
▪ Tetapi sekiranya cadangan tersebut melibatkan peningkatan jumlah kerusi, Dewan Rakyat perlu

meminda Perkara 46 dalam Perlembagaan Persekutuan dengan majoriti dua pertiga.

▪ Proses persempadanan akan berakhir apabila SPR membentangkan cadangannya kepada Perdana
JENIS-JENIS PENGUNDIAN
▪ Pengundian biasa melibatkan pemilih-pemilih biasa yang akan mengundi pada hari yang ditetapkan sebagai hari
mengundi

▪ Pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan

pasangan; dan

▪ Pengundian pos melibatkan pengundi tidak hadir yang terdiri daripada:


o Angkatan tentera dan pasangannya

o Anggota polis serta pasangan

o PGA yang terpaksa menjalankan tugas operasi pada hari mengundi

o Pelajar di luar negara dan pasangannya

o Kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara dan pasangannya

You might also like