Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 37

KEWARGA

NEGARAA
N
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1) Menerangkan cara mendapatkan kewarganegaraan
2) Menghuraikan syarat mendapatkan kewarganeganegaraan bagi setiap cara

Kriteria Kejayaan:
Murid berjaya sekiranya berupaya:
1) Menerangkan keempat-empat cara mendapatkan kewarganegaraan Malaysia dengan
tepat
2) Menghuraikan sekurang-kurangnya 3 syarat yang diperlukan untuk mendapatkan
kewarganegaraan bagi setiap cara
Cara Mendapat Kewarganegaraan

Kuatkuasa
Undang-Undan Pendaftaran
g

Naturalisasi/ Penggabungan
Kemasukan Wilayah
Kewarganegaraan melalui
kuat kuasa undang-undang
Kewarganegaraan melalui kuat kuasa
undang-undang
❑ Perkara 14(1)(a): setiap orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia (16 September 1963) dan merupakan
warganegara Persekutuan menurut peruntukan yang terkandung dalam bahagian I jadual kedua Perlembagaan
Persekutuan seperti yang berikut:
Dia menjadi warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka.
Dia dilahirkan di Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka dan selepas bulan oktober 1962.
Dia dilahirkan di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan pada masa kelahiran itu
sekurang-kurangnya ibu atau bapanya seorang warganegara atau bermastautin tetap di Persekutuan, atau
dia tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain pada masa lahirnya.
Dia dilahirkan di Persekutuan pada atau selepas hari Merdeka dan pada masa kelahirannya, bapanya
seorang warganegara dan juga telah dilahirkan di Persekutuan atau pada kelahiran itu berada dalam
perkhidmatan kerajaan Persekutuan atau kerajaan sesebuah negeri.
Dia dilahirkan di luar Persekutuan pada atau selepas hari Merdeka dan pada hari kelahiran itu, bapanya
seorang warganegara, dan dalam tempoh yang ditetapkan, mendaftarkan kelahiran itu di tempat pejabat
konsul Persekutuan, atau kelahiran itu didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan jika kelahiran itu berlaku di
Singapura, Sarawak, Brunei, atau Borneo Utara.
Kewarganegaraan melalui kuat kuasa
undang-undang
❑ Perkara 14(1)(b): Seseorang yang diahirkan pada atau selepas hari Malaysia dan mempunyai
mana-mana daripada kelayakan yang ditentukan dalam Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan
Perekutuan seperti yang berikut:
Dia dilahirkan di Persekutuan dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya ibu atau bapanya
seorang warganegara atau bermastautin tetap di Persekutuan.
Dia dilahirkan di luar Persekutuan dan pada masa kelahiran itu bapanya seorang warganeagara
dan dilahirkan di Persekutuan, atau pada masa kelahiran itu bapanya berkhidmat dengan
Kerajaan persekutuan atau kerajaan sesebuah negeri.
Dia dilahirkan di luar Persekutuan dan pada masa kelahiran itu bapanya seorang warganegara,
dan dalam tempoh yang ditetapkan, mendaftarkan kelahiran itu di pejabat konsul Persekutuan,
atau kelahiran itu didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan jika kelahiran itu berlaku Brunei.
Dia dilahirkan di Singapura dan pada masa kelahiran itu sekurang-kurangnya ibu atau bapanya
seorang warganegara.
Dia dilahirkan di Persekutuan dan pada masa kelahirannya dia tidak menjadi warganegara
mana-mana negara.
Jika diringkaskan
kewarganegaraan secara kuat
kuasa undang-undang adalah
seperti berikut:
Kewarganegaraan melalui kuat kuasa
❑undang-undang (Perkara
Majoriti rakyat Malaysia mendapat 14) melalui kuat kuasa
kewarganegaraan
undang-undang. Contohnya:
Orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September
1963)
Seseorang yang dilahirkan di dalam Malaysia dengan salah seorang ibu
atau bapanya pada ketika dia dilahirkan adalah seorang warganegara
atau pemaustatin tetap Malaysia
Seseorang yang dilahirkan di luar Malaysia dan bapanya pada ketika
kelahirannya adalah seorang warganegara yang lahir di Malaysia.
Terdapat 1 lagi cara mendapatkan
kerakyatan pada zaman dahulu
sebelum negara kita mencapai
kemerdekaan….

Apakah cara tersebut?


Kewarganegaraan secara Jus Soli
❑ Jus soli berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud hak untuk kawasan.
Perkataan itu diguna pakai dalam bahasa Melayu sepertimana dijelaskan
dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud hak mendapat kerakyatan di
sesebuah negara berdasarkan kelahiran negara itu.
❑ Di Tanah Melayu prinsip Jus Soli telah diperkenalkan pada tahun 1945 oleh
British dan dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union pada tahun 1946.
Kewarganegaraan melalui
pendaftaran
Kewarganegaraan melalui pendaftaran
(Perkara
❑ Seorang wanita15)
yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan
perkahwinannya telah didaftarkan di Malaysia boleh didaftarkan sebagai
warganegara sekiranya:
Dia masih bersuami dan suaminya adalah warganegara. Kerajaan Persekutuan
berpuas hati bahawa dia telah bermaustatin di dalam Persekutuan selama 2
tahun sebelum Tarikh permohonan dan berniat untuk bermaustatin tetap serta
berkelakuan baik. Perkara 15 (1)
Seseorang yang di bawah umur 21 tahun boleh didaftarkan sebagai
warganegara sekiranya ibu atau bapanya adalah seorang warganegara.
Kerajaan Persekutuan juga boleh mendaftarkan seseorang di bawah umur 21
tahun dalam keadaan khas yang difikirkan sesuai. Perkara 15 (2)
Kewarganegaraan melalui
naturalisasi/kemasukan
Kewarganegaraan melalui
❑naturalisasi/kemasukan (Perkara
Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa 19)
keadaan khas yang difikirkan
sesuai ataupun atas permohonan seseorang yang berumur 21 tahun atau
lebih dan pemohon bukan warganegara, memberikan perakuan naturalisasi
sekiranya orang itu telah bermaustatin di dalam Persekutuan bagi tempoh
yang dikehendaki (Dia telah bermastatutin di Persekutuan
sekurang-kurangnya 10 tahun dalam tempoh 12 tahun sebelum tarikh
permohonan itu) dan berniat berbuat demikian secara tetap, berkelakuan
baik dan mempunyai pengetahuan memadai dalam Bahasa Melayu
Kewarganegaraan melalui
penggabungan wilayah
Kewarganegaraan melalui penggabungan
❑wilayah
Sekiranya terdapat wilayah baharu yang diterima masuk ke dalam Malaysia
selepas Hari Malaysia, Parlimen boleh menetapkan penduduk di dalam
wilayah tersebut adalah warganegara.

Kehilangan taraf kewarganegaran


❑ Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan
disebabkan oleh dua keadaan seperti yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan iaitu melalui cara penolakan (Perkara 23) dan pelucutan
(Perkara 24)
Kehilangan taraf kewarganegaran

Penolakan
Pelucutan
(Pelepashakan)
Penolakan (Pelepashakan)
❑ Warganegara yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih dan sempurna
akal serta telah memperoleh atau hendak menjadi warganegara negara lain

Pelucutan
❑ Telah menjadi warganegara asing
❑ Telah menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan
❑ Telah membuktikan dia tidak lagi setia kepada negara sama ada melalui
percakapan atau tindakannya yang boleh mencemar keselamatan dan
kedaulatan negara
Jom Uji Minda!!!
Situasi 1:
Magendran dilahirkan di Kolkata, India pada 1 September 1957. Ibu bapanya
ialah warganegara Persekutuan. Adakah Magendran layak untuk menjadi
seorang warganegara?

Situasi 2:
Sofea dilahirkan pada 18 Januari 1987 di Malaysia. Ibu bapanya merupakan
warganegara Indonesia. Adakah Sofea layak untuk menjadi warganegara
Malaysia?

Situasi 3:
Jackie dilahirkan di Pulau Pinang pada 25 September 1960. Bapanya
warganegara Poland dan ibunya rakyat Thailand. Adakah Jackie merupakan
seorang warganegara?
Situasi 4:
Ooi Seok Ngah (warganegara Hong Kong) berkahwin dengan Cheah Dum Tai yang
merupakan warganegara Malaysia. Mereka berdua menetap di London sejak perkahwinan
mereka. Adakah Ooi Seok Ngah boleh mendapatkan kerakyatan Malaysia?

Situasi 5:
Latifa dilahirkan di Singapura pada 1 Mac 1967 di mana ibu dan bapanya
merupakan anak jati Singapura. Adakah Latifa boleh mendapatkan
kewarganegaraan Malaysia?

Situasi 6:
Monica telah menetap di Malaysia selama 10 tahun dan fasih berbahasa Melayu. Monica
telah melepaskan kerakyatannya sebagai warganegara Amerika Syarikat dan ingin
mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Adakah Monica mempunyai peluang untuk
menjadi warganegara Malaysia?
• Encik Muhammad Faiz dan isterinya, warganegara Malaysia
telah melanjutkan pelajarannya di Jepun.
• Mereka telah memperoleh dua orang anak semasa berada di
luar negara.
Kewarganegaraan kedua-dua anak Encik Muhammad Faiz
diperoleh melalui cara ____________________.

naturalisasi pendaftaran

Penggabungan wilayah Kuat kuasa undang-undang


• Cik Qistina, seorang warganegara Sweeden telah
berkahwin dengan Encik Noah Aidan seorang
warganegara Malaysia.
Apakah jenis kewarganegaraan yang diperoleh Cik
Qistina?

Pendaftaran selepas bermaustatin Pendaftaran sebaik sahaja permohonan


selama dua tahun di Malaysia kewarganegaraan dibuat

Naturalisasi sebaik sahaja permohonan Kuat kuasa undang-undang selepas


kewarganegaraan dibuat bermaustatin selama dua tahun di Malaysia
Seseorang warganegara Malaysia akan menolak
kewarganegaraannya apabila dia _______________.

Gagal mencabar keputusan pilihan Memohon kewarganegaraan


raya negara lain

Didapati bersalah kerana mengedar Mendapati ekonomi negara semakin


dadah merudum
• Jenna berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia
• Jenna memegang kerakyatan Australia dan tidak fasih berbahasa Melayu
Apakah syarat-syarat Jenna untuk memperoleh kewarganegaraan?
I Perkahwinannya didaftarkan di Persekutuan
II Ibu atau bapanya seorang warganegara Malaysia
III Mempunyai anak yang dilahirkan selepas 16 September 1962 di Persekutuan
IV Telah bermaustatin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum memohon

I dan II I dan IV

II dan III III dan IV


• Bukan warganegara
• Berumur 21 tahun ke atas
• Berkelakuan baik
Pernyataan di atas merujuk kepada pemerolehan
kewarganegaran dengan cara

naturalisasi pendaftaran

Penggabungan wilayah Kuat kuasa undang-undang


Munna dilahirkan di Agra, India selepas Hari Malaysia.
Bapanya seorang warganegara Malaysia dan ibunya
warganegara India. Munna ialah warganegara Malaysia
melalui cara ______________.

masukan pendaftaran

Penggabungan wilayah Kuat kuasa undang-undang


• Andrew merupakan seorang warganegara Britain yang
berkahwin dengan wanita warganegara Malaysia
• Beliau telah menetap di Malaysia selama lebih 12 tahun
sebelum Tarikh permohonannya.
Yang manakah cara untuk Andrew mendapatkan status
kewarganegaran Malaysia?

masukan pendaftaran

Penggabungan wilayah Kuat kuasa undang-undang


Yang berikut adalah sebab-sebab kewarganegaraan
seseorang rakyat Malaysia dilucutkan, kecuali
__________________

Tidak setia kepada raja dan Ibu bapa telah dilucutkan


negara kewarganegaraan mereka

Memohon menamatkan Membuat permohonan kewarganegaraan


kewarganegaraan secara sukarela dengan maklumat palsu
Pelucutan kewarganegaraan boleh berlaku sekiranya
seseorang itu ____________________

Disyaki menjual rahsia negara Mengundi dalam pilihan raya


kepada pihak musuh negara lain

Berkahwin dengan warganegara Menunjukkan sokongan terhadap


asing dan menetap di luar negara parti politik negara lain
Alex telah dilahirkan di dalam pesawat MAS semasa ibu dan
bapanya yang merupakan warganegara Malaysia, dalam
perjalanan pulang ke Malaysia. Alex lahir di ruang udara Dubai
di mana perjalanan untuk ke Malaysia masih lagi panjang.
Apakah taraf kewarganegaraan Alex?

Bukan warganegara Warganegara melalui pendaftaran

Warganegara melalui kuat kuasa Warganegara melalui masukan


undang-undang
Maaf, jawapan anda salah!!!
Sila cuba lagi!!!

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Tahniah!!! Jawapan anda
tepat!!!

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

You might also like