Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

BAIK PULIH MAKMAL KOMPUTER


( FASA I )

SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG SENYUM

28050 KUALA KRAU

PAHANG DARUL MAKMUR


1.0 PENGENALAN
Makmal Komputer sekolah merupakan sebuah tempat yang menyediakan kemudahan
komputer lengkap dengan capaian internet merupakan medan pembelajaran yang sangat
penting selaras dengan perkembangan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) bagi pelajar SK
Gunong Senyum. Pelbagai subjek baru telah diperkenalkan supaya murid kini terdedah
dengan penggunaan ICT seperti Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK), Reka Bentuk
Teknologi (RBT) dan program terbaharu di sekolah ; Kefahaman Melalui Rekabentuk
(KMR) yang amat memerlukan penggunaan peralatan ICT yang lengkap.

Namun begitu, SK. Gunong Senyum tidak boleh melaksanakan pembelajaran


matapelajaran tersebut dengan baik akibat kelengkapan ict telah rosak, kemudahan
makmal computer yang kian uzur, pendawaian elektrik yang tidak baik, bangunan
makmal yang telak lusuh akibat ditenggelami banjir pada tahun 2014.

Sehubungan dengan itu, SK Gunong Senyum merancang untuk melakukan transformasi


kepada Makmal Komputer untuk memberi semangat dan galakan kepada murid untuk terus
belajar dengan cemerlang, bersungguh-sungguh disamping selesa, gembira dan ceria.

2.0 OBJEKTIF
1. Meningkatkan kualiti pembelajaran murid dengan menggantikan set komputer yang
telah rosak dengan yang baru.
2. Memberi keselesaan dan kecerian kepada murid semasa proses PdPc berlangsung.
3. Mengaplikasi PAK21 dalam pembelajaran dan pengajaran.
4. Melahirkan pelajar yang celik dan mahir IT.
5. Menarik minat murid hadir ke sekolah seterusnya meningkatkan peratus kehadiran
murid.

3.0 SASARAN
Makmal Komputer SK. Gunong Senyum.

4.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN PROGRAM


- Projek ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2022 sehingga selesai.
-
5.0 JAWATANKUASA KERJA
Pegerusi : Pn. Nur shida binti Bahari
Naib Pengerusi : En. Adanan bin Kamaludin (GPK KURIKULUM)
: En. Azmi bin Mat Nor (GPK HEM)
: En. Noraznizam bin Mohd Aziz
Penyelaras : Pn. Siti Farhana binti Jalaluddin (Guru Perpustakaan Media)
Penyelaras : En. Azmi bin Daman (Penyelaras ICT)

AJK Pelaksana : Semua Guru SK. Gunong Senyum

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN


6.1 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Set Komputer bersama headfon & speaker

15 set x RM 2700 RM 40 500

2 Cat 15 liter

Luar : RM 200 X 2 tong

Dalam : RM 200 X 2 tong

Upah : RM1500 RM 2300

3 Kerusi beroda

RM 100 x 15 RM1500

4 Meja Komputer

RM 150 x 15 RM 2250

5 Pendawaian Elektrik RM 4000

6 Printer RM 1000

Jumlah Keseluruhan RM 51 550


6.0 PENUTUP

Tinggi hasrat kami agar pihak Tuan dapat merealisasikan impian kami untuk meningkatkan lagi
kualiti pembelajaran murid SK. Gunong Senyum. Semoga projek ini mendapat pertimbangan
yang sewajarnya dari pihak tuan dan dapat direalisasikan mengikut perancangan yang telah
dibuat.

Disediakan oleh;

………………………………………………

(PN. SITI FARHANA BINTI JALALUDDIN)

Guru Perpustakaan Media,

SK. Gunong Senyum,

28050 Kuala Krau, Pahang.

Disemak dan diluluskan oleh;

…………………………………………………

You might also like