Professional Documents
Culture Documents
Contoh Kertas Kerja Program Pengurusan Diri
Contoh Kertas Kerja Program Pengurusan Diri
KERTAS KERJA
PROGRAM PENGURUSAN DIRI MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS 2015
SK FAKEH ABD SAMAD
KUANTAN.
1.0 Rasional :
Pendedahan kepada program ini adalah perlu bagi menyediakan murid berkeperluan khas ke
arah hidup berdikari.
2.0 Matlamat :
Memberi galakan kepada murid supaya berkeupayaan melakukan aktiviti-aktiviti pengurusan
diri dan dapat mengurangkan kebergantungan kepada orang lain dalam menguruskan diri
sendiri.
3.0 Objektif :
1. Memberikan peluang kepada semua murid melakukan aktiviti pengurusan diri .
2. Menyediakan peluang ke arah pengurusan diri dan mengurangkan kebergantungan kepada
individu lain.
4.0 Sasaran : Murid Pendidikan Khas : 52 orang
Refleksi :
Diharap murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dapat menyertai program yang
diadakan dan memperolehi pengalaman baru bagi pembinaan sahsiah diri ke arah
pembentukan diri yang lebih seimbang , mengurangkan kebergantungan kepada orang lain
dan kekal cemerlang.