Modul PDPR PJPK t4 SMK Bako

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAKO

MATA PELAJARAN : PEND. JASMANI & PEND. KESIHATAN (PJPK)


TINGKATAN : EMPAT
DISEDIAKAN OLEH : SAHIRAN BIN MUCHIMUN

NAMA PELAJAR :
KELAS :

1
UNIT 2 PERMAINAN KATEGORI SERANGAN
TAJUK BOLA SEPAK (buku teks muka surat 17 – 29)
SASARAN SEMUA PELAJAR TINGKATAN 4
TEMPOH PELAKSANAAN 1 MINGGU
OBJEKTIF • Menyatakan kemahiran bola sepak.
• Menjelaskan pengetahuan konsep pergerakan dan strategi dalam permainan bola
sepak.
• Menerangkan aspek keselamatan dalam permainan bola sepak.

1. Tandakan ( / ) untuk pernyataan yang betul dan ( X ) untuk pernyataan yang salah. [6 markah]
PERNYATAAN JAWAPAN
a) Matlamat bertahan adalah untuk untuk menggagalkan serangan-serangan pihak lawan atau
mengurangkan peluang gol oleh pihak lawan.
b) Kelemahan Formasi 5:4:1 ialah sukar membuat jaringan kerana hanya seorang sahaja pemain
penyerang
c) Kekuatan Formasi 3:5:2 ialah boleh melakukan transisi dengan cepat daripada menyerang kepada
bertahan.
d) Setiap pasukan bola sepak diwakili oleh 11 orang pemain dan seorang penjaga gol.
e) Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk menghalang cubaan jaringan
yang dibuat oleh pasukan lawan.
f) Dalam Formasi 5:4:1, seorang pemain stopper digunakan bagi mengawal penyerang pihak lawan.

2. Isikan teka silang kata dengan perkatan yang sesuai. [10 markah]

MELINTANG KE BAWAH
1 leret dilakukan apabila membuat hantaran 6 Kemahiran dilakukan dengan menggunakan
dekat dan menjaringkan gol. bahagian dahi.

2 Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan 7 Pemain yang memegang bola dengan sengaja kecuali
menggunakan bahagian dalam kaki, paha dan _. penjaga gol akan diberi kad

3 ialah kebolehan berlari sambal mengawal bola 8 Mengangkat terlalu tinggi merupakan satu
untuk mengatasi pemain lawan. tindakan berbahaya dalam permainan bola sepak.

4 Tendangan digunakan untuk membuat 9 Tendangan diberikan kepada pasukan yang


hantaran jauh. menyerang apabila pasukan bertahan melakukan
kesalahan dalam kawasan penaltinya sendiri.
5 Tendangan dilakukan untuk mengeluarkan
bola dari kawasan gol. 10 adalah penting untuk memastikan bola
sampai kepada rakan sepasukan dengan tepat.

2
UNIT 3 PERTOLONGAN CEMAS
TAJUK CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR) (buku teks muka surat 220 – 226
SASARAN SEMUA PELAJAR TINGKATAN 4
TEMPOH PELAKSANAAN 1 MINGGU
OBJEKTIF • Menyatakan maksud CPR
• Menjelaskan prinsip dan prosedur CPR
• Menilai situasi kecemasan yang memerlukan CPR.
• Mendemonstrasikan pelaksanaan pertolongan cemas mengikut prosedur CPR.

SOALAN OBJEKTIF [7 markah]

1. Mangsa mengalami keadaan berikut boleh diberikan Prosedur Resusitasi Kardiopulmonari atau Cardiopulmonary
Resuscitation (CPR) untuk menyelamatkannya, kecuali
A. Jatuh dari bangunan tinggi C. Lemas
B. Serangan sakit jantung D. Strok

2. Apakah yang anda faham mengenai pertolongan cemas?


A. Tindakan yang dilakukan untuk menyelamatkan mangsa akibat kemalangan
B. Rawatan awal yang diberikan kepada mangsa yang mengalami keceederaan
C. Tindakan awal yang perlu diambil oleh seseorang untuk menyelamatkan mangsa dalam situasi kecemasan serta
memerlukan tindakan serta merta dan pantas.
D. Bantu mula yang hanya diberikan kepada mangsa kemalangan apabila pasukan perubatan tiba

3. Apakah nama penuh bagi ECC?


A. External Chest Compression C. External Complete Cardiac
B. External Cardiac Compression D. External Child Compression

4. Antara situasi mangsa yang berikut, manakah yang memerlukan CPR?


I. Tiada denyutan nadi III. Tidak bergerak
II. Tidak bernafas IV. Berbadan kaku
A. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja
B. I, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

5. Pernyataan di bawah atas merujuk kepada prosedur CPR pada peringkat?

Periksa kadar nadi mangsa. Jika tiada, cari posisi pertemuan antara tulang rangka dengan cuaran
xypoid (bahagian bawah tulang dada) dengan menggunakan jari telunjuk dan jari tengah.
A. Breathing (Bernafas) C. CPR
B. ECC D. Responsiveness (Tindak balas)

6. Apakah yang dimaksudkan dengan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)?


A. Prosedur bagi menyelamatkan mangsa yang tidak sedarkan diri.
B. Proedur bagi meningkatkan sistem imunisi badan
C. Prosedur bagi meningkatkan kadar denyutan jantung
D. Prosedur bagi menurunkan kolestrol dalam badan.

7. Pernyataan merujuk kepada langkah kedudukan pemulihan. Susunkan langkah-langkah di bawah dengan betul

W: Baringkan mangsa
X: Kaki dibengkokkan untuk menstabilkan kedudukan mangsa
Y: Kepala didongakkan sedikit
Z: Kaki disilangkan untuk memudahkan pergerakan
A. W, Y, Z, X C. Y, Z, W, X
B. X, Y, Z, W D. W, Z, Y, X
SOALAN STRUKTUR

1. Gariskan jawapan anda. [7 markah]


a) ( Kemalangan / Kecemasan ) ialah situasi yang berlaku secara mengejut dan memerlukan tindakan serta -merta.
b) Prosedur Resusitasi Kardiopulmonari atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) boleh menyelamatkan mangsa yang
mengalamai ( strok / keracunan makanan ).
c) Untuk menyelamatkan mangsa, CPR dimulakan dengan bantuan ( pernafasan / ECC ).
d) Kerosakan pada ( sel-sel otak / organ-organ badan ) akan mula berlaku apabila pernafasan berhenti selama 3 minit.
e) CPR akan lebih efisien jika dilakukan secara ( individu / berpasangan ).
f) Tekanan luaran (ECC) ialah satu Teknik untuk ( mengepam darah / membekalkan oksigen ) dari jantung secara
manual.
g) Teknik melakukan CPR bagi orang dewasa dan wanita adalah ( sama / berbeza ).

2. Padankan prinsip dan prosedur CPR dengan gambar yang diberi. [6 markah]

Lihat pergerakan dada mangsa, dengar bunyi pernafasan dan


rasa hembusan nafas menggunakan pipi.
(a)

Periksa kadar nadi mangsa dan jika tiada, cari posisi pertemuan
antara tulang rangka dengan cuaran xypoid (bahagian bawah
tulang dada) dengan menggunakan jari telunjuk dan jari tengah.
Letakkan tumit tapak tangan bersebelahan jari telunjuk. Letakkan
tapak tangan kiri atas tapak tangan kanan dan kemaskan jari
jemari antara tapak tangan. Luruskan kedua-dua lengan hingga
(b)
paras bahu dengan mencondongkan badan ke hadapan. Lakukan
30 kali tekanan dengan kedalaman 5 cm dan tidak melebihi 6 cm
pada kadar kelajuan 100-120 tekanan seminit. Ulang langkah 5
dan 6 sehingga mangsa sedar.

Pastikan persekitan mangsa dalam keadaan selamat daripada


sebarang ancaman bahaya seperti objek tajam, punca elektrik
(c) dan kawasan yang tidak stabil.

Picit hidung mangsa untuk menutup lubang hidung dengan ibu


jari dan jari telunjuk semasa hembusan diberikan. Lakukan
hembusan udara dari mulut ke mulut sambil perhatikan
(d) pergerakan dada mangsa. hembus satu saat bagi setiap
hembusan dan periksa kadar nadi mangsa dalam masa 10 saat

Dekati mangsa dan periksa tindak balasnya. Tepuk bahu mangsa


dengan kuat supaya dapat menyedarkannya. Jika mangsa tidak
(e) sedar, hubungi talian kecemasan

Baringkan mangsa yang cedera di atas permukaan yang rata dan


keras. Melutut di sisi kepala mangsa. Keluarkan sebarang benda
asing yang menghalang saluran pernafasan dan buka saluran
(f) pernafasan dengan mengangkat dagu dan dongakkan kepala
mangsa.
UNIT 1 PEERS : PENYAKIT
TAJUK TALASEMIA (buku teks muka surat 198 – 205)
SASARAN SEMUA PELAJAR TINGKATAN 4
TEMPOH PELAKSANAAN 2 MINGGU
OBJEKTIF • Menyatakan maksud talasemia
• Menjelaskan tanda-tanda talasemia
• Menerangkan kesan talasemia kepada diri, keluarga dan masyarakat.
• Menjelaskan kepentingan pengesanan awal dan rawatan kepada pesakit talasemia.

TUGASAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK(PROJECT BASED LEARNING (PBL))


[30 markah]
Arahan:

1. Murid perlu menyediakan satu folio berkaitan penyakit Talasemia bagi meningkatkan kefahaman dan
pengetahuan murid.

2. Antara maklumat yang perlu ada dalam folio tersebut ialah


A. Pengenalan penyakit talasemia.
B. Jenis-jenis talasemia
C. Kebarangkalian menjadi pembawa dan menjadi pesakit talasemia
D. Tanda-tanda talasemia
E. Kesan talasemia terhadap diri, keluarga dan masyarakat
F. Kepentingan pengesanan awal dan rawatan pesakit talasemia.

3. Murid boleh mendapatkan maklumat melalui sumber seperti surat khabar, internet, bahan bacaan ilmiah,
temu bual dan sebagainya.

4. Murid boleh memasukkan gambar atau unsur grafik mengikut kreativiti masing-masing supaya lebih
menarik.

5. Murid boleh mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga dan guru untuk menghasilkan folio yang paling
menarik.

6. Muka depan folio mestilah mengandungi perkara berikut:


• Nama Murid :
• Kelas :
• Nama Guru Mengajar :
• Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
• Tema : Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)
• Tajuk : Penyakit Talasemia

7. Pelajar boleh menghasilkan folio menggunakan tangan atau menggunakan perisian computer.

You might also like