Peraturan Pertandingan Codewar 2022's

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN CODEWAR

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

1 TEMA
 Tema pertandingan adalah “Teknologi dan Sains Angkasa”.
 Penyertaan perlu selari dengan tema dan boleh mengandungi perkataan
berkenaan.

2 TARIKH-TARIKH PENTING
 Tarikh pendaftaran pertandingan:
9 JULAI 2022 (SABTU) hingga 31 OGOS 2022 (RABU)
 Tarikh penghantaran bahan pertandingan:
9 JULAI 2022 (SABTU) hingga 16 SEPTEMBER 2022 (JUMAAT)
 Tempoh penjurian: 19 SEPTEMBER 2022 (ISNIN) hingga 21
OKTOBER 2022 (JUMAAT)
 Tarikh pengumuman pemenang: 28 OKTOBER 2022 (JUMAAT)

3 TERMA DAN SYARAT


SYARAT UMUM
 Penyertaan TERBUKA kepada semua warga murid sekolah rendah dan
sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan
sekolah swasta yang berdaftar tidak termasuk sekolah antarabangsa.
 Penyertaan adalah secara INDIVIDU dan penyertaan hanya boleh diterima
jika maklumat peserta telah didaftarkan dengan lengkap menggunakan
borang pendaftaran rasmi.
 Semua penyertaan mestilah menggunakan perisian Scratch 3.0 dan
membangunan projek PERMAINAN.
 Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar SATU (1) penyertaan sahaja.
 Berikut adalah bahan yang perlu dihantar bagi setiap penyertaan.
1. Pautan projek scratch.
2. Pautan presentation video (tidak lebih 5 minit) penerangan projek.
3. Laporan projek yang lengkap.
KATEGORI
 Pertandingan ini terbahagi kepada DUA (2) kategori iaitu SEKOLAH
RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH.

KATEGORI UMUR
Sekolah Rendah 7-12 tahun
Sekolah Menengah 13-17 tahun
* 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑡𝑒𝑟𝑚𝑎𝑠𝑢𝑘 𝑠𝑒𝑘𝑜𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎𝑏𝑎𝑛𝑔𝑠𝑎
MAKLUMAT PERTANDINGAN
 Pertandingan ini melibatkan pembangunan projek permainan menggunakan
perisian Scratch 3.0 dan mengikut tema yang ditetapkan. Kandungan projek
adalah bebas dan mengikut kreativiti pelajar.
 Bahasa yang digunakan di dalam projek mestilah Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris di mana penggunaannya difahami oleh ahli masyarakat
secara umum.
 Peserta bebas menggunakan sebarang bahan digital untuk menghasilkan
projek. Walaubagaimanapun, ianya menjadi tanggungjawab peserta untuk
memastikan hak cipta bahan digital yang digunakan terpelihara. Pihak
penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat isu perlanggaran
hak cipta bagi bahan yang digunakan di dalam projek.
 Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan video pembentangan dan
laporan projek. Peserta dikehendaki untuk menerangkan serta membuat
demonstrasi projek yang telah dihasilkan mengikut kreativiti masing-
masing.
 Peserta wajib berada di dalam video pembentangan dan durasi hasil video
adalah tidak melebihi lima (5) minit.
 Rakaman video mestilah mempunyai kualiti visual dan audio yang baik serta
jelas (minimum HD).
 Pautan video (YouTube) dan coding Scratch 3.0 perlu dihantar kepada pihak
penganjur melalui borang pendaftaran dan penghantaran bahan pertandingan
secara dalam talian. Maklumat terperinci mengenai penghantaran bahan
akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui Facebook rasmi Codewar
 Video yang dimuatnaik ke saluran YouTube perlulah ditetapkan kepada
kategori UNLISTED, dan di ruangan tajuk perlu diisi dengan
“CODEWAR2022 NAMA PELAJAR”.
 Sebarang kos yang dikeluarkan bagi tujuan penyertaan pertandingan ini
adalah ditanggung sepenuhnya oleh para peserta sendiri.
 Projek mestilah hasil cipta sendiri dan asli serta tidak ditiru atau diciplak dari
mana-mana sumber.
 Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan atau membatalkan
kemenangan yang diberikan sekiranya didapati projek adalah tidak asli.
 Penyertaan akan terbatal dengan sendirinya sekiranya projek permainan dan
video yang dihantar pernah memenangi, menyertai pertandingan-
pertandingan yang lain, disiarkan atau diterbitkan di mana-mana media
massa seperti portal/media sosial/blog dan sebagainya sebelum ini.
PERSETUJUAN
 Dengan menghantar penyertaan ini, peserta atau ibubapa/penjaga atau pihak
sekolah bersetuju bahawa mereka adalah tertakluk di bawah syarat dan
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

ETIKA
 Peserta harus memastikan hasil karya TIDAK melibatkan unsur-unsur
negatif dan menghormati keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
 Panel juri berhak untuk menolak atau membatalkan penyertaan yang
mempunyai unsur provokasi, politik, atau menyentuh sensitiviti sesuatu
kaum, budaya, agama dan fahaman rakyat Malaysia.

PENILAIAN
 Pertandingan ini akan dinilai berdasarkan pematuhan kepada tema
pertandingan, terma dan syarat mengikut kriteria pemarkahan.
 Penyertaan yang tidak mematuhi tema, terma dan syarat tidak akan dinilai.
 Hanya pautan yang didaftarkan sahaja akan diambilkira untuk penyertaan.
 Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.
 Sebarang bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.
 Pemenang akan diumumkan di laman Facebook Codewar dan peserta
akan dihubungi melalui telefon atau emel codewarutem@gmail.com.

4 KRITERIA PENILAIAN
 Kriteria pemarkahan yang akan digunakan dalam penilaian hasil projek bagi
kedua-dua kategori adalah seperti yang berikut:

EVAULATION COMPONENTS/ KOMPONEN MARKS/


PENILAIAN MARKAH
Creativity & Variety / kreativiti & Kepelbagaian 10
Functionality and Completenes/
Kebolehfungsian 20
Originality and Programming Logic/ Ketulenan
dan Logik Pengaturcaraan 20
Video Presentation/Pembentangan Video 30
Project Report/Laporan Projek 20
TOTAL/JUMLAH 100

5 YURAN PENYERTAAN
 Yuran penyertaan adalah PERCUMA.

6 HADIAH DAN SIJIL


Tawaran hadiah bagi pemenang untuk kedua-dua kategori adalah seperti berikut:
 Hadiah Tempat Pertama : RM 400.00 + Sijil Digital Pemenang
 Hadiah Tempat Kedua : RM 300.00 + Sijil Digital Pemenang
 Hadiah Tempat Ketiga : RM 200.00 + Sijil Digital Pemenang
 Hadiah Tempat Keempat dan Kelima : Sijil Digital Pemenang
 Video Terbaik : RM 100.00 + Sijil Digital Pemenang
 Laporan Terbaik : RM 100.00 + Sijil Digital Pemenang
 Semua penyertaan akan menerima Sijil Digital Anugerah
Emas/Perak/Gangsa/Penyertaan berdasarkan pencapaian peserta.
7 PAUTAN
 Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Codewar 2022, sila rujuk media
sosial rasmi Codewar2022.

Facebook: https://www.facebook.com/CodeWarTerritory
Instagram: https://www.instagram.com/CodeWarTerritory/

 Pautan untuk penyertaan dan penghantaran bahan pertandingan (Google


form) akan dimaklumkan kemudian.

8 TUNTUTAN HAK CIPTA


 Semua hasil pelajar yang dihantar akan menjadi hakmilik penganjur dan
tidak boleh dituntut semula.
 Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk memberi
hakmilik cipta kepada pihak penganjur, tidak boleh menuntut atau
mengenakan sebarang bayaran royalti terhadap sebarang penerbitan dan
pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya tersebut dalam apa jua
cara sekalipun termasuk dalam mana-mana media di seluruh dunia.
 Pihak penganjur berhak menggunakan informasi pemenang dalam membuat
sebarang laporan mengenai pertandingan ini dan untuk tujuan pengiklanan
pada pertandingan yang sama pada masa depan.

9 PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN


 Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini
pada bila-bila masa untuk disesuaikan dengan sebarang perubahan berkaitan
teknikal atau pengurusan pertandingan.

10 PERTANYAAN
 Maklumat berkaitan pertandingan akan sentiasa dikemaskini di media sosial
Codewar2022.
 Sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh hubungi:

Emel: codewarutem@gmail.com atau


Laman Rasmi Facebook Codewar:
https://www.facebook.com/CodeWarTerritory/

You might also like