Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KERTAS KERJA SUMBANGAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAMIAH KUALA


KANGSAR
(PKIKK)

DISEDIAKAN OLEH :

SETIAUSAHA
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAMIAH KUALA KANGSAR
1.0 PENGENALAN

Pertubuhan Kebajikan Islamiah Kuala Kangsar (PKIKK) merupakan sebuah


badan kebajikan yang ditubuhkan menjaga kebajikan ahli. Pertubuhan ini
ditubuhkan pada penghujung tahun 2019 selepas hasil kesepakatan
beberapa individu. Pertubuhan yang bertapak di daerah Kuala Kangsar ini
pada peringkat awalnya ditubuhkan bagi menyatu padukan masyarakat
Islam setempat serta mengukuhkan ukhuwah antara Jemaah.

Pada peringkat awal, pertubuhan ini dianggotai oleh 50 orang ahli.


Namun seiring dengan peredaran waktu, ahli pertubuhan ini telah bertambah
menjadi 200 orang. Peranan pertubuhan juga menjadi semakin kuat kerana
bukan sahaja digunakan untuk menjaga kebajikan ahli tetapi juga untuk
membantu masyarakat setempat.

2.0 TUJUAN
Tujuan utama kertas kerja dirancang adalah bagi mengumpul dana bagi
menjalankan program-program kebajikan yang telah dirancang untuk masa
akan datang.

3.0 OBJEKTIF
Objektif penubuhan PKIKK
i. Menjaga kebajikan ahli-ahli pertubuhan.
ii. Merancang aktiviti yang dapat mengukuhkan silaturahim antara ahli
pertubuhan.
iii. Merancang pembangunan ekonomi ahli pertubuhan.
iv. Membantu ahli dalam ekonomi mereka.
4.0 PROGRAM YANG DIRANCANG
i. Ziarah Kasih
1. Menziarah ahli pertubuhan yang sakit atau yang ditimpa
musibah.
2. Memberi sumbangan kepada ahli pertubuhan yang
meninggal dunia.
ii. Program Korban Hari Raya Aidiladha
iii. Program Maal Hijrah
iv. Program Makan Malam Gala
v. Mesyuarat Agung
vi. Perjumpaan bulanan
vii. Program Kemasyarakatan
5.0 DOKUMENTASI PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN

You might also like