Ciri Ciri Murid Yang Berintegriti

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Fahami petikan dan lengkapkan rajah di bawah.

Salam sejahtera, adik-adik. Pada pagi ini, Kak yang ingin bercerita tentang “Ciri-ciri Murid yang
berintegriti”.
Antara ciri-ciri murid yang berintegriti ialah menepati masa. Adik-adik hendaklah
datang awal ke sekolah pada setiap hari. Apabila datang awal ke sekolah, kita dapat membuat
persediaan untuk mengikuti pembelajaran baharu pada hari itu dengan hati yang tenang.
Selain itu, adik-adik perlulah menghormati warga sekolah semasa berada di kawasan
sekolah. Amalkan budaya memberikan ucapan dan salam apabila bertemu dengan guru-guru,
kakitangan sekolah, dan murid-murid lain. Ini akan mewujudkan persekitaran yang mesra dan
selesa.
Ciri yang ketiga adalah menjalankan tugas dengan amanah. Sekiranya adik-adik dilantik
sebagai ketua kelas atau pengawas sekolah, kamu perlu menjalankan tugas itu dengan
bertanggungjawab. Kamu perlu menegur kesalahan murid-murid dengan bertoleransi dan
bahasa yang lembut. Ini akan menjadikan diri kamu dihormati oleh murid-murid yang lain.
Akhir sekali, adik-adik perlulah mendengar dan mengikuti arahan serta nasihat guru.
Semasa mengikut pembelajaran di dalam kelas, adik-adik perlulah menumpukan sepenuh
perhatian agar mudah menerima pengajaran guru. Jadi, adik-adik dapat mengikuti pembelajaran
di dalam kelas dalam keadaan menyeronokkan.

Ciri-ciri murid yang


berintegriti yang
pertama ialah (I)
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
___

Ciri-ciri murid yang Ciri-ciri murid yang


berintegriti yang berintegriti yang
pertama ialah (3) Ciri-ciri Murid
pertama ialah (2)
________________________ ________________________
________________________ yang ________________________
________________________ Berintegriti ________________________
________________________ ________________________
________________________ ________________________
________________________ ________________________
_________ _________

Ciri-ciri murid yang


berintegriti yang
pertama ialah (4)
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
___

You might also like