MODUL PP1 PERNIAGAAN & PERSEKITARAN PDPR OGOS 2021 Recovered

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

PENGAJIAN PERNIAGAAN 1

TAJUK : 1.0 PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA

1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

DEFINISI  Aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan


PERNIAGAAN perkhidmatan
 bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
 bertujuan untuk mendapatkan keuntungan

ELEMEN/UNSUR ASAS PERNIAGAAN :

FAKTA HURAIAN & CONTOH


1. Menyediakan barang  Barang ialah produk fizikal yang boleh dilihat
dan perkhidmatan atau disentuh
 Contoh : kereta, baju, computer dan lain-lain
 Dikeluarkan untuk kegunaan pengguna akhir
atau untuk dijual semula
 Perkhidmatan ialah produk bukan berbentuk
fizikal yang tidak boleh disentuh atau dilihat
 Dapat memberi kepuasan atau nilai faedah
kepada pengguna dan perniagaan lain
 Contoh : perkhidmatan pengangkutan,
perhotelan, telekomunikasi, perbankan dan
lain-lain
2. Wujud pertukaran  Aktiviti urusniaga di mana pembeli bersetuju
nilai memberikan sesuatu yang bernilai kepada
penjual sebagai pulangan kepada barang atau
perkhidmatan yang didapatinya melibatkan
pertukaran wang.
3. Mendapatkan  Merupakan matlamat bagi setiap aktiviti
keuntungan perniagaan
perniagaan  Merupakan ganjaran kepada peniaga
 Diperoleh setelah semua kos pengeluaran, kos
operasi, cukai dan kos lain ditolak daripada
jumlah pendapatan atau jualan.
4. Memuaskan  Keperluan ialah barangan asas yang
keperluan dan diperlukan untuk kehidupan manusia seperti

1
kehendak pengguna makanan, pakaian dan tempat tinggal
 Kehendak ialah penggunaan barangan yang
tidak terhad untuk keselesaan hidup seperti
hiburan, perabot antik, barangan kemas dan
lain-lain.

PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN (PERBEZAAN) :

ASPEK / ORGANISASI PERNIAGAAN ORGANISASI BUKAN


DIMENSI PERNIAGAAN
Definisi  Organisasi yang  Organisasi yang
menjalankan aktiviti menjalankan aktiviti
pengeluaran dan bagi memenuhi
penjualan barang dan keperluan dan menjaga
perkhidmatan bagi kepentingan awam dan
memenuhi keperluan tidak bertujuan
dan kehendak pelanggan mendapatkan
bertujuan untuk keuntungan.
mendapatkan Contohnya, Persatuan
keuntungan yang Bulan Sabit Malaysia,
maksimum. Kelab Pencinta Alam
dan lain-lain
Matlamat  Memaksimumkan  Menjaga kepentingan
keuntungan sebagai dan kebajikan sosial
pulangan kepada pemilik ahli-ahli yang
perniagaan menganggotai
organisasi tersebut.
Aktiviti utama  Menjalankan proses  Aktiviti bercorak
pengeluaran, kemasyarakatan atau
penghasilan atau sosial seperti kempen,
penjualan barang dan kursus dan ceramah.
perkhidmatan.
Sumber  Diperoleh daripada  Diperoleh daripada
kewangan modal atau pelaburan kutipan yuran ahli,
pemilik perniagaan, derma atau tajaan
simpanan peribadi, sesuatu pihak yang
pinjaman kewangan dan lain,sumbangan
keuntungan perniagaan. masyarakat dan geran
kerajaan.

2
Perundangan  Ditubuhkan di bawah  Ditubuhkan di bawah
(Penubuhan @ Akta Syarikat 1965, Akta Akta Pertubuhan 1966.
pendaftaran) Perkongsian 1974, akta
Koperasi 1993.
Percukaian  Dikenakan cukai  Tidak dikenakan cukai
Pendaftaran  Didaftarkan di Pendaftar  Didaftarkan di Pendaftar
Syarikat Pertubuhan
Pengurusan  Hak mengurus organisasi  Hak mengurus
bergantung kepada organisasi melalui
pihak pemilik saham pasukan pengurusan
terbanyak yang dipilih secara
demokrasi.

PERNIAGAAN DAN UNTUNG :

3
DEFINISI Jumlah hasil atau pendapatan melebihi jumlah
KEUNTUNGAN perbelanjaan atau jumlah kos perniagaan.
Keuntungan terbahagi kepada :
i) Untung kasar
ii) Untung bersih

KEPENTINGAN KEUNTUNGAN KEPADA SESEBUAH PERNIAGAAN ATAU


PEMILIK PERNIAGAAN :

FAKTA HURAIAN
1. Sebagai ganjaran  Ganjaran kepada pemilik perniagaan,
kewangan usahawan atau pelabur dalam bentuk
pemberian dividen iaitu hasil daripada
keuntungan yang diperoleh.
2. Tujuan penakatan  Iaitu memastikan perniagaan kekal dan
terus wujud
3. Memberikan motivasi  Keuntungan perniagaan memberi dorongan
kepada pemilik kepada pemilik perniagaan untuk bekerja
perniagaan lebih kuat untuk memajukan perniagaannya.
4. Memberi gambaran  Keuntungan yang diperoleh boleh dijadikan
ukuran kejayaan sebagai kayu pengukur prestasi perniagaan
sesebuah perniagaan
5. Meningkatkan  Keuntungan perniagaan memberikan
keyakinan pelabur keyakinan kepada pelabur dan menarik
lebih ramai bakal pelabur untuk melabur
dalam perniagaan.
6. Meningkatkan imej  Dengan keuntungan yang diperoleh,
syarikat perniagaan boleh melaksanakan
tanggungjawab sosial kepada masyarakat
dan menonjolkan nama baik syarikat
 Dapat memberi kesan positif untuk jangka
masa panjang
7. Sebagai sumber modal  Keuntungan yang diperoleh boleh
tambahan digunakan untuk mengembangkan
perniagaan sedia ada atau membuka
cawangan baru
8. Meningkatkan  Keuntungan yang diperoleh akan memberi
pengunaan teknologi keupayaan kepada perniagaan untuk
baru merangsang dan mengembangkan aktiviti
perniagaan lain

4
PERANAN PERNIAGAAN :

PERANAN PERNIAGAAN TERHADAP PENGGUNA :


1. Menyediakan barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna setempat
2. Mengeluarkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan supaya
pengguna mempunyai peluang untuk membuat pilihan.
3. Menyediakan perkhidmatan selepas jualan kepada pengguna seperti
perkhidmatan penghantaran barang.
4. Menawarkan atau menyediakan barang dan perkhidmatan supaya
sampai kepada pengguna pada harga dan kos yang berpatutan, kuantiti
yang dikehendaki dan tepat pada masa yang diperlukan.
5. Menggalakkan inisiatif keusahawanan atau menggalakkan perniagaan
huluan dengan melibatkan pengguna setempat sebagai pembekal.

PERANAN PERNIAGAAN TERHADAP MASYARAKAT :


1. Menyediakan barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna setempat
2. Mengeluarkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan supaya
pengguna mempunyai peluang untuk membuat pilihan.
3. Menyediakan perkhidmatan selepas jualan kepada pengguna seperti
perkhidmatan penghantaran barang.
4. Menawarkan atau menyediakan barang dan perkhidmatan supaya
sampai kepada pengguna pada harga dan kos yang berpatutan, kuantiti
yang dikehendaki dan tepat pada masa yang diperlukan.
5. Menggalakkan inisiatif keusahawanan atau menggalakkan perniagaan
huluan dengan melibatkan pengguna setempat sebagai pembekal.

PERANAN PERNIAGAAN TERHADAP EKONOMI :


1. Meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai keuntungan
yang dibayar oleh perniagaan.
2. Mewujudkan bandar-bandar baharu dan petempatan baharu hasil
daripada pertumbuhan perniagaan di sesuatu kawasan.
3. Meningkatkan kemudahan awam seperti pembinaan infrastruktur
pengangkutan dan perhubungan yang lebih baik kepada rakyat.
4. Membantu mewujudkan industri sokongan dan sampingan bagi
membangunkan perniagaan huluan dan hiliran.
5. Pertumbuhan perniagaan akan mewujudkan lebih banyak peluang

5
pekerjaan, mengurangkan penggangguran dan meningkatkan taraf hidup
pendudduk seterusnya meningkatkan ekonomi Negara.
6. Menawarkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga
berpatutan melalui persaingan untuk memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna.

PERANAN PERNIAGAAN TERHADAP NEGARA (melalui untung yang diperoleh)


1. Meningkatkan pendapatan Negara dengan cukai yang dibayar oleh
perniagaan. Dapat membantu kerajaan menyediakan kemudahan awam
kepada rakyat.
2. Mengurangkan kadar penggangguran dalam Negara. Hasil daripada
peluang pekerjaan yang disediakan oleh aktiviti perniagaan.
3. Membantu kerajaan dalam menyediakan kemudahan awam seperti
pengangkutan, bekalan elektrik, hubungan komunikasi dan sebagainya.
4. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi Negara melalui kegiatan eksport
yang dijalankan oleh perniagaan.
5. Membangunkan modal insan dengan menjalankan latihan dan kursus
bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran pekerja
6. Membangunkan industri baru dan industri sampingan.

LATIHAN PENGUKUHAN :

1. Berikan takrifan barangan dan perkhidmatan beserta contoh. (4)


2. Huraikan tiga elemen perniagaan. (6)
3. Terangkan tiga perbezaan antara organisasi perniagaan dengan organisasi
bukan perniagaan. (6)
4. Takrifkan keuntungan dan berikan tiga kepentingannya kepada perniagaan.
(4)
5. Huraikan tiga kepentingan untung kepada perniagaan. (6)
6. Nyatakan empat peranan peruncit kepada pengguna di kawasan yang
berhampiran. (4)
7. Nyatakan tiga kebaikan perniagaan kepada masyarakat dan tiga kebaikan
perniagaan kepada negara. (6)

PENGAJIAN PERNIAGAAN 1

6
TAJUK : 1.0 PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA

1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

FAKTOR PENGELUARAN (FK) :

FAKTA HURAIAN & CONTOH


1. Bahan mentah  Segala input dari sumber semula jadi yang
digunakan dalam proses pengeluaran bagi
menghasilkan sesuatu produk.
 Contohnya, minyak, besi, kayu balak, kelapa sawit
dan lain-lain
 Imput boleh terdiri daripada barang siap atau
barang separuh siap.
2. Modal  Sebarang bentuk pelaburan yang akan
menghasilkan pulangan kepada organisasi
perniagaan
 Terdiri daripada bentuk wang atau aset seperti
wang tunai, peralatan, kenderaan, mesin, jentera
dan bangunan yang digunakan sebagai input
dalam memulakan perniagaan atau mengeluarkan
barangan dan perkhidmatan.
3. Modal insan  Individu yang menyumbangkan tenaga dalam
bentuk fizikal, mental dan kemahiran dalam
proses pengeluaran iaitu usahawan dan pekerja.
 Tenaga kerja @ sumber manusia diperlukan dalam
menukar bahan mentah (input) kepada barangan
atau perkhidmatan
4. Teknologi  Kaedah, peralatan, mesin atau pengetahuan yang
membolehkan manusia menjalankan tugas atau
kerja-kerja dengan lebih baik bagi melaksanakan
sesuatu aktiviti perniagaan.
 Penggunaan teknologi membantu sesuatu proses
pengeluaran, meningkatkan kecekapan,
meningkatkan daya saing dan meningkatkan
operasi perniagaan.
5. Keusahawana  Keupayaan seseorang individu atau sekumpulan
n individu membentuk perniagaan atau keupayaan
menggabungkan faktor-faktor pengeluaran dan
7
menjadikan output dalam pengeluaran.
 Ciri-ciri seperti kreatif, inovatif, berpandangan
jauh dan berani menghadapi risiko bagi
mendapatkan keuntungan.

PROSES PERNIAGAAN (FK) :

FAKTA HURAIAN & CONTOH


1. Input  Merupakan faktor-faktor pengeluaran seperti bahan
mentah, modal insan, teknologi, modal, teknologi
dan keusahawanan yang diperlukan dalam proses
pengeluaran untuk menghasilkan sesuatu keluaran
atau perkhidmatan.
 Contohnya, kayu getah, tenaga pekerja dan mesin
yang digunakan untuk menghasilkan perabot.
2. Proses  Merupakan aktiviti tambah nilai dalam proses
tambah nilai pengeluaran yang menukar input kepada output
dengan menggunakan manusia, bahan, teknologi dan
pengetahuan.
 Proses menukar input ini melibatkan perubahan dari
segi bentuk, rupa, warna, rasa dan saiz kepada
sesuatu produk lain iaitu output.
 Contohnya, kayu getah akan diproses atau
ditukarkan menjadi barang akhir iaitu perabot
dengan menggunakan mesin dan peralatan yang
dikendalikan oleh pekerja-pekerja.
 Perabot yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri seperti
kemasan yng digunakan, warna, bentuk dan saiz
yang dapat memenuhi cita rasa pengguna.
3. Output  Merupakan barang siap atau produk akhir daripada
sesuatu proses pengeluaran.
 Contohnya, perabot yang dihasilkan daripada kayu
getah.
 Output @ barang siap sedia dijual kepada pengguna
akhir atau pengguna industri.
4. Pemasaran  Aktiviti mengagihkan barang siap atau produk akhir
ke pengguna sasaran.
 Melibatkan aktiviti pemasaran seperti mengkaji
pasaran, memilih pasaran, dan membentuk
8
campuran pemasaran
 Contohnya, bagi sesebuah kilang perabot, pengeluar
menawarkan perabot dengan harga yang telah
ditetapkan, pengeluar akan mempromosi perabot
yang dikeluarkan.
5. Untung /  Output yang akan dijual kepada pengguna untuk
rugi mendapatkan hasil
 Untung diperoleh adalah lebihan hasil ke atas kos
 Sebaliknya jika hasil kurang daripada kos, peniaga
atau pengeluar terpaksa menanggung kerugian
 Untung merupakan ganjaran kepada peniaga atau
pengeluar
 Keuntungan yang diperoleh, boleh digunakan untuk
membesarkan lagi perniagaan dengan membuka
cawangan baru, membeli stok baharu, meningkatkan
penggunaan teknologi, dan sebagainya.

CABARAN/ PERKEMBANGAN PERNIAGAAN MASA KINI :

FAKTA HURAIAN & CONTOH


1. Cabaran globalisasi  Wujudnya dunia tanpa sempadan akan
mewujudkan persaingan dari segi harga, kualiti
barangan dan perkhidmatan, kecekapan
penggunaan modal, perbezaan budaya dan
kemahiran pekerja dengan perniagaan asing
 Perniagaan perlu bijak bersaing dan
menyesuaikan diri dengan trend pasaran global
melalui pakatan strategik sama ada secara
usahama, francais, perlesenan dan sebagainya.
2. Peningkatan  Perkembangan teknologi menyebabkan banyak
kemajuan kaedah-kaedah baharu dicipta
teknologi  Perubahan produk memerlukan kemahiran
teknologi yang tinggi.
 Perniagaan perlu bersedia untuk membuat
pelaburan besar bagi memperoleh teknologi
tersebut.
 Contohnya, meningkatkan aktiviti penyelidikan
dan pembangunan (R&D).
3. Peningkatan  Perniagaan perlu memainkan peranan dalam
9
tanggungjawab memenuhi tanggungjawab sosial selain objektif
sosial keuntungannya
 Antara tanggungjawab sosial yang boleh
dilaksanakan oleh perniagaan seperti
melindungi alam sekitar, berkhidmat kepada
masyarakat melalui sumbangan derma,
menyediakan peluang pekerjaan kepada
golongan kurang upaya, menyediakan
prasarana awam seperti pusat sukan, taman
rekreasi dan lain-lain.
4. Peningkatan  Sistem perniagaan Islam telah mendapat
Sistem Perniagaan tempat di dalam dunia perniagaan seperti
Islam (Perbankan perbankan secara Islam, dan sistem insurans
Islam) Islam (Takaful) dalam memenuhi tuntutan
pelanggan beragama Islam.
 Perniagaan perlu memastikan setiap aktiviti dan
operasi memenuhi syariah Islam.
5. Kewujudan blok-  Kewujudan blok-blok perdagangan akan
blok perdagangan memudahkan aktiviti perniagaan dan dijalankan
dalam kalangan ahli blok atau kesatuan
tersebut.
 Tujuan untuk menjaga kepentingan ahli dalam
blok.
 Merupakan batasan / halangan kepada Negara
bukan ahli untuk turut terlibat dalam
perniagaan.
6. Sumber semakin  Sesetengah sumber semakin berkurangan.
berkurangan  Inovasi dan kreativiti diperlukan oleh
perniagaan untuk meningkatkan produktiviti
melalui penciptaan kaedah baharu yang
menggunakan sumber tenaga yang sedikit
 Perniagaan harus berusaha meningkatkan
kecekapan pengeluaran supaya sumber sedia
ada digunakan secara efisien untuk
mengelakkan pembaziran.
7. Perubahan  Peningkatan wanita dalam sektor pekerjaan
struktur demografi meningkatkan taraf ekonomi keluarga
 Ini bermakna isi rumah mempunyai kuasa beli
yang tinggi
 Perniagaan harus berusaha mencipta pelbagai

10
jenis produk bagi memenuhi keperluan dan
kehendak mereka.
 Ramai wanita telah menjadi pengurus,
pengusaha dan pekerja
 Oleh itu perniagaan harus memastikan
persekitaran dan suasana kerja adalah sesuai
untuk mengelakkan konflik yang berlaku dalam
organisasi seperti diskriminasi jantina dalam
pekerjaan, gangguan seksual dansebagainya.
8. Jaringan  Perniagaan perlu mempunyai rantaian
perniagaan sokongan dan jaringan perniagaan bagi
meluaskan pasaran
 Boleh dilakukan dengan menjalinkan hubungan
yang baik dengan pihak lain seperti pengeluar,
pembekal dan pengedar.
 Perniagaan juga boleh membentuk laman web
perniagaan dan dihubungkan melalui internet
9. Meningkatkan  Tumpuan harus diberi kepada kemahiran
produktiviti pengurusan bagi meningkatkan produktiviti.
 Perniagaan harus memberi ganjaran dan upah
yang sepadan dengan produktiviti untuk
menjadikan pekerja bermotivasi tinggi
seteerusnya meningkatkan daya saing syarikat
10.Kepekaan  Perniagaan perlu memastikan aktiviti
terhadap isu alam perniagaan yang dijalankan tidak memberi
sekitar kesan negetif terhadap alam sekitar
 Contohnya, memastikan sisa-sisa buangan
industri mengikut prosedur yang tidak
menjejaskan kualiti alam sekitar, mematuhi dan
menghormati undang-undang yang sedia ada
berkaitan alam sekitar
11.Bentuk pemilikan  Contohnya, membangunkan perniagaan
perniagaan daripada perniagaan milikan tunggal dan
perkongsian kepada perniagaan syarikat

LATIHAN PENGUKUHAN :

1. Senaraikan lima peringkat dalam proses perniagaan. (5)

11
2. Jelaskan dua langkah terakhir mengikut urutan dalam proses perniagaan.
(6)
3. Huraikan tiga cabaran yang dihadapai oleh perniagaan masa kini. (6)
4. Jelaskan lima faktor pengeluaran yang terlibat dalam sebuah kilang roti.
(20)

PENGAJIAN PERNIAGAAN 1

12
TAJUK : 1.0 PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA

1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Merujuk kepada keadaan sekeliling di mana sesebuah perniagaan berfungsi


dan merangkumi faktor-faktor atau pihak-pihak yang mempengaruhi secara
langsung atau tidak langsung.

PEREKITARARAN UMUM PERNIAGAAN


Merupakan satu persekitaran di luar organisasi yang memberikan tekanan
dan kesan tidak langsung terhadap operasi dan prestasi sesebuah
perniagaan.

FAKTOR PERSEKITARAN UMUM PERNIAGAAN (FK)

FAKTA HURAIAN & CONTOH


1. Persekitaran  Merujuk kepada keadaan ekonomi, sistem ekonomi
ekonomi yang diamalkan, kuasa beli pengguna, perubahan harga
barang, dinamik pasaran, keadan risiko dan
ketidakpastian dalam ekonomi dan pasaran dan lain-
lain
 Perubahan ekonomi akan mempengaruhi kuasa beli
dan corak perbelanjaan penguna
 Jika ekonomi meleset, pendapatan pengguna jatuh,
kuasa beli menurun
 Ini akan menyebabkan perelanjaan pengguna jatuh dan
aktiviti perniagaan akan terjejas (kesan negetif)

2. Persekitaran  Persaingan merupakan firma-firma atau perniagaan


persaingan lain dalam industri yang sama.
dan jaringan  Ini adalah ancaman kepada perniagaan kerana perlu
bersaing dengan perniagaan yang mengeluarkan
produk yang sama atau produk pengganti dalam
pasaran.
 Persaingan sihat menjadi pemangkin kepada
perniagaan untuk melakukan inovasi terhadap barang
dan perkhidmatan, meningkatkan kualiti produk,

13
meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran atau
mengurangkan kos pengeluaran (kesan positif).

 Jaringan perniagaan merujuk kepada hubungan


perjanjian yang dibuat secara formal atau tidak formal
iaitu pakatan strategik antara perniagaan dengan
pihak lain seperti pembekal, pengilang, pesaing atau
pengedar
 Tujuan jaringan adalah untuk memudahkan proses
pengeluaran dan strategi pemasaran produk serta
dapat membina hubungan baik dengan pihak-pihak
yang dapat memberi manaafat atau kebaikan kepada
perniagaan dalam jangka masa panjang

3. Persekitaran  Berkaitan dengan nilai budaya sosial yang menjadi


sosiobudaya amalan sesuatu kaum.
 Nilai budaya dan amalan bersama yang dikongsi ini
berkaitan dengan kepercayaan agama, adat resam, cita
rasa dan gaya hidup masyarakat pelbagai kaum
 Sosiobudaya mempengaruhi corak perbelanjaan
pengguna. Oleh itu perniagaan harus mengenal pasti
cita rasa dan gaya hidup masyarakat setempat sebelum
menawarkan sesuatu produk jualan baharu.
 Perniagaan juga perlu mengubahsuai kegiatan supaya
selaras dengan persekitaran sosial di mana ia
beroperasi kerana ini dapat memajukan perniagaan
apabila barangan diterima oleh masyarakat.
4. Persekitaran  Politik merujuk keadaan sistem pemerintahan atau
politik dan pentadbiran sesebuah Negara, penggubalan dasar dan
perundangan undang-undang kerajaan yang memerintah serta
penguatkuasaan peraturan dan udang-undang.
 Kestabilan politik akan mewujudkan kemakmuran
Negara dan menjamin kelancaran aktiviti dan
perkembangan sesebuah perniagaan.

 Perundangan ialah peraturan atau undang-undang


yang ada dalam sesebuah Negara ditetapkan oleh
pihak berkuasa atau kerajaan Negara tersebut.
 Melalui perundangan kerajaan dapat mengawal aktiviti
perniagaan melalui penggubalan polisi awam, dasar,
peraturan dan undang-undang.
14
 Kerajaan mempengaruhi aktiviti perniagaan melalui
penguatkuasaan undang-undang perniagaan bagi
memastikan perniagaan beroperasi dengan adil serta
menjaga kepentingan pengguna
5. Persekitaran  Merujuk kepada sebarang perubahan penggunaan
teknologi sains yang membolehkan manusia melakukan sesuatu
yang baru, membentuk tugas atau prosedur kerja
 Peralatan, kaedah atau pengetahuan yang digunakan
untuk menukar input kepada output
 Penemuan ciptaan kaedah baharu hasil daripada
penyelidikan dan pembangunan atau inovasi yang
dijalankan membantu organisasi meningkatkan
produktiviti
 Kaedah baru yang digunakan dalam aktiviti
pengeluaran dan pemasaran akan mempercepatkan
proses perniagaan
6. Persekitaran  Kemudahan infrastruktur yang tersedia bagi
prasarana memudahkan operasi perniagaan seperti kemudahan
elektrik dan jalan raya
 Kemudahan fizikal yang diperlukan oleh perniagaan
seperti kemudahan pengangkutan, kemudahan
perhubungan, kemudahan awam dan kemudahan
logistik
7. Persekitaran  Merujuk kepada dasar perdagangan, undang-undang
antarabangsa perniagaan yang melibatkan dua buah atau lebih
Negara yang terlibat dalam sistem perniagaan
antarabangsa seperti eksport, import serta pelaburan
langsung di Negara lain
 Apabila sesebuah perniagaan membuka pintu kepada
Negara luar untuk menjalankan perniagaan mereka,
perniagaan domestik perlu bersedia untuk bersaing

PERSEKITARAN TUGAS PERNIAGAAN


Merupakan pihak-pihak berkepentingan bagi sesebuah organisasi
perniagaan yang akan memberi pengaruh secara langsung dan memberi
kesan kepada operasi dan prestasi perniagaan. (pemilik taruh perniagaan)

15
FAKTOR PERSEKITARAN TUGAS PERNIAGAAN (FK)

FAKTA HURAIAN & CONTOH


1. Pelanggan  Pihak yang membeli produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh organisasi perniagaan
 Pelanggan hanya akan membeli produk dan
perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluaan dan
kehendak mereka dari segi nilai, manafaat
penggunaannya berbanding dengan nilai kos, kualiti,
tahap keselamatan produk dan pada harga berpatutan
2. Pembiaya  Pihak yang menyediakan dana atau sumber kewangan
kepada pihak perniagaan seperti pihak bank, syarikat
kewangan, syarikat insurans dan syarikat kredit bagi
membolehkan usahawan menjalankan aktiviti
perniagaan
 Dalam bentuk pinjaman
3. Pemodal  Pihak yang menyumbangkan modal dalam perniagaan
atau dan mengharapkan pulangan yang baik daripada hasil
pelabur pelaburan modal yang dikeluarkan
4. Pesaing  Merupakan perniagaan lain dalam industri yang sama
yang mengeluarkan atau menawarkan barang atau
perkhidmatan yang hampir sama dalam pasaran yang
sama
5. Kerajaan  Pihak yang mentadbir sesebuah Negara dan
bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar
kerajaan, menggubal dan menguatkuasakan undang-
undang dan peraturan untuk dipatuhi oleh perniagaan
6. Pekerja  Merupakan individu dalam sesebuah perniagaan yang
menyumbangkan tenaga fizikal dan mental untuk
menggerakkan aktiviti perniagaan agar berjalan dengan
lancar
7. Pembekal  Pihak yang membekalkan bahan mentah, barang
separuh siap dan barang siap kepada perniagaan untuk
mengeluarkan barangan serta perkhidmatan yang
diperlukan oleh pelanggan.
8. Masyarakat  Merupakan komuniti yang terdapat dalam sesuatu
kawasan yang mempunyai kepentingan secara langsung
ke atas sesebuah perniagaan

16
TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN TERHADAP PERSEKTARAN TUGAS (PIHAK
BERKEPENTINGAN):
Tanggungjawab  Menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti
perniagaan dengan harga berpatutan dan selamat digunakan
kepada  Menyesuaikan barang dan perkhidmatan dengan
Pelanggan : keperluan dan kehendak serta perubahan cita rasa
pelanggan
 Menyampaikan barangan kepada pelanggan tepat
pada masa, kualiti, kuantiti dan tempat yang sesuai
 Memberi maklumat tentang barangan dan
perkhidmatan yang dijual kepada pelanggan
Tanggungjawab  Perniagaan harus memastikan bayaran dibuat kepada
perniagaan pembekal pada masa yang telah ditetapkan
kepada  Menyokong operasi pembekal dengan menjamin
Pembekal : permintaan secara berterusan bagi bahan mentah
untuk memastikan kejayaan operasi perniagaan.
 Membuat perjanjian yang adil dengan menyatakan
syarat-syarat kontrak dengan jelas kepada pembekal
 Bekerjasama dan menjalinkan hubungan yang baik
dengan pembekal
Tanggungjawab  Perniagaan harus berupaya membayar balik pinjaman
perniagaan dalam tempoh yang ditetapkan
kepada  Bertanggungjawab mebayar segala hutang (termasuk
pembiaya : faedah dan principal)
 Membekalkan maklumat perniagaan yang benar dan
tepat seperti yang dikehendaki oleh pihak pembiaya
Tanggungjawab  Meningkatkan nilai saham atau dividen yang dibayar
perniagaan kepada pemodal melalui kejayaan perniagaan
kepada seterusnya meningkatkan kekayaan pemodal
pemodal atau  Membuat pembahagian untung perniagaan atau
pelabur : dividen secara adil kepada pemodal
 Memberi maklumat yang lengkap dan tepat tentang
operasi dan prestasi perniagaan
Tanggungjawab  Mendorong perniagaan pesaing untuk membuat
perniagaan inovasi kerana persaingan
kepada  Mengamalkan etika persaingan yang sihat
pesaing :  Tidak mencemarkan nama baik perniagaan pesaing
Tanggungjawab  Bertanggungjawab membayar cukai keuntungan yang

17
perniagaan telah ditetapkan oleh kerajaan
kepada  Mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang
kerajaan : ditetapkan kerajaan dalam menjalankan aktiviti
perniagaan
 Memastikan perniagaan yang dijalankan didaftarkan
dan mempunyai lesen perniagaan yang sah
 Menyokong dasar kerajaan dengan melibatkan diri
dalam program yang dianjurkan oleh kerajaan
 Menyumbang kearah pembangunan Negara dengan
mewujudkan peluang pekerjaan
Tanggungjawab  Membuat pembayaran upah dan gaji yang adil
perniagaan mengikut kemahiran, kelayakan dan produktiviti
kepada  Menyediakan tempat kerja yang bersih, selamat dan
pekerja : selesa
 Menawarkan pampasan lebih besar atau peluang
kenaikan pangkat kepada pekerja apabila perniagaan
berkembang maju
 Mengadakan program latihan dan pembangunan
pekerja bagi meningkatkan kemahiran
Tanggungjawab  Menyediakan kemudahan atau pembangunan kepada
perniagaan masyarakat sekeliling
kepada  Menjalankan tanggungjawab sosial kepada
masyarakat : masyarakat dengan memberi derma, bantuan
kewangan seperti biasiswa
 Mengurangkan pencemaran alam sekitar semasa
penghasilan barang di kilang dan semasa pembuangan
bahan sisa
 Peka kepada segala perubahan dalam keperluan dan
kehendak masyarakat

LATIHAN PENGUKUHAN :

18
1. Huraikan tiga faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan.
(6)
2. Jelaskan persekitaran tugas yang berikut :
i) Pembiaya
ii) Pelanggan
iii) Pekerja (6)
3. Bagaimanakah persekitaran ekonomi dan antarabangsa mempengaruhi
sesebuah firma pengeluaran perabot. (6)
4. Jelaskan lima faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan di
Malaysia. (15)
5. Nyatakan enam pihak yang mempunyai hubungan langsung dengan
operasi perniagaan dan huraikan tanggungjawab perniagaan kepada pihak-
pihak tersebut. (20)
6. Jelaskan enam persekitaran tugas yang terlibat dalam perniagaan roti. (18)

PENGAJIAN PERNIAGAAN 1

19
TAJUK : 1.0 PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA

1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN

JENIS PEMILIKAN ENTITI PERNIAGAAN (FK)

FAKTA HURAIAN & CONTOH


1. Pemlikan  Perniagaan yang ditubuhkan, dimiliki dan
tunggal dibiayai dari segi kewangan dan
pengurusannya dikendalikan oleh seorang
individu sahaja dan mempunyai
tanggungjawab peribadi terhadap hutang
 Contohnya, Kedai Jahit Rusni, Kedai Runcit
Karim, Stesen Minyak sinar Jaya
 Ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 (pindaan 1978) dan berdaftar
dengan pendaftar perniagaan di Suruhanjaya
Syarikat Malaysia
2. Perkongsian  Perniagaan yang dibentuk oleh dua atau lebih
individu yang tidak melebihi 20 orang bagi
perkongsian biasa atau dua hingga 30 orang
bagi perkongsian yang mengamalkan sesuatu
profesion dengan tujuan untuk mendapatkan
keuntungan
 Contohnya, Poliklinik Dr Azlan dan rakan-
rakan, Lim & Assosiates Chartened
 Ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961
3. Syarikat  Merupakan entiti perniagaan yang dimiliki oleh
individu-individu yang menyumbangkan modal
dalam bentuk saham dan bersetuju berkongsi
untung rugi
 Pemilik saham adalah pemilik syarikat
 Contohnya, Tiram Travel Sdn. Bhd dan Tenaga
Nasional Berhad
 Terdapat 2 jenis syarikat iaitu syarikat
20
sendirian berhad dan syarikat awam berhad
4. Koperasi  Merupakan satu organisasi perniagaan yang
ditubuhkan secara sukarela oleh sekumpulan
individu untuk menjaga kepentingan ahli-
ahlinya berdasarkan prinsip kerjasama dan
tolong menolong dan bukan bermotifkan
keuntungan
 Contohnya, Koperasi Kerjasama Rakyat
Malaysia (Bank Rakyat), Koperasi Tentera
Malaysia Berhad

CIRI-CIRI PEMILIKAN TUNGGAL :


1. Milikan Dimiliki oleh seorang peniaga/pemilik
2. Modal Modal disumbangkan oleh pemilik sendiri
daripada tabungan atau pinjaman daripada
keluarga
3. Pengurusan Diurus dan dikawal sepenuhnya oleh
pemiliknya sendiri dengan bantuan ahli
keluarga
4. Liabiliti Pemilik perniagaan menanggung liabiliti tidak
terhad
5. Agihan Segala untung atau rugi ditanggung sendiri
untung rugi oleh pemilik
6. Cukai Pemilik perniagaan hanya dikenakan cukai
pendapatan perorangan

CARA PUNUBUHAN MILIKAN TUNGGAL

CIRI-CIRI PERKONGSIAN :
1. Milikan atau Dimiliki oleh 2 hingga 20 orang rakan kongsi
bilangan ahli bagi perkongsian biasa dan 2 hingga 30 orang

21
rakan kongsi bagi perkongsian profesion
2. Modal Disumbangkan oleh rakan-rakan kongsi
mengikut jumlah yang dipersetujui
3. Pengurusan Diuruskan oleh rakan kongsi biasa (aktif).
Rakan kongsi berhad hanya boleh memeriksa
rekod dan akaun perniagaan serta memberi
pendapat
4. Liabiliti Pemilik perkongsian menanggung liabiliti tidak
terhad
5. Agihan Segala untung rugi dibahagikan mengikut
untung rugi syarat-syarat yang dipersetujui
6. Cukai Setiap rakan kongsi hanya dikenakan cukai
pendaaptan perorangan
7. Perundangan Dikawal oleh Akta Perkongsian 1961

CARA PUNUBUHAN PERKONGSIAN


SYARAT-SYARAT PERKONGSIAN

CIRI-CIRI SYARIKAT :

Ciri-ciri Syarikat Sendirian Syarikat Berhad


22
Berhad
1. Milikan 2 hingga 50 pemegang Minimum 2 orang
saham pemegang saham dan
tiada had maksimum
2. Modal Jualan saham kepada Jualan saham kepada
orang perseorangan orang awam
3. Pengurusa Diurus oleh ahli Diurus oleh ahli
n lembaga pengarah lembaga pengarah
yang dilantik dalam yang tidak semestinya
kalangan pemegang dilantik dalam
saham dan sukurang- kalangan pemegang
kurangnya seorang saham dan sekurang-
pemegang saham kurannya 2 orang
perlu menguruskan pemegang saham perlu
syarikat menguruskan syarikat.
4. Liabiliti Pemilik @ pemegang Pemilik @ pemegang
saham menanggung saham menanggung
liabiliti terhad liabiliti terhad
5. Agihan Keuntungan diagihkan Keuntungan diagihkan
untung rugi dalam bentuk dividen dalam bentuk dividen
6. Cukai Dikenakan cukai Dikenakan cukai
keuntungan syarikat keuntungan syarikat

CIRI-CIRI KOPERASI :
1. Milikan atau Minimum keahlian 50 orang yang membeli
bilangan ahli saham koperasi dan tiada had maksimum
2. Modal Diperoleh melalui penjualan saham kepada
ahli dan kutipan yuran daripada ahli
3. Pengurusan Diurus dan ditadbir oleh ahli lembaga
pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi
semasa mesyuarat agung tahunan.
4. Liabiliti Semua pemegang saham menanggung liabiliti
terhad
5. Agihan Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen
23
untung rugi dan bonus
6. cukai Tidak dikenakan cukai (dikecualikan cukai)
7. Perundangan Dikawal oleh Akta Koperasi 1993 (pindaan
2007)

LATIHAN PENGUKUHAN :

1. Nyatakan lima kekurangan perniagaan pemilikan tunggal. (5)

Klinik Dr Tan dan Rakan- Syarikat Mercu Tanda Sdn


rakan Bhd

2. Huraikan tiga perbezaan entitii perniagaan dia atas. (6)


3. Nyatakan tiga ciri koperasi dan tiga ciri perkongsian. (6)
4. Huraikan tiga perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan
syarikat awam berhad. (6)
5. Nyatakan lima butiran yang terdapat dalam kandungan surat
ikatan perjanjian perkongsian. (5)
6. Huraikan tiga kelebihan perkongsian berbanding pemilikan
tunggal. (6)

PENGAJIAN PERNIAGAAN 1
TAJUK : 1.0 PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA

24
1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN

AKTIVITI PERNIAGAAN (FK) :


1. Aktiviti perniagaan 2. Aktiviti perniagaan
berasaskan pengeluaran berasaskan perkhidmatan

AKTIVITI PERNIAGAAN BERASASKAN PENGELUARAN (FK) :

FAKTA HURAIAN & CONTOH


1. Ekstraktif  Melibatkan aktiviti pengeluaran bahan
mentah daripada sumber semula jadi
sama ada di daratan atau lautan tanpa
mengubah bentuk asalnya
 Contohnya, aktiviti perladangan,
perlombongan, perikanan dan
pembalakan.
2. Barangan  Melibatkan proses pengeluaran barang-
pengguna barang untuk kegunaan pengguna akhir
(barangan  Barangan dibeli oleh pengguna untuk
consumer) kegunaan sendiri, keluarga atau
organisasi
 Contohnya, beras, gula, minyak dan lain-
lain
3. Barangan  Aktiviti perniagaan yang melibatkan
industri pegeluar barangan menjual keluarannya
kepada pengeluar lain
 Pengeluar lain itu akan memproses
keluaran tersebut dan menambah nilai
keluaran tersebut untuk dijual semula
atau menghasilkan produk lain
 Contohnya, komponen barangan elektrik,
komponen pengeluaran kenderaan,
bahan kimia, jentera dan lain-lain
25
4. Pembuatan  Merupakan aktiviti menghasilkan produk
dengan memproses dan menggunakan
sumber-sumber organisasi untuk
memenuhi kehendak pelanggan Atau
 Aktiviti memproses bahan mentah yang
dikeluarkan oleh industri ekstraktif untuk
menghasilkan barang siap atau barang
separuh siap
 Contohnya, memproses getah bagi
menghasilkan tayar, memproses kelapa
sawit bagi menghasilkan minyak masak
5. Pemasangan  Melibatkan aktiviti mencantum atau
memasang komponen-komponen sesuatu
produk bagi menghasilkan barangan siap
untuk dipasarkan
 Contohnya, pemasangan komponen
kereta dan komputer

AKTIVITI BERASASKAN PERKHIDMATAN (FK) :


1. Peruncitan  Aktiviti perniagaan yang menjual pelbagai
jenis barang dalam kuantiti kecil kepada
pengguna akhir
 Contohnya, kedai runcit, KK Super Mart, 7
Eleven Tesco, Mydin. KFC, Bata dan lain-
lain
2. Pemborongan  Aktiviti perniagaan yang membeli barang
dengan kuantiti yang banyak atau secara
pukal daripada pengeluar dan menjual
dalam kuantiti yang kecil kepada peruncit.
 Contohnya, Pasar borong, Alibaba Online,
Pemborong Tudung Neolofar
3. Kewangan  Aktiviti perniagaan yang menawarkan
perkhidmatan kewangan seperti
pengumpulan modal, pelaburan, ekuiti,
penyediaan kemudahan kredit, aktiviti
26
perbankan,aktiviti insurans dan lain-lain
 Contohnya, Maybank, Bank Simpanan
Nasional, Bank Rakyat, Etika Insurans dan
lain-lain
4. Profesional  Aktiviti perniagaan yang menawarkan
perkhidmatan kepakaran atau kemahiran
khusus seperti perkhidmatan perakaunan,
guaman dan perubatan
 Contohnya, Perkhidmatan perubatan
yang disediakan oleh HKL, perkhidmatan
guaman yang disediakan oleh peguam
dan lain-lain
5. Perhotelan  Aktiviti perniagaan yang menawarkan
kemudahan tempat penginapan atau
tempat tinggal, makanan dan minuman,
kemudahan rekreasi untuk pelancong
tempatan dan asing
 Contohnya, Hotel Seri Malaysia, Hotel JW
Marriot, Inap desa,hotel bajet, rumah
tumpangan dan lain-lain
6. Pendidkan  Aktiviti perniagaan yang menawarkan
perkhidmatan pengajian atau pendidikan
dan latihan formal kepada masyarakat
bagi menediakan sumber manusia atau
modal insan.
 Contohnya, pusat tuisyen, sekolah
swasta,pusat latihan teknikal, kolej swasta
dan universiti swasta

SEKTOR PERNIAGAAN (FK) :

FAKTA HURAIAN
1. Sektor Swasta  Perniagaan yang dimiliki oleh individu

27
atau organisasi secara persendirian dan
menjalankan aktiviti perniagaan untuk
mendapatkan keuntungan
 Meliputi bentuk perniagaan pemilikan
tunggal, perkongsian, syarikat dan
koperasi

Peranan Sektor Swasta :


 Mengeluarkan barang dan perkhidmatan
bagi memenuhi kehendak pengguna
 Melengkapkan usaha sektor awam dalam
mempengaruhi ekonomi negara
 Menyumbang kepada pendapatan negara
 Menyediakan peluang pekerjaan dalam
aktiviti pengeluaran dan perkhidmatan
 Meneroka dan membangunkan kawasan
baharu
2. Sektor Awam  Organisasi yang dimiliki, dibiayai dan
diuruskan oleh pihak kerajaan untuk
melaksanakan dasar kerajaan dan
menyediakan barangan dan
perkhidmatan kepada rakyat seperti
pendidikan, rawatan perubatan,
infrastruktur dan lain-lain.
 Matlamatnya adalah menjaga kebajikan
rakyat serta membangunkan ekonomi
negara dan bukan bertujuan untuk
mencari keuntungan.

Peranan Sektor Awam :


 Menyediakan kemudahan awam untuk
perniagaan dan masyarakat tempatan
 Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan
 Menggubal dan melaksanakan dasar-
dasar fiskal dan kewangan

28
 Menjalankan penguatkuasaan undang-
undang dan kawalan
 Mengamalkan manapoli semula jadi
 Mengeluarkan lesen dan permit
3. Sektor Badan  Merupakan agensi kerajaan yang
Berkanun diperbadankan bagi melaksanakan dasar-
dasar dan tanggungjawab terhadap
aktiviti kerajaan secara khusus
 Perbadanan kerajaan atau agensi separa
kerajaan ini ditubuhkan di bawah Akta
Parlimen atau Enekmen Negeri
 Contohnya, Kumpulan Wang simpanan
Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji,
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
(PKEN) dan lain-lain

Peranan Sektor Badan Berkanun :


 Mewakili kerajaan dalam menjalankan
aktiviti mengawal selia terhadap sektor
swasta bagi memastikan perniagaan
mematuhi undang-ungang dan peraturan
yang ditetapkan
 Membantu kerajaan melaksanakan dasar-
dasar yang menyumbang kepada
pembangunan ekonomi negara
 Menyediakan kursus dan latihan kepada
pekerja bagi melahirkan pekerja terlatih
 Meningkatkan penglibatan bumiputera
dalam ekonomi melalui bantuan
kewangan
 Menyediakan rancangan pembangunan
ekonomi mengikut fungsi masing-masing
TAHAP PERNIAGAAN (FK) :

FAKTA HURAIAN & CONTOH

29
1. Primer  Aktiviti pengeluaran bahan mentah dari
sumber sumula jadi tanpa mengubah
bentuk asalnya
 Contohnya, aktiviti pembalakan,
perladangan, perlombongan, perikanan
dan lain-lain
2. Sekunder  Aktiviti memproses bahan mentah yang
dihasilkan pada tahap primer menjadi
barang siap atau barang separuh siap
 Merangkumi aktiviti pembuatan atau
perkilangan
 Contohnya, aktiviti memproses kayu balak
menjadi perabot, aktiviti memproses
kelapa sawit menjadi minyak masak dan
lain-lain
3. Tertier  Aktiviti perniagaan yang menghasilkan
produk tidak ketara atau perkhidmatan.
 Menjadi sokongan kepada perniagaan
tahap primer dan sekunder supaya barang
yang dikeluarkan dapat sampai kepada
pengguna akhir dengan lancar
 Contohnya, perkhidmatan perbankan,
perkhidmatan pengangkutan,
perkhidmatan insurans dan lain-lain
4. Huluan  Perniagaan yang terlibat dalam
mengeluarkan bahan mentah atau barang
separuh siap
 Bahan mentah atau barang separuh siap
yang dikeluarkan akan menjadi input
kepada perniagaan hiliran atau
perniagaan lain bagi menghasilkan barang
siap
 Contohnya, ladang kelapa sawit menjadi
aktiviti huluan kerana ia menghasilkan
kelapa sawit yang akan digunakan sebagai
30
input oleh pengeluar minyak masak
(hiliran).
5. Hiliran  Aktiviti perniagaan yang memproses input
yang diperoleh daripada perniagaan
huluan atau perniagaan lain bagi
menghasilkan barang siap atau barang
separuh siap
 Barangan yang dihasilkan akan dijual
kepada pembeli sama ada pembeli
industri atau pengguna akhir
 Contohnya, Pengusaha restoran ialah
perniagaan hiliran kerana membeli
minyak masak daripada kilang pengeluar
minyak masak (huluan)
6. Domestik  Perniagaan yang beroperasi di dalam
sesebuah negara dan menggunakan mata
wang tempatan sahaja
 Produk yang dihasilkan adalah untuk
pasaran tempatan sahaja
7. Antarabangsa  Aktiviti perniagaan yang dijalankan
merentasi sempadan sesebuah negara
 Melibatkan kegiatan eksport dan import
antara dua atau lebih buah negara
 Melibatkan pertukaran mata wang asing

LATIHAN PENGUKUHAN :

1. Jelaskan dua aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan. (6)

31
2. Huraikan tiga aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran. (6)
3. Terangkan dua peranan sektor swasta kepada ekonomi Malaysia.
(4)
4. Huraikan tahap huluan dan tahap hiliran bagi pengeluaran
sesuatu produk pengguna. (4)
5. Huraikan tahap perniagaan dari perspektif yang berikut :
i) Huluan dan hiliran
ii) Domestik dan antarabangsa
6. Huraikan tiga peranan sektor awam kepada ekonomi Malaysia.
(6)
7. Jelaskan tahap perniagaan berikut :
i) Primer
ii) Tertier (6)

Disediakan oleh :

…………………………………………………….
( En. Sahrul Nizam bin Mazlan)
Guru Pengajian Perniagaan Tingkatan 6
SMK Toh Muda Abdul Aziz

32

You might also like