035 HM - Skema Jawapan (3) - 17-20

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

MODUL HOLISTIK MELETOP SEJARAH

TINGKATAN 5

BAB 6 : CABARAN SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA

SOALAN JAWAPAN
S1 a. Apakah masalah yang dihadapi Malaysia dalam membangunkan sosioekonomi di
Sarawak dan Sabah ?

F1 Rakyat Sarawak dan Sabah mengamalkan pertanian sara diri

F2 Saiz negeri yang besar bagi Sarawak dan Sabah


H1F2 Masalah perhubungan dan pengangkutan
H2F2 Masih bergantung pada sistem pengangkutan air
C1F2 Sungai
C2F2 Laut

F3 Pendidikan berasaskan sekolah vernakular Inggeris dan Cina di kawasan


bandar
H1F3 Penduduk di kawasan pedalaman tidak mendapat peluang pendidikan

b. Apakah faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia?

Politik

F1 Lee Kuan Yew tidak berpuas hati dengan peranan kerajaan Singapura yang
terhad
F2 Konflik antara pemimpin PAP dengan Perikatan
F3 Kempen Malaysian Malaysia oleh Lee Kuan Yew menuntut hak sama rata
untuk semua kaum menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk

Ekonomi

F4 Singapura menuntut pembukaan pasaran Bersama (common market)


disegerakan
F5 Singapura tidak berpuas hati dengan cadangan tambahan cukai yang perlu

17 | P a g e
MODUL HOLISTIK MELETOP SEJARAH
TINGKATAN 5

dibahagikan kepada Kerajaan Persekutuan


F6 Singapura juga mahu mengenakan kadar faedah terhadap sebahagian
daripada pinjaman sebanyak RM150 juta kepada Kerajaan Persekutuan
untuk pembangunan Sabah dan Sarawak.

F7 Masalah Perkauman
H1F7 Rusuhan kaum di Singapura yang menimbulkan ketegangan antara kaum
H2F7 Usaha menuntut persamaan hak yang sama rata bagi semua kaum

c. Sebagai warganegara yang patriotik, bagaimanakah cara untuk mengelakkan


berlaku rusuhan seperti gamba di atas.

c PERKARA PERINCIAN

1. ISI Mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan


seharian

2. HURAIAN Hal ini kerana Prinsip Rukun Negara dapat membentuk


akhlak yang baik.

3. HURAIAN Oleh itu, semua masyarakat akan saling hormat-


menghormati antara satu sama lain.
LANJUTAN

4. CONTOH Contohnya, pengamalan Prinsip Rukun Negara keempat


iaitu Kesopanan dan Kesusilaan

5. INFERENS Kesimpulannya, nilai kesopanan dapat membentuk akhlak


yang baik dan saling menghormati antara masyarakat

18 | P a g e
MODUL HOLISTIK MELETOP SEJARAH
TINGKATAN 5

SOALAN JAWAPAN
E1 a. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969 di negara
kita?
F1 Ketidakseimbangan dalam ekonomi dan sosial di negara kita
F2 Keputusan Pilihan Raya Umum Ketiga 1969
F3 Kempen pilihanraya yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum semasa
berkempen
F4 PKM mempengaruhi penduduk supaya bermusuhan antara kaum
F5 Parti bertanding berkempen menggunakan sentimen perkauman dan
keagamaan untuk mendapat sokongan
F6 Perarakan kemenangan pilihanraya yang tidak terkawal menimbulkan
kekacauan dan perbuatan provokatif

b. Jelaskan usaha kerajaan Malaysia menyelesaikan rusuhan kaum pada 13 Mei


1969.
F1 Pengisytiharan darurat
F2 Mewujudkan pusat perlindungan semasa darurat
F3 Pihak polis menguatkuasakan perintah berkurung.
F4 Orang ramai tidak dibenarkan keluar dan dikehendaki tinggal di rumah
F5 Penubuhan jawatankuasa bertugas untuk menyusun semula perkhidmatan
penerangan kerajaan
F6 Semua berita daripada pihak media ditapis bagi memastikan kesahihannya
F7 Kerajaan memastikan bekalan makanan mencukupi
F8 Mangsa rusuhan dipindahkan ke pusat perlindungan di stadium Merdeka
dan Tiong Nam Settlement
F9 Pihak berkuasa memagar kawasan Kampung Baru
F10 Tentera memberi perlindungan kepada penduduk yang berlindung di kem
tentera
F11 Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

H1F11 Mengembalikan keamanan dan undang-undang


H2F11 Menentukan pentadbiran yang licin dalam negara
H3F11 Mengembalikan keharmonian dan kepercayaan antara kaum dalam negara
H4F11 Menggantung sementara penerbitan semua akhbar
H5F11 Menguatkuasa Akta Hasutan 1948
H6F11 Jabatan Penerangan menapis berita palsu dan menerangkan usaha
kerajaan

19 | P a g e
MODUL HOLISTIK MELETOP SEJARAH
TINGKATAN 5

c. Pada pendapat anda, apakah cara mengukuhkan perpaduan dalam kalangan


rakyat Malaysia yang berbilang bangsa?

BIL PERKARA PERINCIAN

1. ISI Cara mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat


Malaysia yang berbilang bangsa ialah menghormati
kepercayaan dan adat budaya kaum masing-masing.

2. HURAIAN Hal ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai agama dan


budaya masyarakat masing-masing.

3. HURAIAN Oleh itu semua masyarakat perlu bersama-sama meraikan


kepelbagaian agama dan budaya masyarakat lain.
LANJUTAN

4. CONTOH Contohnya, masyarakat Cina dan India turut menyambut


Hari Raya orang Melayu begitu juga sebaliknya

5. INFERENS Kesimpulannya, sikap saling menghormati amat penting


untuk membentuk ikatan perpaduan di Malaysia.

BIL PERKARA PERINCIAN

1. ISI Cara mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat


Malaysia yang berbilang bangsa ialah melalui pendidikan

2. HURAIAN Hal ini dapat dapat dilaksanakan dengan melibatkan


penglibatan aktiviti sekolah dalam kalangan murid berbilang
kaum

3. HURAIAN Oleh itu, murid-murid akan berkawan dengan murid yang


berlainan bangsa sejak di bangku sekolah.
LANJUTAN

4. CONTOH Contohnya, aktiviti sukan kokurikulum melibatkan semua


murid berbilang bangsa dan memerlukan mereka
bekerjasama antara satu sama lain.
5. INFERENS Kesimpulannya, sistem pendidikan ialah cara paling berkesan
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat sejak
di bangku sekolah.

20 | P a g e

You might also like