Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 232

IUUMI

Penghayatan
Etika dan
Penghayatan
Etika dan
Peradaban
Penghayatan
Etika dan
Peradaban
Ahmad Zamil Abd. Khalid
Muhamad Amar Mahmad
Khairiah Mohd Yassin
Azman Md Zain
Solahudin Abd Hamid
Mohd. Nizho Abd Rahman
Ismail Ishak
I skandar Adon
Muhammad Ahmad
Zahari Mohamed

PENERBIT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


Sintok • 2021
UUMPress
Universiti Utara Malaysia 11aa
UUMPRESS
06010 UUM Sintok
Kedah Malaysia.

Tel: 04-9284797
Faks: 04-9284792
E-mel: penerbit@uum.edu.my
Laman sesawang: http://www.uumpress.uum.edu.my
Jualan dalam talian: https://www.uumpress.com.my

© 2021 UUM Press


Cetakan Pertama 2021

Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh digunakan semula, ataupun dipindahkan dengan
sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik,
penggambaran semula, perakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin daripada
UUMPress.

Buku Teks merupakan sebuah buku yang dihasilkan daripada bahan pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan khusus untuk pelajar universiti mengikut silibus. Buku
Teks telah melalui penilaian di peringkat pusat pengajian. Mutu buku Teks diperbaiki
dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas yang diterima semasa
pengajaran diadakan.

UUM Press ialah anggota Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)


dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA).

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Ahmad Zamil Abd. Khalid


Penghayatan Etika dan Peradaban / Ahmad Zamil Abd. Khalid, Muhamad Amar
Mahmad, Khairiah Mohd Yassin, Azman Md Zain, Solahudin Abd Hamid, Mohd.
Nizho Abd Rahman, Ismail Ishak, Iskandar Adon, Muhammad Ahmad, Zahari
Mohamed.
ISBN 978-967-2486-72-5
1. Etiquette.
2. Concord.
3. Civilization.
4. Government publications--Malaysia.
I. Shukri Ahmad. II. Azman Md Zain.
III. Mohd. Nizho Abd Rahman. IV. Ismail Ishak.
V. Iskandar Adon. VI. Muhammad Ahmad.
VII. Zahari Mohamed. VIII. Khairiah Mohd Yassin.
IX. Muhamad Amar Mahmad. X. Solahudin Abd Hamid.
XI. Judul.
395

Kategori: Buku Teks


Typeset in Times New Roman

Editor Naskhah: Asrol Anuar Ramli


Penolong Editor: Mohd Shamaizar Maudin
Pengatur Huruf: Marina Abdol Azis
Pereka Bentuk Kulit: Zuraizee Zulkifli

Dicetak di Malaysia oleh UUM Press


Kandungan

Senarai Rajah xi
Senarai Jadual xiii
Prakata xv
Pendahuluan xix
Penghargaan xxi
Senarai Singkatan xxiii

BAB1
PENGENALAN PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
Hasil Pembelajaran 1
1. 1 Pengenalan 1
1.2 Memahami Etika 3
1.2.1 Pandangan Ilmuwan Dunia terhadap Etika 5
1.2.2 Definisi Etika 6
1.2.3 Etika Menurut Islam 10
1.2.4 Proses Etika Islam 11
1.2.5 Sinonim Etika 11
1.2.6 Dimensi Etika 14
1.2.7 Istilah dan Konsep Padanan Etika 16
1.3 MemahamiPeradaban 18
1.3 .1 Definisi Peradaban 19
1.3 .2 Istilah Peradaban Mengikut Peradaban
UtamaDunia 19
1.3.3 Peradaban atau Tamadun 21
1.3.4 TokohAkademik Peradaban 21
1.4 Kepentingan Etika dan Peradaban 24
1.5 Etika dan Peradaban Acuan Malaysia 26
1.5.1 Pra-Kolonial 27
1.5.2 Kolonial 28
1.5.3 Pasca kolonial 30
1.6 Kerangka Analisis Etika dan Peradaban Acuan
Malaysia 31
1.6.1 Sejarah 32
1.6.2 Struktur sosial 33
vi

1.6.3 Biografi 34
1.7 Kluster Penghayatan Etika dan Peradaban Mengikut
Peringkat 34
1.8 Sumber Etika dan Peradaban 36
1.9 Kesimpulan 38

BAB2
KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
Hasil Pembelajaran 39
2.1 Pengenalan 39
2.2 Konsep Etika 40
2.2.1 Pembahagian Etika 41
2.3 Konsep Peradaban 41
2.4 Komponen Etika dan Peradaban Manusia 43
2.5 Kepentingan Etika dan Peradaban dalam
Kehidupan Manusia 45
2.6 Etika dan Peradaban Timur 47
2.7 Etika dan Peradaban Barat 48
2.8 Etika dan Peradaban Menurut Islam 52
2.9 Peranan Agama Terhadap Etika dan Peradaban 54
2.9.1 Peranan Agama kepada Manusia 55
2.10 Isu-isu Etika dan Peradaban 58
2.11 Kesimpulan 60

BAB3
ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT
KEPELBAGAIAN
Hasil Pembelajaran 62
3.1 Pengenalan 62
3.2 Pembentukan Etika dan Peradaban dalam
Masyarakat Pelbagai 63
3.3 Masyarakat dan Demografi 64
3.4 Tahap-Tahap Pembentukan Kelompok Masyarakat 66
3.4.1 Amalgamasi 66
3.4.2 Segregasi 67
3.4.3 Asimilasi 68
vii

3.4.4 Akomodasi 69
3.4.5 Akulturasi 70
3.5 Pembentukan Etika dan Peradaban dalam
Masyarakat Pelbagai 70
3.6 Kesimpulan 73

BAB4
PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
Hasil Pembelajaran 74
4.1 Pengenalan 74
4.2 Perpaduan: Matlamat Diidamkan 78
4.3 Kesepaduan: Tahap Dicapai 80
4.4 Penyatupaduan: Proses Diusahakan 83
4.5 Alat Penyatupaduan - Tawar menawar, Perundingan
dan Pengantaraan 85
4.6 Kesimpulan 85

BABS
KE ARAH PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI
MALAYSIA
Hasil Pembelajaran 86
5.1 Pengenalan - Sejarah Sosial Pengaruh Peradaban
Dunia dalam Pembinaan Negara Bangsa (Sejarah di
Alam Melayu) 86
5.2 PeradabanAsia (India, Cina dan Timur Tengah) 91
5.3 Peradaban Barat 95
5.4 Peradaban Globalisasi 99
5.5 Konsep Negara Bangsa 101
5.6 Kesimpulan 106

BAB6
PERLEMBAGAANPERSEKUTUANSEBAGAITAPAK
INTEGRASI DAN WABANA ETIKA DAN PERADABAN
Hasil Pembelajaran 108
6.1 Pengenalan 108
6.2 Memahami Maksud Tapak Integrasi 109
6.3 Detik Perpaduan 110
viii

6.4 Memahami Asas Tapak Integrasi dalam


Perlembagaan Persekutuan 111
6.5 Perbezaan antara Undang-undang, Etika dan Moral 115
6.5.1 Definisi dan Konsep Perlembagaan 115
6.5.2 Perlembagaan dalam Konteks Malaysia 115
6.5.3 Undang-undang Sebelum Kedatangan
Penjajah 117
6.6 Malayan Union 117
6.6.1 Ciri-ciri Malayan Union 117
6.6.2 Tentangan orang Melayu terhadap Malayan
Union 118
6.7 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 118
6.8 Kerjasama Antara Etnik ke Arah Kemerdekaan 119
6.9 Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid) 112
6.10 Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18
Perkara bagi Sarawak 112
6.11 Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan
Persekutuan 123
6.11.1 Kesultanan dan Pemerintahan Beraja 123
6.11.2 Agamalslam 124
6.11.3 Kedudukan Istimewa Orang Melayu 125
6.11.4 Bahasa Melayu 125
6.11.5 Diskriminasi Perlindungan 126
6.12 Pindaan Perlembagaan Persekutuan 126
6.13 Perlembagaan Negeri 128
6.14 Kesimpulan 128

BAB7
PENGARUHTEKNOLOGIMAKLUMATDAN
KOMUNIKASI (ICT) KE ATAS KESEPADUAN NASIONAL
Hasil Pembelajaran 129
7.1 Pengenalan 129
7.2 Evolusi dan Penglobalan Teknologi 130
7.3 Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 131
7.4 Hubungan Manusia dan Teknologi 131
7.5 Etika dan Peradaban dalam Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) 140
ix

7.6 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Tapak


Pengukuhan Kesepaduan Nasional 143
7.7 Isu Semasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) 143
7.8 Kesimpulan 144

BABS
PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDUKUNG
TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAYSIA
Hasil Pembelajaran 145
8.1 Pengenalan 145
8.2 Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian 146
8.3 Peranan Etika dan Peradaban dalam Mendukung
Tanggungjawab Sosial 148
8.4 Kesedaran Nasional dalam Tanggungjawab Sosial 152
8.5 Tanggungjawab Sosial dalam dan Luar Negara 154
8.6 Kesukarelaan 157
8.7 Kesimpulan 159

BAB9
CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN DI
MALAYSIA
Hasil Pembelajaran 160
9.1 Pengenalan 160
9.2 Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban dalam
Konteks Masyarakat Kepelbagaian dan Negara
Bangsa 161
9.2.1 Konsep Kelestarian 161
9.2.2 Kelestarian Etika dan Peradaban 162
9.2.3 Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban 163
9.3 Matlamat Pembangunan Lestari dan Kesejahteraan
Bersama di Malaysia 167
9.3.1 Konsep Pembangunan Lestari 167
9.3.2 Konsep Kesejahteraan Bersama (Shared
Prosperity) 167
9.3.3 Matlamat Pembangunan Lestari dan
Kesejahteraan Bersama 168
X

9.4 Kelangsungan Kelestarian Negara Melalui Etika dan


Peradaban 169
9.5 Menghannonikan Pengalaman Negara dan
Antarabangsa 170
9.6 Kesimpulan 172

BAB10
ISU INTEGRITI DAN RASUAH DARI PERSPEKTIF
PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAAN DI MALAYSIA
Hasil Pembelajaran 174
10.1 Pengenalan 174
10.2 Integriti Lawan Rasuah 175
10.2.1 Konsep Integriti 175
10.2.2 Konsep Rasuah 176
10.3 Rasuah dalam Konteks Perundangan dan
Penguatkuasaan di Malaysia 177
10.4 Punca, Simptom dan Kesan Rasuah 181
10.4.1 Punca Rasuah 181
10.4.2 Simptom Rasuah 183
10.4.3 Kesan Rasuah 185
10.5 Prosedur Membuat Laporan Rasuah, Langkah
Pencegahan dan InisiatifKerajaan 187
10.5.1 Prosedur Melaporkan Jenayah Rasuah 187
10.5.2 Langkah Pencegahan Jenayah Rasuah 189
10.5.3 InisiatifKerajaan Membasmi Jenayah
Rasuah 191
10.6 Kesimpulan 192

GLOSARI 195
BIBLIOGRAFI 199
KUIZ 211
Senarai Rajah

Rajah 1.1 Antara rakyat dan kebendaan yang mewamai


etika dan peradaban Malaysia. 2
Rajah 1.2 Berbuat baik kepada generasi yang lebih dewasa
atau guru antara contoh etika rakyat Malaysia 4
Rajah 1.3 Antara contoh majlis yang mementingkan etiket 10
Rajah 1.4 Ilustrasi sebuah kota peradaban Mesopotamia,
peradaban paling awal di dunia 19
Rajah 1.5 Ilustrasi keadaan semasa zaman pra-kolonial 28
Rajah 1.6 Beberapa tinggalan peradaban kolonial setelah
penjajahan Melaka pada 1511 29
Rajah 1.7 Sistem sosial 33
Rajah 3.1 Tahap-tahap pembentukan kelompok masyarakat 66
Rajah 3.2 Proses Asimilasi 69
Rajah4.1 Pembinaan Negara bangsa (Sumber: Seminar
IPNas) 75
Rajah4.2 Ilustrasi perpaduan di Malaysia 75
Rajah4.3 Peristiwa 13 Mei 1969 76
Rajah4.4 Sifat struktural yang dibangunkan oleh IPNAS 77
Rajah4.5 Masyarakat berbilang kaum menyambut hari
kemerdekaan 78
Rajah4.6 Masyarakat Berbilang Kaum Menyambut Hari
Raya Aidil Fitri 79
Rajah4.7 Kemenangan Datuk Lim Chong Wei diraikan
oleh segenap lapisan masyarakat 79
Rajah4.8 Masyarakat pelbagai kaum dengan pakaian
tradisi masing-masing. 80
Rajah4.9 Kegembiraan kanak-kanak tanpa mengira
bangsa. 81
Rajah4.10 Rukun tetangga pemangkin perpaduan dan
kesejahteraan masyarakat 84
Rajah 5.1 Pelbagai masyarakat menyambut Hari
Kemerdekaan 90
Rajah 5.2 Selat Melaka 92
Rajah 5.3 Jajahan takluk Melaka 93
xii

Rajah 7.1 Taburan bukan pengguna internet mengikut


umur 133
Rajah 7.2 Penggunaan peranti untuk capaian internet 134
Rajah 7.3 Jumlah jam melayari internet mengikut
kumpulan umur 134
Rajah 7.4 Pengguna rangkaian sosial dan komunikasi 135
Rajah 7.5 Contoh posting di Facebook 136
Rajah 7.6 Contoh Youtube Channel oleh YesTheory 136
Rajah 7.7 Pengasas YesTheory untuk tidak menggunakan
aplikasi media sosial 137
Rajah 7.8 Contoh kandungan video yang dimuat naik
dalam Kings and Generals. 138
Rajah 7.9 Contoh bagaimana ICT dapat memberi manfaat
kepada komuniti atau masyarakat 138
Rajah 7.10 Contoh keratan akhbar akibat penyalahgunaan
WhatsApp. 138
Senarai Jadual

Jadual 1.1 Senarai dimensi penting etika individu 16


Jadual 7.1 Jenis-jenis ancaman siber 139
Prakata

Etika merupakan elemen penting yang menjadi suatu identiti kepada


masyarakat berperadaban termasuk Malaysia. Namun persoalannya
ialah dalam konteks semasa di negara ketika ini, adakah masyarakat
Malaysia secara keseluruhannya boleh dikategorikan sebagai
masyarakat beretika dan beradab? Ini kerana situasi semasa negara
menyaksikan pelbagai kes tidak berintegriti dan salah laku sering
dilaporkan di media massa seperti televisyen, surat khabar mahupun di
media sosial lainnya. Misalnya kes salah laku melibatkan kakitangan
dan para pegawai agensi awam dalam pelbagai jenayah seperti rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa, penggubahan wang haram,
serta pelbagaijenis penipuan. Ini diburukkan lagi dengan penglibatan
jenayah dalam kalangan masyarakat di pelbagai peringkat termasuk
golongan pelajar sekolah, mahasiswa dan mahasiswi institusi
pengajian tinggi, golongan agamawan, ahli parlimen, serta para
pemimpin negara. Keadaan ini sebenamya cukup menakutkan dan
menggusarkan ramai pihak terutamanya para pendidik serta pembuat
dasar negara yang sering kali mempersoalkan di manakah silapnya
kita, adakah sistem pendidikan negara kurang berkualiti, ataupun
adakah pendekatan yang digunakan untuk mendidik masyarakat
sudah tidak lagi berkesan.
Justeru itu, dalam usaha menangani pelbagai masalah salah
laku masyarakat Malaysia ketika ini, pendedahan berkenaan konsep
etika dan peradaban merupakan suatu strategi terbaik khususnya
kepada golongan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam dan
swasta. Kenapa mahasiswa? Asasnya ialah mahasiswa merupakan
generasi pelapis yang bakal memasuki alam pekerjaan, golongan
yang bakal mengisi posisi pelbagaijawatan di agensi awam mahupun
swasta, selain bakal pemimpin negara pada masa hadapan. Untuk itu,
pembentukan pemikiran serta tingkah laku yang baik dalam kalangan
mahasiswa dasawarsa ini perlu menjadi fokus utama semua pihak
terkhas pihak universiti agar negara sentiasa selamat lagi sejahtera
kerana dicorakkan di tangan mereka yang berilmu, beretika dan
beradab di masa akan datang.
Menyedari kepentingan terhadap pendidikan etika tersebut,
pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil inisiatif untuk
xvi

memperkenalkan sebuah kursus baharu bagi Mata Pelajaran Umum


(MPU) iaitu Penghayatan Etika dan Peradaban (PEP). Kursus MPU
ini wajib diambil oleh semua pelajar universiti warganegara Malaysia
dalam memenuhi syarat kelayakan untuk mereka bergraduasi.
Untuk itu, buku ini diketengahkan dalam usaha melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran kursus PEP agar mahasiswa dan
mahasiswi dapat mengikutinya dengan baik pada semester berkaitan
- seterusnya mengamalkan tingkah laku beretika dalam kehidupan
seharian mereka (impak daripada mengikuti kursus PEP).
Buku bertemakan etika dan peradaban ini dirangka dan digarap
berasaskan pendekatan sejarah, sosiologi dan pemikiran peradaban
- yang mana dua tema utama tersebut diteliti dalam ruang lingkup
identiti peradaban Melayu dan Malaysia. Buku ini mengandungi
sepuluh bah utama yang ditanggapi signifikan untuk diketengahkan
kepada para pembaca. Ia merangkumi pengenalan secara umumnya
kepada PEP dalam acuan Malaysia, konsep etika dan peradaban, etika
dan peradaban dalam konteks masyarakat kepelbagaian, pemantapan
kesepaduan nasional Malaysia sebagai suatu simbolik masyarakat
beretika dan berperadaban, pembinaan peradaban majmuk di
Malaysia, perlembagaan sebagai tapak integrasi dan wahana kepada
penghayatan etika dan peradaban, pengaruh teknologi semasa ke
atas kesepaduan nasional dalam kalangan masyarakat, peranan etika
dan peradaban dalam mendukung tanggungjawab sosial, cabaran
kelestarian dalam mempertahankan etika dan peradaban di Malaysia,
serta isu integriti dan rasuah.
Diharapkan perbincangan tuntas dalam buku ini dapat menarik
minat pembaca terkhas golongan mahasiswa dan ahli akademik untuk
terus menerokai, memahami dan menghayati tentang pelbagai isu
etika dan peradaban sejagat terkhas dalam konteks acuan Malaysia. Ini
kerana setiap daripada kita bertanggungjawab untuk menjadi manusia
beretika dalam memastikan negara berada di landasan terbaik agar
dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju
lainnya di peringkat antarabangsa dan global.
Menjadi harapan besar penulis agar karya ilmiah berasaskan
etika dan peradaban ini dapat memberi manfaat serta diambil manfaat
daripadanya oleh semua pihak-para pelajar institusi pengajian tinggi,
ahli akademik, para pembuat polisi, golongan pemimpin dan pentadbir
xvii

negara, serta masyarakat awam di Malaysia. Diharapkan juga buku


ini dapat mendidik setiap golongan dan lapisan masyarakat menjadi
manusia beretika, bermoral, bermaruah dan berintegriti seterusnya
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati dan
digeruni oleh masyarakat di peringkat dunia.
Untuk akhimya, sekiranya terdapat sebarang kelemahan serta
kekurangan dalam penulisanini, segalanyadatang daripada para penulis
sendiri. Andai terdapat perbezaan pandangan daripada kerangka fikir
para pembaca, kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan
ataupun kritikan. Tujuannya ialah untuk menambahbaikkan penulisan
berkaitan di masa akan datang.

Ahmad Zamil Abd. Khalid


Muhamad Amar Mahmad
Khairiah Mohd Yassin
Azman Md Zain
Solahudin Abd Hamid
Mohd. Nizho Abd Rahman
Ismail Ishak
Iskandar Adon
Muhammad Ahmad
Zahari Mohamed
Jabatan Tamadun dan Falsafah
Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah
Universiti Utara Malaysia
Pendahuluan

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan lafazAlhamdulillah


yang tidak terhingga kepada-Nya. Etika dan Peradaban semakin
berkembang dan senantiasa ada perubahannya dari masa ke semasa
lebih lagi di era globalisasi.
Di dalam buku ini dimulakan dengan penghayatan konsep etika
berdasarkan susur masa iaitu pada zaman pra-kolonial, kolonial dan
pasca kolonial mengenai etika tradisional di negara ini (iaitu adab, adat
resam dan adat istiadat) dan etika moden yang dibawa oleh kolonial
(iaitu etika, etas dan etiket) serta bagaimana gabungan konsep ini telah
mendarah daging dalam kefahaman dan kehidupan kita di Malaysia
pada masa sekarang. Keunikan etika dan peradaban di Malaysia ini
terserlah berbanding dengan negara-negara lain dengan semua etnik
secara umumnya dapat memahami dan menghayati walaupun tidak
secara menyeluruh. Antara buktinya ialah walaupun pergolakan
berlaku antara etnik di Malaysia namun ianya tidaklah sampai kepada
tahap yang sangat membimbangkan seperti di negara-negara lain.
Dalam pada itu juga, kerajaan telah merancang dan
memperkenalkan pelbagai usaha bagi mewujudkan kesepaduan
nasional dalam kalangan etnik dengan memperkenalkan dasar-dasar
dan langkah-langkah yang membolehkan matlamat yang diidamkan
iaitu perpaduan menjadi suatu kenyataan dengan pengukuran
perpaduan di Malaysia dipanggil Indeks Perpaduan Nasional (IPNas)
yang telah dibangunkan oleh negara kita sendiri.
Justeru kelestarian etika dan peradaban manusia harus
dikekalkan supaya hakisan sosial tidak berlaku terutama kepesatan
pembangunan ekonomi yang tidak diseimbang. Oleh itu konsep
kemiskinan bersama (shared poverty) perlu dimangkin oleh
kesejahteraan bersama (shared prosperity) merangkumi kesepaduan
nasional. Justeru, kita perlu memperkukuh etika dan peradaban untuk
mengembangkan ruang sivik pembangunan negara bangsa dalam
konteks antarabangsa.
Penghargaan
Segala pujian dan kesyukuran yang tidak terhingga hanya untukAllah
SWT, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha pengasih serta Maha
Penyayang kepada hambanya tanpa sempadan. Dengan inayah dan
pertolonganNya, membolehkan kami memerahkan fikiran dan idea
walaupun terdapat liku-liku dalam menyiapkan buku ini.
Pertama Sekali diabadikan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para penulis
buku ini yang terdiri daripada Ahmad Zamil Abd. Khalid, Muhamad
Amar Mahmad, Khairiah Mohd Yassin, Azman Md Zain, Solahudin
Abd Hamid, Mohd. Nizho Abd Rahman, Ismail Ishak, Iskandar Adon,
Muhammad Ahmad dan Zahari Mohamed yang juga merupakan
tenaga pengajar kursus Penghayatan Etika dan Peradaban di Universiti
Utara Malaysia.
Sekalung penghargaan juga kepada pihak UUM PRESS atas
segala nasihat, dorongan bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan
sehingga membolehkan buku ini diterbitkan pada waktu yang singkat.
Tidak dilupakan juga kami mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Dekan Pusat Pengajian Bahasa
Tamadun dan Falsafah UUM iaitu Prof. Dr Shukri Ahmad kerana telah
memberi kata-kata semangat dan motivasi yang cukup bermakna buat
kami supaya menerbitkan dengan secepat mungkin bagi memudahkan
para pelajar dan pensyarah untuk membuat rujukan.
Akhir sekali diucapkan juga jutaan terima kasih kepada Institut
Kajian Etnik (KITA) yang menyediakan slide kursus Penghayatan
Etika dan Peradaban yang telah menjadi panduan bagi memudahkan
kami selaku penulis dalam menyiapkan buku ini.

Sekian, wassalam.
Senarai Singkatan

AI Kecerdasan buatan
BKS Bahagian Komunikasi Strategik
BPR Badan Pencegah Rasuah
CLC Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat
CRR Penarafan Risiko Rendah
CSGR Pusat Kajian Globalisasi dan Regionalisasi
DSN Dasar Sosial Negara
EAIC Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi
IIM Institut Integriti Malaysia
IoT Internet of Things
IPNas Indeks Perpaduan Nasional
IR Revolusi Industri
JARING Joint Advanced Integrated Networking
KITA Institut Hubungan Etnik
KRT Kawasan Rukun Tetangga
MSC Multimedia Super Corridor
NAM Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
NAPC Pelan Antirasuah Nasional
NGO Pertubuhan Bukan Kerajaan
NITC National Information Technology Council
OIC Pertubuhan Persidangan Islam
PcK Pasca-kolonial
PIN Pelan Integriti Nasional
PSCR Kajian Tahap Rasuah Perkhidmatan Awam
RangKoM Rangkaian Komputer Malaysia
SOP Prosedur Operasi Standard
SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
BAB1

PENGENALAN PENGHAYATAN ETIKA


DAN PERADABAN

BASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bah ini, pelajar akan dapat:


1. Menerangkan maksud etika dan peradaban.
2. Menjelaskan kerangka pemikiran penghayatan etika dan
peradaban.
3. Menganalisis konsep etika dan peradaban berdasarkan kepada
perspektif individu, keluarga, masyarakat dan negara.

1.1 PENGENALAN

Etika dan peradaban merupakan dua konsep yang sentiasa bergerak


seiring dan saling melengkapi. Ia bermakna, setiap perbahasan,
perancangan dan pembentukan peradaban mesti melibatkan etika
dan begitulah sebaliknya. Tokoh-tokoh falsafah awal dunia seperti
Socrates, Plato dan Aristotle telah membicarakan dua konsep etika
dan peradaban ini semenjak tahun 470-300 SM dan karya Plato yang
paling popular iaitu 'Republic' sekitar tahun 380 SM telah menyentuh
secara langsung tentang dua konsep etika dan peradaban ini. Oleh
kerana falsafah Socrates tidak ditulis oleh beliau sendiri tetapi oleh
sarjana-sarjana terkemudian maka karya Plato ini menjadi rujukan
bertulis yang terkenal dalam proses memahami dua konsep etika dan
peradaban sejak zaman dahulu sehingga kini. Karya 'Republic' ini
berdasarkan kepada falsafah Socrates yang membicarakan konsep
teras utama etika, iaitu keadilan dengan fokus kepada pembentukan
negara dan manusia yang adil. Socrates telah menerangkan tentang
konsep keadilan dan sama ada manusia yang adil lebih bahagia
berbanding dengan manusia yang tidak berlaku adil. Daripada konsep
keadilan manusia ini, ia telah berkembang dalam pelbagai dimensi
kehidupan dan membentuk peradaban manusia dan seterusnya ke arah
2

pembinaan negara bangsa. Socrates berpendapat, manusia yang baik


akan melakukan kurang masalah atau kemudaratan kepada manusia
yang lain walaupun kepada musuh mereka sendiri.

Sumber: http://www.ijist.net/1CCES2018/

Rajah 1.1 Antara rakyat dan kebendaan yang mewamai etika dan
peradaban Malaysia.

Selain itu, falsafah Socrates turut menyentuh secara langsung


mengenai pembinaan peradaban manusia yang dihuraikan oleh Plato
dalam karyanya 'Republic ' secara jelas menerusi pembahagian
kumpulan manusia kepada tiga kelas sosial, iaitu pekerja, tentera dan
pemerintah. Setiap kelas masyarakat ini mempunyai nilai moral atau
etika yang harus dipegang dan dilaksanakan. Untuk menjadi kelas
pekerja, seseorang itu mestilah mempunyai kemahiran-kemahiran
tertentu misalnya ilmu pertukangan, pertanian, pentemakan. Jika
dalam kelas tentera pula, seseorang itu harus mempunyai sifat
keberanian, gagah dan sanggup mengembara. Sementara untuk
menjadi pemerintah seseorang itu perlu memiliki ilmu pengetahuan
yang tinggi, rasional, kawalan kendiri, mencintai kebijaksanaan dan
3

boleh membuat keputusan yang baik dan tepat untuk masyarakat.


Semua nilai yang perlu ada pada tiga kelas masyarakat berdasarkan
falsafah peradaban manusia oleh Socrates ini telah berkembang
kemudiannya menjadi falsafah kepada konsep moral atau etika sejagat
yang diguna pakai sehingga ke hari ini.
Walaupun etika dan peradaban perlu dibincangkan secara
bersama dan bersifat seiring, bagi memenuhi maksud penyampaian
pembelajaran, kedua-dua konsep ini akan dibincangkan secara terasing
sebelum digandingkan semula bagi menghasilkan kesimpulan yang
disasarkan untuk membantu setiap rakyat (pembaca) menghayati dan
seterusnya mengamalkan etika dan peradaban terbaik dan gemilang.

1.2 MEMAHAMI ETIKA

Etika sering kali dirujuk kepada pelbagai istilah seperti akhlak, moral,
norma kehidupan, sikap, keperibadian, watak, karakter atau keyakinan
atas sesuatu. Etika juga tidak sahaja dimiliki oleh individu tetapi juga
oleh kelompok masyarakat. Etika dibentuk oleh pelbagai kebiasaan,
pengaruh budaya serta sistem nilai yang diyakini oleh individu dan
seterusnya dikongsi bersama dalam masyarakat, negara dan global.
Anda mungkin tertanya-tanya mengapakah manusia perlu menghayati
dan seterusnya mengamalkan tingkah laku yang mempunyai tahap
etika dan peradaban terbaik? Jawapannya pasti untuk kebaikan semua
pihak termasuk individu berkenaan. Ini bermakna, amalan beretika dan
peradaban walaupun kesan akhir mungkin dinikmati oleh masyarakat,
negara atau dunia, tetapi secara hakikinya ia adalah untuk manfaat
individu itu sendiri. Contohnya, individu yang mempunyai akhlak
saling menghormati akan merasai hidupnya sentiasa dipermudahkan
dan selesa di mana-mana sahaja beliau pergi atau berada.
Bagaimanakah caranya individu boleh bertingkah laku
seperti dikehendaki oleh orang lain atau oleh kumpulannya seperti
masyarakat mahupun oleh negara? Jawapannya pasti didasarkan
kepada penghayatan. Bagaimanapun, persoalan akan timbul berkenaan
bagaimanakah individu boleh menghayati etika dan peradaban.
Berdasarkan kepada ilmu sosiologi dan pendidikan, manusia akan
mengamalkan sesuatu perkara atau perbuatan setelah beliau mampu
4

menghayati perbuatan berkenaan terutamanya daripada segi kesan


(akibat) perbuatan berkenaan. Penghayatan etika dan peradaban
oleh individu bergantung kepada tahap pengetahuan dan kefahaman
individu terhadap nilai dan norma atau turut dikenali sebagai garis
panduan dan piawaian. Ini bermakna, individu perlu didedahkan
atau mencari ilmu berkenaan nilai dan norma etika dan peradaban
untuk dihayati dan seterusnya diamalkan olehnya. Pencarian atau
perolehan ilmu berkenaan etika dan peradaban boleh berlaku sama ada
secara langsung dan tidak langsung serta ia berlaku secara formal atau
tidak formal.

Sumber: https://leeraschool.ac. tz/about.html

Rajah 1.2 Berbuat baik kepada generasi yang lebih dewasa atau guru
antara contoh etika rakyat Malaysia.
5

Manusia telah diiktiraf oleh Tuhan sebagai makhluk yang paling


istimewa. Keistimewaan atau keunikan manusia berbanding makhluk
lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, lautan,
matahari dan sebagainya termasuk jin dan malaikat kerana manusia
dianugerahkan kualiti minda atau pemikiran. Menerusi kuasa minda
atau pemikiran, manusia diberikan pelbagai kualiti terutamanya
pelbagai ilmu pengetahuan untuk mentadbir dunia berdasarkan kepada
piawaian (prosedur operasi standard- SOP), sama ada diberikan oleh
Tuhan mahupun dicipta oleh manusia mengikut keperluan mereka.

1.2.1 Pandangan Ilmuwan Donia Terhadap Etika

Berikut dibincangkan secara ringkas pandangan ilmuwan dunia


terhadap ilmu etika dan peradaban.
(i) Aristotle - pemikir ulung barat yang dikatakan mula-mula
memperkenalkan pelbagai konsep etika dan peradaban
(termasuk sains dan teknologi). Diiktiraf sebagai individu
paling awal memperkenalkan ilmu pemikiran logik dan ilmu
zoologi. Berkaitan ilmu etika, beliau dikatakan individu yang
memperkenalkan teori keperibadian mulia. Menerusi teori ini,
etika dikatakan sangat berkaitan dengan keperibadian, sifat
perangai dan ciri watak yang mulia.
(ii) Socrates - menyatakan bahawa etika merupakan suatu usaha
yang berterusan dan bersistematik untuk memahami dan
melaksanakan konsep serta prinsip moral. Ia merangkumi
elemen sama ada tindakan yang diambil betul, salah, dibenarkan,
tidak dibenarkan dan lain-lain.
(iii) Thomas Aquinas - merupakan pastor Kristian abad ke-13 yang
banyak mewarisi buku-buku penulis falsafah dunia Andalusia,
iaitu empayar kerajaan Islam di Sepanyol. Menurut beliau,
etika merupakan suatu kebiasaan atau keperluan untuk berbuat
baik yang seterusnya membentuk suatu tingkah laku untuk
bertindak secara baik. Beliau percaya bahawa kualiti etika yang
baik berupaya membantu semua manusia menjalani kehidupan
dengan harmoni dan telus.
(iv) Aya Rand - ahli falsafah yang terkenal selepas Perang Dunia
Pertama. Menurut beliau, etika merupakan satu ilmu sains
6

untuk mencari cara-cara yang sesuai untuk kehidupan seseorang


individu. Etika merupakan satu kajian tentang norma dan nilai.
(v) Abu Nasr Al-Farabi (abad ke-10) dikatakan individu yang
paling menguasai ilmu etika dan ketamadunan Aristotle. Selain
menguasai bidang etika dan falsafah, Al Farabijuga menguasai
bidang kedoktoran, sains tulen terutamanya kimia dan fizik,
matematik, sejarah, logik, Bahasa dan falsafah. Selain menjadi
'pewaris' ilmu Aristotle, beliau juga menguasai ilmu etika dan
ketamadunan Plato dan Socrates. Perbezaan pendekatan Al
Farabi dengan ilmuwan-ilmuwan terdahulu adalah daripada
segi mengaitkan pandangan ilmuwan terdahulu dengan
panduan yang terdapat dalam al-Quran dan al-Hadith.
(vi) Imam Abu Hamid Al-Ghazali (abad ke-11 Masihi) menyatakan
bahawa etika merupakan satu entiti yang berada dalam diri
setiap manusia yang mendorong manusia melakukan sesuatu
perbuatan tanpa perlu berfikir (secara mendalam atau aras
tinggi) dan kebiasaannya berlaku secara spontan. Beliau
telah membahagi etika yang sempuma terdiri daripada empat
komponen utama, iaitu kebijaksanaan (intelek), keberanian,
pemaaf dan adil.
(vii) Imam Al-Ghazali (abad ke-12 Masihi) mentafsirkan etika atau
akhlak kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tingkah laku
(tabiat) dan adat kebiasaan yang didasarkan kepada keadaan
jiwa (a state of soufJ.
(viii) Syed Othman Al-Habshi - etika merupakan salah satu sistem
kehidupan yang lengkap. Menurut beliau, nilai semata-mata
tidak memberikan apa-apa makna kepada manusia sekiranya
gagal dikaitkan dengan persediaan manusia bagi menghadapi
kehidupan yang lebih bermakna dan berkekalan, iaitu alam
akhirat. Sebenamya, definisi ini memenuhi keperluan maksud
bagi kebanyakan agama, iaitu wujudnya pertimbangan dosa
dan pahala serta syurga dan neraka.

1.2.2 Definisi Etika

Berdasarkan perbincangan berkenaan pandangan beberapa orang


tokoh etika dan definisi etika mengikut kamus, dapat disimpulkan
7

bahawa etika merupakan Ilmu yang membicarakan kelakuan manusia,


perbuatan atau tingkah laku manusia, mana yang dapat dinilai baik
dan mana yang tidak baik. Etika mengandungi ketentuan-ketentuan
(norma-norma) dan nilai-nilai yang dapat digunakan dalam kehidupan
seharian. Dalam konteks dunia moden hari ini, kita melihat kepada
prinsip moral dan nilai yang baik, tercema dalam diri kita dan terzahir
dalam tingkah laku kita tanpa perlu disuruh. Maksud etika juga boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu definisi mengikut bidang bahasa dan
sosiologi. Mengikut bidang Bahasa, etika merupakan prinsip moral
atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Manakala dari
sudut bidang sosiologi pula, etika ditafsirkan sebagai satu piawaian
menyeluruh mengenai benar atau salah yang menjelaskan apa yang
sebenamya perlu dilakukan oleh manusia dalam konteks apa yang
benar, tanggungjawab, manfaat kepada masyarakat atau sifat baik.
Etika juga merupakan satu disiplin atau cabang ilmu yang mengkaji
tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan
manusia yang betul. Ini bermakna, etika dan moral merupakan dua
istilah sinonim atau perkataan berbeza tetapi mempunyai maksud
yang sama (sila rujuk bahagian sinonim etika).
Asal perkataan 'etika' mempunyai pelbagai pandangan.
Bagaimanapun, kebanyakan ilmuwan mempercayai bahawa etika
berasal daripada perkataan 'Ethos', iaitu perkataan Yunani. 'Etos'
membawa maksud sikap, keperibadian, watak serta keyakinan
terhadap sesuatu. Pembentukan etos menerusi amalan yang diulangi
secara berterusan (kebiasaan) yang membentuk satu sistem nilai
yang diyakini oleh setiap individu. Manakala daripada segi akademik
pula, etika merupakan salah satu cabang daripada ilmu falsafah yang
membuat penyelidikan tentang moral (etika) dan tingkah laku manusia
daripada segi tindakan baik dan buruk yang seharusnya diketahui
dan diamalkan dalam kehidupan sama ada dari sudut individu,
masyarakat dan negara. Ini bermakna, etika bukan sahaj a dimiliki oleh
individu (etika individu) tetapi juga sekumpulan individu (individu
berkongsi dengan individu-individu lain), iaitu dikenali sebagai etika
kumpulan, negara, sejagat (universal) atau etika profesion. Etika
profesion merupakan etika kumpulan yang bersifat lebih formal yang
8

menentukan tatacara bekerja mengikut bidang pekerjaan seperti etika


pekerjaan kedoktoran, guaman, pendidik dan sebagainya. Manakala
etika negara dan sejagat pula merupakan etika kumpulan dalam
bentuk geopolitik yang lebih luas merangkumi semua nilai dan norma
yang dikongsi dalam sesebuah negara, budaya atau komuniti serantau
(negara-negara Asia Tenggara, Asia) dan dunia.
Etika bersifat relatif; iaitu tidak bersifat mutlak. Perbezaan
etika antara individu dan kumpulan sangat dipengaruhi oleh faktor
peribadi terutamanya faktor psikologi seperti persepsi dan sikap
individu atau sekumpulan individu. Ini bermakna, sesuatu perlakuan
atau nilai mungkin dipandang berbeza-beza antara individu atau
kumpulan individu kerana walaupun sesuatu kelakuan itu dianggap
beretika mengikut kaca mata orang yang melihat, ia biasanya perlu
akur kepada norma-norma sosial yang diterima umum yang bersifat
individual atau tempatan.
Istilah 'etos' pula telah menerbitkan tingkat etika yang disebut
sebagai etiket. Bagaimanapun, akibat perubahan masa dan pengaruh
kuasa-kuasa dunia semasa terutamanya oleh kuasa besar Barat
terutamanya British, etos, etika dan etiket telah difahami secara
berbeza-beza berdasarkan kepada konteks atau situasi. Ketiga-tiga
istilah ini datang dan dibawa oleh kolonial dan kekal dalam zaman
pasca-kolonial atau zaman moden ini. Sering kali istilah-istilah ini
digunakan dalam konteks organisasi atau institusi. Oleh itu, etos dan
etiket walaupun secara dasarnya membawa maksud yang sama tetapi
telah ditafsirkan secara berbeza-beza mengikut konteks.
Etos dari sudut Bahasa merangkumi sifat ciri sesuatu bangsa,
budaya, era, dan sebagainya seperti pelukis Malaysia berupaya
menghasilkan karya yang benar-benar mencerminkan aspirasi,
falsafah dan peradaban masyarakat dan negara kita. Manakala dari
sudut sosiologi pula, etos merupakan usaha manusia membangunkan
bangsa berdasarkan latar individu, keluarga dan komuniti berbagai
serta berbeza sejarah, etnik, bahasa, agama, budaya dan latar geografi
melebihi kesepakatan ciri asas negara atau bangsa Ini bermakna,
istilah 'etos' adalah istilah untuk memperincikan ciri-ciri sesuatu
bangsa. Di dalamnya terkandung identiti dan jati diri seseorang. Di
Malaysia, konsep Etos Bangsa adalah konsep yang menjelaskan
9

mengenai Etos Nasional Bangsa Malaysia. Konsep ini telah diungkap


secara jelas dalam ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tahun
1992 ketika melancarkan Wawasan 2020 untuk menggambarkan ciri-
ciri bangsa Malaysia yang bersatu menjelang tahun 2020. Konsep
ini berkaitan dengan keterikatan emosi kolektif nasional dengan
sejarah sosial dikongsi, menerima pasak dan pelantar integrasi dalam
perlembagaan, dan mendukung tadbir urus dan pembangunan yang
menjamin kesepaduan, kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Keterikatan emosi kolektif nasional ini membina kesetiaan dan
kecintaan kepada negara hingga lahir semangat patriotisme dan
nasionalisme yang melangkau batas etnik, agama dan wilayah.
Etiket dari sudut bahasa ditafsirkan sebagai adat dan peraturan
berkaitan kesopanan tingkah laku atau kelakuan terutamanya dalam
kehidupan sosial atau dalam bidang profesion tertentu. Dari sudut
sosiologi pula, etiket merupakan istilah merujuk kepada piawaian
berkaitan adat istiadat (istilah tradisional). Pada masa sekarang,
konsep ini sering diguna dalam konteks organisasi atau institusi untuk
menunjukkan tatacara, peraturan berkaitan protokol dan etiket sosial
dalam majlis.
Kod-kod etika merupakan garis panduan kepada tingkah laku
bagi sesebuah kumpulan untuk mengawal, menjamin dan melindungi
tingkah laku yang bermoral dalam kumpulan tersebut. Ia dinyatakan
secara formal sama ada bertulis atau tidak. Ini bermakna, ia
dikuatkuasakan mengikut perundangan sama ada secara dalaman atau
oleh pihak luar. Pada kebiasaannya, penguatkuasaan oleh pihak luar
dilaksanakan secara wajib oleh pemerintah. Contohnya, setiap syarikat
yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia mesti mematuhi kod-kod
etika pengurusan seperti Kod Etika Lembaga Pengarah. Pemantauan
pematuhan kod dilaksanakan secara berkala oleh Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia, iaitu badan perundangan yang mengawal selia perjalanan
syarikat awam berhad di Malaysia. Selain itu, pihak pengurusan
syarikat-syarikat awam berhad berkenaan juga turut melaksanakan
pemantauan pematuhan oleh ahli organisasi terhadap semua kod-kod
etika pengurusan menerusi jawatankuasa atau unit kawalan kualiti
atau audit dalaman.
10

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07 /30/

Rajah 1.3 Antara contoh majlis yang mementingkan etiket.

1.2.3 Etika Menurut Islam

Islam merupakan salah satu agama samawi (selain Kristian dan


Yahudi) yang meletakkan nilai-nilai kemanusiaan atau hubungan
11

personal, interpersonal dan masyarakat secara agung dan luhur, tidak


ada perbezaan antara satu sama lain, adil, relevan, aman dan damai
yang mengikat setiap individu dalam masyarakat. Kata dasar agama
'Islam' itu sendiri, iaitu "salima" membawa maksud kedamaian.
Ini bermakna, selain mementingkan kedamaian hati individu,
agama ini juga mementingkan kedamaian (keharmonian) kehidupan
berkumpulan dan ini sebenarnya merupakan fitrah yang hadir dalam
diri manusia iaitu cintakan kedamaian. Sekiranya manusia bersikap
sebaliknya (bercelaru atau berkonflik), ia adalah bertentangan dengan
fitrah kejadian manusia dan lebih mengikut hawa nafsunya sendiri.

1.2.4 Proses Etika Islam

Islam, menerusi al-Quran dan al-Hadith telah menyediakan panduan


dan garis panduan lengkap berkenaan etika dan pengamalan (proses)
etika oleh setiap ahli atau penganutnya. Setiap perlakuan atau tingkah
laku mesti didasarkan kepada niat yang baik. Niat yang baik mesti
bersumberkan kepada kedua-dua sumber hukum berkenaan (al-Quran
dan al-Hadith) dan dilaksanakan secara teliti dan berhati-hati untuk
setiap tindakan. Perlaksanaan mesti dilaksanakan secara cekap dan
berkesan dengan mendasari kehendak Tuhan sebagai tonggak atau
penentu utama perlakuan. Kualiti dan kecemerlangan (konsep 'itqan ')
mesti dipentingkan dengan mendasari piawaian hubungan dengan
Tuhan dan manusia lain (harmoni) sebagai penentu kejayaan.

1.2.5 Sinonim Etika

Konsep etika sering dirujuk sebagai akhlak, moral dan nilai.


Berikut merupakan perbincangan ringkas maksud ketiga-tiga istilah
berkenaan sama ada membawa maksud yang sama (sinonim) dengan
istilah etika:

a. Akhlak

Perkataan 'akhlak' adalah berasal dari bahasa Arab, iaitu 'khuluq'


yang bererti kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tingkah laku
(tabiat) dan adat kebiasaan. Akhlak didefinisikan sebagai budi pekerti,
12

kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah


laku manusia dan seumpamanya yang menentukan sama ada baik atau
jahat. Akhlak menurut Islam ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan,
sikap, tingkah laku (tabiat) dan adat kebiasaan yang dinyatakan dalam
al-Quran dan yang dinisbahkan (didasarkan) kepada segala perbuatan
(termasuk percakapan) Rasulullah SAW atau dikenali sebagai as-
Sunnah. Berdasarkan kepada kenyataan ini, boleh dikatakan bahawa
akhlak dan etika merupakan konsep yang sama atau dua istilah yang
smomm.

b. Moral

Perkataan 'moral' berasal daripada bahasa Latin' mores atau moralitas'


yang ditakrif-kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya
yang menentukan piawai atau norma kelompok atau keadaan satu-
satu tindakan manusia atau cara perwatakan, sama ada secara individu
atau kelompok. Ini bermakna, konsep moral membawa pengertian
kesedaran tentang ajaran atau pegangan berkenaan dengan baik buruk
sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang sejajar dengan
tatasusila dan peraturan masyarakat. Konsep moral merujuk kepada
kawalan tingkah laku yang berlandaskan standard-standard yang
dihayati serta diamalkan oleh seseorang individu Seseorang yang
dikatakan memiliki tingkah laku yang bermoral sekiranya tingkah
laku beliau berdasarkan kepada prinsip-prinsip atau peraturan-
peraturan yang diterima.
Moral adalah kefahaman atau pengertian mengenai hal yang
baik dan hal yang tidak baik manakala etika ialah tingkah laku
manusia, baik mental mahupun fizikal mengenai hal-hal yang sesuai
dengan moral itu. Ini bermakna, moral merupakan "sistem tingkah
laku" yang sudah ada sejak dahulu kala dan diwariskan secara turun
temurun manakala etika pula merupakan sikap kritis setiap peribadi
dan kelompok masyarakat dalam merealisasikan moral tersebut. Etika
menganalisis sistem moral dan mengemukakan apakah sistem yang
sepatutnya dan membuat penilaian kritis terhadap konsep-konsep
seperti konsep kebaikan, keburukan, kebahagiaan, keadilan dan
sebagainya. Kesimpulannya, etika merupakan konsep yang lebih luas
dan moral merupakan sebahagian daripadanya. Ilmu untuk memahami,
13

menghayati dan melaksanakan prinsip-prinsip moral adalah menerusi


etika kerana etika merupakan ilmu yang memberitahu kita mengenai
persoalan-persoalan yang berhubung dengan sistem moral atau
tingkah laku yang dihayati oleh seseorang individu atau golongan
tertentu. Ini bermakna, etika bersifat teori dan merupakan satu cabang
ilmu yang mengkaji moral. Moral pula bersifat praktikal (merujuk
kepada tingkah laku atau perlakuan). Ini bermakna, moral merupakan
bahan yang dikaji dalam penghasilan konsep dan teori etika.

c. Nilai

Nilai berasal daripada perkataan value yang membawa maksud sifat


perbuatan atau tingkah laku sama ada baik atau buruk, digalakkan
atau ditegah, betul atau salah dan seumpamanya. Ini bermakna, nilai
merupakan satu konsep yang sama seperti konsep moral, iaitu nilai
merupakan ukuran perlakuan yang menjurus kepada penentuan sama
ada perlakuan berkenaan beretika atau tidak. Nilai sering dipadankan
dengan ganjaran dan dendaan seperti berbuat baik akan diberi pujian
atau penghargaan, manakala perbuatan jahat atau yang dilarang
dikenakan hukuman dendaan atau pengukuhan negatif yang lain.

d. Norma

Berasal daripada perkataan 'norm' yang bermaksud piawa1an,


mengumpulkan serta mengatur (menyusun) sesuatu sehingga
membentuk suatu sistem. Etika pula merangkumkan serta
mengkodifikasikan setiap norma (menjadi satu sistem) untuk di
komunikasi, dihayati dan diamalkan oleh individu dalam kumpulan.
Ini bermakna, konsep norma merupakan sinonim dengan konsep
moral dan nilai, iaitu merujuk kepada sifat fizikal etika bagi penentuan
sama sesuatu tingkah laku atau perbuatan itu baik atau buruk atau sah
atau tidak sah.

e. Teori Popular Etika

Terdapat dua teori terkenal yang sering digunakan oleh ahli sosiologi
dan falsafah dalam memahami dan menerangkan penghayatan dan
14

pengamalan etika oleh individu dan kumpulannya. Kedua-dua teori


berkenaan ialah:
(i) Teori Keperibadian Mulia - Menurut teori keperibadian mulia,
etika adalah berkaitan dengan keperibadian, sifat perangai
dan ciri watak yang mulia. Teori ini mula dikemukakan oleh
Aristotle. Menurut beliau bahawa keperibadian yang mulia
ini boleh dimiliki dan diperoleh oleh individu melalui latihan
dan mengamalkannya selalu sehingga menjadi satu tabiat atau
kebiasaan yang menyeronokkan dan menyenangkan. Teori ini
menyatakan bahawa setiap keperibadian yang mulia merupakan
''j alan tengah", iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak
berlebihan dan tidak juga terlalu kurang. Contohnya, seseorang
yang mengamalkan nilai berani hendaklah mengelakkan diri
daripada perkara yang terlalu merbahaya tetapi bukan semua
bahaya. Teori ini menekankan cara-cara ideal untuk individu
menjadi seorang insan yang mulia.
(ii) Teori Kemoralan Sosial - Teori Kemoralan Sosial cenderung
mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep etika. Ia
merujuk kepada standard atau ukuran moral yang merangkumi
nilai-nilai yang mementingkan masyarakat. Individu bukan
sebagai matlamat kemoralan. Nilai atau peraturan ini adalah
ukuran dan persetujuan masyarakat. Oleh itu individu
bertanggungjawab untuk mematuhi standard moral ini demi
menjaga kerukunan sosial yang sedia ada. Sebagai contoh,
umat Hindu dikehendaki mengamalkan apa yang diperintahkan
dan menjauhi apa yang dilarang menerusi dharma dan ahimsa.

1.2.6 Dimensi Etika

Walaupun secara mudahnya etika merupakan satu bidang ilmu


yang membicarakan kelakuan manusia, perbuatan atau tingkah laku
manusia, mana yang dapat dinilai baik dan mana yang tidak baik, ia
boleh diukur atau diterangkan menerusi pengamalan dimensi-dimensi
pengukuran seperti:
(i) Bertanggungjawab- setiap perlakuan atau keperluan bertingkah
laku dianggap sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
secara terbaik dan memenuhi kehendak pemberi arahan, baik
15

daripada Tuhan mahupun oleh manusia lain (kumpulannya).


Selain melaksanakan semua amanah yang diberikan, individu
juga berani bertanggungjawab atas kesilapan, kerosakan atau
sebarang kesalahan pada masa hadapan.
(ii) Amanah-dimensi yangmenyokong dimensi bertanggungjawab,
iaitu melaksanakan sepenuhnya setiap tanggungjawab atau
kepercayaan yang telah diberikan.
(iii) Tepati janji - apabila menerima arahan, tanggungjawab atau
permintaan, individu akan berusaha melaksanakan atau
menunaikan seperti piawaian atau dikehendaki oleh pemberi
arahan berkenaan.
(iv) Tepati masa - setiap tindakan atau tanggungjawab lazimnya
perlu dilaksanakan dalam jangka masa tertentu atau mengikut
perjanjian. Oleh itu, menjadi tanggungjawab individu untuk
melaksanakan dan menyelesaikan semua tugasan atau arahan
dalam jangka masa yang dijanjikan atau dalam jangka masa
yang munasabah.
(v) Jujur-individu menyertakan tanggungjawab untuk menyatakan
mengikut keadaan atau kemampuan sebenar.
(vi) Yakin - individu yang beretika lazimnya bertindak atas
prinsip 'berani kerana benar'. Kebenaran yang dipercayai
oleh individu berkenaan berdasarkan maklumat-maklumat
sahih yang diperoleh sebelum membuat keputusan. Oleh itu,
berdasarkan kepada kebenaran berkenaan, individu berani
membuat keputusan dan bertindak.
(vii) Berani - keyakinan didasarkan kepada kebenaran yang
diyakini atau berdasarkan kepada kesahihan maklumat. Oleh
itu, individu beretika lebih berani bertindak demi kebenaran
dan menolak atau tidak bertindak atas maklumat yang sedikit
atau tidak sahih kerana memikirkan sebab dan akibat tindakan
beliau.
(viii) Iltizam (kesungguhan) - apabila berjanji, melakukan sesuatu
atau menerima sebarang amanah, individu akan melaksanakan
sepenuhnya dan sebaik mungkin walaupun berhadapan dengan
pelbagai cabaran atau tidak dijanjikan sebarang ganjaran atau
manfaat langsung atau tidak langsung.
16

(ix) Berkata benar - antara ciri utama individu beretika adalah


melakukan kepercayaan sahih terhadap setiap perlakuan yang
telah atau sedang dilakukan atau janji perlakuan. Individu
tidak akan menyimpan sebarang maklumat tidak benar atau
menyampaikan maklumat tidak benar bagi melepaskan
diri daripada bertanggungjawab pada setiap tindakan atau
keputusan yang telah dibuat oleh beliau atau oleh individu lain
di bawah seliaan beliau.
(x) Ikhlas - dimensi ini merupakan ciri paling utama dan tertinggi
dimiliki oleh individu beretika, iaitu melakukan sebarang
tindakan atau perbuatan tanpa mengharapkan balasan,
manfaat atau ganjaran diberikan oleh orang lain. Lazimnya,
individu melakukan atas dasar perikemanusiaan dan mengikut
kepercayaan agamanya.
(xi) Berintegriti - melakukan sebarang tindakan secara berhati-
hati seolah-olah setiap orang sedang memberikan penilaian
terhadap pematuhan etika dan peradaban.

Jadual 1.1 Senarai dimensi penting etika individu

Dimensi Etika
Bertanggungjawab Berani
Amanah Iltizam (kesungguhan)
Tepati janji Berkatabenar
Tepati masa lkhlas
Yakin Berintegriti
Jujur

1.2.7 Istilah dan Konsep Padanan Etika

Terdapat beberapa istilah dan konsep yang diwujudkan oleh budaya


atau masyarakat untuk dipadankan atau menyokong etika. Antara
istilah atau konsep berkenaan seperti adab, adat istiadat, adat resam,
etika, etos dan etiket.
17

a. Adah

Dari segi bahasa, adab merujuk kepada pekerti, tingkah laku dan
bahasa yang dituturkan secara baik, tertib, halus dan sopan. Kata
lawan kepada adab seperti tidak tahu adap atau kurang sopan.
Contohnya, merendahkan suara apabila berbicara dengan individu
yang lebih dewasa atau pemimpin merupakan adab mulia yang
dituntut oleh masyarakat. Adab juga digunakan sebagai kata dasar
kepada 'peradaban', iaitu perlakuan, budi pekerti, tingkah laku,
perbuatan dan seumpamanya oleh individu telah mencapai tahap
kemajuan yang tinggi dalam kehidupannya. peradaban sistem dan
tahap perkembangan sosial sesuatu bangsanya. Ia dianggap sebagai
tonggak kepada kemajuan sosial dan kebudayaan individu dan
bangsanya.

b. Adat istiadat

Adat istiadat merupakan himpunan atau kepelbagaian adat dan


kebiasaan individu dan masyarakatnya. Kebiasaannya, ia merujuk
kepada majlis tertentu atau sambutan sesuatu peristiwa seperti majlis
pertabalan pemerintah, perkahwinan, hari ulang tahun kemerdekaan
dan sebagainya. Perlaksanaan adat istiadat ini memerlukan setiap ahli
masyarakat yang terlibat mematuhi dan melaksanakan pelbagai adat
atau peraturan. Ia dilaksanakan mengikut peraturan secara tertib dan
cermat terutama dalam majlis-majlis rasmi yang melibatkan susun atur
protokol yang tinggi. Contohnya seperti Majlis Pertabalan Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Sepanjang
tempoh perlaksanaan majlis berkenaan, terangkum langkah demi
langkah yang melambangkan bahawa masyarakat atau negara kita
ini sebenarnya mempunyai peradaban yang tersendiri yang diwarisi
dan perlu dihormati oleh semua warganegara sama ada yang lahir,
tinggal menetap dan membesar di sini atau warganegara yang sedang
berada di luar negara yang mungkin tidak dilahirkan dan membesar
di Malaysia tetapi masih berstatus warganegara Malaysia. Selain itu,
setiap warga atau pihak yang datang bekerja di negara ini juga perlu
menghormati dan mematuhi adat istiadat berkenaan.
18

c. Adat resam

Adat resam merupakan adat yang telah sebati atau menjadi kebiasaan
kepada setiap individu dalam sesuatu kaum atau kawasan. Contohnya
seperti adat resam berkaitan perkahwinan seperti merisik, bertunang,
majlis perkahwinan sebagainya. Setiap etnik, suku bangsa atau
kaum memiliki adat resam mengikut amalan dan kepercayaan
masing-masing seperti adat resam etnik Melayu, Cina, India, Jawa,
Minangkabau, Kadazan, Iban, Bajau dan pelbagai etnik dan suku
bangsa lain di Malaysia. Memahami, menguasai dan menghayati adat
resam oleh individu merupakan satu kemestian supaya setiap rakyat
Malaysia dapat menjalani kehidupan dalam komuniti etniknya dengan
baik. Selain itu, pemahaman dan sensitif terhadap adat resam etnik
atau suku bangsa lain akan membolehkan kehidupan setiap rakyat
menjadi lebih harmoni dan seterusnya menguatkan negara bangsa
Malaysia. Ini kerana, memahami adat resam etnik atau suku bangsa
dapat mewujudkan komuniti yang saling menghormati dan menjaga
hubungan baik antara individu, keluarga dan komuniti, apatah lagi
kita tidak boleh mengelak diri daripada bertemu dan berurusan setiap
hari dengan semua atau kebanyakan ahli komuniti dalam negara ini.

1.3 MEMAHAMI PERADABAN

Seperti yang dinyatakan sebahagian kandungan dalam perbincangan


awal konsep etika, peradaban merupakan istilah dan konsep yang
mencakupi perkara yang lebih luas dan etika merupakan sebahagian
daripadanya. Setiap negara perlu memiliki satu peradaban yang
setanding atau lebih baik daripada bangsa atau negara lain. Seperti
dinyatakan dalam bahagian etika, kata dasar istilah 'peradaban'
adalah 'adab'. Adab secara ringkasnya merujuk kepada perbuatan atau
tingkah laku (budi pekerti) oleh individu yang baik dan bersesuaian
dengan persekitarannya terutama persekitaran sosiobudayanya.
Peradaban juga sering diistilahkan sebagai tamadun atau kemajuan
negara bangsa. Perbincangan dalam bahagian berikut ini diharapkan
dapat menjelaskan maksud peradaban dan beberapa istilah yang
dikaitkan dengan peradaban baik daripada segi bahasa Melayu
mahupun daripada bahasa ilmu antarabangsa.
19

1.3.1 Definisi Peradaban

Peradaban ditakrifkan sebagai "keadaan masyarakat yang dicirikan


oleh atau didasarkan kepada taraf kemajuan kebendaan serta
perkembangan pemikiran baik daripada segi sosial, budaya atau
cara hidup. Manakala menurut kebanyakan ahli sejarah Malaysia,
terutamanya dalam korpus penulisan berbahasa Melayu sebelum
kedatangan Islam, perkataan yang digunakan bagi maksud peradaban
ialah "budaya yang bertunjang kepada ketinggian nilai dan kehalusan
budi pekerti. Namun ketika ini, perkataan yang sering digunakan
bagi menggambarkan peningkatan kehidupan masyarakat ini adalah
kemajuan atau pembangunan.

Sumber: https://www.dkfindout.com/us/history/mesopotamia/babylon/

Rajah 1.4 Ilustrasi sebuah kota peradaban Mesopotamia, peradaban


paling awal di dunia.

1.3.2 Istilah Peradaban Mengikut Peradaban Utama Dunia

Peradaban Mesopotamia oleh kerajaan Babylon merupakan


peradaban paling awal di dunia yang berusia lebih 6,000 tahun.
Kebanyakan dimensi peradaban bermula di sini seperti kewujudan
kerajaan dan negara pertama dunia, pengenalan undang-undang
20

bertulis, perkembangan ilmu astronomi, ilmu perubatan, penciptaan


roda, penciptaan alat pengangkutan terawal (kapal dan pedati), dan
pembuatan batu bata. Ilmu perundangan terkenal, iaitu Undang-
undang Hammurabi yang diperkenalkan oleh raja Hammurabi (raja
keempat Babylon) diperakui sebagai perundangan pertama hasil
pemikiran manusia yang menjadi pendukung utama kemajuan
peradaban Mesopotamia. Selain daripada Undang-undang
Hammurabi, peradaban Mesopotamia juga diperakui peradaban yang
mewujudkan kawasan utama pembangunan seperti pusat kota, tembok
kota, luar kota dan pelabuhan, konsep pertahanan yang lengkap (kubu
dan pintu gerbang atau pintu kota), kluster kediaman seperti istana,
rumah kediaman, rumah ibadat, pasar danjalan, hubungan luar negara
serta konsep perbandaran (kota dan negara).
Ilmu peradaban terkini di dunia pada masa sekarang banyak
dipengaruhi oleh istilah dan konsep yang dibawa oleh Eropah atau
kolonial Eropah terutamanya oleh British (bahasa Inggeris). Konsep
peradaban terkini dikatakan berasal daripada perkataan Inggeris
'Civilization ', iaitu konsep yang berasal daripada perkataan Latin
(Civitas) bermaksud bandar atau kota. Manakala daripada segi istilah
pula, peradaban berasal atau menggunakan kata dasar 'adab', seperti
yang dinyatakan dalam bahagian awal. Selain itu, istilah peradaban
sering kali disamakan erti dengan istilah ketamadunan atau kemajuan
kehidupan dalam pelbagai aspek.
Istilah dan konsep ketamadunan pula merupakan istilah dan
konsep peradaban yang berasal daripada perkataan 'Tamaddun 'dalam
bahasa Arab. Sebagai pewaris kepada peradaban awal dunia seperti
Mesopotamia dan Mesir serta bahasa paling tua di dunia yang masih
diguna pakai oleh ramai orang sejak 2,000 dahulu (tidak mengalami
perubahan sejak zaman awal penggunaannya), istilah peradaban dalam
bahasa Arab juga pelbagai. Selain Tamaddun, konsep peradaban juga
mengguna istilah dan konsep-konsep seperti Hadharah, Madaniyyah,
Umran, Thaqafa. Perkataan 'tamadun' telah digunakan oleh ramai
pengguna bahasa Melayu bagi menggambarkan kemajuan sesebuah
masyarakat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal.
Manakala daripada segi perspektif semasa, perkataan 'tamadun'
merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi
selari dengan penonjolannya dalam tamadun semasa dunia.
21

Penggunaan istilah peradaban lebih popular digunakan di Indonesia


berbanding di Malaysia. Istilah 'maddana 'pula merupakan kata kerja
merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan
memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan inilah diterbitkan
perkataan madani yang merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan
dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang
terpuji. Selain itu, kedua-dua perkataan maddana dan madani adalah
berasal daripada perkataan Arab 'deen ' yang bermaksud agama. Ini
bermakna, peradaban atau ketamadunan hanya dianggap lengkap
sekiranya dipadankan atau dikawal selia oleh agama atau sering
dinamakan sebagai kehidupan beragama manusia moden (istilah
moden juga berasal daripada perkataan maddana).

1.3.3 Peradaban atau Tamadun

Perbincangan dalam bahagian awal menimbulkan polemik


penggunaan, iaitu sama ada hendak menggunakan istilah peradaban
atau tamadun. Keadaan ini berlaku kerana kedapatan ahli akademik
mengatakan bahawa istilah peradaban lebih sesuai digunakan kerana
istilah ini merangkumi tingkat kemajuan kehidupan rohani dan
jasmani berbanding istilah tamadun yang hanya merangkumi tahap
pemikiran yang tinggi dengan tarafbudaya dan tahap pemikiran yang
halus. Bagaimanapun, sekiranya dirujuk perbincangan awal, kedua-
dua istilah berkenaan adalah istilah sinonim kerana kedua-duanya
memberi penekanan terhadap dua perkara utama, iaitu kehalusan
budi pekerti dan penempatan (pembangunan atau perbandaran).
Bagaimanapun, istilah peradaban didapati lebih baik diguna pakai
secara meluas berbanding istilah tamadun kerana kewujudan istilah
peradaban berasal daripada perkataan Melayu sedangkan istilah
tamadun berasal daripada perkataan Arab.

1.3.4 Tokoh Akademik Peradaban

Perbincangan tokoh akademik atau ilmuwan peradaban sebenar


didasarkan kepada tokoh yang menghasilkan penulisan ilmiah yang
masih diguna pakai sehingga ke hari ini. Walaupun nabi Adam a.s.
diperakui oleh agama Yahudi, Kristian dan Islam sebagai individu
22

pertama yang memiliki dan memanfaatkan ilmu peradaban dan


seterusnya diwarisi oleh nabi Idris (Enoch) a.s. dan nabi Ibrahim
(Abraham) a.s. sebelum ilmu-ilmu berkenaan disebarluaskan kepada
seluruh manusia. Selain itu, raja Hammurabbi yang wujud antara
zaman nabi Idris a.s. dan nabi Ibrahim a.s. diiktiraf sebagai manusia
biasa (bukan nabi atau prophet) yang mewarisi sebahagian besar ilmu
yang diwarisi oleh nabi Idris a.s. selepas kewujudan manusia generasi
selepas nabi Nuh (Noah) a.s. Bagaimanapun, walaupun nabi Idris
a.s. dikatakan mewariskan ilmu penulisan pertama dunia (suhuf Idris
atau 'book of Enoch'), ia tidak diiktiraf sebagai karya ilmuwan atau
akademik manusia kerana ia dianggap kalam atau kitab Tuhan. Oleh
itu, perbincangan bahagian ini akan didasarkan kepada hasil penulisan
ilmiah oleh tokoh-tokoh manusia biasa terutama tokoh dunia.
Walaupun peradaban Yunani atau Greek merupakan peradaban
ketiga dunia dan ia wujud selari dengan kewujudan peradaban China
dan Lembah Indus, tetapi penghasilan bahan bertulis berkaitan ilmu
etika dan peradaban (falsafah) dimulai oleh tokoh falsafah Greek
iaitu Plato. Plato dikatakan telah memperkenalkan konsep polis
dalam karyanya 'The Republic' yang merujuk kepada bentuk dan
jenis masyarakat yang mencapai tahap kemajuan danjuga kewujudan
institusi-institusi budaya, politik dan kemasyarakatan dalam rangka
jalinan hubungan sosialnya (walaupun konsep-konsep ini telah
diperkenalkan oleh raja Hammurabi semasa tamadun Mesopotamia).
Ilmu Plato ini diteruskan dan dikembangkan oleh ilmuwan besar
selepasnya seperti Socrates dan Aristotle serta ilmuwan peradaban
Islam.
Selain Plato, Socrates dan Aristotle, ramai lagi penulis-
penulis ilmu peradaban zaman moden dari barat menghasilkan bahan
ilmiah berkaitan konsep peradaban. Homby dan Pomwell (1972)
telah mentakrifkan peradaban (civilization) sebagai usaha untuk
meningkatkan pencapaian hidup oleh manusia daripada kemunduran
kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik dan
moral. Manakala menurut Toynbee (1972) peradaban sebagai satu
bentuk pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi
politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak.
Farmer (1977) pula mentakrifkan peradaban sebagai unit budaya yang
terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada perkongsian
23

norma-norma sosial, tradisi dan institusi-institusi yang berterusan dari


satu generasi ke satu generasi.
Tokoh falsafah Islam iaitu Ibn Khaldun mengemukakan
teori Umran Badawi dan Umran Hadhari bagi menjelaskan makna
dan maksud tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan
budaya. Ibn Khaldun telah mentakrifkan peradaban sebagai satu
keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
Manakala menurut Abu al-A'la al-Maududi, peradaban (hadharah)
merujuk kepada segala apa yang dihasilkan oleh sesuatu bangsa
yang bersumberkan ilmu pengetahuan, adab, kesenian yang indah,
pembuatan, ciptaan, perkembangan terhadap kehidupan peribadi dan
masyarakat serta cara-cara yang digunakan dalam kehidupan politik.
Selain itu, Ibn Khaldun Umran pula telah mentakrifkan peradaban
sebagai sesuatu yang dinikmati oleh masyarakat yang telah mencapai
tahap kemajuan dalam pelbagai segi kehidupan. Sayyid Qutb pula
mendefinisikan peradaban sebagai tahap kemajuan berteraskan syariat
Tuhan bertunggakan kepada nilai moral Islam. Nilai moral yang tidak
berlandaskan Islam dan bertentangan dengan ajaran Islam ditolak
sama sekali. Abu Nazir Al-Farabi pula mentakrifkan peradaban
(menerusi pengenalan konsep Madaniyah) sebagai satu pencapaian
umat Islam di kota (kawasan perbandaran) yang berasaskan wahyu,
iaitu akidah, syariat dan akhlak.
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapat dirumuskan
bahawa konsep peradaban barat dan Islam berbeza. Peradaban
mengikut pandangan pemikir atau ahli akademik barat berkisar
kepada pencapaian material. Manakala konsep peradaban oleh
pemikir atau ahli akademik Islam bukan sahaja berkisar kepada
pencapaian material terapi juga pencapaian kerohanian (spiritual)
dalam sesebuah masyarakat atau negara. Secara ringkasnya, dapat
disimpulkan bahawa peradaban boleh ditakrifkan sebagai sejumlah
pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan
kemajuan (seperti sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan
lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan
peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi
pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara
bangsa.
24

1.4 KEPENTINGAN ETIKADAN PERADABAN

Etika dan peradaban merupakan antara perkara penting dalam


mewujud dan membangunkan sebuah negara bangsa (bangsa dan
negara berdaulat). Terdapat dua sumbangan penting ilmu etika dan
peradaban kepada manusia dan negara, iaitu melahirkan rakyat
atau warganegara yang mengamalkan perlakuan beretika dan
berperadaban serta melestarikan negara bangsa sesuatu bangsa atau
negara. Kepentingan etika dan peradaban dalam sesebuah masyarakat
atau negara dapat dilihat daripada kejayaan masyarakat atau negara
berkenaan berjaya melahirkan warga atau ahli masyarakat atau negara
yang memiliki ciri-ciri seperti:
(i) Berkeperibadian tinggi;
(ii) Saling menghormati;
(iii) Hidup harmoni;
(iv) Membina negara bangsa;
(v) Bertanggungjawab;
(vi) Amanah;
(vii) Berani; dan
(viii) Rajin.

Sebagai seorang manusia, individu lahir, membesar dan


menjalani kehidupan melalui pembelajaran tidak formal dan formal.
Manusia dijadikan Tuhan dengan keupayaan belajar dengan pelbagai
cara- mendengar, melihat, berfikir dan akhimya di zahir dalam tingkah
laku bagi menjalani kehidupan setiap hari, iaitu sejak dilahirkan
ke dunia sehinggalah hari kematian. Oleh itu, menguasai etika dan
menghayati peradaban bermakna penting bagi kita untuk belajar,
mendengar, melihat, berfikir dan bertingkah laku sebagai seorang
manusia yang baik. Justeru, menghayati etika dan peradaban dalam
negara kita ini dapat menjadikan kita kenal asal usul adab, adat istiadat
dan adat resam kita etnik dan masyarakat asal di Malaysia yang telah
diwarisi daripada generasi terdahulu, menghayati etika dan peradaban
yang kita sulam dan adaptasi dari wilayah alam Melayu yang lain
dan zaman kolonial yang dilalui oleh negara kita. Semuanya, supaya
kita dapat memiliki keperibadian yang tinggi, saling menghormati,
dapat hidup dalam keadaan harmoni serta ciri-ciri individu terbaik,
25

dan seterusnya dapat membina sebuah negara bangsa yang hebat


menerusi suatu bentuk peradaban yang baik beradab dan berakhlak
hebat.
Selain berupaya meningkatkan kualiti rakyat atau warganegara,
penghayatan etika dan peradaban juga dapat membantu sesebuah
masyarakat atau negara memperbaiki kedudukan dalam 'kitaran
peradaban' (civilization cycle). Menurut model atau teori putaran
peradaban, setiap peradaban akan melalui peringkat-peringkat
peradaban bermula daripada peringkat permulaan (pengadunan)
sehinggalah kepada kemerosotan (kejatuhan). Berdasarkan kepada
fakta sejarah, model atau teori kitaran peradaban ini temyata benar
dan perlu diambil perhatian oleh setiap masyarakat dan negara di
dunia. Contohnya, peradaban kerajaan Melayu Melaka yang terkenal
bermula daripada sebuah kawasan penempatan nelayan (Orang Laut)
yang digembleng dan dimajukan oleh Parameswara (Sultan Iskandar
Shah) pada sekitar 1390 atau 1395 (Parameswara merupakan raja
terakhir Temasek, iaitu Singapura pada masa sekarang serta di musnah
dan dijajah oleh kerajaan Majapahit pada 1389). Kesultanan Melayu
Melaka menjadi negara perdagangan dunia yang masyhur dunia pada
bermula pada pemerintahan Sultan Muzaffar Shah pada sekitar 1445
sehingga ia mula diserang dan kemudiannya dijajah oleh Portugis
pada 1511, iaitu kitaran peradaban selama 100 hingga 120 tahun.
Model atau teori kitaran peradaban ini paling awal dikatakan
telah diperkenalkan oleh Ibn Khaldun sekitar tahun 1380an menerusi
buku beliau al-'Thar (Muqaddimah). Kejayaan Ibn Khaldun
memperkenalkan model kitaran peradaban serta model dan teori-teori
sains sosial dan sejarah yang lain telah diiktiraf oleh ramai sejarawan
terkenal dunia. Antara sejarawan berkenaan seperti sejarawan terkenal
barat (British), iaitu Arnold Toynbee (1948). Beliau telah mengiktiraf
Ibn Khaldun sebagai satu-satunya sejarawan peradaban ulung dan
terbaik dunia. Ibn Khaldun menyatakan bahawa, setiap negara atau
masyarakat akan melalui tiga fasa atau tahap utama, iaitu tahap
permulaan (kelahiran), tahap kehidupan dan pengembangan, dan
tahap lemah atau kejatuhan. Pada tahap kelahiran, sentimen kesukuan
atau kekitaan (assabiah atau ethnocentrism) mendominasi peradaban
terutamanya untuk memenuhi keperluan asas. Tahap kehidupan
dan pengembangan pula dicirikan oleh sistem pemerintahan dan
26

sosioekonomi yang lebih sistematik dan perbandaran yang maju


dan berkembang. Manakala fasa ketiga pula tahap keruntuhan atau
kemerosotan terutamanya akibat mementingkan kemajuan dan
pemilikan kebendaan serta kemerosotan perasaan kekitaan. Berdasarkan
kepada model atau teori kitaran peradaban ini, jelas menyatakan
bahawa sesebuah negara bangsa wujud, berkembang dan maju akibat
wujudnya semangat kekitaan (kebersamaan) oleh setiap ahli.
Antara model kitaran peradaban yang popular ialah model
kitaran peradaban yang diperkenalkan oleh Carroll Quigley (1960).
Menerusi model ini terdapat tujuh tahap kitaran peradaban yang
dilalui oleh setiap masyarakat atau negara, iaitu:
(i) Tahap 1: Pengadunan (mixture);
(ii) Tahap 2: Kelahiran (gestation);
(iii) Tahap 3: Pengembangan (expansion);
(iv) Tahap 4. Konflik;
(v) Tahap 5: Empayar dunia (universal empire);
(vi) Tahap 6: Merosot (decay); dan
(vii) Tahap 7: Penjajahan (invasion).

Bagaimanapun, kelainan model kitaran peradaban Quigley


ini hanyalah daripada segi perincian ketiga-tiga tahap model Ibn
Khaldun terutamanya daripada segi fasa pengembangan dan merosot.
Peringkat pengembangan diwakili oleh empat fasa, iaitu fasa kelahiran,
pengembangan, kon:flik dan empayar dunia. Keempat-empat fasa
dalam peringkat pengembangan ini memaparkan kemakmuran
ekonomi, sosial dan perluasan tanah jajahan (geopolitik) serta
peningkatan ilmu pengetahuan. Manakala peringkat kejatuhan atau
mundur pula dibahagiakan kepada fasa kemerosotan (kemunduran)
dan dijajah oleh kuasa atau negara yang lebih maju atau kuat.

1.5 ETIKADAN PERADABAN ACUAN


MALAYSIA

Pemahaman, penghayatan dan amalan etika dan peradaban oleh


sesebuah masyarakat atau negara perlu diasaskan kepada pengalaman
dan aspirasi masyarakat atau negara berkenaan. Konsep ini dikenali
27

sebagai 'mengikut acuan' masyarakat atau negara berkenaan.


Inilah yang dimaksudkan oleh penghayatan etika dan peradaban
mengikut acuan Malaysia, iaitu pemahaman dan penghayatan etika
dan peradaban oleh semua rakyat atau warganegara Malaysia perlu
didasarkan kepada pengalaman dan aspirasi penubuhan Malaysia.
Oleh itu, ini memerlukan semua rakyat atau warganegara Malaysia
memahami konteks etika dan peradaban mengikut susur masa atau
sejarah dan masa hadapan negara. Ini bermakna, terdapat tiga susur
masa utama yang perlu difahami dan dihayati oleh setiap rakyat atau
warganegara Malaysia, iaitu pra-kolonial, kolonial dan pasca-kolonial.
Susur masa pertama dan kedua merupakan maklumat paling penting
untuk difahami dan dihayati kerana ia menentukan masa hadapan atau
apa yang wujud pada masa sekarang dan masa hadapan. Sekiranya
dipadankan dengan konsep kitaran peradaban, kedua-dua susur masa
berkenaan merujuk kepada fasa pembentukan sedangkan susur masa
ketiga ialah penentu kelestarian dan kewujudan negara Malaysia.
Berikut merupakan perbincangan ketiga-tiga susur masa berkenaan:

1.5.1 Pra-Kolonial

Susur masa pra-kolonial ini merujuk kepada satu zaman ketika negara
ini belum dijajah oleh penjajah Eropah, iaitu sebelum 1511 Masihi.
Tahun 1511 diguna sebagai rujukan kerana pada tahun inilah sebuah
kerajaan utama di Tanah Melayu dijajah oleh penjajah Eropah, iaitu
Portugis. Walaupun dipahat dalam diari sejarah bahawa kedatangan
Portugis untuk mendapatkan rempah dan hasil bumi jajahan Melaka,
tetapi sebenarnya ia dilakukan atas dasar pertimbangan agama, iaitu
persaingan agama Kristian dan Islam pada ketika itu. Pada ketika ini
(pra-kolonial), konsep etika telah terjelma dalam tingkah laku dalam
kehidupan seharian, formal atau tak formal, disebut sebagai adab,
adat istiadat dan adat resam. Ini kerana, sebelum kedatangan penjajah
Eropah (iaitu pra-kolonial), penduduk Tanah Melayu, iaitu orang
Melayu telah memiliki etika dan peradaban yang maju bersesuaian
dengan taraf sebagai sebuah negara perdagangan antarabangsa yang
utama. Selain maju dari sudut kebendaan (bangunan dan sistem
pemerintahan dan perbandaran sistematik), masyarakat ini juga
mempunyai amalan adab sopan yang tinggi. Berjalan menundukkan
28

sedikit tubuh badan apabila lalu di hadapan orang lebih tua,


menundukkan sedikit tubuh ketika berjabat tangan dengan orang
lebih tua adalah antara adab sopan yang telah diamalkan sejak sekian
lama dan telah diwarisi sehingga ke hari ini.

Sumber: http://keseniankriya.blogspot.com/2015/02/tanya-jawab-tentang-
perjanjian-giyanti.html

Rajah 1.5 Ilustrasi keadaan semasa zaman pra-kolonial.

1.5.2 Kolonial

Susur masa Kolonial pula merujuk kepada suatu zaman ketika negara
kita dijajah oleh penjajah Eropah, iaitu selepas 1511. Permulaan susur
masa ini berlaku bukan kerana pihak Portugis memiliki kelengkapan
perang yang lebih moden atau peradaban yang lebih maju tetapi
kerana masalah dalaman, iaitu seperti yang dinyatakan oleh model
kitaran peradaban lbn Khaldun sebagai peringkat kemerosotan, iaitu
majoriti ahli atau rakyat mementingkan kebendaan dan kurangnya
sifat kekitaan (perpecahan berlaku). Ini mewujudkan pembelot (akibat
perasaan dengki dan tidak puas hati terhadap kumpulan tertentu) yang
menyebabkan wujudnya kumpulan-kumpulan pembelot kumpulan 'Si
Kitul' . Kumpulan ini bukan sahaja wujud semasa kejatuhan Melaka
tetapi sehingga penjajahan Belanda dan Inggeris.
29

Sumber: https:/ /geotrainingstudio.com/2020/07/0 I /slide-and-coach-topics/

Rajah 1.6 Beberapa tinggalan peradaban kolonial setelah penjajahan


Melaka pada 1511.

Pada susur masa ini, usaha mendoktrinkan pemikiran penduduk


Tanah Melayu berlaku sejak 1511 lagi apabila Portugis melantik
pastor-pastor gereja mengetuai kepimpinan tentera dan pentadbiran
30

di Goa, India dan Melaka (Melaka berada di bawah seliaan pejabat


jajahan di Goa). Bermula daripada insentif perkahwinan dengan
wanita tempatan di kalangan banduan (kebanyakan tentera Portugis
di kalangan banduan) dan lelaki Portugis lain dalam bentuk ganjaran
wang dan pelepasan cukai oleh pemerintah sehinggalah pengenalan
pemikiran dan budaya Portugis (barat atau Kristian) di kalangan
penduduk tempatan. Pada ketika inilah bermulanya perang saraf
terhadap penduduk tempatan sebagai mundur dan pemalas. Hal
ini jelas dapat kita lihat daripada pelbagai bahan penulisan penulis
upahan sama ada dari barat mahupun di kalangan penulis tempatan.
Hasil karya kononnya agung, iaitu Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin,
1612), adalah antara hasil karya yang merendah-rendahkan peradaban
Melayu terutamanya daripada segi kekuatan persenjataan ketenteraan.
Hasil karya seperti inilah berserta penulisan-penulisan lain telah
diguna bagi menyokong usaha mengubah pemikiran dan amalan
peradaban maju Melayu kepada tradisional seperti yang wujud ketika
Tanah Melayu awal abad ke-20.
Selain doktrinisasi pemikiran, penjajah Portugis, Belanda
dan British telah berusaha memperkenalkan pelbagai amalan adat
resam, adab dan adat istiadat yang berjaya diterapkan dalam budaya
penduduk tempatan seperti cara berpakaian, cara makan, percakapan,
cara menghormati, berjabat tangan, memberi salam, urus tadbir,
sistem pentadbiran, ketuanan sosial (kelas sosial), memberi tabik
hormat, dan sebagainya. Semuanya ini telah kita kenali pada masa
sekarang sebagai etika, etos dan etiket yang mereka hayati dalam
kehidupan mereka dan mereka laksanakan dalam urusan pemerintahan
mereka. Sebahagian daripada ahli masyarakat Melayu semasa zaman
kolonial, terutamanya yang mempunyai hubungan langsung dengan
pihak kolonial (terutamanya British) telah memerhati, menyulam dan
mengadaptasi secara langsung dan tidak langsung dalam kehidupan
seharian. Dalam sistem pemerintahan, kita melaksanakan sepenuhnya
acuan pemerintahan kolonial pada masa itu.

1.5.3 Pasca Kolonial

Susur masa ini merujuk kepada jangka masa setelah kemerdekaan


Tanah Melayu pada 1957, penubuhan Malaysia pada 1963 sehinggalah
31

pada masa sekarang, atau era selepas kemerdekaan. Kebanyakan ahli


masyarakat telah menerima secara penuh atau sebahagian variasi
dan percampuran versi etika kolonial secara langsung (semasa era
kolonial) atau melalui teknologi (terutamanya teknologi media
dan maklumat) selepas hari kemerdekaan sehinggalah pada masa
sekarang. Nilai etika bercampur baur ini menyebabkan budi pekerti
individu, tingkah laku dan bahasa merosot. Kini, zaman pasca-
kolonial (selepas kemerdekaan), telah mengekalkan kebanyakan
daripada rakyat Malaysia dengan etika dan peradaban tradisional
dan bercampur (tetapi etika dan peradaban kolonial atau barat lebih
dominan). Variasi ini ditambah bukan sahaja hasil tinggalan kolonial,
tetapi dikembang luas dengan globalisasi teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) terutamanya teknologi media sosial. Adah, adat,
etika, etos dan etiket kita telah bercampur baur sehingga mengubah
identiti dan jati diri kebanyakan rakyat Malaysia dalam kebanyakan
keadaan, suasana, tindakan dan tingkah laku berbeza-beza. Oleh sebab
itulah, kita sebagai generasi yang hidup dalam era globalisasi ICT,
perlu menghayati makna etika dan peradaban yang telah diacuankan
dalam negara kita sejak sekian lama. Mempelajari, menguasai,
menghayatinya supaya kita akan tetap mempunyai identiti dan jati
diri Malaysia walau di mana sekalipun kita berada.

1.6 KERANGKAANALISIS ETIKADAN


PERADABAN ACUAN MALAYSIA

Kerangka analisis atau juga dikenali sebagai proses kajian atau


penyelidikan merujuk kepada asas atau kerangka untuk menganalisis
atau mengkaji bagi memahami etika dan peradaban mengikut
keperluan, aspirasi dan pengalaman atau lebih dikenali sebagai
'mengikut acuan' Malaysia. Sarjana Sosiologi bemama C. Wright
Mills, telah mengemukakan idea beliau untuk memahami masyarakat
melalui konsep "imaginasi sosiologikal", iaitu penelitian berdasarkan
tiga komponen penting, iaitu Sejarah, Struktur Sosial, dan Biografi.
Perbincangan berikut dapat membantu kita melihat bagaimana alat
analisis ini digunakan dalam konteks menghayati etika dan peradaban
acuan Malaysia.
32

1.6.1 Sejarah

Istilah sejarah (history) berasal daripada Arab iaitu 'syajaratun' yang


bermaksud pokok, bermula daripada akar sehingga hujung helaian
daun (pucuk). Manakala mengikut istilah 'history' merupakan istilah
bahasa Yunani, iaitu 'Histories ' yang bermaksud suatu penyelidikan
ataupun kajian. Menurut Herodotus, iaitu "Bapa Sejarah Dunia",
sejarah merupakan satu proses kajian untuk menceritakan suatu
perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan
peradaban. Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle pula,
sejarah merupakan satu sistem yang meneliti suatu kejadian daripada
awal dan tersusun dalam bentuk urutan atau kronologi. Pada masa
yang sama, menurut beliau juga sejarah merupakan peristiwa-
peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-
bukti yang konkrit. Manakala menurut Collingwood (1966), sejarah
ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-hal yang telah dilakukan
oleh manusia pada masa lampau (peristiwa yang telah lalu) dan benar-
benar telah berlaku atau terjadi. Selain itu, wujud konsep 'sejarah
berulang' (repeating history), iaitu suatu keadaan di mana peristiwa-
peristiwa sejarah yang pemah berlaku pada suatu masa lalu, terjadi lagi
pada masa-masa yang berlainan, iaitu pada masa sekarang mahupun
pada masa yang akan datang. Ini kerana sejarah itu dianggap sebagai
suatu gejala yang berulang-ulang, iaitu sesuatu peristiwa itu berlaku
berulang kali di dalam satu proses yang saling berkaitan serta silih
berganti, seperti yang telah dibuktikan oleh lbn Khaldun menerusi
model kitaran peradaban. Proses yang dimaksudkan itu mempunyai
kaitan yang erat dengan kemunculan sebuah negara yang mempunyai
suatu titik kelahiran. Kemudian meningkat maju sehingga mencapai
kejayaan dan seterusnya apabila tiba suatu masa ia akan mengalami
kemerosotan atau keruntuhan. Maka dengan itu, dipercayai kitaran
ini akan sentiasa berulang-ulang dari satu masa ke masa yang lain
mengikut perkembangan politik sesebuah negara. Berdasarkan
kepada keterangan berkenaan, kewujudan pengulangan sejarah
boleh berlaku sekiranya manusia mengulang semua atau sebahagian
perlakuan yang melanggar etika dan peradaban yang dilakukan oleh
generasi terdahulu. Selain itu, manusia juga boleh mengelak daripada
perulangan sejarah menerusi tindakan pembetulan yang bersesuaian
33

berdasarkan kepada pengalaman sejarah komunitinya. Dalam konteks


ilmu sosiologi, sejarah ialah himpunan peristiwa dan pengalaman
lalu yang saling berkait melibatkan individu, keluarga dan komuniti
dalam masyarakat. Ini bermakna, meneliti sejarah ialah dengan
melihat kembali asal usul kita di negara ini. Adakah kita penduduk
asal atau kita sebahagian daripada proses migrasi dalam wilayah alam
Melayu atau migrasi daripada peradaban cina, India, Arab, Eropah
dan sebagainya. Bagaimanakah negara ini dibentuk menjadi sebuah
negara?

1.6.2 Struktur Sosial

Struktur sosial daripada segi bahasa merupakan satu sistem sosial.


Manakala daripada segi ilmu sosiologi, ia merujuk kepada hubungan
yang dibina dan terjalin dalam sesebuah masyarakat yang berfungsi
untuk menggerakkan dinamik masyarakat. Setiap ahli atau rakyat
mempunyai tahap penghayatan terhadap etika dan peradaban di
Malaysia berbeza-beza berdasarkan struktur sosial kita. Struktur sosial
ini melibatkan komuniti dan sistem sekeliling sama ada tak formal
atau formal di mana kita tinggal, kita dibesarkan, kita bersekolah dan
kita bekerja, iaitu pengalaman sepanjang kehidupan individu dalam
sistem sosialnya. Setiap sistem sosial memiliki lapisan-lapisan sosial
yang perlu difahami. Memahami lapisan-lapisan struktur sosial akan
membolehkan kita menghayati etika dan peradaban kita telah terbina
dan sedang berlangsung dalam sesebuah masyarakat atau negara.

Kelas Atasan

Kelas Menengah

Kelas Pekerj a

Rajah 1.7 Sistem sosial.


34

Secara umumnya, sistem sosial asas mengandungi empat


kumpulan, iaitu kelas bawahan, pekerja, menengah dan atasan.
Berdasarkan kepada kedudukan kumpulan dalam piramid sistem
sosial, kumpulan yang berada di lapisan bawah mesti akur atau
berkhidmat kepada kumpulan yang berada di lapisan lebih atas.
Berdasarkan kepada situasi sebenar, dua kumpulan aras bawah, iaitu
kelas bawahan dan pekerja terdiri daripada golongan yang diperintah
atau dikawal, manakala dua kumpulan yang berada di aras lebih atas,
iaitu kelas menengah dan atasan merupakan golongan pemerintah
atau yang mengawal dua kumpulan yang lebih rendah.

1.6.3 Biografi

Biogra:fi dari sudut bahasa merujuk kepada riwayat atau kisah hidup
seseorang. Manakala daripada segi ilmu sosiologi pula, biografi
merujuk kepada fenomena struktur sosial dan proses sejarah yang
mencorakkan pengalaman individu, keluarga, komuniti dalam
masyarakat dan sebaliknya, boleh pula mencorakkan struktur sosial
dan proses sejarah. Pemahaman terhadap proses pembentukan
biografi terbentuk oleh sejarah dan sistem sosial di negara kita
akan membolehkan kita mengenali siapa diri kita sekarang ini serta
biografi orang yang penting bagi negara kita. Ini bermakna, menerusi
penghayatan biogra:fi diri sejak lahir hingga kini, setiap individu
akan memahami dengan lebih mendalam bagaimana dia menjalani
hidup, bagaimana dirinya telah terbentuk hasil daripada sejarah diri kita
dan struktur sosial yang membentuk diri mereka. Berdasarkan kepada
konteks Malaysia, pemahaman biogra:fi tertentu dalam pelbagai bidang
penting dalam pembangunan negara bangsa seperti pemimpin, usahawan
(ahli akademik), ilmuwan, ahli sains serta biografi ahli bidang lain
dapat membantu rakyat membina jati diri mengikut acuan Malaysia ..

1.7 KLOSTER PENGHAYATAN ETIKA DAN


PERADABAN MENGIKUT PERINGKAT

Perbincangan bahagian ini berkisar kepada elemen penting yang


membentuk sesebuah masyarakat atau negara, didasarkan kepada
empat perspektif utama, iaitu individu, keluarga, komuniti dan
35

negara. Individu, keluarga dan komuniti ialah struktur sosial asas


sebuah masyarakat. Setiap rakyat atau warganegara boleh meneliti
penghayatan etika dan peradaban yang telah terbina dalam diri
sendiri, etika dalam keluarganya dan etika dalam komuniti (tempat
tinggal, tempat belajar dan tempat kerja). Individu boleh menilai
tahap penghayatan etika dan peradaban bagi setiap perlakuan oleh
mereka, keluarga dan komuniti sama ada bersifat baik atau sebaliknya.
Pastinya, setiap masyarakat atau negara mengingini individu,
keluarga dan komuniti yang mempunyai tahap penghayatan etika
dan peradaban terbaik bagi mewamai masyarakat dan negara pada
masa sekarang dan masa hadapan. Seperti yang dinyatakan, setiap
perlakuan beretika baik perlu diberikan ganjaran dan begitu pula
bagi perbuatan yang melanggar etika atau tidak baik perlu diberikan
pengukuhan negatif atau dendaan untuk mengelak daripada ia wujud
dan berkembang serta boleh memusnahkan peradaban negara dalam
jangka panjang.
Selain penilaian penghayatan etika dan peradaban di
peringkat individu, keluarga dan komuniti oleh masyarakat atau
negara, penghayatan etika dan peradaban oleh sesebuah negara atau
masyarakat juga akan dinilai atau dilihat secara relatifnya oleh negara-
negara lain atau dalam konteks global. Biografi negara kita akhimya
akan dilihat berdasarkan faktor masyarakat, negara dan pasaran.
Biografi masyarakat yang beretika dan mempunyai peradaban yang
baik akan membentuk dan meletakkan negara dalam kedudukan
yang baik serta dihormati. Pada masa sekarang terdapat pelbagai
pengukuran kedudukan (ranking) negara daripada pelbagai aspek
etika dan peradaban peringkat global seperti Indeks Amalan Rasuah
dan sebagainya. Kedudukan sesebuah masyarakat atau negara amat
bergantung kepada tahap penghayatan domestik (individu, keluarga
dan komuniti) terhadap etika dan peradaban. Contohnya, negara Jepun
dianggap sebagai negara paling bersih kerana setiap ahli masyarakat
atau rakyatnya mementingkan kebersihan. Piawaian antarabangsa
atau global ini penting bukan sahaja daripada segi ekonomi (menarik
pelaburan asing) tetapi juga membolehkan setiap rakyat Malaysia
dipandang mulia oleh masyarakat antarabangsa.
36

1.8 SOMBER ETIKA DAN PERADABAN

Perbincanganawaldalamtopikinimenyatakanbahawasetiapperlakuan
baik atau menepati kehendak etika dan peradaban masyarakat atau
negara perlu diberikan ganjaran untuk mempopularkan di kalangan
semua ahli atau rakyat. Begitu pula sebaliknya, setiap perlakuan tidak
baik atau melanggar etika dan peradaban masyarakat atau negara perlu
didenda bagi mengelak daripada ia diulangi oleh individu berkenaan
atau menjadi ikutan oleh individu lain terutamanya generasi masa
hadapan. Pada kebiasaannya, pemberian pengukuhan sama ada
bersifat positif atau negatif didasarkan kepada tiga sumber, iaitu:

a. Undang-undang

Undang-undang, peraturan dan hukum merupakan beberapa istilah


yang dirujuk kepada sumber etika ini. Ia mungkin dinamakan
sebagai perundangan, perlembagaan, piawaian, prosedur, peraturan
dan seumpamanya yang dihasilkan atau digubal oleh individu atau
sekumpulan manusia. Kod Hammurabi telah diiktiraf sebagai
perundangan pertama yang diwujudkan oleh sebuah negara bangsa
di dunia. Kod Hammurabi telah digubal oleh Raja Hammurabi, raja
keenam dalam dinasti kerajaan Babylon dan Mesopotamia sekitar
4,000 hingga 4,500 tahun dahulu. Kod Hammurabi mengandungi
sebanyak 282 peraturan atau piawaian yang berteraskan kepada hak
setiap rakyat terhadap keadilan. Tujuan utama perundangan Kod
Hammurabi adalah untuk meminimumkan konflik sosial antara strata
(lapisan rakyat) agar organisasi (institusi dan negara) menjadi lebih
kuat dan utuh. Ini bermakna, fokus utama kod Hammurabi ini adalah
mempromosi dan menguatkuasakan tingkah laku bersesuaian dengan
perpaduan negara. Undang-undang ini dikomunikasikan kepada semua
rakyat menerusi penulisan (dipahat) pada tembok-tembok, tiang-tiang
serta tablet batu bersurat. Mengikut kod ini, hukuman dan dendaan
mestilah setimpal dengan kesalahan. Bagaimanapun, hukuman
berbeza-beza mengikut strata sosial atau susun lapis masyarakat.
Contohnya, jika seorang bangsawan membunuh bangsawan lain,
maka hukumannya ialah hukuman bunuh. Bagaimanapun, sekiranya
37

bangsawan berkenaan membunuh seseorang daripada strata yang


lebih rendah seperti rakyat biasa, hukuman berkenaan boleh dibayar
dengan sesuatu yang bemilai seperti emas atau perak.

b. Amalan Harian

Amalan harian juga dikenali sebagai adat atau ikutan yang berlaku
dalam susur masa yang panjang. Setiap perbuatan atau tingkah
laku yang dilaksanakan secara berulang kali selama 20 hingga 40
kali akan menjadi kebiasaan kepada individu. Sekiranya mendapat
pengukuhan positif (ganjaran), perlakuan berkenaan akan diteruskan
malah diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Begitu juga sekiranya diberikan pengukuhan negatif atau dendaan,
sesuatu perlakuan akan diberhentikan. Ini bermakna, setiap perlakuan
yang terkeluar atau yang bertentangan dengan etika dan peradaban
semasa perlu dihentikan dengan pemberian pengukuhan negatif
sama ada berbentuk verbal (perkataan) ataupun tindakan seperti
merotan, kompaun atau dipenjarakan. Perbezaan persepsi terhadap
norma dan nilai etika dan peradaban sering memberi masalah untuk
mengawal atau membendung penularan atau pewarisan perbuatan
atau amalan yang bertentangan dengan etika dan peradaban bersama,
iaitu sesetengah masyarakat atau negara tidak mengenakan sebarang
tindakan pengukuhan negatif untuk mengekang atau menghalang
perbuatan pelanggaran etika dan peradaban daripada terus menjadi
amalan atau adat di kalangan ahli masyarakat atau rakyat sesebuah
negara.

c. Kepercayaan

Kepercayaan boleh berbentuk nilai bersama atau lebih dikenali


sebagai adat atau berdasarkan kepada agama. Adat seperti yang
dinyatakan dalam bahagian awal, mungkin amalan-amalan yang
dilazimkan (dibiasakan) oleh individu dan kumpulan, atau diamalkan
sejak generasi awal. Selain itu, adat mungkin juga diadaptasi daripada
panduan agama. Agama pula merupakan sumber perundangan yang
disediakan oleh Tuhan kepada setiap manusia. Walaupun wujud
38

kumpulan manusia yang mengakui mereka tidak beragama, tetapi


kebanyakan manusia cenderung kepada anutan agama. Semua
agama mempunyai panduan etika dan peradaban. Fenomena agama
penting dan perlu difahami oleh setiap manusia bertamadun kerana ia
merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Bagaimanapun,
kebanyakan manus1a cenderung mencampuradukkan antara
kepercayaan agama serta kepercayaan adat dan (dihasilkan oleh
manusia). Ini bermakna, sekiranya manusia mahu merujuk kepada
agama anutan mereka, manusia perlu merujuk kepada kitab agama
dan bukannya penulisan atau buku suntingan manusia. Rujukan
karya manusia boleh dilakukan tetapi berdasarkan kepada panduan
agama, iaitu setelah merujuk kepada kitab Tuhan bagi mendapatkan
pencerahan mengikut konteks. Contohnya, memahami konsep syurga
dan neraka perlu dirujuk kepada kitab agama dan bukannya menerima
pakai mengikut amalan generasi terdahulu atau yang lebih dewasa.
Bahagian seterusnya dalam buku ini akan membincangkan secara
mendalam peranan agama dan adat dalam mempengaruhi penghayatan
etika dan peradaban.

1.9 KESIMPULAN

Penghayatan etika dan peradaban mengikut acuan Malaysia di


kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi baharu amat penting
demi kelangsungan hidup negara Malaysia. Penghayatan etika
dan peradaban memerlukan pembaca memahami konsep etika dan
peradaban serta melihat kepada kepentingan etika dan peradaban
terhadap kelangsungan hidup (survival) sesebuah masyarakat dan
negara. Model atau teori kitaran peradaban perlu difahami oleh
setiap rakyat Malaysia untuk memahami betapa pentingnya semangat
kekitaan bertonggak kepada penghayatan etika dan peradaban
mengikut acuan Malaysia. Penghayatan etika dan peradaban
mengikut acuan Malaysia menuntut semua rakyat atau warganegara
Malaysia melihat kepada fakta (pengalaman) sejarah, struktur sosial
dan biogra:fi terpilih berdasarkan kepada tiga susur masa, iaitu pra-
kolonial, kolonial dan pasca-kolonial.
BAB2

KONSEP ETIKA DAN PERADABAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bah ini, pelajar akan dapat:


1. Menjelaskan konsep etika dan peradaban manusia.
2. Menghuraikan kepentingan etika dan peradaban dalam
kehidupan manusia sejagat.
3. Menganalisis nilai etika dan peradaban di timur dan
barat yang menjadi tunggak kekuatan sesebuah negara
di samping merujuk nilai-nilai etika dan peradaban dari
perspektif agama-agama yang utama.

2.1 PENGENALAN

Pada bah ini, tumpuan perbincangan berfokus kepada konsep etika dan
peradaban yang menjadi cerminan bagi sesebuahnegara bagi mencapai
taraf kemajuan yang diidamkan sama ada dari sudut fizikal mahupun
spiritual. Mutakhir ini terdapat berbagai-bagai isu yang menampakkan
suasana yang kurang sihat berlaku dalam negara apabila ahli politik
negara menunjukkan sikap kurang matang dalam mengendalikan
sesuatu isu. Ini memberikan gambaran yang negatif kepada generasi
muda kini terhadap pemimpin-pemimpin negara terutamanya pihak
pembangkang yang seolah-olah tidak mempedulikan kepentingan
rakyat dan negara dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang
diberikan. Tingkah laku ahli politik kini seolah-olah tidak merujuk
kepada tingkah laku moral yang menjadi ukuran terhadap betul atau
salah dalam melaksanakan sesuatu tindakan.
Justeru, ia menunjukkan etika peradaban yang dibina selama
ini tercalar akibat daripada tindakkan yang tidak menggambarkan
konsep etika dan peradaban pada masa kelahiran awalnya yang sangat
dikaitkan dengan kesempumaan sesebuah negara dalam mewujudkan
40

sistem kehidupan sosial, politik dan ekonomi yang mengambil kira


unsur-unsur etika dan peradaban secara khas atau etika dan peradaban
secara am, yang menjadi ciri-ciri utama masyarakat beradab,
berakhlak, berbudi bahasa dan bersopan santun yang sama sekali
berlawanan dengan keadaan ganas dan liar. Suasana harmoni yang
selama ini dibina adalah berteraskan etika dan peradaban yang tinggi
nilai ketimurannya dan menampakkan kehidupan orang timur khasnya
masyarakat Malaysia yang mempunyai ciri-ciri dan keterampilan
yang diperakui oleh masyarakat antarabangsa.

2.2 KONSEP ETIKA

Perkataan etika merujuk kepada istilah Yunani iaitu ethos dan etikos
yang membawa maksud sifat, watak, kelaziman, terbiasa, tempat
yang selalu terbiasa, cara hidup atau budaya manakala ethikos pula
bermaksud tatasusila, adab, tingkah laku atau perbuatan yang baik
(Hamzah, 1991). Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak,
tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala ethics bermaksud prinsip
akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic
bermaksud system of moral and principal rules of conduct yang
bermaksud sistem prinsip akhlak; peraturan-peraturan perilaku.
Manakala ethics pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian
kepada akhlak. Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan,
keyakinan ataupun telahan terhadap sesuatu perkara sama ada ianya
benar, salah, baik atau buruk. Dapatlah diringkaskan bahawa etika
bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi
pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan.
Justeru, etika adalah merujuk kepada falsafah moral yang
merupakan satu cabang dalam bidang falsafah yang melibatkan
menyusun, memperkemaskan, mengemukakan dan mencadangkan
kelakuan yang betul dan salah. Ia merujuk kepada tingkah laku moral
seseorang insan dalam melakukan sesuatu tindakan dalam keadaan
tertentu. Ia juga merupakan ukuran kepada sesuatu tindakan dan
perbuatan seseorang berasaskan betul dan salah ketika melaksanakan
tanggungjawab insani dalam mengharungi kehidupan (Syarifah
Haayati, 2000). Ia berkait rapat dengan nilai-nilai moral yang menjadi
41

ikutan dan sandaran bagi seseorang individu ataupun masyarakat


dalam menentukan perbuatan, tindakkan dan perangai masing-
masing. Orang yang meletakkan kehidupannya beretika sudah pasti
memastikan dirinya bertanggungjawab dalam kehidupan harian
yang boleh mendatangkan faedah kepada diri sendiri, keluarga dan
masyarakat. Sebagai contoh seseorang dikatakan beretika apabila
jujur melaksanakan tugasan hariannya tanpa melihat kepada agenda
peribadi yang boleh mencemarkan nama baik organisasi atau tempat
kerjanya.

2.2.1 Pembahagian Etika

Dalam membicarakan tentang etika, sudah tentu di sana terdapat


pembahagiannya yang khusus. Oleh yang demikian etika terbahagi
kepada dua kategori iaitu etika yang merujuk kepada deskriptif dan
normatif. Kedua-duanya mempunyai makna yang tersendiri bagi
memahami konsep dan maksud etika yang lebih spesifik. Bagi etika
deskriptif ia adalah suatu disiplin yang membicarakan sistem moral
yang dipegang oleh individu atau golongan tertentu. Ianya berbeza
kedudukannya mengikut perbezaan individu, masa, tempat atau
keadaan. Perbicaraannya adalah merangkumi aspek yang sangat luas.
Manakala etika normatif pula meneliti, menilai, mengkritik,
mengomentar dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang
sedia ada. Ianya berperanan mencadangkan satu sistem etika yang
standard dan boleh diguna pakai selari dengan matlamat organisasi
berpandukan sistem yang sedia ada, contohnya "etika pendidikan",
"etika pemimpin" dan "etika perubatan" (Mohd Nasir, 1992).

2.3 KONSEP PERADABAN

Istilah peradaban (civilization) atau tamadun berasal dari kata


maddana yang bererti peradaban dan perbaikan dalam budaya
sosial. Ia juga merujuk kepada kehalusan tatasusila dan keluhuran
kebudayaan sesuatu masyarakat (Ibn Manzur, 1988). Kata peradaban
memberi pengertian adab, kesopanan, kesantunan serta kehalusan.
Istilah peradaban juga adalah keadaan serta tingkatan kemajuan pada
42

kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat, atau


keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada
taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial,
budaya, politik dan lain-lain); negara dan penduduknya yang telah
mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran
(sosial, budaya, politik dan lain-lain); budaya atau cara hidup orang-
orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman); dan keadaan pemikiran
(budaya dan moral yang halus ). Kalau dilihat kepada istilah peradaban
atau civilization pada awal kemunculannya dikaitkan dengan proses
pembuatan undang-undang, kehakiman, keteraturan, institusi polis
atau peradaban secara am yang menjadi ciri-ciri masyarakat yang
beradab. Ianya sama sekali berlawanan dengan keadaan masyarakat
yang ganas dan liar (Amri, 2012).
Taylor (1958) pula merumuskan definisi civilization merujuk
kepada suatu kajian etnografi sebagai suatu penjelasan yang luas
mengenai sesuatu budaya tentang adat, kepercayaan, pengetahuan,
tingkah laku, adat dan apa pun jua kebolehan dan kebiasaan yang
didapatkan oleh manusia sebagai salah seorang anggota masyarakat.
Melko (1969) menegaskan bahawa konsep peradaban adalah
merujuk kepada budaya yang tinggi dan kompleks, kebiasaannya
sangat berbeza dengan budaya sederhana dalam hal pengurusan
terhadap alam sekitar, termasuk di dalamnya amalan pertanian dalam
skala besar dan pentemakan haiwan. Dalam peradaban digunakan
peralatan logam yang sudah maju dan roda untuk pengangkutan.
Kemajuan dalam bidang ekonomi membuatkan masyarakat boleh
mengeluarkan lebihan makanan dan keperluan-keperluan lain.
Hasil mahsul yang melimpah ruah ini melahirkan masyarakat
yang tidak hanya tertumpu pada kerja-kerja bertani dan buruh
semata-mata sebaliknya wujudnya anggota masyarakat yang boleh
menumpukan pekerjaannya kepada pembangunan bandar, penciptaan
seni-seni yang kompleks, penulisan pemikiran dan penjagaan catatan
dan dokumen. Muhammad Abdul Jabbar ( 1980) berpandangan bahawa
peradaban atau tamadun adalah pencapaian manusia mengandungi
elemen-elemen yang kompleks dalam menghasilkan bentuk kota,
skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan rangka kerja
politik. Beliau menyatakan bahawa tamadun yang tertua di dunia
ialah Tamadun Mesopotamia yang lahir lebih kurang 5000 tahun
43

yang lampau. Tamadun lahir apabila manusia mula tinggal menetap


dalam kumpulan-kumpulan besar di bandar dan mengamalkan
pengkhususan pekerjaan. Ini menyebabkan berlaku perkembangan
dalam aspek-aspek budaya, kebendaan, intelektual dan kesenian ke
tahap amat kompleks.
Menurut Syed Muhammad Naquib (1978) menjelaskan bahawa
peradaban itu ialah keadaan kehidupan manusia bermasyarakat yang
telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang
luhur bagi seluruh masyarakatnya. Justeru, peradaban adalah sesuatu
gambaran daripada bentuk-bentuk kemajuan, baik yang berupa
kemajuan material, ilmu pengetahuan, seni, sastera, sosial yang
terdapat pada sesebuah masyarakat. Oleh yang demikian, peradaban
adalah sesuatu yang diguna pakai untuk unsur-unsur dari kebudayaan
yang halus dan indah. Dan ada juga pendapat yang lain menyebut
bahawa peradaban adalah kemajuan material (ilmu dan teknologi),
aspek kehalusan, penataan sosial dan aspek kemajuan lain.
Berdasarkan kepada beberapa pandangan sarjana timur dan
barat dapat dibuat kesimpulan bahawa peradaban atau tamadun pada
umumnya merupakan satu konsep yang luas dan kompleks. Peradaban
merujuk kepada pencapaian sesuatu masyarakat yang merangkumi
aspek rohani, intelek, emosi, dan jasmani. Dalam membincangkan
pembangunan sesebuah peradaban atau tamadun sudah pasti ianya
mencakupi bidang ilmu pengetahuan, kepercayaan agama, akhlak
dan sahsiah, pentadbiran, undang-undang, kesenian, perbandaran,
pembangunan sains dan teknologi dan adat resam (Azmi Shah, Mohd
Nasir, Ramli, Sayed Mahussai & Zulkifli, 2007).

2.4 KOMPONEN ETIKA DAN PERADABAN


MANUSIA

Etika adalah falsafah tingkah laku. Etika didefinisikan sebagai sains


moral dan prinsip-prinsip moral yang bertanggungjawab menentukan
tindakan seseorang dengan mematuhi nilai-nilai moral. Kenyataan
etika dapat menerangkan sesuatu perbuatan itu betul atau salah
atau perbuatan yang sejenis dengannya betul atau salah. Justeru
etika menyediakan garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan
44

mengenai perbuatan atau kecenderungan seseorang atau sekurang-


kurangnya ia dapat menjadikan garis panduan yang dengannya boleh
dibuat pertimbangan moral atas tindakan yang pelbagai. Komponen
yang terdapat dalam etika meliputi empat perkara iaitu:
(i) Objek yang merujuk kepada perbuatan manusia.
(ii) Sumber yang berasal dari fikiran dan falsafah.
(iii) Fungsi sebagai penilai perbuatan manusia.
(iv) Sifat yang berubah-ubah sesuai dengan tuntutan zaman.

Manakala unsur-unsur yang menjadi komponen kepada


peradaban adalah merujuk kepada setiap pencapaian yang diperoleh
sama ada berkaitan material mahupun spiritual. Setiap bangsa
di dunia ini mempunyai istilah sendiri untuk memberi gambaran
mengenai tahap kegemilangan peradaban dan kemajuan hidup yang
dicapai oleh mereka. Secara umumnya, peradaban adalah hasil dari
rangkaian produk budaya manusia. Semakin banyak produk budaya
satu bangsa, semakin tinggi pula tingkat peradaban bangsa tersebut.
Untuk membangun sesebuah peradaban, agama juga menjadi salah
satu peranan yang penting kerana peranan agama membentuk
pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku
dan tindakan mereka dalam kehidupan.
Seterusnya, dihuraikan komponen atau unsur-unsur utama
daripada peradaban yang terdiri daripada:
(i) Perkembangan teknologi pertanian, pengairan dan pentemakan
secara meluas.
(ii) Perkembangan teknologi logam dan perkapalan.
(iii) Pertumbuhan kota dan negara yang tersusun rapi.
(iv) Pembahagian kerja yang makin kompleks.
(v) Perkembangan perdagangan dan penggunaan wang syiling.
(vi) Perkembangan sistem tulisan, angka, dan kalender.
(vii) Perkembangan kesenian dan seni bina yang istimewa.
(viii) Kewujudan bentuk agama yang tinggi.
(ix) Perkembangan sistem undang-undang.

Revolusi industri. dengan kata lain, satu kumpulan masyarakat


(budaya) dapat dikatakan sudah bertamadun apabila kumpulan
tersebut sudah memiliki unsur-unsur budaya di atas.
45

2.5 KEPENTINGAN ETIKA DAN


PERADABAN DALAM KEHIDUPAN
MANUSIA
Etika dan peradaban merupakan dasar kehidupan kepada masyarakat
yang hidup berbangsa dan bemegara. Bahkan etika adalah kayu
ukur terhadap peradaban sesuatu bangsa. Suatu bangsa dikatakan
mempunyai peradaban yang tinggi ditentukan oleh bagaimana warga
bangsa bertindak sesuai dengan aturan yang disepakati bersama.
Perilaku dan sikap taat serta patuh kepada peraturan memungkinkan
aktiviti dan sesuatu yang diinginkan dapat direalisasikan antara
sesama masyarakat. Setiap perkara yang dirancang ianya berjalan
secara tuntas, efisien, dan teratur. Masyarakat dituntut dan diajar
supaya memahami tentang betapa pentingnya etika dan peradaban
dalam kehidupan mereka.. Ini kerana etika yang juga sering disebut
tingkah laku yang baik dan terpuji, tatasusila, sopan santun dan budi
pekerti membuatnya mampu secara baik menempatkan diri dalam
pergaulan sosial, dan itu akan melahirkan keberhasilan dalam hidup
bermasyarakat (Rosilawati, Mashitoh, Mohamad Sabri, A: dawiyah,
Fariza, Nur Asilah, Mohamed, Zubaidah, Siti Salwa, Wan Aishah &
Faris, 2017).
Begitu pula dalam kehidupan berbangsa dan bemegara,
etika akan menjelaskan mana tingkah laku yang baik, apa yang
boleh dilakukan atau sebaliknya. Setiap tindakan yang dilakukan
berdasarkan kepada undang-undang yang universal yang menentukan
ukuran dan kriteria etika sama ada melibatkan semua tempat, masa dan
keadaan. Ianya lahir daripada kepercayaan beragama yang mengikat
penganutnya patuh kepada perintah tuhan yang mutlak. Kehidupan
sebagai seorang yang beragama menjadi penentu kepada seseorang
itu beretika dan sebaliknya tidak mengikut suruhan dan menyimpang
daripada peraturan membawa seseorang itu menyimpang jauh
daripada kehidupan beretika. Masyarakat juga sentiasa akur dengan
peraturan yang telah ditetapkan dalam kehidupan mereka meskipun
ianya berbeza antara masyarakat di sebelah timur dan barat. Bagi
bangsa timur seperti Malaysia, etika dan peradaban telah mendarah
daging dalam kehidupan mereka kerana penerapan nilai-nilai mumi
yang melahirkan penghormatan terhadap nilai kebaikan, kemanusiaan,
dan keadilan yang sejagat.
46

Oleh yang demikian, etika dan peradaban sangat penting dalam


kehidupan manusia kerana dengannya sikap, tingkah laku serta budi
pekerti yang luhur mencerminkan sesuatu bangsa itu dihormati dan
disanjung. Hidup dalam bersosial sentiasa dibayangi oleh nilai-
nilai yang mulia. Berpolitik adalah mengikut kerangka yang telah
ditetapkan oleh nilai sejagat yang diperakui oleh kehendak dan
kemahuan masyarakat. Ianya melahirkan sifat seorang yang memimpin
dan berperanan menjadikan negara membangun dan maju dalam
semua lapangan kehidupan. Berekonomi pula tidak hanya mencari
keuntungan sebaliknya nilai-nilai keinsanan dan budi pekerti zahir
dan batin dijadikan panduan dalam melaksanakan kewajipan mencari
kehidupan yang diperakui bersama. Ianya sekali gus membentuk
masyarakat yang harmoni dan aman dengan nilai etika dan peradaban
yang mencakupi keseluruhan kehidupan manusia. Justeru, dengan
adanya etika dan peradaban dalam sesebuah masyarakat maka setiap
tindak tanduk yang dilakukan adalah berdasarkan nilai pertimbangan
sesuatu itu sama ada ianya bermanfaat atau tidak kepada kepentingan
sejagat. Seterusnya diikuti dengan moral yang mengatur tingkah laku
bagi mencerminkan sifat-sifat yang baik seperti amanah, jujur dan adil
dan dalam masa yang sama menolak sifat-sifat yang tidak baik seperti
khianat, pecah amanah dan zalim. Hubungan ini diikuti dengan norma
sebagai aturan terhadap tingkah laku manusia (Teny, 2017).
Bagi negara Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang
kaum sudah tentu memerlukan kepada nilai etika dan peradaban
yang mencorakkan kehidupan masyarakatnya sama ada dari sudut
pembangunan sahsiah diri, ekonomi, politik, sosial dan kemajuan
teknologi. Oleh yang demikian masyarakat majmuk yang ada di
Malaysia perlulah menanamkan nilai etika dan peradaban yang
sesuai dengan kedudukannya sebagai masyarakat timur supaya
Negara yang dibangunkan kini menjadi aman damai dan sejahtera.
Seterusnya pembangunan negara akan terus maju selaras dengan sikap
masyarakat yang mementingkan nilai etika dan peradaban, sekali gus
akan mengurangkan permasalahan moral, jenayah yang berleluasa
kini (Bertens, 2003).
47

2.6 ETIKA DAN PERADABAN TIMUR

Etika dan peradaban timur merujuk kepada masyarakat dari tamadun


peribumi, tamadun Melayu, tamadun Islam, tamadun Jepun, tamadun
China dan tamadun India (iaitu masyarakat Islam dan Asia).
Masyarakat timur lebih berorientasikan agama sebagai pegangan
hidup dalam mencorakkan perilaku mereka. Bermula dengan Agama
Islam sebagai anutan bagi masyarakat di Asia khususnya alam Melayu
yang meletakkan paradigma tauhid yang akhimya merubah rupa dan
jiwa alam Melayu itu sendiri.
Syed Muhammad Naquib (1972) menerangkan bahawa tauhid
yang juga mendorong mereka membentuk nilai-nila mumi dan
peradaban yang hebat melalui kehidupan yang sentiasa dikaitkan
dengan ibadah, menghiasi diri mereka dengan akhlak dan moral yang
kukuh. Bukan itu sahaja, ia juga mencetuskan perubahan-perubahan
dalam bidang ekonomi, politik, perundangan, persuratan dan
sebagainya. Perubahan yang berlaku dalam sistem politik daripada
kepercayaan kepada kuasa yang mutlak membawa kepada setiap
kekuasaan itu adalah suatu amanah Allah. Kekuasaan itu digunakan
untuk memerintah dan memimpin rakyat, mentadbir alam dan
mengurus sumber tabii.
Penerapan nilai-nilai akhlak dan moral dalam masyarakat oleh
kepimpinan melahirkan ketaatan, kerjasama, tolong menolong dan
bersatu padu tanpa mengira latar belakang agama dan etnik agar ciri-
ciri etika dan peradaban timur itu terserlah apabila rakyat dinaungi
dan kebajikan terpelihara. Oleh yang demikian, masyarakat Melayu
dan Islam telah dilihat sebagai sinonim dan kebanyakan persoalan
yang berkaitan adab, adat istiadat, politik dan juga pemerintahan.
Masyarakat Melayu juga telah banyak dipengaruhi oleh Islam
yang menyerap kefahaman agama sebagai penyelamat dalam
kehidupan duniawi. Apa yang jelas dan nyata, segala nilai yang telah
diperkenalkan oleh Islam adalah bersifat universal dan dapat diterima
oleh semua peringkat dan generasi manusia dan mampu beroperasi
dalam konteks pelbagai bangsa agama yang terdapat di Malaysia
(Auni, 1991).
Kepelbagaian kepercayaan yang wujud dalam masyarakat
timur menggambarkan persamaan nilai dalam kepelbagaian agama
48

yang wujud. Agama Buddha dan Hindu adalah kepercayaan yang


popular dalam kalangan masyarakat India dan Cina di Malaysia.
Falsafah Buddhisme adalah untuk memberikan panduan kepada
manusia mengenai kehidupan yang bermaruah dan berasaskan etika
kehidupan yang sempuma. Kepercayaan ini mengawal kelakuan
masyarakat yang menganutnya dengan peraturan yang ketat untuk
mencapai tahap kesedaran yang sebenar. Kebaikan akhlak dan moral
yang tinggi, disertai dengan perkembangan mental dan pemikiran yang
sihat dan sempuma pastinya akan melahirkan kebijaksanaan yang
mampu membina masyarakat yang cemerlang. Ini adalah asas utama
dalam agama Hindu (Ahmad Bashir, 2004). Konsep nilai etika dan
peradaban yang diterapkan adalah merangkumi sistem kehidupan yang
bermula dari perubahan hidup berkeluarga seterusnya bermasyarakat
dan akhimya kepada bemegara. Semua konsep kepercayaan yang
dianuti merangkumi kehidupan sosial, politik dan ekonomi.
Selain itu, penguasaan ilmu oleh pemerintah merupakan satu
anjakan paradigma baharu yang mewamai masyarakat timur apabila
institusi pengajian ilmu dimulakan daripada istana sehinggalah
ke peringkat bawahan sekali gus mengubah etika dan peradaban
masyarakat dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang
baik termasuk dalam bidang seni bina dan lain-lain kemahiran.
Begitu juga mempunyai peribadi yang halus, sopan dan santun dalam
pembentukan peribadi akhlak, tatasusila, adab, tingkah laku dan budi
bahasa yang mulia bagi individu dan suatu kelompok manusia yang
dapat membentuk sebuah bangsa atau negara bangsa (Azhar, 2000).

2.7 ETIKADAN PERADABAN BARAT

Etika dan peradaban Barat pula merujuk kepada masyarakat bukan


Asia yang dikenali sebagai masyarakat Barat yang turut merangkumi
Amerika Syarikat dan Eropah. Barat tidak melihat agama sebagai
salah satu orientasi yang mengurus kehidupan dan cara berfikir
manusia. Kebanyakan pemikir Barat menolak peranan agama ataupun
perkara-perkara yang berkaitan dengan kepercayaan agama dalam
membentuk nilai-nilai etika dan peradaban. Mereka lebih berpegang
kepada teori-teori ciptaan yang berasaskan kepada sentimen dan
49

pandangan yang bersifat kemanusiaan semata-mata. Justeru, mereka


telah mengasaskan suatu tanggapan bahawa norma-norma yang
mempengaruhi moral, etika dan peradaban adalah terpisah daripada
kepercayaan dan pegangan agama dalam semua keadaan. Bagi mereka
tiada impak yang boleh dikaitkan dengan peranan agama berkaitan
pembangunan manusia sama ada dari aspek moral, cara hidup, cara
berfikir dan sebagainya. Teori-teori etika dan peradaban yang dicipta
mereka lebih melihat kepada potensi lahiriah manusia semata-mata
dan penilaian yang dilakukan adalah berdasarkan penerimaan logik
akal sahaja (Mircea Elide, 1987).
Salah seorang pemikir terkenal Karl Marx menolak fungsi
agama dalam semua persoalan etika dan peradaban. Beliau juga tidak
menerima sebarang persoalan-persoalan yang berkait rapat dengan
pembangunan manusia ada kaitan dengan agama. Malah baginya
agama adalah penghalang kepada kemajuan dan kebebasan manusia.
Kemajuan baginya adalah berteraskan kepada materialistik dalam
segala lapangan hidup. Hobbes (1588-1679), seorang ahli falsafah
Barat abad ke- l 6M dan penganut faham hedonisme atau epicureanisme
mengatakan bahawa semua perbuatan manusia bertujuan untuk
mendapatkan kenikmatan dan keinginan berseronok serta menjadi
motivasi utama yang mendorong manusia melakukan sesuatu
perbuatan. Hobbes juga berpendapat bahawa yang dinamakan baik itu
apabila memenuhi kehendak nafsu manusia. Ia sama sekali tidak ada
kaitan dengan kepercayaan-kepercayaan agama atau metafizik. Setiap
kebaikan mesti dikaitkan dengan kehendak seseorang. Berdasarkan
pandangan beliau ini, Hobbes juga dikenal sebagai ahli falsafah
moral subjektivisme. Ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant (1724-
1804) yang lahir di Konigsberg, Prussia berpendapat bahawa setiap
perbuatan manusia yang dikatakan bermoral ialah apabila bertujuan
untuk menunaikan suatu tugas demi tugas itu sendiri. Baginya
melakukan perbuatan sebagai tugas termasuk dalam amalan moral
semua manusia yang menjadikan rasional akal sebagai asas moral
manusia.
Menurut Kant, kebaikan sesuatu perbuatan dinilai berdasarkan
pada hukum atau norma-norma moral atau nilai-nilai universal bukan
pada akibat atau kesan perbuatan. Falsafah etika Kant digolongkan
dalam etika deontologi. Sebenamya terdapat bermacam-macam
50

falsafah moral yang menjadi pegangan masyarakat Barat. Tetapi


umumnya kerana pengaruh ajaran sekularisme, mereka mengetepikan
kepercayaan kepada Tuhan dan hari akhirat sebagai sebahagian
daripada kod etika mereka dalam aktiviti-aktiviti sosial. Mereka lebih
cenderung membatas ajaran agama pada kehidupan peribadi semata-
mata dan tidak ada kaitan dengan kehidupan sosial.
Falsafah moral Barat boleh dikategorikan kepada dua asas.
Pertama, sistem falsafah moral yang berasaskan sekularisme yang
membataskan aplikasi nilai moral pada urusan individu sahaja.
Kedua, sistem falsafah moral yang menolak kepercayaan agama
dan hari akhirat. Namun bagi mereka yang beraliran teologi seperti
Friedrich Schleirmacher dan Rudolf Otto berpandangan bahawa nilai-
nilai dalam agama ada kaitan dalam pelbagai bidang termasuk dalam
skop pengertian etika itu sendiri. Mereka mempertahankan nilai-nilai
tersebut dalam prinsip moral dan etika (Mircea Elide, 1987).
Pemikiran liberalisme muncul sebagai reaksi terhadap
dominasi kuasa gereja yang melampau terhadap kehidupan manusia.
Semua peraturan dan keputusan berada bawah kuasa autonomi gereja.
Keadaan ini mengakibatkan masyarakat Eropah tidak memiliki
kebebasan bertindak dan membuat keputusan. Sebarang penemuan
baru yang dilihat boleh mencabar kuasa gereja ditolak dan pelakunya
dihukum dengan kejam. Tekanan ini memberi impak yang besar dalam
pemikiran rakyat sehingga muncul gerakan yang menuntut kebebasan
mutlak dari kuasa dan undang-undang gereja. Gerakan ini mendakwa
kemunduran dan kelemahan rakyat kerana mengikut kehendak
gereja. Bagi mencapai kemajuan hidup di dunia, rakyat mestilah
bebas dari ikatan gereja dan peraturan agama. Rakyat perlu membuat
keputusan sendiri menentukan hidup. Kejayaan dan kegagalan rakyat
ditentukan oleh diri sendiri, di mana mereka memiliki kebebasan
dalam menentukan kehidupan. Kesan daripada gerakan ini, gereja
menjadi institusi spiritual dan ritual yang hanya menguruskan perkara
yang berkaitan ibadat kerohanian, pengampunan, perkahwinan dan
kelahiran.
Manakala pengurusankehidupan yang melibatkan pemerintahan
negara, pertahanan, kewangan, ekonomi dan politik dipisahkan
daripada campur tangan gereja. Semenjak itu berlaku pemisahan
51

total antara agama yang hanya bersifat ritual dan spiritual dengan
kehidupan dunia yang diurus tadbir oleh institusi yang tiada kaitan
dengan gereja. Gerakan liberalisme berjaya melahirkan pemikiran
sekularisme yang memisahkan urusan agama daripada kehidupan
dunia (Norsaleha, Mohd Shairawi, Phayilah, Abu Zaki, Hamidun &
Ahmad Munawar, 2017).
Menentukan nilai perbuatan manusia baik atau buruk dalam
etika menggunakan logik akal fikiran semata-mata, sedangkan dalam
pembicaraan moral diukur dengan norma-norma yang tumbuh dan
berkembang dalam masyarakat. Adapun kebajikan dipercayai secara
luas sebagai kekuatan yang memiliki kesan dan kecenderungan untuk
melakukan apa yang baik. Seseorang yang bijak difahami sebagai
seseorang yang bertindak berdasarkan keperluan-keperluan moral
yang unik sesuai dengan situasi dan suasana yang ada. Konsep Barat
tentang nilai, moral, dan etika, sangat berbeza antara satu dengan yang
lainnya. Konsep tentang apa yang disebut baik dan buruk merupakan
bahan perdebatan pemikiran yang tak pemah ada penghujungnya
dari ahli falsafah Barat, semenjak Zaman Yunani sehingga sampai ke
saat ini.
Perdebatan tentang konsep mengenai hal-hal tersebut di atas
adalah hasil daripada fahaman sekular yang mengalami perubahan
di Eropah setelah hilangnya kepercayaan masyarakat Barat terhadap
kepemimpinan gereja. Ianya bertujuan membebaskan manusia
dari agama dan pengaruh metafizik yang mengawal logik akal dan
bahasa manusia. Akibatnya, pengukuran baik-buruk, benar-salah
semata-mata dilakukan melalui akal fikiran dan pengalaman manusia.
Masyarakat Barat pada akhimya menganggap nilai-nilai agama
merupakan fenomena subjektif yang dialami oleh diri individu itu
sendiri dan tidak bersifat universal. Konsep nilai dan moral dalam
Peradaban Barat akan terus berubah sesuai dengan tuntutan zaman
akibat pemisahan hidup dan kaitannya dengan agama. Bagi mereka
tidak ada nilai yang mutlak bersumber dari wahyu iaitu al-Quran dan
al-Hadis yang mengatur kehidupan Masyarakat Muslim dan menjadi
rujukan moral mereka sampai ke saat ini (Syed Muhammad Naquib,
1993).
52

2.8 ETIKA DAN PERADABAN MENURUT


ISLAM

Etika dan peradaban Islam tidak seperti peradaban lain yang hanya
mementingkan perkembangannya berlaku dari sudut material semata-
mata tanpa melihat kepada unsur-unsur spiritual. Sebaliknya, etika
dan peradaban Islam berkembang seiring antara material dan juga
spiritual. Maka dapat difahami bahawa etika dan peradaban Islam
membawa erti kemajuan yang dicapai oleh masyarakat muslim sama
ada dalam bidang kerohanian atau kebendaan yang mempunyai nilai
akhlak dan budi pekerti yang tinggi dengan berpandukan kepada
sumber ajaran Islam bagi memenuhi amanah Allah SWT kepada
manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi demi kebahagiaan
mereka di dunia dan akhirat. Dalam Islam masyarakat yang dibentuk
adalah mengambil kira dua unsur penting iaitu rohani dan jasmani.
Ianya akan melahirkan masyarakat yang mempunyai peribadi yang
mulia dengan ketinggian akhlak serta budi pekerti yang baik (Mohd
Liki, Mohamad Khadafi, Afifah, Azman, Khairiah, Kamarudin,
Makueta, Mohd Akram, Mohd Nizho, Muhammad, Muhamad Amar,
Rafidah, Shukri, Solahuddin & Syahrul Faizaz, 2018).
Pengutusan rasul sebagai pembimbing kepada umat manusia
adalah sebagai panduan yang jelas dan telah digambarkan dalam al-
Quran dan hadith. Firman Allah SWT dalam surah al-Qalam ayat 4
yang bermaksud:

"Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempumakan


akhlak yang mulia."

(Riwayat al-Bukhari)

Justeru, matlamat kehidupan manusia adalah untuk


membangunkan dua nilai iaitu etika dan peradaban yang akan
melahirkan kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Dengan demikian,
53

apabila matlamat yang betul diletakkan dalam kehidupan seseorang


insan maka akan lahirlah manusia yang beradab dalam membangunkan
kehidupan mereka merangkumi aspek material dan juga spiritual.
Dengan demikian lahirlah ketenangan, keamanan, ketenteraman dan
kedamaian, dengan kata lain kombinasi yang ideal antara sumber
material dan spiritual. Nilai kehidupan seseorang insan mempunyai
hubungan yang erat dengan:
(i) Moral iaitu nilai-nilai dalam masyarakat yang dikaitkan
hubungannya dengan kesusilaan.
(ii) Norma iaitu aturan, ukuran atau pedoman yang dipergunakan
dalam menentukan sesuatu yang baik atau salah.
(iii) Etika iaitu nilai-nilai dan norma moral tentang apa yang baik
dan buruk yang menjadi pegangan dalam mengatur tingkah
laku manusia.
(iv) Estetika iaitu merujuk kepada setiap yang berhubungan
dengan segala sesuatu yang mencakupi keindahan, kesatuan,
keselarasan dan kebalikan.
(v) Adah iaitu nilai-nilai budi pekerti yang mulia dalam kehidupan.

Oleh yang demikian, konsep etika dan peradaban dalam Islam


adalah merupakan perkembangan yang mencapai suatu tingkatan
tertentu yang perlu diperoleh oleh manusia yang mencakupi
keseluruhan kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Kesemua ini,
dapat dikatakan telah mengalami proses perubahan sosial signifikan
sehingga taraf kehidupannya yang makin kompleks. Hal ini sesuai
dengan aspek rohani dan jasmani yang ada pada manusia. Sehingga
kehidupan manusia selalu dibimbing oleh nilai-nilai spiritualisme dan
materialisme. Islam membentuk kehidupan manusia agar sentiasa
mengikuti dan mentaati perintah yang berupa suruhan dan larangan
mengikut panduan wahyu dan dalam masa yang sama diberi kebebasan
untuk melaksanakan apa jua bentuk kehidupan yang mempunyai
peraturan yang tersendiri, adat istiadat dan apa sahaja nilai yang
dianggap baik untuk mereka selagi tidak bercanggah dengan agama.
Bahkan Islam menggalakkan perubahan hidup kepada yang lebih
baik. Firman Allah SWT dalam surah ar-Ra'd yang bermaksud:
54

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu


kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya."

Menurut Muhaimin (1993) perubahan yang berlaku kepada


kehidupan manusia boleh dikategorikan kepada dua keadaan:
(i) Nilai Ilahi yang terbentuk dari dasar takwa, iman dan keadilan
yang sudah termaktub di dalam wahyu Ilahi, nilai ini selamanya
tidak mengalami perubahan.
(ii) Nilai insani yang lahir atas kesepakatan manusia serta hidup
dan berkembang dari peradaban manusia. Nilai-nilai insani
yang sebati dalam kehidupan masyarakat serta diwarisi dan
sentiasa mengikat anggota masyarakat memiliki kecenderungan
mempertahankannya daripada berlakunya perubahan tata nilai
kehidupan sehingga sering menjadi perkara utama dalam
perkembangan peradaban dan kemajuan manusia.

Sikap Islam dalam menentukan sesuatu nilai dan peradaban


dalam sesuatu masyarakat dapat dilihat pada lima kategori antara lain
(Endang, 1982):
(i) Memelihara unsur-unsur nilai dan norma peradaban yang sudah
mantap dan positif.
(ii) Menghilangkan unsur-unsur nilai dan norma peradaban yang
negatif.
(iii) Menggalakkan perubahan unsur-unsur nilai dan norma
peradaban baru yang belum ada dan yang dianggap positif.
(iv) Bersikap receptive, selective, digestivse, assimilative, dan
transmissive,
(v) Menyelenggarakan penyucian nilai dan norma peradaban yang
seiring dengan nilai-nilai dan norma-norma yang diperakui
oleh Islam.

2.9 PERANAN AGAMA TERHADAP ETIKA


DAN PERADABAN

Agama memainkan peranan penting dalam mencorakkan etika dan


peradaban manusia. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan
55

dalam sejarah timur dan barat manusia membangun dan maju adalah
berdasarkan peranan agama dalam membentuk kehidupan mereka
sama ada tingkah laku, akhlak, moral dan peradaban. Justeru beberapa
perkara penting dapat dilihat hasil daripada peranan agama antaranya:

2.9.1 Peranan Agama kepada Manusia

Setiap agama mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kebanyakan


pengkaji sejarah agama sependapat bahawa ia merupakan keperluan
asasi manusia. Oleh sebab itu, semua unsur dan entiti yang membentuk
masyarakat di dunia ini mempunyai agama dan kepercayaan.
Kepercayaan kepada agama merupakan sifat universal bagi seluruh
umat manusia sama ada manusia di zaman moden mahupun primitif.
Pemikiran tentang wujudnya agama sudah pun ada dalam diri
manusia sejak azali lagi. Selain kecenderungan dan naluri semula jadi,
manusia mempraktikkan agama disebabkan warisan kebudayaan,
faktor keselamatan, kesejahteraan, mengukuhkan ikatan persaudaraan
dan mencari jawapan pada persoalan yang sukar dijawab. Warisan
kebudayaan merupakan faktor yang utama bagi menentukan agama
seseorang. Kebiasaannya individu akan menganut agama yang
dianuti oleh keluarga, suku kaum atau etnik yang diwarisi daripada
satu generasi kepada satu generasi yang seterusnya. Misalnya, boleh
dikatakan setiap etnik Melayu menganut agama Islam kerana keluarga
dan nenek moyang mereka adalah beragama Islam (Osman, 1997).
Faktor keselamatan juga memainkan peranan penting kerana
apabila seseorang memeluk sesuatu agama perasaan selamat dan
percaya akan wujud dalam dirinya kerana beliau yakin bahawa kuasa
agung akan menjaga keselamatannya. Kuasa agung juga berperanan
sebagai tempat seseorang mengadu hal serta mendapatkan pertolongan
dan perlindungan. Faktor kesejahteraan di akhirat juga adalah penting
kerana kebanyakan agama menjanjikan kesejahteraan di akhirat
kepada penganut yang patuh dan taat kepada ajaran agama masing-
masing. Faktor lain yang merupakan salah satu perkara penting adalah
kerana agama merupakan j awapan terhadap persoalan kehidupan
yang sukar dijawab dengan akal semata-mata. Persoalan mengenai
manusia, hakikat diri, alam sekitar dan pengalaman ghaib yang tidak
dapat dijangkau oleh akal fikiran dapat dijawab oleh agama sebagai
56

pegangan hidup. Tegasnya, agama akan memberi jawapan kepada


pertanyaan yang sukar dijawab oleh akal fikiran. Justeru, setiap manusia
yang dilahirkan di dunia ini adalah sama semuanya akan menjalani
kehidupan yang sama bermula dengan kelahiran, alam kanak-kanak,
dewasa, warga emas dan seterusnya menuju kepada kematian. Jika
direnungkan tentang kehidupan manusia di dunia ini ada yang umur
panjang dan ada yang umur pendek. Sebenamya kehidupan manusia
telah ditentukan oleh yang maha kuasa iaitu Tuhan. Sememangnya
manusia memerlukan satu kuasa yang luar biasa yang akan menolong
mereka semasa dalam kesusahan, kebimbangan, keresahan, ketakutan,
kesesatan, memohon perlindungan, keselamatan dan sebagainya
(Nur Azuki, 2016). Dalam hal ini, agama memainkan peranan yang
sangat penting. Tanpa agama, manusia tidak akan ada arah hidup dan
tiada tempat untuk mengadu. Manusia tidak boleh meminta kepada
sesama manusia kerana manusia tidak mempunyai kuasa luar biasa
untuk melindungi manusia lain. Tidak kira apa pun tamadun manusia
di dunia ini, agama berperanan sebagai berikut:

a. Asas pembentukan nilai-nilai murni

Agama sebenamya berperanan dalam pembentukan nilai-nilai mumi


seseorang individu. Tanpa nilai-nilai mumi, seseorang individu itu
gagal menjadi insan yang mulia dan terpuji di dunia ini. Agama akan
memandu seseorang itu agar berkelakuan baik, menghormati orang
dan agama lain, tidak melakukan sesuatu di luar dari norma kehidupan,
taat kan ibu bapa, taat perintah agama, saling tolong menolong,
bekerjasama, berakhlak mulia dan lain-lain nilai yang positif.

b. Pembentukan dan pembangunan tamadun manusia

Manusia yang bertamadun adalah sekumpulan manusia yang telah


maju dari pelbagai aspek kehidupan dengan lain perkataan sudah
mengamalkan sistem kehidupan yang teratur, ada undang-undang
yang sistematik, tempat tinggal, aktiviti ekonomi serta agama. Dalam
hal ini agama adalah elemen yang paling penting dalam pembentukan
sesebuah peradaban. Secara amnya, jika kita meneliti kehidupan
57

manusia zaman dahulu dengan merujuk kepada tamadun Mesir,


tamadun China, Tamadun India dan tidak ketinggalan Tamadun
Melayu menunjukkan agama adalah asas kepada pembangunan
sesuatu tamadun. Kukuhnya sesebuah tamadun ataupun peradaban
adalah berteraskan pegangan agama masyarakatnya. Dalam Tamadun
Melayu sendiri, agama Islam berperanan penting dalam membentuk
sistem pentadbiran, ekonomi dan juga sosial masyarakat Melayu pada
masa tersebut.

c. Mencerminkan budaya dan warisan sesuatu bangsa

Agama sememangnya berperananmemberikan identitikepada individu


atau sesuatu kumpulan manusia. Dalam hal ini agama memberikan
ciri-ciri identiti seseorang seperti dari aspek pakaian, pemakanan,
pemikiran, perbuatan, tradisi, adat resam dan sebagainya. Tidak dapat
dinafikan budaya serta nilai etika berpakaian dalam peradaban timur
adalah berdasarkan kepada kesopanan dan melalui perintah agama
seperti pakaian baju kurung, sari, ceongsam dan kimono. Kesemuanya
melambangkan kesopanan masyarakat timur yang penuh dengan nilai
peradaban dan budaya yang luhur. Di Malaysia misalnya, masyarakat
luar boleh mengenal sama ada seseorang itu beragama Islam, Buddha
atau sebaliknya.

d. Lambang perpaduan

Tidak dinafikan lagi khususnya dalam konteks negara Malaysia,


agama telah memainkan peranannya sebagai alat menyatupadukan
kaum di negara ini. Ini dapat dilihat semasa sambutan perayaan sama
ada perayaan orang Islam, Deepavali, Tahun Baru Cina dan sebagainya
yang memperlihatkan berlakunya sikap kunjung mengunjungi di
antara satu sama lain semasa rumah terbuka. N amun, situasi rumah
terbuka tidak berlaku di negara-negara lain. Jadi peranan agama
sebagai alat perpaduan kaum berjaya dipraktikkan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Ini sekali gus menafikan bahawa agama adalah
pencetus kepada ketegangan kaum. Sebaliknya agama berperanan
membentuk nilai-nilai akhlak, budi pekerti dan peradaban manusia.
58

e. Menaikkan semangat kebangsaan

Bagi orang Islam misalnya, agama telah lama memainkan peranan


dalam membangkitkan semangat kebangsaan khususnya orang
Melayu. Ini dapat dilihat semasa zaman awal-awal tahun 1920-an di
mana agama Islam telah berjaya menyuntik golongan Kaum Muda
untuk bangun menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan
tanah air, bangsa dan agama. Begitu juga dalam konteks masyarakat
Arab di Timur Tengah, mereka juga sanggup mati syahid
mempertahankan agama dan negara mereka daripada golongan
Zionis. Bagi orang Jepun, mereka juga sanggup mati "Kamikaze"
dalam mempertahankan kedaulatan Negara mereka ketika berdepan
dengan kuasa barat (Mohamad, 1997).

2.10 ISU-ISU ETIKADAN PERADABAN

Setiap kehidupan sudah tentu tidak dapat lari daripada perbincangan


tentang isu-isu yang menjadi persoalan yang perlu kepada jawapan
yang tuntas dalam mengendalikannya. Dalam memperkatakan isu-
isu etika dan peradaban timbul beberapa persoalan pokok yang
membantut perkembangan serta pembangunan peradaban manusia.
Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada hari
ini berpunca daripada proses globalisasi yang melanda seluruh dunia.
Globalisasi adalah satu arus perubahan yang berlaku akibat proses
interaksi yang berlaku antara negara-negara di dunia ini. Seterusnya
globalisasi merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan seolah-
olah ianya menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat
yang berlainan ataujauh. Menurut Giddens (1991), globalisasi boleh
didefinisikan sebagai hubungan sosial serata dunia secara intensif
yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang
berlaku berbatu-batujauhnya danjuga perkara di sebaliknya.
Seorang pengarang Inggeris yang terkenal Rudyard Kipling
(dalam Abd Rahman, 1981), pemah mengungkapkan kata-kata
bahawa:

"East is East and West is West, never the twins can meet".
59

Apabila perkara-perkara baharu ini boleh mempengaruhi


atau diterima, ia berkemungkinan mengubah budaya dan nilai-nilai
masyarakat tempatan. Perubahan yang berlaku akibat arus globalisasi
menimbulkan banyak masalah, terutama sekali apabila perubahan
tersebut bertentangan dengan nilai-nilai budaya Timur. Perubahan
nilai-nilai budaya secara tidak terkawal disebabkan perubahan yang
berlaku terlalu cepat dan tidak akan mengakibatkan keruntuhan
kepada sesuatu kebudayaan. Perubahan-perubahan akibat globalisasi
ini mengambil perhatian ramai apabila didapati bahawa sebahagian
besar daripada perubahan ini berkaitan dengan budaya dan hegemoni
Barat. Kita tidak dapat menafikan bahawa sebahagian besar daripada
perubahan yang terdapat pada hari ini adalah hasil usaha kebudayaan
Barat.
Yang paling dominan adalah barat memperkenalkan konsep
hegemoni yang merujuk kepada penguasaan menyeluruh ataupun
kepimpinan satu-satu negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke
atas negara atau kumpulan yang lain. Apabila penguasaan ini berlaku
maka ia akan mempengaruhi sistem sosial, politik, ekonomi sesebuah
Negara. Secara tidak langsung nilai etika dan peradaban yang telah
membudaya dan sebati dalam masyarakat tersebut akan berubah.
Ianya akan menghilangkan nilai-nilai ketimuran yang penuh dengan
adab, tatasusila danjati diri (Mohd Liki et. al, 2018).
Hasil daripada penguasaan tersebut meninggalkan kesan
yang mendalam dan turut dirasai terhadap perubahan fizikal dan
pemikiran. Dari segi fizikal umat Islam, Buddha dan Hindu di timur
turut terkesan dan menerima corak hidup barat yang tidak selari
dengan tuntutan agama dan kebudayaan timur. Masing-masing
bangga mempamerkan cara dan gaya hidup Barat seperti kebebasan
pergaulan sosial, pengaruh bahasa, cara berpakaian, makanan dan
sebagainya. Pengaruh ini mengubah nilai ketimuran dengan trend
muda mudi yang bangga dengan jenama-jenama Barat, meniru gaya
artis Barat dalam berpakaian, pergaulan bebas dan juga aliran muzik
yang berbagai jenis sehingga mempengaruhi muzik, filem dan seni
tempatan. Selain itu, pengaruh media maya seperti intemet,facebook,
whatsApp, Instagram, Messenger dan lain-lain media turut mewamai
kehidupan masyarakat timur. Ianya sama sekali akan menjejaskan
nilai-nilai etika dan peradaban timur.
60

Manakala penguasaan terhadap pemikiran juga menampakkan


sikap serta penerimaan masyarakat timur terhadap idealisme Barat
seperti sekularisme, sosialisme dan kapitalisme dan sebagainya
yang telah menjadi anutan sebahagian besar masyarakat Islam dan
timur. Bukan itu sahaja, krisis yang melanda pemikiran ini turut
menampakkan sarjana-sarjana timur sendiri melakukan interpretasi
terhadap agama mereka berdasarkan mode pemikiran Barat. Ini
kerana penguasaan ke atas fizikal dan pemikiran sebenamya berlaku
antara sedar dan tidak disebabkan generasi kini menerima seadanya
sistem kehidupan yang lebihfamous (glamour) tanpa menyelidikinya
berdasarkan keintelektualan yang berpaksikan kepada ilmu dalam
menilai kebaikan dan keburukan sesuatu pengaruh yang menguasai
mereka. Ini menyebabkan masyarakat yang dikatakan beradab,
berakhlak mulia, berbudi bahasa, bersopan santun akan kembali
kepada keadaan masyarakat yang ganas, liar dan barbarian. Justeru,
maksud yang ingin dicapai melalui peradaban yang merujuk kepada
keadaan serta tingkatan kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani
sesuatu bangsa atau masyarakat yang telah mencapai taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup
tidak mencapai matlamat yang dikehendaki. Malaysia yang juga
merupakan sebuah negara bermasyarakat majmuk tidak akan dapat
mencapai hasrat sebagai sebuah negara bangsa, bertamadun dan
berperadaban jika nilai etika dan peradaban tidak dijadikan panduan
dalam memacu negara ke arah masyarakat yang mendukung nilai
budaya yang tinggi, bersatu padu dan berintegriti.

2.11 KESIMPULAN

Nilai-nilai ketimuran yang diasaskan dalam kehidupan masyarakat


yang mengambil kira etika dan peradaban, pasti akan melahirkan
generasi manusia yang mencapai taraf tatasusila dan kebudayaan yang
luhur. Ia adalah merupakan kayu ukur kepada pencapaian sesebuah
negara yang hendak dibangunkan. Melalui prinsip moral dalam
mematuhi setiap tindakan sama ada perkara yang hendak dilakukan itu
betul ataupun salah adalah satu garis panduan yang dengannya dapat
dibuat pertimbangan yang wajar atas setiap tindakan yang pelbagai.
61

Oleh yang demikian, etika dan peradaban adalah suatu yang mesti
berseiring dalam kehidupan manusia yang bermasyarakat kerana
dengannya akan melahirkan pembangunan material dan spiritual yang
seimbang dalam kehidupan manusia. Jaminan keamanan terhadap
perpaduan antara kaum juga dapat direalisasikan apabila setiap kaum
menjadikan nilai-nilai ketimuran sebagai suatu yang penting dalam
membina negara berasaskan masyarakat majmuk yang berbagai latar
belakang.
BAB3

ETIKADAN PERADABAN DALAM


MASYARAKAT KEPELBAGAIAN

BASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bah ini, pelajar akan dapat:


1. Menjelaskan proses pembentukan etika dan peradaban dalam
masyarakat kepelbagaian.
2. Menganalisis impak etika dan peradaban dalam masyarakat
kepelbagaian.

3.1 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang terdiri


daripada percampuran pelbagai tamadun yang membawa bersama
etika dan peradaban didalamnya. Fenomena migrasi dan kepelbagaian
(diversity) tidak dapat dipisahkan dalam mengupas etika dan
peradaban dalam masyarakat kepelbagaian. Pada era sebelum
kolonial, telah wujud putaran migrasi di wilayah Alam Melayu yang
telah menemukan tamadun India, Cina, Timur Tengah dan Alam
Melayu masing-masing dengan sistem etika dan peradabannya yang
tersendiri, melalui Selat Melaka yang merupakan laluan air utama
Timur-Barat pada waktu tersebut.
Kepelbagaian ini menjadi lebih ketara dan kompleks dengan
kedatangan manusia Eropah (era kolonial), melalui perdagangan dan
penjajahan yang membawa bersama peradaban dan sistem etika serta
nilai Eropah. Tindan lapis setiap unsur etika dan peradaban yang
pelbagai ini kemudian teradun melalui proses asimilasi, akomodasi,
akulturasi dan amalgamasi, yang berlaku dalam semua kelompok
masyarakat sama ada daripada rakyat jelata hinggalah kepada pihak
pemerintahan kesultanan. Melalui migrasi buruh paksaan wujudlah
masyarakat majmuk semasa penjajahan.
63

Pada era pasca-kolonial (PcK) yang berlanjutan ke era


globalisasi, sifat kepelbagaian di Alam Melayu amnya, dan Malaysia
khususnya, menjadi semakin pekat dan ligat apatah lagi setelah
platform digital terasas membentuk kepelbagaian yang sungguh
kompleks, yang dipanggil sebagai superdiversity.

3.2 PEMBENTUKAN ETIKADAN


PERADABAN DALAM MASYARAKAT
PELBAGAI

Perkataan etika merujuk kepada makna satu ilmu yang berkaitan


dengan prinsip-prinsip akhlak dan moral yang menjadi pegangan
dan pedoman seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia
atau masyarakat. Menurut Sidi (1973) dalam bukunya yang berjudul
'Sistematika filsafat', etika merupakan satu teori mengenai tingkah
laku perbuatan manusia yang dipandang dari segi baik dan buruk,
yang dapat ditentukan oleh akal. Manakala Burhanudin (2010) pula
mengaitkan etika sebagai satu cabang falsafah yang membicarakan
tentang persoalan nilai dan norma moral yang mampu membentuk
perilaku manusia dalam kehidupannya.
Perkataan 'peradaban' pula merupakan kata pinjaman yang
berasal daripada bahasa Arab dan digunakan bertujuan menjelaskan
tentang maksud ketamadunan. Sebelum kedatangan Islam, perkataan
yang digunakan untuk membawa maksud peradaban adalah budaya
yang bertunjangkan kepada keluhuran nilai dan kehalusan budi
pekerti.
Istilah Melayu yang biasa digunakan untuk menjelaskan
tentang peningkatan hidup masyarakat ini adalah kemajuan atau
pembangunan. Tetapi istilah tersebut tidaklah begitu meluas
penggunaannya berbanding tamadun. Selepas kedatangan Islam,
istilah-istilah Arab mula digunakan dan diterima pakai dalam istilah
Bahasa Melayu.
Perbincangan mengenai konsep peradaban atau tamadun ini
juga sering kali dikaitkan dengan keadaan pengembangan intelektual,
budaya, dan material yang maju dalam masyarakat manusia
yang boleh dikenal pasti melalui kemajuan dalam seni dan sains,
64

penggunaan penyimpanan rekod yang meluas termasuk penulisan


serta penampilan institusi politik dan sosial yang kompleks.

3.3 MASYARAKAT DAN DEMOGRAFI

Masyarakat merupakan sekumpulan manusia yang hidup bersama,


saling berhubungan dan bekerjasama, memiliki kesatuan sosial, serta
sentiasa membina kebudayaannya yang tersendiri (Hamidah, Norlin,
Nor Akmar, Norashikin, Rozainan & Shah Rollah, 2011). Masyarakat
juga boleh didefinisikan sebagai sekumpulan manusia yang berkongsi
budaya yang sama, menduduki satu kawasan yang khas dan merasai
kewujudan mereka sebagai satu entiti yang hidup bersatu padu dan
berbeza dengan yang lain (Zaid, Lee, Najeemah, Sarjit, Ahmad
Tarmizi, Ku Halim, Ruslan, Nazri & Ho, 2010). Di dalam setiap
masyarakat mempunyai individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan
kecil yang membentukjaringan erat sesama mereka terutama melalui
hubungan atau pergaulan bersemuka. Melalui jaringan erat ini
terbentuk pola hubungan sosial yang berulang seperti mengadakan
program gotong royong, menghadiri majlis rumah terbuka pelbagai
perayaan, menghadiri majlis kenduri perkahwinan dan banyak lagi
(Shamsul Amri, 2010). Justeru, berdasarkan konsep masyarakat
yang dihuraikan temyata Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai masyarakat yang mengandungi banyak kumpulan etnik
dan budaya. Walaupun begitu, hubungan yang harmonis telah berjaya
dibina untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang teguh di
persada dunia.
Dalam konteks Malaysia, kemajmukannya boleh dilihat melalui
kewujudan masyarakat pelbagai kaum dan bangsa yang hidup bersama
berkongsi kemakmuran dan kekayaan negara. Menurut Fumival
(1983), masyarakat majmuk atau plural bermaksud masyarakat yang
bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka hidup
berdekatan tetapi tidak terpisah dengan sistem politik yang sama serta
masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa dan
pemikiran sendiri. Dalam konteks Malaysia, hubungan yang harmoni
antara pelbagai kelompok etnik akan membina sebuah masyarakat
yang teguh dan menjadi tonggak kestabilan negara.
65

Terdapat tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina


dan India dan kebanyakannya tinggal di Semenanjung Malaysia
manakala kaum bumiputera lain seperti Than dan Kadazan sangat
sinonim dengan negeri Sarawak dan Sabah yang berada di Malaysia
Timur. Kepelbagaian kaum ini menghasilkan kepelbagaian ciri yang
menjadikan negara ini sangat unik serta mampu menarik minat ramai
orang luar untuk datang melihat sendiri cara hidup harmoni yang
dilalui oleh masyarakatnya.
Sebagai contoh, dalam urusan keagamaan, Islam telah diangkat
menjadi agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan manakala
agama-agama lain seperti Buddha, Hindu, Kristian, Tao dan lain-
lain bebas untuk dianuti dan diamalkan oleh penganut masing-
masing. Dalam konteks masyarakat pelbagai kaum di Malaysia,
konsep beragama seperti yang dijamin oleh Perlembagaan ini mampu
membina ikatan dan perpaduan kerana semua agama menyeru
penganutnya berbuat baik antara satu sama lain dan menghindarkan diri
daripada menyakiti orang lain. Malahan melalui konsep beragama ini,
masyarakat dapat mengenal pasti dan mempraktikkan titik pertemuan
yang mampu memupuk nilai-nilai baik seperti hormat menghormati,
tolak ansur dan rasa tanggungjawab terhadap ahli masyarakat tanpa
mengira wama kulit dan agama.
Selain bertoleransi dan saling memahami dalam urusan
keagamaan, kemampuan masyarakat mengekalkan keamanan dan
kestabilan dalam hampir semua bidang seperti politik, ekonomi,
sosial dan lain-lain telah membantu proses pembangunan berjalan
dengan lancar sehinggakan Malaysia berjaya mencapai tahap
negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50
tahun. Pencapaian ini sangat hebat kerana Malaysia didiami oleh
masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai latar kaum atau etnik
yang sering kali dikaitkan dengan situasi konflik terutamanya jika
melibatkan urusan agihan ekonomi namun perkara negatif tersebut
tidak berlaku.
Melalui kepelbagaian kaum, agama, budaya serta bahasa,
Malaysia masih mampu dan terus mengekalkan keamanan dalam
kehidupan masyarakatnya. Ini membawa erti, walaupun hidup
dalam suasana perbezaan yang sangat ketara, namun kerana wujud
kematangan dalam tadbirurus negara serta kematangan masyarakatnya
66

yang bertoleransi maka perpaduan dalam kepelbagaian ini dapat


dibentuk dan dinikmati oleh semua pihak. Tidak dinafikan bahawa
wujud konflik dalam berinteraksi antara satu sama lain, namun
peratusannya yang sangat kecil itu telah membolehkan Malaysia
diiktiraf antara negara teraman dan stabil di dunia.
Justeru itu, kemampuan Malaysia membentuk kesepaduan
sosial dalam kalangan masyarakatnya yang pelbagai merupakan
satu perkara penting yang perlu dikekalkan dan dipertahankan.
Kejayaan ini disumbangkan oleh semua pihak melibatkan pemerintah
dan rakyat yang memainkan peranan masing-masing. Kejayaan
mengurus kesepaduan sosial ini pada masa yang sama wajar dikongsi
untuk kebaikan semua pihak sama ada di Malaysia mahupun dunia
antarabangsa.

3.4 TAHAP-TAHAP PEMBENTUKAN


KELOMPOK MASYARAKAT

Amalgamasi

Segregasi

Asimilasi

Akomodasi

Rajah 3.1 Tahap-tahap pembentukan kelompok masyarakat.

3.4.1 Amalgamasi

Amalgamasi merupakan proses asimilasi tahap yang tertinggi dan


paling kemuncak. Ia berlaku ekoran daripada percampuran budaya
atau ras lalu membentuk dan mewujudkan budaya serta ras yang
67

baharu. Teori amalgamasi boleh diterjemahkan dengan formula


A+B+C=D. Simbol A, B dan C mewakili kumpulan etnik berlainan
dan D mewakili amalgam yang merupakan satu kumpulan baharu
hasil daripada penyatuan A, B dan C tadi. Ringkasnya, kumpulan-
kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan
campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya baru tanpa
menuruti budaya asal mereka. Pembentukan ini nampak ketara boleh
terjadi menerusi perkahwinan campur. Menurut Anuar, Razaleigh
dan Abdul Ghafar (2011 ), perkahwinan campur adalah perkahwinan
yang terhasil daripada komunikasi dan interaksi antara manusia yang
terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Fenomena sebegini
bukanlah suatu perkara baru di Malaysia bahkan ianya sudah lama
berlaku seperti perkahwinan antara Melayu dan Cina telah berlaku
sejak zaman Sultan Mansur Shah dan Puteri Hang Li Po lagi, iaitu
pada kurun ke-15. Dalam konteks Malaysia boleh dilihat beberapa
peranakan yang muncul kesan daripada perkahwinan campur iaitu
peranakan baba nyonya (pendatang dari China+ Melayu), peranakan
Chetty (pendatang dari India+ Melayu, Cina dan lain-lain), Serani
(Portugis + Melayu), Syed/Syarifah (Arab+ Melayu), Mamak/ Marni
(India+ Melayu) dan sebagainya.

3.4.2 Segregasi

Segregasi adalah suatu pemisahan atau pengasingan antara


sebuah kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam
sesebuah negara. Pengasingan ini boleh terjadi dalam beberapa
keadaan antaranya dari aspek tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan, kemudahan awam (ShamsulAmri, 2007). Menurut Ting
(1997) segregasi merupakan suatu pengasingan atau pemisahan yang
meletakkan had-had dan sekatan-sekatan tertentu ke atas hubungan,
sosial, kontrak dan komunikasi. Segregasi boleh diklasifikasikan
kepada dua jenis iaitu de Jure (didasari undang-undang) seperti Dasar
Aparteid 1948-1994 dan de Facto (tidak didasari undang-undang)
seperti Pengasingan tempat tinggal, pengangkutan, kemudahan awam
dan sebagainya.
Dasar segregasi ini pemah berlaku dalam sejarah ketamadunan
masyarakat di Tanah Melayu pada era penjajahan kolonial dalam
tempoh lebih kurang 170 tahun. Ia memperkenalkan dasar "Divide
68

and Rule" iaitu pecah dan perintah yang merupakan satu dasar yang
memberikan keuntungan kepada mereka walaupun bersifat minoriti
tetapi mereka boleh menguasai kelompok majoriti di Tanah Melayu
pada waktu itu. Dasar inilah yang menyebabkan etnik-etnik yang
mendiami khususnya di Tanah Melayu pada waktu itu tidak dapat
bersatu dan membentuk satu jalinan ikatan yang kuat dikalangan
mereka kerana mereka hanya bertemu seketika sahaja dengan
diasingkan etnik cina di bandar-bandar, Melayu di kawasan pedalaman
dan India di kawasan estet-estet.

3.4.3 Asimilasi

Asimilasi adalah merupakan proses penggabungan atau percantuman


kebudayaan menerusi masyarakat yang pelbagai dan berbeza-beza
lalu mewujudkan sebuah kebudayaan dan identiti masyarakat yang
baru. Asimilasi berlaku secara bertahap dan mengambil tempoh
waktu yang agak lama (Paul & Chester. 1990). Menurut Abramson
(1994) pula, asimilasi sebagai satu proses yang boleh membawa
kepada peningkatan kesamaan dalam masyarakat disebabkan sering
berlakunya interaksi antara keduanya. Menerusi proses ini, ia akan
mengurangkan sedikit demi sedikit perbezaan dalam kelompok
masyarakat sehingga terbentuknya asimilasi. Proses ini dikenali
sebagai proses peleburan atau penghakisan. Ianya terbentuk ekoran
daripada kaum minoriti telah pun dikuasai oleh budaya kaum majoriti,
Kesannya kaum minoriti akan kehilanganjati diri dan identiti bangsa
mereka kepada kaum yang majoriti.
Konsep asimilasi ini boleh diringkaskan dalam bentuk formula
A+B+C =A. Abjad Aini mewakili golongan dominan manakala abjad
B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Proses penyerapan atau
"absorption" ini boleh dilihat contohnya negara jiran iaitu negara
Thailand. Di sana orang-orang Melayu telah mengalami asimilasi
iaitu berlaku proses penyerapan dengan masyarakat Thai menerusi
nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka kecuali
pada kepercayaan dan agama sahaja. Dalam konteks Malaysia pula,
asimilasi boleh dilihat berlaku ke atas masyarakat seperti Jawa, Siam
Kelantan, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya hamper keseluruhannya
melainkan hal yang berkaitan dengan anutan kepercayaan atau agama.
69

I PROSES ASIMILASI I
I I
Etnik Sering Tempoh
berbeza berinteraks interaksi lama

Rajah 3.2 Proses asimilasi.

3.4.4 Akomodasi

Penerimaan terhadap norma dan nilai etnik yang berbeza tetapi dalam
masa yang sama tidak menggugat budaya masing-masing bahkan tetap
mempertahankan budaya masing-masing. Setiap etnik memainkan
peranan dalam menyesuaikan diri dalam kelompok yang pelbagai
supaya dapat mewujudkan suasana yang aman dan harmoni tanpa
ada perasaan sangsi dan syak wasangka serta menghormati budaya
etnik lain. Mereka bebas mengamalkan budaya masing-masing dalam
situasi menang-menang (win win situation) dengan menyedari tentang
keberadaan budaya etnik lain. Konsep ini diwakili oleh formula A +
B + C = A + B + C iaitu A, B dan C merujuk kepada budaya etnik.
Walaupun wujud kepelbagaian kumpulan etnik, tetapi mereka hidup
dalam suasana yang harmonis dan menghormati antara satu sama lain.
Menurut Hamidah, Norlin & Shah Rollah (2009), akomodasi boleh
berlaku dalam konteks penggunaan bahasa. Meskipun bahasa Melayu
diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikian bahasa-bahasa
lain masih boleh diguna pakai selagi ia tidak bertentangan dengan
prinsip perlembagaan. Begitu juga dalam konteks politik di Malaysia
iaitu etnik Melayu diwakili oleh PAS, PKR dan UMNO, etnik
Cina diwakili oleh MCA, OAP dan GERAKAN, etnik India pula
diwakili oleh MIC, PPP dan IPFB. Selain itu boleh dikatakan juga
setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan
Pendidikan dan mereka saling bergantungan dan memerlukan antara
satu sama lain.
70

3.4.5 Akulturasi

Akulturasi boleh diertikan sebagai proses penerimaan unsur budaya


dari satu kelompok etnik kepada satu kelompok etnik yang lain.
Waiau bagaimanapun, tahap penerimaan sesebuah masyarakat
terhadap kebudayaan asing tersebut bergantung sejauh mana ianya
memberi kelebihan dan manfaat kepada sesebuah kelompok etnik
tersebut. Unsur-unsur yang mempunyai nilai tambah dalam sesebuah
kelompok etnik dan ianya pula tidak bertentangan dengan adat
setempat maka unsur tersebut diterima dengan mudah dan cepat
sebagai contoh pemakaian tali leher dan pemberian Ang Pau yang
telah diterima oleh semua kelompok etnik di Malaysia. Tidak dinafikan
juga berlakunya penyerapan nilai-nilai negatiftetapi lazimnya ditolak
oleh majoriti masyarakat umum dan hanya diamalkan oleh segelintir
ahli masyarakat sahaja yang terpengaruh seperti budaya punk, skin
head dan black metal di kalangan anak muda. Berlakunya penolakan
tersebut disebabkan oleh timbulnya perasaan bahawa kebudayaan
asing itu boleh membawa kepada kehancuran dan kemusnahan kepada
nilai serta norma kebudayaan asal mereka.

3.5 PEMBENTUKAN ETIKADAN


PERADABAN DALAM MASYARAKAT
PELBAGAI

Keunikan masyarakat yang pelbagai ini telah menghasilkan etika dan


peradaban yang tersendiri yang menjadi asas kepada keharmonian
kaum dan kemakmuran negara Malaysia. Terdapat beberapa perkara
yang telah mencetuskan etika dan peradaban tersebut, antaranya
sistem kepercayaan dan agama, penempatan masyarakat, sistem
organisasi dan institusi sosial yang teratur, sistem perundangan yang
teratur dengan pemilikan nilai dan moral, kelahiran dan perkembangan
daya kreativiti, kemampuan dalam daya reka cipta berkaitan peralatan
teknologi dan pembinaan, penggunaan bahasa yang serumpun dengan
satu sistem tulisan yang tersendiri, peningkatan kualiti kehidupan dan
peningkatan jangka hayat.
71

Kesemua perkara tersebut telah diadun dengan sangat baik


oleh semua pihak sama ada oleh kerajaan (pemerintah) mahupun
masyarakatnya. Dalam konteks agama, walaupun Islam menjadi
agama rasmi negara, namun ianya tidak menghalang penganut agama
lain untuk mempelajari dan mempraktikkan kepercayaan masing-
masing. Malahan melalui kepercayaan yang pelbagai itu, etika dan
peradaban dipamerkan sehingga mewujudkan ketenteraman dalam
menjalani ibadah dan kepercayaan masing-masing.
Penempatan masyarakat yang pelbagai juga turut
menghasilkan etika dan peradaban yang tersendiri. Ada yang tinggal
di kawasan seperti perbandaran, pinggir bandar, kampung dan ladang.
Kepelbagaian masyarakat juga dikenali melalui penempatan tempat
tinggal berdasarkan negeri-negeri atau zon yang terdapat di Malaysia.
Kesemua ini telah menghasilkan kepelbagaian etika dan peradaban
seperti dalam aspek budaya dan sosial. Justeru kesemua tempat
tinggal ini mempunyai ciri etika dan peradaban yang mewamai hidup
masyarakat pelbagai di Malaysia.
Sistem organisasi dan institusi sosial yang teratur turut
menghasilkan etika dan peradaban dalam masyarakat yang pelbagai.
Sebagai contoh, masyarakat Melayu Tradisional mempunyai dua
golongan iaitu yang memerintah terdiri daripada Raja dan bangsawan
sedangkan yang diperintah pula meliputi rakyat jelata dan hamba
sehaya (Seri Lanang Jaya, Abd. Rahman, Mohd Rashid & Naffi,
2013). Susun lapis sosial ini telah menyumbang kepada terbinanya
suatu bentuk organisasi yang cekap dalam sistem politik dan sosial
negeri-negeri Melayu sepanjang sejarah kewujudan ketamadunan
Melayu itu sendiri. Manakala dalam konteks moden, masyarakat
Melayu terdiri daripada kelas atasan, menengah dan bawahan di
mana fungsinya tidak banyak perbezaan dengan sistem yang ada pada
zaman Melayu Tradisional (Mohd Koharuddin, 2005). Pada masa
kini, sistem organisasi dan institusi sosial terbentuk dalam masyarakat
melibatkan semua aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan
lain-lain.
Perkembangan daya kreativiti, kemampuan dalam daya reka
cipta yang melibatkan penghasilan peralatan teknologi dan pembinaan
turut dikaitkan dengan etika dan peradaban sesebuah masyarakat.
Sebagai contoh, orang Melayu dikatakan memiliki kepandaian untuk
72

melakukan aktiviti peleburan dengan menerima teknik peleburan


dari generasi sebelumnya. Aktiviti ini melibatkan proses penciptaan
logam hasil peleburan tembaga, besi, emas dan perak. Pada zaman
silam, bidang ini muncul dengan kehendak sistem politik pada
masa itu yang meletakkan barangan tertentu seperti periuk, dulang,
mangkuk, pinggan, cawan dan sebagainya yang diperbuat daripada
logam bemilai tinggi seperti emas atau perak yang juga sebagai
simbol diraja dan kuasa (Mohd Taib, 1988). Penciptaan peralatan
pertanian seperti teknologi pembajakan dan juga sistem saliran air
yang digunakan dalam proses pengairan pertanian terutama dalam
pekerjaan penanaman padi dan sebagainya. Dalam bidang teknologi
alam bina juga, orang Melayu sudah mahir dalam pembinaan rumah
dan masjid (Pisol, 2003). Justeru aktiviti tersebut menunjukkan aspek
peradaban yang tinggi dalam sesebuah masyarakat.
Bagi keperluan domestik pula terdapat peralatan seperti periuk,
dulang, tempat hara, tempat sirih, bekas air mawar, kaki dian, ketur
atau tempat ludah, ceper dan dulang yang berkaki. Barangan tersebut
penting dalam kehidupan harian dan juga sering kali digunakan
dalam upacara tertentu seperti menyambut kelahiran, perkahwinan
dan kematian. Masyarakat Melayu berkemahiran melakukan teknik
peleburan dan penghasilan material logam melalui kaedah peleburan
dan penuangan. Antara hasil peleburan yang sering dilakukan ialah
peleburan dan penuangan logam tembaga yang terdiri daripada aloi
kuprum dan timah yang berdasarkan kaedah penuangan lilin lesap
(Wan Ramli, 1995). Kemahiran yang dimiliki ini menggambarkan
disiplin yang tinggi masyarakat dalam aktiviti tersebut.
Peningkatan kualiti kehidupan dan peningkatan jangka hayat
sesebuah masyarakat merupakan antara ciri sesebuah negara yang
menuju ke arah kemodenan dan kemajuan yang mapan. Hal ini
disebabkan kemodenan dan kemajuan sesebuah negara tidak bererti
sekiranya kualiti hidup rakyat masih ketinggalan zaman. Ianya turut
menjadi cerminan sesebuah masyarakat itu mempunyai etika dan
peradaban yang baik. Antara perkara penting yang selalu dibincangkan
adalah kepentingan membina keluarga yang bahagia, Keluarga
bahagia sememangnya melambangkan kualiti hidup masyarakat
yang baik kerana individu daripada keluarga bahagia biasanya akan
dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam kancah negatif
73

seperti penyalahgunaan dadah, penglibatan dalam gejala sosial dan


lain-lain yang boleh membantutkan kemajuan sesebuah masyarakat.
Penambahan ilmu pengetahuan juga merupakan elemen penting ke
arah peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat kehidupan.
Setiap individu yang berilmu dapat mengangkat martabat diri, keluarga
dan meningkatkan taraf hidup supaya keluar daripada kepompong
kemiskinan apabila mendapat pekerjaan yang baik ataupun menjadi
usahawan yang berjaya. Malah, Malaysia akan mempunyai aset
modal insan bagi mentransformasikan negara mencapai taraf negara
maju suatu masa kelak.

3.6 KESIMPULAN

Etika dan peradaban merupakan dua unsur penting yang telah tersemat
dalam kehidupan masyarakat dan berjaya mewujudkan keharmonian
kaum di Malaysia. Walaupun mempunyai masyarakat yang bersifat
majmuk, negara Malaysia terus mendapat penghormatan daripada
dunia luar kerana berjaya mengekalkan keamanan sehingga mendapat
tempat ke-16 dalam senarai Global Peace Index pada tahun 2019.
Kejayaan ini sangat bermakna kerana negara Malaysia merupakan
sebuah negara yang bukan bersifat homogen (homogeneous). Semua
pihak termasuk kerajaan dan rakyat mempunyai peranan masing-
masing dan tersendiri dalam menjayakan konsep ini. Pengalaman
dan kejayaan mengurus etika dan peradaban dalam masyarakat
yang pelbagai ini perlu dipertahankan dan diteruskan oleh generasi
seterusnya memandangkan natijahnya sangat memberi kesan positif
kepada pembinaan negara bangsa Malaysia.
BAB4

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL


Malaysia

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bah ini, pelajar akan dapat:


1. Membincangkan proses pemantapan kesepaduan sosial di
Malaysia.
2. Mengaplikasikan kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat
Malaysia.

4.1 PENGENALAN

Dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, kesepaduan


merupakan satu elemen yang penting demi mencapai kesejahteraan
dan keharmonian dalam kehidupan seharian. Malaysia merupakan
sebuah negara yang unik kerana penduduknya terdiri dari pelbagai
kaum di mana ia didominasi oleh tiga kaum majoriti yang terdiri
daripada kaum Melayu, Cina dan India. Secara lazimnya, perbezaan
agama, bahasa dan adat yang wujud dalam setiap kaum sudah pasti
akan menyukarkan kesepaduan sebagaimana yang diharapkan. Dalam
proses mencapai perpaduan secara keseluruhan, pelbagai usaha telah
dilakukan oleh pihak kerajaan semenjak tahun 70-an.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep integrasi,
rintangan serta pelbagai cabaran terpaksa dilalui oleh Malaysia dalam
mencapai perpaduan yang diidamkan. Dalam mengenal pasti sejauh
manakah kedudukan perpaduan yang telah terbina semenjak merdeka
sehingga kini, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengukur tahap
tersebut. Hasil daripada tindakan Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional dengan kerjasama Institut Hubungan Etnik
(KITA), UKM, maka terbinalah Indeks Perpaduan Nasional (IPNas)
yang berfungsi sebagai satu alat untuk mengukur tahap perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia.
75

Negara bangsa peribumi


(Orang Asll diakui dan diterima berdasarkan asimilasi)

PtilUPPINES
I

Nepabanpa perlblBnl
(O..WAolldialalldat_ma...._
- - majmukpasca_be_ lnteglall)

Sumber: Seminar IPNas

Rajah 4.1 Pembinaan negara bangsa.

Sumber: https://www.facebook.com/PerpaduanN egara/photos/pcb.185 82678076


07333/ 1858266454274135

Rajah 4.2 Ilustrasi perpaduan di Malaysia.


76

Di sampmg itu JUga, kajian demi kajian seperti indeks


keharmonian sosio-agama, pengasasan kejiranan, penerapan elemen
perpaduan, tahap integrasi antara etnik dan beberapa lagi turut
dijalankan bagi memahami tahap perpaduan yang wujud di kalangan
masyarakat.
Sungguhpun negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan
melebihi 60 tahun, namun perpaduan secara menyeluruh didapati
masih belum dicapai. Kepelbagaian kaum yang mendiami Malaysia
secara tidak langsung menyukarkan matlamat perpaduan sebagaimana
yang dirancang. Sungguhpun negara Malaysia telah menikmati
kemerdekaan yang agak lama, peristiwa hitam yang berlaku pada
13 Mei 1969 telah menyedarkan kerajaan pada masa itu bahawa ia
bukanlah perkara yang mudah bagi mencapai keharmonian dalam
kehidupan pelbagai etnik.

Sumber: https://www.bharian.eom.my/rencana/komentar/2019/05/563236/kawal-
diri- jangan-bermain-api-perkauman

Rajah 4.3 Peristiwa 13 Mei 1969.

Rentetan daripada peristiwa tersebut perkataan kesatuan yang


diguna pakai oleh kerajaan pada masa tersebut dalam usaha untuk
menyatupadukan rakyat telah ditukar kepada perpaduan dalam
kepelbagaian. Puluhan tahun telah berlalu, proses menyatupadukan
rakyat masih lagi dilakukan secara berterusan. lndeks Perpaduan
77

Nasional (IPNas) merupakan satu kaedah bagi mengukur tahap


perpaduan di Malaysia yang pertama kali dibina selepas 50 tahun
berlakunya tragedi 13 Mei 1969.
Shamsul Amri (2019) telah menggariskan bahawa asas
membangunkan IPNas menggunakan tiga sifat struktural iaitu:

PENYATUPADUAN KESEPADUAN PERPADUAN

Rajah 4.4 Sifat struktural yang dibangunkan oleh IPNAS.

(i) Penyatupaduan - proses berterusan yang dilakukan bagi


menyelesaikan masalah defisit sosial dan dilakukan untuk ke
setiap lapisan masyarakat.
(ii) Kesepaduan - keadaan negara yang harmoni, makmur dan
stabil tetapi perbezaan defisit sosial masih lagi wujud di
kalangan masyarakat.
(iii) Perpaduan - merupakan matlamat terakhir yang perlu dicapai
oleh negara yang berbilang etnik.

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan pada tahun 2018,


nilai Indeks Perpaduan Nasional Malaysia yang menggunakan sekala
0 - 1 ialah pada kedudukan 0.567. Kedudukan nilai ini adalah
besar di mana ia menunjukkan bahawa tahap perpaduan di Malaysia
adalah dalam kedudukan yang baik. Ini adalah selaras dengan Indeks
Kedamaian Dunia di mana Malaysia berada di tangga ke-5 bagi
peringkat Asia manakala peringkat dunia pula Malaysia berada di
tempat ke-16.
78

4.2 PERPADUAN: MATLAMAT DIIDAMKAN

Detik Perpaduan - Detik Perbezaan

Dalam mengbarungi kebidupan yang mengandungi pelbagai kaum,


perpaduan yang terbina daripada basil proses barmoni jelas terbukti
akan kewujudannya. Ini dapat libat melalui pelbagai peristiwa yang
telab berjaya dirakamkan melalui lensa kamera.

Swnber: https://psbtpnsarawak.wordpress.com/2017/11/14/perpaduan-dalam-
kepelbagaian/

Rajah 4.5 Masyarakat berbilang kaum menyambut hari kemerdekaan.

Kepelbagaian kaum tidak mengbalang kewujudan peraduan


yang terbina basil dari toleransi dari pelbagai kaum. Ini dapat dilibat
daripada peristiwa seperti sambutan bari perayaan (Hari Raya Aidil
Fitri, Tabun Baru Cina, Deepavali).
Selain dari bari perayaan, perpaduan yang terbina daripada
perbezaan kaum juga dapat dilibat daripada aspek sukan (bola sepak,
badminton, boki) di mana penyokong yang badir didapati bersama-
sama dalam memberi semangat kepada pasukan negara tanpa mengira
79

perbezaan di antara satu sama yang lain. Perkongsian perasaan dan


semangat yang terbina ternyata berupaya mencetuskan semangat
perpaduan di antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

Sumber: https://hoongyiisthebest. blogspot.corn/

Rajah 4.6 Masyarakat Berbilang Kaum Menyambut Hari Raya Aidil


Fitri.

Sumber: https://www.hmetro.eom.my/utama/20 l 9/08/491428/sebarkan-kasih-


sayang- bukan-kebencian

Rajah 4.7 Kemenangan Datuk Lim Chong Wei diraikan oleh segenap
lapisan masyarakat.

Begitu juga dengan keadaan apabila berlakunya musibah (banjir,


80

kebakaran, kemalangan jalan raya) di mana kaum yang berbeza di


dapati menolong mangsa tanpa mengira kaum. Dalam keadaan
sebegini, perbezaan antara kaum tidak lagi wujud kerana masyarakat
lebih mengutamakan keselamatan dan secara tidak langsung
menghasilkan perpaduan di antara kaum.

4.3 KESEPADUAN: TAHAPDICAPAI


a. Kesepaduan Nasional

Dalam proses mencapai tahap perpaduan yang mantap, kesepaduan


nasional merupakan satu keadaan di mana masyarakat berada dalam
keadaan yang aman, penuh dengan keharmonian dan kestabilan. Ia
merupakan satu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam
terhadap perpaduan yang seterusnya pula mempengaruhi para anggota
masyarakat tersebut untuk merangkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan
sebagai prasyarat mencapai perpaduan (Shamsul Amri, 2011 ).

Sumber: https://dearchangel. blogspot.com/20 l 5/ l 0/ciri-ciri-masyarakat-majmuk.


html

Rajah 4.8 Masyarakat pelbagai kaum dengan pakaian tradisi masing-


masmg.
81

Dalam konteks yang lebih mudah ianya menggambarkan kepada


keadaan di mana kemahuan masyarakat untuk saling bergantungan di
antara satu sama lain dan berkongsi nilai-nilai kesetiaan bagi tujuan
perpaduan (Jenson, 1998).

b. Kesepaduan Sosial - Defisit Sosial

Maxwell ( 1996) mendefinisikan kesepaduan sosial sebagai


proses membina nilai bersama dan interpretasi masyarakat bagi
membolehkan penduduk sensitif terhadap perkara yang sama. Dalam
usaha untuk mencapai perpaduan secara total, kesepaduan sosial di
kalangan masyarakat merupakan prasyarat yang perlu ditempuhi oleh
masyarakat negara ini (Shamsul Amri, 2011 ).

Sumber: https://raiseyourvoice 1957.wordpress.com/2014/11/11/unity-and-social-


cohesion- in-malaysia-is-it-possible/

Rajah 4.9 Kegembiraan kanak-kanak tanpa mengira bangsa.

Kesepaduan sosial boleh mewujudkan kekuatan hubungan sosial,


perkongsian nilai dalam komuniti mengenai interpretasi, perasaan
terhadap identiti umum dan mempunyai rasa kepunyaan dan
82

kepercayaan dalam komuniti yang sama walaupun wujud perbezaan


danjurang (Jenson, 1998).
Defisit sosial pula bermaksud wujudnya pengurangan atau
jurang dalam konteks sosial di mana usaha-usaha perlu dilakukan untuk
mengurangkan jurang tersebut bagi meningkatkan perpaduan. Defisit
sebegini merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan terutamanya
bagi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik. Pada amnya
kepelbagaian pendapat serta persepsi ini bermula daripada individu,
keluarga dan masyarakat (Kartini, 2019). Defisit sosial berpunca
dari pelbagai aspek umpamanya etnisiti/kaum, agama, kelas sosial,
pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender, politik federalisme,
ruang desa-bandar dan media. Berdasarkan daripada aspek-aspek di
atas temyata usaha-usaha yang jitu dan berterusan perlu dilakukan
untuk menangani defisit yang wujud.

c. Etos Nasional

Perkataan etos berasal daripada bahasa Yunani 1a1tu 'ethos' yang


membawa maksud sikap, keperibadian, watak, karakter dan
keyakinan ke atas sesuatu. Etzioni (2009) menjelaskan bahawa
istilah etos bangsa merujuk kepada nilai-nilai khas, tradisi, identiti
dan wawasan masa depan (atau takdir) sesebuah bangsa. Beliau
turut menekankan bahawa etos bangsa terbentuk apabila masyarakat
terikat antara satu sama lain dan berkongsi nilai yang sama. Mahathir
(1992) dalam penulisannya menggambarkannya sebagai satu proses
pembangunan negara daripada pelbagai bangsa dengan sejarah yang
berbeza, etnik, linguistik, agama, budaya dan geografi. Ia bukan hanya
sekadar memupuk kata sepakat watak asas negara atau bangsa. Bagi
merealisasikan pengembangan etos nasional yang jelas, beliau turut
menyatakan bahawa ianya melibatkan beberapa pemupukan iaitu:
(i) Pengalaman sejarah yang dikongsi;
(ii) Nilai bersama;
(iii) Perasaan identiti bersama;
(iv) Berkongsi takdir yang melampaui batas etnik tanpa menjejaskan
identiti etnik;
(v) Kesetiaan;
(vi) Komitmen; dan
(vii) Keterikatan emosi terhadap bangsa.
83

Dalam mencapai tahap etos nasional, banyak perkara yang


perlu dilihat dan fahami oleh kesemua lapisan masyarakat. Penyatuan
keseluruhan etnik yang berpaksikan satu bahasa, budaya memerlukan
pemahaman dan penerimaan yang jitu. Ini kerana tujuan utama
pembinaan bangsa itu ialah bagi melahirkan perasaan taat setia dan
perpaduan ke atas sesuatu bangsa itu. Rakyat perlu hidup tanpa
pemisahan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama, budaya ,
bahasa dan sebagainya demi mencapai sebuah negara yang berdaulat
dan menjalani kehidupan dengan keadaan bersatu padu dan harmoni.

4.4 PENYATUPADUAN: PROSES DIUSAHAKAN

a. Tahap Keetnikan

Sikap dan tindakan toleransi dan penerimaan etnik perlu menjadi


darah daging dan menjadi pakaian harian dalam pergaulan, supaya
perbezaan bahasa, budaya, agama dan tradisi kehidupan diperakui,
diterima dan dihormati bersama dan perkara kepentingan sama dikongsi
bersama. Setiap etnik perlu memperakui, menerima dan menghormati
perbezaan bahasa, budaya, agama dan tradisi hidup kerana masing-
masing etnik berpegang dengan teras pembentukan berkumpulan
yang berbeza. Sebagai contoh, kaum Melayu dan India mempunyai
latar belakang bahasa dan budaya yang berbeza tetapi kedua-dua
kumpulan ini sangat sensitif jika agama mereka tidak diperakui,
diterima dan dihormati oleh kaum-kaum lain. Demikian juga keadaan
etnik Sabah dan Sarawak di mana perkara terpenting bagi mereka di
sana ialah penerimaan ikatan kekeluargaan suku kaum mereka.

b. Batas Etnik

Mansor, Abd Rahman & MohamadAinuddin (2006) menyatakan batas


etnik ialah di mana tahap ketebalan (tebal atau nipis) atau pupusnya
batas etnik seseorang individu itu akan menentukan sama ada tingkah
lakunya dipengaruhi oleh perkiraan etnik atau tidak. Individu yang
tebal batas etniknya akan mengutamakan perkiraan etnik di dalam
tingkah lakunya. Berbeza dengan individu yang nipis atau pupus
batas etniknya akan mengutamakan perkiraan bersifat bukan etnik
84

hingga boleh berhubung dengan individu-individu lain secara


silang kumpulan. Dalam suasana sosial yang berbentuk sebegini,
masyarakatnya lebih bersifat bersatu padu dan harmoni. Sebaliknya
pula, jika batas etnik itu tebal, individu hanya berhubungan dengan
individu lain berdasarkan persamaan etnik hingga wujud masyarakat
majmuk, terasing, terpisah dan masing-masing berada dalam kotak
masing-masing tanpa diikat oleh nilai yang dikongsi bersama.

c. Hubungan Sosial Rentas Etnik

Hubungan sosial rentas etnik ialah satu keadaan di mana penglibatan


sivik sebagai sambungan individu dengan kehidupan komuniti-
komuniti mereka malah meningkatkan dan mengekalkan hubungan
dengan masyarakat-masyarakat atau komuniti-komuniti setempat
(Putnam, 1995). Dalam konteks perpaduan di Malaysia, bagi
merealisasikan hubungan sebegini kekal berterusan maka pelbagai
langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan
aktiviti kolektif dan pembangunan individu dan komuniti. Salah satu
strategi yang digunakan oleh pihak kerajaan ialah melalui penggunaan
institusi sedia ada seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk
meluaskan aktiviti terarah dan menggembleng pusat sosial sedia ada
(masjid, kuil, gereja) untuk kegiatan umum yang informal dengan
matlamat akhir mengurus sosial defisit.

Sumber: https://www.bemama.com/bm/news.php?id= 1699092

jab 4.10 Rukun tetangga pemangkin perpaduan dan kesejahteraan


masyarakat.
85

4.5 ALAT PENYATUPADUAN-TAWAR


MENAWAR, PERUNDINGAN DAN
PENGANTARAAN
Dalam mencapai perpaduan dalam kepelbagaian kaum, tidak
dina:fikan bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan
perlulah dilakukan secara berterusan. Segala bentuk permasalahan
yakni sosial defisit perlu dikenal pasti danjalan penyelesaian haruslah
dicari dan diterokai. Namun demikian ia bukanlah satu perkara yang
mudah kerana ia memerlukan waktu dan kesabaran dari semua pihak.
Dalam membangunkan IPNas, perancangan dan pelaksanaan bagi
menangani masalah perpaduan adalah berasaskan prinsip tawar-
menawar, perundingan dan mediasi. Maksud mediasi di sini ialah
satu langkah intervensi bagi menyelesaikan konflik dalam masyarakat
dengan melibatkan pihak ketiga yang bersifat neutral. Ketiga-tiga
asas ini digunakan bagi mencapai kata sepakat dalam mengatasi defisit
sosial seperti bahasa, pendidikan, jurang generasi dan beberapa lagi.

4.6 KESIMPULAN
Bagi mencapai perpaduan yang mutlak, ia sesuatu yang sukar dicapai
memandangkan negara Malaysia didiami oleh pelbagai kaum yang
mempunyai perbezaan agama, bahasa dan budaya. Langkah atau
inisiatif perlu dilakukan secara berterusan dalam membina sistem
nilai sejagat yang dikongsi oleh semua rakyat berbilang etnik dan
sosiobudaya. Penekanan terhadap pentingnya perpaduan haruslah
difahami oleh semua lapisan generasi. Usaha yang berterusan bukan
hanya tertumpu kepada pihak kerajaan semata mata malah organisasi
tidak berasaskan keuntungan (NGO) juga perlu turut serta dalam
menanam sikap mengambil berat, prihatin dan menyumbang kepada
masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Di pihak
masyarakat pula, mereka haruslah sedar akan kepentingan perpaduan
secara keseluruhan dan kesan daripada kerapuhan yang berlaku akibat
daripada sifat kealpaan dan sikap mementingkan diri sendiri. Dalam
erti kata yang lain, masyarakat perlu memahami serta memainkan
peranan dalam menyokong tindakan pihak kerajaan dan mana-mana
pihak yang terlibat dalam menyemai semangat perpaduan di setiap
lapisan masyarakat di Malaysia.
BABS

KE ARAH PEMBINAAN PERADABAN


MAJMUK DI MALAYSIA

BASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bah ini, pelajar akan dapat:


1. Menghuraikan proses pembentukan negara bangsa di
Malaysia.
2. Menganalisis negara bangsa Malaysia dari perspektif peradaban.

5.1 PENGENALAN - SEJARAH SOSIAL


PENGARUH PERADABAN DUNIA
DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
(SEJARAH DI ALAM MELAYU)

Malaysia merupakan sebuah negara unik dengan kepelbagaian yang


mewamai masyarakatnya. Kepelbagaian ini seharusnya dilihat
secara positif, diakui dan dihormati sebagai lambang jati diri dan
identiti kita sebagai rakyat Malaysia dan bukannya sebagai masalah.
Pembinaan peradaban dan kepelbagaian masyarakat Malaysia telah
melalui beberapa fasa sejarah yang merangkumi isu-isu persekitaran
politik, ekonomi dan sosial. Dengan persekitaran yang ada sekarang,
Malaysia masih memerlukan masa yang agak lebih panjang lagi untuk
meneruskan proses pembinaan peradaban sebagai sebuah negara
bangsa yang sekali gus melenyapkan perasaan dan sifat kemajmukan
di negara ini.
Pembinaan peradaban di Malaysia seharusnya di rungkai
sejarahnya yang bermula sejak 15,000 SM lagi. Wan Hashim (1997)
dalam kajiannya tentang asal usul Melayu menyatakan bahawa hasil
analisis De Silva (1981) ke atas bahan arkeologi yang ditemukan,
mendapati sudah wujud tamadun atau peradaban di alam Melayu sejak
tarikh tersebut. Ini kelihatan selari dengan dapatan kajian analisis
87

DNA, arkeologi dan etnologi oleh Stephen (1998) dari Universiti


Oxford yang mengatakan bahawa Asia Tenggara sebagai pusat awal
peradaban dunia yang dinamakan Sundaland sekitar 16,000 tahun
lalu. Malah ada yang mengatakan masyarakat di alam Melayu sebagai
tamadun kedua tertua di dunia mencecah 70,000 tahun selepas Afrika
yang mempunyai manusia tua paling kuno sekitar 150,000 tahun.
Kajian dan teori ini, setidak-tidaknya telah menafikan teori-teori
popular seperti Out of Taiwan oleh ahli arkeologi Australia, Bellwood
(1998) danjuga Blust (1999) pakar linguistik dari Amerika Syarikat
yang mendasarkan penyelidikan mereka kepada bahasa Austronesia
yang dikatakan berasal dari Taiwan. Kemudiannya tersebar ke Asia
Tenggara dan Kepulauan Polinesia melalui penghijrahan keluar
penuturnya dari Taiwan sekitar 10,000 ke 6,000 SM.
Unsur Melayu yang terdapat di Hainan dan Taiwan sebenamya
merupakan serpihan daripada etnik Champa yang berhijrah daripada
Selatan ke Utara. Kajian dan penelitian yang dilakukan oleh Wan
Hashim Wan Teh ke atas data antropologi dan linguistik mendapati
daripada 26 buah etnik yang terdapat di kawasan tersebut, tidak ada
satu pun yang menyerupai masyarakat Melayu. Beliau seterusnya
menegaskan, "sekiranya Melayu berasal dari Yunan atau selatan
China, pasti ada kumpulan induk Melayu di sana, tidak mungkin
semuanya pupus kerana kita mempunyai lebih 200 juta manusia di
alam Melayu".
Teori Oppenheimer mengatakan bahawa benua Sunda telah
ditenggelamkan oleh bencana banjir besar akibat kenaikan paras air
laut, dan hanya kepulauan Melayu sahaja yang tinggal di atas paras
air. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk benua Sunda terpaksa
berhijrah ke lain-lain tempat seperti ke Indochina dan Taiwan di Utara
dan ke pulau Pasifik Selatan di timur serta ke Madagascar di barat. Dos
Santos (2005) dari University of Campinas Sao Paolo, Brazil telah
menamakan benua Sunda sebagai 'The Lost Continent of Atlantis'
seperti yang digambarkan oleh ahli falsafah Greek, Plato dalam
Timaeus and Critias. Pada awalnya The Lost Continent of Atlantis
dikatakan berada di Sepanyol, namun Oppenheimer dan Santos
merumuskan bahawa ciri Atlantis yang diperkatakan itu lebih banyak
menyamai alam Melayu atau Sundaland. Pandangan mereka ialah
88

alam Melayu yang bersambung dari Semenanjung Tanah Melayu,


Sumatera dan Pulau sekitamya hingga ke Filipina telah membentuk
satu benua yang saiznya dua kali ganda besar daripada benua India
sebagai Atlantis yang hilang.
Teori ini mungkin tidak mudah untuk diterima pakai oleh
sebilangan besar masyarakat untuk memperbetulkan fakta sejarah
yang sebenamya, sekalipun telah dibuktikan dari dapatan DNA yang
tidak boleh di manipulasi sebagai pengukuhan kajian. Ini kerana teori-
teori sarjana dan sejarawan Barat seperti Kem (1889) dan Heine &
Geldem (1945) telah tertanam dalam fikiran masyarakat sejak sekian
lama. Anggapan bahawa masyarakat Melayu merupakan kelompok
manusia yang berasal dan berhijrah dari Yunnan di China ke wilayah
Asia Tenggara terus mendapat tempat dan sokongan dari beberapa
orang sarjana hasil penemuan kapak tua di Asia Tengah di Kepulauan
Melayu, menunjukkan wujudnya pergerakan penduduk seperti yang
didakwa. Berdasarkan teori ini dikatakan orang Melayu berhijrah
menerusi gelombang yang berlaku kira-kira 2,000 SM dikenali sebagai
Melayu-Proto, kemudiannya diikuti pula oleh Melayu-Deutro sekitar
1,500 SM. Kelompok Melayu-Proto adalah seperti Jakun, Mahmeri,
Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain.
Manakala Melayu-Deutro merupakan masyarakat Melayu yang ada
pada masa kini.
Menurut Asmah (1985), sebelum berlakunya perpindahan
penduduk dari Asia, kepulauan Melayu telah pun ada penduduk aslinya
yang dikenali sebagai Negrito. Dikatakan telah berada di Nusantara ini
sejak tahun 8,000 SM. Mereka ini tinggal di dalam gua dan kehidupan
mereka bergantung kepada pemburuan binatang. Peralatan untuk
memburu diperbuat daripada batu. Zaman ini dikenali sebagai Zaman
Batu Pertengahan. Hal ini berbeza dengan peradaban yang dimiliki
oleh Melayu-Proto yang lebih maju sedikit kerana mempunyai
kepandaian dalam pembuatan peralatan untuk bercucuk tanam dan
juga alat perhiasan kehidupan. Namun kehidupan mereka masih
bersifat nomad. Zaman mereka ini dikenali sebagai Zaman Neolitik
(Zaman Batu Baru). Melayu-Deutro pula mempunyai peradaban yang
jauh lebih maju daripada pendahulu mereka. Zaman mereka dikenali
sebagai Zaman Logam, kerana kebudayaan logam telah menguasai
89

kehidupan mereka. Perkakasan dan peralatan untuk perburuan atau


pertanian diperbuat daripada besi (logam). Corak kehidupan mereka
pula adalah bersifat menetap dan berkelompok di sesuatu tempat
khususnya di persisiran pantai, bekerja sebagai nelayan, petani dan
juga pemburu. Organisasi kehidupan mereka dipimpin oleh seorang
ketua yang juga bertindak sebagai ketua agama. Mereka menganuti
agama amm1sme.
Sebelum abad ke-18 dan ke-19, kepelbagaian budaya, bahasa,
agama dan adat resam belum lagi wujud di Tanah Melayu ketika
itu. Semenanjung Tanah Melayu hanya didiami oleh orang Melayu
dan orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain.
Disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan seperti berlakunya
perubahan dalam struktur politik, maka struktur sosial, budaya,
agama dan adat resamnya juga turut berubah. Kesan mutlak daripada
kolonialisme pada pertengahan abad ke-19, telah berlaku penghijrahan
kaum Cina dan India secara beramai-ramai bagi mengisi beberapa
sektor pekerjaan di negara ini. Dasar liberal Inggeris ini, telah
mengubah struktur kependudukan asal tanah Melayu. Pola dan strata
sosial yang berasaskan komposisi kaum dan etnik telah membentuk
satu kelompok masyarakat yang dikenali sebagai 'masyarakat
majmuk'. Selain etnik Melayu, Cina dan India, Malaysia juga terdiri
daripada pelbagai suku kaum lain seperti orang Asli, India, Bidayuh,
Kadazan, Dusun serta suku bumiputera lainnya di sabah dan Sarawak.
Menurut Furnivall (1956), dalam bukunya, masyarakat majmuk ialah
masyarakat yang bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu.
Hidup berdekatan tetapi tidak berpisah dalam sistem politik yang
sama, dan masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama,
bahasa, idea dan kaedah sendiri.
Saunders (1977) berpendapat bahawa masyarakat majmuk
terdiri dari pelbagai bangsa yang membentuk satu kependudukan dan
hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan. Menurut beliau di
tanah Melayu terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India
yang bukan hanya terpisah kerana adat, makanan dan pakaian, tetapi
juga dari segi pekerjaan dan tempat tinggal.
Walaupun masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dengan
kepelbagaian budaya dan pemisahan fizikal, namun konsep akomodasi
90

yang diamalkan di negara ini membolehkan hubungan antara etnik


melakukan penyesuaian dan bebas mengamalkan budaya dan agama
masing-masing dengan harmoni. Keadaan ini amat ketara bezanya
dengan negara-negara lain di dunia, di mana golongan minoriti
terdedah kepada kezaliman oleh pihak majoriti yang membentuk
kerajaan. Inilah keunikan dan kematangan yang dimiliki oleh
masyarakat di negara ini. Kesemua etnik bersatu di atas satu ikatan
kerakyatan, di bawah satu sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
dan raja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui
bersama dalam kontrak sosial. Amalan demokrasi berparlimen ini
membolehkan parti-parti politik memainkan peranan masing-masing
sama ada sebagai parti yang memerintah atau pembangkang. Hala
tuju peradaban Malaysia terletak pada perpaduan kaum yang wujud.
Kepelbagaian sepatutnya bukan menjadi faktor penghalang kepada
perpaduan dan pembentukan bangsa Malaysia. Dengan wujudnya
perasaan oleh setiap anggota masyarakat bahawa negara ini adalah
untuk semua, tidak mustahil sebuah negara bangsa akan dapat
dibentuk pada suatu hari nanti.

Sumber: https://www.mynewshub.tv/terkini/hari-malaysia-meraikan-perpaduan-
dalam- kepelbagaian/

Rajah 5.1 Pelbagai masyarakat menyambut Hari Kemerdekaan.


91

5.2 PERADABAN ASIA (INDIA, CINA DAN


TIMUR TENGAH)

Tidak dinafikan bahawa kehadiran kuasa penjajah Barat yang


didahului oleh Portugis 1511, Belanda 1641 dan Inggeris 1824 ke
Tanah Melayu telah membawa bersamanya satu peradaban baru di
Nusantara. Tetapi juga tidak menolak fakta bahawa Tanah Melayu
dan Nusantara ini telah pun memiliki peradabannya sendiri sebelum
kehadiran penjajah. Ini dibuktikan dengan kewujudan beberapa buah
kerajaan besar di Tanah Melayu dikenali sebagai kerajaan maritim
seperti Kedah Tua (abad 5), Chih Tu (abad 6), Santubung (abad
7), Gangga Negara (abad 11), Temasik (abad 14) dan Beruas (abad
15). Kerajaan-kerajaan ini terkenal sebagai pusat perdagangan yang
maju dan telah wujud sebelum kerajaan kesultanan Melayu Melaka.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih tertumpu kepada aktiviti
berasaskan laut seperti perikanan, pelabuhan, industri pembaikan
kapal dan tempat pemunggahan barangan. Oleh yang demikian,
migrasi antara kawasan merupakan sesuatu yang agak lumrah untuk
memenuhi keperluan tersebut. Maka wujudlah kepelbagaian etnik,
budaya, agama dan bahasa di Tanah Melayu.
Keistimewaan kerajaan Melayu ini lebih berkait dengan
kedudukan geografinya yang terletak di Selat Melaka yang tenang dan
dalam serta terpanjang di dunia dan terlindung dari angin monsun.
Ini menjadikannya tempat persinggahan yang cukup popular dalam
kalangan komuniti pedagang yang datang dari Timur Tengah, India
danjuga China. Manakala kerajaan awal lain di Nusantara ialah Funan
(kerajaan agraria abad 1-6), Champa (2-15), Srivijaya Abad 7-11),
Angkor (kerajaan agraria 9-16) dan Majapahit (11-15). Peradaban
kerajaan Melayu Nusantara ini adalah sezaman dengan peradaban
kerajaan dunia yang lain, contohnya kerajaan Funan sezaman dengan
peradaban Empayar Rom, Parsi, Kushan dan Dinasti Han. Manakala
Champa, Srivijaya, Angkor pula sezaman dengan kerajaanAbbasiyah,
Byzantine, Dinasti Tang dan kerajaan Chola.
92

N MON ~ 1u1 ... E.ll

.v.- T •

:,,.
C
,.
.....
,.
;
~
"""
Sll1

so

·-

Leg end
• c:an.:crot p,w.- C.1pt.1J ot._

200

Sumber: http://mysejarahcoursenotes.blogspot.com/20 I 0/07/


kedudukan-geografi.html

Rajah 5.2 Selat Melaka.

Begitu juga dengan kerajaan Majapahit yang berkembang semng


dengan zaman kemasyhuran peradaban Empayar Monggol, kerajaan
Turki Uthmaniah dan Kesultanan Delhi. Maka tidak hairanlah
kerajaan-kerajaan ini mempunyai hubungan timbal balik dalam
urusan perdagangan, keagamaan dan juga diplomatik khususnya
dengan kerajaan di China dan India. Hubungan dengan China dapat
dilihat apabila kerajaan Funan menghantar utusan pada abad ketiga
untuk memohon bantuan ketenteraan bagi menentang ancaman Dai
Viet. Begitu juga dengan kerajaan-kerajaan Melayu lain di Nusantara
yang menghantar utusan masing-masing ke China sama ada atas
tujuan persahabatan ataupun perdagangan. Hal ini juga berlaku dalam
93

konteks hubungan dengan kerajaan-kerajaan di India. Pengaruhnya


tidak hanya dapat dilihat dalam konteks perdagangan semata-mata,
tetapi juga dalam kehidupan sosial masyarakat Melayu yang turut
mengamalkan Buddhisme dan Hinduisme selain animisme.
Kemunculan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sekitar
tahun 1400 yang diasaskan oleh Parameswara, telah mengembalikan
semula kegemilangan peradaban Melayu di Nusantara yang telah
merosot akibat serangan pihak luar ataupun peperangan merebut
kuasa antara wilayah. Dari sebuah perkampungan kecil nelayan dan
tempat persembunyian penyamun, Melaka telah muncul sebagai
sebuah pelabuhan perdagangan antarabangsa yang menerima para
pedagang dari Timur Tengah, China, India dan juga Eropah. Melaka
juga muncul sebagai sebuah pusat perkembangan ilmu pengetahuan
khususnya dalam pendidikan Islam apabila Parameswara memeluk
Islam. Menjelang abad ke-15 kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
telah menjadi sebuah kerajaan yang terkuat di Nusantara.

Lout
Chino
t
Seloton

" .

Louton Hindi

PETUNJUK
1 1 Ernpoyor Kesultonon
L__J Meloyu Meloko

Sumber: https:// berita.pas.org. my/kesultanan-melaka-perluasan-wilayah-


dan-pembinaan- empayar/

Rajah 5.3 Jajahan takluk Melaka.


94

Peradaban Alam Melayu khususnya di Melaka masih


terpelihara walau pun terdapat kepelbagaian budaya, bahasa, agama,
bangsa dan etnik yang hadir dan bertembung antara satu sama lain
ketika itu. Bahasa Melayu menjadi bahasa linguafranca yang diguna
pakai dalam urusan perdagangan ketika itu. Kesannya, hubungan
masyarakat tempatan dengan kaum asing menjadi lebih pesat
berkembang sehingga menjadikan pluraliti masyarakat di Nusantara
lebih rencam. Perbendaharaan kata Bahasa Melayu menjadi lebih
kaya dengan penyerapan bahasa-bahasa asing seperti bahasa Sankrit,
Arab dan Portugis yang telah diasimilasikan ke dalam bahasa Melayu.
Begitu juga dengan perkembangan budaya, di mana telah berlaku
proses asimilasi dengan budaya asing sekali gus mencipta satu bentuk
budaya baharu dan unik bagi masyarakat di Nusantara. Keadaan ini
berlaku kerana bangsa-bangsa yang datang ke Melaka pada ketika itu
tidak besar jumlahnya dan mempunyai tujuan yang khusus iaitu untuk
berdagang. Hanya sebilangan kecil daripada mereka sahaja yang
tinggal menetap setelah urusan perdagangan selesai dan berkahwin
dengan orang tempatan. Proses sosialisasi dan asimilasi ini berlaku
tanpa paksaan, sebab itulah tidak ada konflik etnik seperti mana
lazimnya berlaku dalam masyarakat majmuk.
Kedatangan Islam ke Melaka telah membawa perubahan dan
kesan yang besar kepada masyarakat Melayu. Kehidupan seharian
masyarakat Melayu banyak didasari dengan nilai dan ajaran Islam.
Agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi Melaka,
diamalkan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan kesultanan
Melaka ketika itu. Gelaran sultan telah disamakan dengan gelaran
khalifah yang diguna pakai dalam sistem pemerintahan kerajaan
Abbasiyah. Begitu juga dengan sistem undang-undang seperti
Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka yang menjurus
kepada syariah Islam. Beberapa institusi Islam lain seperti kadi, imam
dan sebagainya telah juga diperkenalkan. Kepatuhan dan ketaatan
kepada sultan bukan bersifat mutlak seperti yang wujud dalam konsep
dewaraja.
Sungguhpun Melaka agak terkemudian sedikit daripada
Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam menerima Islam, namun
kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya menyediakan tapak
yang subur bagi perkembangan peradaban Islam di Tanah Melayu.
95

Sistem politik Islam yang dilaksanakan dalam pemerintahan dan


pentadbiran telah mampu membawa kejayaan dalam kestabilan politik
dan membantu pertumbuhan ekonomi di Melaka ketika itu. Menurut
Cortesao (1944), Melaka telah dikenali sebagai 'cosmopolitan city'
dalam kalangan para pedagang, dan dikatakan terdapat tidak kurang
daripada 84 jenis pedagang yang berurusan ketika itu.

5.3 PERADABAN BARAT

Era penjajahan dan peradaban Barat di Tanah Melayu bermula apabila


Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Alasan serangan ke
atas Melaka oleh Alfonso D' Albuquerque pada 1 Julai 1511 adalah
untuk membebaskan rombongan dagang yang ditahan di Melaka. De
Sequeira yang berjaya meloloskan diri daripada tahanan tersebut telah
melaporkannya kepada Alfonso yang kemudian mengambil keputusan
menyerang Melaka. Pada bulan Ogos 1511 Melaka akhimyajatuh ke
tangan Portugis.
Sebenamya penaklukan Portugis ke atas Melaka adalah
lanjutan daripada perlaksanaan perjanjian Tordesillas (The Treaty
of Tordesillas) antara Portugis dan Sepanyol yang ditandatangani
pada 7 Jun 1494. Perjanjian ini telah membahagikan dunia luar
daripada Eropah kepada duapoli iaitu Portugis dan Sepanyol. Wilayah
pelayaran Barat diberikan kepada Sepanyol, manakala bahagian Timur
pula kepada Portugis, bermula dari barat Tanjung Verde. Kedua-dua
kuasa ini memiliki keupayaan armada laut yang cukup kuat jika
dibandingkan dengan negara Eropah lainnya.
Maka bermulalah ekspedisi pelayaran dengan tujuan utamanya
adalah untuk menguasai perdagangan di kawasan yang dibahagikan
antara mereka. Misi perdagangan ini kemudiannya melebar kepada
misi penaklukan atau penjajahanke atas wilayah-wilayah baru dan juga
penyebaran agama Kristian (katolik). Misi-misi ini dikenali sebagai
3G iaitu Gold, Gospel dan Glory. Portugis telah berjaya menguasai
beberapa buah kawasan di Amerika Selatan termasuk Brazil,
seluruh wilayah Lautan Hindi, Macau dan India di Asia. Menyedari
bahawa India hanyalah sebagai pusat pengumpulan barang-barang
perdagangan dan bukan sebagai pengeluar utama sumber yang dicari
96

oleh mereka, maka misi pelayaran dan penaklukan diperluaskan dan


dilanjutkan ke beberapa buah wilayah di Nusantara. Kawasan ini
merupakan pengeluar utama hasil-hasil perdagangan seperti rempah
ratus, kapur barus, lada hitam, bijih timah dan sebagainya.
Kejatuhan Melaka bermakna hasrat dan tujuan Portugis untuk
menjadikan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal
perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur telah tercapai. Mereka
juga telah berjaya memecahkan monopoli perdagangan yang dikuasai
oleh pedagang Islam sebelum itu dengan cara mendiskriminasikan
pedagang-pedagang Islam. Agama Kristian mula disebarkan untuk
melemahkan pengaruh peradaban Islam di Melaka. Kesan peninggalan
mereka seperti Gereja St. Paul, KotaA'Famosa, Portuguese Dance dan
pengenalan tulisan rumi kepada masyarakat Melayu membuktikan
peradaban Barat telah berjaya melemahkan peradaban Melayu Islam
di Melaka.
Dalam tempoh 130 tahun penjajahan Portugis di Melaka,
beberapa pembaharuan sistem pentadbiran perdagangan telah
diperkenalkan, antaranya ialah:
(i) Kapal-kapal pedagang diwajibkan untuk membayar cukai
sebanyak 6-10% daripada hasil dagangan mereka.
(ii) Untuk berdagang, setiap pedagang perlu mendapatkan pas
kebenaran berdagang daripada pihak Portugis.
(iii) Barangan dagangan utama seperti rempah ratus dimonopoli
oleh Portugis.

Pada tahun 1641 Melaka dijajah pula oleh Belanda selama


183 tahun. Penjajahan Portugis ke atas Melaka berakhir apabila
mereka kalah dalam peperangan dengan Belanda yang dibantu oleh
askar Johar di bawah pimpinan Sultan Abdul Jalil. Penguasaan ke
atas Melaka amat penting sekali bagi Belanda sebagai perencanaan
awal untuk menguasai Kepulauan Melayu. Melaka adalah sebuah
tempat strategik khususnya dari aspek perdagangan. Penguasaan
ke atas Melaka bermakna Belanda akan memperolehi secara terus
rempah ratus dari Timur, tidak lagi melalui Portugis. Belanda juga
cuba menguasai perdagangan bijih timah melalui Selat Melaka.
Mereka berusaha untuk memperolehi kuasa monopoli membeli dan
menjual bijih timah di Perak. Waiau bagaimanapun usaha mereka itu
97

mendapat tentangan daripada beberapa golongan bangsawan Perak


khususnya daripada Syahbandar dan Temenggung yang sudah lama
berurus niaga dengan saudagar dari China dan India.
Pendudukan Belanda di Melaka selama 183 tahun telah
meninggalkan banyak kesan ke atas peradaban Tanah Melayu
khususnya yang berkaitan dengan seni bina. Terdapat beberapa
bangunan atau binaan yang ditinggalkan seperti Stadhuys Melaka dan
Kota Belanda (Dutch Fort) Pulau Pangkor.
Perebutan untuk menguasai negeri-negeri di Tanah Melayu
yang kaya dengan hasil bumi dan hutannya serta kedudukan strategik
laluan Selat Melaka,juga menjadi idaman pihak Inggeris. Pelaksanaan
dasar kolonialisme Inggeris ke atas Tanah Melayu adalah untuk
mencapai tujuan tersebut. Melalui satu perjanjian Inggeris-Belanda
yang dimeterai pada tahun 1824, pentadbiran Melaka secara sah telah
diserahkan pula kepada Inggeris. Perjanjian ini juga memberi kesan
yang cukup besar kepada sejarah Nusantara, di manakepulauanMelayu
telah dibahagikan kepada dua entiti yang berasingan dan menjadi asas
kepada persempadanan Indonesia-Malaysia hari ini. Campur tangan
Inggeris ke atas negeri-negeri Melayu melebar sehingga ke Sabah dan
Sarawak. Faktor politik, ekonomi danjuga sosial menjadi pendorong
kepada Inggeris untuk campur tangan dengan lebih meluas di Tanah
Melayu.
Perebutan kuasa politik dalam kalangan pembesar-pembesar
Melayu yang membawa kepada perang saudara telah membuka
ruang kepada Inggeris untuk campur tangan di Perak dan Selangor.
Pelaksanaan dasar kolonialisme dan imperialisme Inggeris ini perlu
diperluaskan dan dipertahankan. Ini kerana bermula dari abad 16
sehingga abad ke-19, kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Perancis,
Itali, Jerman dan Rusia juga mengintai peluang untuk menguasai
rantau ini. Tanpa kawalan politik yang ketat dan campur tangan
dalam urusan pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa besar tadi boleh
masuk dengan mudah menerusi jalinan persahabatan atau hubungan
perdagangan dengan raja-raja Melayu.
Bagi menjayakan dan menghalalkan misi mereka menakluki
dan menjajah negara-negara asing termasuk Tanah Melayu ini, slogan
"the white man s burden' telah diguna pakai oleh Inggeris. Slogan
ini membawa maksud bahawa adalah menjadi tanggungjawab orang
98

kulit putih (Inggeris) untuk mentamadunkan bangsa-bangsa lain


yang dianggap masih mundur atau tidak bertamadun. Kehadiran
mereka telah membawa perubahan dalam aspek pembangunan dan
perbandaran. Mereka juga turut menyebarkan agama Kristian di
Tanah Melayu melalui mubaligh-mubaligh yang dibawa bersama.
Pembukaan kawasan penempatan baru, kawasan perindustrian,
perladangan dan perlombongan bijih timah menyebabkan sistem
sosial di Tanah Melayu mulai mengalami perubahan. Inggeris telah
membawa masuk imigran dari China dan India untuk bekerja di sektor
tersebut dan kesannya terbentuklah masyarakat majmuk di Tanah
Melayu. Amalan dasar pecah dan perintah telah dilaksanakan oleh
Inggeris bagi memudahkan mereka mengawal etnik yang berbeza
ini. Melalui dasar ini dan juga sistem pendidikan yang diperkenalkan
oleh Inggeris telah menyebabkan orang Melayu kekal dalam tradisi
kehidupan yang sedia ada iaitu miskin dan ketinggalan. Inggeris
merendahkan martabat bangsa Melayu sebagai kelompok bangsa
yang tidak bertamadun atau primitif. Pandangan ini dilontarkan oleh
Frank Swettenham, Residen British di Selangor melalui penulisan
beliau dalam The Real Malay dan The Malay Sketch.
Fakta sejarah sebenamya telah pun membuktikan bahawa
bangsa Melayu merupakan bangsa yang telah memiliki peradabannya
yang tersendiri sebelum kedatangan Inggeris atau kuasa-kuasa Barat
lainnya. Bangsa Melayu telah terkenal sebagai ahli pelayaran dan
pedagang yang aktif di seluruh kawasan Nusantara. Bangsa Melayu
telah memiliki sistem sosial, politik dan ekonomi serta kawasan
penempatan yang tetap di Tanah Melayu. Bangsa Melayu telah
mempunyai atau memiliki nilai hidup dan budaya yang tersendiri
dengan panduan agama Islam khasnya, akhlak, adat resam, etika,
moral dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa kerajaan-kerajaan
tradisional dan bangsa Melayu di Nusantara adalah bangsa yang
sudah bertamadun dan maju. Ini jelas dinyatakan oleh Gullick
(1987) bahawa bangsa Melayu bukanlah bersifat statik seperti
yang digambarkan sebelumnya. Mereka cukup dinamik dalam arus
perubahan semasa termasuklah ketika Inggeris menjajah. Ini dapat
dilihat apabila epistemologi pemikiran masyarakat Melayu lebih
bersifat rasional untuk menerima kemodenan dan kemajuan sains
dan teknologi. Cumanya, fakta sejarah sebenar telah didiamkan atau
dilenyapkan oleh pihak Inggeris dengan tujuan tertentu.
99

5.4 PERADABAN GLOBALISASI

Terdapat beberapa persoalan utama yang perlu diselesaikan dalam


topik peradaban globalisasi ini. Pertamanya sudah tentu berkaitan
dengan makna dan konsep globalisasi itu sendiri serta dimensinya.
Kedua, sejarah globalisasi yang melanda dan mempengaruhi
masyarakat dunia hari ini, termasuk Malaysia. Ketiga, kesan yang
dibawa oleh globalisasi kepada peradaban.
Secara umumnya definisi dan konsep globalisasi adalah kurang
jelas. Tiada kesepakatan dalam kalangan para sarjana berhubung
isu ini. Menurut Lyman (2000), Felo Kanan di Institut Keamanan,
Amerika Syarikat, globalisasi didefinisikan sebagai "rapid growth of
interdependency and connection in the world oftrade and.finance". Di
sebalik definisi ini, beliau sendiri berpandangan bahawa globalisasi
tidak boleh dibatasi kepada fenomena perdagangan dan pengaliran
kewangan semata-mata. Menurutnya, "there are other trends driven
by the same explosion oftechnological capability that have facilitated
the financial changes. Globalization of communications is one such
trend''.
Penolakan pengertian globalisasi yang terhad kepada
fenomena ekonomi juga diputuskan oleh Pusat Kajian Globalisasi
dan Regionalisasi (CSGR), Universiti Warwick, England. Pusat ini
juga menolak pandangan yang mengatakan bahawa apa yang disebut
globalisasi hanyalah merupakan fenomena Amerika Utara, bukannya
fenomena Eropah. Sebaliknya, Pusat ini berpendirian bahawa
kefahaman tentang globalisasi perlu mengambil pelbagai dimensi,
iaitu politik, ideologi, ekonomi dan budaya. Banyak perkara yang
boleh diglobalisasikan. Antaranya, "goods, services, money, people,
information, effects on the international order as well as less tangible
things such as ideas, behavioural norms and cultural practices".
Berdasarkan kepada pendapat dan pandangan yang diberikan,
secara komprehensifnya, globalisasi ialah suatu himpunan proses
pengaliran global berbagai-bagai perkara yang ada hubungan dengan
bidang aktiviti manusia, sama ada dari aspek fizikal atau bukan
fizikal. Ia boleh dilihat dan ditemui dalam bentuk maklumat, idea,
nilai, institusi, atau sistem (Osman, 2008).
100

Globalisasi boleh dikesan kewujudannya sejak era tamadun


Islam menguasai dunia lagi. Namun, fikiran kita seolah-olah
dipaksa untuk menerima bahawa imperialisme Baratlah yang
bertanggungjawab mencetuskan era globalisasi ini, bermula di sekitar
tahun 1,500. Akibatnya, sudut pandang globalisasi dan dimensinya
oleh masyarakat dunia hari ini lebih berpihak kepada perspektif
Barat. Begitu juga kita di Malaysia, isu-isu globalisasi yang dilihat
dan dibincangkan dari kaca mata budaya dan peradaban Malaysia
amat kurang sekali. Manakala skop perbincangannya lebih tertumpu
pada isu-isu ekonomi seolah-olah dimensi globalisasi yang lain
seperti globalisasi kebudayaan dan globalisasi ilmu pengetahuan dan
maklumat tidak penting.
Terdapat beberapa isu yang perlu diberi perhatian dalam kita
membahaskan persoalan pertalian globalisasi dengan peradaban.
Perlunya kita melihat semua dimensi globalisasi kontemporari
sebagai relevan dan penting kepada masyarakat dan negara kita.
Antara dimensi tersebut ialah dimensi ekonomi, dimensi politik,
dimensi kebudayaan dan keagamaan dan dimensi keilmuan dan
maklumat. Selain dimensi yang tersenarai ini, globalisasi demografi
(demographic globalization) juga penting. Ia merujuk kepada migrasi
manusia yang berlaku sehingga merubah pola demografi sesebuah
negara.
Malaysia pemah dalam sejarahnya melalui pengalaman ini. Jika
kita mengakui wujudnya proses globalisasi dalam zaman kolonialisme
Barat, maka globalisasi demografi boleh dianggap sebagai salah satu
dimensinya yang utama. Negara kita telah dipaksa untuk menerima
kaum pendatang dari negeri China dan India dalam bilangan yang
besar sebagai tenaga buruh untuk pembangunan ekonomi dan
kepentingan-kepentingan lain pihak kolonial British. Imigrasi secara
paksaan atau separa paksaan yang berlaku secara besar-besaran ini
telah meninggalkan kesan demografi yang amat ketara ke atas negara
kita. Melalui polisi imigrasi yang diamalkan penjajah, peta demografi
negara ini telah banyak berubah. Negara ini muncul sebagai sebuah
negara majmuk yang berbilang bangsa, budaya, bahasa dan agama.
Kesan jangka panjang yang terpaksa ditempuhi oleh negara ini ialah
terpaksa berhadapan dengan masalah pluralisme yang masih belum
dapat diatasi dengan jayanya. Landskap peradaban negara ini telah
101

berubah wajah dan corak, dan terpaksa melalui proses pembentukan


semula. Justeru itu, jelaslah kepada kita bahawa betapa signifikannya
globalisasi demografi kepada isu-isu budaya, etika dan peradaban.
Sebagai sebuah negara majmuk, isu-isu yang lebih pokok
sifatnya seperti isu nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dan isu
pembentukan institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial yang lebih
kekal sifatnya perlu diutamakan. Manakala perspektif peradaban,
perlu mengutamakan isu pembentukan budaya yang sihat, baik budaya
politik mahu pun budaya intelektual. Oleh kerana peradaban Islam
merupakan teras kepada peradaban Malaysia, maka fakta ini mesti
diambil kira ketika menilai implikasi globalisasi kontemporari ke
atas proses pembentukan peradaban di negara ini. Pengalaman silam
oleh dunia Melayu dalam menerima pengaruh dan impak globalisasi
Islam boleh dijadikan panduan kepada kita hari ini untuk menghadapi
cabaran globalisasi kontemporari dan seterusnya untuk mentaksirkan
dan menilai pengaruh dan kesannya ke atas peradaban Malaysia.
Gelombang dan gerakan globalisasi kontemporari merupakan
cabaran terbesar dan terkuat pemah melanda dunia. Kesan dan
pengaruhnya amat besar dan tersebar luas sehingga meliputi semua
bidang peradaban. Proses pembinaan peradaban di negara ini perlu
dilakukan atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh
Islam dan agama-agama lain yang mewakili setiap peradaban secara
berterusan tanpa banyak terjejas. Kita perlu menggunakan segala
kekuatan dan kekayaan yang ada, terutamanya kekayaan dalaman
(inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita sama ada
yang berbentuk kerohanian atau pun yang berbentuk intelektual dan
keilmuan.

5.5 KONSEP NEGARA BANGSA

Apa itu negara bangsa? Satu persoalan yang perlu diperbahaskan


dengan penuh teliti dan adil dari pelbagai perspektif. Dalam konteks
negara Malaysia, masih ramai yang belum memahaminya sejak idea
ini mula diketengahkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed ekoran
pengenalan Wawasan 2020 pada tahun 1991. Gagasan ini dengan jelas
meletakkan matlamat berkenaan seperti yang diungkapkan oleh Tun
102

Dr. Mahathir iaitu untuk "Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu


padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama,
berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum berasaskan
persamaan hak dan keadilan" .
Keperluan kepada pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia
juga boleh dititip daripada ucapan Tun Abdullah Ahmad Badawi;
"Kejayaan Malaysia telah dibina atas usaha bersama. Negara
Malaysia akan terus dibangunkan secara bersama dalam semangat
yang tidak membenarkan berlakunya tafsiran sempit dari segi identiti
warga, tidak membenarkan berlakunya amalan ekstremisme agama,
tidak mengizinkan berlaku ketidakadilan di kalangan warga dan tidak
mengizinkan tercetusnya sebarang kebimbangan terhadap jaminan
masa hadapan mana-mana warga. Bumi dan langit Malaysia adalah
tempat bertapak, tempat berteduh setiap warga Malaysia, Bumi dan
langit Malaysia menjanjikan tapak kukuh dan langit cerah untuk
setiap warga dapat hidup bersatu penuh muafakat".
Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh kerajaan selepas
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan salah satu usaha untuk
membawa ke arah perpaduan nasional. Dengan bermatlamatkan
pembasmian kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, pelbagai
program telah dirancang dan dilaksanakan. Orang Melayu yang
dikatakan terpinggir dan miskin telah mula melangkah keluar dari
kemelut tersebut melalui program perindustrian. Dasar kerajaan
dalam program ini adalah untuk membantu bumiputera bergiat secara
aktif di dalam perindustrian di semua peringkat pemilikan dan guna
tenaga.
Penglibatan mereka dalam industri akan membuka ruang
interaksi sosial yang lebih luas dengan kaum-kaum lain di bawah satu
bumbung. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976) ada dinyatakan
bahawa:

"Kemajuan di bidang ini harus juga disertai oleh satu


perubahan positif dari sistem ekonomi sekarang yang
masih terbahagi mengikut garis-garis perkauman kepada
satu sistem yang mencerminkan struktur masyarakat
Malaysia, di kawasan-kawasan desa dan bandar, di
ladang-ladang serta di kedai-kedai dan pejabat-pejabat.
103

Melalui cara inilah sajalah boleh diharapkan kepada


hubungan rakyat berbilang kaum sekarang berkembang
dan mekar ke peringkat perpaduan negara yang tulen."

Selain daripada sektor industri, kerajaan juga berusaha untuk


memantapkan sistem pendidikan bagi mendukung hasrat integrasi
nasional dan seterusnya membentuk negara bangsa yang bersatu
padu. Usaha ini telah mula dilakukan sejak Rancangan Malaysia
Kedua (1971-1975), di mana satu Jawatankuasa Kabinet telah
ditubuhkan pada September 1974 bagi menyemak semula dasar
pendidikan kebangsaan dan meningkatkan kualiti pendidikan. Tujuan
jawatankuasa ini dinyatakan seperti berikut:

"Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem


pendidikan termasuk kurikulumnya, dalam rangka
dasar pendidikan kebangsaan yang wujud, dengan
tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga
rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka
pendek mahupun jangka panjang, dan lebih lagi untuk
memastikan bahawa sistem pelaj aran itu dapat memenuhi
matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih."

Persoalannya, apakah matlamat gagasan dan program yang


dijalankan mampu dicapai atau sekadar retorik pemimpin politik
mengikut keadaan dan rentak semasa bagi meredakan kecurigaan
antara kaum.

Walaupun pelbagai pihak telah memberikan perhatian yang


agak serius terhadap wawasan dan gagasan ini, namun responsnya
agak berbeza. Ada yang melihatnya secara positif dan tidak kurang
juga yang masih rasa ragu-ragu dengan wawasan ini. Manakala,
pengertian konsep bangsa Malaysia pula dilihat dari perspektif
yang berbeza-beza. Contohnya, ada yang melihat konsep 'bangsa
Malaysia' dari perspektif perundangan dengan menghubungkannya
dengan konsep 'warganegara', manakala ada yang melihatnya
sebagai 'ras'. Abdul Rahman Embong (2000) menjelaskan persoalan
104

yang agak kompleks ini di samping membahas isu-isu yang berkaitan


dengannya. Beliau mendefinisikan bangsa atau nation sebagai "satu
komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah yang dipertautkan
melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama, budaya dan
bahasa bersama serta perasaan sebangsa dan nama kolektifbersama".
Secara tegasnya, pandangan beliau adalah kita perlu membezakan
antara 'bangsa' dengan 'ras' danjuga 'warganegara'.

Memetik pandangan Abdul Rahman (2000):

"Ditinjau dari segi sejarah, bangsa Malaysia adalah


satu konsep baru bagi rakyat berbilang kaum di negara
ini... Apabila Malaya diisytiharkan merdeka pada
31 Ogos 1957, yang dilahirkan ialah sebuah negara,
bukan bangsa. Begitu juga, apabila Malaysia terbentuk
pada 1963, yang kita miliki hanyalah negara Malaysia,
sedangkan bangsa Malaysia yang utuh dan bersatu padu
masihjauh daripada terwujud"

Bagi merungkai kekeliruan yang agak kompleks ini, persoalan


negara-bangsa perlu dibahaskan secara konseptual dan sejarah.
Pertama, konsep bangsa tidak boleh dilihat sebagai ras, kaum atau
sebuah komuniti yang dibentuk secara undang-undang. Sebaliknya,
bangsa perlu ditafsirkan sebagai nation yang membawa maksud suatu
komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah yang memiliki ciri-ciri
kesinambungan dan juga perubahan. Manakala bangsa Malaysia pula
bermaksud bangsa yang terdiri daripada semua kaum di Malaysia
yang terbentuk dalam sejarah dan "mempunyai perasaan sebangsa
dengan nama kolektif (bangsa Malaysia) yang sama serta berkongsi
wilayah, ekonomi, budaya dan nasib masa depan bersama dengan
rupa bangsa yang sepunya".
Kedua, persoalan bangsa Malaysia perlu dilihat dari dua segi,
iaitu dari sudut politik dan dari sudut sejarah. Dari sudut politik
masa kini bangsa Malaysia memang merupakan satu bangsa yang
merangkumi semua kumpulan etnik di Malaysia. N amun, dari sudut
sejarah, masyarakat Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum sejak
kemasukan kaum Cina dan India ke Tanah Melayu pada pertengahan
105

abad ke-19. Pada hal ketika itu, Tanah Melayu sudah pun mempunyai
masyarakat peribumi dan sistem kenegaraannya yang tersendiri.
Oleh itu, perbahasan konsep bangsa Malaysia pada hari ini, perlu
mengambil kira aspek politik dan sejarah. Ia amat penting kerana jika
konsep bangsa di hurai dari sudut masa kini semata-mata, maka ia
akan menafikan tapak sejarah dan kesinambungannya. Begitu juga
jika aspek sejarah sahaja yang dilihat tanpa mengambil kira sudut
pandang masa kini, maka sudah tentu akan menjejaskan hubungan
etnik dan perpaduan nasional.
Sehubungan itu, pendidikan sejarah boleh memainkan
peranan penting sebagai alat bagi memupuk perpaduan bangsa dan
membina masyarakat yang bersatu padu. Arthur Marwick seorang
sejarawan terkenal menyatakan bahawa "masyarakat manusia
memang memerlukan sejarah, masyarakat kita yang canggih hari
ini memerlukan banyak sejarah. Kita sentiasa memandang kepada
sejarah, sentiasa membuat pengadilan-pengadilan sejarah". Wang
Gang Wu (1964) mengangkat martabat sejarah dari aspek kepentingan
mengingati masa lalu, khususnya dalam membentuk keperibadian
sesuatu kumpulan, puak atau masyarakat. Manakala Sartono (1992)
pula menekankan bahawa pendidikan sejarah berperanan sebagai alat
didaktik khususnya sebagai teras pendidikan nasional. Dalam hal ini,
pengetahuan sejarah khususnya sejarah nasional akan membolehkan
sesuatu bangsa terutamanya generasi muda menjadi lebih prihatin
terhadap bangsa dan pembangunan negaranya. Menurut Tun Dr.
Mahathir Mohamed: "Kalau semangat patriotisme sudah tidak ada di
kalangan belia, kita bimbang apabila generasi muda dewasa kelak,
mereka sudah tidak sayang pada bangsa". Patriotisme adalah elemen
utama dalam pendidikan sejarah dan bertujuan untuk membina
kesedaran serta mengukuhkan semangat perjuangan yang cintakan
bangsa dan negara.
Akibat dari buta sejarah maka keluarlah kenyataan-kenyataan
untuk menggagalkan gagasan ini. Unsur-unsur sensitif seperti
ketuanan Melayu dan hak keistimewaan peribumi yang termaktub
dalam perlembagaan telah dibangkitkan oleh segelintir pihak yang
berkepentingan. Ringkasnya, isu-isu perkauman masih belum selesai
dan kerap dijadikan senjata untuk mendapatkan populariti dan
simpati dalam kalangan pemimpin parti-parti politik. Pelbagai usaha
106

dan program direncanakan oleh kerajaan, namun masih terdapat


penghalang yang berakar umbi kan sentimen perkauman menghantui
fikiran rakyat negara ini untuk tidak membenarkannya berlaku.
Akhbar New Straits Times bertarikh 11 April 2009 umpamanya
mempersoalkan sukatan mata pelajaran sejarah yang diajarkan
di sekolah-sekolah. Manakala, dalam wawancara dengan akhbar
Mingguan Malaysia bertarikh 6 September 2009, seorang sarjana
Bahasa Melayu berketurunan Cina pula membuat kenyataan keras
bahawa perpaduan kaum di Malaysia hanya sekadar retorik. Beliau
beranggapan bahawa faktor politik yang berasaskan kaum menjadi
punca kecurigaan antara kaum di Malaysia.
Halangan kepada proses pembinaan negara-bangsa dan bangsa
Malaysiajuga boleh berlaku dalam era globalisasi ini. Kenichi (1995)
menyatakan bahawa abad ke-20 dan awal abad ke-21 sebagai era
berakhirnya negara bangsa. Abad ini merupakan era globalisasi yang
ditunjangi oleh aliran kecanggihan berasaskan teknologi maklumat.
Menurutnya, keutuhan negara bangsa telah roboh dan tercabar
akibat beberapa faktor yang dianggap sebagai kuasa baru industri,
pelaburan, pengguna dan maklumat. Negara bangsa akan diganti
oleh region state (negara wilayah) yang berperanan sebagai pusat
hubungan dengan dunia global. Menurut Abdul Rahman (2000),
kesan negatif yang mungkin timbul daripada globalisasi adalah
berkaitan pegangan atau ideologi. Terdapat dua ideologi yang boleh
membantutkan pembinaan negara-bangsa iaitu ideologi globalisasi
neo-liberal, dan ideologi konsumerisme. Ideologi ini menjejaskan
ideologi nasionalisme dan pembentukan negara-bangsa. Sehubungan
itu, transformasi sosiobudaya dan politik perlu dilakukan begitu juga
dengan sistem pendidikan negara perlu ditingkatkan kualitinya seiring
dengan perubahan dunia tetapi tidak mengetepikan nilai dan budaya
bangsa itu sendiri.

5.6 KESIMPULAN

Proses pembinaan sebuah negara-bangsa seperti yang diidamkan oleh


masyarakat Malaysia bukanlah tugas mudah. Kepelbagaian kaum,
etnik, Bahasa, budaya, agama dan sejarah yang berbeza serta sentimen
107

warisan yang menebal dalam kelompok akan mengundang persoalan


dan masalah yang lebih kompleks. Apa pun halangan, cabaran dan
kesukaran yang memungkinkan kegagalan, namun pembinaan negara
bangsa bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Peranan
sejarah dan pendidikan seperti yang dijelaskan di atas mampu menjadi
alat terpenting untuk membolehkan impian membentuk negara
bangsa tercapai. Ini adalah kerana pendidikan sejarah juga meliputi
pembinaan semangat kebangsaan atau patriotisme. Semangat seperti
inilah yang amat diperlukan untuk mencapai hasrat satu negara dan
impian yang serupa bagi rakyat. Pembentukan bangsa atau 'nation
building' melibatkan satu proses yang lama dan tidak boleh dicapai
dalamjangka waktu dua atau tiga puluh tahun sahaja. Perpaduan yang
wujud sekarang perlu dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih mantap
dan kukuh supaya mampu menghadapi berbagai-bagai tekanan dan
cabaran tanpa mudah tergugat.
BAB6

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI


TAPAK INTEGRASI DAN WAHANA ETIKA
DAN PERADABAN

BASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bah ini, pelajar akan dapat:


1. Menjelaskan latar belakang sejarah Perlembagaan Persekutuan.
2. Menganalisis perkara-perkara asas dalam Perlembagaan
Persekutuan dengan memberikan perhatian kepada aspek
'tapak integrasi'.
3. Menghuraikan definisi dan konsep Perlembagaan Persekutuan
sebagai asas etika dan peradaban di Malaysia.
4. Menganalisis isu semasa berkaitan Perlembagaan Persekutuan.
5. Menghuraikan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan
harian.

6.1 PENGENALAN

Salah satu perkara penting dalam mewujudkan masyarakat Malaysia


yang harmoni ialah mewujudkan pengisian dalam tapak integrasi
yang ada. Tapak integrasi merujuk kepada sebuah ruang abstrak
dan ruang nyata di mana pelbagai pihak atau kelompok masyarakat
(termasuk kelompok etnik, agama, parti politik, badan bukan kerajaan
dan sebagainya) yang berbeza etika dan peradaban, bertemu dan
berikhtiar mencari persetujuan atau titik pertemuan secara aman dan
harmoni.
Tapak Integrasi sebenamya banyak dan telah wujud sejak
sebelum kita mencapai kemerdekaan. Salah satu darinya ialah
Perlembagaan negara kita yang secara khusus kita sebut sebagai
Perlembagaan Persekutuan.
109

Dalam tajuk ini kita anda akan diberi kefahaman tentang


kepentingan tapak integrasi khususnya Perlembagaan negara
kita. Anda akan faham bahawa perlembagaan negara kita bukan
semata-mata rangka undang-undang yang digubal semata-mata
sebagai undang-undang. Sebaliknya dalam sejarah penggubalan
dan pengisiannya penuh dengan hasrat pembinaan sebuah negara,
mengurus dan menjamin hak semua pihak setelah mengambil kira
latar belakang sejarah negara dan penduduknya.

6.2 MEMAHAMI MAKSUD TAPAK


INTEGRASI

Seperti yang dinyatakan dalam paragraf pendahuluan, tapak integrasi


merujuk kepada sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana
pelbagai pihak atau kelompok masyarakat (termasuk kelompok
etnik, agama, parti politik, badan bukan kerajaan dan sebagainya)
yang berbeza etika dan peradaban, bertemu dan berikhtiar mencari
persetujuan atau titik pertemuan secara aman dan harmoni (Shamsul
Amri, 2019).
Oleh yang demikian tapak integrasi itu ialah suatu medan
tempat rakyat menjadikan kehidupan ini harmoni dan saling
memahami siapa mereka dan bagaimana mereka harus mengurus
kehidupan ini dalam sebuah negara yang mempunyai panduan bagi
tujuan itu. Panduan itu tidak lain dan tidak bukan iaitu Perlembagaan
Persekutuan yang kita miliki bersama. Ada pelbagai corak bagaimana
integrasi itu cuba dicapai. Jika kita melihat negara-negara tetangga,
kita, kita dapati integrasi itu mereka cuba peroleh dengan pelbagai
cara. Ada yang tidak membenarkan nama individu disandarkan
kepada etnik, ada yang menjadikan pendidikan sebagai satu aliran,
ada yang tidak mengiktirafbahasa ibunda etnik-etnik dan sebagainya.
Sebaliknya, kita mengambil pendekatan Integrasi cara kita. Inilah
cara kita mengurus kepelbagaian (diversity). Dalam pendekatan kita
ini kita memperakukan perbezaan namun bergerak dalam suasana
kesepaduan sosial (social cohesion) dengan beberapa tindakan yang
diinstitusikan atau diletakkan di bawah peraturan dan undang-undang
institusi yang tertentu.
110

Tapak integrasi (platform of lntergration) di katakan sebagai


lebih mesra dan mudah untuk dijadikan asas dalam mewujudkan
masyarakat yang mempunyai identiti yang satu berbanding dengan
pendekatan lain seperti Kontrak Sosial. Konsep Tapak Integrasi
dikatakan lebih mesra masyarakat, dari satu lagi pendekatan iaitu
melalui Kontrak Sosial. Pendekatan kedua ini dikatakan lebih rasa
mengikat dan memberi rasa kurang selesa. Ini dikatakan begitu
kerana Kontrak Sosial adalah berkaitan dengan keistimewaan
tertentu kepada kaum tertentu sebagaimana yang terangkum di dalam
dokumen perundangan dan set undang-undang. Pendekatan kedua
ini walaupun berpayung di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi
di rasakan mengikat kerana terkait di dalamnya undang-undang. Ini
kerana manusia secara umumnya tidak selesa dengan peraturan yang
dirasakan merugikan dirinya.
Tapak Integrasi sebenarnya telah wujud sebelum kita mencapai
kemerdekaan. Di bawah ini disenaraikan beberapa Tapak Integrasi
yang dimaksudkan:
(i) Malayan Union 1968.
(ii) Federation ofMalaya Agreement 1948.
(iii) Communities Liaisons Committee (CLC) Januari 1949 -
pencetus idea coalition politics.
(iv) Pilihan raya Majlis Tempatan, Januari & Disember 1952 -
pelaksanaan coalition politics UMNO-MCA.
(v) Laporan Razak 1956, co-existence sistem pendidikan nasional
dan vemakular.
(vi) Perlembagaan Persekutuan (Malaya 1957 & Malaysia 1963)-
kombinasi elemen tradisional dan moden.
(vii) Rukunegara - prinsip universal keamanan dan harmoni.
(viii) Wawasan 2020- Bangsa Malaysia, negara idaman (nation-ofintent).
(ix) Program !Malaysia- membina titik-titik pertemuan praktikal.

6.3 DETIK PERPADUAN

Selain daripada Tapak Integrasi terdapat juga apa yang kita namakan
sebagai detik-detik perpaduan. Jika Tapak Integrasi itu merupakan
satu gagasan yang menjadi induk, detik-detik perpaduan ini pula
111

ialah peristiwa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat, yang


memperlihatkan kewujudan kemesraan bila pelbagai kumpulan
menyambut atau melakukan sesuatu itu bersama-sama (Jawatankuasa
Pembangunan Modul Penghayatan Etika dan Peradaban, 2020).
Sebagai contoh dalam mengadakan persembahan bersama semasa
perhimpunan ulang tahun kemerdekaan negara, memberi sokongan
kepada pasukan negara dalam permainan sukan, merayakan hari-hari
kebesaran agama ataupun bangsa. Melalui detik perpaduan, suasana
kesepaduan sosial (social cohesion) terbentuk dalam peristiwa-
peristiwa yang disebutkan tadi. Walaupun kesepaduan yang kita
inginkan itu belum wujud tetapi suasana kesepaduan yang terjadi
pada detik kesepaduan itu dapat kita rasai dan tentu sahaja menjurus
ke arah perpaduan. Secara realitinya kesatuan yang kita impikan itu
belumlah terzahir secara konkrit. Mengapakah kita katakan belum
wujud secara konkrit? Ini kerana dalam kehidupan harian kita masih
terdapat 'detik-detik perbezaan' yang merenggangkan hubungan.
Penguasaan media baru dalam zaman kita ini tentu sahaja memberikan
impak yang lebih buruk apabila 'detik-detik perbezaan' itu dipanaskan
dengan hantaran-hantaran pantas melalui alam maya tentang peristiwa
yang merenggangkan hubungan. Jika hantaran tadi ditokok tambah
atau hantaran itu sebenamya adalah fitnah, maka kesannya lebih
besar dalam merenggangkan kembali hubungan perpaduan yang baru
bertunas.

6.4 MEMAHAMI ASAS TAPAK INTEGRASI


DALAM PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

Selepas era penjajahan kuasa-kuasa Barat ke atas masyarakat, dunia


secara umumnya terbahagi kepada dua dari aspek pembinaannya
berasaskan kependudukan:
(i) Pertamanya negara yang asas kependudukannya disebut
sebagai Masyarakat Pemastautin (Settler Society) seperti negara
Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Kanada di mana
aspek kependudukan didominasi komuniti Anglo-Saxon.
112

(ii) Keduanya negara yang asas kependudukannya adalah penduduk


asal (Host Society) contohnya negara India, Malaysia, Indonesia
dan lain-lain. Berbeza dengan yang pertama tadi negara-negara
ini didominasi oleh anak watan, komuniti Anglo-Saxon, yang
kebiasaannya adalah bangsa penjajah tadi hanya menjajah
negara-negara dalam beberapa waktu tetapi mereka tidak
menetap. Mereka kembali ke negara asal mereka selepas era
penjajahan berakhir. Namun begitu mereka semasa menjajah
telah membawa masuk buruh-buruh dari negara luar bertujuan
membantu mereka dalam banyak perkara. Selepas penjajahan
tamat buruh yang dibawa masuk ini terus menetap dan tinggal
di negara-negara ini.

Persoalannya, bagi negara Malaysia ia termasuk dalam


kumpulan negara yang pertama, iaitu sebuah negara yang dijajah
oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Setelah Malaysia mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957, penjajah pulang ke negara asal mereka
sedangkan buruh-buruh yang dibawa masuk semasa era penjajahan
(khususnya penjajah Inggeris) terus menetap dan menjadi sebahagian
daripada penduduk Malaysia.
Apa yang berlaku semasa kemerdekaan Malaysia ialah
penjajah Inggeris mengembalikan semula tanah air ini kepada orang-
orang Melayu dan Raja-raja Melayu dengan meletakkan syarat-syarat
tertentu melalui tolak ansur dan rundingan bahawa pihak pendatang
yang dibawa masuk sebagai buruh itu diterima juga sebagai
sebahagian daripada penduduk Malaysia. Penerimaan penduduk yang
asalnya pendatang ini adalah dengan pertukaran melalui rundingan
itu iaitu pendatang ini menerima hak-hak keistimewaan tertentu
berkaitan agama Islam, orang-orang Melayu dan raja-raja Melayu.
Pertukaran kepentingan inilah yang disebut sebagai kontrak sosial
yang dibincangkan dalam bah lain di dalam buku ini. Kepentingan-
kepentingan dan keistimewaan penduduk asal ini setelah dibincangkan
dalam jawatankuasa tertentu diletakkan secara bertulis dalam
perlembagaan negara ini.
Oleh yang demikian, di dalam memahami tapak integrasi dalam
Perlembagaan Persekutuan, asas utama dalam memahami tapak ini
ialah keistimewaan yang diperakukan kepada agama Islam, orang-
113

orang Melayu dan raja-raja Melayu. Selepas Sabah dan Sarawak


menjadi sebahagian dari Malaysia, asas tapak yang sama diperluaskan
kepada hak peribumi Sabah dan Sarawak.
Dengan mengambil kira hak-hak keistimewaan tadi sebagai
asas tapak integrasi dalam Perlembagaan Persekutuan kita boleh
meringkaskan asas-asasnya seperti berikut:
(i) Masyarakat Melayu sebagai penduduk asal, ialah sebuah
masyarakat watan yang lengkap, mengambil alih pemerintahan
negara. Bahkan sebelum tertubuhnya Malaysia anak watan ini
telah dikenali dunia dan kerajaan-kerajaannya yang terbilang
serta pusat perdagangannya yang menghubungkan Timur dan
Barat dunia.
(ii) Adat, adab dan agama masyarakat Melayu menjadi Tapak
Integrasi Malaysia Merdeka, dimaktubkan dalam perlembagaan
dan tersirat dalam lain-lain tapak integrasi. Dalam adat itu
terkandung institusi raja dan kesultanan serta pemerintahan
manakala dalam adab pula terkandung keluhuran budi bahasa
masyarakat Melayu (Nusantara) di dalam membangunkan
kemajuan ketamadunan mencakupi material dan spiritual.
Islam menjadi asas dalam segala hal dalam membimbing
manusia dan membentuk hubungan harmoni manusia kepada
Allah, sesama manusia dan persekitaran.

Di lihat dari Perlembagaan Persekutuan ke dua-dua asas yang


dinyatakan di atas, iaitu:
(i) Masyarakat Melayu sebagai penduduk asal, ialah sebuah
masyarakat watan yang lengkap, mengambil alih pemerintahan
negara; dan
(ii) Adat, adab dan agama masyarakat Melayu menjadi Tapak
Integrasi Malaysia Merdeka boleh diringkaskan isi-isi kandungan
kedua-dua asas tadi meliputi perkara-perkara berikut:
• Kesultanan Melayu
• Tunggak Adat dan Adah
• Agama Islam - Artikel 71
• Garis penyatuan Umat - Artikel 71
• Bahasa Melayu - Artikel 3
• Wahana budaya dan tradisi - Artikel 3
114

• Hak Istimewa Orang Melayu - Artikel 152


• Benteng ikhtisas dan tapak peluang ekonomi - Artikel
152
• Perlembagaan Persekutuan -Artikel 153

Hampir semua masyarakat dunia mempunyai perlembagaan


masing-masing. Sebuah perlembagaan, sama ada bertulis ataupun
tidak bertulis adalah menjadi wahana untuk mengurus etika dan
peradaban penduduknya. Bagi Malaysia, Perlembagaan Persekutuan
merupakan dokumen utama yang menjadi panduan dan sempadan
dalam pemerintahan dan pentadbiran negara (Nazri, 2014). Secara
simboliknya adalah sebagai 'kontrak sosial' kerana terkandung di
dalamnya pelbagai peruntukan-peruntukan umum dan khusus yang
memenuhi kepentingan semua pihak dalam masyarakat Malaysia.
Walaupun begitu, Perlembagaan sering ditafsirkan oleh pelbagai
pihak mengikut kefahaman dan kepentingan masing-masing sehingga
mendatangkan cabaran, bahkan juga perbezaan dan percanggahan.
Namun begitu, setelah lebih 60 tahun Perlembagaan itu wujud,
masyarakat Malaysia kekal dengan aman dan makmur.
Perlembagaan secara umumnya adalah undang-undang.
Undang-undang atau disebut juga peraturan memainkan peranan
penting dalam membentuk etika dan peradaban manusia. Ini kerana
tujuan umum undang-undang ialah untuk, antara lain, mengawal
tingkah laku masyarakat dan menyediakan garis panduan atau tatacara
kelakuan masyarakat supaya mereka hidup aman tenteram serta
harmoni dan bersatu padu. Perlembagaan Persekutuan, merupakan
undang-undang tertinggi dalam penyediaan ruang, di dalamnya
terkandung asas membentuk tapak integrasi yang seterusnya menjadi
wahana kepada penghayatan etika dan peradaban bagi masyarakat
Malaysia.
Perlembagaan ini menjadi sumber kepada undang-undang lain
dan juga menjadi sumber rujukan dalam membuat dan melaksanakan
polisi. Ini termasuklah undang-undang dan polisi berkaitan pembinaan
negara dan bangsa yang mempunyai persefahaman, persetujuan,
kesepaduan dan perpaduan yang merupakan antara elemen utama
kepada pembentukan etika dan peradaban Malaysia.
115

6.5 PERBEZAAN ANTARA UNDANG-


UNDANG, ETIKA DAN MORAL

6.5.1 Definisi dan Konsep Perlembagaan

Perlembagaan adalah kumpulan peraturan berkaitan pentadbiran


sesebuah negara (Hashim Yeop, 1980). Bagi negara kita pentadbiran
dalam mengurus negara ini diletakkan dalam tiga institusi, iaitu badan
perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman. Perlembagaan
Persekutuan mempunyai peruntukan berkaitan kuasa dan peranan
ketiga-tiga institusi tersebut. Dalam masa sama Perlembagaan
meletakkan had kepada kuasa ketiga-tiga badan tersebut. Jadi,
istilah-istilah seperti "termaktub dalam perlembagaan" atau "tidak
mengikut perlembagaan" adalah merujuk kepada sejauh mana sesuatu
perkara itu dilihat dan dinilai dari sudut peruntukan yang ada dalam
Perlembagaan Persekutuan.

6.5.2 Perlembagaan dalam Konteks Malaysia

Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen bertulis yang


diluluskan melalui proses perundangan dan ia merupakan undang-
undang tertinggi bagi Malaysia. Di dalamnya tersedia asas kenegaraan
bagi Malaysia antara lain termasuklah menentukan agama resmi bagi
negara, menempatkan kumpulan-kumpulan dan institusi-institusi
yang mempunyai salasilah sejarah seperti institusi beraja, kedudukan
dan keistimewaan orang-orang Melayu dan peribumi. Perlembagaan
Persekutuan digubal oleh sebuah jawatankuasa dengan mengambil
kira kerangka asal pentadbiran negara yang telah wujud sebelum
merdeka lagi. Oleh itu pemahaman dan penghayatan kepada setiap
peruntukan Perlembagaan hendaklah bersandarkan kepada sejarah,
budaya dan amalan negara ini.
Dalam aspek kedaulatan, wujudnya perlembagaan menunjukkan
negara itu adalah negara yang merdeka dan berdaulat. Tanpa adanya
Perlembagaan tidak mungkin sesebuah negara itu di zahir dan
diperakukan terutama bagi wilayah yang pemah terjajah kepada kuasa
lain seperti halnya negara kita ini.
116

Perlembagaan juga mempunyai peruntukan yang mengambil


kira kepentingan semua komuniti yang membentuk bangsa bagi
negara ini. Antara lain, Perlembagaan mempunyai peruntukan yang
diasaskan kepada penerimaan masyarakat, termasuk peruntukan
berkaitan budaya dan salasilah etnik, hal kewarganegaraan, kepentingan
ekonomi dan kebebasan asasi tanpa melupakan hal berkaitan
ketenteraman awam, keselamatan negara dan hubungan antara etnik
(Mohd Rizal & Shamrahayu, 2015).
Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara dan
merupakan undang-undang utama yang juga berperanan menentukan
ideologi negara, sistem pentadbiran negara dan seterusnya meletakkan
idealisme masa depan negara. Dalam proses penggubalannya
Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah "kontrak sosial" antara raja
bagi negeri-negeri yang membentuk Persekutuan serta pihak-pihak
yang mewakili pelbagai etnik dan kumpulan, yang dipilih menerusi
proses pilihan raya.
Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan melalui pengesahan
undang-undang (apabila diluluskan oleh Parlimen British dan Majlis
Perundangan Persekutuan serta Badan Perundangan negeri-negeri)
adalah berasaskan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1957. Perjanjian ini ditandatangani pada 5 Ogos 1957 oleh Sir Donald
Charles MacGillibray, bagi pihak Yang Maha Mulia Baginda Queen
dengan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja bagi negeri Pahang, Negeri
Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak,
empat orang Undang serta Orang Besar bagi Negeri Sembilan dan
Pemangku Sultan Johor.
Perlembagaan Persekutuan ini adalah sebuah manifestasi
kesetiakawanan, penerimaan antara satu sama lain dan persefahaman
yang akhirnya membuahkan suasana harmoni dan muhibah sehingga
membentuk integrasi dalam kalangan komuniti berbeza. Sering kali
persefahaman ini dianggap sebagai "kontrak sosial". Kontrak sosial
membawa maksud yang berbeza daripada kontrak sosial di negara lain,
khususnya di Barat. Kontrak sosial di Malaysia tidak timbul daripada
wacana falsafah politik berkaitan kebebasan semula jadi (natural
freedom) sebaliknya (kontrak sosial di Malaysia) lahir daripada
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan hak serta warisan asal
mereka sebagai penduduk atau kaum peribumi Tanah Melayu.
117

6.5.3 Undang-undang Sebelum Kedatangan Penjajah

Sebelum kedatangan Inggeris, negeri-negeri Tanah Melayu telah


lama mempunyai pemerintahan sendiri (Milner, 2002). Lazimnya
negara diperintah oleh Sultan dan dibantu oleh pegawai-pegawai
lain yang disebut sebagai Bendahara, hulubalang, Datuk Shah bandar
dan sebagainya. Daripada aspek undang-undang pula, negeri-negeri
Melayu mempunyai peraturan sendiri dan dipengaruhi oleh peraturan-
peraturan dari Syariah Islam.
Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Batu
Bersurat Terengganu membuktikan telah wujud sistem pemerintahan
yang tersusun di Tanah Melayu, walaupun tidak menggunakan istilah
'perlembagaan'. Keadaan ini menjelaskan sistem perlembagaan dan
pentadbiran yang tersusun tersebut itu telah wujud sebelum kedatangan
penjajah British. Semasa pentadbiran British, dua buah negeri telah
membuat Perlembagaan mereka sendiri, iaitu negeri Johor dan negeri
Terengganu, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911.

6.6 MALAYAN UNION

Bagi Inggeris, menyatukan negeri-negeri di Tanah Melayu adalah


bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-
negeri ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu. Perasaan anti-Melayu memang wujud
pada pemerintah Inggeris kerana orang Melayu bekerjasama dengan
Jepun. Bagi melemahkan orang-orang Melayu Malayan Union
diperkenalkan. Dengan cara ini pengaruh raja-raja Melayu akan dapat
dihapuskan seterusnya melemahkan orang-orang Melayu (Stockwell,
1979).

6.6.1 Ciri-ciri Malayan Union

Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah


pemerintahan Gabenor British yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat
Persekutuan dan Majlis Undangan. Singapura dijadikan tanah
118

jajahan berasingan. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan kecuali


dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Malayan
Union memberi hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa
mengambil kira penduduk asal ataupun pendatang serta keturunan.
Dengan erti kata lain pengenalan Malayan Union telah memberikan
hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu
(Milner, 2002).

6.6.2 Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union

Terdapat banyak faktor penentangan orang-orang Melayu terhadap


Malayan Union, antaranya:
(i) Dalam Malayan Union kedaulatan Raja-Raja Melayu
dilenyapkan, kecuali dalam hal ehwal berkaitan agama Islam
dan adat resam Melayu.
(ii) Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu
penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun
dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi
warganegara.
(iii) Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa
iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
(iv) Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja
Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti
Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani
persetujuan Malayan Union atau dilucutkan daripada takhta
pemerintahan.

6.7 PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH


MELAYU1948

Setelah mendapat tentangan daripada orang-orang Tanah Melayu,


British telah membatalkan Malayan Union. Bagi tujuan menggantikan
Perlembagaan Malayan Union, sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan
pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat orang wakil raja-raja
Melayu, dua orang wakil UMNO dan enam orang pegawai British.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan
119

baru yang boleh diterima oleh orang Melayu. British menubuhkan


Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada
orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk mendapatkan
pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.
Ciri-ciri penting Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu diterima oleh raja-raja Melayu dan UMNO yang mewakili
orang-orang Melayu. Antara ciri-ciri utama yang menyebabkan ia
diterima adalah:
(i) Sembilan buah negeri Melayu terlibat dalam persekutuan
termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi
tanah jajahan yang berasingan.
(ii) Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
(iii) Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 orang
ahli iaitu tujuh orang ahli rasmi, tujuh orang ahli tidak rasmi
dan tiga orang ahli ex-officer.
(iv) Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah dengan nasihat
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
(v) Syarat kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir di
Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun.
Pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun. Umur
minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah berumur 18
tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
(vi) Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera
dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan
dan Negeri.

6.8 KERJASAMA ANTARA ETNIK KE ARAH


KEMERDEKAAN

Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 (CLC) yang


terdiri daripada pelbagai etnik telah berusahamenyelesaikan sesetengah
masalah perundangan, terutamanya berkaitan perlembagaan, politik
120

dan ekonomi. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membincangkan


pelbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan khas (special
position) orang Melayu serta dasar pendidikan. Tokoh-tokoh yang
menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato Onn Jaafar, Dato'
Abdul Wahab Abdul Aziz, Tun Tan Cheng Lock, C.C. Tan, E.E.C
Thuraisingham.
Kerjasama antara etnik ini kemudiannya diperluaskan dengan
satu bentuk kerjasama dalam pilihan raya. Pilihan Raya Umum 1955,
iaitu Pilihan Raya Umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah
Melayu memberi implikasi yang cukup besar kepada hubungan etnik
di Malaysia. Ini disebabkan telah berlakunya kerjasama dan toleransi
yang cukup kukuh antara orang Melayu dan bukan Melayu khususnya
yang melibatkan pembahagian kerusi pilihan raya.
Pembahagian kerusi dan calon, UMNO telah membuat
pengorbanan dan kompromi kerana meletakkan calon bukan Melayu
di kawasan majoriti pengundi Melayu dan walaupun majoriti
pengundi adalah orang Melayu (84.2% ). Tetapi demi perpaduan dan
mengamalkan konsep perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan
35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi dan MCA sebanyak dua kerusi
(Nurshuhada, 2018).
Perkara ini mengetepikan pandangan sempit perkauman dan
bekerja ke arah menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Tunku
Abdul Rahman, sebagai Perdana Menteri pertama telah membentuk
kabinet yang terdiri daripada komposisi berbilang kaum iaitu enam
orang Melayu, tiga orang Cina, dan seorang India. Pemilihan Kabinet
ini menunjukkan satu kerjasama yang baik dengan pelantikan tiga
orang Cina dan seorang India untuk memberikan keseimbangan
etnik yang lebih diterima dalam Majlis Perundangan Persekutuan.
Komposisi kabinet pertama ini menunjukkan bermulanya "Tapak
Integrasi'.
Walaupun UMNO, MCA dan MIC masing-masing bergerak
untuk menjaga kepentingan etnik yang diwakili, namun, kerjasama
antara parti-parti ini akhirnya dapat dibentuk menjelang kemerdekaan
Tanah Melayu. Kerjasama parti politik ini bermula hasil kesepakatan
awal antara UMNO dan MCA untuk menghadapi pilihan raya
Perbandaran Kuala Lumpur pada awal tahun 1952. Orang yang
bertanggungjawab untuk kerjasama ini ialah Yahya bin Datok Abdul
121

Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kecil UMNO Kuala Lumpur dan


rakannya, Kolonel H.S. Lee, seorang ahli MCA yang berpengaruh.
MCA bersetuju untuk membiayai pilihan raya sekiranya pakatan
UMNO-MCA diwujudkan. Perjanjian itu diumumkan pada bulan
Januari 1952 dan menyatakan bahawa UMNO dan MCA akan
meletakkan dua orang calon bersama untuk pilihan raya tersebut.
Kerjasama pilihan raya ad-hoc UMNO-MCA pada ketika itu mampu
memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.
Kejayaan kerjasama UMNO-MCA ini telah memberi kesan
besar terhadap kerjasama antara etnik dalam politik. Kedua-dua pihak
mengambil langkah membentuk persekutuan yang lebih kekal. Para
pemimpin UMNO dan MCA mula mengadakan Konferensi Meja
Bulat dan akhimya mereka mencapai perjanjian pada 17 Mac 1953
untuk menubuhkan Pertubuhan Perikatan Nasional yang dirasmikan
23 Ogas 1953. Jawatankuasa Perhubungan yang terdiri daripada dua
orang wakil masing-masing dipertanggungjawabkan bagi merangka
jawatankuasa perhubungan antara parti. Pada bulan September 1954
Majlis Kebangsaan yang terdiri daripada 30 orang anggota ditubuhkan
sebagai badan tertinggi Parti Perikatan dan Tengku Abdul Rahman,
yang dikenali sebagai 'Tunku' dinamakan sebagai presiden parti. Tiga
faktor yang mendorong pembentukan Perikatan ialah:
(i) Pihak British telah menegaskan bahawa kemerdekaan tidak
akan diberikan sehingga pelbagai kumpulan menunjukkan
bahawa mereka boleh bekerjasama secara harmoni.
(ii) Kerjasama untuk bertanding dalam pilihan raya Kuala Lumpur
memberikan mereka peluang untuk menunjukkan bahawa
mereka dapat memberikan altematif terbaik kepada masyarakat.
(iii) UMNO dalam tempoh ini mengalami kemunduran kerana
kon:flik dengan Dato' Onn. Oleh itu, satu pakatan pilihan raya
dengan MCA akan memberikan peluang yang ideal untuk
meningkatkan imejnya.

MIC memutuskan untuk menyertai Perikatan pada 17 Oktober


1954 beberapa bulan sebelum pilihan raya persekutuan yang pertama
pada 1955. Dengan langkah ini, bermulalah kewujudan Parti Perikatan
yang mengandungi tiga komuniti utama negara di dalamnya.
122

Di Malaysia, sistem kerj asama antara parti gabungan telah dapat


bertahan dan kekal stabil kerana elit politik mengiktiraf keperluan
untuk bekerjasama, bersedia untuk bekerjasama dan telah membuat
peraturan dan perjanjian untuk kerjasama seperti yang ditunjukkan
oleh semangat kompromi dan tawar menawar. Kerjasama politik
pelbagai kaum bukan sahaja berlaku di Semenanjung Malaysia tetapi
juga di Sabah dan Sarawak.

6.9 SURUHANJAYA PERLEMBAGAAN


(SURUHANJAYA REID)

Suruhanjaya Perlembagaan merupakan sebuah suruhanjaya bebas


yang penubuhannya diperkenankan oleh Baginda Ratu dan raja-
raja Melayu bagi merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka. Suruhanjaya ini juga dikenali sempena nama
pengerusinya, iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord
William Reid (Harding, 2012).
Suruhanjaya Reid terdiri daripada para ilmuwan dalam bidang
perlembagaan; Sir Ivor Jenning (UK), Sir William Makell (Australia),
Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
Suruhanjaya ini bertindak dalam menggubal perlembagaan di mana
ia telah memasukkan unsur-unsur penting seperti hak keistimewaan
orang-orang Melayu, Institusi raja, agama Islam dan perkara-
perkara lain yang dari aspek sejarah dan rasionalnya memang perlu
dimasukkan dan diperakukan dalam sebuah dokumen.

6.10 PERJANJIAN 20 PERKARA BAGI SABAH


DAN PERJANJIAN 18 PERKARA BAGI
SARAWAK

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dengan memasukan Sabah


dan Sarawak ke dalam Malaysia telah mewujudkan dimensi baru
hubungan etnik di negara ini. Hal ini kerana peribumi di Sabah dan
Sarawak telah diberikan yang sama rata sebagaimana etnik Melayu di
dalam Perkara 153. Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963
123

merupakan persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah


Melayu, Sabah dan Sarawak pada ketika itu. Perjanjian bagi Sabah
dikenali sebagai Perjanjian 20 dan perjanjian bagi Sarawak dikenali
sebagai Perjanjian 18. Perkara 165 dalam Perlembagaan Persekutuan
telah memasukkan Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan perjanjian 18
bagi Sarawak yang meliputi perkara-perkara seperti agama, bahasa,
perlembagaan, imigresen, kewangan dan hak peribumi.

6.11 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM


PERLEMBAGAANPERSEKUTUAN

Unsur-unsur tradisi di dalam Perlembagaan Persekutuan disebut


juga sebagai unsur-unsur pengikat dalam perlembagaan (Nazri,
2014). Ia adalah peruntukan atau keistimewaan yang dimasukkan di
dalam Perlembagaan oleh Suruhanjaya yang menggubalnya setelah
mengambil kira aspek sejarah, tradisi dan warisan penduduk Tanah
Melayu. Dalam erti kata lain Suruhanjaya ini telah memasukkan
keistimewaan-keistimewaan tertentu dalam perlembagaan sebagai
perakuan bertulis tentang perkara-perkara tersebut.

6.11.1 Kesultanan dan Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja di Malaysia telah wujud sejak zaman kesultanan


Melaka lagi. Pada ketika itu, raja atau sultan menjalankan kuasa
secara pemerintahan monarki mutlak. Namun begitu perluasan
kuasa British banyak mengubah keadaan politik di Tanah Melayu
termasuklah kuasa sultan. Hal ini kerana sultan telah mula menerima
penasihat daripada British yang dilantik sebagai Residen atau
Penasihat British di dalam bidang pentadbiran kecuali hal-hal yang
menyentuh tentang agama Islam. Namun, apabila Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi beraja ini masih
dikekalkan tetapi berlaku beberapa perubahan bagi memenuhi konsep
demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan di
Malaysia. Perkara 38 (4) telah memperincikan secarajelas berkenaan
perlindungan kepada Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-
hak mereka untuk mewarisi pemerintahan di negeri masing-masing.
124

Mereka juga dilindungi daripada undang-undang yang menyentuh


tentang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka
yang boleh diluluskan tanpa persetujuan daripada Majlis Raja-
Raja. Institusi Beraja ini adalah penting kerana Yang di-Pertuan
Agong menjadi tambang perpaduan kepada masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum dan Raja atau Sultan pula menjadi tambang
pengikat hubungan kaum di negeri masing-masing. Hal ini kerana
di bawah perlembagaan telah memperuntukkan bahawa adalah
menjadi tanggungjawab dan amanah Yang di-Pertuan Agong untuk
memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum lain sebagaimana
yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

6.11.2 Agama Islam

Perkara 3 dalam perlembagaan menyentuh secara khusus mengenai


agama Islam. Pada masa yang sama, Perkara 3 ini harus dibaca secara
bersama dengan Perkara 8, 11, 12,121,150 dan kedudukan serta peranan
Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam. Walaupun
agama Islam diberikan peruntukan khusus dalam perlembagaan,
agama-agama lain tetap diberi perlindungan sewajarnya. Antara
perkara yang dapat dirumuskan berkenaan agama Islam mengikut
peruntukan Perlembagaan Persekutuan ialah mengiktiraf Malaysia
sebagai sebuah negara Islam, agama Islam berada di bawah bidang
kerajaan negeri, kebebasan beragama yang diamalkan di Malaysia
dan pada masa yang sama menghalang penyebaran agama lain kepada
orang Islam.
Menurut Perkara 60, orang Melayu didefinisikan sebagai
seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan
mengamalkan adat budaya Melayu. Oleh itu, terdapat hubungan
yang jelas di antara Melayu dan Islam. Yang di-Pertuan Agong
pula perlu dilantik daripada kalangan raja di negeri-negeri Melayu.
Malah, setiap Perlembagaan Negeri pula mensyaratkan seorang raja
itu mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan berketurunan
raja. Perkara 3 (3) meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua
agama Islam bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raj a. Sementara itu, Raja
125

alau Sultan pula berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri
. .
masmg-masmg.

6.11.3 Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin di dalam Perkara 153


Perlembagaan Persekutuan. Perkara 153 juga menjelaskan tentang
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong menjamin kedudukan
istimewa orang Melayu dan juga melindungi hak kaum lain.
Perlembagaan kita merupakan hasil tolak ansur antara kaum
Melayu, Cina dan India demi menjamin kestabilan dan perpaduan
negara. Pemimpin-pemimpin Melayu terdahulu telah mempersetujui
syarat-syarat kerakyatan yang longgar bagi orang-orang bukan
Melayu. Melalui prinsip jus soli, kerakyatan secara automatik
diberikan kepada semua orang yang dilahirkan di Persekutuan Tanah
Melayu pada atau selepas Hari Merdeka.
Sebagai membalas konsensus tersebut, orang Cina dan India
yang diwakili oleh pemimpin mereka pada ketika itu telah mengakui
dan mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu yang merupakan
penduduk asal Tanah Melayu. Semenjak Hari Merdeka, taraf
kedudukan istimewa ini telah diperluaskan kepada kaum peribumi di
Sabah dan Sarawak. Orang Melayu dan kaum peribumi diberi hak
istimewa dalam beberapa perkara seperti dalam perkhidmatan awam,
pemberian biasiswa dan pengeluaran permit dan lesen.

6.11.4 Bahasa Melayu

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa


Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa-bahasa ibunda yang lain
tetap dipelihara dan terjaga malah dijamin kebebasan penggunaannya
kecuali berkaitan hal-hal rasmi. Bahasa kebangsaan diwujudkan
sebagai medium perhubungan di kalangan masyarakat yang berbilang
kaum yang dapat menyatupadukan mereka. Kedudukan bahasa
Melayu dijamin oleh perlembagaan melalui Perkara 10 (4) yang
menjadikan bahasa Melayu sebagai perkara yang dilarang daripada
dibincangkan secara terbuka atas faktor keselamatan keharmonian
kaum.
126

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga


tidak boleh dipinda oleh Parlimen sekiranya tidak mendapat sokongan
2/3 Dewan Rakyat dan perkenan Majlis Raja-Raja melalui Perkara
159 (5).

6.11.5 Diskriminasi Perlindungan

Bagi sesebuah negara yang bersifat pelbagai etnik, Perlembagaan


negara digubal dengan memasukkan satu peruntukan yang di
namakan sebagai Diskriminasi Perlindungan. Peruntukan ini adalah
penting dan diiktiraf oleh negara tersebut dan termasuk dalam
kedaulatannya. Diskriminasi perlindungan bermaksud undang-
undang yang memberikan perlindungan dan keistimewaan kepada
sesuatu golongan atau etnik di dalam sesebuah negara dan pada masa
yang sama tidak menafikan hak serta peluang kumpulan etnik lain.
Hal ini bermaksud sesuatu etnik diberikan beberapa pertolongan
dalam aspek kehidupan seperti pentadbiran awam, ekonomi dan
pendidikan. Di Malaysia, diskriminasi perlindungan ini berlaku di
bawah beberapa peruntukan undang-undang dalam perlembagaan
seperti Perkara 153 yang memperuntukkan keistimewaan khusus
kepada etnik Melayu dan Peribumi Sabah dan Sarawak.

6.12 PINDAAN PERLEMBAGAAN


PERSEKUTUAN

Bolehkah Perlembagaan Persekutuan itu dipinda? Bagi menjawab


persoalan ini kita perlu memahami bahawa ahli-ahli Dewan Rakyat
dalam beberapa hal boleh mengusulkan perkara-perkara tertentu
dalam perlembagaan dipinda. Namun begitu pindaan ini tidak mutlak
hak ahli dewan rakyat. Pindaan juga bersangkutan dengan perkenan
raja-raja Melayu dan Yang Di Pertua Negeri bagi negeri Sabah dan
Sarawak.
Bagi kebanyakan perkara dalam perlembagaan, boleh dipinda
oleh Parlimen dengan syarat berjaya mendapat sekurang-kurangnya
dua pertiga dari daripada jumlah bilangan ahli parlimen pada bacaan
kedua dan ketiga rang undang-undang pindaan itu.
127

Dalam perkara-perkara seperti hak-hak istimewa orang


Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak, kepentingan-
kepentingan sah kaum-kaum yang lain, hak-hak istimewa sultan-
sultan, perkara-perkara berkaitan dengan Islam serta bahasa Melayu
dan kewarganegaraan tidak boleh dibuat tanpa melalui proses yang
disebutkan di atas dan memperoleh persetujuan Majlis Raja-Raja.
Begitu juga sebarang pindaan yang berkaitan dengan
kepentingan-kepentingan khas bagi Sabah dan Sarawak tidak boleh
dibuat tanpa memperoleh persetujuan Yang di-Pertua Negeri-Negeri
berkenaan. Kepentingan-kepentingan ini, antara lain ialahkeanggotaan
dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, layanan
istimewa bagi bumiputera agama, penggunaan bahasa dan kuasa
perundangan negeri.
Secara lebih terperinci pindaan Perlembagaan Persekutuan
boleh di lakukan melalui tiga keadaan berikut:
(i) Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa sesetengah perkara boleh
dipinda hanya memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan
tanpa mendapat persetujuan sesiapa seperti sumpah dan ikrar
taat setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan
meliputi perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara lain.
(ii) Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah perkara boleh dipinda
iaitu perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui
oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi yang
melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang
kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa bumiputera.
(iii) Perkara 159 (5) menjelaskan bahawa perlu mendapat
sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja
yang melibatkan perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja,
kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan
Sarawak; dan perkara yang melibatkan bahasa kebangsaan dan
agama persekutuan.

Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa undang-undang


persekutuan atau negeri boleh dibatalkan sekiranya ia diputuskan
oleh mahkamah sebagai tidak sah sekiranya bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan setakat mana ianya bercanggah. Hal ini
kerana perlembagaan memperuntukkan dengan nyata dalam Perkara
128

4 (I) bahawa Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama


Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari
Merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah
terbatal setakat yang berlawanan itu.

6.13 PERLEMBAGAAN NEGERI

Setiap negeri dalam Persekutuan Malaysia pula mempunyai hak,


kuasa dan tanggungjawab tersendiri mengikut perlembagaannya.
Segala hak dan kuasa tersebut adalah dijamin oleh Perlembagaan
Persekutuan, namun demikian, Perlembagaan Negeri tidak boleh
bercanggah dan bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan. Perkara ini jelas dinyatakan dalam Perkara 71 (4),
semua Perlembagaan Negeri dikehendaki, dalam Jadual kelapan
Perlembagaan Persekutuan yang menentukan kedudukan Raja, Yang
Dipertua Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan, Dewan Undangan
Negeri, peruntukan kewangan, layanan sama rata bagi pekerja-pekerja
negeri dan pindaan Perlembagaan Negeri.

6.14 KESIMPULAN

Anda telah diberikan kefahaman tentang peradaban yang cuba


dibangunkan melalui kursus ini melalui kefahaman tentang
Perlembagaan Persekutuan. Dalam perbincangan di atas anda telah
memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan merupakan Tapak
Integrasi yang penting kepada kita rakyat Malaysia. Di dalam
Tapak Integrasi ini anda telah memahami bahawa negara Malaysia
ini adalah berasaskan kepada Host Society dan bukannya Settler
Society. Pemahaman ini adalah asas kepada pemahaman kita
terhadap pembinaan perlembagaan itu. Daripada pemahaman itu juga
membawa kita untuk memahami kontrak sosial yang telah dipersetujui
oleh orang-orang Melayu dan ketua-ketua yang mewakili masyarakat
bukan Melayu semasa perlembagaan ini digubal. Penerimaan terhadap
terma-terma yang telah dipersetujui itu adalah asas kepada pembinaan
peradaban kita dalam aspek kemasyarakatan.
129

BAB7

PENGARUHTEKNOLOGIMAKLUMATDAN
KOMUNIKASI (ICT) KE ATAS KESEPADUAN
NASIONAL

BASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bah ini, pelajar akan dapat:


1. Menghuraikan hubungan antara manusia dan teknologi.
2. Membincangkan etika dan peradaban dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

7.1 PENGENALAN

Perkembangan teknologi semasa, mtu teknologi maklumat dan


komunikasi (information communication technology - ICT),
terjelma dalam bentuk Internet, Digital Apps, Facebook, lnstagram
dan berbagai lagi tapak digital sangat mempengaruhi pembinaan
kesepaduan nasional sekali gus membentuk peradaban majmuk di
Malaysia. Ianya telah menular dalam setiap lapisan masyarakat dan
generasi, termasuk di Malaysia. Dari satu segi, ICT merapatkan
jurang komunikasi, namun tiada satu institusi sejagat yang mengawal
perkembangan ini, menjadikannya seperti digital jungle. Serentak
ICT boleh jadi kawan dan jadi lawan, positif dan negatif, membina
dan menghancurkan. Dengan berleluasanya berita palsu melalui
media sosial seperti Facebook adalah satu contoh yang sangat
dirisaukan oleh kerajaan dan orang awam. Kefahaman mengenai etika
dalam penggunaan ICT yang tidak bercanggah dengan peradaban di
Malaysia sangat diperlukan oleh semua pihak. Kupasan mengenai
kebaikan dan keburukan mengenai ICT, budaya digital dan disiplin
dalam kalangan pengguna ICT perlu diwacanakan.
7.2 EVOLUSI DAN PENGLOBALAN
TEKNOLOGI

Umumnya teknologi sentiasa berevolusi hasil daripada kreatif dan


pengetahuan manusia yang sentiasa ingin mencipta sesuatu yang
baharu. Dalam topik sebelum ini, kita telah melihat perbezaan
revolusi industri (IR1 .0) teknologi menggunakan wap hingga
ke IR4.0 teknologi yang menggabungkan keupayaan teknologi
pengkomputeran awan (cloud computing technologies), internet,
kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan internet dalam semua benda
kehidupan (Internet ofThings/IoT). Evolusi ini telah banyak memberi
manfaat kepada kehidupan manusia dalam pelbagai bidang pekerj aan
dari sektor perkilangan, pertanian, kesihatan atau perubatan mahupun
komunikasi. Pautan di bawah ini mengimbau evolusi teknologi.

https://www.youtube.com/watch?v=bGo6vlWbKlO&t=557s
atau
https://www.youtube.com/watch?v=NoX6m0g2EZQ.

Menurut MajalahSains.com (2020) kronologi evolusi dan


usaha penglobalan ICT di Malaysia, telah sejak 1980an lagi.
Kerajaan Malaysia begitu komited dengan pembangunan ICT di
negara ini dan inginkan bangsa Malaysia sebagai satu masyarakat
berasaskan pengetahuan pada tahun 2020 dan satu peruntukan khas
untuk pembangunan ICT di negara ini telah diperuntukkan dalam
Rancangan Malaysia ke-6 ( 1991-1995) dan Rancangan Malaysia ke-7
(1996-2000). Malah Bahagian Pertama, Prinsip Rukun Negara telah
menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk
antaranya ialah membina sebuah masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden (https:/lwww.malaysia.gov.
my/portal/content/301 I 0).
Berikut ialah kronologi usaha atau evolusi pembangunan ICT
di Malaysia:
• 1983 - Dr. Mohamed Awang-Lah memulakan idea untuk
menghubungkan Malaysia dengan dunia menerusi Internet di
makmal Universiti Malaya.
131

• 1989 - Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM).


• 1991 - JARING (Joint Advanced Integrated Networking)
dilancarkan.
• 1996 - Pelancaran rasmi Multimedia Super Corridor (MSC)
yang bertujuan untuk mempercepatkan pencapaian objektif
wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia satu negara maju atau
moden yang mempunyai masysarakat berasaskan pengetahuan
(knowledge-based society)
• 1996 -National Information Technology Council (NITC) telah
dibentuk sebagai pemikir (think-tank) dah penasihat kepada
kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan ICT yang
dipengerusikan oleh Perdana Menteri dengan keahliannya
terdiri daripada pelbagai kementerian dan ketua agensi
kerajaan. Peranan utama NITC adalah untuk memformulasi
dan mengkoordinasi polisi dan strategi ICT di peringkat
kebangsaan.

7.3 KONSEP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI (ICT)

Menurut CIO (2020), ICT merujuk kepada infrastruktur dan


komponen teknologi yang membolehkan pengkomputeran moden
pada hari ini. Tiada satu definisi khusus ICT tetapi terma yang diterima
umum tetapi ia boleh ditafsirkan sebagai semua peranti komputer,
komponen rangkaian kerja, aplikasi dan sistem yang digabungkan
yang membolehkan manusia dan organisasi berinteraksi dalam dunia
digital. (https://searchcio. techtarget.com/definition/ICT-information-
and-communications-technology-or-technologies)

7.4 HUBUNGANMANUSIADANTEKNOLOGI

Adakah anda berasa gelisah jika anda tertinggal telefon atau tidak
mempunyai kredit atau wifi untuk melayari Internet? Jika ya, inilah
salah satu norma kehidupan baharu zaman generasi-Z. Jika anda
perhatikan di kedai-kedai makan, sama ada rakan sebaya atau keluarga,
132

norma lepaknya agak berbeza. Mereka akan kurang berbual bersemuka


sebaliknya akan menatap peranti mudah alih masing-masing sama ada
bermain permainan mudah alih (mobile games), bersosial media atau
pun urusan kerja. Secara tidak langsung teknologi telah menghakis
interaksi sosial yang sihat.
Manusia mencipta teknologi dan mencorakkannya. Umumnya
ICT adalah satu alat untuk meningkatkan produktiviti kerja rutin
manusia sekali gus berupaya mengurangkan beban kerja dalam
pelbagai bidang pekerjaan. Dengan ICT juga, komunikasi semakin
berkesan dan cekap dan pantas yang boleh menghubungkan manusia
dengan manusia, manusia dengan organisasi atau organisasi dengan
organisasi tanpa batasan masa dan lokasi. Pada era 1980an, peranan
ICT dalam komunikasi banyak dilakukan oleh media masa dan media
elektronik dan radio yang mana berita yang diterima mungkin agak
lewat berbanding dengan zaman sekarang.
Kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
dalam tahun 2018 seperti di pautan berikut https:/lwww.mcmc.gov.
my/en/resources/statistics/internet-users-survey (SKMM, 2018),
pengguna internet dalam tahun 2018 adalah 87.4% berbanding 76.9%
dalam tahun 2016. Rajah 7.2 di bawah menunjukkan pecahan bukan
pengguna internet yang utama. Umumnya taburan ini menunjukkan
pengguna warga emas ( 50 tahun ke atas) adalah golongan paling
ramai bukan pengguna Internet iaitu 66% daripada 12.6%. Justeru itu,
kaum muda haruslah memanfaatkan penggunaan internet terutamanya
perniagaan secara digital dengan mempelajari dan mengetahui
perkembangan terkini ciri-ciri terkini sosial media seperti Facebook,
Instagram, Youtube, Twitter, Whatsapp, Telegram ataupun Wechat.
Kebanyakan sosial media ini mampu mengembangkan perniagaan
sedia ada atau sebagai satu sumber penjanaan pendapatan yang baharu.
133

1.3%

aGand
111cM
45.3"

Sumber: SKMM, 2018

Rajah 7.1 Taburan bukan pengguna internet mengikut umur.

Kajian tersebut juga mendapati kebanyakan pengguna internet


menggunakan peranti mudah alih (mobile devices) untuk capaian
internet seperti rajah di bawah ini:

Smortphone 93.1,. D
Netbook/Notebook/
Laptop
1 - - - - - - -44,2"
-~ CJ
PC/Desktop

Tablet
:::====.~ ..liil'a
2s.1"
~
Smart TV

Feature phone

TV streaming box

Gome console

~3rtwatch

Sumber: SKMM, 2018

Rajah 7.2 Penggunaan peranti untuk capaian internet.

Purata penggunaan internet adalah 6.6 jam sehari di mana


kaum lelaki (6.7 jam) menghabiskan masa lebih lama berbanding
wanita (6.6 jam). Golongan umur 20-an adalah golongan paling
lama menghabiskan masa mereka iaitu selama 8 jam sehari melayari
internet seperi ditunjukkan di rajah di bawah ini:
134

60-an 3-:-,-
50-an I ~.3
40-an I 5.9
I :::J Kumpuan ... 1
30-an
r-3
20-an 8
Bawah .. I 6\,
0 5 10
Sumber: SKMM, 2018

Rajah 7.3 Jumlahjam melayari internet mengikut kumpulan umur.

Bilangan pengguna rangkaian sosial media adalah 24.6 juta


manakala pengguna aplikasi komunikasi ialah 27.8 juta penduduk
Malaysia. Berikut ialah perbandingan pengguna rangkaian sosial

'·'
.~
media dan aplikasi komunikasi di negara ini:

~--
24.6 ......
....., 27.1-

11
97.3
(®) a
....
S7JII<

- -0 fffl-_., - - a- ca ~
, S5.6'I
.

0 0 ~
-....
JU11
- u.J!I

_,Ill.
- -
,........
:IS.OIi

°"'""
0.111 u .. °"""
1.1"

Sumber: SKMM, 2018

Rajah 7.4 Pengguna rangkaian sosial dan komunikasi.

Aplikasi Facebook masih lagi popular di Malaysia ini di mana


hampir semua pengguna (97.3%) rangkaian media sosial memiliki
aplikasi ini. Manakala aplikasi komunikasi WhatsApp adalah aplikasi
komunikasi paling popular (98.1 % ).
135

Tahukah anda, aplikasi Facebook bukan sahaja untuk


tujuan pemiagaan tetapi juga boleh untuk tujuan komuniti
atau kemasyarakatan. Persoalannya sejauh manakah kita telah
menggunakan aplikasi ini untuk menyampaikan mesej yang bermakna
kepada komuniti sama ada mesej berbentuk politik, ekonomi ataupun
sosial yang boleh mengukuhkan kesepaduan rakyat Malaysia yang
berbilang bangsa dan agama. Berikut contoh Posting di Facebook
yang anda boleh lakukan pada era Pandemik Corona Virus. Posting
ini mengandungi teks (story telling), pautan video dan gambar yang
efektifuntuk menarik audiens membacanya. Kreativiti sangat penting
untuk memastikan posting yang dibuat berkesan.

~ MPU 1013 penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 8


29 June at 22 29 ~
. . . , Published by Afriena Jailani

Masyarakat Malaysia perlulah membiasakan diri dengan norma baru


kehidupan . Hal ini kerana . bersatu teguh . bercerai roboh . Bersama-sama
kita melawan pandemik covid-19 .
#kitajagakita

0 ht1ps:.1:youtube/cbNRaQe8D1U

Rajah 7.6 Contohposting di Facebook.

Selain daripada Facebook, anda mungkin boleh menyebarkan


mesej anda melalui aplikasi YouTube. Di samping menyebarkan mesej
atau content anda mungkin boleh memperolehi pendapatan sampingan
(psssive income) seandainya content Youtube anda memenuhi syarat-
syarat yang telah ditetapkan.

(https://support.google.com/youtube/answer/72857?hl=en).
136

YesTheory menghasilkan beberapa siri video yang berbentuk


motivasi diri yang bertemakan seek discomfort diasaskan oleh
beberapa anggota dari negara dan agama berbeza

"• ;;,0:-0•

.. m #'

El '""' ""'"···
C,

Rajah 7.6 Contoh Youtube Channel oleh YesTheory.

Sumber: https:Ilwww.youtube.com/watch ?v= TA 5Ilzauebo

Rajah 7.7 Pengasas YesTheory untuk tidak menggunakan aplikasi media


sosial.

Youtube ini berkaitan dengan Pengasas YesTheory untuk


tidak menggunakan aplikasi media sosial selama 30 hari dalam
kehidupannya.
Kings and Generals menyediakan maklumat sejarah ketamadunan
dalam bentuk animasi yang mudah difahami seperti berikut:
137

Q' • r_; ill D ~ GJ A

fl ~ .... e Kings and Generals •

~ ~OIIIII

='.
v,·ot-1>~···

11lf<l,1jf,'.1,

-- 11111111111111
-- -- -- --
~ .... Ill 1111111
--
Rajah 7.8 Contoh kandungan video yang dimuatnaik dalam Kings and
Generals.

Manakala antara Youtuber terkenal di Malaysia ialah Isa


Isarb (https:/lwww.youtube.com/c/lsalsarb/) yang banyak membuat
sumbangan kerja -kerja sosial kepada masyarakat atau social
experiement. Sepanjang masa wabak Coronavirus sedikit sebanyak
telah memberi kesan ekonomi kepada sesetengah pengusaha kecil
pemiagaan atau pekerja swasta. Waiau bagaimanapun dengan
kreativiti dan pengetahuan dalam ICT, wabak ini tidak menjejaskan
sesetengah pihak yang lain.
Meskipun ICT banyak memudahkan cara hidup kita namun ada
beberapakesannegatifkepadamasyarakat.AntaranyaICT menjejaskan
kesihatan (https :/lwww.youtube.com/watch ?v=ehc 7THzPll Q). Ada
sesetengah pihak menggunakan ICT untuk tujuan pengintipan atau
peperangan seperti yang tular dalam pautan ini (https:/lwww.youtube.
com/watch?v=RLogg6E9Bal). Sejak kebelakangan ini sosial media
telah disalahgunakan oleh segelintir pengguna untuk mendapatkan
perhatian orang ramai mahupun kepentingan diri sendiri. Ada di
kalangan mereka tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan berita-
berita tidak betul atau fitnah yang boleh menjejaskan perpaduan dan
keharmonian masyarakat. Ada juga di kalangan mereka mengambil
kesempatan dengan taktik computer scams (https:/lwww.youtube.
com/watch?v=zyleaCB3hkY) atau pancingan data (pishing) (https:/1
www.youtube.com/watch?v=9TRR6lHviQc) untuk memperdayakan
138

pengguna. Inilah adalah contoh jenayah komputer masa kini yang


memerlukan pengguna mempunyai pengetahuan dan kesedaran
tentang ICT. Berikut ialah berita yang disiarkan dalam Kosmo, 23
Julai 2020 berkaitan dengan kesan ICT kepada masyarakat:

Sumber: ttps://www.kosmo. com.my/2021 /08/04/guna-kadbod-untuk-hasilkan-


rangka-katil

Rajah 7.9 Contoh bagaimana ICT dapat member manfaat kepada


komuniti atau masyarakat.

Walau bagaimanapun, teknologi maklumat telah mendedahkan


kita kepada ancaman atau jenayah baharu dalam kehidupan kita
Cyber Security Malaysia (2018) telah mengklasifikasikan ancaman
siber seperti berikut:
(i) Ancaman seksual atau pornografi;
(ii) Perisian hasadNirus/ Penipuan "phishing";
(iii) Buli siber;
(iv) Pencurian identiti;
(v) Permainan dalam talian;
(vi) Perjudian dalam talian;
(vii) Ketagihan internet;
(viii) Pelanggaran hak cipta; dan
(ix) Pengaruh negatif dari komuniti internet.
139

Berikut adalah contoh sumber platform dalam talian dan


ancaman siber yang boleh terjadi tanpa pemantauan yang sewajamya
yang perlu kita tahu terutamanya di kalangan remaja dan kanak-kanak.

Jadual 7.1 Jenis-jenis ancaman siber

Flatform dalam talian Ancaman siber


Media social • Buli Siber
(Instagram, FB, Tumblr, • Antun (Grooming) Seksual
Wechat) • Kecurian Identiti
• Komuniti yang tidak selamat dan
berbahaya - Pengaruh Negatif
Aplikasi sembang atau • "Sexting"
komunikasi • Buli Siber
(WhatsApp, FB • Antun Seksual
Messenger, Wechat) • Komuniti yang tidak selamat atau
berbahaya
• Pomografi
Audio dan video • Pelanggaran hak cipta
(Joox, Soundcloud, • Pomografi
Sportify, Youtube, • Buli Siber
Sanpchat, Eigo) • Antun Seksual
E-mel • Penipuan
• "Phishing"
• Virus/Perisian hasad
Permainan dan aplikasi • Ketagihan Internet
• Perjudian dalam talian
• Virus/Perisian hasad

Keratan akhbar di bawah adalah sebahagian daripada bukti


kesan negatifICT:
140

Pengurus syarikat rugi RM 1.6 juta ditipu sind iket 'Love


Scam'
SHAH ALAM · Seorang pengurus syari at kenderaan kerugian RM1.6 juta
selepas diperdaya sindiket 'love Scam' didalangi warga asing dari ...

Tujuh individu dicari bantu kes tipu parcel, pinjaman


KUANTAN · Tujuh individu termasuk empat wanita dijeja i polis bagi
membantu siasatan berhubung dua kes penipuan Macau Scam yang
dilaporkan di negeri ...

Pen iaga ditipu Macau Scam, RM29 ,000 lesap


KUALA TERENGGANU • Seorang peniaga kerugian RM29,000 selepas
terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai
polis.

,..._.._ Love Scam: Geng warga asing lumpuh


SHAH ALAM • Polis Shah Alam berjaya melumpuhkan satu kumpulan
dipercayai terlibat dengan love Scam sekali gus berjaya menyelesaikan
sebanyak 11 kes...

Sumber: https://www.sinarharian.eom.my/article/31637/BERITA/
Nasional/Ancaman- jenayah-scam

Rajah 7.10 Contoh keratan akhbar akibat penyalahgunaan WhatsApp.

Banyak kesan-kesan negatif lain IC seperti kerja sepanjang


masa, beban kerja kepada yang tidak menguasai ICT, atau bebanan
hutang.

7.5 ETIKA DAN PERADABAN DALAM


PENGGUNAANTEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Ada beberapa peraturan mudah apabila kita menggunakan ICT


sebagai alat komunikasi yang berkesan seperti berikut:

Peraturan 1: Ingat komunikasi sesama manusia.


Peraturan 2: Ikuti piawai kelakuan atas talian seperti yang anda ikuti
dalam kehidupan sebenar.
Peraturan 3: Ketahui di mana anda berada di dunia siber.
Peraturan 4: Hormati masa orang lain.
141

Dalam agama Islam telah menyatakan akhlak yang baik apabila


berkomunikasi seperti berikut:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada


kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya
kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara
yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu
(mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali
apa yang kamu telah lakukan."

(Surah al-Hujuraat 49:6)

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman


berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika
salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka
lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali
mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka
damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut
hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala
perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang berlaku adil."

(Surah al-Hujuraat 49:9)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu


puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-
rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak
yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan
janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan
mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan
yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu
lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah
kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan
janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu
dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-
142

larangan yang tersebut menyebabkan orang yang


melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya
sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia
beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat
(daripada perbuatan fasiqnya) maka merekalah orang-
orang yang zalim."

(Surah al-Hujuraat 49: 11)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan


dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan
yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari
sangkaan itu adalah dosa; danjanganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang
lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging
saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut)
dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya
Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

(Surah al-Hujuraat 49: 12)

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah


menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami
telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan
atau bangsanya). SesungguhnyaAllah Maha Mengetahui,
lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan
dan amalan kamu)."

(Surah al-Hujuraat 49: 13)


143

7.6 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI (ICT)TAPAK
PENGUKUHAN KESEPADUAN NASIONAL

ICT perlu dipelajari dan dipupukjuga sebagai agen kesepaduan sosial


dan ia perlu dipupuk dari usia remaja lagi. Peranan ibu bapa dan guru-
guru amat besar kerana sebahagian dari usia remaja didampingi oleh
mereka ini. Di sampingan amalan baik penghayatan agama masing-
masing boleh memudahkan proses pengukuhan kesepaduan nasional
kerana kita, bangsa Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, adat
resam, dan fahaman agama yang berbeza. Secara umum kita perlu
lihat saranan berikut jika ingin menjayakan ICT sebagai satu tapak
pengukuhan kesepaduan nasional:
(i) Cara bertutur;
(ii) Cara berkongsi;
(iii) Cara menasihati;
(iv) Cara berdebat;
(v) Cara menonjol diri;
(vi) Cara meletak gambar;
(vii) Cara berbudi;
(viii) Cara menghormati orang tua;
(ix) Cara menyayangi orang muda;
( x) Cara menyantuni etnik berbeza;
(xi) Cara hidup normal sebagai manusia; dan
(xii) Cara mengurus privasi diri.

7.7 ISU SEMASA TEKNOLOGI MAKLUMAT


DAN KOMUNIKASI (ICT)

Beberapa isu berkaitan dengan ICT telah pun dinyatakan secara tidak
langsung sebelum ini. Antara isu semasa yang boleh diperbincangkan
ialah:
(i) Jurang sosial dalam keluarga akibat kesibukan melayari ICT.
(ii) ICT dalam urusan pemiagaan seperti mata wang digital.
(iii) Penyebaran :fitnah.
144

(iv) Pencerobohan hak privasi dan perkongsian data dan salah guna
data.
(v) Pengintipan dan peperangan tanpa tentera.
(vi) Gejala sosial remaja.

7.8 KESIMPULAN

Bab ini membincangkan pengaruh ICT dalam kehidupan masyarakat


kini. Sejauh mana ICT memberi manfaat kepada kehidupan
masyarakat hari ini ICT merupakan realiti kehidupan masa kini. Ia
mampu digerakkan untuk menjadi agen kebaikan terbaik.
Waiau bagaimana pun ICT juga sering kali disalah guna untuk
kepentingan peribadi, organisasi dan politik di seluruh dunia. Justeru
itu ICT perlu dipelajari, dikuasai dan dimanfaatkan untuk kebaikan
manusia serta ia perlu diurus dengan penuh beretika dan meneraju
peradaban manusia masa hadapan khususnya di Malaysia
145

BABS

PERANAN ETIKADAN PERADABAN


MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI
MALAYSIA

BASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bah ini, pelajar akan dapat:


1. Menjelaskan takrifan autoriti dan takrifan harian.
2. Menghuraikan peranan etika dan peradaban dalam mendukung
tanggungjawab sosial.
3. Mempamerkan minat kesukarelawan dalam mencapai
keharmonian masyarakat.

8.1 PENGENALAN

Elemen etika dan peradaban dilihat sebagai faktor penting dalam


memacu dan mengekalkan pembangunan dan keharmonian sesebuah
ketamadunan manusia. Pembangunan sesebuah negara yang seimbang
bukan sahaja menawarkan pembangunan ekonomi dan fizikal dengan
pelbagai bangunan mega dan mencakar langit berdiri megah semata-
mata, tetapi turut mengambil kira masyarakat yang berbudaya tinggi,
berfikiran maju dan mengamalkan gaya hidup berkualiti.
Justeru, proses membangunkan masyarakat yang maju bukan
suatu usaha yang mudah dan ia memerlukan tempoh masa yang
panjang. Kedatangan pembangunan turut membawa bersama pelbagai
kesan baik dan buruk. Antara kesan buruk adalah mengorbankan jati
diri, nilai integriti, budaya dan amanah jika rangka pembangunan
yang disusun tidak mementingkan peranan etika dan peradaban dalam
kalangan masyarakat. Kedua-dua elemen ini seharusnya dirangka
untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara fizikal atau
spiritual dalam konteks setempat atau sejagat. Pada masa yang sama
masyarakat perlu menghormati kewujudan percanggahan antara nilai
peribadi atau masyarakat terutamanya dalam kalangan masyarakat
pelbagai agama dan budaya seperti di Malaysia.
Amir Hussin (2002) menjelaskan, berbeza dengan sains fizikal
dan tulen seperti matematik, bidang sains sosial dan kemanusiaan
yang melibatkan gelagat dan institusi manusia memang tiada unsur
keselarasan dan keserasian secara langsung walaupun memang
terdapat sesetengah konsep dan teori sains sosial yang universal.
Namun, apabila manusia itu mengambil kira soal agama, budaya, dan
kuasa, cerita rasionalnya sudah berubah.
Kesedaran mengenai perbezaan antara nilai, pengetahuan dan
tanggungjawab sosial ini memerlukan pemahaman dan tolak ansur
yang diperoleh melalui pembelajaran dan pengalaman seseorang.
Bab ini membincangkan mengenai peranan etika dan peradaban
dalam mendukung tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat
khususnya di Malaysia.

8.2 TAKRIFAN AUTORITI DAN TAKRIFAN


HARIAN

Secara umumnya, setiap individu atau masyarakat bebas berideologi


atau bertingkah laku demi memenuhi survival diri, keluarga dan
kelompoknya. Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap daripada
rakyat negara ini bebas untuk bergerak ke sana sini, berpersatuan,
mengeluarkan pandangan dan bertingkah laku berdasarkan
pemahaman dan ideologi masing-masing. Istilah demokrasi sering
dikaitkan dengan hak dan kebebasan. Pada masa yang sama, tidak
terdapat persepakatan bersama mengenai had dan sempadan yang
memisahkan antara hak dan kebebasan bersuara dan bertindak dengan
tanggungjawab menjaga keharmonian dan keamanan dalam kalangan
masyarakat. Oleh itu, kita sering didedahkan dengan pelbagai isu
kontroversi seperti mengeluarkan pandangan secara bebas sehingga
berbentuk menghina tanpa mempedulikan kesan kepada masyarakat
awam dan keharmonian dalam negara. Perkara ini seperti tidak
berkesudahan kerana sentiasa berlaku di negara kita dari semasa ke
semasa.
147

Realiti sosial yang membentuk pemikiran dan tingkah laku


manusia biasanya dipengaruhi oleh pengalaman hidup yang dilalui dan
diterima oleh pelbagai kumpulan dan strata di persekitaran mereka.
Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada kepentingan
peribadi dan norma hidup sejagat. Selalunya keputusan berdasarkan
kepentingan peribadi lebih mendominasi dalam norma kehidupan mereka.
Manusia sentiasa berhadapan dengan dua realiti kehidupan
iaitu takrifan autoriti dan takrifan harian. Kedua-dua dimensi tersebut
sentiasa bertembung antara satu sama lain dalam konteks pematuhan
atau kebebasan. Takrifan autoriti (authority defined) merupakan
realiti sosial yang ditakrifkan oleh institusi yang mempunyai struktur
kuasa yang sah dan dominan. Konsep top down ini lebih merupakan
kehendak kerajaan atau pemerintahan, institusi atau organisasi dalam
pembentukan sesuatu etika sama ada dipersetujui atau tidak oleh
ahlinya. Takrifan ini bersifat formal, mempunyai tatacara tertentu
termasuk adat-istiadat. Perlaksanaan etika tersebut adalah melalui
arahan rasmi atau penguatkuasaan undang-undang yang perlu dipatuhi
oleh seluruh ahli dan masyarakat. Namun, manusia bebas untuk
mentafsirkan pula etika itu berdasarkan personaliti, pemahamannya
serta etika yang dipegang.
Takrifan harian (everyday defined) yang bersifat bottom up pula
lebih merupakan realiti sosial yang dialami dan dipraktikkan sendiri
oleh individu atau masyarakat secara sukarela dalam kehidupan
seharian mereka. Justeru, takrifan harian lebih menonjol dalam
kalangan anggota masyarakat kerana ia telah sebati dalam budaya,
cara berfikir dan tingkah laku mereka. Namun, pada masa yang
sama takrifan autoriti tetap terpelihara. Contohnya, takrifan autoriti
terhadap orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Artikel
160, Perlembagaan Persekutuan adalah berbentuk tetap iaitu seseorang
yang menganut agama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan
mengamalkan adat resam dan budaya Melayu. Namun, berdasarkan
takrifan harian oleh masyarakat awam terdapat sebahagian orang
Melayu yang bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mereka tetap layak
dipanggil sebagai orang Melayu kerana takrifan harian oleh
masyarakat umum lebih pelbagai dan terdapat tolak ansur serta saling
memahami bagi memastikan kehidupan mereka diteruskan dengan
aman tanpa sebarang konflik.
148

Dalam erti kata lain, terdapat jurang harapan antara konsep dan
matlamat takrifan autoriti dengan takrifan harian. Kerajaan melalui
agensi-agensi penguatkuasaannya ingin membentuk personaliti
masyarakat yang sentiasa patuh pada undang-undang dan berdisiplin
melalui pengenalan dasar-dasar negara, pembentukan rancangan
jangka pendek dan panjang negara, penguatkuasaan undang-undang
serta penghasilan simbol-simbol kenegaraan untuk diterapkan kepada
masyarakat. Kepatuhan kepada takrifan autoriti adalah mekanisme
yang terbaik untuk membentuk masyarakat yang beretika. N amun,
pada masa yang sama, terdapat juga unsur demokrasi atau hak asasi
untuk masyarakat memilih antara kedua-dua takrifan ini ketika mereka
mengeluarkan pandangan atau bertindak. Keseimbangan antara kedua-
dua takrifan ini berkemungkinan menjadi anjal, rencam dan pelbagai
mempunyai sifat tolak ansur, saling memahami, menghormati antara
satu sama lain dan berlapang dada bagi mengekalkan keharmonian
dan keamanan sedia ada.

8.3 PERANAN ETIKA DAN PERADABAN


DALAM MENDUKUNG
TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Manusia sebagai rakyat atau individu dalam masyarakat mestilah


mempunyai etika dan peradaban. Tidak boleh bertindak sesuka hati
sehingga mengganggu orang lain atau kita boleh dianggap sebagai
kurang waras. Contohnya, melanggar lampu isyarat dan meletakkan
kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya adalah antara perbuatan
yang tidak beretika kerana boleh membahayakan dan mengganggu
keselesaan orang lain. Malahan, pelaku tersebut boleh dikenakan
tindakan oleh pihak keselamatan kerana ketidakpatuhannya terhadap
undang-undang yang telah dikuatkuasakan.
Etika merujuk kepada sikap dan adat yang menentukan tingkah
laku seseorang individu atau masyarakat sama ada baik atau buruk.
Setiap masyarakat mempunyai bentuk etika tersendiri yang juga
dikenali sebagai adat resam. Academic American Encyclopedia ( 1982)
mentakrifkan etika sebagai satu senarai peraturan yang menerangkan
tingkah laku yang boleh diterima untuk setiap keadaan yang boleh
149

dicabar di mahkamah. Solomon (1984) menghuraikan maksud etika


dalam dua konsep. Pertama, perangai individu yang menjelaskan
seseorang yang baik. Kedua, peraturan sosial yang mengawal serta
membataskan tingkah laku manusia yang menjelaskan perkara yang
baik dan buruk atau dikenali juga sebagai moral. Dalam erti kata lain,
isu atau permasalahan mengenai etika adalah merujuk kepada tingkah
laku setiap individu sama ada masyarakat atau etnik. Malaysia yang
mempunyai pelbagai kaum dan budaya sudah pasti mempunyai
etika dan adat resam yang tersendiri. Oleh itu, setiap kaum perlu
memahami dan menghormati etika dan adat resam yang diamalkan
dalam kalangan etnik lain yang sudah pastinya berbeza antara satu
sama lain.
Istilah peradaban seringkali diterjemahkan sinonim dengan
pengertian tamadun (tamaddun) yang merujuk kepada pencapaian
dan kemajuan sesebuah bangsa dan masyarakat meliputi aspek rohani
dan jasmani. Menurut Syed Muhammad Naquib (1992), istilah
tamaddun memberikan pengertian kehidupan insan bermasyarakat
telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang
luhur. Istilah lain yang sinonim dengan peradaban adalah umran
dan al-hadarah yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun (1332-1406)
pada abad ke-14 Masihi yang merujuk kepada pembangunan kota,
kehalusan tata susila dan kebudayaan yang berteraskan kepada nilai
agama. Peradaban dalam kerangka pemikiran Ibn Khaldun adalah
kemakmuran alam sejagat oleh manusia tanpa mengira mereka yang
tinggal di kawasan bandar atau luar bandar. Manakala proses mencapai
kemakmuran perlu merangkumi hidup berorganisasi, berbudaya,
berilmu dan berusaha atau berkerjaya. Peradaban dunia berkait rapat
dengan sifat-sifat semula jadi seperti keganasan dan keramahan,
perasaan dalam satu golongan dalam semangat kekitaan (assabiyah)
dan penguasaan sesuatu golongan untuk mengalahkan golongan lain.
Malek Bennabi (1994) mengemukakan konsep gabungan tiga asas
dalam fitrah kehidupan iaitu manusia sebagai makhluk sosial, benda
yang merangkumi alam dan produk hasil daripada inovasi serta idea.
Peradaban manusia tidak dapat berdiri kukuh hanya bersandarkan
kepada kekayaan yang bersifat kebendaan tetapi ketandusan idea.
Faktor manusia juga merupakan unsur penting dalam pembinaan dan
perkembangan sesebuah peradaban. Namun, tiga perkara asas tersebut
150

tidak mampu untuk membina peradaban dengan sendiri tetapi perlu


didukung oleh unsur lain iaitu kepercayaan atau nilai keagamaan.
Beliau berpandangan nilai keagamaan amat penting dalam proses
perkembangan sesebuah peradaban (Wan Hashim, 1997).
Tanggungjawab sosial boleh ditakrifkan sebagai suatu
kepercayaan bahawa fungsi sesebuah organisasi, masyarakat
atau seseorang individu sebagai pembuat keputusan seharusnya
berasaskan kepentingan sosial dan ekonomi masyarakat. Konsep ini
merujuk kepada perbuatan memilih dan mengambil tindakan yang
dapat memberikan manfaat dan kesejahteraan kepada masyarakat.
Setiap individu dalam masyarakat perlu mendukung tanggungjawab
sosial dan mempunyai kawalan kendiri masing-masing sama ada
berbentuk kesedaran dalaman atau luaran. Kesedaran dalaman lebih
berbentuk kepada kawalan terhadap diri sendiri dengan melibatkan
akal fikiran, hati dan perasaan, nafsu, keterbukaan dan tingkah laku.
Kesedaran luaran melibatkan dunia di luar diri kita seperti individu
atau masyarakat lain, unsur-unsur fizikal, pelbagai peristiwa dan
pengalaman yang dilihat atau dialami sendiri. Tanggungjawab dalam
konteks takrifan harian serta tidak bersyarat terbentuk berdasarkan
nilai keyakinan dalam diri mereka antara satu sama lain. Nilai-
nilai baik yang diamalkan secara tekal dan sukarela kemudiannya
membentuk norma yang positif. Seterusnya norma positif yang
terhasil itu akan membentuk budaya baik, harmoni dan tingkah laku
bekerjasama dalam kalangan masyarakat.
Masyarakat multi etnik yang juga terdiri daripada pelbagai
kepercayaan agama dan budaya juga melahirkan pelbagai istilah
yang bersumberkan agama dan budaya atau falsafah hidup yang
mereka pegang. Nilai tingkah laku manusia seperti digambarkan
melalui etika, moral dan akhlak. Ini kerana, sikap yang melahirkan
tabiat atau tingkah laku manusia mereka biasanya dipengaruhi oleh
agama atau budaya yang dianuti ketika mereka melihat, mendekati
dan berinteraksi dengan segala sesuatu dalam kehidupannya. Dalam
erti kata lain, apabila seseorang itu bertukar agama, maka perubahan
paling mendasar yang dialaminya ialah perubahan 'worldview' (Panel
Akademi Pengurusan YaPEIM, 2005).
Ketiga-ketiga elemen ini adalah manifestasi makna emosi dalam
hati manusia. Meskipun takrifan dan matlamat khususnya adalah
151

berbeza antara satu sama lain, namun terdapat keselarian matlamat


yang berunsur sejagat iaitu membentuk nilai mumi dan baik dalam
pemikiran dan tingkah laku manusia. Unsur dalaman yang bersifat
kualitatif inilah yang mengawal, membentuk dan membatasi perasaan
dan tingkah laku kemanusiaan, social bonding, social cement dalam
kehidupan manusia bermula daripada peringkat individu, keluarga,
masyarakat, negara dan kesejagatan.
Budaya penghayatan dan pengamalannya melibatkan elemen
takrifan autoriti yang bersifat top down dan takrifan harian yang
bersifat bottom up. Namun, takrifan harian lebih berkeupayaan untuk
menghasilkan impak yang besar kerana terdapat keperluan, kehendak
dan kesukarelaan yang mendorong individu atau masyarakat untuk
berfikiran dan bertingkah laku seperti demikian. Berdasarkan
perbincangan di atas, nilai-nilai yang bertanggungjawab dalam
mendukung tanggungjawab sosial yang bersifat universal adalah
seperti:
(i) Percaya kepada Tuhan;
(ii) Menghormati kepercayaan agama orang lain;
(iii) Pematuhan kepada undang-undang;
(iv) Menghargai hak asasi;
(v) Komitmen terhadap kebebasan individu;
(vi) Menghormati diri dan keunikan individu;
(vii) Bertanggungjawab terhadap keputusan kendiri;
(viii) Menghormati persekitaran; dan
(ix) Menyumbang masa dan tenaga untuk aktiviti kebajikan
kemasyarakatan.

Konsep etika dan peradaban yang dibangunkan kepada


masyarakat seharusnya sesuatu yang bersifat dalaman, merangkumi
rohani dan fizikal. Ia berperanan membangkitkan tingkah laku pada
keadaan tertentu dan ia berterusan sehingga terhenti pada tujuan
tertentu. Dorongan-dorongan tersebut akan merangsang manusia untuk
memenuhi keperluan asas bagi meneruskan kelangsungan hidup dan
kewujudan mereka serta turut mengambil kira persekitaran sekeliling.
Bagaimanapun, tingkah laku sosial manusia yang ideal mesti dikawal
dan dibimbing dengan nilai-nilai agama bagi meningkatkan kualiti
hidup dan ketamadunan mereka.
152

8.4 KESEDARAN NASIONAL DALAM


TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh lbn Khaldun (1332-1406)


dalam 'Muqaddimah'nya iaitu manusia adalah makhluk sosial.
Melalui karya yang telah diterjemahkan dalam pelbagai bahawa
seperti Perancis, Turki, Jerman, Inggeris, Sepanyol dan Melayu ini,
beliau menyatakan selari dengan statusnya manusia tidak boleh hidup
secara bersendirian, tetapi memerlukan individu lain bermula daripada
melahirkan mereka, mengasuh, mendidik dan membesar. Kemudian,
manusia juga memerlukan masyarakat untuk membentuk komuniti
untuk membangunkan institusi sosial bagi membentuk pembangunan
ketamadunan dan peradaban manusia. Menurut Wan Hashim (1997),
pemikiran yang dibawa oleh Teori Kitaran Ibn Khaldun melalui
boleh membina sebuah model tiga tahap perkembangan kerajaan atau
organisasi sosial iaitu:
(i) Tahap awal atau kelahiran yang dicirikan oleh perasaan kekitaan
atau assabiyyah bagi memenuhi keperluan asas.
(ii) Tahap kehidupan menetap atau bertamadun yang dicirikan
oleh kelahiran sistem berkerajaan yang melahirkan golongan
pemerintah yang berbeza kehidupan mereka daripada rakyat
jelata, kemudiannya disusuli oleh pertumbuhan bandar. Kelas
pemerintah akan dibuai kemewahan dan perasaan semangat
kekitaan dalam kalangan rakyatnya menjadi lemah.
(iii) Tahap lemah atau kejatuhan yang disebabkan oleh peningkatan
kemewahan dan kelunturan semangat kekitaan. Ini membawa
kepada perpecahan politik dan ekonomi.

Melalui teori ini, Ibn Khaldun mengekspresikan kehebatan


semangat kekitaan dalam sesebuah bangsa yang dapat menentukan
jatuh dan bangunnya sesebuah tamadun. Walaupun perbincangan
dan kritikan beliau lebih tertumpu kepada ketamadunan bangsa Arab
pada zamannya, namun idea dan konsep peradaban tersebut adalah
relevan untuk diterjemahkan kepada pembangunan masyarakat dan
ketamadunan sehingga kini. Kegagalan menghayati dan menterjemahkan
kepada pemikiran dan tingkah laku masyarakat nilai-nilai tersebut
153

dikhuatiri boleh menjejaskan keutuhan pembangunan dan kehannonian


masyarakat terutamanya yang bersifat multi etnik dan agama.
Pandangan yang sama telah dinyatakan oleh Abulhassan (1991)
bahawa pembangunan merujuk kepada proses pembaikan yang
seimbang dan konsisten dalam kesejahteraan manusia dari segi
kebendaan dan kerohanian.
Justeru, pembangunan sesebuah negara boleh diukur
berdasarkan kualiti hidup rakyatnya yang bertambah baik secara
berterusan. Dalam erti kata lain, pengukuran terhadap pembangunan
sesebuah negara tidak harus ditumpukan semata-mata kepada
pencapaian ekonomi, malahan perlu merangkumi aspek kualitatif
lain yang lebih mencerminkan kualiti hidup rakyatnya. Kesejahteraan
masyarakat boleh dibentuk melalui perkongsian peranan dan
tanggungjawab yang penuh komitmen daripada pihak kerajaan
dan rakyat melibatkan semua lapisan masyarakat. Kerajaan perlu
memperkenalkan dasar pembangunan yang seimbang dengan
memfokuskan kepada pembangunan ekonomi, politik dan sosial
yang menghasilkan kesej ahteraan rakyat. Istilah ini secara umumnya
mementingkan peningkatan taraf dan kualiti hidup masyarakat.
Antara elemen yang menyumbang kepada kesejahteraan
tersebut adalah penjagaan kesihatan yang berkualiti, perumahan
mampu milik, keselamatan yang diyakini, ketenteraman awam,
pengukuhan integrasi sosial dan perpaduan serta penyertaan
meluas dalam aktiviti kesukarelaan. Pencapaian kesejahteraan yang
baik akan turut meningkatkan produktiviti dan kemajuan rakyat
serta meningkatkan penglibatan komuniti dalam permuafakatan
masyarakat. Dalam konteks rakyat pula, mereka perlu mempamerkan
kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara;
menyokong dan memainkan peranan bagi merealisasikan dasar-dasar
yang diperkenalkan oleh kerajaan; menjalin perpaduan yang erat
antara satu sama lain; menggembleng idea dan tenaga untuk kemajuan
negara serta mengelak sebarang bentuk prasangka, diskriminasi
atau konspirasi bagi menjamin kelangsungan kesejahteraan dan
keharmonian yang dikecapi.
154

8.4.1 Dasar Sosial Negara (DSN)

Kerajaan telah melancarkan secara rasmi Dasar Sosial Negara (DSN)


pada 19 Ogos 2002 yang berteraskan nilai-nilai mumi dan peningkatan
keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial,
ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia
yang maju dan mantap.
Objektif umum DSN adalah memastikan setiap individu,
keluarga dan masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik, agama,
budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai
dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta
menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan. Selaras dengan
penyataan matlamat dan objektif umum, DSN menggariskan empat
objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-
nilai mumi di setiap peringkat perlaksanaannya iaitu:
(i) Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat
dipenuhi;
(ii) Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;
(iii) Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan
perkhidmatan sosial; dan
(iv) Menjana sinergi pelbagai sektor.

Bagi mencapai objektif khusus yang ketiga iaitu memperkukuh


dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial,
segala usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem sokongan
sosial yang sedia wujud iaitu sistem keluarga, komuniti, kumpulan
etnik, agama, pendidikan dan organisasi sosial untuk membantu setiap
anggota masyarakat membangun dan berfungsi secara optimum serta
berperanan sebagai sistem kawalan sosial (Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Komuniti, 2002).

8.5 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM


DAN LUAR NEGARA

Usaha menyatupadukan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai


latar belakang agama, etnik dan budaya sentiasa ada pelbagai cabaran
dan halangannya sama ada daripada faktor dalaman mahupun luaran.
155

Faktor-faktor dalaman merujuk kepada pelbagai kehendak dan


tuntutan daripada kaum sendiri dan etnik yang berbeza. Adalah suatu
yang mustahil sesuatu dasar atau sistem yang diperkenalkan akan
memuaskan hati semua pihak. Apa yang penting adalah perpaduan
yang sedia terjalin berasaskan tolak ansur, budaya saling hormat-
menghormati antara semua pihak sentiasa dipertahankan malahan
perlu diperkukuhkan lagi berdasarkan cabaran dan keperluan semasa.
Dalam merangka dan berubah ke arah Malaysia baharu yang lebih baik
dan saksama, perkara asas seperti perbezaan dan kepelbagaian agama,
etnik dan budaya yang wujud sejak sekian lama perlu diambil kira.
Elemen jati diri negara Malaysia, unsur-unsur tradisi Perlembagaan
Persekutuan dan kontrak sosial yang telah dipersetujui sejak sekian
lama hendaklah dipertahankan. Perlembagaan Persekutuan telah
memperincikan hal ehwal agama dan amalannya secara jelas, dasar
bahasa kebangsaan, dasar hak-hak istimewa orang Melayu dan
Bumiputera dan perkara-perkara yang melindungi kepentingan kaum
dan agama lain merupakan antara ciri-ciri penting pembentukan
negara Malaysia. Oleh yang demikian, rakyat harus mengenali jati
diri dan sahsiahnya secara mendalam berpandukan dasar-dasar negara
yang dirangka berdasarkan perlembagaan tersebut (Ismail Ibrahim,
2010).
Hak istimewa orang Melayu-Bumiputera adalah isu sensitif
seperti mana sensitifnya persoalan hak-hak kerakyatan kaum bukan
Melayu-Bumiputera. Hak istimewa orang Melayu yang terjamin
dalam Perlembagaan Persekutuan adalah salah satu daripada
imbal balik daripada pemberian kerakyatan kepada kaum bukan
Melayu menjelang kemerdekaan. Kesepaduan sosial dalam konteks
Malaysia baharu akan menjadi semakin kukuh jika hubungan yang
terjalin bukan sekadar atas dasar perkiraan politik dan keperluan
sosioekonomi semata-mata, malahan rakyat bersatu padu, saling
hormat-menghormati dan bertolak ansur serta menganggap mereka
adalah sebahagian daripada sesebuah negara, masyarakat dan budaya.
Malaysia baharu tidak akan membawa sebarang erti sekiranya
rakyatnya sendiri tidak berbangga dengan jati diri tanah aimya dan
tidak berusaha keras membawa negara ke mata dunia. Keupayaan
mengekalkan identiti masyarakat Malaysia yang saling memahami
dan bertolak ansur adalah penting dalam mencapai keharmonian
156

kaum, kestabilan politik dan sosial di negara ini. Sebahagian daripada


komponen utama tanggungjawab sosial yang lain dengan mendaftar
diri sebagai pemilih dan mengundi ketika pilihan raya diadakan.
Kepekaan dan sikap positif dan kematangan dalam kalangan rakyat
dan pemimpin akan meyakinkan bahawa negara kita bergerak
berdasarkan ilmu pengetahuan, kepakaran, pengalaman dan nilai-
nilai yang baik bagi memastikan kelangsungan pembangunan dan
kesejahteraan negara.
Antara cabaran lain yang perlu ditangani secara berhemah juga
adalah kesaksamaan dalam menikmati kemakmuran negara. Meskipun
telah wujud pelbagai dasar dan program pembasmian kemiskinan,
namun kemiskinan tegar masih lagi wujud meskipun kerajaan berjaya
mengurangkannya. Dalam konteks masyarakat majmuk, situasi ini
menjadi lebih sulit jika masalah ini hanya didominasi oleh kaum
tertentu sahaja. Keseimbangan pembangunan sosioekonomi juga
perlu melibatkan antara etnik dan wilayah. Terdapat identifikasi
antara bandar yang diduduki oleh kaum bukan Bumiputera lebih
maju berbanding kawasan luar bandar yang majoritinya adalah kaum
Bumiputera. Keseimbangan sosioekonomi antara etnik dan wilayah
ini perlu menjadi perhatian secara berterusan kerana ia menjadi asas
kepada keharmonian pelbagai kaum yang wujud di negara ini sejak
sekian lama.
Manakala tanggungjawab sosial luar negara adalah merujuk
kepada hubungan antara Malaysia dengan negara-negara luar.
Dalam konteks antarabangsa, Malaysia menjadi sahabat kepada
semua pihak dan tidak bermusuhan dengan sesiapa pun. Kerajaan
kekal neutral dan tidak berpihak-pihak kepada sesuatu kuasa asing,
menolak peperangan dan keganasan. Pada masa yang sama berani
untuk menyatakan kebenaran dan menolak kebatilan tanpa rasa takut
atau berat sebelah. Malaysia sangat prihatin terhadap pelbagai isu
dan kon:flik yang boleh menjejaskan keamanan negara, serantau dan
antarabangsa dengan menggunakan pendekatan secara aman melalui
dialog dan menggunakan pendekatan sederhana.
Pendekatan tersebut diterjemahkan melalui sokongan dan
komitmen negara terhadap usaha Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menentang pelbagai bentuk
keganasan dan penindasan. Antaranya, menentang Dasar Aparteid
157

di Afrika Selatan dan mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.


Malaysia juga mengambil peranan secara aktif dalam misi pengaman
PBB bagi memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa
sejak menyertainya pada tahun 1960. Antara yang pemah disertai
adalah seperti menyertai pasukan pendamai PBB di Congo (1960),
mewakili pasukan pengaman PBB di Namibia (1965), menghantar
pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq, menghantar pasukan
pengaman ke Bosnia dan lain-lain lagi. Selain itu, Malaysia juga
memainkan peranan aktif dalam Persatuan Negara-Negara Bekas
Tanah Jajahan British (Komanwel), Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). Pada
peringkat serantau, Malaysia bekerjasama dengan negara-negara jiran
melalui ASEAN bagi menguruskan pelbagai kon:flik yang berlaku.
Antaranya kon:flik di Pulau Mindanoa, selatan Filipina, turut serta
dalam mesyuarat pembentukan kerajaan Demokratik Campuran
Kampuchea, berperanan sebagai penasihat dan perunding kon:flik
di Acheh, terlibat sebagai pemudah cara bagi proses perdamaian di
beberapa buah wilayah di selatan Thailand dan lain-lain lagi.
Berdasarkan peranan dan komitmen tersebut, Malaysia telah
dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi
penggal pada tahun 1965, 1989-1990, 1999-200 dan 2015-2016 bagi
mewakili zon Asia-Pasifik. Pemilihan untuk menjadi anggota tidak
tetap Majlis Keselamatan PBB adalah melalui majoriti sokongan dua
pertiga daripada keseluruhan anggota PBB dalam pengundian rahsia
yang diadakan di Ibu Pejabat PBB, New York.
Malaysia juga menawarkan perkongsian yang berprinsip
'memakmurkan jiran' serantau. Faedah daripada kerjasama dengan
jiran ini akan menjadikan mereka lebih makmur dan stabil, lantas
menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan Malaysia sendiri.

8.6 KESUKARELAAN

Aktiviti kesukarelaan merupakan kerja-kerja amal dan kebajikan


yang dilakukan secara sukarela oleh seseorang individu atau secara
berkumpulan terhadap golongan yang memerlukan. Budaya dan
semangatkesukarelaanmerupakan antara teras penting dalamkerangka
158

perpaduan nasional terutamanya dalam kalangan masyarakat pelbagai


etnik di Malaysia. Ia adalah batu asas kepada warganegara yang
prihatin, bertanggungjawab, saling memahami dan bantu membantu
tanpa mengira agama, kaum, budaya dan wama kulit. Budaya murni
ini perlu didorong oleh nilai-nilai kerohanian, budaya, ideologi,
prinsip serta tradisi kerana ia memberikan impak yang besar kepada
kehidupan individu dan masyarakat serta pembinaan negara bangsa
yang kuat. Manakala penerapannya adalah melalui kerjasama semua
pihak melibatkan orang perseorangan, masyarakat, badan kerajaan
dan pertubuhan bukan kerajaan, institusi agama dan sebagainya.
Keanggotaan seseorang individu dalam aktiviti sukarela adalah
berasaskan kepada kesanggupan mereka untuk berbakti kepada
masyarakat awam yang dilakukan tanpa paksaan. Para sukarela
berpeluang membantu pihak kerajaan khasnya dan negara amnya
dengan menghulurkan bantuan serta pertolongan kepada masyarakat
yang memerlukan seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU)
dan juga semasa berlaku bencana seperti banjir, kebakaran, tanah
runtuh dan sebagainya.
Kesungguhan kerajaan dalam menerapkan budaya kesukarelaan
ini diterjemahkan melalui tema 'Malaysia Prihatin' pada sambutan
Hari Kebangsaan 2020. 'Malaysia Prihatin' adalah sebagai respons
kepada keadaan negara dan seluruh dunia sedang berdepan dengan
wabak Pandemik Covid-19. Pemilihan tema ini adalah sebagai
gambaran kebersamaan seluruh rakyat Malaysia bersama para petugas
barisan hadapan yang terdiri daripada anggota petugas kesihatan,
keselamatan dan bomba dalam memerangi wabak tersebut di samping
keprihatinan kerajaan dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif
merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup
rakyat. Semangat Malaysia prihatin ini turut dizahirkan seluruh rakyat
Malaysia sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan
NGO dan orang perseorangan. Mereka tampil untuk memberikan
pelbagai bentuk bantuan dan sokongan tanpa mengira kaum, agama
dan fahaman politik. Kejayaan Malaysia mengawal penularan wabak
ini dengan pantas telah mendapat pujian daripada pemimpin dan
masyarakat daripada pelbagai negara serta daripada Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri.
Aktiviti kesukarelaan ini sentiasa akan kekal relevan
tanpa mengira tempat atau zaman. Walau sebaik mana sekalipun
sektor-sektor utama negara dan masyarakat yang terdiri daripada
159

agensi-agensi kerajaan dan sektor korporat melaksanakan tugas


dan tanggungjawabnya, tetap akan wujud kelompangan di mana
terdapat perkhidmatan dan barangan yang tidak dapat ditawarkan
dengan secukupnya. Peranan yang dimainkan oleh para sukarelawan
dalam menjayakan pelbagai program dan bantuan kemasyarakatan
turut mendapat pengiktirafan oleh PBB apabila 5 Disember setiap
tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Sukarelawan Antarabangsa
(International Volunteer Day). Sambutan ini membolehkan semua
negara mempromosikan sikap tanggungjawab, disiplin, semangat
kerjasama, cinta negara dan sifat prihatin rakyat mereka kepada dunia.
Penyertaan dalam aktiviti kesukarelaan ini dapat meningkatkan
sikap positif seperti tanggungjawab sosial, motivasi diri, kenalan,
kemahiran berkomunikasi memupuk dan membudayakan semangat
bekerjasama, tolong-menolong, mengenali budaya masyarakat
sekitar serta hidup secara bermasyarakat. Melalui pelbagai elemen
ini dapat membantu seseorang individu untuk menjadi warganegara
yang penyayang dan bertanggungjawab; mempunyai kepekaan dan
pemahaman mengenai masalah sosial serta meningkatkan keprihatinan
terhadap orang lain.

8.7 KESIMPULAN
Etika dan peradaban amat berkait rapat dengan pemikiran dan
tingkah laku sesebuah masyarakat. Anggota masyarakat yang terdiri
daripada individu, keluarga, organisasi dan masyarakat itu sendiri
perlu berpegang kepada etika dan peradaban masing-masing kerana
mengamalkan nilai yang baik akan menghasilkan kehidupan yang
aman, harmoni dan berkembang maju. Selain itu, budaya juga bukan
sentiasa milik kolektif kerana kebudayaan individu juga sebenamya
asas yang sukar diabaikan. Oleh itu, belum tentu kebudayaan mesti
milik umum, kecuali hanya segelintir manusia. Meskipun takrifan,
pemahaman dan matlamat khusus setiap etika dan peradaban tersebut
adalah berbeza antara satu sama lain, namun terdapat keselarian
matlamat iaitu membentuk nilai mumi dan baik bagi menghasilkan
keamanan dan keharmonian dalam masyarakat sama ada bersifat
setempat mahupun sejagat.
BAB9

CABARAN KELESTARIAN ETIKA DAN


PERADABAN DI MALAYSIA

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bah ini, pelajar akan dapat:


1. Menjelaskan konsep kelestarian etika dan peradaban
dalam masyarakat berkepelbagaian dan negara bangsa.
2. Menghuraikan matlamat pembangunan lestari dan
kesejahteraan bersama.
3. Menganalisis pengalaman negara di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa dalam menguruskan kelangsungan
kelestarian etika dan peradaban.

9.1 PENGENALAN

Pada bah ini, tumpuan perbincangan berfokus kepada cabaran


utama negara yang dihadapi dalam konteks semasa khususnya
melibatkan hubungan antara kaum di Malaysia berasaskan nilai
etika dan peradaban. Penelitian terhadap cabaran semasa tersebut
bertitik tolak daripada keadaan persekitaran yang sering berubah
(sama ada secara perlahan mahupun drastik) sehingga mengganggu
gugat imej Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka
dan berdaulat khususnya dalam meletakkannya sebagai sebuah
negara berperadaban dan berketamadunan. Justeru, dalam usaha
memahami cabaran semasa tersebut, timbul beberapa persoalan yang
perlu diperhalusi sebaik mungkin. Pertama, apakah cabaran semasa
yang dihadapi oleh negara ketika ini dalam usaha mengekalkan imej
negara berperadaban. Kedua, adakah ia berkait rapat dengan cabaran
untuk mempertahankan kelestarian prinsip etika dan nilai peradaban.
Ketiga, bagaimana pembangunan lestari dan kesej ahteraan bersama
dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Keempat,
161

bagaimana Malaysia mengurus dan mengharmonikan cabaran


kelestarian etika dan peradaban tersebut di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Untuk itu, rantaian daripada setiap persoalan tersebut
akan dikupas secara tuntas dan rinci pada bahagian selanjutnya.

9.2 CABARAN KELESTARIAN ETIKA


DAN PERADABAN DALAM KONTEKS
MASYARAKAT KEPELBAGAIAN DAN
NEGARA BANGSA

Sesungguhnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik


kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum, budaya, adat
resam, cara hidup, kepercayaan serta anutan agama berbeza, namun
boleh hidup secara bersama dan harmoni di bumi Malaysia. Waiau
bagaimanapun di satu sisi lain, kepelbagaian tersebut dilihat sebagai
suatu cabaran semasakhususnyadalammengurus danmenangani setiap
perbezaan yang wujud. Selain cabaran untuk membentuk nilai
kebersamaan dan kekitaan yang menerapkan nilai beridentitikan
Malaysia.
Justeru dalam usaha memahami cabaran semasa negara terdapat
beberapa elemen utama yang akan dikupas iaitu konsep kelestarian,
kelestarian etika dan peradaban, seterusnya meneliti cabaran yang
berasaskan kelestarian terhadap elemen etika dan peradaban dalam
konteks masyarakat kepelbagaian dan negara bangsa.

9.2.1 Konsep Kelestarian

Istilah lestari merujuk kepada pengabadian, pengekalan, persambungan,


penerusan, penyinambungan (Ainon & Abdullah, 2011). Kelestarian
pula bermaksud usaha pengekalan sesuatu perkara atau keadaan
terutamanya untuk tujuan mengekalkan serta memelihara keaslian.
Selain itu, perkara atau keadaan yang cuba dikekalkan dan dipelihara
semakin bermakna apabila usaha penambahbaikan (ke arah kebaikan)
berlaku dari masa ke masa.
Konsep kelestarian turut ditanggapi sebagai satu paradigma
berlandaskan pemikiran futuristik dan holistik. Ia berasaskan penekanan
terhadap keseimbangan dari sudut persekitaran, ekonomi dan sosial,
selain merancang sesuatu pembangunan dan peningkatan kualiti hidup
dalam kalangan masyarakat. Konsep ini berpegang kepada prinsip
bahawa semua keperluan untuk hidup dan kesejahteraan bergantung
secara langsung mahupun sebaliknya terhadap keadaan semula jadi
(Siti Khatijah & Christopher, 2016).
Namun, apakah perkaitan antara konsep kelestarian dengan
manusia? Bagaimanakah konsep kelestarian boleh direalisasikan
dan dicapai? Kelestarian berkait rapat dengan manusia kerana
manusia merupakan makhluk terbaik ciptaan Allah SWT yang
dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus alam
semesta. Pertanggungjawaban tersebut memerlukan suatu usaha yang
mampan serta berterusan untuk mengekalkan dan memelihara hak
(sebagai individu dan anggota masyarakat), selain menambahbaikkan
kehidupan sedia ada ke arah yang lebih baik dan bermanfaat.
Konsep kelestarian boleh direalisasikan dan dicapai dalam
kehidupan seharian. Ia bermula dengan faham konsep lestari dan
kelestarian dengan baik dan mendalam. Selanjutnya, sikap individu
dan masyarakat yang beretika dan beradab dititikberatkan dalam
setiap aktiviti/kegiatan seharian mereka meliputi daripada proses
berfikir, membuat pilihan, keputusan, serta tindakan/perbuatan (yang
dilakukan). Selain itu, penguatkuasaan undang-undang, peraturan,
dasar serta polisi awam perlu diperkemas oleh pihak kerajaan dalam
usaha merealisasikan konsep kelestarian dapat dicapai seterusnya
dibudayakan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

9.2.2 Kelestarian Etika dan Peradaban

Asasnya, etika dan peradaban merupakan suatu ikhtiar yang perlu


dibanguni, dipupuk dan diterjemahkan ke dalam tindakan kerana
ia mengandungi nilai, cara kelakuan dan ketertiban (Azhar, 2016).
Apabila merujuk kepada konteks kelestarian etika dan peradaban
ia membawa maksud suatu usaha pengekalan, pemeliharaan, serta
penambahbaikan kepada nilai etika dan peradaban. Ini bermakna
setiap usaha yang dilakukan oleh manusia sama ada sebagai individu
mahupun ahli masyarakat perlu menerapkan prinsip-prinsip etika
dan peradaban serta membudayakannya dalam kehidupan seharian
sebagai sebuah masyarakat bertamadun.
163

Di Malaysia, konsep kelestarian etika dan peradaban dapat


ditelusuri berasaskan inti pati sejarah dan budaya masyarakat
tempatan (sekadar disebut sebahagian sahaja) seperti mana butiran
ringkas selanjutnya.
(i) Melaksanakan dan menyempurnakan adat resam atau adat
istiadat secara beretika dan beradab. Tegas Azhar, "masyarakat
Melayu, sebagaimana masyarakat lainnya [Cina, India] di
Nusantara ini memperlihatkan kecenderungan memberati
terlaksananya dan tersempumanya adat resam atau adat
istiadat" (2016:47).
(ii) Menjaga tutur kata dan adab pergaulan seharian berdasarkan
moral-etika dan budi pekerti.
(iii) Memelihara dan mempraktikkan budaya warisanzaman berzaman.
(iv) Menjaga kerukunan dalam hidup bermasyarakat.
(v) Memperkukuh harga diri, maruah dan martabat anak bangsa.

9.2.3 Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban

Selanjutnya, perbincangan berkait rapat dengan cabaran ataupun


permasalahan negara seputar isu kelestarian etika dan peradaban.
Dalam konteks ini, dapat difahami bahawa cabaran utama negara
dalam mempertahankan kelestarian serta kelangsungan etika dan
peradaban beridentitikan Malaysia (dan Timur) berasaskan tiga
cabaran. Tiga cabaran tersebut merupakan elemen yang sering
dan boleh mengganggu gugat pertumbuhan serta nilai etika dan
peradaban di Malaysia. Ia merangkumi defisit sosial, tadbir urus
dan pembangunan, serta isu black economy dan rasuah yang dapat
ditelusuri pada huraian rinci di bawah.

a. Defisit sosial

Ia bermaksudkekurangan dalamkonteks sosial yangmemerlukan usaha


penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan
dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Menurut
Kartini (2019) kekurangan sosial tersebut berlaku disebabkan wujud
jurang perbezaan persepsi dan pendapat dalam kalangan kelompok
yang berbeza - individu, keluarga dan masyarakat.
164

Persoalannya, kenapakah defisit sosial ini dianggap sebagai


cabaran untuk mengekalkan kelestarian etika dan peradaban di
Malaysia? Ini kerana menurut Shamsul Amri (2019), defisit sosial
bertitik tolak daripada isu atau permasalahan asas yang menyelubungi
hubungan antara kaum di Malaysia sama ada di Semenanjung
mahupun Sabah dan Sarawak. Isu atau permasalahan asas tersebut
terus mewujudkan jurang perbezaan antara kaum. Antara elemen
yang terangkum dalam isu defisit sosial ialah perbezaan dari sudut
etnisiti, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi,
gender, politik federalisme, ruang atau bandar-desa, serta media.
Justeru, isu dan hal membabitkan masyarakat seumpama defisit
sosial ini yang belum selesai perlu diusahakan penyelesaiannya
satu persatu, memerlukan waktu dan kesabaran semua pihak, serta
perancangan dan pelaksanaan pelan tindakan berasaskan prinsip
tawar menawar, perundingan dan mediasi. Namun semua pihak perlu
menggembleng tenaga secara bersama, serta menyelesaikan masalah
defisit sosial ini secara berterusan agar matlamat penyatupaduan
antara kaum di Malaysia berjaya direalisasikan.

b. Isu Tadbir Urus dan Pembangunan

Selain defisit sosial, isu berkaitan tadbir urus serta pembangunan di


Malaysia turut menjadi cabaran dalam mempertahankan kelangsungan
kelestarian etika dan peradaban. Isu tersebut merujuk kepada
permasalahan dalam ruang lingkup pentadbiran, pengurusan serta
pembangunan di peringkat institusi, organisasi, mahupun persatuan.
Misalnya, isu seperti ketidakcekapan, ketidaktelusan, karenah
birokrasi, pertambahan atau pertindihan bidang kuasa, masalah
kewangan, serta penguatkuasaan undang-undang yang lemah sering
mendominasi pelbagai institusi dan organisasi di Malaysia sama ada
di pihak pentadbiran awam mahupun swasta.
Setiap isu tersebut pada dasamya menjadi antara cabaran
terhadap kelestarian etika dan peradaban. Ini kerana isu atau
permasalahan seputar tadbir urus dan pembangunan tersebut
sekiranya dibiarkan tanpa pantauan boleh menyebabkan nilai etika-
moral serta adab-sopan (Mohd Zaidi & Mohd Sani, 2012) dalam
kalangan penjawat, pentadbir dan pengurus semakin terhakis sedikit
165

demi sedikit. Keadaan ini pada akhimya sudah pasti mengganggu


serta merencatkan proses pembinaan jati diri dalam kalangan rakyat
Malaysia.

c. Black Economy dan rasuah

Cabaran seterusnya ialah melibatkan 1su ekonomi seperti black


economy (ekonomi hitam). Black economy turut dikenali sebagai
pasaran gelap (black market), underground economy dan shadow
economy. Umumnya, ia merujuk kepada suatu bentuk kegiatan atau
aktiviti ekonomi dari sudut pemiagaan, perdagangan, perindustrian
dan perkhidmatan yang dijalankan secara tidak sah di sisi undang-
undang. Modal serta keuntungan daripada kegiatan ekonomi hitam
tersebut berasaskan wang haram (black money). Nilai keuntungan
sebenar kegiatan ekonomi hitam ini tidak dikira dalam pengiraan
Gross Domestic Product (GDP) negara (Ema Emawati, 2010). Ia
dijalankan secara sengaja dan mempunyai motif tertentu seperti
menghindari tanggungjawab membayar cukai, ataupun mengelakkan
tanggungjawab mengikuti prosedur operasi yang standard seperti
mana yang ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti pelaksanaan upah
minimum para pekerja, standard keselamatan dan sebagainya.
Selain black economy, isu rasuah dalam kalangan masyarakat
Malaysia semakin berleluasa dan membimbangkan ketika ini. Rasuah
berasal daripada istilah Bahasa Arab iaitu al-risywah. Dalam al-
Qur'an, al-risywah dikategorikan sebagai suatu perbuatan jenayah,
batil dan menyalahi syariat Islam (Syed Hussein, 1995; Sarah Dina &
Mohd Adib, 2013). Umumnya, rasuah difahami sebagai penerimaan
atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang
kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang
berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah,
bonus, undi, perkhidmatan,jawatan upah dan diskaun (SPRM, 2013).
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah
iaitu:
(i) Meminta atau menerima rasuah (Seksyen 16 & 17 (a) Akta
SPRM2009).
166

(ii) Menawar atau memberi suapan (Seksyen 17 (b) Akta SPRM


2009).
(iii) Mengemukakan tuntutan palsu (Seksyen 18 Akta SPRM 2009).
(iv) Menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai
badan awam (Seksyen 23 Akta SPRM 2009).

Selanjutnya timbul persoalan iaitu kenapa 1su seperti


black economy dan rasuah dilihat sebagai suatu cabaran terhadap
kelangsungan kelestarian etika dan peradaban di Malaysia? Asasnya
ialah tingkah laku atau perbuatan mereka yang terlibat dengan skandal
penipuan ekonomi dan rasuah berkenaan adalah bertentangan dengan
prinsip baik dan betul dalam etika, serta melanggar nilai kesopanan,
kebudimanan serta ketatasusilaan dalam peradaban. Keadaan ini
secara tidak langsung menghakis nilai etika dan adab sopan seseorang.
Selain itu, isu tidak bermoral tersebut turut merugikan negara
seperti mana yang dilaporkan oleh Transparency International (TI)
(2019) di peringkat antarabangsa - yang mana kegiatan seperti rasuah
telah menyebabkan kerugian kepada negara termasuk Malaysia. Ini
kerana banyak harta atau duit kerajaan telah disalahgunakan oleh
pihak berkepentingan yang tidak beretika dan beradab demi memenuhi
kehendak diri yang songsang. Selain kerugian kepada negara, tingkah
laku tidak beretika seperti ini turut memberi impak negatif kepada
dasar dan polisi pembangunan negara seperti Dasar Ekonomi Baru,
Dasar Wawasan Negara dan sebagainya. Asasnya ialah dasar atau
polisi kerajaan tersebut dilihat gagal dalam menangani isu seperti
kemiskinan dan sara hidup rakyat sehingga menyebabkan mereka
melakukan kegiatan tidak bermoral tersebut.
Secara rangkumannya dapat difahami bahawa defisit sosial, isu
pentadbiran dan pengurusan, serta masalah black economy dan rasuah
yang terus berlaku dalam kalangan masyarakat terkhas di Malaysia
merupakan suatu proses atau bentuk hakisan sosial. Hakisan sosial
tersebut merupakan suatu bentuk kegagalan terhadap kelestarian etika
dan peradaban. Selain boleh melunturkan identiti diri, mencemarkan
imej bangsa, serta merosakkan status negara sekiranya tidak ditangani
secara senus oleh pihak kerajaan serta pihak bertanggungjawab
lainnya.
167

9.3 MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI


DAN KESEJAHTERAAN BERSAMA DI
MALAYSIA

Perbincangan selanjutnya bertumpu kepada matlamat sebenar


pentingnya pembangunan yang bersifat lestari serta penekanan
terhadap konsep kesejahteraan bersama dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia. Dalam usaha memahami matlamat
tersebut, penelitian berkenaan konsep pembangunan lestari serta
kesejahteraan bersama dalam kerangka Malaysia akan dihuraikan
secara tuntas lagi rinci pada penjelasan berikutnya.

9.3.1 Konsep Pembangunan Lestari

Pembangunan lestari merupakan suatu bentuk pembangunan


bertujuan memenuhi keperluan dan keadaan masa kini tanpa
menjejaskan kemampuan, keperluan serta kepentingan generasi masa
hadapan (dalam memenuhi keperluan mereka). Asasnya konsep ini
selaras dengan syariat Islam kerana bermatlamatkan kebaikan serta
bersesuaian dengan keadaan semasa. Buktinya, pembangunan lestari
merangkumi beberapa tuntutan berkaitan, seperti:
(i) Berlaku adil kepada semua makhluk Allah SWT,
(ii) Berhemah dalam setiap penggunaan (sama ada sumber semula
jadi seperti air, flora dan fauna; mahupun sumber ciptaan/
rekaan manusia seperti elektrik, fasiliti, serta teknologi),
(iii) Berhikmah dalam membuat sebarang keputusan terhadap
persoalan dan permasalahan yang berlaku, serta
(iv) Beradab dalam menyantuni kehidupan sebagai hamba kepada
Yang Maha Pencipta Allah SWT.

9.3.2 Konsep Kesejahteraan Bersama (Shared Prosperity)

Secara asasnya, konsep kelestarian menitikberatkan pembangunan


yang bersifat lestari dan mampan dengan keadaan persekitaran -
yang pada akhimya bertujuan untuk mewujudkan kesejahteraan
hidup dalam kalangan masyarakat. Kesejahteraan hidup difahami
sebagai satu sistem kegiatan hidup yang teratur dalam pelbagai
168

perkhidmatan termasuk sosial bertujuan untuk membantu individu


dan kelompok masyarakat mencapai kualiti hidup yang memuaskan
(Friedlander, 1968; Haris, 2010; Khairiah, 2019). Keadaan sejahtera
tersebut menurut Khairiah (2019:458) secara tidak langsung memberi
kelebihan dalam menstabilkan ekonomi dan politik negara, selain
dapat terus mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
multietnik di Malaysia.
Sekiranya diperhalusi sebaik mungkin, terdapat polisi dan
dasar negara yang menekankan konsep kesejahteraan termasuk
kesejahteraan bersama (shared prosperity). Misalnya, dasar Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang dilancarkan pada
5 Oktober 2019 (Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, 2019) dan
masih diguna pakai sehingga kini menekankan beberapa prinsip
kesejahteraan bersama iaitu:
(i) Menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat
Malaysia menjelang tahun 2030;
(ii) Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus
membangun secara mampan seiring dengan pengagihan
ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat
pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan; dan
(iii) Memastikan penyatupaduan berlaku dalam kalangan rakyat
pelbagai kaum di Malaysia tanpa prasangka, serta meraikan
kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan
negara bangsa.

Ini bermakna tujuan asas konsep kesejahteraan bersama


ialah pembangunan untuk semua dalam usaha menstrukturkan
ekonomi rakyat di pelbagai peringkat, menangani jurang kekayaan
dan pendapatan dalam usaha menangani ketidaksamaan yang
membelenggu masyarakat (sejak sekian lama), serta usaha membina
semula negara Malaysia secara bersama agar semakin maju dan
kembali disegani di peringkat antarabangsa.

9.3.3 Matlamat Pembangunan Lestari dan Kesejahteraan Bersama

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat difahami bahawa pembangunan


lestari dan kesejahteraan bersama dalam kalangan masyarakat di
Malaysia boleh dibina dan direalisasikan secara nyata. Ini kerana
169

prinsip asas terhadap pembangunan lestari dan kesejahteraan bersama


berkait rapat dengan matlamat asal penubuhan Malaysia iaitu
penggabungan kaum yang pelbagai (Melayu, Cina, India, Bumiputera
Sabah dan Sarawak) - yang perlu dipelihara dan dikekalkan
keasliannya, serta ditambah baik dari masa ke masa (berdasarkan
keperluan semasa dan kepentingan bersama antara setiap kaum).
Daripada prinsip asas tersebut, jelas bahawa kedua-dua konsep
tersebut amat penting untuk difahami oleh semua masyarakat di
satu sisi, manakala di satu sisi yang lain amat signifikan untuk
diterokai dari masa ke masa. Ini kerana kedua-dua konsep tersebut
mempunyai matlamat tersendiri khususnya terhadap pembangunan
dan penyatupaduan kaum di Malaysia, serta kemajuan negara di
persada antarabangsa amnya.
Jika ditelusuri sebaik mungkin dapat difahami bahawa matlamat
utama pembangunan lestari dan kesejahteraan bersama dalam
kerangka Malaysia dikemukakan berasaskan beberapa aspek berikut.
(i) Membina kesejahteraan bersama dalam kalangan masyarakat
Malaysia
(ii) Mencapai kemajuan secara bersama antara kaum di Malaysia
(iii) Mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek dan bidang
seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik antara kaum
sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak
(iv) Merealisasikan proses penyatupaduan, kesepaduan dan perpaduan
dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini,
seterusnya menjadi contoh ulung bagi bangsa-bangsa lain di dunia
(v) Membina masyarakat yang beretika dan beradab pada semua
peringkat masyarakat tanpa mengira warna kulit, anutan agama
serta kepercayaan

9.4 KELANGSUNGAN KELESTARIAN


NEGARA MELALUI ETIKA DAN
PERADABAN

Apakah yang dimaksudkan sebagai kelangsungan kelestarian, dan


bagaimana kelangsungan kelestarian di Malaysia boleh dilakukan
melalui etika dan peradaban. Dalam konteks ini, kelangsungan
170

kelestarian merupakan suatu proses mengekalkan keadaan semula


jadi serta menambah baik pembangunan sedia ada dengan cara yang
seimbang. Cara seimbang dimaksudkan ialah penggunaan sumber
(seperti air dan elektrik) yang terkawal, arah pelaburan yang sah di
sisi undang-undang negara, orientasi pembangunan teknologi dan
perubahan institusi adalah secara harmoni, selain meningkatkan
potensi masa kini dan masa depan dalam usaha memenuhi keperluan
dan aspirasi manusia zaman berzaman.
Cara seimbang di atas juga merupakan kaedah atau tatacara
untuk memastikan berlakunya kelangsungan kelestarian di Malaysia
berasaskan etika dan peradaban. Tatacara yang diimplementasikan
oleh masyarakat perlu menitikberatkan prinsip etika dan peradaban
secara seiring dan bersama yang boleh diperkasakan melalui ilmu
pengetahuan dan pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan
jitu (Wan Mohd Nor, 2019), serta disampaikan melalui medium
pendidikan ke setiap lapisan masyarakat.
Sesungguhnya kelangsungan kelestarian etika dan peradaban di
Malaysia amat penting untuk dipelihara. Ini kerana kegagalan dalam
memastikan kelestarian etika dan peradaban yang sebenar boleh
menjejaskan keadaan masyarakat pelbagai kaum. Selain mengganggu
proses kesejahteraan bersama antara kaum, serta menggugat
keselamatan, keamanan, ketenangan dan kesenangan hidup yang telah
dinikmati masyarakat Malaysia dari generasi ke generasi sebelum
merdeka sehingga ke hari ini.

9.5 MENGHARMONIKAN PENGALAMAN


NEGARADANANTARABANGSA
Seterusnya, perbincangan berfokus kepada cara Malaysia
sebagai sebuah negara sama ada di peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa berusaha menguruskan kepelbagaian masyarakat serta
sumber yang ada di bumi Malaysia. Ini kerana Malaysia diiktiraf
sebagai sebuah negara contoh oleh kebanyakan negara dalam
mengurus dan mengharmonikan kepelbagaian khususnya dalam
mengurus pelbagai isu atau permasalahan berkaitan penyatupaduan,
kesepaduan, perpaduan serta pengekalan keharmonian dalam
kalangan masyarakat multietnik.
171

Waiau bagaimanapun harus diakui pengalaman Malaysia sejak


merdekapadatahun 1957 sehinggasekarangbukanlahsuatupengalaman
yang mudah apatah lagi senang dalam mengurus kepelbagaian dan
perbezaan yang sedia wujud ini. Ini kerana masyarakat Malaysia
kadangkala berdepan dengan pelbagai isu sensitif yang ditimbulkan
oleh pihak tertentu (sama ada untuk kepentingan peribadi atau politik)
yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian sedia ada.
Misalnya, perbezaan dan kepelbagaian agama di Malaysia
sering dijadikan isu oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan
pelbagai pertikaian, pergaduhan dan perselisihan faham antara kaum.
Keadaan ini mendapat perhatian serius dalam kalangan pemikir negara
seperti Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Beliau ada mengingatkan
bahawa perbezaan agama yang ada perlu difahami serta dihormati
semua pihak. Syed Muhammad Naquib (1972) berhujah bahawa:

"Keadaan bertumpunya agama-agama agung di dunia ini


di Malaysia janganlah hendaknya kita anggap sebagai
satu kelemahan besar, satu sumber bibit perceraian
masyarakat kita; kita harus menganggapnya sebagai
suatu keistimewaan dan kebesaran kita di dunia".

Justeru, dalam usaha mendepani cabaran kelestarian


berasaskan etika dan peradaban beridentitikan Malaysia, antara
yang boleh dilakukan/dilaksanakan oleh pihak kerajaan serta pihak
bertanggungjawab yang lain seperti golongan NGO dan institusi
swasta berkaitan ialah seperti huraian ringkas berikut.
Pertama, memberi dan membuka ruang kepada sesi dialog yang
sihat seperti dialog antara agama, dialog antara budaya, atau berkaitan
dengannya. Tujuan dialog seumpama itu ialah untuk mengurangkan
prasangka serta prejudis dalam kalangan masyarakat. Selain untuk
memupuk semangat perpaduan, kebersamaan serta kekitaan dalam
kalangan masyarakat. Perbincangan melalui sesi dialog tersebut
juga dapat meneruskan kesinambungan hubungan etnik, perpaduan,
keharmonian, sifat tolak ansur, hormat menghormati, serta
menghindarkan kon:flik (pertikaman lidah atau pertumpahan darah)
berlaku dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
172

Kedua, mengadakan sesi wacana bersifat akademik seperti


seminar, bengkel atau debat di pelbagai peringkat masyarakat, sama
ada di sekolah, universiti, mahupun di peringkat pentadbiran. Wacana
tersebut bertujuan meningkatkan interaksi positif dalam kalangan
masyarakat, selain membina kefahaman mengenai nilai agama
mahupun kepercayaan yang ada untuk membantu menangani isu
sejagat yang menggugat ketenteraman dan keharmonian masyarakat
Malaysia khasnya dan manusia keseluruhannya amnya.

9.6 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapat difahami bahawa cabaran utama negara


dalam konteks semasa terutamanya dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia ialah usaha untuk mempertahankan
kelangsungan kelestarian etika dan peradaban berteraskan kerangka
Malaysia. Cabaran tersebut merangkumi defisit sosial, isu seputar
masalah tadbir urus dan pembangunan, masalah ekonomi seperti
black economy, serta isu rasuah yang terus berlaku di pelbagai
peringkat masyarakat akibat daripada perubahan persekitaran yang
terlalu mendadak dan kadangkala di luar daripada kawalan.
Untuk itu, semua pihak termasuk pihak kerajaan, swasta
mahupun NGO digalakkan bekerjasama untuk memberikan
pendidikan secara berterusan kepada masyarakat. Pendidikan yang
bermula di peringkat masyarakat ini bertujuan untuk menggalakkan
mereka berani menyuarakan cadangan, idea, mahupun masalah
semasa yang berlaku di akar umbi - dalam usaha menangani setiap
cabaran kelestarian dalam etika dan peradaban.
Keadaan m1 menuntut pihak kerajaan serta pihak
bertanggungjawab lainnya terus berusaha mengetengahkan pelbagai
polisi dan dasar berkaitan agar konsep dan pembangunan kelestarian
dapat diimplementasikan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Tujuan dan matlamat setiap dasar yang diperkenalkan ialah untuk
menangani setiap cabaran semasa dengan efektif lagi efisien, serta
berusaha menggembleng tenaga secara bersama dalam memastikan
prinsip dan nilai etika dan peradaban dapat diterapkan seterusnya
dibudayakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.
173

Pada akhimya, semua pihak perlu mempunyai kesedaran dan


mengamalkan tingkah laku beretika dan beradab supaya Malaysia
dapat terus dibangunkan berasaskan prinsip kelestarian, pembangunan
lestari dan kesejahteraan bersama. Sekiranya masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam
ini mengamalkan nilai etika dan adab sopan dalam kehidupan mereka,
pastinya memberi nilai tambah kepada imej negara di persada
antarabangsa serta dihormati lagi disegani oleh bangsa lain di dunia.
BAB10

ISU INTEGRITI DAN RASUAH DARI


PERSPEKTIF PERUNDANGAN DAN
PENGUATKUASAAN DI MALAYSIA

BASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bah ini, pelajar akan dapat:


1. Meneliti konsep integriti dan rasuah dari perspektif
perundangan dan penguatkuasaan di Malaysia.
2. Menganalisis punca, simptom dan kesan rasuah kepada
masyarakat di Malaysia.
3. Menganalisis peranan pihak penguatkuasaan di Malaysia
dalam menangani masalah integriti seperti rasuah.

10.1 PENGENALAN

Pada bah ini, fokus perbincangan bertumpu kepada isu integriti dan
masalah rasuah yang berlaku dalam pelbagai lapisan masyarakat di
Malaysia. Walaupun ada perbincangan ringkas berkenaan integriti
(Bab 8) dan rasuah (Bab 9), namun dalam bah ini kupasan berkenaan
dua isu tersebut diperhalusi dari perspektif perundangan dan
penguatkuasaan di Malaysia. Tujuannya ialah para pelajar mendapat
pendedahan mendalam berkenaan isu tersebut agar keperibadian diri
berasaskan etika dan peradaban Timur dapat terus dipelihara dari
masa ke masa demi kegemilangan masa depan bangsa dan negara.
Justeru, penelitian terhadap isu integriti dan rasuah di Malaysia
diperhalusi dengan sebaiknya. Penelitian dua isu berkenaan bertitik
tolak daripada keadaan semasa negara yang semakin menggusarkan
ramai pihak kerana isu tidak bermoral membabitkan masyarakat di
Malaysia berlaku di pelbagai sektor pekerjaan termasuk penjawat
awam, komuniti kejiranan serta pentadbiran keagamaan negeri.
Dalam usaha merungkai permasalahan berkenaan, bah ini akan
175

meneliti konsep integriti dan rasuah dalam konteks penguatkuasaan


dan perundangan, dan menganalisis punca, simptom serta kesan
rasuah terhadap masyarakat di Malaysia. Selain turut menganalisis
peranan dan inisiatif kerajaan membendung seterusnya mencegah
rasuah daripada terus berleluasa di Malaysia.

10.2 INTEGRITI LAWAN RASUAH

Integriti dan rasuah merupakan suatu bentuk tingkah laku atau


perbuatan seseorang yang mempunyai suatu tujuan atau matlamat
yang ingin diperoleh oleh mereka yang melakukan perbuatan
tersebut. Integriti ialah perbuatan baik yang menjadi pegangan
manusia beradab dan bertamadun. Manakala rasuah adalah perbuatan
keji yang menyebabkan manusia tersebut menjadi perosak-peruntuh
kepada peradaban dan ketamadunannya. Apakah makna sebenar
kepada integriti dan rasuah? Apakah perbezaan antara kedua-duanya
yang perlu difahami dengan sebaiknya oleh rakyat di Malaysia?

10.2.1 Konsep Integriti

Apabila menelusuri konsep integriti, ianya dapat difahami sebagai


kejujuran, atau suatu keadaan yang sempuma dan utuh. Kejujuran
merangkumi amanah dari sudut tingkah laku, percakapan dan
pemikiran. Keadaan yang sempuma pula merujuk kepada suatu
perbuatan atau tingkah laku baik yang dilakukan seseorang (Syed
Muhammad Naquib, 2001) dalam menjalani kehidupannya sebagai
entiti masyarakat serta warga bagi negaranya sendiri.
Elemen kejujuran dan kesempumaan tersebut bertitik tolak
daripada dalaman seseorang-bermula denganniat sebelum melakukan
sesuatu perbuatan atau tindakan atau tingkah laku. Dalam konteks ini,
niat tersebut perlu disertai dengan keikhlasan dan kesedaran mendalam
(Mohamad Fauzi, Amirah Nadiah, Mohamad Husni & Mohamad
Azwan, 2019; Taufik, Mohd Syuja, Norazilah & Ira Meilita, 2018;
Mohd Nasir, 2010) sebelum bertindak atau bertingkah laku, sama
ada memenuhi tuntutan kerja sebagai seorang hamba (solat, berdoa),
mahupun melunaskan setiap kerja yang diamanahkan sebagai seorang
penjawat awam ataupun pekerja swasta.
Ini bermakna, integriti merupakan elemen utama untuk menjadi
seorang manusia beretika. Asasnya ialah integriti dibina bertujuan
untuk memastikan seseorang menjalankan tanggungjawabnya (dalam
keseluruhan aspek kehidupannya) dengan penuh amanah, jujur,
telus dan ikhlas (Syed Muhammad Naquib, 2015). Tanggungjawab
tersebut selaras dengan peringatan daripada Allah SWT dalam Surah
al-Taubah ayat 105 yang menuntut supaya umat manusia bekerja
dengan bersungguh-sungguh kerana setiap pekerjaan yang dilakukan
akan dinilai di sisi Sang Maha Pencipta. Daripada setiap pekerjaan
yang dilaksanakan dapat menggambarkan nilai integriti seseorang
sama ada sebagai seorang individu, ahli sesebuah organisasi-institusi,
komuniti masyarakat, mahupun entiti kepada bangsa dan negaranya.
Namun persoalannya, apakah status integriti masyarakat di
Malaysia? Jika diperhalusi keadaan semasa negara sejak kebelakangan
ini, isu melibatkan integriti masyarakat Malaysia semakin
menggusarkan banyak pihak. Ini kerana ramai yang terlibat dengan
pelbagai kesalahan jenayah (seperti memberi dan menerima rasuah,
membunuh, menyalahgunakan kuasa atau kedudukan), perbuatan
tidak beretika serta tidak bermoral (seperti menipu, tidak menepati
janji), selain semakin hilang identiti diri sebagai masyarakat Timur
kerana tuntutan sekular-materialistik di peringkat global.
Secara asasnya, konsep integriti berlawanan dengan konsep
tidak beretika atau tidak bermoral seperti rasuah. Persoalannya,
apakah maksud sebenar rasuah, dan kenapa rasuah dikategorikan
sebagai perbuatan tidak beretika? Persoalan tersebut akan dihuraikan
secara tuntas pada penjelasan berikutnya.

10.2.2 Konsep Rasuah

Rasuah merujuk kepada suatu perbuatan tidak beretika berupa


pemberian wang atau hadiah kepada seseorang bertujuan untuk
menyuap atau menyogoknya (Syed Muhammad Naquib, 2015).
Perbuatan menyuap atau menyogok ini merupakan suatu halangan
terbesar kepada seseorang untuk menjadi manusia beretika dan
mencapai integriti diri. Perbuatan tersebut ditegaskan olehAllah SWT
dalam ayat 188, Surah al-Baqarah yang bermaksud:
177

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta


(orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang
salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta
kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana
hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari
harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahui (salahnya)."

(Surah al-Baqarah 2: 188)

Peringatan tersebut jelas melarang sesiapa sahaja daripada


memakan atau mengambil harta orang lain dengan cara yang salah
(sama ada mencuri, menipu, memanipulasi, menyalahgunakan kuasa
atau kedudukan). Malahan tegahanNya turut merangkumi sesuatu
perbuatan memberi atau menerima suapan sama ada berbentuk duit,
harta atau jawatan (yang bukan hak sebenar seseorang individu).
Larangan dan tegahan Allah SWT tersebut menjelaskan bahawa setiap
perbuatan tersebut adalah berdosa di sisi agama, selain merupakan
suatu jenayah di sisi perundangan.
Selain itu, rasuah merupakan perbuatan tidak berintegriti iaitu
suatu perbuatan buruk dan berlawanan dengan sifat dan sikap baik. Ini
kerana rasuah merupakan perbuatan yang sememangnya melanggar
prinsip dan nilai etika-adab sebagai seorang manusia berperadaban.
Pelanggaran nilai tersebut berasaskan kesan rasuah (untuk jangka masa
panjang) menjadi batu penghalang kepada seseorang mengamalkan
sikap baik lagi berintegriti, selain boleh menyebabkan peradaban
bangsa dan negaranya runtuh dan musnah sama sekali dalam sejarah
ketamadunan manusia.

10.3 RASUAH DALAM KONTEKS


PERUNDANGAN DAN
PENGUATKUASAAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab


sepenuhnya untuk mengurus dan mengendalikan kes membabitkan
jenayah rasuah dipikul oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
178

Malaysia (SPRM). SPRM dijenamakan pada 2009 yang mana


sebelum itu badan penguatkuasaan ini dikenali sebagai Badan
Pencegahan Rasuah (BPR) (Zulkanain, Ahmad Kamal Ariffin & Noor
Ain, 2017). Penjenamaan daripada BPR kepada SPRM bertujuan
untuk memperkasakan badan penguatkuasaan rasuah ini agar
berkeupayaan mengendalikan pelbagai isu dan kes rasuah di seluruh
Malaysia, seterusnya mendidik masyarakat Malaysia membenci dan
menghindari rasuah (SPRM, 2013a).
Konsep rasuah berasaskan penelitian SPRM merujuk kepada
suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu suapan
yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi
melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang
tugas seseorang itu. Suapan dalam pelbagai bentuk tersebut bertujuan
untuk memperoleh sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak
pihak lain (Mohamad Fauzi et al., 2019). Sebagai contoh, seorang
kontraktor memberikan hadiah berbentuk jam tangan berharga kepada
seorang pegawai kerajaan bagi meluluskan projek kepada syarikatnya
(Mohamad Tarmize & Theenmoly, 2013).
Daripada konsep rasuah tersebut, pihak SPRM telah
mengklasifikasikanjenis kesalahan rasuah mengikutAkta Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) seperti penjelasan ringkas berikut:

a. Meminta atau menerima rasuah

Kesalahan ini melibatkan orang perseorangan atau ej en yang meminta


atau menerima suapan (rasuah) sebagai balasan untuk melakukan atau
tidak melakukan sesuatu perkara. Berdasarkan kes rasuah jenayah
yang dikendalikan SPRM, contoh kesalahan tersebut boleh difahami
apabila seseorang mempunyai kedudukan tinggi dalam organisasi
kerajaan dan mempunyai kuasa untuk meluluskan atau sebaliknya
sesuatu projek di bawah pentadbirannya.
Misalnya, seorang YDP Majlis Perbandaran didapati bersalah
kerana meminta dan menerima rasuah sebanyak RM385,000.00
berserta satu set golf bemilai RM2500.00 daripada kontraktor A.
Beliau telah menjanjikan kelulusan dan membantu melicinkan projek
pembangunan perumahan yang ingin diperoleh oleh kontraktor A
179

berkenaan. YDP tersebut telah didapati bersalah kerana kesalahan


rasuah tersebut dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan
denda berjumlah RMl .945 juta (Mohamad Tarmize & Theenmoly,
2013).

b. Menawar atau memberi rasuah

Jenis kesalahan rasuah kedua ini merujuk kepada tindakan memberi


suapan. Ia merujuk kepada mana-mana orang menawar atau memberi
rasuah kepada seorang ejen atau pegawai awam sebagai balasan
untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan hal
ehwal (yang berkaitan dengan bidang tugas) ejen atau pegawai awam
tersebut.
Perbuatan menawar atau memberi rasuah ini boleh difahami
berasaskan kes berikut. Kontraktor A memberi suapan sebanyak
RM1500.00 kepada seorang Pegawai Pengurusan Perhutanan untuk
mempercepatkan proses permohonan 'Permit To Enter Coupe'.
Kontraktor tersebut didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman
penjara selama lapan bulan dan dengan sebanyak RM25,000.00
(SPRM, 2018).

c. Mengemukakan tuntutan palsu

Kesalahan ini merujuk suatu tindakan mana-mana individu


mengemukakan dokumen tuntutan (misalnya pesanan kerajaan, resit
dan invois) yang mempunyai butiran atau maklumat palsu dengan
niat untuk memperdayakan prinsipalnya sama ada pejabat atau pihak
majikannya. Kesalahan bagi kes ini didakwa di bawah Seksyen 18
ASPRM2009.
Kes yang pemah dikendalikan oleh SPRM berkenaan tuntutan
palsu ini melibatkan kakitangan universiti awam mahupun swasta di
Malaysia. Misalnya kes melibatkan seorang dekan dari salah sebuah
universiti awam yang didakwa membuat perakuan palsu berkenaan
penerimaan barangan sukan bertarikh 24 Mac 1999. Beliau telah
memperakui bahawa peralatan sukan diterima dalam keadaan
memuaskan sedangkan ianya tidak dibekalkan kepada jabatannya.
Bekas dekan berkenaan didapati bersalah terhadap tuduhan
180

memperakui mv01s pembekalan peralatan sukan palsu bemilai


RM138,600.00 pada sekitar tahun 1999. Beliau dijatuhkan hukuman
penjara selama setahun dan denda sebanyak RMI0,000.00.

d. Menyalahgunakan jawatan atau kedudukan oleh/sebagai


penjawat awam

Kesalahan rasuah ini melibatkan seorang pegawai badan awam


(misalnya) menggunakan kedudukannya dalam memutuskan sesuatu
keputusan atau mengambil sebarang tindakan berhubung dengan
sesuatu perkara - yang mana dia sendiri, atau saudara maranya, atau
sekutunya mempunyai kepentingan terhadap keputusan atau tindakan
tersebut. Ini merupakan kesalahan kerana pegawai berkenaan sudah
menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang penjawat awam.
Kesalahan ini didakwa di bawah Seksyen 23 ASPRM 2009 (SPRM,
2018).
Kes penyalahgunaan jawatan atau kedudukan misalnya
melibatkan seorang berjawatan Timbalan Pengarah sebuah jabatan
kerajaan telah menyalahgunakan kedudukannya dengan memberikan
dua projek pembekalan cenderamata bemilai RM18,000.00 dan
RM40,000.00 kepada sebuah syarikat dikenali sebagai MT Resources
Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh suaminya sendiri. Kes tersebut
dibicarakan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur sekitar tahun 2008.
Penelitian berkenaan rasuah dalam konteks perundangan di atas
berserta kes-kes yang dikendalikan oleh pihak SPRM menjelaskan
bahawa rasuah merupakan suatu kesalahan jenayah yang sangat
serius. Ini kerana jenayah ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat
termasuk mereka yang memegang jawatan utama dalam organisasi
atau jabatan kerajaan. Persoalannya, apakah punca sebenar yang
menyebabkan rasuah berlaku dalam kalangan masyarakat tanpa
mengira wama kulit, kepercayaan agama mahupun status sosial
seseorang? Bagaimana gejala rasuah ini dapat dikenal pasti, dan
bagaimana pula rasuah memberi impak atau kesan kepada pembinaan
masyarakat Malaysia sebagai sebuah masyarakat berperadaban
khasnya dan dunia amnya? Persoalan tersebut diperhalusi dan
diperjelaskan secara tuntas pada perbincangan subtopik berikut.
181

10.4 PONCA, SIMPTOM DAN KESAN


RASUAH

Selanjutnya ialah perbincangan berfokus kepada punca, simptom


dan kesan daripada jenayah rasuah (Mohamad Tarmize, 2020). Tiga
elemen tersebut perlu diperhalusi serta difahami oleh masyarakat
khususnya pelajar universiti (Anis & Zarina, 2017) agar rasuah ini
dapat dihindari dan diperangi secara berhabis-habisan oleh mereka,
selain tidak dijadikan sebagai suatu amalan dalam kehidupan seharian.

10.4.1 Ponca Rasuah

Apabila diperhalusi punca utama berlakunya rasuah di Malaysia


berdasarkan hasil kajian SPRM, institusi integriti serta ahli akademik
yang meneliti sikap integriti masyarakat dapat difahami berasaskan
huraian rinci berikut.

a. Mempunyai gaya hidup di luar kemampuan

Gaya hidup di sini merujuk kepada cara hidup mewah atau berlebih-
lebihan melebihi kemampuan diri seseorang. Ia merangkumi keinginan
untuk memiliki sesuatu yang mewah, eksklusif, berjenama serta mahal
nilainya berbentuk rumah, kereta, jam tangan, pakaian, beg tangan,
serta peralatan teknologi (telefon, komputer riba dan komputer). Gaya
hidup serta keinginan hidup mewah tersebut dianggap sebagai punca
rasuah kerana seseorang cuba mendapatkan sesuatu yang diingininya
di luar daripada kemampuan kewangan dirinya ataupun keluarganya.

b. Sikap tamak dan haloba

Za'ba (2008) pemah menasihati dalam bait pantunnya tentang bahana


tamak haloba seumpama "dalam semak pokok kelubi, ayam kuning
membuat sarang, orang tamak selalu rugi, semacam anjing merebut
bayang". Walaupun orang tamak selalu rugi namun mereka yang
terlibat dengan rasuah ini sudah dikaburi dengan sejumlah harta atau
wang yang banyak sehingga sanggup mengambilnya walaupun secara
182

salah, tidak sah dan melanggar undang-undang. Peringatan berkenaan


orang tamak haloba ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah al-
Fajr, ayat 20 seumpama orang yang terlalu mengasihi harta iaitu
secara berlebih-lebihan -yang mana keadaan berlebih-lebihan boleh
mendorongnya terjebak dengan jenayah rasuah.

c. Wujudnya ruang dan peluang untuk melakukan


perbuatan rasuah

Salah satu punca utama rasuah ialah wujud ruang untuk seseorang
memberi atau menerima suapan. Ruang di sini merujuk kepada
jawatan yang dipegang seseorang dalam sesebuah organisasi, misalnya
mereka yang mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu keputusan
tentang pemerolehan atau kelulusan tender, sebut harga dan projek.
Peluang pula difahami sebagai suatu keadaan yang membolehkannya
terdedah dengan rasuah. Misalnya, pegawai penguat kuasa yang
bertanggungjawab mengeluarkan saman kepada pesalah jalan raya
tetapi disogok dengan duit oleh pesalah berkenaan supaya dirinya
tidak di saman atau perlu membayar saman. Peluang rasuah oleh
penguat kuasa terlibat berlaku sekiranya tiada pemantauan daripada
pihak lain terutamanya pihak atasan ketika seseorang penguat kuasa
itu sedang bertugas.

d. Tahap integriti yang rendah dalam kalangan pegawai


terlibat

Apabila nilai integriti semakin rendah dalam diri seseorang akan


menyebabkan dia mudah menerima sebarang bentuk suapan atau
sogokan daripada pihak lain. Nilai integriti rendah ialah mereka sudah
memiliki nilai yang bertentangan dengan etika seperti pecah amanah,
mengingkari janji, berbohong, suka bertangguh ketika bekerja, dan
tergopoh gapah (dalam membuat keputusan). Sikap tidak berintegriti
ini sebenamya menjadi asas kepada para pegawai di sektor kerajaan
mahupun swasta terlibat dengan rasuah sama ada mereka yang
menjadi pemberi atau penerima rasuah.
183

e. Kurangnya didikan agama dan penerapan nilai-nilai


murni

Agama merupakan ilmu asas yang perlu dipelajari oleh semua


manusia. Jika tiada ilmu agama maka akan tempang hidupnya
kerana asas sebagai manusia tidak difahami dan dihayati dengan
sebaiknya. Keadaan ini turut menggambarkan bahawa kekurangan
atau ketiadaan ilmu agama boleh menjadi salah satu punca seseorang
terjebak dengan rasuah. Ini kerana ilmu halal atau haram, betul
atau salah, boleh atau tidak boleh, berdosa atau tidak berdosa yang
tidak dipelajarinya (dengan mendalam) menyebabkan dia sukar
untuk melakukan pertimbangan kritis sebelum, semasa atau selepas
melakukan sebarang bentuk transaksi rasuah.

10.4.2 Simptom Rasuah

Simptom dapat difahami sebagai petanda, alamat, signal atau tanda-


tanda (Ainon & Abdullah, 2011) berlakunya sesuatu sama ada
keadaan, perbuatan ataupun tingkah laku seseorang. Dalam konteks
simptom atau tanda-tanda rasuah dapat dikenal pasti berasaskan
kriteria berikut:

a. Perubahan gaya hidup mewah yang mendadak

Memiliki harta benda dan wang ringgit melebihi gaji bulanan seperti
memiliki kereta mewah (misalnya BMW, Mercedes, Lamborghini)
dan tinggal di rumah mewah (contohnya banglo dua tingkat, semi-d
dua tingkat) walaupun bekerja sebagai kerani gred 17 di sebuah
institusi kerajaan. Ini kerana, gaji asas seorang kerani tidak melebihi
RM5000.00 sebulan yang tidak memungkinkan seseorang itu
mampu berkereta mewah apatah lagi memiliki sebuah rumah mewah.
Jadi apabila seorang kerani mampu memakai kereta mewah dan
tinggal di rumah mewah (melebihi kemampuan bulanannya) memberi
suatu gambaran dia berkemungkinan besar terlibat dengan jenayah
rasuah.
184

b. Kegagalan menjelaskan punca perolehan harta

Menjadi salah satu simptom rasuah kerana terdapat unsur penipuan


dalam usaha menyembunyikan nilai hartanya yang sebenar. Ini kerana
terdapat wang atau harta yang diperolehnya melalui cara yang tidak
sah di sisi perundangan dan haram di sisi agama Islam.

c. Enggan dinaikkan pangkat atau ditukarkan

Keadaan ini dianggap sebagai simptom kerana seseorang pekerja atau


pegawai itu mempunyai jawatan dan kepentingan untuk menjalankan
transaksi rasuah. Mereka ini sudah mempunyai lubuk mendapatkan
duit kopi/bonus harian/wang tepi/duit poket (secara tidak sah) tanpa
diketahui oleh pegawai lain mahupun pihak atasan. Ini menyebabkan
mereka ini selesa bekerja dengan gred sedia ada kerana duit tambahan
tetap diperoleh. Apabila mereka ditawarkan kenaikan pangkat atau
bertukar ke bahagian lain, mereka selalunya enggan menerima
tawaran tersebut kerana takut kegiatan rasuah mereka diketahui atau
tiada lagi wang tepi yang diterima kelak.

d. Panggilan telefon yang mencurigakan

Keadaan ini boleh difahami apabila seseorang pekerja atau pegawai


itu menerima panggilan telefon yang tidak sepatutnya diterima
dan dilayan olehnya terutamanya apabila membabitkan sebarang
bentuk urusan di luar daripada saluran rasmi. Misalnya, menjawab
panggilan telefon daripada para pembida tender, ataupun pelanggan
berkepentingan untuk mendapatkan projek daripada pihak kerajaan.
Sekiranya dilayan panggilan telefon tersebut, pekerja atau pegawai
tersebut terdedah dengan sebarang bentuk transaksi rasuah.

e. Suka menghabiskan wang dengan berjudi

Apabila seorang pekerja atau pegawai itu sering menghabiskan masa


lapangnya untuk berjudi boleh menyebabkannya kehilangan duit
yang banyak. Keadaan ini menyebabkan dia mudah untuk menerima
sebarang bentuk suapan atau sogokan kerana desakan kewangan
185

akibat suka berjudi. Di satu sisi lain, orang yang suka berjudi juga
berkemungkinan besar menerima rasuah kerana mempunyai duit
poket tambahan untuk dihabiskannya di meja judi.

f. Peletakan jawatan secara tiba-tiba

Keadaan ini berlaku apabila seseorang pekerja atau pegawai telah


ditawarkan sejumlah wang suapan atau sogokan yang banyak dan
dapat menampung kehidupannya dalam jangka masa panjang. Ini
menyebabkan beliau meletakkan jawatan secara tiba-tiba kerana tidak
mahu lagi dibebani kerja-kerjanya sebelum ini. Selain itu, terdapat
situasi seorang pekerja atau pegawai meletakjawatan kerana kegiatan
rasuahnya sudah dapat dihidu oleh rakan sekerja ataupun pihak
atasannya.

g. Perhubungan terlalu rapat dengan pelanggan syarikat


atau jabatan

Keadaan ini dapat digambarkan berdasarkan kedudukan dan jawatan


seseorang pegawai yang mempunyai kuasa untuk meluluskan
atau membatalkan sesuatu permohonan seperti projek kerajaan,
tender, serta sebut harga. Jawatannya sebagai pembuat keputusan
menyebabkan dia menjalinkan hubungan yang sangat rapat dengan
para pelanggan syarikat atau jabatannya. Perhubungan rapat tersebut
dijadikan sebagai alasan untuk mendapatkan atau menerima sesuatu
secara tidak sah demi kepentingan diri sendiri seperti wang ringgit,
hadiah ataupun perkhidmatan (termasuk perkhidmatan seks).

10.4.3 Kesan Rasuah

Selanjutnya ialah penelitian tentang kesan daripada rasuah. Jenayah


rasuah jelas memberi kesan negatif sama ada dalam jangka masa
pendek atau panjang kepada pembinaan bangsa beretika dan
berperadaban. Kesan tersebut dapat diperhalusi dari sudut individu,
sistem kekeluargaan, sistem organisasi, serta sistem pentadbiran
negara.
186

(i) Individu - mengakibatkan hilangnya nilai integriti sehingga


mewujudkan individu yang rendah atau buruk akhlaknya, tidak
amanah dalam bekerja, dan mudah terdorong untuk melakukan
perbuatan tidak beretika. Ini kerana individu berkenaan
mengumpul wang dan harta kekayaan secara tidak halal dari
sudut agama dan tidak sah dari sudut perundangan.
(ii) Sistem kekeluargaan meruntuhkan sebuah ikatan
kekeluargaan kerana ada dalam kalangan mereka yang terlibat
dengan jenayah rasuah dipenjarakan, sehingga menyebabkan
keluarganya terkena tempias tohmahan orang sekeliling.
(iii) Organisasi - pentadbiran dan kepimpinan dalam organisasi
berkenaan diurus oleh mereka yang tidak kompeten dan tidak
cekap sehingga boleh menyebabkan organisasi tersebut rosak
dan runtuh atau hancur sama sekali. Ini kerana ketua yang
memimpin organisasi berkenaan ialah seorang yang tidak
amanah dan tiada integriti.
(iv) Pentadbiran negara - berada pada tahap kehancuran kerana
dikelilingi dengan pemimpin yang tidak amanah dan
mengamalkan rasuah secara terbuka. Pemimpin sebegini
akan mudah menjual beli keselamatan negara, memanipulasi
hukum-hakam agama, serta merosakkan keharmonian antara
kaum di Malaysia - kerana kepentingan diri dan keluarga
mereka mengatasi segalanya melebihi amanah negara, agama
mahupun masyarakatnya. Di satu sisi yang lain masyarakat
negara luar juga tidak lagi menghormati Malaysia sebagai
sebuah negara berperadaban kerana keruntuhan moral para
pemimpinnya (termasuk masyarakatnya). Keadaan m1
sebenamya boleh memusnahkan dan menjatuhkan masyarakat
Malaysia keseluruhannya secara perlahan-lahan.

Berdasarkan penjelasan punca, simptom dan kesan rasuah di


atas membuktikan bahawa jenayah ini tidak boleh dipandang remeh
oleh mana-mana pihak sekalipun termasuk para pelajar universiti.
Asasnya ialah rasuah merupakan suatu jenayah yang perlu dihukum
pelakunya menggunakan saluran penguatkuasaan dan perundangan.
Namun setiap pihak di Malaysia bermula daripada individu, anggota
masyarakat, pegawai penguat kuasa SPRM, pegawai integriti seluruh
187

kementerian serta organisasi di Malaysia, serta para pemimpin negara


perlu saling bekerjasama dalam usaha membanteras, mencegah dan
menghapuskan jenayah ini daripada terus berleluasa.

10.5 PROSEDUR MEMBUAT LAPORAN


RASUAH,LANGKAHPENCEGAHAN
DAN INISIATIF KERAJAAN

Daripada perbincangan di atas jelas bahawa rasuah memberi


impak negatif kepada pembangunan etika dan peradaban masyarakat
di Malaysia. Justeru pelbagai usaha di peringkat kerajaan untuk terus
memupuk kesedaran serta memberi pendidikan kepada masyarakat
tentang bahayanya rasuah termasuk kepada para pelajar universiti.
Justeru itu, pada bahagian ini huraian berfokus kepada prosedur
standard untuk melaporkan jenayah rasuah, langkah pencegahan
rasuah, serta inisiatif pihak kerajaan untuk membasmi jenayah rasuah
di setiap lapisan masyarakat.

10.5.1 Prosedur Melaporkan Jenayah Rasuah

Sekiranya seseorang menjadi saksi atau mempunyai maklumat


terhadap suatu perbuatan jenayah rasuah yang dilakukan pihak lain,
individu terbabit perlu melaporkannya kepada pihak SPRM sebagai
penguat kuasa berautoriti dalam mengendalikan kes jenayah tersebut.
Saksi atau pemberi maklumat rasuah pada asasnya ialah mereka
yang mempunyai perhubungan secara langsung (atau tidak langsung)
dengan sebarang bentuk penawaran atau perjanjian sesuatu tawaran
atau suapan yang tidak sah dari segi perundangan.
Apabila mereka terlibat gagal melaporkan j enayah rasuah
kepada pihak SPRM, peruntukan undang-undang dalam Seksyen 25
Akta SPRM 2009 menjelaskan bahawa "mana-mana orang yang di
janji, ditawar atau diberi rasuah untuk melakukan sesuatu perkara,
wajib melaporkan kepada SPRM. Jika gagal melaporkan boleh
didenda tidak melebihi RMl 00,000.00 atau penjara tidak lebih 10
tahun atau kedua-duanya sekali". Selain itu "mana-mana orang yang
diminta atau cuba diperoleh (daripada beliau) suapan, maka wajib
188

melaporkan kepada SPRM. Jika gagal melaporkannya boleh didenda


tidak melebihi RMI0,000.00 atau penjara tidak lebih dua tahun atau
kedua-duanya sekali" (Mohamad Tarmize & Theenmoly, 2013:36).
Ini bermakna terdapat dua pihak utama yang akan melaporkan
jenayah rasuah kepada SPRM iaitu pemberi maklumat dan saksi.
Pemberi maklumat diklasifikasikan sebagai mana-mana individu yang
membuat pendedahan tentang sesuatu jenayah rasuah berdasarkan
kepercayaannya yang munasabah. Pemberi maklumat dilindungi di
bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Manakala saksi
pula merujuk kepada orang yang mempunyai pengetahuan langsung
melalui penglihatan, pendengaran dan penglibatannya dalam sesuatu
kelakuan jenayah. Saksi pula akan mendapat perlindungan daripada
pihak SPRM berasaskan peruntukan dalam Akta Perlindungan Saksi
2009 (SPRM, 2013).

Antara prosedur standard melaporkan jenayah rasuah ialah:

Menjadi saksi atau mempunyai suatu maklumat tentang jenayah


rasuah;
(i) Mengumpul bukti sebarang transaksi atau urusan salah laku
rasuah;
(ii) Menghubungi pihak SPRM sama ada secara dalam talian atau
pergi terus ke pejabat SPRM berdekatan;
(iii) Melaporkan kepada pihak SPRM berdasarkan maklumat yang
ada;
(iv) Meminta perlindungan daripada pihak SPRM (sekiranya perlu);
(v) Diberi perlindungan oleh SPRM; dan
(vi) Mendapatkan maklumat status siasatan berkenaan aduan yang
dilaporkan (selepas 28 hari bekerja - status siasatan tersebut
adalah atas permintaan atau permohonan pengadu itu sendiri).

Kepentingan melaporkan rasuah kepada pihak berkuasa


seperti SPRM di satu sisi dapat mendedahkan kes salah laku yang
berlaku, melancarkan prosedur siasatan dan pencegahan oleh pihak
berkuasa, serta memberi maklumat perisikan untuk agensi penguat
kuasa memantau sebarang aktiviti atau kegiatan tidak wajar atau
bertentangan dengan perundangan. Di satu sisi lain, mereka yang
189

berani melaporkan kes rasuah adalah seorang yang memiliki integriti,


berprinsip, berani serta beretika.

10.5.2 Langkah Pencegahan Jenayah Rasuah

Dalam konteks pencegahan rasuah yang dilaksanakan oleh pihak


penguat kuasa terkhas SPRM meliputi usaha mengesan risiko rasuah
dalam amalan, sistem dan prosedur sesebuah organisasi-institusi,
selain memberi khidmat nasihat kepada mereka untuk menutup
sebarang bentuk ruang dan peluang rasuah (SPRM, 2018). Antara
langkah pencegahan SPRM dalam memerangi dan membanteras
jenayah rasuah meliputi beberapa strategi berikut:
(i) Pendidikan masyarakat khususnya di bawah kendalian
Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM) SPRM yang
memainkan peranan penting dalam mendidik dan menerapkan
elemen antirasuah kepada masyarakat pelbagai kaum dengan
melibatkan penyertaan para pelajar sekolah, institusi pengajian
tinggi awam dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
jabatan dan agensi milik kerajaan serta syarikat swasta. SPRM
juga melaksanakan pendekatan (dengan tujuan mendidik)
secara komunikasi bersemuka dengan memberi ceramah,
dialog, seminar, serta pameran antirasuah dan kepentingan
memerangirasuah.
(ii) Pemeriksaan sistem dan prosedur melibatkan Bahagian
Pemeriksaan dan Perundingan SPRM yang bertanggungjawab
membuat pemeriksaan berkaitan perolehan, tadbir urus,
penguatkuasaan, pelesenan dan pengurusan organisasi dan
institusi di Malaysia.
(iii) Pengurusan risiko rasuah merupakan pendekatan yang
dilaksanakan SPRM bagi membantu sektor awam mahupun
swasta untuk mengesan dan menilai risiko rasuah yang wujud
dalam organisasi. Pengurusan risiko ini bertujuan untuk
menutup sebarang ruang atau peluang berlakunya rasuah, salah
guna kuasa dan penyelewengan dalam sesebuah organisasi.
(iv) Pemerkasaan usaha membanteras rasuah berasaskan tema
integriti cemerlang teras kejayaan dilaksanakan oleh Bahagian
Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM. BPIA ini
190

berperanan penting untuk memantau, menyelia dan menyelaras


pelaksanaan fungsi Unit Integriti GLC dan swasta. Pemantauan,
penyeliaan dan penyelarasan tersebut berasaskan enam elemen
teras merangkumi tadbir urus, pengukuhan integriti, pengesanan
dan pengesahan, pengurusan aduan, pematuhan dan tatatertib.
(v) Pemerkasaan integriti di bawah Jawatankuasa Khas Kabinet
Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR). Jawatankuasa m1
memainkan peranan dalam memastikan kerajaan bebas daripada
perlakuan rasuah, salah guna kuasa, dan penyelewengan.
(vi) Pembangunan kajian integriti dengan melaksanakan Kajian
Tahap Rasuah Perkhidmatan Awam (PSCR) yang bertujuan
untuk mengenal pasti isu-isu dan perlakuan rasuah. Tumpuan
kajian tersebut berfokus kepada 25 Kementerian Persekutuan
seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri,
Kementerian Luar Negeri, serta kementerian lain berkaitan.
Selain PSCR, kajian lain turut dilaksanakan iaitu kajian
penarafan risiko rendah (CRR). CRR dilaksanakan di bawah
kendalian Unit Integriti Agensi Awam bertujuan untuk
merangka penarafan risiko agensi awam bagi menetapkan
struktur Unit Integriti yang bersesuaian berasaskan klasifikasi
tinggi, sederhana, atau rendah. Penarafan tersebut melibatkan
926 buah agensi awam yang merangkumi Kementerian
Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan
Negeri, Badan Tidak Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
(vii) Komunikasi dan pengurusan media di bawah kendalian
Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM berperanan
penting menyebarkan berita serta kejayaan yang dilaksanakan
oleh SPRM kepada masyarakat menerusi pelbagai saluran media
seperti media altematif, media cetak dan media elektronik.

Setiap strategi tersebut merupakan suatu bentuk pencegahan


bersifat jangka masa pendek dan panjang yang dilaksanakan oleh
setiap bahagian berkaitan di SPRM dalam usaha memastikan jenayah
rasuah dapat dicegah dan diperangi sehingga ke akar umbi daripada
setiap lapisan masyarakat sehingga kepada golongan pemerintah
negara.
191

10.5.3 Inisiatif Kerajaan Membasmi Jenayah Rasuah

Pihak kerajaan secara serius berusaha membasmi jenayah rasuah di


setiap lapisan masyarakat dengan menggubal dan menguatkuasakan
undang-undang berkaitan. Dari sudut dasar dan polisi perundangan
jenayah rasuah di negara ini bermula seawal tahun 1827 dan terus
diperkasakan selepas negara memperoleh kemerdekaan pada
tahun 1957. Kronologi peralihan undang-undang rasuah selepas
kemerdekaan meliputi akta berikut (SPRM, 2018):
(i) Akta Pencegah Rasuah 1961 (Akta 42)
(ii) Akta Polis 1967 (Akta 41)
(iii) Akta Kastam 1967 (No. 62)
(iv) Ordinan No. 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970
(v) Akta Pencegah Rasuah 1971 (Akta 57)
(vi) Akta Biro Siasatan Negara 1973 (Akta 123)
(vii) Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 (Akta 271)
(viii) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
(ix) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)

Daripada akta perundangan rasuah tersebut, kerajaan terus


memperkasakan dasar integriti negara dengan memperkenalkan Pelan
Integriti Nasional (PIN) pada tahun 2004 (yang kemudiannya diganti
dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP). PIN (atau sekarang
dikenali sebagai NACP) diketengahkan bertujuan untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju berminda kelas pertama
dan jauh daripada rasuah serta perbuatan tidak beretika-bermoral
(Mohamad Tarmize & Jayantha 2013; Zulfikli 2008; PIN, 2004)
berasaskan beberapa objektifberikut:
(i) Memberikan hala tuju dan bimbingan dalam pelbagai sektor
untuk bekerjasama membina masyarakat berintegriti;
(ii) Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama dalam
pelbagai sektor dan lapangan di Malaysia;
(iii) Menggalakkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan
masyarakat Malaysia;
(iv) Mengukuhkan asas moral masyarakat dan negara; dan
(v) Meningkatkan daya saing Malaysia sebagai sebuah negara
beretika dan berperadaban menghadapi pelbagai cabaran
semasa.
192

Selanjutnya, inisiatif kerajaan untuk membasmi jenayah


rasuah serta mengukuhkan integriti warga Malaysia di setiap lapisan
masyarakat ialah dengan melibatkan fungsi tadbir urus pelbagai agensi
berkaitan. Ia merangkumi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) - yang mengurus hal ehwal berkaitan jenayah rasuah dan
salah laku berkaitan rasuah. Selain SPRM, Institut Integriti Malaysia
(UM) pula berfungsi menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan
Pelan Integriti Nasional (PIN) yang kini diganti dengan Pelan
Antirasuah Nasional (NACP) bermula pada Januari 2019. Sebuah lagi
agensi ditubuhkan iaitu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
(EAIC) yang berperanan menangani isu integriti atau salah laku dalam
kalangan penguat kuasa di Malaysia. Penubuhan Unit Integriti turut
dilaksanakan di setiap sektor pekerjaan melibatkan sektor kerajaan,
badan berkanun, serta bahagian kerajaan tempatan bertujuan untuk
mengawal serta menangani salah laku para pegawai di bawah institusi
berkenaan.
Keadaan ini menjelaskan bahawa penubuhan setiap organisasi
atau institusi integriti berkenaan adalah untuk mengukuhkan elemen
integriti dan etika dalam kalangan pekerja atau para pegawainya,
selain turut melibatkan masyarakat Malaysia keseluruhannya - agar
matlamat memperkasakan bangsa Malaysia yang beretika dan beradab
dapat direalisasikan selari dengan perkembangan globalisasi.

10.6 KESIMPULAN

Secara rangkumannya, integriti dan rasuah merupakan perbuatan


yang saling bertentangan antara satu sama lain. Integriti merujuk
kepada perbuatan baik dan beretika yang dituntut untuk diamalkan
kepada para penganut semua agama di dunia. N amun rasuah adalah
perbuatan bertentangan dengan integriti dan dilarang keras oleh
semua aJaran agama.
Dalam konteks etika dan peradaban di Malaysia, integriti
dan rasuah merupakan elemen utama yang menyebabkan maju atau
mundumya Malaysia sebagai sebuah negara berperadaban. Asasnya
ialah apabila semua masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, wama
kulit mahupun kepercayaan agama mengamalkan sikap berintegriti
193

seperti amanah, ikhlas, jujur, transparensi dan segala perbuatan baik


sudah pasti dapat merealisasikan impian negara menjadi sebuah negara
maju pada masa hadapan. Namun keadaan sebaliknya boleh berlaku
sekiranya ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia mengamalkan
jenayah rasuah secara terbuka dan tanpa segan silu kerana sudah pasti
Malaysia akan terus mundur dan menjadi negara miskin (harta, jiwa
dan intelek) di masa akan datang.
Justeru, semua pihak termasuk para pelajar universiti perlu
menggembleng tenaga dengan bersungguh-sungguh untuk memahami
konsep integriti dan rasuah dengan baik dan mendalam, seterusnya
berusaha membendung, mencegah dan membasmi jenayah rasuah
secara berhabis-habisan. Ini kerana kerjasama semua pihak akan
memudahkan malah turut membantu pihak penguat kuasa seperti
SPRM dalam memerangi jenayah rasuah sehingga ke peringkat akar
umbi masyarakat.
Akhimya, integriti perlu diamalkan sebagai seorang manusia
beretika-beradab. Manakala jenayah rasuah perlu dijauhi dengan tegas
dan berprinsip kerana ia merupakan virus yang membunuh nilai etika
dan adab manusia secara senyap dan perlahan. Za'ba ada menitipkan
pesanan bahawa "barang siapa berbuat jasa, mulia namanya segenap
masa", namun sebaliknya "barang siapa berbuat khianat, Tuhan kelak
memberi laknat".
GLOSARI

Akomodasi Melakukan penyesuaian.


Altematif Satu pilihan antara dua kemungkinan.
Amalgamasi Proses sosial yang meleburkan suatu kelompok
budaya yang berbeza sehingga muncul sesuatu
yang baru namun tidak meninggalkan budaya
asalnya.
Animisme Kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai
semangat (roh).
Anjal Mudah berubah menjadi bertambah atau berkurang
mengikut perubahan.
Aplikasi Melaksanakan atau menggunakan pada amalan .
Aristotle Ahli falsafah dan polimatik Yunani semasa zaman
Klasik di Yunani Kuno.
Aspirasi Keinginan yang kuat untuk mencapai, mengadakan
sesuatu, cita-cita.
Autonomi Pemerintahan (pentadbiran, pengurusan) sendiri,
hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dan
sebagainya) sendiri (tanpa penguasaan atau
pengendalian oleh pihak lain).
Daulat Berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan
atau pemerintahan sendiri; negara yang merdeka.
Deontologi Moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas
kesudahannya (hasil/kebaikan yang akan didapati)
kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat
ditentukan hasilnya semasa tindakan/keputusan
tersebut dibuat.
Diskriminasi Perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan,
dan lain-lain.
Dimensi Aspek.
Dinamik Bertenaga dan berkekuatan.
Diplomatik Hubungan antarabangsa.
Dominan Berkuasa atau berpengaruh, mendapat tempat atau
kedudukan yang berkuasa, berpengaruh.
Dominan Berkuasa atau berpengaruh.
Dominasi Menguasai.
Efektif Berkesan.
Entiti Sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang
tersendiri.
Epicueanisme Doktrin dibangunkan oleh Epicurus yang menganggap
keseronokan sebagai prinsip kewujudan manusia.
Etnografi Cabang antropologi yang berkaitan dengan
pemerian saintifik tentang masyarakat manusia.
Evolusi Perkembangan secara beransur-ansur.
Falsafah Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap
sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar
ilmu-ilmu lain.
Globalisasi Proses yang membolehkan sesuatu aktiviti
diperluas ke peringkat antarabangsa.
Hedonisme Pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup.
Hegemoni Pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas
negara-negara lain: pelbagai undang-undang digubal
untuk melengkapkan penjajah terhadap rakyat
peribumi.
Holistik Sesuatu yang bersifat saling berkait antara satu
sama lain sebagai satu sistem bersepadu yang
menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-
aspek tertentu sahaja.
Homogen Seragam, sejenis; sekumpulan orang yang seragam
Ideologi Faham (ajaran) yang dipakai atau yang dicita-
citakan untuk dasar pemerintahan.
Imperialisme Dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan
penguasaannya ke atas sesebuah negara lain.
Integrasi Penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa
kaum.
Kelestarian Keadaan yang tidak berubah atau yang terpelihara
seperti, keaslian.
Kependudukan Segala hal mengenai penduduk (sesuatu tempat,
daerah, negeri, dan lain-lain).
Kesepaduan Perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh.
Kolektif Bersama-sama atau beramai-ramai sebagai suatu
kumpulan dalam melakukan sesuatu.
Kolonialisme Dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan
penguasaannya ke atas sesebuah negara lain.
Komitmen Menunjukkan sokongan dan azam yang sepenuhnya
kepada sesuatu.
Komponen Bahagian yang menjadikan sesuatu lengkap atau
sempuma.
Komposisi Bahagian-bahagian yang terjalin menjadi suatu
yang lengkap.
Komprehensif Luas liputannya dan lengkap.
Konkrit Pasti.
Konsumerisme Sistem melindungi hak dan kepentingan pengguna.
Kontrak Sosial Perjanjian, persetujuan.
Kontroversi Perselisihan atau pertelingkahan pendapat.
Liberal Fahaman bebas.
Mahsul Hasil sesebuah negeri.
Manifestasi Memperlihatkan.
Manipulasi Segala tindakan untuk memperdayakan.
Medium Pengantara.
Metafizik Falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai segala
yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan.
Migrasi Perpindahan penduduk dari sebuah negara atau
tempat ke negara atau tempat lain.
Monopoli penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan,
perdagangan, perkhidmatan.
Mutlak Tidak terbatas (hak, kuasa), tidak bersyarat (tidak
ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia),
lengkap, penuh.
Nomad Berpindah-pindah dari satu tempat ke tempat lain.
Norma Peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan.
Normatif Yang menentukan atau berasaskan peraturan yang
baku atau standard.
198

Paradigm.a Lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang


atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang
dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan,
kemahiran, dan kesedaran yang ada.
Pastor Paderi terutamanya bagi gereja selain Gereja
Katolik, Gereja England dan Gereja Scotland.
Perilaku Tindak-tanduk atau reaksi seseorang terhadap
sesuatu (rangsangan) yang menggambarkan sikapnya
piawa1an Asas (rujukan) untuk penentuan sesuatu.
Plato Ahli falsafah Yunani yang sangat berpengaruh,
murid pada Socrates dan guru pada Aristoteles.
Pluraliti Sebilangan besar perkara, pendapat, orang yang
hidup berdampingan di ruang yang sama.
Polisi Rancangan tindakan yang dipersetujui sebagai
asas dalam membuat keputusan.
Primitif Zaman purbakala.
Progresif Menuju ke arah perbaikan atau kemajuan.
Rasional Alasan munasabah.
Salasilah Daftar keturunan.
Sentimen Perasaan yang berlebih-lebihan dan menurutkan
kata hati terhadap sesuatu; emosi atau perasaan
yang lembut dan halus yang mudah mengusikjiwa.
Sinonim Kata yang sama atau hampir sama maknanya
dengan kata lain.
Socrates Ahli falsafah Yunani yang diakui ramai sebagai
pengasas falsafah Barat.
Sosiologi Kajian tentang perkembangan, organisasi, kehidupan,
dan masyarakat manusia.
Spritual Bersifat rohani atau jiwa.
Strata Tingkat kedudukan.
Tatasusila Adat sopan santun dan budi pekerti yang baik.
Tekal Tidak berubah-ubah halnya atau keadaannya.
Tuntas Meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh,
sempuma, komprehensif.
Wahana Saluran atau perantaraan.
BIBLIOGRAFI

A. Aziz Deraman. (2001). HAMKA: Hukama' Melayu yang ulung.


HAMKA dan transformasi sosial di a/am Melayu (hlm. 13-16).
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd Rahman Abdullah. (1981). Pemikiran Islam masa kini. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Abdul Aziz. (2002). Pemikiran etika HAMKA. Utusan
Publications & Distributors.
Abdul Rahman Embong. (2000). Negara-bangsa: Proses dan
perbahasan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abramson, H. J. (1994). Assimilation and pluralism, p. 150-160 in
Stephan. Thernstorn. Harvard encyclopedia ofAmerican ethnic
groups. Belknap Press of Harvard University Press.
Abulhassan Muhammad Sadeq. (1991). Economic development in
Islam. Pelanduk Publications (M).
Ainon Mohd, & Abdullah Hassan. (2011). Tesaurus bahasa Melayu.
Batu Caves: PTS Professional Publishing.
Amir Russin Baharuddin. (2002). Sains ekonomi dalam realiti
Malaysia suatu penilaian kritis, Siri Syarahan Umum (Syarahan
Umum Pelantikan Profesor). Pulau Pinang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia.
Amri Marzali. (2012). Peradaban Melayu-Nusantara. https://
ejoumal.um.edu.my/ind ex.php/ADAB/article/view/5150
Anis Yusal Yusoff, & Zarina Mohamad Amin. (2017). Laporan hasil
kajian persepsi mahasiswa mengenai rasuah di Malaysia.
Institut Integriti Malaysia.
Anuar Puteh, Razaleigh Muhamad@Kawangit, & Abdul Ghafar Haji
Don. (2011 ). Konsep perkahwinan campur dan kepentingannya
kepada usaha dakwah. Jurnal al-Hikmah, 3, 77-90.
Arnold, T. (1949). A study ofhistory. Oxford University Press.
Arnold, T., & Ikeda, D. (1988), Memilih kehidupan satu dialog.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Arthur, J. (2003) Education with character: The moral economic of
schooling. RoutledgeFalmer.
Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
200

Asmah Haj i Omar. (2008). The Malays in Australia-language, culture,


religion. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Auni Abdullah. ( 1991 ). Islam dalam sejarah politik dan pemerintahan
di a/am Melayu. Nurin Enterprise.
Azhar Haji Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, &
ZulkarnainAbdul Rahman. (2000). TITAS (Kertas 1). Fajar Bakti.
Azhar Ibrahim. (2016). Menyanggah belenggu: Kerancuan fikiran
masa kini. Strategic Information and Research Development
Centre (SIRD).
Azmi Shah Surathman, Mohd Nasir Ripin, Ramli Awang, Sayed
Mahussain Sayed Ahmad, & Zulki:fli Haron. (2007). Tahap
dialog Peradaban: Kajian di kalangan pelajar tahun 3
Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.
Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR). (1992). Sejarah penubuhan
dan perkembangannya. Badan Pencegah Rasuah Malaysia.
Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR). (1994). Badan Pencegah
Rasuah: Peranan dan tanggungjawab, objektif dan fangsi.
Badan Pencegah Rasuah Malaysia.
Beg, M.A. J. (1983). Two lecturers on Islamic civilization: Civilization
and religion and Islamic cities (2nd ed.). Universiti. Malaya.
Beg, M. A. J. (1985). Islamic civilization. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Bellwood, P. (1991). The Austronesian dispersal and the origin of
languages. Scientific American, 265, 88-93.
Bellwood, P. (1997). Prehistory of the Indo-Malaysian archipelago.
University ofHawai'i Press.
Bellwood, P. (1998). Taiwan and the prehistory of the Austronesians
speaking Peoples. Review ofArchaeology, 18, 39-48.
Bertens, K. (2003). Etika dan moral untuk pengajian tinggi. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Blust, R. A. (1985). The Austronesian homeland: A linguistic
perspective. Asian Perspectives, 26, 46-67.
Blust, R. A. (1999). Subgrouping, circularity and extinction: Some
issues in Austronesian comparative linguistics. Dlm. E.
Zeitoun & P. J. K. Li (Ed.), Selected papers from the Eighth
International Conference on Austronesian Linguistics (pp. 31-
94). Academia Sinica.
201

Carr, E. H. (1965). What is history. Pelicon Book.


Collingwood, R. G. (1966). The ideo of history. Oxford University
Press.
Cortesao, A. (1944). The suma oriental of Tome Pires. Hakluyt
Society.
Cortesao, A. ( 1944). The SUMA oriental of Tome Pires: An accoun of
the east from the Red Sea to Japan. Hakluyt Society.
CyberSecurity Malaysia. (2018). Buku panduan: Keibubapaan siber.
National Cyber Security Agency (NACSA).
Dasar Kebudayaan Kebangsaan. (1971). http://www.pmo.gov.my/
dokumenattached/Dasar/ 04Dasar_ Kebudayaan_ Kebangsaan.
pdf
De Silva. (1981). The history ofSri Lanka. Oxford University Press.
Eliade, M. (1987). Morality and religion the encyclopedia ofreligion.
Harcourt Brace.
Endang Saifuddin. (1982). Agama dan kebudayaan. Bina Ilmu.
Ema Emawati Chotim. (2010). Ruang-ruang sosial pekerja ekonomi
bawah tanah (underground economy). Jurnal Sosiologi
Masyarakat, 15(1), 87-99.
Etzioni, A. (2009). Minorities and the national ethos. Politics, 29(2),
100-110. https:// doi.org/10.1111/j.1467-9256.2009.01345.x
Farahanna Abd Razak, Ida Baizura Bahar, & Rosli Talif. (2016).
Emerging patterns of bangsa Malaysia in Anthony Burgess'
time for a tiger. International Journal ofApplied Linguistics &
English Literature, 5(1), 264--271.
Friedlander, W. A. (1968). Introduction to social welfare. Prentice-
Hall.
Fumival, J. S. (1983). Netherlands India: A study ofplural economy.
AMS Press.
Fumival. J. S. (1956). Colonial policy and practice: A comparative
study of Burma and Netherlands India (Indonesia). The
Macmillan Company.
Ghazali Basri. (1990). Christian mission and Islamic da 'wah in
Malaysia. Nurin Enterprise.
Giddens, A. ( 1991 ). Modernity and self-identity. Standford University
Press.
202

Graham, E. S. (1977). The development ofplural society in Malaya.


Longman.
Gullick, J. M. (1987). Malay society in the late nineteenth century:
The beginnings of change. Oxford University Press.
H. Burhanudin Salam. (2010). Etika danfilsafat komunikasi. Kencana
Media Group.
H. Hamzah Ya'kub. (1991). Etika Islam: Pembinaan akhlaqul
karimah. C.V Diponegoro.
Hajah Ainon Hj Kuntom. (2000). Perpaduan dan integrasi
nasional. Seminar Kebangsaan Penghayatan dan Pengukuhan
Kemerdekaan Malaysia, 11-13 September.
Hamidah Abd Rahman, Norlin Ahmad, Nor Akmar Nordin,
Norashikin Mahmud, Rozianan Shaari, & Shah Rollah Abdul
Wahab. (2011 ). Kajian tinjauan hubungan etnik dalam kalangan
pelajar tahun satu di kampus Johor Bharu, Universiti Teknologi
Malaysia (UTM). Jurnal Teknologi, 54.
HAMKA. (2015). Di bawah lindungan Ka 'bah. PTS Publications &
Distributors.
HAMKA. (2015). Merantau ke Deli. PTS Publications & Distributors.
HAMKA. (2015). Tenggelamnya kapal Van Der Wijck. PTS
Publications & Distributors.
Harding, A. (2012). The constitution ofMalaysia. Hart Publishing.
Haris Abd. Wahab. (2008). Pendekatan kesejahteraan sosial dalam
pembangunan komuniti. Prosiding Seminar Kemahiran
Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 18 Ogos
2008, 169-178.
Hashim Yeop A. Sani. (1980). Our constitution. Malaysian Law
Publishers.
Hasni Zakaria, & Lyndon, N. (2014). Identiti budaya dan bahasa
etnik Melayu Thesaban Takbai, Selatan Thailand: Satu Analisa
F enomenologi. Malaysian Journal ofSociety and Space, I 0(6),
148-155.
Hassan Ahmad. (2004). Bahasa dan Pemikiran Melayu: Tradisi dan
kesinambungannya. Dlm. Worawit Baru@ Haji Ahmad Idris
(Ed.), Pemikiran Melayu tradisi dan kesinambungan (hlm
1-12). Dewan Bahasa dan Pustaka.
203

Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad, Ahmad Tarmizi Talib, Amini Amir
Abdullah, & Zarina Mohammad. (1997). Tamadun Islam.
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Ibn Khaldun. (2006). Mukadimah Ibn Kha/dun (Terjemahan). Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ibn Manzur. (1988). Lisanul Arab al-Muheet. Jld 1. Dar Ajjabal Dar.
Ismail Ibrahim. (2010). Gagasan I Malaysia, peradaban dan identiti
bangsa: Pendekatan Hadhari. Institut Islam Hadhari UKM.
Jawatakuasa Pembangunan Modul Penghayatan Etika dan Peradaban.
(2020). Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Jenson, J. (1998). Mapping social cohesion: The state of Canadian
research. Ottawa: Renouf Publishing.
Kartini Aboo Talib @ Khalid. (2019). Defisit sosial dan usaha
penyatupaduan Malaysia. Seminar Penyelidikan IPNas 2019,
15 Oktober 2019, Putrajaya. Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional.
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. (2019). Ringkasan Wawasan
KemakmuranBersama 2030. KementerianHal Ehwal Ekonomi.
Khairiah Mohd Yassin. 2019. Konsep intelektual dari perspektif
HAMKA dan kerelevanannya terhadap pemantapan kesejahteraan
sosial menjelang 2030. Prosiding The National Conference on
Local Government and Development 2019 (NCLGD2019), 25-
26 November 2019, Sintok. Universiti Utara Malaysia.
Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji perlaksanaan dasar
pelajaran. (1988). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Laurent Metzger. (2009). Nilai-nilai Melayu: Satu sudut pandangan
orang luar. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Lewis, W. A. (2003). Development planning: The ensentials of
economic policy. Taylor & Francis e-Library.
Lyman, P. N. (2000). Globalization and the demands of
governance. Georgetown Journal of International Affairs,
90(Premier Issue).
Mahathir Mohamad. (1992). Towards a united Malaysian nation.
Ucapan di Majlis Makan Malam United Malaysian Nation by
the year 2020, 31 Januari 1992, Kuala Lumpur. Kementerian
Penerangan.
204

Malek Bennabi. (1991 ). Islam dalam sejarah dan masyarakat (Ismail


Hamid, Pentj.). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz, & Mohamad
Ainuddin Iskandar Lee. (2006). Hubungan ttnik di Malaysia.
Prentice Hall.
Maxwell, J. (1996). Social dimensions ofeconomic growth (Eric John
Hanson Memorial Lecture Series). University of Alberta.
Melko, M. (1969). The nature ofcivilizations. Porter Sargent Publisher.
Milner, A. (2002). The invention of politics in colocnial Malaya:
Contesting nationalism and the expansion of the public sphere.
Cambridge University Press.
Mohamad Abu Bakar. (1997). Dunia dan barat: Perspektif timur.
PEMIKIR (April-Jun). Utusan Melayu (Malaysia).
Mohamad Fauzi Rusin, Amirah Nadiah Najwa Hamdan, Mohamad
Husni Ali, & Mohamad Azwan Rosli. (2019). Integriti bermula
daripada diri saya: Panduan pengukuhan integriti, pengurusan
pegawai bermasalah dan pelaporan kes pelanggaran tatatertib.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Mohamad Rodzi Abd Razak. (2009). Pembinaan negara bangsa
Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. JEBAT, 36, 90-106.
Mohamad Tannize Abdul Manaf, & Jayantha Kumar Sen Gupta.
(2013). Anti-corruption initiatives in Malaysia on the road
to corruption-free nation. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia.
Mohamad Tannize Abdul Manaf, & Theenmoly Maripan. (2013).
FAQ: Soalan lazim. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Mohamad Tannize Abdul Manaf. (2020). Nota pencegahan rasuah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Mohamad Zubir Ismail, & Mohamad Mokhtar Hassan. (2017). Prinsip
Perancangan Dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda.
Journal ofBusiness and Social Development, 5(1), 123-139.
Mohamad Zubir Ismail, Sara Beden, & Mohamad Mokhtar Hassan.
(2015). Hikayat Awang Sulung Merah Muda dari perspektif
pendekatan pengurusan. Jurnal Pengajian Melayu, 26, 95-116.
Mohd Koharuddin Mohd Balwi. (2005). Peradaban Melayu. Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
205

Mohd Liki Hamid, Mohamad Khada:fi Hj. Rofie, Afifah Abu Yazid,
Azman Md Zain, Khairiah Mohd Yassin, Kamarudin Ahmad,
Makueta Hayiwaesorhoh, Mohd Akram Dahaman@Dahlan,
Mohd Nizho Abdul Rahman, Muhammad Ahmad, Muhamad
Amar Mahmad, Rafidah Mohamad Cusairi, Shukri Ahmad,
SolahuddinAbdul Hamid, & Syahrul FaizazAbdullah. (2018).
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). UUM Press.
Mohd Nasir Omar. (1992). Falsafah etika Barat dan Islam. Bahagian
Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Mohd Nasir Omar. (2010). Falsafah akhlak. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohd Rizal Yaakop, & ShamrahayuA. Aziz. (2015). Kontrak sosial:
Perlembagaan Persekutuan pengikat jati diri bangsa Malaysia
merdeka. Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).
Mohd Taib Osman. (1988). Bunga rampai: Aspects ofMalay culture.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Zaidi Ismail, & Mohd Sani Badron. (2012). Good governance:
Adah-oriented tadbir in Islam. Penerbit Institut Kefahaman
Islam Malaysia (IKIM).
Muhaimin DKK. (1993). Pemikiran Pendidikan Islam. Trigenda
Karya.
Muhammad Abdul Jabbar Beg. (1980). The image of Islamic
civilization. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhd Yusof Ibrahim. (1994). Kepentingan sejarah kepada manusia
dan negara. JEBAT, 22, hlm. 27.
Mustafa Daud. (1992). Sastera dakwah: Satu analisis kritis terhadap
karya kreatif HAMKA (Tesis doktor falsafah yang tidak
diterbitkan). Universiti Sains Malaysia.
Mustafa Daud. (2001 ). HAMKA: Transformasi sosial di Alam Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mustafa Haji Daud. (2002): Tamadun Islam (Edisi ke-2). Utusan
Publishing.
Nazri Muslim. (2014). Islam danMelayu dalam perlembagaan: nang
seri hubungan etnik di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Norsaleha Mohd Salleh, Mohd Shairawi Mohd Noor, Phayilah
Yama, Abu Zaki Ismail, Hamidun Mohamad Husin, & Ahmad
206

Munawar Ismail. (2017). Pemikiran liberal dalam Peradaban


Barat dan Islam. Kolej Universiti IslamAntarabangsa Selangor.
Nur Azuki Yusuff. (2016). Perpaduan berpaksikan titik kesamaan
fungsi pelbagai agama dengan mengambil kira Islam sebagai
agama rasmi di Malaysia. Universiti Malaysia Kelantan.
Nurshuhada Mohamed. (2018). Konsensus melalui peranan ketua
kaum dalam Jawatankuasa Perhubungan Kaum (JPK) 1948.
Journal ofSocial Sciences and Humanitis, 13(3).
Ohmae, K. (1995). The end of the nation state: The rise of regional
economics. The Free Press.
Oppenheimer, S. (1998). Eden in the east. Weidenfeld and Nicolson.
Oppenheimer, S. (2006). On explicit "replacement" models in
Island Southeast Asia: A reply to Stephen Oppenheimer. World
Archaeology, 38(4), 715-717.
Osman Bakar. (1997). Islam and civilization dialogue: The quest for
a truly universal civilization. Universiti Malaya.
Osman Bakar. (2008). Pengaruh globalisasi terhadap peradaban.
Jurnal Peradaban, I, 75-97.
Panel Akademi Pengurusan YaPEIM. (2005). Pengurusan dalam
Islam, menghayati prinsip dan nilai qurani. Akademi
Pengurusan YaPEIM.
Pelan lntegriti Nasional (PIN). (2004). Kuala Lumpur: Institut
Integriti Malaysia.
Perlembagaan Malaysia. (2009). http://www.kptg.gov.my/images/
pdf/perundangantanah/ perlembagaanpersekutuan.pdf
Pisol Maidin. (2003). Tukang timbal membina perahu: Tradisi dan
inovasi. Jurnal Sari, 21, 35-56.
Rancangan Malaysia Ke Dua Belas, 2020-2025. (2020). Bab 5
Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju.
http://epu.gov. my/ms/ rmk/rancangan-malaysia-kesebelas-2020-
2025.
Rancangan Malaysia Ke Sebelas, 2016-2020. (2020). Bab I
Pertumbuhan berpaksikan rakyat. http://epu.gov.my/ms/rmk/
rancangan-malaysia-kesebelas-2016-2020
Sarah Dina MohdAdnan, & Mohd Adib Ismail. (2013). lmpak rasuah
kepada pertumbuhan ekonomi. Prosiding PERKEM VIII, 1,
246-253.
207

Sartono Kartodirdjo. (1992). Pendekatan ilmu sosial dalam


metodologi sejarah. Pt. Gramedia Pustaka Utama.
Seri Lanang Jaya Haji Rohani, Abd Rahman Napiah, Mohd Rashid
Md Idris, & Naffi Mat. (2013). Penghayatan Karya Agung.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul hubungan etnik.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Shamsul Amri Baharuddin. (2011 ). Kesepaduan dalam kepelbagaian:
Perpaduan di Malaysia Sebagai "work in progress" (Siri
Syarahan Kepimpinan Profesor Ulung). Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shamsul Amri Baharuddin. (2019). Dari kesatuan ke perpaduan:
IPNas sebagai pengukur. Seminar Penyelidikan IPNas 2019,
15 Oktober 2019, Putrajaya. Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional.
Sharifah Haayati Syed Ismail. (2000), Budaya dan etika kerja
tempatan dan pengaruhnya terhadap perubahan hukum. Kertas
Kerja Seminar Hukum Islam Semasa III Peringkat Kebangsaan
di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Universiti
Malaya.
Siddiq Fadzil. (2012). Islam dan Melayu: Martabat umat dan daulat
rakyat. Gemilang Press.
Sidi Gazalba. (1973). Sistematikafilsafat. Bulan Bintang.
Siti Khatijah Zamhari, & Christopher Perumal. (2016). Cabaran
dan strategi ke arah pembentukan komuniti lestari. Geografia
Online Malaysia Journal of Society and Space, 12, 10-24.
Solomon, R. C. (1984). Morality and the good life. Mc Graw Hill.
Stockwell, A. J. (1979). British policy and Malay politics during the
Malayan Union experiment. Malaysian Branch of the Royal
Asiatic Society.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2018).
Internet Users Survey 2018. Malaysian Communications and
Multimedia Commission.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (2020). www.
sprm.gov.my.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (2018). Laporan
Tahunan 2018. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
208

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (2013). Akta


Perlindungan Saksi 2009 dan Perlindungan Pemberi Maklumat
2010. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (2013).
Malaysian Anti-Corruption Commission: Corporate file.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Syed Hussein Alatas. (2009). Rasuah: Sifat, sebab dan fungsi. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Syed Hussein Alatas. (2015). The problem of corruption. The Other
Press.
Syed HusseinAlatas. (2001 ). Cita sempurna warisan sejarah. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syed HusseinAlatas. (1995). Rasuah, sifat, sebab danfungsi. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (2015). On justice and the nature
ofman: A commentary on Surah An-Nisa '(4):58 and Surah Al-
Mu 'minun (23):12-14. IBFIM.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1993) Islam and secularism.
International Institute of Islamic Thought and Civilization
(ISTAC).
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1978). Islam: Faham agama dan
asas akhlak. ABIM.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1972). Islam dalam sejarah dan
kebudayaan Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Taufik A. Latif, Mohd Syuja Saedin, Norazilah Buhari, & Ira Meilita
Ibrahim. (2018). Amalan Berbudi Bahasa: Satu Kajian Nilai
Peradaban Masyarakat Malaysia. Sains Insani, 3(2), 68-73.
Teny Sudjatnika. (2017). Nilai-nilai karakter yang membangun
peradaban manusia. Al-Tsaqafa, 4(1).
Ting Chew Peh. (1987). Hubungan ras dan etnik. Kuala Lumpur:
Pustaka Dimensi.
Transparency International (TI). (2019). https//www.transparency.
org.my.
Tylor, E. B. (1958) The origins of culture: Part I ofprimitive culture.
Harper Torchbooks.
Wan Hashim Wan Teh. (1997). Tamadun Melayu songsang abad
kedua puluh satu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
209

Wan Hashim Wan Teh. (1995). Teori migrasi dan asal usul ras Melayu.
Jurnal PEMIKIR, Sept.
Wan Hashim Wan Teh. (1991). Rumpun Melayu sebagai kelompok
minoriti. Rumpun Melayu-Polinesia, Bil. 4 Ogos ATMA. UKM.
Wan Mohd Nor Wan Daud. (2019). Budaya ilmu: Makna dan
manifestasi dalam sejarah dan masa kini. CASIS & HAKIM.
Wan Ramli Wan Daud. (1995). Sejarah perkembangan teknologi
Melayu satu kajian awal. Dlm. Mohd. YusofHj. Othman (Ed.),
Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains, Ji/id 4. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Wan Sabri Wan Yusof. (2001). HAMKA: Transformasi sosial di a/am
Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wang Gang Wu. (1964). The Melayu in Hai-kuo wen-chien lu.
Journal of the Historical Society. University Malaya
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. (2019). https://www.pmo.
gov.my/ms/2019/10/ wawasan-kemakmuran-bersama-2030/.
Yusuf Qaradhawi. (2001). Islam dan globalisasi dunia. CV. Pustaka
Al-Kautsar.
Za'ba. (2008). Sekalung bunga. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaid Ahmad, Lee Yok Fee, Najeemah Mohd Yusof, Sarjit Singh Gill,
Ahmad Tarmizi Talib, Ku Halim Ku Arifin, Ruslan Zainuddin,
Nazri Muslim, & Ho Hui Ling. (2010). Hubungan etnik di
Malaysia. Oxford Fajar.
Zulki:fli Mohamad al-Bakri. (2008). Integriti dalam Islam. Penerbit
Universiti Sains Islam Malaysia.
I NOMBOR SIRI

MPU 1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

NAMA
NOMATRIK
KUMPULAN
PENSYARAH

KUIZ (10 MARKAH)


ARAHAN: JAWAB KE SEMUA SOALAN

1. Nyatakan bagaimanakah kursus MPUI013 dapat membantu


anda memupuk perpaduan dlm masyarakat pelbagai kaum
di Malaysia. Jawapan hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan (5 Markah).
212

2. Nyatakan tiang seri perlembagaan dan rasional ia diletakkan


dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jawapan hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan (5 Markah).
213
Penghayatan
Etika dan
Peradaban
Etika dan peradaban sangat mustahak untuk difahami, dihayati dan diamalkan
dalam masyarakat. Tahap penghayatan kepada aspek ini tidak sama antara satu
sama lain bergantung kepada perkembangan sejarah , struktur sosial dan biografi
masyarakat tersebut.

Perbincangan tentang Etika dan Peradaban harus diperluaskan supaya


masyarakat benar-benar memahaminya dalam konteks kepelbagaian kaum
khususnya dalam acuan Malaysia. Buku ini akan menyajikan perbahasan tentang
susur galur etika yang sedang dipraktikkan sekarang ini sebenarnya sudah
bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi pada asasnya.

Buku ini amat sesuai kepada semua lapisan masyarakat yang mendiami negara
Malaysia untuk lebih memahami apa yang patut dilakukan dalam mendepani
kehidupan yang terdiri daripada pelbagai etnik. Lebih-lebih lagi kepada
ahli akademik dan para pelajar yang secara khusus terlibat dengan kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban kerana ianya membincangkan Etika dan
Peradaban dalam ruang lingkup Malaysia.

lstimewanya buku ini, disentuh tentang sejarah etika dan peradaban yang
diamalkan di Malaysia banyak diadaptasi dari luar tan pa kita sedari kerana ianya
sudah menjadi kelaziman kepada rakyat Malaysia sejak berzaman .

ISBN 978-967-2486-72-5

i)
04000

UUM PRESS
Penerbit UUM

Umvers1t1 Utara Malaysia



111
•• • I.. I
~
II

You might also like