Pelepasan Muaz Muayyad

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Muhammad Imran bin Hj Ibrahim

No. 33, Jalan Puyu, Kg Sg Tapah Tambahan


30020 Manjoi Ipoh Perak 10 Ogos 2022
Kepada:
Pengetua
Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah
Jalan Sultan Azlan Shah
31400 Ipoh Perak
Assalamualaikum wbt
Tuan,
MEMOHON MENGAMBIL ANAK MUAZ MUAYYAD BIN MUHAMMAD IMRAN
TINGKATAN 4 IBN RUSHD PADA 16-17 OGOS 2022
Didoakan Tuan berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T selalu. Dengan hormatnya
saya menarik perhatian Tuan mengenai perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak saya Musa bin Muhammad Imran merupakan
bekas pelajar SIS yang baru menerima keputusan SPM tahun ini akan melanjutkan
pelajarannya dalam bidang tahfiz al-Quran ke Istanbul Turki di bawah Yayasan Hayrat
Malaysia pada 17 Ogos 2022 bersamaan hari Rabu melalui penerbangan Qatar Airways di
KLIA.
3. Justeru itu, saya ingin memohon jasa baik Tuan bagi pelepasan anak saya Muaz
Muayyad bin Muhammad Imran yang kini belajar di Tingkatan 4 Ibn Rushd SIS pada 16-17
Ogos 2022 untuk menghantar abangnya ke KLIA.
4. Besarlah harapan saya agar permohonan ini mendapat kelulusan daripada pihak Tuan.
Perhatian dan tindakan pihak Tuan dalam perkara ini diucapkan Jazakumullahu khairan
kathira. Terima kasih.

Yang benar,

(MUHAMMAD IMRAN BIN HJ IBRAHIM)

You might also like