Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU BIL 3


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT MEWAH

Tarikh : 6 Mei 2021


Masa : 2.00 petang-3.00 petang
Tempat : Atas talian : https://meet.google.com/ady-rvyy-pvv
Pengerusi : En. Yusaini Bin Ali
Kehadiran(Bilangan) : 12 orang.

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mempengerusikan mesyuarat dan mengucapkan ribuan terima kasih


kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir dalam mesyuarat AJK PIBG kali
ketiga secara atas talian.
1.2 Pengerusi memaklumkan mesyuarat terpaksa dilakukan secara atas talian
menggunakan aplikasi Google Meet memandangkan negeri Johor masih terikat
dengan Standard Operation of Procedure(SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.
Makluman : Semua AJK

2. PERUTUSAN EX OFFICIO

2.1. Ex Officio memaklumkan pelaksanaan sekolah yang masih mematuhi SOP


Pembukaan Sekolah Pasca Covid 19:
2.1.1. Murid akan diambil suhu sebelum masuk ke dalam kawasan
sekolah.
2.1.2. Murid membasuh tangan sebelum naik ke kelas
2.1.3. Murid membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
2.1.4. Setiap bilik darjah dan bilik khas telah disanitasi dengan
menggunakan sodium hidrochloride.
2.2. Sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM30 000 daripada pihak PPD
untuk menyelenggara bilik Prasekolah. Dijangkakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri
nanti, bilik prasekolah terbabit boleh digunakan semula.

3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 2

3.1 Pembentangan minit mesyuarat PIBG bilangan 2.


3.2.Pengesahan minit mesyuarat:
3.2.1 Dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Suhailah binti Mohd Noh.
3.2.2 Disokong untuk disahkan oleh Puan Salwa binti Bachok.

4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN

4.1. Pembentangan Penyata Kira-kira dan Panjar Runcit PIBG sehingga Mei 2021.
4.2. Segala perbelanjaan, sila rujuk lampiran.
4.3. Pengesahan penyata kewangan PIBG berakhir Mei 2021
4.3.1. Dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Norafeshah Binti Rohim
4.3.2. Disokong untuk pengesahan oleh Puan Suhailah binti Mohd Noh.

5. PERKARA BERBANGKIT

5.1.1. Tiada

6. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2021


6.1. Ex Officio menjelaskan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menetapkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG perlu diadakan sebelum
30 Jun 2021. Oleh itu, beliau mencadangkan mesyuarat Agung Tahunan
diadakan secara atas talian pada 19 Jun 2021. Ahli mesyuarat sebulat suara
bersetuju dengan cadangan tarikh tersebut.
6.2. Puan Suhaila mengemukakan soalan berkaitan kutipan sumbangan PIBG untuk
tahun 2021. Ex Officio menjelaskan bahawa kutipan boleh dibuat dengan
kebenaran PPD jika MAT tidak dapat dilaksanakan. Jumlah kutipan mestilah
menggunakan jumlah yang sama seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tahunan yang lepas. Namun, jika dalam Mesyuarat Agung Tahunan
yang dijalankan nanti ada pengurangan jumlah sumbangan, PIBG perlu
memulangkan semula baki wang tersebut kepada ibu bapa yang telah membuat
bayaran.
6.3. Ex Officio meminta cadangan daripada AJK ibu bapa mengenai jumlah
sumbangan PIBG untuk tahun 2021. Puan Suhaila mencadangkan untuk
mengekalkan jumlah sumbangan RM100 untuk setiap keluarga bagi tahun
2021. Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan cadangan tersebut.
6.4. Setiausaha menjelaskan bahawa borang cadangan usul akan mula diedarkan
pada 16 Mei 2021 sehingga 1 Jun 2021.
6.5. Ex Officio mencadangkan agar perasmi untuk Mesyuarat Agung Tahunan hanya
secara dalaman tanpa melibatkan orang luar.

Makluman dan tindakan : Semua AJK

7. HAL-HAL LAIN
7.1. Puan Nurul Jannah mewakilkan GPK Kokurikulum untuk meminta sumbangan
PIBG bagi membiayai bayaran kepada Majlis Sukan Zon Bandar sebanyak
RM0.50 untuk setiap murid dan juga sumbangan duit raya kepada murid-murid
sekolah. Encik Shamsudin mencadangkan agar duit raya diberikan RM3.00
untuk setiap murid. Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menampung
bayaran Majlis Sukan Sekolah dan sumbangan duit raya terbabit.
7.2. Puan Adilah mewakili Kelab Guru memohon sumbangan daripada PIBG untuk
sedikit cenderahati kepada guru-guru sempena hari guru. Encik Shamsudin
mencadangkan RM10.00 untuk setiap guru dan disokong oleh Puan Suhaila.
Beliau turut memaklumkan ada menerima permohonan daripada pihak sekolah
untuk pihak PIBG menampung kos penyelenggaraan dengan kos anggaran
RM1013. Ahli mesyuarat yang lain bersetuju sebulat suara dengan cadangan
sumbangan berkenaan.
7.3. Encik Shamsudin bertanyakan tentang cenderahati dan sijil untuk AJK PIBG
2020. Beliau mencadangkan sedikit cendehati sebagai tanda kenang-
kenangan jika masih mempunyai peruntukan kewangan. Encik Yusaini
mencadangkan sumbangan cenderahati kepada AJK mengikut jumlah yang
telah ditetapkan dua tahun lepas.
7.4. YDP PIBG bertanya mengenai bantuan kepada murid-murid susah dan yatim
sempena Hari Raya. Setiausaha memaklumkan sekolah telah memberikan
bantuan kepada murid-murid berkenaan melalui kutipan tabung Ihya’
Ramadan.
7.5. Ex Officio memaklumkan sekolah telah menerima sumbangan set alat tulis
daripada Yayasan Sultan Iskandar untuk 35 orang murid yang susah. Bantuan
tersebut telah diuruskan oleh GPK Hal Ehwal Murid.
7.6. Encik Yusaini bertanyakan tentang hadiah persaraan dan Majlis Persaraan
Guru Besar. Setiausaha mencadangkan perkara tersebut dibincangkan di lain
masa memandangkan guru besar yang bakal diraikan turut mengikuti
mesyuarat.
Tindakan: Bendahari
Makluman: Semua AJK
8. UCAPAN PENANGGUHAN

8.1. YDP PIBG berharap agar pihak PIBG dan sekolah dapat berganding bahu dalam
menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan di dalam era Covid 19 yang sedang melanda
negara supaya mesyuarat tersebut dapat berjalan dengan lancar.
8.2. Mesyuarat ditunda pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

………………………………………… ............................................
(NURUL JANNAH BINTI HUSSIN) (YUSAINI BIN ALI)
Setiausaha Kehormat, Yang DiPertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Taman Bukit Mewah. SK Taman Bukit Mewah
Tarikh : 7 Mei 2021

You might also like