Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SMK METHODIST ACS KLANG


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT DISIPLIN BIL 1 / 2020

Tarikh : 11 Julai 2020 (Khamis)


Masa : 1.10 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : En Raman a/l Annamalai
Kehadiran : Rujuk PK 07/2

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. En Raman mengalu-alukan kehadiran semua guru.
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
-
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Rangkuman isu disiplin sesi pagi dan petang
3.1.1 Vandalisme - Kerosakan harta benda sekolah seperti kerusi meja dan bangunan. Tuan
pengetua memohon laporan disiplin untuk diserahkan kepada BOG.
3.1.2 Masalah disiplin – Taklimat disiplin telah diberikan kepada semua pelajar Tingkatan 1- 5
awal tahun lagi. Beberapa kes disipilin kategori berat dan ringan berjaya diselesaikan dengan
kerjasama ibu bapa. Antaranya kes merokok, kes bergaduh, kes mencuri, kes buli dan kes ponteng
sekolah.
3.1.3 Telefon bimbit – Semakin ramai murid yang membawa telefon bimbit dan salah guna.
Murid yang membawa telefon bimbit perlu disimpan oleh guru disiplin. Buku peraturan disiplin
perlu diwujudkan semula. Dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah.
3.1.4 Sesi Kaunseling – Masih terdapat sebilangan murid yang belum mengikuti sesi kaunseling
berikutan ketidakhadiran murid ke sekolah.
4 Tindakan : Semua guru
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
4.1 Penggunaan Pas Keluar
4.1.1 Penggunaan pas keluar yang tidak optimum menyebabkan murid ponteng kelas. Guru mata
pelajaran perlu menepati masa (MMI) bagi mengurangkan murid ponteng. Semua guru merupakan
guru disiplin.
4.1.2 Perlu diingatkan waktu pertama, waktu sebelum dan selepas rehat, waktu sebelum balik
adalah waktu yang tidak dibenarkan pelajar keluar kelas untuk ke tandas.

4.2 Kedatangan Lewat


4.2.1 Guru yang bertugas setiap minggu bertanggungjawab untuk ‘key in’ SSDM bagi pelajar
yang lewat ke sekolah. Bagi sesi pagi, 0725 perlu berada di foyer sekolah. Selepas 0725 kehadiran
dikira lewat.
4.2.2 Murid petang dinasihatkan untuk menunaikan solat jumaat di masjid yang berhampiran
ACS. Bagi sesi petang murid perlu berada di tapak perhimpunan 1310 setiap hari Isnin-Khamis.
Manakala hari Jumaat selepas 1420 dikira lewat hadir.

4.3 Kekemasan Diri


4.3.1 Penampilan diri perlu mengikut peraturan sekolah dan segala tindakan perlu mengikut
pekeliling.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti


Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.4 Buku Kawalan Kelas (BKK)


4.4.1 Isu guru mula tidak mengisi dan presiden kelas tidak menghantar BKK. BKK merupakan
evidens untuk kehadiran pelajar dan mampu mengenal pasti kes ponteng. Guru mata pelajaran
perlu ‘keyin’ SSDM bagi mana-mana murid yang bermasalah.
4.4.2 Jawatan Penyelaras Disiplin akan diwujudkan untuk menyemak BKK dan tindakan yang
perlu diambil.

4.5 Penjualan Makanan Di Luar Waktu Rehat


4.5.1 Pengusaha kantin perlu lebih tegas dan perlu tahu tentang peraturan sekolah. Diusulkan pada
mesyuarat kantin akan datang.

4.6 Pemeriksaan Mengejut


4.6.1 Pemeriksaan mengejut akan diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan murid
mematuhi peraturan sekolah sepanjang masa.

4.7 Peranan Guru Bertugas


4.7.1 Tiada guru bertugas terutamanya waktu rehat di kantin. Murid bermain di belakang kantin
walaupun waktu rehat telah tamat.

4.8 Penggunaan Mangga Pintu Kelas


4.8.1 Setiap pintu kelas akan dikunci / mangga sepanjang waktu rehat bagi mengelakkan
berlakunya sebarang perkara yang tidak diingin seperti kes kecurian dan makan di dalam kelas.
Mangga pintu kelas akan diusahakan oleh pihak sekolah.
5 Tindakan: Semua guru
PERKARA BAHARU
5.1 STANDARD OPERASI PROSEDUR (SOP) DADAH
(Kaunselor dan guru PPDa - Pn.Goury)
5.1 Pn.Goury, selaku Kaunselor dan Guru PPDa menerangkan SOP DADAH kepada semua
hadirin mesyuarat.
5.1.1 Murid dijumpai bersama ‘Barang’ Dadah.
5.1.2 Murid dipegang bersama ‘Barang’ (‘Barang’ jangan dipisahkan daripada murid).
5.1.3 Guru PPDa maklumkan terus kepada PPS dan AADK.
5.1.4 Maklumkan kepada Pengetua.
5.1.5 Maklumat PPS/Polis diambil, isi borang penyerahan Murid dan ‘Barang’
5.1.6 Pegawai AADK yang hadir akan membuat ujian urin.
5.1.7 PPS/Polis yang bawa Murid dan ‘Barang’ ke Balai Polis, Guru PPDa dilarang menaiki
kereta polis, Guru PPDa ikut pergi ke Balai Polis menaiki kereta lain (Pengetua boleh
iring) dan memastikan Murid dan ‘Barang’ sampai ke Balai Polis.
5.1.8 Guru PPDa / Pengetua berada di Balai Polis sehingga Ibu Bapa Murid sampai.
5.1.9 Selain itu, pengisian Borang B3 secara online oleh Guru PPDa, maklumkan kepada
Pn.Emy, PPD Klang. Guru PPDa sediakan laporan bertulis, isi Borang 137, maklumkan
kepada PK HEM untuk mengisi borang ePDIP. SOP tamat.
5.1.10 Sesi Intervensi oleh Guru PPDa/Kaunselor. Murid tidak akan dibuang/ditukar sekolah.

PENUTUP
i. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah hadir pada hari ini
ii. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.20 petang

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti


Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Disediakan ;
ZAWANAH BT MOHD JANI
Setiausaha Disiplin,
SMK Methodist (ACS) Klang.
Tarikh: 15 Julai 2019

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti


Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like