Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROGRAM HARI TEMBAKAU


BERSAMA WARGA PEJABAT KESIHATAN
DAERAH PEKAN 2022

ANJURAN:
UNIT NCD, PRIMER
&
PEJABAT KESIHATAN DAERAH PEKAN.

TARIKH :
25 hb Mei 2022 (Rabu)

Masa :
08.00 pagi – 4.00 Petang

Tempat :
Perkarangan Pusat Latihan JKN

Ptm sm2022 Page 1


1. PENGENALAN:

31 Mei: Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Tarikh 31 Mei setiap tahun disambut sebagai “ Hari Tanpa Tembakau Sedunia”.
Sambutan ini penting untuk menarik perhatian masyarakat dan pembuat polisi berkaitan
dengan penyakit serta mortaliti yang disebabkan oleh merokok. Tinjauan Kebangsaan
Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019) mendapati 21.3% rakyat Malaysia dewasa
merupakan perokok. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, sehingga tahun 2019, bagi
setiap RM 4 bilion cukai rokok tahunan yang diterima, pihak kerajaan dan swasta perlu
membelanjakan RM 16 bilion untuk rawatan penyakit yang diakibatkan merokok.

2. OBJEKTIF:
Selain itu, sambutan “ Hari Tanpa Tembakau Sedunia” ini amat penting untuk
meningkatkan kesedaran berkaitan persekitaran tanpa asap rokok. Menurut Kajian
Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS), 31% rakyat Malaysia didapati
terdedah kepada second hand smoke di rumah manakala 27% terdedah di tempat
kerja. Second hand smoke merupakan asap rokok yang disedut oleh orang yang tidak
merokok yang berada di sekitar perokok tembakau. Antara bahan beracun dalam asap
rokok adalah ammonia, formaldehyde dan arsenik.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
pada 23 Mac 1995 memutuskan merokok adalah tabiat yang diharamkan. Manakala
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkuat kuasa 7 Disember 1995 mewartakan
pengharaman rokok bagi orang Islam.

4. OUTCOME MAJLIS:

Walaupun begitu, setiap bantuan yang diberikan tidak akan membuahkan hasil jika
keinginan atau kesungguhan golongan perokok hanya seperti melepaskan batuk di
tangga. Kejayaan berhenti merokok memerlukan tekad yang tinggi dan sokongan dari
orang terdekat. Berbincanglah dengan doktor atau pegawai farmasi anda berkenaan
perancangan anda untuk berhenti merokok. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok,
letak keyakinan pada diri bahawa anda boleh berhenti merokok, sentiasa berfikiran
positif serta maklumkan pada ahli keluarga anda agar mereka boleh menyokong anda
sepanjang proses berhenti merokok.

5. ANJURAN : Unit Ncd, Primer & Pejabat Kesihatan Daerah Pekan

Ptm sm2022 Page 2


6. PELAKSANAAN AKTIVITI:
Tarikh : 25 Mei 2022 (Rabu)
Tempat : Perkarangan Pusat Latihan JKNP, PKD Pekan

7. Jemputan seramai : 180 Orang

-Wakil seluruh Klinik : ( 40 Orang)


-Unit Inspektorat : (70 Orang)
-KKIA & UKS : 25 orang
-KKBP : ( 27 orang)
-Urusetia ( 18 orang)

8. JAWATANKUASA PENYELARAS PROGRAM:

Pengerusi Program : Dr Khalil Khairi Bin Mustaparudin


Pegawai Perubatan
Pejabat Kesihatan Daerah Pekan

Setiausaha : En Abdul Aziz Bin Abas


Ketua Pembantu Tadbir N26
Ajk :

1. Mohd Ezzani Bin Ibrahim


Penolong Pegawai Perubatan Kanan

2. Zuharnan Bin Rashid


Peg. Kes. Persekitaran Inspektorat

3. Nordi Sukri bin Darudin


Ketua Pembantu Tadbir ( Kewangan)

4. Eryanti Bt Zakaria
Ketua Jururawat y/m

5. Salwa bt Abd Rahman


Penolong Akauntan

6. Rosidah bt Musa
Pembantu Tadbir Kewangan

7. Salmiah Binti Abdul Ghani


Pembantu Tadbir (P/O)

Ptm sm2022 Page 3


9. TENTATIF MAJLIS

10. SASARAN ANGGOTA

TARIKH SASARAN ANGGOTA JAWATAN

25.05.2022 180 Jemputan Pelbagai

Ptm sm2022 Page 4


11. PERUNTUKAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN:

Perkara Unit Harga (RM) Jumlah(RM)

1. Sarapan pagi, 180 18.00 3240.00


makan tengahari
& minum petang

2. Banner 1 308.00 308.00

3548.00

12. KEBERKESANAN PROGRAM:


Pelbagai cara boleh diambil untuk berhenti merokok. Ada pesakit yang cuba
berhenti serta merta tanpa bantuan ubat-ubatan dan terapi (cold turkey) tetapi
kadar kejayaan teknik ini hanya sekitar 5%. Penggunaan ubat-ubatan seperti
rawatan terapi gantian nikotin atau varenicline telah diperkenalkan bagi membantu
golongan perokok untuk berhenti merokok. Rawatan terapi gantian nikotin ini boleh
didapati dalam bentuk gula-gula getah, sedutan nikotin atau tampalan nikotin dan
mampu meningkatkan kadar berhenti merokok sebanyak 50 ke 60%.

Ptm sm2022 Page 5


12. KESIMPULAN:

Selain itu, individu yang dalam proses berhenti merokok juga dianjurkan untuk
melakukan kaedah di bawah, iaitu

Escape atau melarikan diri daripada rokok seperti menolak tawaran rokok dari rakan,
membuang semua rokok yang ada termasuk benda yang berkaitan rokok (pemetik apim
bekas abu rokok dan sebagainya).

Avoid atau mengelak daripada faktor yang mendorong untuk merokok seperti kawasan
khas merokok, makanan pedas & minuman kafein. Sesiapa yang berminat untuk
berhenti merokok boleh melawati https://jomquit.moh.gov.my/ atau pergi ke klinik
kesihatan yang terdekat.

13. PENUTUP:

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… ........................................................
En Abdul Aziz Bin Abas Dr Khalil Khairi Bin Mustaparudin
Ketua Pembantu Tadbir N26 Pegawai Perubatan
Pejabat Kesihatan Daerah Pekan Pejabat Kesihatan Daerah Pekan

Diluluskan oleh,

…………………………………………………...............
DR. SHAHIDAN BIN HARON
No.Pendaftaran Penuh MPM:36806
Pegawai Perubatan Gred UD54
b.p: Pegawai Kesihatan Daerah Pekan
Pejabat Kesihatan Daerah Pekan

Ptm sm2022 Page 6

You might also like