Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Akhbar Bertulisan Rumi

Pada 12 April 1952, Persidangan Persuratan Melayu SeMalaya yang pertama telah didakan
di Singapura. Persidangan itu telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang wakil pertubuhan
persuratan seperti Ikatan Bahasa Melayu, Persuratan Buku Di Raja dari negeri Johor,
Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung, Angkatan Sasterawan 50 dan lain-
lain persatuan dari seluruh Tanah Melayu. Persidangan itu membincangkan dengan
terperinci serta membahaskan berkenaan penggunaan tulisan Rumi dan Jawi dalam
persuratan Melayu. Angkatan Sasterawan 50 berpendapat bahawa sudah sampai masanya
tulisan Rumi diiktiraf secara rasmi tetapi tulisan Jawi juga hendaklah dipakai. Enam buah
badan persuratan lain telah menyokong syor Angkatan Sasterawan 50 itu, manakala
Lembaga Bahasa Melayu berpendapat bahawa tulisan Jawi dan Rumi adalah sama banyak
digunakan dalam persuratan Melayu. Akhirnya persidangan telah bersetuju dengan
keputusan mengiktiraf kedua-dua huruf Jawi dan Rumi sebagai huruf rasmi dalam
persuratan Melayu. Sesungguhnya keputusan yang diambil oleh Persidangan Persuratan
Melayu SeMalaya untuk mengiktiraf tulisan Jawi dan Rumi sebagai tulisan rasmi dalam
persuratan Melayu menunjukkan suatu langkah untuk memelihara kedua-dua tulisan
tersebut khasnya tulisan Jawi daripada luput ditelan zaman.

Translaterasi Rumi ke Jawi


.‫ ڤرس يداڠن ڤرس ورتن مالي و س ماليا ي ڠ ڤرت ام تل ه ددقن د س يڠاڤورا‬،1952 ‫ اڤريل‬12 ‫ڤد‬
‫ اورڠ واكي ل ڤرتوب وهن ڤرس ورتن‬200 ‫ك يرا‬-‫ڤرسيداڠن ايت تل ه دحاض يري اولي ه ك يرا‬
‫ كساتوان ڤرسكوتوان‬،‫ ڤرسورتن بوكو د راج دري نڬري جوهر‬،‫سڤرتي ايكتن بهاس ماليو‬
‫الين ڤرساتوان دري سلوروه‬-‫ دان الين‬50 ‫ اڠكتن سستراوان‬،‫ڬورو ماليو سمننجوڠ‬-‫ڬورو‬
‫ ڤرس يداڠن ايت مم بينچڠكن دڠن ترڤ رينچي س رتا ممبحثكن بركن أن ڤڠڬون اان‬.‫تانه مالي و‬
‫ برڤنداڤت بهاوا س وده‬50 ‫ اڠكتن سستراوان‬.‫توليسن رومي دان جاوي دالم ڤرسورتن ماليو‬
‫سمڤأي ماسڽ توليسن رومي داعتراف س چارا راس مي تت اڤي توليس ن ج اوي ج وڬ هندقل ه‬
‫ مانك اال‬،‫ ايت‬50 ‫ انم بواه بادن ڤرسورتن الين تله مڽوكوڠ ش ور اڠكتن سس تراوان‬.‫دڤاكاي‬
‫لمباڬ بهاس ماليو برڤنداڤت بهاوا توليس ن ج اوي دان رومي ادال ه س ام ب اڽق دڬون اكن دالم‬
‫دوا‬-‫ اخ يرڽ ڤرس يداڠن تل ه برس توجو دڠن كڤوتوس ن مڠيع تراف ك دوا‬.‫ڤرس ورتن مالي و‬
‫ سس وڠڬوهڽ‬.‫ح روف ج اوي دان رومي س باڬاي ح روف راس مي دالم ڤرس ورتن مالي و‬
‫كڤوتوسن يڠ دأمبيل اولي ه ڤرس يداڠن ڤرس ورتن مالي و س ماليا اونت وق مڠيع تراف توليس ن‬
‫جاوي دان رومي سباڬاي توليس ن راس مي دالم ڤرس ورتن مالي و منونج وقكن س واتو لڠك ه‬
‫دوا توليسن ترسبوت خاصڽ توليسن جاوي درڤد لوڤوت دتلن زمان‬-‫اونتوق ممليهارا كدوا‬.

You might also like