Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SYIAH SESAT

RISALAH PEMURNIAN AKIDAH (SISIPAN)

BUKTI KESESATAN SYIAH DARI KITAB-KITAB MEREKA

Usul Kafi Misbah Al-Hidayah Al-Istibshar Minhaj As-Shalihin Mukhtaaraat Al-Anwar An-Nu’maniyyah
Ila Al-Khilafah Syeikh at-Thaaifah Min Ahaadith Wa Sayyid Ni’mat Allah Al-
Wa Al-Wilayah Khitaabaat Musawi

Kesesatan Syiah terbukti dari kitab-kitab mereka. Di antara kesesatan dan kebejatan Syiah ialah menuduh sebahagian besar Sahabat Nabi s.a.w telah
murtad dan kafir, yakin imam-imam mereka sama taraf malah lebih tinggi dari nabi. Rukun Islam paling utama ialah mempercayai Imam dan bukannya
dua kalimah syahadah, Nabi s.a.w gagal dalam misi dakwah baginda, al-Qur’an yang ada sekarang telah diubah, mengamalkan nikah mut’ah (penzinaan),
taqiyyah (berbohong) adalah sebahagian dari agama, menganggap Ahlus Sunnah sebagai najis dan kafir, membenarkan liwat dan sebagainya.

Syiah Anggap Ahlus Sunnah Lebih Hina Dari Yahudi, Nasrani dan Musyrik

Terjemahan: Dengan sanad ini daripada Muhammad bin Ya’kub daripada Ahmad bin Idris daripada Muhammad bin
Ahmad bin Yahya daripada Ayyub bin Nuh daripada al-Wasya daripada orang yang menyebutkan daripada Abi `Abdillah
(Ja’far as-Sadiq) a.s bahawa beliau tidak suka sisa jilatan anak zina, Yahudi, Nasrani, Musyrik dan setiap orang yang
menyalahi Islam. Lebih dibenci ialah sisa jilatan Nasibi. (Rujukan: Syeikh at-Thaaifah Abi Ja’far at-Thusi al-Istibshar jil.1
hal.223)
Kesimpulan: Syiah membenci Ahlus Sunnah lebih daripada Yahudi, Nasrani, dan Musyrik sehinggakan kesan atau bekas
yang ditinggalkan oleh Ahlus Sunnah lebih hina daripada kesan atau bekas yang ditinggalkan oleh Yahudi, Nasrani dan
Musyrik.
Pautan video berkaitan – (Rujukan No 19)
**Nota: Nasibi ialah gelaran kepada Ahlus Sunnah yang digunakan oleh Syiah. Ini dibuktikan sendiri oleh al-Kulaini ketika beliau
meriwayatkan bahawa Imam Ja’far as-Sadiq menggelarkan Nasibi kepada Imam Abu Hanifah yang merupakan salah seorang imam Ahlus
Sunnah (Rujuk ar-Raudhah min al-Kafi jil.8 hal.2)

Syiah Mengatakan Percaya Kepada Imam Adalah Rukun Islam Paling Utama

Terjemahan: Daripada Abi Fudhail daripada Abi Ja’far a.s katanya: “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang,
zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak diseru kepada mana-mana rukun sebagaimana seruan kepada al-walayah.”
Daripada Fudhail bin Yasar daripada Abi Ja’far a.s katanya: “Islam dibina di atas sembahyang, zakat, puasa, haji dan
walayah. Tidak diseru kepada mana-mana rukun sebagaimana seruan kepada al-walayah”. Lalu manusia mengambil
keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, iaitu al-walayah.”
Daripada Ibn al-`Arzami daripada ayahnya daripada Ja’far as-Sadiq a.s, katanya: “Asas-asas Islam ada tiga, sembahyang,
zakat dan al-walayah. Tidak sah (beriman atau menegakkan) salah satu daripadanya kecuali mesti disertai dengan dua
asas lagi”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini, al-Usul min al-Kafi jil.2 hal.18)
Kesimpulan: Rukun Islam Syiah berbeza dengan Rukun Islam Ahlus Sunnah Wa al-Jamaah iaitu Syiah mengatakan ‘al-
walayah’ (iaitu percaya kepada Imam-imam) adalah rukun yang paling penting dan Syiah juga telah menolak salah satu
Rukun Islam paling utama di sisi Ahlus-Sunnah iaitu mengucap dua kalimah syahadah.

i
5
Syiah Yakin Imam-Imam Sama Dengan Nabi Dan Tidak Sempurna
Amalan Tanpa Beriman Kepada Imam-Imam

Terjemahan: Sesungguhnya imamah berada pada kedudukan para Nabi, warisan para washi, kepimpinan daripada
Allah dan kepimpinan daripada Rasulullah s.a.w seperti kedudukan Amir al-Mukminin a.s, pusaka Hasan dan
Husain a.s. Sesungguhnya imamah adalah teraju utama, peraturan kepada orang-orang Islam, kebaikan di dunia dan
kemuliaan kepada orang-orang beriman. Sesungguhnya imamah adalah asas Islam yang subur, dan cabangnya yang
tinggi. Kesempurnaan sembahyang, zakat, puasa, haji dan jihad adalah dengan (kepercayaan kepada) Imam. Dan juga
(kesempurnaan dengan Imam) menyempurnakan fai dan sedekah, melaksanakan hudud dan hukum-hukum dan
menghalang (mempertahankan) tempat sasaran musuh dan penjuru-penjuru (negara). (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob
al-Kulaini, al-Usul min al-kafi jil. 1 hal. 200)
Kesimpulan: Kedudukan Imam-Imam maksum di sisi Syiah adalah setaraf dengan kedudukan para nabi bahkan lebih
tinggi daripada nabi-nabi. Kepercayaan kepada Imam-imam sebagaimana pegangan Syiah adalah merupakan asas
kesempurnaan segala amalan; sama ada amalan di peringkat individu sehinggalah ke peringkat kenegaraan.

Khomeini Kata Sayyidina Ali Setaraf Dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Terjemahan: Syeikh dan ustaz kita al-`Arif al-Kamil Syeikh al-Abadi di dalam al-Ma’arif al-Ilahiyyah di hadapan murid-
muridnya: “Kalaulah Ali a.s muncul sebelum Rasulullah s.a.w pasti dia akan menyatakan syari’at sebagaimana yang
dinyatakan oleh nabi s.a.w dan dia pasti akan menjadi nabi serta rasul. Yang demikian adalah kerana kedua-duanya
sama dari segi kerohanian dan kedudukan-kedudukan maknawi (batin) dan zahir.” (Rujukan: Misbah al-Hidayah ila al-
Khilafah wa al-Wilayah al-Imam al-Khomeini hal. 153)
Kesimpulan: Khomeini dan Syiah telah melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dengan
menyatakan bahawa kedudukan Sayyidina `Ali r.a adalah setaraf dengan Nabi s.a.w. (Rujukan No 4)

Khomeini Tuduh Nabi-Nabi Gagal

Terjemahan: Setiap nabi datang untuk menegakkan keadilan. Tujuannya ialah untuk melaksanakannya ke seluruh
alam tetapi tidak berjaya. Sehinggakan penyudah sekalian nabi [1] yang datang untuk memperbaiki dan membersihkan
manusia serta melaksanakan keadilan juga tidak berjaya. Dan sesungguhnya orang-orang yang berjaya dengan menepati
sepenuhnya makna kalimah itu dan melaksanakan keadilan di semua penjuru alam adalah al-Mahdi al-Muntazar
(ditunggu-tunggu) [2] (Nota: [1] – Nabi Muhammad [2] –al-Mahdi al-Muntazar di sini bermaksud Imam ke-12 Syiah yang
didakwa ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)
(Rujukan: Mukhtaaraat min Ahaadith wa Khitaabaat al-Imam al-Khomeini hal. 42)
Kesimpulan: Khomeini dan Syiah telah melakukan penghinaan terhadap nabi-nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w
dengan mengatakan bahawa mereka tidak berjaya dalam tugas mereka.

Kahwin Mut’ah - Boleh Bernikah Dengan Isteri Orang

Ayatollah Ali al-Sistani


Masalah 260: ..... Adapun setelah menikah maka tidak dianjurkan bertanya tentang statusnya. Mengetahui status seorang wanita dalam nikah
mut’ah bukanlah syarat sahnya nikah mut’ah. (Minhaj as-Shalihin. Jilid 3 hal. 82)
Kesimpulan: Dalam nikah mut’ah dibolehkan mengahwini isteri orang dan pihak lelaki tidak perlu bertanya status pasangan wanitanya.
Hakikatnya, pernikahan batil ini tiada bezanya dengan penzinaan.

ii
Syiah Percaya Al-Quran Sekarang Adalah Tidak Asli

Terjemahan: 1 – Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Mahbub daripada `Amar
bin Abi al-Miqdam daripada Jabir katanya, aku mendengar Abu Ja’far a.s berkata : “Tidaklah seorang itu mendakwa
bahawa dia telah mengumpulkan al-Qur’an kesemuanya sebagaimana ia telah diturunkan melainkan dia adalah
seorang pendusta. Al-Qur’an tidak dihimpunkan dan dihafal sebagaimana diturunkan oleh Allah Taala kecuali oleh
Ali bin Abi Talib dan Imam-imam selepasnya a.s”.
2 – Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin Sinan daripada `Ammar
bin Marwan daripada Munakkhal daripada Jabir daripada Abi Ja’far a.s bahawa dia berkata: “Tidak seorang pun
mampu mendakwa bahawa keseluruhan al-Qur’an ada padanya sama ada zahir dan batinnya kecuali para wasi
(penerima wasiat iaitu Imam-imam).” (Usul al-Kafi jilid 1 ms. 228)
Kesimpulan: Syiah percaya bahawa al-Qur’an sebenar hanya dihimpunkan dan dihafal oleh Sayyidina `Ali
dan Imam-imam selepasnya (di sisi Syiah) dan bukannya dihimpunkan dah dihafal oleh Sahabat-sahabat r.anhum.
(Rujukan No 8)

Syiah Dakwa Sahabat Telah Murtad Selepas Nabi s.a.w. Wafat

Terjemahan: Hannan daripada ayahnya daipada Abu Ja’far a.s katanya: “Manusia (para sahabat) telah menjadi murtad
sepeninggalan Rasulullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku (perawi) bertanya: “Siapakah yang tiga itu?” Abu
Ja’far menjawab: “Al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.” (Rujukan: Muhammad bin Ya’kub al-
Kulaini, ar-Raudhah min al-kafi jil. 8 hal. 245)
Kesimpulan: Syiah beri’tikad bahawa semua sahabat Nabi s.a.w kecuali tiga orang telah murtad selepas kewafatan
baginda. Oleh itu, agama Islam (dan juga al-Qur’an) yang dikembangkan oleh sahabat-sahabat selepas kewafatan nabi
tidak boleh diyakini kerana mereka telah murtad. Di samping itu, Syiah juga ingin menyatakan bahawa Nabi s.a.w gagal
dalam mendidik mereka.
Pautan video berkaitan - (Rujukan No 5)

Syiah Mendakwa Taqiyyah Merupakan Amalan Yang Terpenting Dalam Agama

Terjemahan: Daripada Ma’mar bin Khallad katanya, saya bertanya Abu al-Hassan a.s tentang menghormati
(mentaati) pemimpin. Beliau menjawab: Abu Ja’far a.s berkata: “Taqiyyah adalah agamaku dan agama datuk nenekku.
Tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kub al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil.2
hal.219 & 200)
Kesimpulan: Syiah mengatakan amalan paling utama untuk menghampirkan diri kepada Allah ialah taqiyyah iaitu
berbohong dan bersikap hipokrit.

Syiah Berfatwa Harus Menyetubuhi Isteri Pada Dubur

Terjemahan: Daripada al-Barqiyy, beliau memarfu’kannya daripada Abi Abdillah a.s katanya: “Bila seseorang
menyetubuhi isterinya pada dubur lalu dia tidak sempat keluar air mani maka kedua-duanya tidak wajib mandi.
Jikalau dia keluar air mani maka wajib mandi ke atasnya dan isterinya tidak wajib mandi”. (Rujukan: Muhammad bin
Ya’kub al-Kulaini, al-Furu’ min al-Kafi jil.3 hal.47)
Kesimpulan: Syiah mengharuskan seseorang itu menyetubuhi isterinya pada dubur.

iii
Syiah Menganggap Ahlus Sunnah Adalah Kafir Dan Najis

Terjemahan: Adapun Nasibi*, keadaan dan hukum tentangnya maka telah diterangkan tentangnya iaitu dua perkara. Pertama, dalam
menerangkan makna Nasibi yang disebutkan di dalam riwayat-riwayat bahawa mereka adalah najis dan lebih buruk daripada Yahudi,
Nasrani dan Majusi. Mereka juga adalah kafir serta najis dengan kesepakatan ulama’ Imamiyyah (keredhaan Allah untuk mereka). Pendapat
yang dipegang oleh kebanyakan Khawarij dan sebahagian mereka tinggal di Waraa an-Nahr. Dan mereka (ulama’ Syiah) menyusun hukum-
hukum dalam bab bersuci, najis, kufur, iman, harus berkahwin dan tidak harus ke atas Nasibi berdasarkan makna di atas. (Rujukan: Sayyid
Ni’mat Allah al-Musawi al-Jazairi al-Anwar an-Nu’maniyyah jil.2 hal.306)
Kesimpulan: Syiah beri’tiqad bahawa Ahlus Sunnah adalah kafir, najis dan lebih teruk daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi. (Rujukan No 19)
*Nasibi ialah gelaran kepada Ahlus Sunnah yang digunakan oleh Syiah. Inilah sebabnya mengapa penganut Syiah pada hari ini tidak sedikit
pun merasa belas kasihan apabila membunuh rakyat Syria dari golongan Ahlus Sunnah

SELINGAN
PERANCANGAN STRATEGIK SYIAH UNTUK MELEBARKAN PENGARUH DI MALAYSIA
Berikut adalah langkah-langkah utama yang diambil oleh Syiah Malaysia untuk mengembangkan ajaran mereka;
1. Mempengaruhi ahli politik, tokoh, media, penulis, agamawan, ahli perniagaan dan lain-lain golongan berpengaruh.
2. Menggunakan kaedah taqiyyah (pura-pura) sebagai cara untuk menduduki jawatan penting dan strategik. Mereka berpura-pura
menghentam Syiah padahal hati mereka bersama Syiah.
3. Membesar-besarkan jumlah pengikut Syiah di Malaysia untuk menimbulkan rasa gerun terutamanya pihak berwajib. Dengan bilangan yang
besar, Syiah seolah-olah mempunyai kekuatan dan kuasa. Contohnya, Syiah telah mendakwa telah ada 1 juta penganut di Malaysia. Tujuannya
supaya pihak-pihak berkepentingan gerun dengan kekuatan Syiah dan tidak berani mengapa-apakan mereka.
4. Menyebarkan dakyah kononnya ajaran Islam itu berasal dari Ahlul Bait (Keluarga Nabi s.a.w). Di samping itu, mereka menyanjung,
membesar-besarkan dan membawa masuk ke Malaysia golongan “Habib” dan “Syed” supaya lama-kelamaan masyarakat berasa dekat dengan
Imam-imam Syiah yang dikatakan berketurunan Nabi s.a.w.
5. Memesrakan masyarakat dengan ajaran Syiah seperti berdo’a dengan memanggil nama Imam-imam mereka seperti “Ya `Ali! Ya `Ali
Madad! Ya Fatimah! Ya Husain” dll. Pada masa ini ianya disebarkan melalui lagu-lagu dan nasyid. Fatwa JAKIM yang melarang hal ini cuba
dibantah dengan mengatakan terpengaruh dengan “Wahabi”.
6. Membiasakan masyarakat amalan memuja peninggalan Imam-imam Syiah seperti kubur, kasut, baju, dll, dengan cara menyokong dan
membantu menyuburkan amalan memuja barang-barang lama peninggalan orang-orang alim Sunni seperti kasut, baju dll. Setelah ianya menjadi
serasi dengan masyarakat Ahlus Sunnah, Syiah akan memperkenalkan kesan peninggalan keturunan Nabi iaitu Imam-imam 12. Sesiapa yang
tidak bersetuju maka dikaitkan dengan “Wahabi”.
7. Mengaitkan penentang Syiah sebagai pengikut “Wahabi” dan tali barut Arab Saudi. Golongan ini tidak membela Syiah secara langsung, tapi
membela amalan-amalan bersumber dari Syiah dan menuduh sesiapa yang menentang amalan itu sebagai “Wahabi”. Akhirnya, masyarakat
kita tidak lagi fobia dengan Syiah dan pada masa yang sama jijik dengan golongan yang dituduh “Wahabi”.
8. Menjenamakan dan mendakyahkan amalan-amalan Syiah seperti cara berdoa, mengambil berkat, bernasyid, berselawat, zikir berirama sebagai
amalan Sunni tulen supaya amalan ini diterima oleh masyarakat sebagai amalan ahlus Sunnah wal Jamaah. Akhirnya, ajaran dan amalan-
amalan Syiah tidak lagi dianggap asing di negara ini.
9. Menubuhkan atau menyokokng kumpulan pro-Syiah tetapi berwajah Sunni. Mereka berperanan menyibukkan masyarakat untuk
menyerang sesama Sunni seperti menimbulkan perbalahan tentang isu “Di mana Allah” dan sebagainya.
10. Menjatuhkan kredibiliti tokoh ulama’ penting Sunni yang bertanggungjawab menjawab dan mendedahkan kesesatan Syiah seperti Ibn Taimiyyah dan
Ibn Qayyim. Pihak pro-Syiah mewar-warkan bahawa kedua-dua tokoh tersebut adalah sesat, dan buku-buku serta hujah mereka tidak boleh dibaca.
Padahal tokoh-tokoh ini telah diiktiraf di seluruh dunia dan telah memberi sumbangan yang besar kepada Islam.
11. Larikan fokus isu Syiah kepada isu-isu lain seperti perang di Palestin, Wahabi, Amerika dll. Contohnya, jika ada kumpulan hendak
melawan atau menjatuhkan Syiah, mereka akan berkata Wahabi lebih bahaya, Amerika yang memecah-belahkan kita, Syiahlah yang
membantu Palestin dll.
12. Berbaik dengan badan-badan hak asasi manusia dan tokoh-tokoh tempatan. Menghantar memorandum bantahan kepada badan-badan hak
asasi tersebut terhadap, kononnya, layanan tidak adil terhadap penganut Syiah di Malaysia.

Daftar Senarai Rujukan:


1. Video - Syiah Melayu – http://tinyurl.com/zw252j9 11. Video - Penyebaran Ajaran Syiah Melalui Karya Sastera - https://tinyurl.com/ybhxqpft
2. Facebook – Syiah - Mazhab Atau Agama - https://tinyurl.com/y7hzazev 12. Syiah Menyertai Ekspo Perdagagan & Kebudayaan - https://tinyurl.com/y7dcf48x
3. Persamaan Syiah Dan Yahudi – https://tinyurl.com/y8keqpak 13. Video - Ajaran pelik Syiah - http://tinyurl.com/huyvq86
4. Video - Syiah Menganggap Ali r.a. Sebagai Tuhan - https://tinyurl.com/y79zqbnt 14. Senarai ajaran pelik Syiah – http://tinyurl.com/gu5fa5m
5. Video Syiah Mengkafirkan Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. – http://tinyurl.com/gq9lyzs 15. Video - Syiah yang bunuh Saidina Husain - http://tinyurl.com/zz9dav4
6. Video - Tiada taqrib Sunni-Syiah – https://tinyurl.com/zzcvnzf 16. Video - Syiah Mengerjakan Haji Di Karbala - http://tinyurl.com/zmck3hv
7. Video - Syahadah Syiah - https://tinyurl.com/y9yxyq6g 17. Video - Syiah Cadang ubah kiblat ke Karbala - https://tinyurl.com/yccgmso9
8. Syiah dan al-Quran - https://tinyurl.com/y7vbsarp 18. Video - Azan Syiah - https://tinyurl.com/y8mo7p23
9. Video - Sheikh Yusuf al -Qaradhawi Bercakap Tentang Syiah Iran - 19. Video - Anggapan Syiah Terhadap Ahlus Sunnah - https://tinyurl.com/j8paj42
https://tinyurl.com/y7kusppk
10. Video - Al-Qardawi - Syiah Sesat - Tiada Taqrib Di Antara Sunni Dan Syiah -
https://tinyurl.com/y9x5r459
8
iv

You might also like