Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

BAB 3 PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

TUTORAN 7

► Soalan Struktur

1. a. Terangkan maksud kecenderungan mengguna sut (MPC). (1 markah)

b. Jelaskan maksud kecenderungan menabung sut (MPS). (1 markah)

c. Tafrikan maksud penggunaan dan terangkan dua (2) faktor yang mempengaruhi
penggunaan. (5 markah)

d. Takrifkan maksud tabungan dan terangkan dua (2) faktor yang mempengaruhi
tabungan. (5 markah)

2. a. Terangkan takrifan pelaburan. (1markah)

b. Jelaskan secara ringkas dua (2) faktor yang mempengaruhi pelaburan. (4 markah)

c. Terangkan kesan kejatuhan pelaburan kepada pendapatan negara. (2 markah)

► Soalan Esei & Kuantitatif

1. Berdasarkan fungsi penggunaan C = 200 + 0.75Y pada tingkat pendapatan berbeza,


jelaskan hubungan MPC dan MPS. (5 markah)

2. Bezakan antara pelaburan autonomi dengan pelaburan teraruh. (6 markah)

3. Berdasarkan gambar rajah yang sesuai, jelaskan perhubungan antara fungsi


penggunaan dengan fungsi tabungan. (10 markah)

13
BAB 3 PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

4. Jadual berikut menunjukkan maklumat tentang suatu ekonomi.


Diberi, Y = pendapatan negara dan C = penggunaan.

Y (RM Juta) C (RM Juta)


1300 1040
1400 1115
1500 1190
1600 1265

a. Hitung kecenderungan mengguna sut (MPC) dan kecenderungan menabung sut


(MPS) apabila pendapatan meningkat daripada RM1400 juta ke RM1500 juta.
(2 markah)

b. Bentukkan fungsi penggunaan dan fungsi tabungan. (2 markah)

c. Hitung keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi tersebut, jika


pelaburan (I) = RM175 juta. (2 markah)

d. Lakarkan rajah untuk menunjukkan keseimbangan pendapatan negara.


(2 markah)

5. Diberi fungsi tabungan, S = – RM16 juta + 0.25Y

Pendapatan Negara
Tabungan (RM Juta) Penggunaan (RM Juta)
(RM Juta)
0
80
160
240
320

a. Salin dan lengkapkan jadual di atas. (2 markah)

b. Dengan menggunakan pendekatan agregat dan pendekatan suntikan-bocoran,


hitung tingkat keseimbangan pendapatan negara sekiranya pelaburan (I) ialah
RM24 juta. (4 markah)

c. Lakarkan rajah bagi kedua-dua pendekatan bagi menunjukkan keseimbangan


pendapatan negara ekonomi di atas. (4 markah)

14
BAB 3 PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

TUTORAN 8
► Soalan Esei & Kuantitatif

1. Pertambahan dalam pelaburan akan menyebabkan pertambahan dalam


keluaran negara. Bincangkan penyataan ini dengan menggunakan pendekatan
agregat. (10 markah)

2. Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara


dengan menggunakan pendekatan suntikan-bocoran dalam sebuah ekonomi.

S, I (RM Juta) S

100 I

0 250 500 Pendapatan Negara


0 (RM Juta)
I

a. Hitung kecenderungan mengguna sut (MPC). (2 markah)

b. Bentukkan fungsi S bagi ekonomi ini. (2 markah)

c. Jika pelaburan bertambah sebanyak RM50 juta, hitungkan keseimbangan


pendapatan negara yang baru. (2 markah)

d. Dengan menggunakan pendekatan agregat, Lakarkan gambar rajah yang


menunjukkan kesan pertambahan pelaburan tersebut terhadap
keseimbangan pendapatan negara. (3 markah)

15
BAB 3 PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

3. Dalam sebuah ekonomi dua sektor apabila pendapatan meningkat daripada


RM500 juta kepada RM600 juta, penggunaan isirumah meningkat daripada
RM470 juta kepada RM550 juta. Pelaburan autonomi ialah RM100 juta.

a. Nyatakan fungsi penggunaan dan fungsi tabungan. (2 markah)


.
b. Lengkapkan jadual di bawah. (4 markah)

Pendapatan Penggunaan Tabungan Pelaburan Perbelanjaan


Negara (Y) (C) (S) (I) Agregat
600
700
800
900
1000

c. Hitung tingkat keseimbangan pendapatan negara dengan menggunakan


pendekatan suntikan - bocoran. (2 markah)

d. Hitung tingkat pendapatan negara yang baru apabila pelaburan meningkat


daripada RM100 juta kepada RM300 juta dengan menggunakan
pendekatan pengganda. (2 markah)

16
BAB 3 PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

TUTORAN 9

► Soalan Struktur

1. Terangkan maksud keseimbangan pendapatan dalam ekonomi tiga sektor.


(2 markah)

2. Berikan definisi suntikan dan bocoran. (3 markah)

3. Terangkan kesan suntikan dan bocoran kepada aliran pusingan pendapatan


negara. (4 markah)

4. Apakah yang dimaksudkan dengan penganda. (1 markah)

► Soalan Esei & Kuantitatif

1. Berbantukan rajah AE - AS, terangkan bagaimana keseimbangan dicapai


dalam ekonomi tiga sektor. (8 markah)

2. Dengan bantuan rajah suntikan dan bocoran dalam ekonomi tiga sektor,
tunjukkan kesan kepada keseimbangan pendapatan negara apabila cukai
turun. (7 markah)

3. Dalam ekonomi tiga sektor, diberi fungsi penggunaan C = 1000 + 0.75Yd, I


= RM1000 juta , G = RM500 juta dan cukai lum-sum T = RM200 juta.

Berdasarkan maklumat di atas:

a. Bentukkan fungsi penggunaan selepas cukai. (1 markah)

b. Bentukkan fungsi tabungan sebelum dan selepas cukai. (2 markah)

c. Lakarkan keluk fungsi tabungan dan penggunaan sebelum dan selepas


cukai. (3 markah)

d. Hitung tingkat keseimbangan pendapatan negara dengan mengunakan


pendekatan AE - AS dan pendekatan suntikan - bocoran. (4 markah)

17
BAB 3 PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

4. Dalam sebuah ekonomi dua sektor, diberi fungsi penggunaan, C = RM1000


juta + 0.8Yd dan pelaburan, I = RM2000 juta.

a. Hitung keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi itu berdasarkan


pendekatan suntikan-bocoran. (2 markah)

b. Berdasarkan pendekatan suntikan-bocoran, hitung keseimbangan


pendapatan negara yang baru jika cukai dikenakan sebanyak RM200 juta
dan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta. (3 markah)

c. Lakarkan keluk untuk menunjukkan keseimbangan pendapatan negara


asal dan keseimbangan pendapatan negara baru dalam satu gambarajah
menggunakan pendekatan suntikan-bocoran. (3 markah)

d. Andaikan kerajaan menurunkan cukai sebanyak 10% daripada cukai asal.

Hitung:
i. Perubahan penggunaan isirumah. (1 markah)

ii. Pengganda ekonomi. (1 markah)

18
BAB 3 PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

TUTORAN 10

► Soalan Struktur

1. a. Takrifkan maksud permintaan agregat. (1 markah)

b. Jelaskan secara ringkas tiga (3) faktor yang menyebabkan keluk


permintaan agregat beralih ke kanan. (6 markah)

c. Terangkan secara ringkas dua (2) faktor yang menyebabkan keluk


penawaran agregat beralih ke kiri. (4 markah)

► Soalan Esei & Kuantitatif

1. Pilih satu daripada faktor yang dinyatakan pada soalan (b), bahagian soalan struktur dan
huraikan bagaimana pendapatan benar dan tingkat harga dipengaruhi oleh perubahan ini.
(8 markah)

2. Berbantukan rajah AD - AS, terangkan kesan kejatuhan harga input kepada keseimbangan
pendapatan negara. (8 markah)

3. a. Rajah menunjukkan fungsi penggunaan, pelaburan dan perbelanjaan aggregat sebuah


ekonomi.
AE Y = AE

C+I+G
C+I
C = 100 + 0.75Y
350
200
100

0 Y0 Y1 Y2 Pendapatan Negara (RM Juta)

i. Berapakah nilai pelaburan dan perbelanjaan kerajaan? (2 markah)

ii. Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara pada Y1 dan Y2?


(3 markah)

iii. Berapakah paras tingkat pendapatan bila tabungan sifar? (2markah)

19
BAB 3 PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

b. Rajah menunjukkan fungsi tabungan (S), pelaburan (I) dan perbelanjaan kerajaan (G)
negara A.

Suntikan, bocoran
S

300 I+ G

150 I

0 Y Ye Pendapatan Negara
(RM Juta)
-80

i. Andaikan MPC = 0.8, tuliskan fungsi tabungan. (1 markah)

ii. Dengan menggunakan pendekatan suntikan-bocoran, berapakah nilai tingkat


keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor dan ekonomi tiga
sektor. (3 markah)

4. Dalam sebuah ekonomi 3 sektor, fungsi-fungsi perbelanjaan agregat terdiri daripada


penggunaan (C ) = RM50 juta + 0.8Yd di mana Yd adalah pendapatan bolehguna,
pelaburan (I) = RM50 juta, perbelanjaan kerajaan (G) = RM100 juta dan cukai lump-
sum (T) = RM20 juta.

Berdasarkan maklumat di atas,

a. Hitung keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi tersebut.


(3 markah)

b. Tentukan tingkat keseimbangan pendapatan negara yang baru akibat daripada


pengurangan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM30 juta. (3 markah)

c. Berdasarkan jawapan bagi soalan (b), Jika pendapatan negara pada tingkat
guna tenaga penuh ialah RM1000 juta,

i Berapakah lompang deflasi ? (2 markah)

ii. Jika kerajaan ingin menggunakan dasar belanjawan untuk mengatasi Lompang
deflasi ini, berapa banyakah perbelanjaan kerajaan (G) harus ditambahkan supaya
ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh semula. (2 markah)

iii. Lakar rajah yang menunjukkan keadaan soalan b dan c dengan menggunakan
pendekatan agregat dan suntikan –bocoran. (3 markah)

20
BAB 3 PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

TUTORAN 11
► Soalan Esei & Kuantitatif

1. Dengan bantuan gambarajah AD - AS, terangkan bagaimana keseimbangan


pendapatan negara benar dicapai. (10 markah)

2. Nilai kecenderungan mengguna sut (MPC) dalam sebuah ekonomi adalah 0.8, pendapatan
(Y) adalah bersamaan dengan penggunaan (C) pada tingkat pendapatan RM8000 juta dan
cukai (T) = RM800 juta pada setiap tingkat pendapatan. Berdasarkan maklumat tersebut :

a. Salin dan lengkapkan jadual berikut (4 markah)

Pendapatan
Pendapatan Cukai Penggunaan Tabungan
Bolehguna
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
(RM Juta)
4000 800 3200 4800 – 1600
8000
12000
16000
20000
24000

b. Daripada jadual di atas, bentukkan fungsi penggunaan (C) dalam ekonomi tersebut.
(2 markah)

c. Jika pelaburan (I) adalah RM1000 juta dan perbelanjaan kerajaan (G) adalah RM1400
juta, hitungkan tingkat keseimbangan pendapatan negara berdasarkan pendekatan
agregat. (2 markah)

d. Jika tingkat keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh ialah RM24000
juta.

i. Hitung lompang deflasi yang wujud dalam ekonomi tersebut ? (1 markah)

ii. Jika kerajaan ingin menggunakan polisi cukai untuk mencapai tingkat guna
tenaga penuh, berapa banyakah cukai harus dikurangkan untuk mencapai
matlamat tersebut. (2 markah)

21
BAB 3 PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA

3. Dalam sebuah ekonomi 3 sektor fungsi penggunaan diberi sebagai C = 300 + 0.9Yd,
pelaburan (I) = 240, perbelanjaan kerajaan (G) = 60 dan cukai (T) = 200 dengan C sebagai
penggunaan isirumah dan Yd ialah pendapatan bolehguna. Semua nilai dalam RM juta.

a. Hitung tingkat keseimbangan ekonomi ini. (2 markah)

b. Sekiranya pendapatan negara pada guna tenaga penuh ialah RM4000 juta, berapakah
jurang KNK dan lompang yang wujud? (3 markah)

c. Berapakah perubahan cukai diperlukan untuk menutup lompang tersebut. (2 markah)

d. Lakar rajah AE-AS dan J-W untuk menunjukkan keadaan pada soalan a, b dan c.
(3 markah)

22

You might also like