Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

2

SULIT 011
BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Sebentar lagi _______________ akan berangkat ke balairung seri untuk majlis bersama
rakyat,” titah Sultan Alauddin Shah kepada laksamana.

A patik
B tuanku
C hamba
D beta

2 Dua orang pencuri itu diberkas oleh polis kerana ________________telah meragut beg
tangan seorang wanita.
A dia
B beliau
C mereka
D baginda

3 Ammar dan abangnya hendak _____________ restoran bersama keluarga mereka


________________meraikan ulang tahun kelahiran ibu mereka.
A di ... demi
B ke ... demi
C di ... untuk
D ke ... untuk

4 Khairi _______________ menunggu kawannya di perhentian teksi itu pada minggu lepas

011 SULIT
3
SULIT 011
sambil memerhatikan keadaan sekeliling.
A sedang
B mungkin
C pernah
D akan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Adnan _______________ melalui tingkap rumah kerana terdengar suara orang


memanggilnya.

A menoleh
B mengintip
C mengintai
D menjenguk

6 Wanita yang anggun itu memakai baju kurung moden dengan potongan ______________ di
sebelah kiri.

A serong
B sendeng
C condong
D bengkok
7 Tali itu ditarik sehingga _____________ dan diikat pada sebatang pokok kelapa.
A tegang

011 SULIT
4
SULIT 011
B kejur
C kaku
D kejang

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Mak Limah telah meletakkan se______________ kacip dan se________________


tepak sirih di atas meja.
A batang ... buah
B bilah ... buah
C berkas ... biji
D bentuk ... biji

9 Sugumaran menyimpan baki ______________ yang diberikan oleh ibunya ke dalam tabung.
A wang pendahuluan
B wang hantaran
C wang muka
D wang saku

10 Pada hari ______________, kami sering menziarahi datuk dan nenek di kampung.

A melepaskan
B kelepasan
C pelepasan
D perlepasan

011 SULIT
5
SULIT 011
11 Jasa ________________ yang memperjuangkan tanah air wajar disanjung dan dihargai.
A olahragawan
B cendiakawan
C negarawan
D ilmuwan

Pak Mail mengusahakan perusahaan kerepek dengan


bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

12 Simpulan bahasa yang sesuai bagi pernyataan di atas ialah _________________ .

A mandi peluh

B titik peluh

C putih mata

D putih tulang

Selendang suri corak beragi,


Manik menghiasi cantik sulamnya;
Guru bestari beriltizam tinggi,
Penuh dedikasi melaksanakan
tugasnya .TTTtugasnya.
13 Perkataan seerti bagi dedikasi ialah _____________ .
A ketekunan
B keprihatinan
C bekerjasama
D kerajinan

011 SULIT
6
SULIT 011
Pilih ayat yang betul.

14 I Banyak kanak-kanak yang bermain di taman rekreasi bersama-sama


keluarga.
II Sesetengah penonton berbaris untuk membeli tiket di Stadium Bukit Jalil.
III Hanya murid Tahun Enam Mawar sahaja yang perlu berkumpul di kantin.
IV Tolong jangan bising semasa guru tiada di dalam bilik darjah.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

15 I Gasing berputar dengan kencang apabila dilemparkan ke tanah.


II Tendangannya yang kencang telah menyebabkan bola itu keluar
padang.
III Angin yang kencang menyebabkan beberapa batang pokok telah
tumbang.
IV Kita tidak digalakkan bercakap kencang dengan kedua ibu bapa.
A I dan II

B II dan III

011 SULIT
7
SULIT 011
C II dan IV

D III dan IV

Pilih jawapan yang betul.


16 Siapakah yang akan mewakili Bulan Sabit Merah Malaysia dalam mesyuarat itu nanti?
A Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan ditangguhkan.
B Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan diwakili oleh Encik Wong.
C Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan diadakan pada hari Khamis.
D Mesyuarat Bulan Sabit Merah Malaysia itu akan dipengerusikan Encik Wong.

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Alam sekitar ialah alam di sekeliling kita seperti sungai, tumbuh-tumbuhan dan bukit-bukau.
Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan
kehidupan kita lebih baik.

    Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita. Alam sekitar yang terpelihara akan dapat
mendamaikan jiwa kita. Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal. Selain itu,
alam sekitar yang tidak  tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.

     Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana menjadi unsur penting dalam keseimbangan
alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluarkan gas oksigen. Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia
untuk pernafasan. Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan sumber
makanan.

    Selain itu, bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara. Hutan tebal yang
menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan. Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai

011 SULIT
8
SULIT 011

jenis haiwan seperti harimau, singa dan gajah. Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu
dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

    Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu dipelihara.
Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita. Lautan yang terbentang luas menjadi
tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan. Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar
tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

    Sesungguhnya, kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Alam sekitar yang
bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar yang terpelihara merupakan
hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang.

17 Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana


A menjadikan tempat tinggal haiwan.
B membantu mengekalkan keseimbangan alam.
C menjadikan jiwa lebih tenang dan damai.
D meningkatkan kunjungan pelancong.

18 Mengapakah gas oksigen sangat penting kepada manusia?


A Merupakan sumber makanan
B Membantu keseimbangan alam
C Memudahkan proses pembiakan
D Membantu sistem pernafasan

19 Terdapat pelbagai kepentingan sungai dan lautan kecuali

A merupakan hasil tangkapan para nelayan.


B membantu sistem pembiakan kehidupan laut.
C memajukan aktiviti pembalakan dan pertanian.
D merupakan sumber bekalan air kepada manusia.

20 Rangkai kata menjadi habitat dalam petikan bermaksud

011 SULIT
9
SULIT 011

A tempat tinggal.
B tempat menginap.
C tempat beristirahat.
D tempat persinggahan.

011 SULIT

You might also like