Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pentadbiran Bahagian Bintulu 1

CADANGAN PROJEK KECIL PEMBANGUNAN DAN PEMULIHAN DI SARAWAK


LEMBAGA KUMPULAN WANG KAWASAN KONSESI HUTAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN BANDAR DAN SUMBER ASLI
NAMA PROJEK : 1. BINA BARU SURAU DARUL FALAH KAMPUNG WAWASAN JAYA
TAHUN : 2018
PEJABAT/AGENSI : PEJABAT DAERAH BINTULU
ANGGARAN KOS PROJEK : RM500,000.00
DAERAH : BINTULU
KAWASAN PEMBALAKAN : NO. LPF/003 DAIKEN SARAWAK SDN. BHD.
TEMPOH : 08.12.1998 - 07.12.2058
LOKASI : SIMILAJAU FR JLN SIMPANG BAKUN, SG. SIMILAJAU,
LAVANG
KAWASAN DUN : N 70 SAMALAJU
KAWASAN PARLIMEN : P 217 BINTULU

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Surau Darul Falah termasuk bangunan tadika telah dirobohkan pada bulan Julai, 2017 kerana
terletak dalam jajaran Lebuhraya Pan Borneo. JKKK surau dan kampung telah dibayar
pampasan untuk tujuan tersebut bagi menampung kos pentadbiran surau yang baru nanti.

Tapak baru untuk surau telah dikenalpasti yang mana tanah tersebut adalah milik Ketua
Kampung Wawasan Jaya. Beliau telah mewakafkan tanah tersebut untuk tujuan pembinaan
surau dan tadika. Salinan surat wakaf dan LoU di antara Daiken Sarawak Sdn. Bhd. dan JKKK
Kampung Wawasan Jaya seperti berlampir.

Tapak baru ini telah diratakan oleh pihak kontraktor Lebuhraya Borneo Utara Sdn. Bhd.
sebagai sebahagian daripada inisiatif Corporate Social Responsibility (CSR) mereka kepada
masyarakat setempat. Jabatan Tanah & Survei Bintulu juga telah membuat penandaan
sempadan di tapak baru tersebut.

2.0 OBJEKTIF PROJEK

Menyediakan tempat beribadah yang selesa dan kondusif serta aktiviti gotong-royong
kepada penduduk di Kampung Wawasan Jaya dan penduduk Kampung Wawasan Rajawali
yang berdekatan serta orang awam yang menggunakan laluan Jalan Bintulu – Miri.

3.0 KUMPULAN SASAR/PENERIMA PROJEK

Projek ini akan memberi manafaat kepada penduduk Kampung Wawasan Jaya, Kampung
Wawasan Rajawali dan orang awam yang menggunakan laluan Jalan Bintulu – Miri dan
Simpang Bakun serta pekerja ladang sawit berdekatan.

1
Pentadbiran Bahagian Bintulu 2

Kampung Wawasan Jaya dan Kampung Wawasan Rajawali mempunyai anggaran sebanyak
67 buah rumah dengan purata jumlah bilangan ahli isi rumah sebanyak 5 orang menjadikan
anggaran jumlah keseluruhan seramai 335 orang.

Pada masa kini, penduduk kampung Wawasan Jaya mengambil inisiatif untuk bergerak ke
lokasi surau yang berdekatan bagi menunaikan solat berjemaah atau Solat Jumaat dan
seterusnya memberi kesan kepada ruangan surau yang tidak mencukupi. Sehubungan itu,
keperluan kepada pembinaan surau yang berkapasiti lebih besar dan luas untuk kegunaan
komuniti di sana serta sekitarnya adalah suatu yang amat mendesak.

4.0 KOMPONEN PROJEK

Bangunan surau baru ini akan dilengkapi dengan ;

a) Bilik Imam

b) Ruang solat dan koridor

c) Mimbar

d) Tempat wudhu

e) Tandas

f) Bilik Sumber dan Jawatankuasa Surau

g) Tempat letak kereta

h) Bekalan air dan elektrik

5.0 LOKALITI PROJEK

Batu 36, Kampung Wawasan Jaya, Jalan Bintulu – Miri, 97000 Bintulu

6.0 ANGGARAN KOS PROJEK

RM500,000.00 (termasuk GST)

7.0 UNJURAN PROJEK

Tempoh siap projek 6 bulan

2
Pentadbiran Bahagian Bintulu 3

8.0 JANGKAAN OUTCOME DAN FAEDAH PROJEK

Surau baru tersebut akan memberi manafaat kepada penduduk di kampung tersebut dan
kampung berdekatan untuk dijadikan sebagai institusi keagamaan dan pusat ilmiah bagi
mendidik generasi muda agar pembangunan rohani seimbang dengan pembangunan fizikal.

Selain itu juga, perancangan aktiviti kemasyarakatan dapat diadakan bagi mengeratkan
hubungan silaturahim dikalangan penduduk setempat.

9.0 JUSTIFIKASI PROJEK

Agensi Pelaksana : Pejabat Daerah Bintulu

Agensi Teknikal : Jabatan Kerja Raya Bintulu

Penyediaan BQ projek : standard design, Bill of Quantity (BQ) dan spesifikasi surau

oleh Jabatan Kerja Raya Bintulu

Kaedah Perolehan : Sebutharga melalui Jawatankuasa Tender Bahagian

Kos Projek : RM500,000.00 (termasuk GST)

Tempoh Siap : 6 bulan

Status Tapak : Tanah wakaf dan telah diratakan untuk tujuan pembinaan

Surau baru (salinan LoU dan surat tanah wakaf di rujuk di

Lampiran A)

Cadangan projek ini tidak bertindih dengan mana-mana projek di bawah Rural
Transformation Projects, Projek Mesra Rakyat, Projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11
atau mana-mana Minor Rural Projects.

Seperti yang sedia maklum, atas dasar kemanusiaan pihak Lebuhraya Pan Borneo Sdn Bhd
bersetuju untuk meratakan tapak tersebut tanpa melibatkan sebarang kos dan meletakkan
usaha ini sebagai sebahagian daripada inisiatif Corporate Social Responsibility (CSR) mereka
kepada masyarakat setempat. Proses perataan apak ini juga akan melibatkan tapak bagi
pembinaan bangunan tadika dan perkarangan tempat letak kereta selain daripada surau.

Setakat 18 Disember 2017, pihak kontraktor Lebuhraya Pan Borneo Sdn Bhd memaklumkan
hanya beberapa proses slope cutting lagi untuk dilaksanakan sebelum ianya selesai. Kerja-
kerja merata tapak ini agak memakan masa kerana faktor cuaca hujan yang berterusan dan
mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku serta memastikan kawasan tapak tanah
yang telah diratakan adalah stabil untuk pembinaan.

3
Pentadbiran Bahagian Bintulu 4

Gambar semasa kerja-kerja meratakan tapak tanah wakaf di sebelah kediaman Ketua Kaum Bisnoor di
Kampung Wawasan Jaya.

10.0 KESIMPULAN

Pembinaan segera surau baru tersebut amat diperlukan oleh penduduk di Kampung
Wawasan Jaya memandangkan pada masa ini mereka belum lagi ada surau dan terpaksa
bergerak ke surau berdekatan untuk solat Jumaat dan aktiviti keagamaan.

Kos pampasan yang diterima untuk projek lebuhraya Pan Borneo adalah untuk menampung
kos urus tadbir dan pembelian peralatan dan kelengkapan surau dan tadika nanti.

You might also like