Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BAB 2:SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT

KERAJAAN ALAM MELAYU


BAHAGIAN A
1. Kerajaan Funan dibahagikan kepada tujuh buah wilayah.
Siapakah yang dilantik untuk mengetuai wilayah-wilayah tersebut?
A Putera raja
B Pembesar pusat
C Golongan agama
D Golongan tentera

2. Yuvaraja telah dilantik sebagai pembantu raja dalam kerajaan Srivijaya.


Apakah maksud Yuvaraja?
A Raja Kecil
B Raja Muda
C Putera sulong
D Putera Mahkota
3. Maklumat berikut berkaitan dengan gelaran raja di kerajaan Alam Melayu.

 Maharaja
 Sri Bathara
 Sri Maharaja

Apakah kerajaan yang menggunakan gelaran tersebut?


A Kerajaan Angkor
B Kerajaan Majapahit
C Kerajaan Kedah Tua
D Kerajaan Gangga Nagara

4. Mengapakah raja-raja Champa diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci?
A Dikaitkan dengan Dewa Siva
B Dibantu oleh golongan agama
C Dilantik mengetuai pentadbiran
D Dianggap sebagai ketua kerajaan

5. Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiranwilayah kerajaan Srivijaya.


Pentadbiran Keturunan

Kedatuan Datu berketurunan raja

X Datu bukan berketurunan raja

Siapakah pentadbir X?
A Pradatuan
B Pakuwuan
C Kabupaten
D Kebuyutan

6. Rajah berikut merupakan hierarki pentadbiran di kerajaan Angkor.

X
Raja Raja Muda

Apakah X?
A Pembesar
B Permaisuri
C Ketua bandar
D Kerabat diraja

7. Antara berikut, yang manakah tugas ketua kerajaan bagi Kerajaan Kedah Tua?
I Mengawal keamanan
II Menjaga keselamatan
III Memajukan perdagangan
IV Menguruskan keagamaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8. Maklumat berikut berkaitan dengan kejayaan kerajaan Angkor.


Menghasilkan beras yang mencukupi untuk
menampung keperluan rakyat
Apakah faktor kejayaan tersebut?
A Membuka kawasan baru
B Membina sistem pengairan
C Membawa masuk buruh luar
D Menggunakan tanaman bergilir

9. Apakah tugas Ketua Air dalam kerajaan Champa?


A Menjaga perairan negara
B Membekalkan bekalan air
C Membina sistem perparitan
D Menyelenggarakan terusan

10. Jawatan berikut telah dilantik oleh kerajaan Srivijaya di kawasan pelabuhan.

Tuhan Vatakvurah

Apakah tugas jawatan tersebut?


A Mengutip cukai barangan
B Menentukan harga barangan
C Mengawal keselamatan negara
D Menyelia kegiatan perdagangan

11. Apakah barang dagangan yang diperlukan oleh pedagang India di Alam Melayu?
A Garam
B Mangkuk
C Kapur barus
D Sarang burung

12. Mengapakah pemerintah kerajaan Angkor membina baray?


A Menyimpan air
B Menyuburkan tanah
C Mengelakkan banjir
D Mempertahankan negara

13. Kerajaan Majapahit telah membina beberapa sistem pengairan.


Apakah kesan pembinaan sistem pengairan tersebut?
A Melicinkan kegiatan menternak binatang
B Memudahkan kemasukan pedagang luar
C Meningkatkan pengeluaran padi sawah
D Mengatasi masalah banjir

14. Maklumat berikut merupakan barang dagangan yang dibeli oleh pedagang Arab di
Alam Melayu.

 Rempah
 Kayu wangi

Mengapakah pedagang Arab membeli barang dagangan tersebut?


A Didagangkan semula
B Dibuat minyak wangi
C Dianggap barang mewah
D Dijadikan bahan masakan

15. Apakah kegunaan gaharu oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu?


A Bahan pewangi
B Bahan makanan
C Produk kesihatan
D Barang perhiasan

16. Apakah hasil hutan yang sesuai digunakan sebagai bahan binaan dan barang
kraftangan?
A Rotan
B Damar
C Gading
D Gaharu

17. Rajah berikut merujuk kepada sebuah kerajaan Alam Melayu.

X
Tanah yang subur Terletak di Sungai Mekong
Apakah kerajaan X?
A Majapahit
B Srivijaya
C Angkor
D Champa

18. Pilih pasangan yang tepat berkaitan dengan pengeluar rempah ratus di Alam Melayu.
Rempah Ratus Lokasi Pengeluar

A Buah pala Jawa

B Lada Hitam Pulau Banda

C Jintan manis Hulu Musi

D Bunga cengkih Kepulauan Maluku

19. Antara berikut, yang manakah merupakan pusat perlombongan bijih besi di Angkor?
A Indrapura
B Amaravati
C Pergunungan Hue
D Pergunungan Phnom Dek

20. Sistem beraja di Alam Melayu terbahagi kepada pemerintahan pusat dan wilayah.
Apakah kesan pembahagian pemerintahan tersebut?
A Meningkatkan kemajuan ekonomi
B Menjaga kebajikan masyarakat
C Mengekalkan keharmonian
D Mewujudkan kestabilan

You might also like