Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

LATIHAN 1:

NAMA:

B I N A
MEM TANYA
TINGKATAN:

TARIKH:

A Y A T
Baca ayat-ayat di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, bina ayat
tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Penggunaan kata
tanya hendaklah bersesuaian dengan perkataan atau rangkai kata
yang bergaris.

1. Doktor Azizan merupakan ahli perniagaan yang terkenal pada abad ini.

2. Kaki Rahimi patah kerana terjatuh daripada pokok manggis.

3. Cik Ashila membeli selendang itu di Butik Bella Ammara.

4. Izrin berkunjung ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu.


5. Encik Roshan telah bekerja di syarikat penerbitan itu selama 35 tahun.

6. Hanif berjaya menjadi seorang doktor kerana dia rajin berusaha.

7. Jumlah murid yang akan menyertai lawatan itu ialah 40 orang.

8. Penulis novel itu ialah bekas mahasiswa Universiti Malaya.

9. Tugas CIkgu Azriana di SK Bukit Mewah adalah menjaga kebajikan


pelajar.

10. Sultan Mansur Syah mangkat pada tahun 1477.


LATIHAN 2:
SP: 1.5.1 Mengemukakan soalan bercapah
untuk mencungkil pendapat yang sesuai
secara bertatasusila.

Semarakkan
Hubungan
Rakyat berbilang kaum menyambut pelbagai jenis perayaan sepanjang tahun dalam keadaan
yang meriah serta muhibah. Kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa sebanyak enam
perayaan kaum utama di Malaysia dianggap sebagai perayaan utama dan akan disambut
sebagai perayaan peringkat nasional iaitu sambutan Hari Raya Aidilfitri, perayaan Tahun
Baharu Cina, Hari Krismas, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Keamatan. Pada setiap perayaan,
tradisi mengadakan rumah terbuka telah menjadi keistimewaan Malaysia yang
menggambarkan semangat perpaduan sudah dipupuk kukuh dalam kalangan masyarakat.
Melalui tradisi ini, pelbagai kaum kunjung-mengunjungi bagi bersama-sama memeriahkan
perayaan dan berkongsi kegembiraan. Apabila menghadirkan diri ke rumah terbuka sesuatu
kaum, kita dapat memahami budaya mereka dan merasai makanan tradisional yang
membangkitkan selera. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan
harmoni, para pelancong telah tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia.
Berdasarkan bahan bacaan di atas, bina 3 soalan bercapah yang
sesuai.

1. _____________________________________________________?

2. _____________________________________________________?

3. _____________________________________________________?

APAKAH
MAKSUD
SOALAN
BERCAPAH?

You might also like