Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Panitia Agama Islam dan j-QAF,

Sekolah Kebangsaan Gintong


27050 Jerantut,
Pahang Darul Makmur.

1 JUN 2018
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Perian,
27050 Jerantut
Pahang Darul Makmur.

Tuan,
MEMOHON PERUNTUKAN KEGIATAN AGAMA ISLAM BAGI AKTIVITI
KHATAM AL-QURAN 2018
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa aktiviti Khatam al-Quran akan diadakan pada :

Tarikh : 08 JUN 2018


Hari : JUMAAT
Tempat : DEWAN SK PERIAN

3. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja serta anggaran perbelanjaan aktiviti tersebut.
4. Semoga dalam perhatian serta tindakan pihak tuan.
Sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

SURAYAWATI BT ABU BAKAR


Penyelaras Program Ihya Ramadhan,
SK Perian 2018
SEKOLAH KEBANGSAAN PERIAN
27050 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEKOLAH KEBANGSAAN PERIAN 2018

1. MUQADIMAH
Majlis Khatam al-Quran ini merupakan satu aktiviti yang dirancang dalam program
Pendidikan Islam di bawah anjuran Surau al-Muttaqqiin. Majlis ini adalah bertujuan untuk
memberi kesedaran serta keinsafan dalam diri pelajar dari segi rohani dan jasmani dalam
menyemarakkan suasana bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.
Menyedari bahawa pada bulan Ramadhan adalah satu-satunya bulan yang mendapat
keberkatan berbanding dengan bulan-bulan yang lain, maka Panitia Pendidikan Islam telah
menganjurkan satu program bertepatan dengan bulan Ramadhan iaitu program Tadarrus al-
Quran dan diakhirnya diadakan majlis Khatam al-Quran bagi menambah semangat dan
dorongan kepada pelajar yang mengikuti program ‘Ihya Ramadhan dan juga murid-murid
yang lain.

2. OBJEKTIF
a) Memberi motivasi dan keyakinan kepada murid dapat menjalankan ibadah puasa
dengan lebih sempurna dan zuhud.
b) Memberi pengalaman, pengetahuan serta kemahiran kepada murid-murid untuk
mengendalikan aktiviti harian, ketrampilan diri bagi mencapai kecemerlangan diri
di dunia dan di akhirat.
c) Dapat melahirkan dan membina pelajar yang cemerlang, penyayang, berakhlak
mulia, berilmu dan berkemahiran untuk mengimbangi duniawi dan ukhrawi.
d) Murid dapat membezakan perkara yang baik dan buruk sebelum melakukan
sesuatu tindakan seterusnya dapat berdikari.
3. SASARAN
Murid-murid SK Perian - Tahun 2 : 7 orang
- Tahun 3 : 5 orang
- Tahun 4 : 5 orang
- Tahun 5 : 17 orang
- Tahun 6 : 15 orang
Jumlah = 50 orang
4. TARIKH / TEMPAT
Tarikh : 08 Jun 2018
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Perian

5. AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR

Pengerusi : En.Abu Samah bin Jonit ( Guru Besar )


Naib Pengerusi : En.Mohd Shaiful Anuar bin Abdullah Yassin ( GPK KO )
Naib Pengerusi bersama 1 : Pn.Nor Faizah binti Ismail (GPK 1)
Naib Pengerusi bersama 2 : Pn.Sabariah bt Abu Bakar (GPK HEM)
Penyelaras : Pn.Surayawati bt Abu Bakar ( Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Setiausaha : Pn.Surayawati binti Abu Bakar
Bendahari : Pn. Norzaini bt Abd Kadir
AJK : En.Mohd Haizan bin Mat Yasit
: En. Mohd Azlim bin Jaafar
: Cik Nursyafiqah binti Zulfaker
: Pn. Indamarwati bt Jamaluddin
: Pn. Saleha bt Kamaruddin
: Pn. Rosanita bt Mohd Nain
: Cik Nor Edzrine bt Abdullah Sani
: Pn.Nor Aini binti Haji Harun
6. ANGGARAN PERBELANJAAN
a. Murid Khatam Al-Quran (sekolah) RM10 x 3 orang RM 30.00
b. Tokoh Ramadhan RM 15 x 2 orang RM 30.00
c. Cendaramata Kuiz Ceramah RM 49.00
Jumlah = RM 109.00

7. TENTATIF PROGRAM
08 JUN 2018        
07.40 pagi  : Murid berkumpul di Surau
: Solat Hajat,Solat Dhuha dan Bacaan Yassin
09.00 pagi : Ceramah Nuzul Al-Quran oleh PAID
10.10 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan doa
: Majlis Khatam Al-Quran bermula
: Ucapan Perasmian Penutup Program ‘Ihya Ramadhan
: Penyampaian Hadiah dan Sijil
- Khatam Al-Quran
- Kuiz Ceramah Nuzul Al-Quran
- Tokoh Ramadhan 2018
11.30 pagi : Penyampaian Semanis Ramadhan( Biskut Raya)
12.00 pagi : Bersalam Kemaafan
 

PENUTUP

Ahli Jawatankuasa merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan di atas
kerjasama dan sumbangan semua pihak sama ada berupa wang ringgit ataupun tenaga bagi
menjayakan program ini. Semoga program ini dapat dijalankan seperti yang direncanakan
dan mencapai kecemerlangan diri sejati di dunia dan di akhirat.
Sekian terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………… ……………………………
SURAYAWATI BINTI ABU BAKAR ABU SAMAH BIN JONIT
Penyelaras Program Ihya Ramadhan Guru Besar SK Perian
SK Perian 2018 Tarikh : 1 Jun 2018

You might also like