Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Penglibatan

Markah penglibatan akan dinilai berdasarkan sesuatu kegiatan yang dianjurkan oleh sekolah / organisasi
dan agensi berkepentingan mengikut peringkat dan/atau durasi penyertaan pelajar. Ini merangkumi
segala kegiatan / aktiviti di luar waktu kurikulum (pembelajaran) dan juga yang diikuti secara persendirian.

Bil Aspek Keperluan Markah

Mengikuti mana-mana kegiatan luar di dalam dan di luar sekolah:


a.  Bagi sekolah rendah – 65 jam atau lebih 5
 Bagi sekolah menengah – 71 jam atau lebih
Mengikuti mana-mana kegiatan luar di dalam dan di luar sekolah:
b.  Bagi sekolah rendah – 55 hingga 64 jam 4
 Bagi sekolah menengah – 61 jam hingga 70 jam
Mengikuti mana-mana kegiatan luar di dalam dan di luar sekolah:
c.  Bagi sekolah rendah – 45 hingga 54 jam 3
 Bagi sekolah menengah – 51 hingga 60 jam
Mengikuti mana-mana kegiatan luar di dalam dan di luar sekolah:
d.  Bagi sekolah rendah – 35 hingga 44 jam 2
 Bagi sekolah menengah – 41 hingga 50 jam
Mengikuti mana-mana kegiatan luar di dalam dan di luar sekolah:
e.  Bagi sekolah rendah – 25 hingga 34 jam 1
 Bagi sekolah menengah – 31 hingga 40 jam

Contoh:
Dalam satu tahun, pelajar A mengikuti:
 Kempen kebersihan 1 jam (3 kali)
 Latihan kelab hadrah 1 jam (12 kali)
 Mengibar bendera 2 jam (2 kali)
 Membaca surah yassin / tahlil / ratib 30 min (24 kali)
 Latihan bola sepak anjuran organisasi luar 2 jam (15 kali latihan)
 Mengikuti kelas muzik 1 jam (20 minggu)
 Lawatan ke Pesta Buku 3 jam
 Lawatan sambil belajar ke muzium 2 jam
Jumlah jam = 86 jam
Pelajar A memperolehi 5 markah.

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN|1
Perwakilan

Markah perwakilan akan dinilai berdasarkan pemilihan / lantikan pelajar sebagai peserta dalam sesuatu
kegiatan sama ada pertandingan ataupun bukan pertandingan dalam acara fizikal, kreativiti,
pengembaraan dan kenegaran & perkhidmatan yang dianjurkan oleh institusi / organisasi mengikut
peringkat penyertaan pelajar.

Bil Aspek Keperluan Markah


Terpilih dalam kegiatan / pertandingan / kejohanan / persembahan di peringkat
ANTARABANGSA.
Contoh:
a. Tilawah Al-Quran Belia ASEAN / Asia / dunia, ASG, ASFF, Sukan Olimpik, Youth 5
Olympic, Special Olympic, Program berkembar dengan institusi dari negara
ASEAN, International High School Arts Festival.

Terpilih dalam kegiatan / pertandingan / kejohanan / persembahan di peringkat


KEBANGSAAN / NEGARA.
Contoh:
Perbarisan Lalu Hari Kebangsaan, Persembahan Padang bagi Sambutan
b.
Peringkat Kebangsaan, Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam , Pertandingan 4
Nasyid Senegara, Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, Bigstart Competition,
wakil daerah dalam acara / pertandingan /kejohanan peringkat negara.

Terpilih dalam kegiatan / pertandingan / kejohanan / persembahan di peringkat


KLUSTER / DAERAH.
Contoh:
c. Majlis Bersama Rakyat, Kejohanan sukan antara sekolah-sekolah dalam kluster, 3
Persembahan Pentas Perayaan, wakil belia masjid / kampung di peringkat
daerah.

Terpilih dalam kegiatan / pertandingan / kejohanan / persembahan di peringkat


LUAR SEKOLAH / KAMPUNG.
Contoh:
d.
Acara Sukan Ria antara Kampung-Kampung dan Mukim-Mukim, Pertandingan
2
Azan Subuh bagi Masjid Kampung, persembahan kebudayaan bagi mengalu-
alukan keberangkatan.

Terpilih dalam kegiatan / pertandingan / kejohanan / persembahan di peringkat


DALAM SEKOLAH.
Contoh:
e.
Projek Sekolahku Bisai, Persembahan Sambutan Hari Guru di sekolah, 1
Pertandingan Mari Bercerita, kuiz , Rentas desa, Sukan tahunan sekolah, Azan
subuh, Drama, Pertandingan tulisan jawi, Permainan dalam seperti scrabble.

Contoh Peranan Pelajar:


Atlet, First Aider, Jelitawan, Kru Teknikal, Pasukan Sorak, Pemain alat musik, Pembaca Doa, Pembahas,
Penari, Pengacara Penyanyi, Penyokong, Peserta Perbarisan Lalu, Peserta Pertandingan, Peserta
Persembahan, Peserta Kuiz, Sukarelawan, Tukang Gambar.
JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN|2
Kepimpinan

Markah kepimpinan akan dinilai berdasarkan jawatan penting yang dipegang atau mengetuai sesuatu
kegiatan / jawatankuasa / pasukan / kumpulan / persatuan / kelab.

Bil Aspek Keperluan Markah

Menjadi ketua pasukan dalam kegiatan / pertandingan / kejohanan / persembahan


di peringkat SERANTAU DAN ANTARABANGSA:
a.
Contoh:
5
ASG, ASFF, debat antarabangsa dan sebagainya

Menjadi ketua pasukan dalam kegiatan / pertandingan / kejohanan / persembahan


di peringkat KEBANGSAAN / NEGARA;
b. Contoh:
Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam; pertandingan NFABD; pertandingan
4
belia kebangsaan, pengerusi dalam pertandingan forum, ketua pengarah atau
penulis bagi pertandingan drama.

Menjadi ketua pasukan dalam kegiatan / pertandingan / kejohanan / persembahan


c.
di peringkat KLUSTER / DAERAH; 3

Menjadi ketua pasukan dalam kegiatan / pertandingan / kejohanan / persembahan


di peringkat LUAR SEKOLAH / KAMPUNG ;
d. Contoh: 2
Kapten bola sepak, kapten sepak takraw, ketua pasukan hadrah, konduktor
bicara berirama, solo pasukan nasyid.

Menjadi ketua / memimpin dalam kegiatan / pertandingan / kejohanan /


e.
persembahan di peringkat di DALAM SEKOLAH; 1

Peranan Pelajar:
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ketua AJK, Ketua Pasukan, House
Master/Mistress, Kapten, Konduktor, Ketua Kelab, Penolong ketua, Solo / Lead performer

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN|3
Pencapaian

Markah pencapaian akan dinilai berdasarkan sesuatu kejayaan yang diperolehi dalam acara fizikal,
kreativiti, pengembaraan dan kenegaran & perkhidmatan dengan meraih pingat / trofi / pangkat atau
memasuki tahap akhir kelayakan.

Bil Aspek Keperluan Markah


Memasuki tahap akhir / menjadi peserta terbaik di peringkat SERANTAU DAN
ANTARABANGSA;

Contoh:
Memperolehi pingat emas bagi sukan dalam Kejohanan SEA Games, peserta
terbaik dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Belia ASEAN, Special Mention
dalam pertandingan melukis antarabangsa, Pemenang Pertandingan Melukis
Sekolah-Sekolah peringkat antarabangsa. Peserta finalis dalam acara sukan di
Kejohanan ASEAN School Games, pendebat terbaik atau best debater dalam
derbatan pesahabatan antarabangsa, Pertandingan Tilawah Al-Quran Belia
ASEAN.

a.
Mendapatkan tahap pengkhususan pencapaian tertinggi dalam sesuatu bidang
5
seperti pangkat / lencana / warna tali pinggang dalam mana-mana ujian kenaikan.

Contoh:
Mendapat tali pinggang hitam bagi sukan Karate;

Mencapai Gred 8 dalam kemahiran memainkan satu peralatan musik;

Mencapai pangkat / lencana di dalam pasukan beruniform seperti:


 Staf Sarjan (Kadet Polis)
 Ahli Bomba Kanan Kanan (Kadet Bomba & Penyelamat)

Memasuki tahap akhir / menjadi peserta terbaik di peringkat KEBANGSAAN /


NEGARA;

Contoh:
Juara Pertandingan Tarian Peringkat Sekolah Rendah Senegara, Memperolehi
Pingat Perak dalam acara renang di Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam, Johan
Pertandingan Murattal Sekolah-Sekolah Rendah Senegara.

b.
Mendapatkan tahap pengkhususan pencapaian tertinggi dalam sesuatu bidang 4
seperti pangkat / lencana dalam mana-mana ujian kenaikan.

Contoh:
Mencapai pangkat / lencana di dalam pasukan beruniform seperti:
 Koperal (Kadet Tentera)
 Lencana Anak Panah Emas Tunas (Pengakap)

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN|4
Memasuki tahap akhir / menjadi peserta terbaik di peringkat KLUSTER / DAERAH;
Contoh:
Mendapat naib johan dalam acara Kejohanan Bola Sepak Sekolah-sekolah
Kluster 6, Mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Syarahan Belia Masjid
Daerah Tutong, Tempat Ketiga Berbalas Pantun sempena Pentas Perayaan
Daerah Tutong.

Mendapatkan tahap pengkhususan pencapaian pertengahan dalam sesuatu bidang


seperti pangkat / lencana / tali pinggang dalam mana-mana ujian kenaikan.
c. 3
Contoh:
Mendapat tali pinggang hijau bagi sukan Taekwondo;

Mencapai Gred 5 dalam kemahiran memainkan satu peralatan musik;

mencapai pangkat / lencana di dalam pasukan beruniform seperti:


 Ahli Kadet Bomba Kanan Kelas 1 (Kadet Bomba & Penyelamat)
 Lencana Trefoil Merah (Pandu Puteri)

Memasuki tahap akhir / menjadi peserta terbaik di peringkat LUAR SEKOLAH /


MUKIM / KAMPUNG.
Contoh:
Memperolehi naib johan di dalam acara rentas desa anjuran kampung, Johan
Pertandingan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim Peringkat Kampong / Masjid, Juara
Bermukun anjuran Majlis Perundingan Kampong.
d.
Mendapatkan tahap pengkhususan pencapaian rendah dalam sesuatu bidang
2
seperti pangkat / lencana dalam mana-mana ujian kenaikan.
Contoh:
Mencapai pangkat / lencana di dalam pasukan beruniform seperti:
 Lans Koperal (Kadet Polis)
 Soldadu (Kadet Tentera)

Memasuki tahap akhir / menjadi peserta terbaik di peringkat DALAM SEKOLAH.


Contoh:
Pemenang kuiz di dalam minggu Bahasa Melayu antara kelas tahun 6, Johan di
dalam acara sukan rumah-rumah, Johan Pertandingan Azan Subuh,.

Mendapatkan tahap pengkhususan pencapaian asas dalam sesuatu bidang seperti


e.
lencana / tali pinggang dalam mana-mana ujian kenaikan.
1
Contoh:
Mendapat tali pinggang putih dalam sukan silat;

Mencapai Gred 2 dalam kemahiran memainkan satu peralatan musik.

Peranan Pelajar:
Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga, Pingat Emas, Pingat Perak, Pingat Gangsa, Finalis, Pemain Terbaik,
Peserta Terbaik, Tahap Tali Pinggang.

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN|5

You might also like