Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Pernyataan Masalah : Apakah faktor yang menyebabkan kedatangan British sebelum abad ke-

20? Bincangkan.

1.0 Persoalan Kecil

1) Nyatakan kestabilan dan kemakmuran di negara kita yang menarik kedatangan kuasa
barat.
2) Berikan faktor-faktor kedatangan kuasa Barat ke negara kita.
3) Huraikan persaingan kuasa barat untuk mendapatkan tanah jajahan.
4) Nyatakan perbezaan strategi kuasa barat untuk menguasai tanah air kita.
5) Huraikan kesan-kesan kedatangan kuasa Barat ke negara kita.

1.1 Objektif Kajian

1) Menyatakan kestabilan dan kemakmuran di negara kita yang menarik kedatangan kuasa
barat.
2) Mengklasifikasikan faktor-faktor kedatangan kuasa Barat ke negara kita.
3) Menganalisis persaingan kuasa barat untuk mendapatkan tanah jajahan.
4) Mengenalpasti perbezaan strategi kuasa barat untuk menguasai tanah air kita
5) Menerangkan kesan-kesan kedatangan kuasa Barat ke negara kita.(KBAT)

1.2 Kaedah Kajian

Terdapat 4 kaedah kajian yang telah saya guna untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai
sumber. Antaranya ialah menggunakan kaedah melayari Internet, temubual dan penyelidikan
perpustakaan.

1. Kaedah Melayari Internet

Saya menggunakan kaedah melayari Internet kerana terdapat banyak maklumat yang terdapat
dalam internet dan ianya mudah untuk dicari. Pelbagai laman sesawang yang boleh dipercayai
telah saya rujuk yang berkaitan dengan faktor yang menyebabkan kedatangan British sebelum
abad ke-20

2.Kaedah Rujukan Guru

Guru mata pelajaran Sejarah telah memberikan maklumat dan butiran mengenai tajuk kajian kes
ini yang lebih memudahkan saya untuk mendapat maklumat tentang pernyataan masalah yang
ingin diselesaikan.

3. Kaedah Penyelidikan Perpustakaan

Saya turut menggunakan kaedah ini kerana maklumat yang diperoleh adalah sahih dan benar.
Saya memperoleh bahan-bahan bacaan seperti buku dan majalah yang dijadikan sebagai sumber
rujukan Ketika mengunjungi perpustakaan. Ini dilaksanakan untuk memperoleh maklumat
mengenai pertapakan kuasa luar sebelum abad ke-20.

4.Kaedah Audio Visual

Saya memilih kaedah ini kerana kaedah ini sama seperti kaedah temu bual iaitu maklumat yang
diperoleh adalah daripada pakar sejarah dalam bidang yang saya sedang mengkaji. Oleh itu,
maklumat yang diperoleh adalah tepat dan benar. Kaedah ini juga dapat memberikan saya
pandangan yang berbeza-beza seperti pandangan orang Malaysia dan pandangan orang British
terhadap topik yang sama. Bahan audio visual yang saya telah mengkaji ialah video di Youtube
yang berkaitan tajuk kajian kes ini.
2.0 Pelaporan

2.1 Nyatakan kestabilan dan kemakmuran di negara kita yang menarik kedatangan kuasa barat.

Kestabilan

Tajuk kajian kes ialah “Apakah faktor yang menyebabkan kedatangan British ke tanah air kita
sebelum abad ke-20?”. Definisi kestabilan dalam tajuk kajian kes bermaksud sistem
pemerintahan yang stabil. Negara kita telah mewarisi sistem pemerintahan beraja dan
pentadbiran yang mantap. Sistem pentadbiran,sistem perundangan dan struktur sosial masyarakat
tersusun dengan sistematik. Hal ini disokong oleh muafakat antara golongan pemerintah dengan
orang yang diperintah. Antara sistem pemerintahan dan struktur sosial adalah sistem
pemerintahan beraja atau pemerintahan Negeri Sembilan dan sistem pemerintahan di Sabah dan
Sarawak. Sistem perundangan sendiri yang ada pada negara kita menstabilkan lagi pemerintahan
dan juga hubungan luar dapat dijalankan dengan mudah.

Kemakmuran

Manakala bagi aspek kemakmuran pula,negara kita terkenal di persada antarabangsa kerana
memiliki kekayaan hasil bumi dan sumber alam daripada hasil galian,kesuburan tanah,sumber
makanan,kelautan,flora dan fauna. Kemunculan pelabuhan perdagangan yang strategik
membolehkan sumber hasil bumi dan sumber alam kita diperdagangkan ke seluruh dunia.
Kemuncak kemakmuran negara kita adalah perkembangan kegiatan intelektual dan persuratan.
Kekayaan hasil bumi seperti biji timah,emas,perak dan rempah ratus. Sistem ekonomi yang stabil
yang merujuk kepada perdagangan dan pelabuhan,timbang,sukat dan ukur,mata wang dan sistem
percukaian.

Kegiatan Keintelektualan

Pendidikan

Aspek yang penting dalam kehidupan masyarakat tempatan. Bertujuan melahirkan individu yang
berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila, berdikari dan berhemah tinggi. Dibahagikan
kepada pendidikan formal dan tidak formal.
Pendidikan Tidak Formal

Pendidikan awal atau asuhan dalam keluarga.Kanak-kanak diajarkan kemahiran.Diajarkan ilmu


agama,berpekerti mulia,cara berkawan dan menjaga maruah. Melalui
pantun,syair,peribahasa,pepatah,pantang larang,cerita berbentuk teladan dan pengajaran.
Sarawak melalui cerita lisan yang berkaitan dengan amalan dan kepercayaan turun temurun
sesuatu etnik.Sabah kanak-kanak diajar melalui keluarga atau masyarakat di tempat tinggal.

Pendidikan Formal

Pendidikan masyarakat melayu bercorak islam dan menekankan ilmu keagamaan iaitu di
istana,hal pentadbiran negara dan sistem politik. Masjid dan surau ialah cara bacaan dalam solat
dan tajwid serta mempelajari hadis,feqah dan usuluddin. Pendidikan pondok ialah mata pelajaran
yang diajar ialah al-quran,ilmu hadis dan bahasa arab. Madrasah pula mempunyai
sukatan,dilaksanakan secara kelas,mempunyai tahap,diawasi oleh mudirn diselia oleh
jawatankuasa kewangan. Sarawak pula dijalankan di masjid dan sekolah agama manakala di
sabah adalah agak terhad dimana etnik yang beragama islam belajar di surau,pondok dan rumah
guru agama.

Bahasa Melayu dan tulisan Jawi berkembang dengan pesat. Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu
dan bahasa lingua franca dalam dunia perdagangan di Alam Melayu.Ini membuktikan
kemampuan menyampaikan ilmu agama dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Contoh karya
kesusasteraan ialah Tuhfat al-Nafis,Gurindam Dua Belas,Misa Melayu,Hikayat Datuk Merpati
Jepang.

2.2 Mengklasifikasikan faktor-faktor kedatangan kuasa Barat ke negara kita

Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-16

Pada waktu ini, terdapat banyak barang mewah seperti rempah-ratus, minyak wangi, emas, perk,
batu permata dan hasil hutan yang menjadi perhatian kuasa-kuasa Barat untuk perdagangan.
Selain itu, Orang Eropah juga perlu mendapatkan barangan mewah dari China seperti the, sutera
dan tembikar.
Aspek kedua pula ialah negara kita mampu menjadi pusat pengumpulan barang disebabkan
kedudukan yang strategik untuk berdagang. Sebagai contoh, negara China mahukan emas, perak,
biji timah dan rempah-ratus sebagai tukaran. Barang-barang ini hanya boleh didapati di Alam
Melayu. Syarikat perdagangan tersebut memerlukan pusat pengumpulan bahan-bahan mentah
tempatan yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India dan China.

Aspek ketiga ialah Alam Melayu menjadi pelabuhan persinggahan. Angin monsoon barat daya
dan angin monsun timur laut memainkan peranan penting bagi menentukan masa pelayaran.
Selain itu, Kuasa Barat juga memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlindung
menunggu peralihan monsoon. Mereka memerlukan pelabuhan persinggahan di Alam Melayu
untuk memudahkan kapal berlabuh, mengisi bekalan air dan lain-lain sebelum berlayar ke
Canton.

Aspek terakhir ialah menyebarkan agama Kristian di Alam Melayu. Ia merupakan faktor penting
penjajahan kuasa Barat ke negara kita. Matlamat penjajahan adalah untuk kekayaan dan
kemasyhuran.

Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-17 dan 18

Revolusi perindustrian berlaku di Britain pada abad ke-17. Menjelang 1870-an, negara-negara
Eropah lain seperti Jerman dan Perancis menjadi negara perindustrian seperti Britain. Selepas
berlaku Revolusi Perindustrian dasar kuasa-kuasa barat berubah corak. Mereka mencari pusat
perdagangan dan menguasai tanah jajahan yang mempunyai bahan-bahan mentah bagi keperluan
kilang secara berterusan. Revolusi perindustrian juga membolehkan barangan dikeluarkan secara
besar-besaran. Kawasan pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barang tersebut
supaya keuntungan dapat dimaksimumkan.

Kedatangan kuasa barat pada abad ke-19 dan 20

Pada waktu ini pula, perkembangan industri kereta menyebabkan kemunculan perusahaan kereta
dan ciptaan tayar menambahkan permintaan gas asli. Ia merupakan bahan yang penting dalam
perusahaan penebat barangan elektrik. Aspek kedua, kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi
merupakan salah satu faktor kedatangan kuasa barat. Negara kita mempunyai tanah yang luas,
subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman eksport. Negara kita juga kaya dengan hasil bumi
seperti biji timah, bijih besi dan emas. Terdapat juga aspek-aspek lain seperti industri mengetin,
pembukaan terusan suez dan ciptaan telegraf.

2.3 Huraikan persaingan kuasa barat untuk mendapatkan tanah jajahan.

Kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba meluaskan kuasa ke seluruh pelosok dunia untuk memiliki
tanah jajahan demi kepentingan ekonomi mereka. Sepanyol, Britain, Belanda, Perancis dan
Rusia muncul sebagai empayar masing-masing. Kuasa Barat lain seperti Amerika Syarikat,
Belgium,Jerman dan Itali turut menyertai perlumbaan mendapatkan tanah jajahan. Negeri-negeri
Melayu.Sarawak dan Sabah kaya dengan bahan mentah dan kawasan pasaran. British bimbang
dengan kemaraan kuasa-kuasa Barat ke wilayah tersebut.Persaingan ini boleh dikaitkan dengan
kestabilan dan kemakmuran tanah melayu yang menyebabkan menjadinya persaingan.Antaranya
ialah British menjadikan Kesultanan Brunei sebagai sebuah negeri naungan British.Perancis
meluaskan kuasanya di Indochina dan merancang membina terusan di Segenting Kra.Rusia
berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang.Jerman berusaha mendapatkan Pulau
Langkawi.Amerika Syarikat ingin bertapak di Terengganu.

Pihak persendirian, iaitu keluarga Brooke menguasai wilayah Sarawak. Pada tahun 1853 hingga
tahun 1905, keluarga Brooke memperluas kawasan pemerintahan mereka hingga sempadan
Brunei.Syarikat dagangan British, iaitu Syarikat Borneo Utara British (SBUB) membeli wilayah-
wilayah Sabah daripada Sultan Brunei dan Sultan Sulu.Belanda berusaha mendapatkan seluruh
Kepulauan Hindia Timur.Portugis berusaha mendapatkan Timor Leste.Sepanyol menaklukan
Kesultanan Sulu.

2.4 Nyatakan perbezaan strategi kuasa barat untuk menguasai tanah air kita.

Kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai negara kita. Terdapat
strategi yang berdiplomasi dan bersifat agresif. Misalnya, Portugis menggunakan strategi
menyerang semasa menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka. Belanda
pula menggunakan strategi serangan fizikal, perjanjian dan pakatan kuasa Barat untuk
mendapatkan wilayah atau jajahan.British menggunakan strategi yang lebih bersifat diplomasi
berdasarkan isu dan faktor setempat.Pada tahun 1873, Parti Konservatif mengambil alih pucuk
pimpinan kerajaan Britain daripada Parti Liberal.Kerajaan baharu ini menukarkan dasar tidak
campur tangan kepada dasar campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Dasar campur
tangan bermaksud British melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran di negeri-negeri
Melayu. Pedagang Negeri-negeri Selat mendesak kerajaan British supaya campur tangan dan
melindungi kepentingan pelaburan mereka. Kerajaan British di London membuat keputusan
untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu demi menjaga kepentingan ekonomi
British. Andrew Clarke dihantar untuk menggantikan Gabenor Harry Ord. Beliau sengaja
mencari alasan untuk memaksa pemerintah tempatan menerima naungan dan campur tangan
British. Oleh itu, British menggunakan pelbagai strategi sekaligus meluaskan kuasanya di negeri-
negeri Melayu, Sarawak dan Sabah.Kuasa Barat menggunakan strategi yang berdiplomasi dan
bersifat agresif. Belanda – Serangan fizikal, perjanjian dan pakatan kuasa Barat. British lebih
bersifat diplomasi berdasarkan isu dan faktor setempat.

Selepas serangan Portugis, Belanda berusaha meluaskan kuasanya di negara kita. Antara strategi
yang digunakan termasuk serangan fizikal, pakatan dan perjanjian.British pula lebih licik,apabila
menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai negara kita. Antaranya termasuklah Serangan
fizikal,pakatan,perjanjian,manipulasi,ugutan/desakan,tipu helah dan pajakan.

Belanda

Serangan Fizikal Belanda berperang dengan penduduk tempatan di Pulau Pangkor (1650) dan di
Kuala Perak(1651)disebabkan oleh dasar monopoli bijih timah oleh Belanda.Pada tahun
1763,Belanda berperang dengan angkatan Selangor dan Rembau kerana bimbang penguasaan
Selangor ke atas Selat Melaka.Pada tahun 1782,Belanda berperang dengan Johor disebabkan
berlaku perselisihan mengenai perdagangan.Pada tahun 1784,sekali lagi Belanda berperang
dengan angkatan Johor dan Selangor kerana masalah perebutan perairan Selat Melaka. Pada
tahun 1784 dan 1785, Belanda berperang dengan angkatan Selangor di Kuala
Selangor.Perjanjian Pada tahun 1650,Belanda mengadakan perjanjian dengan Perak untuk
mendapatkan bijih timah. Pada tahun 1786, Belanda mengadakan perjanjian dengan Selangor.
Sultan Ibrahim bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda.Pakatan Pada tahun 1641,Belanda
mengadakan pakatan dengan Johor dan berjaya mengalahkan Portugis di Melaka.Belanda
mengadakan pakatan dengan British dan bersetuju memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
British

Manipulasi British mendapatkan Singapura. Pada tahun 1871, berlaku perebutan takhta di Perak.
British menggunakan peluang ini untuk campur tangan.Kejadian lanun merompak kapal dagang
British di Selangor dan menyerang rumah api di Tanjung Rachado menjadi alasan untuk British
campur tangan.Konflik antara dua pembesar di Sungai Ujong, Negeri Sembilan menyebabkan
British mengambil kesempatan untuk campur tangan.Tipu Helah ,British mendapatkan Pulau
Pinang melalui tipu helah. Francis Light melakukan tipu helah kepada Sultan Kedah.Pakatan,
British mendapatkan Melaka. Menyaksikan pakatan kuasa Barat, iaitu British dan Belanda
memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Melalui perjanjian ini, British berjaya mendapatkan
Melaka, manakala Belanda memperoleh Bangkahulu.Ugutan/Desakan ,British membuat
ugutan/desakan agar sultan menerima Residen British di Selangor dan Pahang Bagi menasihati
pentadbiran negeri masing-masing.James Brooke mendesak Sultan Brunei dan menuntut diiktiraf
sebagai Raja Sarawak.Perjanjian, British mendesak Sultan Perak,Sultan Selangor,Yamtuan Seri
Menanti dan Sultan Pahang memeterai perjanjian menerima naungan British. Sultan Brunei
bersetuju mengiktiraf James Brooke menjadi Raja Sarawak yang merdeka.Pajakan ,Melalui
pajakan dan pemberian piagam.Syarikat British Utara Borneo, British meluaskan pengaruhnya
ke atas Sabah.Serangan ,Fizikal Keengganan Penghulu Naning Dol Said tunduk kepada
kekuasaan British di Melaka menyebabkan British menyerang Naning pada tahun 1831 dan
1832. British membedil Kuala Terengganu dan meminta Sultan Omar tidak mencampuri masalah
perang saudara di Pahang serta masalah takhta Sultan Mahmud Lingga.

2.5 Huraikan kesan-kesan kedatangan kuasa Barat ke negara kita. (KBAT)

Dasar imperialisme yang dilaksanakan oleh kuasa Barat ke atas negara negara asia Tenggara
telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Politik

Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui oleh orang tempatan telah
diambil oleh penasihat dan pentadbir British. Perubahan dalam bidang pemerintahan oleh
pentadbir Barat selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai dengan anggapan
mereka bahawa sistem pentadbiran masyarakat peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak
sesuai dipraktikkan lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah
melalui secara langsung oleh pihak penjajah melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh
orang Barat. Bagi meningkatkan soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin tempatan dilantik
semata-mata bertujuan bahawa, penjajah Barat masih lagi memerlukan dan menghargai
kepimpinan mereka. Wujud persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalam usaha mereka
mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan dengan
menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus peperangan di Asia
Tenggara.

Ekonomi

Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah keadaan ekonomi negara yang dijajah.
Di Tanah Melayu, kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan secara besar-
besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Manakala di Indonesia, Belanda telah
memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya menguntungkan mereka seperti Dasar
Kultur, Dasar Liberal, dan Dasar Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan penuh muslihat
sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat
peribumi di Indonesia masih lagi mundur ditindas semata-mata untuk kepentingan pihak
Belanda.Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada
sektor berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru seperti teh,
tebu, kopi, getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan dan perindustrian juga telah
diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak kawasan
perladangan yang besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi
memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi.Masyarakat tempatan tinggal hanya
di luar kota. British pula menumpukan pembangunan tanah jajahan mereka hanya di Melaka,
Pulau Pinang dan Singapura. Manakala Sabah dan Sarawak, British hanya menumpukan
perhatian di Bandar-bandar seperti Jesselton, Sandakan, Miri, Sibu dan Kuching. Selain
memperkenalkan sistem ekonomi bebas, mereka juga menggalakkan kemasukan orang Cina dan
India untuk memajukan negeri-negeri tersebut. Orang-orang Cina umpamanya menggunakan
kemahiran teknologi yang diwarisi daripada negeri asalnya seperti pembangunan bangunan
(Bandar), melombong dan pertanian. Kemahiran dalam bidang perdagangan memberi
sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi di Bandar-bandar dan kawasan-kawasan
sekitar;(Samri Sainuddin.:2003:64-65).Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang
pesat dengan pengenalan kaedah baru dalam perlombongan iaitu kapal korek yang mengeluarkan
bijih timah dalam kuantiti yang banyak. Ekonomi tradisional penduduk peribumi yang
bergantung kepada kawasan sungai sebagai alat pengangkutan telah terpinggir dengan
pembinaan jalan raya dan kereta api. Pelabuhan tradisi negara-negara Asia Tenggara yang
berpusat di muara sungai juga turut terpinggir akibat pertumbuhan bandar baru yang
kemudiannya menjadi nadi penggerak kepada pembangunan ekonomi penjajah.Wujud dua jenis
ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan ekonomi tradisional yang dijalankan
untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden dikuasai oleh imperialisme Barat manakala penduduk
tempatan menjalankan ekonomi sara diri. Perkembangan ekonomi berdasarkan sistem matawang
telah menyebabkan wujud jurang perbezaan antara sistem ekonomi tersebut. Pemerasan ekonomi
yang dilakukan oleh imperialisme Barat ke atas masyarakat Asia Tenggara menyebabkan timbul
keinginan masyarakat peribumi untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah.
Penentangan dan kebangkitan masyarakat peribumi menentang penindasan politik, ekonomi, dan
sosial yang dilakukan oleh imperialisme Barat dinamakan sebagai nasionalisme.

Sosial

Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa Imperialisme ke atas negara yang dijajah tetapi
terhad kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini bertujuan menyediakan golongan
pentadbir bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani, juru kira, juru ukur dan juru
teknik dalam sistem birokrasi moden yang diperkenalkan oleh kuasa Barat. Pengajarannya
menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah mubaligh Kristian
telah ditubuhkan bagi menyebarkan agama Kristian di kalangan penduduk peribumi di samping
membenarkan sekolah jenis venikular berkembang.Mereka yang mendapat pendidikan peluang
masa depan yang lebih cerah dalam bidang kerjaya, tetapi bagi mereka yang mendapat
pendidikan di sekolah-sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan. Sesetengah golongan
rakyat tempatan pula terpengaruh dengan fikiran, budaya dan sikap orang putih sehingga
mendewa-dewakan "orang putih" dan tamadun Barat. Kepincangan dalam sistem pendidikan ini
telah memaksa kerajaan peribumi memperbaikinya selepas mencapai kemerdekaan.
Perkembangan pesat ekonomi berorientasikan eksport telah menyebabkan buruh-buruh asing
telah dibawa dari pelbagai negara bagi memenuhi keperluan tenaga buruh. Kedudukan buruh
asing pula telah mengubah komposisi kaum di Asia Tenggara sehingga mewujudkan jurang yang
ketara dengan penduduk peribumi akibat perbezaan agama, bahasa, budaya, dan adat. Dasar ini
diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang menjalankan dasar pecah dan perintah yang menghalang
wujudnya perpaduan kaum. Kesimpulannya, orang Eropah memang suka berperang dan gemar
menjadikannya sesuatu itu miliknya. Tidak ada setahun berlalu dalam sejarah mereka tanpa
mereka berlawan, tanpa mereka berperang. Keamanan tidak bermakna tidak berlawan, hanya
tiada perang yang rasmi. Dan oleh itu hari ini sekali lagi mereka berbelanja wang demi
keupayaan peperangan mereka hanya untuk berada dalam keadaan sedia dan untuk
menggerunkan orang lain. Sekali-sekala mereka akan melontar bom dan peluru untuk
memuaskan naluri perang mereka.

2.6 Rumusan/Kesimpulan dan Cadangan

Pengetahuan yang saya peroleh selepas melaksanakan tugasan kajian kes sejarah ini ialah
kestabilan dan kemakmuran alam melayu serta faktor yang membuatkan menarik minat kuasa
barat untuk mendapatkan tanah jajahan di negara kita. Terdapat banyak juga kesan terhadap
negara kita yang membawa kelainan di negara kita. Kita juga dapat mempelajari nilai patriotisme
yang perlu dititik beratkan pada zaman sekarang supaya negara kita tidak dijajah lagi seperti
dahulu. Kita juga perlu bijak dalam memilih pemimpin untuk memimpin negara supaya tidak
berlaku lagi perkara-perkara yang tidak diingini. Akhir sekali,harapan saya pada negara dan
masyarakat kita ialah semua rakyat bertanggungjawab menjadi menjaga negara dan mematuhi
undang-undang negara supaya tidak berlakunya kekacauan. Selain itu,disebabkan kita hidup
dalam masyarakat majmuk,saya berharap rakyat dapat hidup harmoni dengan berbilang kaum
supaya tidak berlakunya pergaduhan yang boleh membuatkan negara kita jatuh.
2.7 Rujukan

a) Internet

1.https://www.academia.edu/39041824/
Faktor_Kedatangan_Kuasa_Barat_ke_Negara_Kita_Syarikat_Perdagangan_Kuasa_Barat_SHTP
_1664_Perdagangan_di_Asia_SHTI_1600_Rempah_Kep
ulauan_Melayu_SHTB_1602_Perdagangan_di_Timur 2.https://app.pandai.org/note/read/kssm-
sj-09-01/kssm-f3-sj-01/kedatangan-kuasa-barat
3.http://studentsrepo.um.edu.my/491/3/BAB2.pdf
4.http://pmdecfive.blogspot.com/2015/03/kesan-kesan-kedatangan-british-ke-tanah.html\

b)Buku teks

1. Dr. Azharudin bin Mohamed Dali,Ridzuan bin Hasan,Muslimin bin Fadzil,2018,Sejarah


Tingkatan 3.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

c)Video

1. https://youtu.be/vkoM05vN4YE

You might also like