Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 52

SYLVESTER A/L PUSPAHNATHAN

SMK (FELDA) SERI SENDDAYAN


KUMPULAN 40 SEREMBAN TIMUR
NEGERI SEMBILAN
Nama Penuh : Sylvester a/l Puspahnathan

Tarikh Lahir : 01.07.2005 No. K/P : 050701-05-0364

Keturunan : India Agama : Kristian

Jantina : Lelaki No. H/P : 012-2840809

Kegemaran : Bersukan

Cita-cita : Tukang masak

Alamat Rumah : No 18 Felda Sendayan,

71950 Seremban,

Negeri Sembilan

Nama Sekolah : SMK (Felda) Seri Sendayan

Alamat Sekolah : Jalan Besar, Felda Sendayan, 71950 Seremban, Negeri Sembilan

No. Kumpulan :40

Daerah : Seremban Timur

Negeri : Negeri Sembilan


REKOD UJIAN LENCANA JAYADIRI

Nama Penuh : Sylvester a/l Puspahnathan

Tarikh Lahir : 01.07.2005 No. K/P : 050701-05-0364

No. Kumpulan 40

Daerah : Seremban Timur

Negeri : Negeri Sembilan

TANDATANGAN
BIL. PERKARA TARIKH LULUS
PENGUJI

1. Fungsi Parlimen 21/3/2021 NSSyazana


Bendera negeri dalam Malaysia dan
2.
lambang Negara dan Negeri
21/3/2021 NSSyazana
3. Fungsi sebuah agensi kerajaan 21/3/2021 NSSyazana
Peta kawasan parlimen negeri dan
4.
ahli parlimen
21/3/2021 NSSyazana
5 Buku log peribadi 21/3/2021 NSSyazana

Adalah disahkan bahawa Pengakap Remaja di atas telah lulus semua ujian dan
memenuhi segala kehendak dalam Lencana Jayadiri.

1/4/2021 NorSayeedaSyazana
Tarikh Pemimpin Pengakap Remaja
(Nama & cap)
SEJARAH INSTITUSI PARLIMEN MALAYSIA

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja


Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk


membolehkan pelaksanaan sistem ini.

Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga
bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan
kepada sistem Persekutuan.

Berdasarkan kepada peruntukan ini negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah
telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing seperti
kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat
di dalam Perlembagaan Malaysia untuk di tadbir oleh Kerajaan Pusat.

Terdapat beberapa perkara yang diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri dan setiap negeri
tersebut diberikan hak untuk mentadbir perkara-perkara tersebut.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, diperuntukan oleh Perlembagaan Institusi Yang
di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja yang mana
Raja-raja Melayu telah diberi kuasa untuk memelihara keistimewaan dan adat istiadat orang
Melayu dan pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri-negeri
Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Malaysia.

Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan bertindak mengikut nasihat Perdana


Menteri dan Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas
bertindak mengikut nasihat Menteri Besar masing-masing.
STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan


aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih.

Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara
terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Parlimen terdiri daripada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.

Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai
kuasa mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen.

Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan
untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara
persidangan yang lepas dalam penggal terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam
persidangan penggal akan datang.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat perlu memastikan tarikh-
tarikh persidangan yang akan diadakan pada penggal berkenaan sekurang-kurangnya dalam
tempoh masa dua puluh lapan (28) hari sebelum sesuatu persidangan boleh bermula.

Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat boleh meminda tarikh-
tarikh yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama persidangan
diadakan selepas pilihan raya umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu.

Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya terbubar. Dalam
tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi memilih wakil-wakil Dewan
Rakyat mestilah diadakan.

Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak melebihi
seratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubarannya.
FUNGSI PARLIMEN

1. KUASA PERUNDANGAN PARLIMEN


Parlimen melaksanakan beberapa tugas yang penting bagi negara. Parlimen adalah badan
kuasa perundangan untuk Persekutuan dan dengan itu membuat undang-undang yang
boleh dikuatkuasakan di seluruh Persekutuan.

2. KEWANGAN
Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar Persekutuan
boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam
undang-undang Persekutuan.

Semua hasil yang diperolehi hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang


Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya dapat dibelanjakan dengan kuat
kuasa Parlimen.

3. KUASA PERBINCANGAN
Parlimen adalah juga forum kritik dan tempat tumpuan pendapat orang ramai mengenai
hal•ehwal negara. Menerusi perbahasan di Parlimen, dasar dan tindak-tanduk kerajaan
bolehlah diselaraskan mengikut pendapat umum.

4. KUASA PENYELENGGARAAN
Untuk membolehkan Parlimen menyelenggarakan tanggungjawab yang diletakkan ke
atasnya dengan sepenuhnya serta berkesan pula, maka Perlembagaan memberi beberapa
hak dan perlindungan undang-undang yang dikenali sebagai ‘keistimewaan Parlimen’.

Keistimewaan ini dinikmati oleh tiap-tiap dewan pada keseluruhannya dan oleh tiap-tiap
ahli Parlimen.

5. KUASA MENGHUKUM
Tiap-tiap dewan berkuasa untuk membuat peraturannya sendiri, masing-masing
mempu•nyai pengawasan khas terhadap perjalanan persidangannya sendiri, sah atau tidak
sah perjalanan mesyuaratnya tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah; dan
tiap-tiap dewan boleh menghukum ahli-ahlinya kerana melanggar keistimewaan Parlimen
atau ‘mencemar’ dewan.

Tertakluk kepada Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutu•an, tiap-tiap ahli Parlimen


terlindung daripada tindakan undang-undang jenayah atau sivil berhubung dengan
perkara-perkara yang diperkatakan atau undi yang dibuat dalarn Parlimen, dan
perlindungan yang sama juga diberi kepada orang-orang yang bertindak di bawah kuat
kuasa mana-mana dewan.
DEWAN NEGARA

Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negara terbahagi kepada dua
kategori seperti berikut:

1. 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap
negeri diwakili oleh dua orang ahli).

2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu
ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:

● Warganegara Malaysia

● Berumur tidak kurang dari 30 tahun

● Sempurna akal

● Bukan seorang muflis

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung
sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan
pada peringkat negeri.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.

Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang
khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-
masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial
atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan
orang-orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan
tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia
serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.
DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan
raya.

Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihanraya yang diadakan setiap lima
tahun.

Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir
negara.

Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti berikut:

● Warganegara Malaysia.

● Berumur tidak kurang dari 21 tahun.

● Sempurna akal.

● Bukan seorang muflis.

● Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan
Negara dalam satu masa.

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat
sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan
tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia
serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.
FUNGSI DEWAN NEGARA

1. Menyemak usul-usul yang dibuat di Dewan Rakyat.

2. Menangguhkan semua rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat. Semua
rang undang-undang Dewan Rakyat mesti diluluskan oleh Dewan Negara sebelum
dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong untuk ditandatangani.

3. Dewan Negara berhak meminda sesuatu rang undang•undang dan merujukkannya semula
kepada Dewan Rakyat tetapi tidak boleh menolak rang undang-undang tersebut.

4. Tugas Dewan Negara adalah untuk menyekat penyalah•gunaan kuasa Dewan Rakyat.

5. Rang undang-undang yang ditandatangani oleh Yang di•Pertuan Agong akan menjadi
Akta Parlimen dan seterusnya undang-undang.

FUNGSI DEWAN RAKYAT

1. Menjalankan sistem pemerintahan demokrasi.

2. Bersidang dari semasa ke semasa.

3. Membahaskan tentang titah ucapan diraja yang menerangkan dasar-dasar kerajaan.

4. Menggubal undang-undang. Mula-mula rang undang •undang diperkenalkan di Dewan


Rakyat. Setelah dibaca beberapa kali dan dibahaskan, undian akan dijalankan. Jika telah
diterima dan diluluskan, usul ini akan dihantar ke Dewan Negara untuk perbahasan dan
perbincangan.

5. Pindaan ke atas perlembagaan boleh dilakukan jika 2/3 ahli Parlimen menyokong pindaan
tersebut.
AHLI DEWAN RAKYAT MENGIKUT NEGERI

NEGERI BILANGAN AHLI

Perlis 3 orang

Kedah 15 orang

Pulau Pinang 13 orang

Perak 24 orang

Selangor 22 orang

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 11 orang

Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 orang

Negeri Sembilan 8 orang

Melaka 6 orang

Johor 26 orang

Pahang 14 orang

Terengganu 8 orang

Kelantan 14 orang

Sarawak 31 orang

Sabah 25 orang

Wilayah Persekutuan Labuan 1 orang


BENDERA MALAYSIA

7 jalur merah & 7 jalur putih yang melintang dan sama lebarnya adalah tanda keanggotaan 13
buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang,
Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Anak bulan melambangkan agama rasmi negara iaitu agama Islam.

Bintang pecah 14 menandakan perpaduan 13 buah negeri dalam Malaysia dan Kerajaan
Persekutuan.

Warna kuning adalah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Warna merah melambangkan keberanian.

Warna putih melambangkan kesucian.

Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.


PERLIS INDERA KAYANGAN

Kuning
Melambangkan D.Y.M.M. Raja.

Biru
Melambangkan rakyat.

Nota tambahan
Maksud Bendera melambangkan kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda
KEDAH DARUL AMAN

Merah
Melambangkan warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan,

Padi
Melambangkan ngeri makmur dalam hal kehidupan

Bulan Sabit
Melambangkan simbol agama Islam.

Perisai
Melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya
PULAU PINANG (PULAU MUTIARA)

Biru Muda
Melambangkan warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.

Putih
Melambangkan negeri Pulau Pinang yang aman damai.

Kuning
Melambangkan kemakmuran.

Pohon Pinang
Melambangkan pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.
PERAK DARUL RIDZUAN

Putih
Melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak

Kuning
Melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak

Hitam
Melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak

Nota tambahan
Maksud Bendera melambangkan system kesultanan Negeri Perak
SELANGOR DARUL EHSAN

Kuning dan merah


Melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan
tenaga kepada negeri ini.

Bulan Bintang
Melambangkan Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri

Putih
Melambangkan kesucian Agama Islam
MELAKA (BANDARAYA BERSEJARAH)

Merah, putih, kuning dan biru


Melambangkan Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan

Anak Bulan dan Bintang


Melambangkan Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Kuning
Melambangkan D.Y.M.M. Raja.

Merah
Melambangkan rakyat.

Hitam
Melambangkan Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri
ini.
JOHOR DARUL TA'ZIM

Anak bulan dan bintang bewarna putih


Melambangkan Raja yang berdaulat.

Merah
Melambangkan hulubalang yang mempertahankan negeri.

Biru tua
Melambangkan Kerajaan Negeri.
PAHANG DARUL MAKMUR

Hitam
Melambangkan warna kebesaran Bendahara yang memerintah negeri Pahang pada suatu
ketika dahulu.

Putih
Melambangkan Raja.

Nota tambahan
Warna putih di atas hitam melambangkan negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai
kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.
KELANTAN DARUL NAIM

Merah
Melambangkan kejujuran penduduk sebagai rakyat kepada Raja.

Putih
Melambangkan kebesaran dan tanda kesucian Raja negeri ini.
TERENGGANU DARUL IMAN

Putih
Melambangkan D.Y.M.M. Sultan.

Hitam
Melambangkan rakyat

Anak bulan dan bintang


Melambangkan agama Islam
SABAH (NEGERI DI BAWAH BAYU)

Biru Zirkon
Melambangkan keamanan dan ketenteraman

Putih
Melambangkan kemurnian dan keadilan,

Merah cili
Melambangkan keberanian dan keyakinan.

Biru salji
Melambangkan perpaduan dan kemakmuran

Nilakandi
Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Gunung Kinabalu dan lima jenis warna


Melambangkan Negeri Sabah dan lima Bahagian Pentadbiran Negeri ini.
SARAWAK (BUMI KENYALANG)

Merah
Melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka
yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah
dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.

Kuning
Melambangkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti
dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Hitam
Melambangkan kekayaan sumber asli seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang
merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan


Melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Juga
merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan
selepas merdeka.
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN (RASMI)

Bendera Wilayah Persekutuan ialah bendera rasmi Wilayah Persekutuan Malaysia. Ia telah
diterima pakai pada 23 Mei 2006.

Bendera Wilayah Persekutuan digunakan untuk mewakili Wilayah Persekutuan secara


keseluruhannya.

Tiga bendera asal asal masih digunakan apabila mewakili Wilayah Persekutuan individu.

Kuning untuk mewakili rasa hormat, kedaulatan dan kehormatan

Merah untuk kekuatan

Biru untuk perpaduan, keikhlasan dan keharmonian.

Tiga bar ufuk ini mempunyai perkadaran yang sama dengan bendera Venezuela.

Tiga bintang di bawah Jata Negara berdiri untuk tiga wilayah, menyokong misi mereka untuk
menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan yang penting.

Bintang lain mungkin ditambah jika terdapat wilayah lain pada masa akan datang
LAMBANG NEGARA MALAYSIA

Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia
dan Kerajaan Persekutuan.
Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah,
Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah
kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah
sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan
putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna
negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di
sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan.
Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,
Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan
jawi di sebelah kanan.
Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-
raja.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan
pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya
rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.
LAMBANG NEGERI PERLIS

Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi.

Perisai tanda kebanggaan dan kehormatan negeri itu.

Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil
padinya.
LAMBANG NEGERI KEDAH

Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama Negeri ini.

Anak bulan tanda Agama Islam.

Perisai pula tanda kekuasaan.


LAMBANG NEGERI PULAU PINANG

Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu.

Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang
mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut.

Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu Melayu,
Cina, India dan lain-lain.

Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna
yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang
terdapat di Pulau Pinang.
LAMBANG NEGERI PERAK

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.

Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.

Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.

Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.


LAMBANG NEGERI SELANGOR

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek
dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri.

Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri.

Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-
pahlawan zaman dahulu.
LAMBANG NEGERI SEMBILAN

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan
Negeri Sembilan yang lama.

Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan
British.

Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang.

Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar.

Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan
lama.

Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan.

Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di
Pertuan Besar
LAMBANG NEGERI MELAKA

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia.

Lima bilah keris maksudnya LIMA ORANG pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman
dahulu.

Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.

Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya.

Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu
pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan
untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.
LAMBANG NEGERI JOHOR

Mahkota tanda D.Y.M.M.

Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal
negeri itu iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.

Bintang dan Anak Bulan di tengah tanda Agama Islam.

Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas
yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini.

Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam,
dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.

"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.


LAMBANG NEGERI PAHANG

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok
dan taran.

Logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil
masyur yang utama di Negeri Pahang.

Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.

Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah
terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang
besar.

Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut.

Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan.

"Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna.


LAMBANG NEGERI TERENGGANU

Bulan bintang menunjukkan negeri Islam.

Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja.

Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.

Quran di sebelah kanan melambangkan Undang-undang.

Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan.

Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.


LAMBANG NEGERI KELANTAN

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-
orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam
maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya.

Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan
Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang
kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkanWANG emas dicap
dengan gambar binatang itu.

"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.


LAMBANG NEGERI SABAH

Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna
kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna
Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi.

Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai.

Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili
dalam bentuk V.

Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang
berlatarbelakangkan warna biru salji.

Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri
Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.

Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di
kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.
Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah.

Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan
kemurnian dan keadilan.

Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.

Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan


kekuatan dan semangat kerjasama.

Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.


LAMBANG NEGERI SARAWAK

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: Terbang tinggi dengan


aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik
pembangunan".

Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain
di dunia.
FUNGSI AGENSI KERAJAAN

PENGENALAN

Agensi Kerajaan atau Badan Berkanun adalah sebuah perbadanan awam dalam struktur
pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah
undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan oleh kerajaan negeri di bawah enakmen
yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri masing-masing.

Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan penglibatan


kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang perkhidmatan awam dan
pembangunan sosioekonomi yang memerlukan modal yang banyak dan kurang mendapat
sambutan daripada sektor swasta.

Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan bebas kerana
badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang diamalkan dalam pentadbiran
kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di bawah kuasa kerajaaan Persekutuan dan kerajaan
Negeri.

Antara agensi kerajaan atau badan berkanun yang terdapat di Negeri Sembilan adalah:

1. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

2. Lembaga Muzium Negeri Sembilan

3. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

4. Yayasan Negeri Sembilan

5. Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan


UDA (Urban Development Authority)

Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA (Urban Development Authority) merupakan


syarikat milik kerajaan Malaysia yang diperbadankan pada tahun 1996.

Ia ditubuhkan bagi melancarkan dan menyelia projek-projek pembangunan bandar yang


berkaitan dengan sektor perniagaan, industri dan perumahan.

Ia juga ditugaskan membangunkan prasarana kawasan Bandar.

SEJARAH

UDA telah ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan pada 12 November 1971 di
bawah Menteri Perbadanan Awam melalui Akta Perbadanan Pembangunan Bandar.

Pada tahun 1996 ia diperbadankan sepenuhnya dan menukar nama kepada UDA Holdings
Sendirian Berhad.

Kemudian pada tahun 1999, ia disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL).

PEMBANGUNAN

UDA membangun dan mengambil alih beberapa bangunan bandar yang dianggapnya sesuai.

Walaupun tugas ini secara amnya hanya merangkumi projek pembangunan semula
"bangunan-bangunan usang", UDA juga bertanggungjawab bagi penyenggaraan bangunan-
bangunan bersejarah di kawasan bandar.

Beberapa perbandaran baru telah juga dibangunkan oleh UDA, termasuklah Taman Tun Dr
Ismail di Kuala Lumpur, Bandar Tun Hussein Onn di Cheras, Selangor dan juga Bandar Baru
UDA di Johor Bharu.
MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute)

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI (Malaysian


Agricultural Research and Development Institute).

Ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11 tahun 1969) dan mula
beroperasi pada Mac 1971.

Objektif:
Menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri
makanan, pertanian dan industri asas tani.

Visi:
Menjadi organisasi Penyelidikan dan Pembangunan yang tersohor dalam bidang makanan,
pertanian dan industri berasaskan biologi menjelang tahun 2015.

Misi:
Menjana dan memindahkan pengetahuan, teknologi, kompetensi dan perkhidmatan teknikal
bagi menyokong pencapaian matlamat kerajaan mentransformasikan pertanian dan industri
asas tani kepada sektor yang inovatif, komersil dan berdaya saing.

Fungsi:
Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:

● Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa


sawit dan koko), ternakan dan makanan
● Perladangan campuran
FELDA (Federal Land Development Authority)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA (Federal Land Development Authority)

Ditubuhkan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan.

Objektif:
Menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan
yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Visi:
Menjadi pemacu pembangunan penempatan Negara yang progresif

Misi:
Menambah nilai untuk kepentingan peneroka

Fungsi:
Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman
kontan.

Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah
beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka
pelbagai kaum seperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak
yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan
besar penduduk Malaysia.
Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi,
kebanyakannya ladang kelapa sawit.

Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar
melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam
sebilangan bank utama Malaysia.
MARA (Majlis Amanah Rakyat)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian


Pembangunan Luar Bandar. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen
sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi. Badan ini diberi mandat dan kuasa untuk
mengendalikan dan menjalankan berbagai-bagai kegiatan. Majlis ini terdiri daripada wakil-
wakil kerajaan dan mereka yang dilantik oleh sebab hubungannya yang rapat dengan rakyat
Bumiputera.

MARA ditubuhkan untuk menyediakan peluang-peluang bagi kaum Bumiputera untuk


meninggikan lagi taraf hidup mereka. Peranan yang utama dan terpenting sekali ialah untuk
menggalakkan dan membantu penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang perdagangan dan
perusahaan. Sehubungan itu bagi mencapai tujuan tersebut maka MARA menjalankan tugas
seperti yang berikut:

1. Sistem pendidikan dan latihan akademik, profesional atau latihan-latihan lain kepada
kaum Bumiputera. MARA telah menubuhkan beberapa buah sekolah, maktab dan
Universiti Teknologi Mara.

2. Menyediakan pinjaman kewangan untuk projek keusahawanan kepada kaum


Bumiputera

3. Memberikan perkhidmatan sebagai penasihat pengurusan dan teknik kepada peniaga


Bumiputera

4. Melaksanakan projek perdagangan, perusahaan dan pengangkutan yang dimiliki


sepenuhnya oleh MARA ataupun yang memiliki bersama dengan tujuan
menyerahkan projek-perojek yang system kepada kaum Bumiputera.
PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad)

Petroliam Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai Petronas ialah sebuah syarikat minyak
dan gas multinasional Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 di bawah syarat-syarat
Akta Pembangunan Petroleum. Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, syarikat ini
telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan
diamanahkan dengan tanggungjawab untuk membangunkan dan menambah nilai kepada
sumber-sumber tersebut.

Matlamat PETRONAS untuk melindungi kedaulatan negara ke atas rizab minyak dan gas,
untuk merancang keperluan negara masa kini dan masa hadapan bagi minyak dan gas, untuk
mengambil bahagian dalam mengedar dan petroleum pemasaran dan produk petrokimia pada
harga yang berpatutan, untuk menggalakkan penyediaan loji, kelengkapan, dan perkhidmatan
oleh syarikat-syarikat Malaysia, untuk menghasilkan baja bernitrogen dan untuk
menyebarkan manfaat industri petroleum di seluruh negara.
PETA NEGERI DAN KAWASAN PARLIMEN

KAWASAN PARLIMEN NEGERI SEMBILAN

P126 JELEBU Datuk Jalaluddin Alias - BN

P127 JEMPOL Datuk Salim Sharif - BN

P128 SEREMBAN Loke Siew Fook - PKR

P129 KUALA PILAH Eddin Syazlee Shith - PKR

P130 RASAH Cha Kee Chin - PKR

P131 REMBAU Khairy Jamaluddin - BN

PORT DICKSON
P132 Danyal Balagopal Abdullah - PKR
(TELOK KEMANG)

P133 TAMPIN Dr. Hasan Baharom - PKR


PETA NEGERI DAN KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

N1 CHENNAH Loke Siew Fook - PKR

N2 PERTANG Noor Azmi Yusof - BN

N3 SUNGAI LUI Mohd. Radzi Mohd. Ali - BN

N4 KLAWANG Bakri Sawir - PKR

N5 SERTING Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli - BN

N6 PALONG Mustafa Nagoor - BN

N7 JERAM PADANG Datuk Manickam Letchuman - BN

N8 BAHAU Teo Kok Siong - PKR


N9 LENGGENG Suhaimi Kassim - PKR

N10 NILAI Arul Kumar Jambunathan - PKR

N11 LOBAK Chew Seh Yong - PKR

N12 TEMIANG Ng Chin Tsai - PKR

N13 SIKAMAT Aminuddin Harun - PKR

N14 AMPANGAN Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek - PKR

N15 JUASSEH Datuk Ismail Lasim - BN

N16 SERI MENANTI Datuk Abdul Samad Ibrahim - BN

N17 SENALING Datuk Adnan Abu Hassan - BN

N18 PILAH Mohamad Nazaruddin Sabtu - PKR

N19 JOHOL Saiful Yazan Sulaiman - BN

N20 LABU Ismail Ahmad - PKR

BUKIT
N21 Tan Lee Koon - PKR
KEPAYANG

N22 RAHANG Mary Josephine Prittam Singh - PKR

N23 MAMBAU Yap Yew Weng - PKR

SEREMBAN JAYA
N24 Gunasekaran Palasamy - PKR
(SENAWANG)

N25 PAROI Mohamad Taufek Abd. Ghani - PKR

N26 CHEMBONG Datuk Zaiful Bahri Idris - BN

N27 RANTAU Datuk Seri Mohamad Hassan - BN

N28 KOTA Datuk Dr. Awaluddin Said - BN

N29 CHUAH Michael Yek Diew Ching - PKR

N30 LUKUT Choo Ken Hwa - PKR

N31 BAGAN PINANG Datuk Tun Hairudin Abu Bakar - BN

N32 LINGGI Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza - BN


SRI TANJUNG
N33 Ravi Munusamy - PKR
(PORT DICKSON)

N34 GEMAS Datuk Abdul Razak Said - BN

N35 GEMENCHEH Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa - BN

N36 REPAH Veerapan Superamaniam - PKR

Kawasan Parlimen tempat kediaman

Kawasan Parlimen : Rembau

Nama Ahli Parlimen : YB Khairy Jamaluddin

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tempat kediaman

Kawasan DUN : Rantau

Nama Ahli DUN : YB Datuk Seri Mohamad Hassan

You might also like